Khamis, 28 Mei 2015

5278. Kesan akibat - Bila pagar bukan setakat makan, tetapi jual dan selewengkan padi.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين
  • Wednesday, May 27, 2015

    Berita Menggemparkan Seluruh Rakyat Malaysia. 

    Bermula September, Malaysia Airline System Bhd, syarikat yang dikenali rakyat Malaysia sebagai syarikat penerbangan negara sejak 1972, tidak lagi wujud. 

    Ia sebaliknya akan digantikan dengan sebuah syarikat baru, Malaysia Airlines Bhd, dimiliki sepenuhnya Khazanah Nasional 
    sebelum rancangan penyenaraian semula di Bursa Malaysia menjelang 2019. 

    Ini bukan kali pertama MAS tertakluk kepada pelan pemulihan atau usaha menyelamatkan syarikat penerbangan itu. Ia berlaku beberapa kali sepanjang 22 tahun, bermula 1994. 

    Bagaimanapun, ini merupakan rancangan penyusunan semula yang paling komprehensif dialami MAS, yang akan melibatkan pengurangan besar-besaran laluan perjalanan udara dan tenaga kerja, mungkin menjadikannya sekadar syarikat penerbangan serantau.  

    Tetapi ini hanya akan berfungsi jika kerajaan dan mereka yang menerajui rancangan penyusunan semula ini mengambil pengajaran dari pengalaman lampau. 

    Semuanya bermula pada 1994 apabila ahli perniagaan Tan Sri Tajudin Ramli mengambil pinjaman daripada beberapa syarikat berkaitan kerajaan berjumlah RM1.79 bilion dan kemudian menggunakannya membeli saham utama dalam MAS, satu langkah yang terpaksa ditanggung kerajaan akibatnya, kira-kira tujuh tahun kemudian. 

    Ketika itu, Tajudin selaku ketua pegawai eksekutif (CEO) MAS, MAS terjejas teruk oleh krisis kewangan Asia 1997. 

    Berita Menggemparkan Seluruh Rakyat Malaysia 

    Dan kerajaan akhirnya membeli semula saham MAS dari Tajudin pada RM8 seunit – harga yang sama Tajudin bayar tujuh tahun sebelumnya. Perbezaannya kali ini cuma, MAS dalam keadaan hampir muflis. 

    Ia kerugian RM256 juta pada tahun kewangan berakhir 1998 dan menjelang tahun fiskal berakhir 2000, ia rugi RM255.7 juta lagi selepas kerugian cukai. Apabila kerajaan membeli balik saham yang berkepentingan daripada Tajudin, harganya di pasaran hanya RM3.68 seunit. 

    Syarikat berkaitan kerajaan, Danaharta, akhirnya memilih penyelesaian di luar mahkamah dengan Tajudin walaupun memenangi kes undang-undang itu ke atas RM589 juta pinjaman dibuat Tajudin kepada syarikat itu. 

    Kembali dalam tangan kerajaan, MAS melaporkan kerugian RM1.3 bilion pada 2005, menyebabkan satu lagi pelan pemulihan yang menyaksikan pelantikan Datuk Seri Idris Jala sebagai CEO baru. 

    Ramai melihat pemilihan Idris membawa sinar harapan kepada syarikat yang mengalami kerugian setiap tahun itu. 

    Pada 2007, ia mencatatkan keuntungan RM852 juta, tertinggi dalam sejarah MAS, dan disusuli dengan keuntungan RM522 juta pada 2009, sebelum Idris mengambil alih sebagai CEO Pemandu (Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan) di bawah pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 

    Sumber: (atsixty-zakriali)
    B  E  R  I  T  A   L  A  I  N  1

    Thursday, 28 May 2015

    Bekas Pegawai Polis Dedah Tembelang Ketua Polis Negara

    Bekas Pegawai Polis Dedah Tembelang bekas Ketua Polis Negara. 

    Seorang Pesara Pegawai Kanan Polis, hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan berpakat menyingkirkannya daripada pasukan polis dengan merangka pertuduhan jenayah ke atasnya.

    Datuk Ramli Yusuff, yang bersara pada 2008 sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) berkata, ia kerana kedua-dua mereka mendendam permusuhan yang mendalam terhadapnya.

    Beliau berkata, Musa yang merupakan pegawai bawahannya dari 1994 hingga 2001, tidak menyukainya kerana beliau mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada bekas ketua polis itu.

    "Musa melakukan pelbagai pelanggaran jabatan yang menyebabkan saya mengeluarkan tiga surat tunjuk sebab kepadanya," katanya dalam satu kenyataan saksi.
    Ramli berkata insiden "Mata Lebam", "kes MAS" dan "kes Goh Cheng Poh" menambahkan kebencian itu. 

    Beliau memberi keterangan dalam kes saman sivil RM20 juta difailkan peguam Rosli Dahlan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed, Pegawai-pegawainya dan Kerajaan Malaysia kerana konspirasi mencemar reputasi beliau, serangan dan penahanan salah.
    Rosli juga memfailkan saman fitnah terhadap Abu Kassim.

    Dalam pernyataan tuntutannya, Rosli berkata, permusuhan Musa terhadap Ramli menyebabkan kedua-dua defendan berpakat menghancurkan reputasi dan integriti beliau (Rosli).

    Ramli, yang kini seorang peguam dan Rosli, menjadi mangsa Gani dan Musa kerana Rosli pernah membantu Ramli menyediakan afidavit sebagai respons kepada permohonan habeas corpus yang difailkan Goh.

    Bekas Pegawai Polis Dedah Tembelang Bekas Ketua Polis Negara

    Goh, ketua kongsi gelap yang lebih dikenali sebagai Tengku Goh dari Johor, ditahan polis kerana didakwa terlibat dalam perjudian dan pengubahan wang haram. 

    "Jabatan Peguam Negara enggan menyediakan afidavit bagi saya dan pegawai saya untuk membantah permohonan Goh. Sebaliknya, saya diberi notis singkat untuk bersedia dengan dokumen," kata Ramli. 

    Katanya, Rosli dan seorang lagi peguam C Vijaya Kumar, membantu beliau menyediakan lima afidavit untuk diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara. 

    Ramli berkata dalam kejadian mata lebam itu, bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dipecat pada 1998, diserang ketua polis negara ketika itu, Tan Sri Rahim Noor semasa dalam tahanan. 

    Beliau berkata, beliau kemudiannya disuruh Musa yang ketika itu timbalan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (undang-undang dan pendakwaan) untuk memalsukan bukti. 

    "Musa berkata beliau dihantar peguam negara ketika itu, Tan Sri Mokhtar Abdullah dan Gani, dan meminta saya membuat laporan terhadap Anwar. 

    "Dia (Musa) juga meminta seorang doktor dirancang untuk menunjukkan Anwar dengan sengaja mencederakan dirinya sendiri," katanya. 

    Ramli berkata, beliau enggan, dan mendedahkan kepada Musa yang Gani berada di Bukit Aman pada malam Anwar diserang.

    "Kerana kedudukan yang saya ambil, saya dilihat sebagai tidak setia kepada Musa dan Gani."

    Gani dilantik peguam negara pada 2002 manakala Musa dilantik ketua polis negara pada 2006 dan bersara pada 2010.
    Ramli berkata, Musa pada 1998 sepatutnya melapor kepadanya tetapi dia memintas protokol polis dan berurusan secara langsung dengan Gani.

    Dalam kes MAS, Ramli berkata, beliau diarahkan perdana menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi, membuka semula kes itu.
    "Gani tidak suka dengan tindakan saya yang membuka semula kes itu dan mengesyorkan pendakwaan." 

    Ramli berkata, CCID mendapati terdapat bukti mencukupi untuk merangka pertuduhan terhadap bekas ketua pegawai eksekutif MAS Tan Sri Tajuddin Ramli walaupun polis dan pihak pendakwa menutup fail kes itu sebelumnya.

    Beliau berkata, beliau tidak disenangi Gani kerana dilihat menjejaskan kedudukan Peguam Negara itu yang mengesyorkan tiada tindakan diambil berhubung kes itu.

    Sumber: (addindeen.
    B  E  R  I  T  A   L  A  I  N  2
    7:35AM - 12 Mar 2012

    Kes pelik bekas IGP, AG dan ketua kongsi gelap

    Maklumat baru kini diperolehi bagi memperjelaskan kes luar biasa yang didakwa membabitkan bekas polis paling berkuasa di negara ini, seorang peguam negara dan juga  tokoh kongsi gelap lima tahun lalu.

    Dokumen yang mendedahkan bagaimana maklumat yang dibekalkan oleh beberapa pemberi maklumat sehingga tertangkapnya ‘ketua’ kongsi gelap Johor Goh Cheng Poh atau juga dikenali sebagai Tengku Goh pada 2007 kini dimiliki oleh Malaysiakini.

    NONEDokumen yang sama itu digunakan bagi memalitkan enam pegawai polis yang menyiasat kes itu.

    Pemberi maklumat itu kemudiannya membuat kenyataan bersumpah bahawa mereka dipaksa menukar maklumat asal oleh pasukan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang kemudiannya dinaikkan taraf menjadi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2009.

    Sebaliknya, enam pegawai polis dijadikan mangsa dan didakwa memalsukan bukti terhadap Tengku Goh yang didakwa terbabit dalam perjudian dan pengubahan wang haram. Mereka bagaimanapun akhirnya dibebaskan, yang terakhir adalah pada pertengahan 2011.

    Mimpi ngeri pegawai polis selama empat tahun itu bermula apabila mereka atas arahan Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu Datuk Seri Johari Baharum, mula menyiasat Tengku Goh (Untuk peranannya dalam skandal ini, Johari sendiri pernah dituduh mengamalkan rasuah dan juga disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah.)

    johari baharumJohari (kanan) kemudian mengarahakan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Ramli Yusuff, yang sebelum ini adalah Ketua Polis Pahang untuk menjalankan siasatan dan bertindak.

    Ramli kemudian mengumpulkan lebih kurang enam pegawainya untuk menyiasat dan semasa menjalankan tugas, mereka mendapati ketua mereka, Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Johor yang kemudiannya dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 2006 juga ada kaitan dan terbabit dengan kes berkenaaan.

    Siasatan JSJK mendapati bahawa meskipun Musa ketika berkhidmat di Johor - telah menutup pusat perjudian haram dan melumpuhkan sindiket pinjaman wang haram di selatan negeri itu,  beliau pada masa yang sama membantu "menyusunkan semula" beberapa sindiket berkenaan yang beroperasi di bawah “sistem payung" dikawal oleh Tengku Goh.

    Berbekalkan maklumat daripada pemberi maklumat, JSJK telah menangkap Tengku Goh dan beliau dihantar ke Jeli, Kelantan dan diletakkan di bawah tahanan kediaman terhad.

    Bagaimanapun kes semakin pelik.

    ghani patail gani 060409Peguam Negara Tan Sri Tan Sri Abdul Gani Patail (kiri) campur tangan dan beliau didakwa menggunakan BPR untuk mengakses fail sulit (digelar "Cicero") dalam kes itu.

    Adalah difahamkan bahawa tiada sesiapa, termasuk Ketua Polis Negara mahupun Peguam Negara dibenarkan untuk mempunyai akses kepada fail 'Cicero' apabila seorang pegawai telah diamanahkan mengendalikan kes berkenaan.

    Tindakan menggunakan BPR untuk campur tangan dalam kes itu mencetuskan rasa tidak puas hati di JSJK kerana ini adalah campur tangan terang-terangan dalam kerja-kerja polis.

    Namun, JSJK tetap diarahkan supaya menyerahkan fail sulit berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara dan hasilnya kertas Cicero berada di tangan BPR.

    Berdasarkan maklumat dari fail sulit itu, BPR memburu pemberi maklumat yang maklumatnya digunakan sehingga tertangkapnya Tengku Goh.

    BPR kemudiannya menggunakan ugutan, taktik menakut-nakutkan dan menyoal-siasat pemberi maklumat itu berhari-hari sehingga mereka menukar kenyataan sebelum ini
    .

    [Baca berita penuh]
    B  E  R  I  T  A   L  A  I  N  3
    Wednesday, 27 May 2015

    JANGAN TIDAK PERCAYA!!!! .... AZMIN BERJUMPA BEBERAPA PELABUR DI OSAKA JEPUN HANYA DENGAN BERBASIKAL????????



    #‎
    TradeMission‬
     ke Osaka Station bersama Dato' Teng Chang Khim & Invest Selangor untuk bertemu beberapa pelabur Jepun.

    Pergh!!!!! Ini baru betul punya pemimpin zuhud, simple, poyo, cool, merendah diri, tidak berlagak dan tidak suka membazir wang rakyat.

    Bayangkan .. mengetuai delegasi Selangor negeri terkaya dan termaju di Malaysia anjuran Invest Selangor  berjumpa dengan beberapa pelabur Jepun di Osaka, Jepun hanya dengan berbasikal bukannya dengan kereta mewah yang siap dengan para pengiring .. inilah jenis pemimpin yang kemana sahaja baik dalam negara atau luar negara akan konsisten sentiasa buang protokol yang merimaskan .. kalau dalam negara sanggup basuh kain kotor dan makan dibawah pokok berlaukkan ikan goreng dengan simbahan kuah kari bertemankan air sirap dalam gelas plastik .... apabila keluar negara sekadar berbasikal dari hotel penginapan untuk berjumpa dengan para pelabur.

    Belum pernah lagi sejak merdeka pemimpin negara kita bersifat dan bergelagat macam Dato' Menteri Besar Selangor yang paling disanjung dan dikasihi ini.

    Bertuah amat-amat rakyat Selangor.


    HIDUP AZMIN ALI!!!!!! .... WE LOVE AZMIN ALI!!!!!
    Sumber: (omakkau.)
    Ulasan dari pemaparan berita lain: Disiar untuk kajian budaya keperibadian pengulas: (Guna muhasabah diri kerana Allah)

    22 comments:

    1. hahaha. lawakla omak ni...hidup azmin!
      Reply

      Replies




      1. Hahahahahaha....edisi paling lawak & memalukan. Tak payah la bila di jepun nak tunjuk rendah diri sampai ambil gbr tgh naik basikal. Mcm jokowi? lanciauuuuuu....satu2nya mb yg ada ferrari.
    2. Hahaha.....
      Nak sindir ke nak mengambil hati omak kau oi!!!!
      Baguslah kalau azmin bersahaja tanpa berboros dan lagak bergaya waktu jlnkan tugasnya.
      Di jepun memang mrk lebih berjimat dan biasa guna basikal dgn kemajuan jepun yg sgt pesat.
      Lain malaysia penuh dgn kereta dan bergaya boros dgn lagaknya malah berani kata malaysia maju modern pesat membangun di tangga mana malaysia di dunia!! Lainlah kalau kata malaysia negara membangun sama dgn thailand indonesia dll.....
      Reply
    3. Aku nak tanya beberapa soklan.
      1. Salah ke klau Azmin berbasikal.
      2. Kenapa tulisan OK tentang Azmin semua berupa sindiran.
      3. Dari mula Azmin jadi MB sampai la ni semua yg dilakukan oleh Azmin salah dipandangan mata OK.
      4. Tak malu ke OK 1Malaysia tau tentang dengki kesumat OK kat Azmin tak padam2. Ini bukan fitnah tapi memang ditonjolkan OK kau sendiri.
      Reply

      Replies




      1. omak kau dan umno berpisah tiada.bangang tetap bangang
    4. Tulisan yg mengzahirkan perut busuk dan dendam kesumat omakkau. Pelacur lebih profesional dari pompuan ini. Moga digoreng dineraka bersama firaun dan namrud, itu selayaknya. Tolong aaminnnn kan bersama saya. Dapat 40 orang lebih afdal.
      Reply
    5. Pkr tak suka hudud...itulah makhluk paling awal kena goreng di neraka
      Reply

      Replies




      1. Perangai presdeng memfitnah org tokey pil kuda mesti kena goreng jugak. Jgn ikut perangai suka memfitnah tu....
      2. Amno pun x suka hudud. Akan kena goreng jugak.
      3. Goreng pakai minyak KY Gelly. Amacam macai sekalian?
      4. 57 thn perintah tak juga laksana hudud......memang tak suka hudud le tu...bukan setakat kena goreng kat neraka, kena bakar dan panggang lagi.
    6. Ok la tu naik beskal. Tak ada la membazir duit rakyat naik jet peribadi kerajaan macam yg sorang tur....

      Kpd Azmin, perangai buruk, perangai membazir, perangai menyonglap yg org tu buat jgn diikut.....
      Reply
    7. Fenomena aneh semenjak 2 menjak ni banyak blogger macai pkr tukar profession dpd blogger seks lucah dan porno jadi blogger politik tabur fitnah spt gendang perang, libang libu etc. Sbb tu banyak hujjah blogger macai berunsur fitnah, seks lucah dan maki hamun .................. modus operandi depa cuba pengaruh netizen dgn fitnah2 depa . Depa dibantu oleh blogger pasma dan jebon spt greenboc, alhussyen etc yg bertuan gurukan LKS dan LGE yg percaya kpd kebebasan utk berlgbt dan liberalisme serta penyucian dosa2 utk masuk syurga sbgmana kepercayaan Yahudi dan Nasrani. Blogger2 lain yg turut membuat fitnah dan yakin dosa2 fitnah mereka akan disucikan oleh tuan guru LKS dan LGE ialah yong suka kuning, cipan tenuk & tapir , sisi bukit, addin, bloglist, malaysian waves, mso, etc
      Reply

      Replies




      1. Anon 1816 ni anut agama apa ye? Nasrani ke Yahudi?
      2. Agama Islam Liberal bertuhankan Allah Trinity kut.. macam anutan korang jugak laa..
    8. apa nak heran dengan Azmin naik basikal jumpa pelabur,kalau khaldi ibarahim lagi hebat,kalau dia jumpa pelabur dia merangak je,Omak kau pula kalau jumpa member merayap je.betul tak omak kau?
      Reply
    9. Kat jepun, x yah nak heran, PM dia pun naik sinkaisen aje.
      Reply
    10. Mana boleh lawan KJ ! KJ lagi sempoi hebat.

      Azmin baru nak glamor cara santai. Selfie mengacah je tu. Dah lama tidak rasa hidup macam dulu-dulu sebab sudah mewah. Buat kat Malaysia orang kata gila pula, tongah haghi toghah paneh naik basika !(lagu blues Ito) oakai kot, belongeh.. kek jopun sojuk, relak je...

      He..he.. omakkau tidak ikut trip jopun ke ?
      Reply
    11. Mana mungkin itu gambar Azmin. Perut dia tak boroi, tetek dia tak labuh, janggut dia tak panjang. Mesti puak Umnongok sudah edit gambar tu, kan?
      Reply
    12. Knp najib bawa pkr ke jepun?
      Reply
    13. Lepas muktamar pas ni assmin turun tahta mb....sebab tu dia dah testing naik basikal...ahaksss
      Reply
    14. Hanisya....kau semakin cantik, ayu, sungguh menawan kalbu...

      Senyumanmu dibibir merah bak delima merkah...

      Sungguh aku sangat meminati mu..wahai Hanisya Baby....
      Reply
    My Dashboard. 
    IP
    s3v3n

    s3v3n

Test

Tiada ulasan: