Isnin, 28 Disember 2015

5982. Hati kukuh tidak akan lebur jadi debu. Mengenang punca penyakit.

.

Hati kukuh tidak akan lebur jadi debu. Mengenang punca penyakit.
Bismillahirrohmanirrohim. Alhamdulillahirobbilalaamiin.

Alhamdulillah Allah beri lagi nyawa saat ini. Aamiin...

Bila tidak menjaga hati, sakit hati datang, busuk hati jadi kawan, syaitan laknatullah tumpang seronok. Maka dijotos terus, akhirnya sahlah penyakit hasad dengki berputik dalam hati. Nauzubillahminzalik.
Bila hati tidak suci lagi, stress datang. Jadilah permulaan penyakit badan. Maka kata bicara sudah terabai, kata itu doa tidak lagi dipeduli, keluarlah kata "I don't care" yang sebenarnya tak care lagi Amanah Allah. 

Astaghfirullahalazim.

Bila sudah begitu Fitrah hidup makin menipis. Malas datang, benci jadi perasaan, kecewa,kecundang jadi mekar perosak hati. Hal tak elok bergendang dalam hati. Tidak tertanggung berdetak dalam hati "Kalau macam ini, baik mati" Nauzubillahminzalik.

Rosak hati yang berterusan tanpa pengubatan, tanggung jawab dikhianati. Amanah Allah diketepi, tadbir urus rumah tangga tidak dinikmati. Hilang punca sang suami, berontaklah si isteri, anak-anak pula bersimpang siur mencari jati diri, seronok dicari. Bertepuk soraklah syaitan laknatullah, bila manusia saling bertelagah merosak roh dan saling menghina sesama sendiri hamba Allah. Astagfirullahalazim.

Berperanglah hati yang rosak dalam badan. Makan tak terjaga. Tidur lena susah jumpa. Waktu rehat diabaikan. Lupa berusaha kerana Allah. Berdoa pun kurang, apa lagi mendoakan orang lain. Pada hal dalam diam ada doa-doa dari orang yang tidak dikenali dengan doa "Ya Allah bukakanlah pintu hati mereka, umat Islam yang tersesat, untuk kembali ke jalan Mu Ya Allah" Aamiin Ya Allah.

Bila hati tidak terbelai oleh yang empunya diri, ada hati untuk meminta orang lain menjaga hatinya. Rumah kamu, kenapa tidak suruh orang lain menjaganya?

Rosak diri kerana hati. Petanda penyakit hati menyimpul mati. Allah datangkan penyakit, buat kifarah dan penginsaf diri, penebus dosa serta jalan keredhaan dan kerahmatan Allah. Tidak sedar diri juga? Maka menuduhlah itu ini "Tunjuk baik konon" Pada hal kesucian hati sendiri, sendirilah yang merenggutnya dan mengabaikannya. Nauzubillahminzalik.

In Syaa Allah bermanfaat dengan Ilmu milik Allah. Aamiin...
Astaghfirullahalazim 3X.
Aamiin 3X Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Robbalalaamiin.
Wassalamu.

Diterbit siar tanpa prajudis dengan Amanah Allah oleh hamba Allah bersama-sama hamba Allah yang lain yang juga saudara Islamnya....





.

Tiada ulasan: