Rabu, 6 Julai 2016

6039. Solat Idul Fitri - tatacara menunaikannya kerana Allah.

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillahirabbilalaamiin.

Dengan izin dan kehendak-Nya Allah Tuhan Yang Maha Esa ...kita adalah kalangan hamba-Nya yang terpilih untuk beroleh hidayah-Nya, redho-Nya, rezeki-Nya, keberkatan-Nya serta rahmat-Nya dan juga Syafaat Nabi Muhammad kekasih Allah, Junjungan kita Rasulullah di akhirat kelak. Aamiin Ya Robbalalaamiin.  

Orang beriman beringat: Nikah halal. Berpacaran Haram.

Bismillahirrohmanirrohim.
Alhamdulillahirobbilalaamiin..

🕌Tatacara. Mengerjakan. Solat. Hari. Raya🕌

🖊RAKAAT PERTAMA🖊

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Hari Raya Aidilfitri.

2) TakbiratulIhram (Menyebut Allahu Akbar).

3) Doa Iftitah.

4) Takbir 7⃣ kali (menyebut Allahu Akbar) dan diselangi setiap takbir dengan membaca zikir seperti:

"Subhanallah, walhamdulillah,wa la ilaha illallah, wallahu akbar" sebanyak 6⃣ kali. (Menurut pendapat Imam As Syafi'e).

Takbir 7⃣ kali ini tidak termasuk takbiratul ihram.

5) Membaca surah al-Fatihah.

6) Membaca Surah al-Qur’an.

7) Rukuk.

8) I'tidal.

9) Sujud.

10) Duduk antara dua sujud.

11) Sujud kali kedua.

12) Bangun untuk rakaat kedua.

🖊RAKAAT KEDUA🖊

1) Takbir 5⃣ kali (menyebut Allahu Akbar) dan diselangi setiap takbir dengan membaca zikir

"Subhanallah, walhamdulillah,wa la ilaha illallah, wallahu akbar" sebanyak 4⃣ kali.

Takbir 5⃣ kali ini tidak termasuk takbir ketika naik dari sujud / takbir intiqol.

2) Membaca surah al-Fatihah.

3) Membaca Surah al-Qur’an.

4) Rukuk.

5) Iktidal.

6) Sujud.

7) Duduk antara dua sujud.

8) Sujud kali kedua.

9) Duduk untuk tahiyyat akhir dan membaca bacaan tahiyyat serta selawat ibrahimiyyah.

10) Memberi salam ke kanan dan ke kiri.

-🕌 INFORMASI ILMU MASJID JAMEK TAUN GUSI 🕌-

📌 Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

Allahu Akbar.
SubhanAllah.
Aamiin Ya Allah.
Wassalamu.
















.

Tiada ulasan: