أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
(Aku berlindung kepada Allah (Ta'ala) dari Syaitan yang direjam terkutuk)
بسم الله الرحمن الرحيم
(Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang)
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
اللهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد
Kelebihan memberi Salam dengan tertib.
Dari Abu Hurairah Radhiyallahu Anhu, beliau berkata bahawa seorang pemuda melewati Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, sedang dalam keadaan duduk di sebuah majlis. Maka pemuda ini mengucapkan “Assalamu’alaikum”, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengatakan: “Bagi dia 10 kebaikan”. Lalu lewat pemuda yang lain dan mengatakan: “Assalamu’alaikum Wa Rahmatullah, Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengatakan: “Bagi dia 20 kebaikan” kemudian lewat lagi pemuda yang lainnya mengatakan: “Assalamu’alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh” Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengatakan: ”Bagi dia 30 kebaikan” Hadis Riwayat Ibnu Hibban 493, Abu Daud 5195, Tirmidzi 2689 dan ini adalah lafadz Ibnu Hibban.
Berita 1MDB: Ketik "LAGI" untuk berita lanjut.
*Najib Disindir Adiknya Dalam Skandal 1MDB*. Pengerusi CIMB Datuk Seri Nazir Razak menyatakan bagaimana The Edge pernah digantung kerana menyiarkan mengenai dakwaan aliran dana 1MDB, yang diulang semalam dalam saman sivil yang difailkan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) untuk menyita harta dan aset individu yang dikaitkan dengan dakwaan skandal dana tersebut. "Tepat 12 bulan yang lalu, tajuk ini menyebabkan mereka digantung. "Hari ini, peguam negara AS mengatakan perkara yang hampir sama," tulis adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu, dalam satu catatan ... lagi »
Antara harta mewah yang dipohon oleh Jab Kehakiman Amerika untuk dirampas ialah harta mewah milik anak tiri Najib di Amerika. Harta itu dimiliki dengan cara menyelewengkan dana 1MDB. Amerika gunakan undang-undang negara itu, untuk rampas harta mewah di negara itu, yang dimiliki secara salah oleh warganegara Malaysia. Ini isu dalaman negara Amerika. Tiba-tiba ada presiden parti Islam kata, kita akan bersama kerajaan sekarang untuk pertahan Malaysia daripada campurtangan kuasa asing. Hadoi, campurtangan kuasa asing kot mana? Ini isu warga Malaysia buat jenayah di Amerika la...! Caka... lagi »
Adalah puak wala'un menaikan status quote dari Presiden Pas Hj Hadi yang bebunyi: " Kita benci Umno, tapi kita tak akan panggil US untuk jatuhkan Umno. Kita tidak akan benarkan kuasa asing masuk campur. Kalau Us masuk Malaysia, kita akan bersama-sama dengan kerajaan sekarang untuk halau US" Kesian dengan Tok Lebai ni.... dia tidak faham kenapa Department of Justice (DOJ) USA mengambil tindakan Mahkamah untuk menyita dan mendapatkan semula aset-aset (civil forfeiture) yang dikaitkan dengan penyelewengan 1MDB. Tindakan ini diambil di bawah program yang dikenali 'Kleptocracy ... lagi »
Adalah puak wala'un menaikan status quote dari Presiden Pas Hj Hadi yang bebunyi: " Kita benci Umno, tapi kita tak akan panggil US untuk jatuhkan Umno. Kita tidak akan benarkan kuasa asing masuk campur. Kalau Us masuk Malaysia, kita akan bersama-sama dengan kerajaan sekarang untuk halau US" Kesian dengan Tok Lebai ni.... dia tidak faham kenapa Department of Justice (DOJ) USA mengambil tindakan Mahkamah untuk menyita dan mendapatkan semula aset-aset (civil forfeiture) yang dikaitkan dengan penyelewengan 1MDB. Tindakan ini diambil di bawah program yang dikenali 'Kleptocracy... lagi »
Aku tak kata apa-apa ya. Aku cuma baca apa yang diluahkan oleh anak perempuan Rosmah yang bernama Azrene Soraya Abdul Aziz. Azrene ialah anak perempuan Rosmah bersama bekas suami pertamanya. Selain Azrene, Riza juga merupakan anak dari hasil perkahwinan pertama Rosmah Mansur. Rosmah Mansur dan Najib Razak berkahwin kali kedua selepas bercerai dengan pasangan masing-masing.. Dan anak Rosmah Mansur menulis di wall Facebooknya ; || THE AZIZ CHILDREN'S DOOR || One day a boy slept, someone came knocking at his door. He opened it a tad bit and a voice called out from the great outdoors....lagi »
Jawapan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berhubung saman sivil oleh Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat semalam menimbulkan kebimbangan serius. Pertama, secara hormat, beliau seharusnya membuat keputusan berhubung pendiriannya. Adakah beliau bertindak sebagai peguam bela bagi perdana menteri atau sebagai pendakwa raya Malaysia? Pada pendapat saya, beliau tidak sepatutnya tampil membela Najib. Beliau perlu mengekalkan kebebasannya dan terbuka kepada hakikat bahawa dakwaan serius yang dibuat dalam saman itu mungkin memaksanya untuk membuka semula kes berkenaan pada satu ... lagi »
[image: Salahuddin Ayub] Ketika beberapa menteri kabinet bersungguh-sungguh membela Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai tidak mempunyai kaitan dengan siasatan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) terhadap dana 1MDB yang disalurkan kepada tiga individu, Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub bertanya kepada ahli dan pemimpin Umno, tidak malukah berketuakan Najib? Ini kerana sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB yang bertanggung jawab meluluskan pelaburan 1MDB di luar negara, Najib dilihat tidak melakukan sebarang usaha untuk mengatasi kepincangan syarikat pelabura... lagi »
Saya sengaja mengambil sedikit masa sebelum menulis kenyataan ini untuk memerhati gelagat pemimpin kerajaan Malaysia termasuk perdana menteri dan peguam negara terhadap pengumuman yang amat mengejutkan oleh peguam negara dan pegawai tinggi Amerika Syarikat mengenai 1MDB dan tindakan perampasan aset milik mereka yang dinamakan hasil pemindahan wang haram yang dikatakan terbesar dalam sejarah AS, mungkin juga dunia. Walaupun ia kes sivil yang bertujuan untuk merampas aset-aset, tetapi ia juga merupakan bukti penipuan oleh mereka yang dinamakan. Mereka telah mencuri wang milik 1MDB! Mak... lagi »
Sejak Jabatan Keadilan, (DOJ) Amerika Syarikat memfailkan saman sivil berkaitan dengan dana 1MDB, terdapat spekulasi mengenai identiti ‘Malaysian Official 1' yang dirujuk dalam dokumen berkenaan. Antara hipotesis, menurut pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, adalah sama ada dirinya adalah individu tersebut. Bagaimanapun, memandangkan ini adalah perkara serius dan membabitkan maruah dan reputasi antarabangsa Malaysia, Lim membuat keputusan untuk berterus-terang. "Biar saya secara rasmi mengakui bahawa saya bukan ‘Malaysian Official 1'," katanya. Dalam perkembangan sama, ahli politik ve... lagi »
GEORGE TOWN, 22 JULAI: “Saya cabar Perdana Menteri untuk mengadakan pilihan raya umum, sama seperti Pulau Pinang membincangkan kemungkinan pilihan raya mengejut, jika beliau fikir semua dakwaan itu direka-reka.” Demikian cabaran dilontarkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kepada Datuk Seri Najib Razak, supaya rakyat dapat memberikan mandat kepada sebuah kerajaan baru selepas menilai skadal kewangan berkembar terbesar dalam sejarah negara melibatkan syarikat milik Kementerian Kewangan, 1MDB. [image: lge_malaysiabolehdiselamatkan-01]Cabaran tersebut dilontarkan setelah 1MDB di... lagi »
1.Tindakkan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat memfailkan tindakan undang undang untuk menyita hartanah bernilai AS1 bilion (RM4 bilion) serta dana 1MDB yang dipercayai terlibat dalam penyelewengan setakat ini oleh peguam negara Amerika Syarikat berjumlah AS3.5 bilion (RM14bilion) yang dikaikan dengan penyalahgunaan dana 1MDB adalah suatu yang sangat memalukan Malaysia.Ini disebabkan Malaysia dilihat gagal dalam mengambil tindakan undang terhadap penjenayah tingkat tinggi dan gagal menyelamatkan wang dan harta negara. 2.Tindakan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat telah menimbulkan per... lagi »
Ramai pihak sebenarnya terkeliru dengan perkataan 'sivil' dan 'jenayah', kata Timbalan Ketua Pemuda Amanah [image: Faiz-Fadzil] PETALING JAYA: Saman sita aset berkaitan 1MDB yang difailkan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) baru-baru ini merupakan prosedur kes jenayah, kata Timbalan Ketua Pemuda Amanah. Faiz Fadzil dalam satu kenyataan berkata ramai pihak sebenarnya terkeliru dengan perkataan ‘sivil’ dan ‘jenayah’ kerana rakyat tidak faham undang-undang bertulis Amerika Syarikat, atau US Code (USC). Malah, perkataan ‘sivil’ sengaja ditekankan menteri kerajaan dan pimpinan Umno ... lagi »
Berdasarkan maklumat yang terkandung dalam tuntutan sivil Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat terhadap 1MDB, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan siapa individu yang dirujuk sebagai ‘Malaysian Official 1' dalam dokumen berkenaan. “Disebut dengan terang dalam laporan Jabatan Keadilan AS, orang ini memiliki sejumlah AS681 juta (RM2.6 bilion) dalam akaun peribadinya di Ambank Malaysia. “Yang kita tahu, tiada orang lain yang dilaporkan mempunyai wang sebanyak itu dalam akaun peribadi di Ambank selain Najib!” kata bekas timbalan perdana menteri. Muhyiddin juga menuduh Peguam Negara T... lagi »
Ketua Unit Rasuah Antarabangsa FBI Darryl Wegner menyifatkan SPRM menunjukkan “keberanian mengagumkan” dalam siasatan 1MDB di AS. PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan kerjasama dengan Biro Siasatan Persekutuan (FB) dalam siasatan 1MDB di Amerika Syarikat. “SPRM mengesahkan menjalinkan kerjasama dengan FBI. Ini kerana kedua-dua pihak telah mempunyai hubungan kerjasama yang lama sebelum ini,” kata SPRM dalam satu kenyataan. SPRM berkata kerjasama tertumpu kepada kemungkinan penyelewengan dan pengubahan wang haram oleh seorang ahli perniagaan ... lagi »
*Najib, Zahid, Salleh Keruak, Rahman Dahalan,Nazri Aziz, Azlina Othman Said, Khairy Jamaludin , Peguam Negara, IGP, Speaker Parlimen dan timbalannya, Ahmad Maslan.. dan hampir semua Menteri, Timbalan Menteri dari UMNO bersubahat sama KATA RM2.6 BILION ADALAH DARI DERMA 'PAK ARAB'.. HAKIKATNYA... Tidak wujud 'Donor' atau penderma dari Arab... hanya rekaan Najib dan Melayu-HARBI yang bersekongkol menipu, menyeleweng dan mempertahankan penyelewengan ni dari terbongkar....!!!* Sekira hadapi masaalah dengan peranti adroid sila gunakan firefox - chrome - ie
Send by Email Kuala Lumpur – Rakyat Malaysia menunjukkan sikap solidariti di laman sosial kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ini yang berdepan dengan saman oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Di laman media sosial dipenuhi dengan ‘hashtag’ #bestrongPM yang dikongsi di laman Facebook dan Twitter pada Jumaat. Kebanyakan mesej yang disampaikan di laman Facebook termasuk ‘Kekal Najib’, ‘Belia Bangkit’,’Parlimen Pekan’ dan kelab Anti-DAP’. Selain berkongsi hashtag serta gambar, laman ‘Kelab Che Jib’ menulis, “... lagi »
.......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan