Selasa, 2 Jun 2015

5280. Berdasarkan kisah "Apa yang dimaksudkan dengan TELUS"

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh.

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف المرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين

  • BONGKAR: Kontrak bernilai RM30.8 juga dimiliki oleh anak Raja Nong Chik  - suarakami

    Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin tidak menjawab persoalan berhubung kontrak RM30 juta diterima anaknya.

    Raja Nong Chik yang tidak menafikan kontrak kepada Istijuara Sdn Bhd milik anak perempuannya, seperti dilapor portal Malaysiakini.

    Nong Chik dalam jawapannya berkata projek bagi memasang dan menyelenggara kelengkapan latihan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar, Johor itu diberi pada 2006. Manakala kontrak tersebut pula dimeterai pada 2010.

    Isu utama bukan tahun kontrak itu dimeterai, tetapi wujud konflik kepentingan atas sebab penganugerahan kontrak berkenaan.

    “Malah, jawapan Raja Nong Chik menimbulkan banyak persoalan lain. Mengapa kontrak hanya dimeterai pada tahun 2010 sedangkan projek diberi pada tahun 2006?

    “Bagaimana jika terdapat masalah dari segi mutu dan prestasi (ketika projek berjalan)?” isu sama dengan National Feedlot Corporation (NFC) yang menerima pinjaman mudah RM250juta sebelum kontrak rasmi dimeterai.

    “Justeru kalau kerajaan Umno BN benar-benar telus dan mahu berubah, perkara ini mesti disiasat supaya nama beliau dapat dibersihkan,” 

    Kementerian Belia dan Sukan menganugerahkan kontrak bernilai RM30 juta kepada Istijuara Sdn Bhd bagi projek memasang dan menyelenggara kelengkapan latihan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar, Johor.

    Turut dilampir salinan surat tawaran rasmi daripada Kementerian Belia dan Sukan kepada Istijuara bertarikh 24 Ogos 2010. Anak beliau, Raja Farhana Raja Nong Chik adalah salah seorang daripada dua pengarah syarikat itu


    Anak Raja Nong Chik Diberi Kontrek Bernilai RM30.8 Juta Oleh Kem Belia Dan Sukan!


    Tuesday, June 2, 2015
    Sumber: (atsixty-zakriali.blogspot.com)

    Rasuah: Taib Mahmud tak layak jadi Yang di-Pertua Negeri Sarawak - suarakami
    Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sarawak membantah pelantikan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Yang di-Pertua Negeri (TYT) Sarawak.

    Timbalan Ketua AMK Sarawak, Zulhaidah Suboh, berkata Taib Mahmud tidak layak dilantik TYT Sarawak kerana berhadapan dengan ratusan laporan polis dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).

    “SPRM tiada kertas siasatan dibuka berkenaan laporan yang telah dibuat oleh rakyat Sarawak melalui badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan,” katanya.

    Beliau berkata, pendedahan demi pendedahan telah terbongkar termasuk oleh Bruno Maser Fund dan 16 NGO dari Malaysia, Australia, Jerman, Jepun, Switzerland dan United Kingdom berkaitan kepentingan keluarga Taib dalam 332 syarikat Malaysia dan 85 syarikat asing di 25 negara yangg dianggarkan bernilai berbillion ringgit.

    Terkini pendedahan harta milik anak Taib, Datuk Seri Bekir Mahmud oleh akauntan Andrew Heng berkenaan angka nilai aset milik beliau yang dikemukan kepada Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur daripada RM1.334 bilion meningkat kepda RM1.395 bilion semasa perbicaraan kes tuntutan harta sepencarian bekas isteri, Shahnaz Majid.

    “Pendedahan begini pasti ini tidak tercapai akal untuk rakyat di Sarawak bagaimana Bekir memperolehi kekayaan yang berada di luar jangkaan,” kata Zulhaidah dipetik daripada FMT News.

    Beliau berkata sewajarnya SPRM tidak perlu memandang kepada latar belakang dan pangkat individu yang disiasat

    “Hingga kini Taib masih tetap bebas dan berkuasa. Seolah-olah Taib kebal SPRM dan sikap ‘fear and favour’, dan secara bebas, telus dan profesional tidak konsisten,Ianya hanya konsisten kepada rakyat biasa sahaja.” katanya.
    Tuesday, June 2, 2015
    Sumber: (atsixty-zakriali.blogspot.com)  
    My Dashboard. 
    IP
    s3v3n

    s3v3n

Test

Tiada ulasan: