Ahad, 3 Julai 2016

5996. Hikmah diri dengan menyentuhi dan menyantuni hati sendiri 05.

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillahirabbilalaamiin.

Dengan izin dan kehendak-Nya Allah Tuhan Yang Maha Esa ...kita adalah kalangan hamba-Nya yang terpilih untuk beroleh hidayah-Nya, redho-Nya, rezeki-Nya, keberkatan-Nya serta rahmat-Nya dan juga Syafaat Nabi Muhammad kekasih Allah, Junjungan kita Rasulullah di akhirat kelak. Aamiin Ya Robbalalaamiin.
Bismillahirrahmanirrahim. 
Alhamdulillahirabbilalaamiin. 

Assalamualaikom.
Allahhumma shalli ala Muhammad waala ali Muhammad.Bismillahhirrahmannirrahim.Allahhumma alhimna marashida umurina waaizna minsyururi anfusina wamin sayyiati akhmalina.

Sayyidina Abdullah bin Abbas rhu meriwayatkan Rasullullah saw bersabda,Sesiapa yang mengumpul dua solah tanpa sebarang keuzuran,sesungguhnya dia telah tiba kesalah satu pintu DOSA BESAR.(Hakim riwayat Hakim).

Keterangan
Sayyidina Ali rhu berkata bahawa Rasullullah saw telah bersabda, "Jangan melambat lambatkan dalam tiga perkara. Pertama,solah,apabila telah masuk waktunya.Kedua,pengkebumian mayat, apabila jenazah sudah disiapkan.Ketiga, mengahwinkan seorang wanita, apabila jodoh yang sesuai sudah didapati. Ramai orang yang menganggap diri mereka soleh dan mereka juga dianggap seorang yang mengambil berat tentang solah, namun disebabkan alasan yang kecil seperti safar( perjalanan), mengurus kedai atau apa apa pekerjaan maka banyak solah ditinggalkan. Setelah pulang kerumah barulah mereka mengkadakan solah solah yang ditinggalkan itu. Tidak mengerjakan solah tepat pada waktu tanpa sebarang keuzuran seperti sakit dan seumpamanya adalah satu dosa besar. Walaupun dosa menangguhkan solah tidaklah sebesar meninggalkan solah, namun dosa tidak mengerakan solah pada waktunya amat berat dan masih tidak mencukupi hanya dengan mengkadakan solah.(kecuali dengan bertaubat).

In Syaa Allah saya dan tuan tuan serta puan puan ambil ikhtibar dari status diatas. Dapat amal dan sampaikan kepada yang lain.Fikirman alam maya. SILA LIKE DAN SHARE JIKA BERMINAT.
 —
Bismillahirrahmanirrahim. 
Alhamdulillahirabbilalaamiin. 

Assalamualaikom,Allahhumma shalli ala Muhammad waala ali Muhammad.

Bismillahhirrahmannirrahim,
Allahhumma alhimna marashida umurina minsyururianfusina wamin sayyiati akhmalina.Robbisrohlii sodrii wayossirlii amrii wahlul ukhdatan minlisani yofkahu qauli.

Tidak akan masuk syurga sesiapa yang ada didalam hatinya sombong sebesar zarah. Apakah itu sombong?
Seseorang yang dikatakan sombong itu ialah dia merasa LEBIH daripada orang lain. Dari apa segi pun samaada ilmu, amal, harta atau apa apa sahaja. Lantas dia memandang RENDAH orang lain seterusnya menghina.Berbangga bangga dengan apa apa yang DIMILIKINYA dan menolak KEBENARAN walaupun dia menyedarinya. Iblis berkata, Adakah patut aku sujud kepada Adam sedangkan Adam dibuat dari tanah dan aku dari api.Pertamanya dia ingkar dengan perintah Allah swt dan yang kedua dia merasa lebih baik kerana dibuat dari api.
 
Menunjuk-nunjuk dalam beramal (riyak) dan kagum (ujub) dengan prestasi amalannya. Apakah dia lupa asal usulnya (daripada saripati yang hina yaitu air mani). Apakah yang harus disombongkan? Maaf terkasar bahasa. Yang sempurna daripada Allah swt, kesilapan, kekurangan adalah dari diri saya sendiri. 

Fikirman alam maya. 

Subhanallahhi wabihamdihi subhanakallahhumma wabihamdika asyhadualla ila anta astaghfiruka waatubu ilaik. 

LIKE DAN SHARE JIKA BERMINAT.
 —
Bismillahirrahmanirrahim. 
Alhamdulillahirabbilalaamiin. 

Assalamualaikom.
Allahhumma shalli ala Muhammad waala ali Muhammad.Bismillahhirrahmannirrahim.

Sampaikanlah berita gembira(wahai Muhammad) kepada orang orang yang merendahkan diri. Iaitu orang-orang yang apabila disebut nama Allah swt., gerun gementarlah hati mereka, dan orang-orang yang sabar (cekal hati) terhadap kesusahan yang menimpa mereka, dan orang-orang yang mendirikan solah, serta orang-orang yang menginfakan sebahagian rezeki yang Kami berikan kepada mereka.)al-Hajj:34-35)

Keterangan Dalam ayat diatas MUHBITINA telah diterjemahkan sebagai orang-orang yang merendahkan diri. Terdapat beberapa pendapat ulama dalam menterjemahkan perkataan tersebut. Terjemahan asal untuk perkataan itu ialah orang-orang yang menuju ke arah tempat yang rendah. Sebahagiaan ulama MUHBITINA sebagai orang-orang yang menundukkan tengkuknya di hadapan hukum hakam Allah swt kerana terjemahan ini juga membawa makna menjadikan tengkuk tunduk kebawah. 

Sebahagiaan yang lain pula menterjemahkannya sebagai orang-orang yang tawaduk kerana mereka ialah orang orang yang setiap waktu merendahkan tengkuk mereka. Hadrat Mujahid rhu menterjemahkannya sebagai orang-orang yang tenang jiwanya. Hadrat Amr bin Aus rhu pula berkata bahawa MUHBITINA ialah mereka yang tidak menzalimi sesiapa pun dan jika mereka dizalimi maka mereka tidak akan mengambil tindakan balas. Hadrat Dahhak rhu pula berkata bahawa MUHBITINA ialah orang orang yang bersifat tawadduk. Diriwayatkan bahawa apabila Sayyidina Abdullah bin Mas'ud rhu melihat Sayyidina Rabi' bin Khaisam rhu maka beliau berkata, Melihatkan kamu mengingatkan daku kepada MUHBITINA. 

Saya hanyalah penyampai sedangkan taufik dan hidayah adalah milik-Nya jua. 
In Syaa Allah amalan tuan tuan dan puan puan diterima oleh-Nya. 
Fikirman alam maya. 
LIKE DAN SHARE JIKA BERMINAT.

 —

 —
Bismillahirrahmanirrahim.  
Alhamdulillahirabbilalaamiin. 

Assalamualaikom.
Allahhumma shalli ala Muhammad waala ali Muhammad.Bismillahhirrahmannirrahim.

Tuan tuan dan puan puan yang dimuliakan Allah. Sesungguhnya kehidupan didunia ini bukanlah satu perkara yang mudah. Perlu buat dua persiapan yaitu bekalan untuk kehidupan didunia dan bekalan untuk kehidupan diakhirat.

Sering sahaja kita hilang pertimbangan kerananya. Terlalu banyak kehendak (perancangan) yang mana membuatkan kita tidak tenang serta tertekan. Seolah olah umur kita mencecah seribu tahun. Sering kita lupa bahawa Malaikat Maut menziarahi sebanyak 70 kali dalam sehari.

Sedangkan kehidupan diakhirat yang kekal abadi sering diabaikan ataupun sekadar sambil lewa sahaja.
Sesungguhnya orang bertakwa akan ditempatkan dalam taman taman syurga dan mata mata air (Keadaan mereka) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka. Sesunghuhnya mereka didunia dahulu adalah orang yang membuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa daripada waktu malam untuk mereka tidur dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, selalu beristighfar kepada Allah swt (memohon ampun) (az-Zariyat:15-18)
 
Peringatan buat diri sendiri dan diharapkan bermanafaat buat saudara saudara yang lain. 
Fikirman alam maya. 
SILA LIKE DAN SHARE JIKA BERMINAT.
 —

Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahirabbilalaamiin. 

Assalamualaikom.
Allahhumma shalli ala Muhammad waala ali Muhammad.Bismillahhirrahmannirrahim. Alhamdulillahhirabbil alamin,wassala tuwassala muala asrafil anbiya iwalmursalin waala alihi wasahbihi ajmain.

Ya Allah, Sesungguhnya kami memohon kepada-Mu dengan bersaksi bahawa sesungguhnya Engkaulah Allah, tiada yang berhak disembah selain daripada-Mu, Engkaulah yang Maha Esa, lagi tidak memerlukan kepada sesiapa sebaliknya segala galanya memerlukan kepada-Mu, yang tidak melahirkan sesiapa dan tidak dilahirkan oleh sesiapa dan tidak ada sesuatu pun yang menyerupai-Nya.

Rabbana atina fiddunya hasanah wafil akhirati hasanah waqina azabannar. waqina azabannar waqina azabannar.. Subhanarabbika rabbil izzati amma yasifun wasalamun alal mursalin walhamdulillahhirabbil alamin.
 — Sumber entry: (Ya Disini)

Tiada ulasan: