Khamis, 10 Disember 2015

5979. Permasalahan Hati.



Bismillahirrohmanirrohim. Alhamdulillahirrobbilalaamiin.
Subjektif cikit permasalah neh... kene faham bebetul.
Tajuk dia: Hati.

Pecahannya:
- Menyakitkan hati.
- Terasa hati.

"Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa, tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati."

Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dengan penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi dosa kita lebih besar dari dosa dia.

You know why?
Penghinaan itu adalah peringatan Allah. Allah kirim seseorang atau ramai orang hina kita atau kecewakan kita. Sebabnya kita juga. Kita sudah leka dengan kesenangan dunia, yang memperdaya, sebagaimana Firman Allah yang bermaksud: “..Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya” [QS. AL 'IMRAN (3):185].

Tu Allah peringatkan. If kita berkecil hati, sebenarnya kita bukan berkecil hati dengan orang itu, sebenarnya kita berkecil hati dengan Allah. Dengan kata lain, kita jadi tak redha dengan ketentuan Allah. Kita x redha dengan halangan, rintangan, ranjau duri dan ujian kehidupan yang Allah rencanakan untuk kita.

Than...
Lagi parah bila kita cerita apa orang tu buat kat kita dengan kawan kita yang lain ... jadi cerita by the way cerita bersambung-sambung, berkait-kait, sampailah keredhaan kita asalnya tu tadi melesap. Melesap akibat kita tak reti jaga hati kita dari terbelah oleh nafsu perasaan dan akal fikir kita sendiri. Ranaplah kesucian dan ketulusan serta keikhlasan tekad mata hati kita, yang mengucap dua kalimah syahadah.
So what...
Jangan mudah terasa hati, sebab puncanya kita juga kerana telah lalai dengan kesenangan dunia. Allah berfirman maksudnya: “Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku.” (QS. Yusuf: 86). Terasa hati ertinya kita x redha dengan takdir Allah. Tentu x nak kan Allah x redha kat kita pula. Nauzubillah... TabarakAllah.

Kehilangan, kekecewaan dan kematian tuu hakikat .. yang kita nak lawan kehilangan tu, kekecewaan kali ini dan kematian seseorang tu apahal... X yah kita menongkah arus melawan takdir Illahi.
Rumusan... Tazkirah.
Ada masa kita yang hanya hamba Allah niii.. mudah sangat atau cepat sangat melatah dan melenting terasa. Sensitif sangat terasa dengan perbuatan orang lain.

"Agak-agaknyer lah tu sebab, ada sorang dua dalam keluarga kita, kalangan rakan sahabat saudara kita ... kita tgk dia cool jew walau hati disakiti." Cer kaji watak tu yang terdekat dengan kita... hehehe tu pun ada yang sakit hati dengan orang macam tu... Astaghfirullah.

Cerrrr sergah hati kita "sabarrrrrrrrrr....." .. Istighfar banyak-banyak minta keampunan Allah. Ajak diri kiita sedar, hadirnya orang macam tuu adalah dengan izin dan kehendak Allah dalam hidup kita. Bila kita sedar kan kita kekal dengan tahu, menyakini dan percaya kita ni hamba Allah yang dibekalkan dengan Amanah Allah.
Aamiin Ya Allah Tuhan Yang Maha Esa.
Wassalamu.



Tiada ulasan: