بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Allahhumma sholli ala Muhammad waala ali Muhammad.
Bismillaahirrohmaanirrohim
Amal seseorang itu tidak pernah menjamin ianya ahli syurga atau pun ahli neraka. Akan tetapi SEMATA MATA rahmat Allah swt jua. Kita hanya diperintahkan agar memperbaiki amal dan berdoa agar Allah swt merahmati hingga akhir hayat. Jangan putus asa dari rahmat Allah swt kerana yang putus asa dari rahmatNya hanya kaum yang kufur(kafir)
Suhhanallahhi wabihamdihi subhanakallahhumma wabihamdika asyhadualla ila hailla anta astaghfiruka waatubu ilaik.Semoga bermanafaat buat kita semua.Aamiin.
sumber:
Cucu Tok Selampit |
Posted: 22 Jul 2016 06:16 AM PDT
Dunia sedang melihat
percubaan Peguam Negara Amerika Syarikat Loretta Lynch menggunakan
Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat untuk membuli negara kecil
seperti Malaysia. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk
mengalih perhatian daripada kes skandal penggubalan wang haram dengan
kartel dadah dan pengganas yang dihadapi oleh Lynch.
Semasa
berkhidmat sebagai Pendakwaraya Persekutuan Amerik Syarikat (AS), wakil
bagi Daerah Timur New York, Lynch, bersama-sama dengan Jabatan
Kehakiman, telah menyelia tuntutan mahkamah besar-besaran terhadap
perbankan gergasi British, HSBC. Pegawai-pegawai Bank dan kakitangan
lain telah menghadapi tuduhan pengubahan wang haram lebih daripada $200
juta melalui Bank AS itu. Kakitangan-kakitangan berkenaan telah didakwa
membuka akaun palsu menggunakan maklumat peribadi pelanggan.
Pendakwaraya
Persekutuan menuduh HSBC haram menjalankan urus niaga haram bagi pihak
pelanggan di Cuba, Iran, Libya, Sudan dan Burma. Kesemua negara ini
adalah tertakluk kepada sekatan yang dikuatkuasakan oleh Pejabat Kawalan
Aset Asing pada masa urus niaga dijalankan. Bukan setakat individu yang
bertanggungjawab menjalankan pengubahan wang haram berkenaan tidak
didakwa, Lynch sebalikya membantu membuat rundingan penyelesaian dengan
HSBC sebanyak $1.92 bilion pada Disember 2012. (Sumber: The Daily Signal)
Kedua,
American Center for Law and Justice telah mengadakan petisyen yang
mendesak Peguam Negara Amerika Syarikat berkenaan meletak jawatan kerana
terlibat bersekongkol dengan Bekas Presiden Bill Clinton. Petisyen
"Attorney General Loretta Lynch must resign" itu telah berjaya mengumpul
lebih 100 ribu tandangan dalam masa 20 hari. (Sumber: ACLJ)
Pada
21/07/2016, Loretta Lynch mengumumkan kes saman Sivil kepada beberapa
individu yang dikaitkan dengan IMDB sehingga kepada pembekuan Aset
dibawah Kleptocracy Asset Recovery Initiative (KARI) yang membenarkan
perampasan aset-aset yang dianggap sebagai aktiviti bersumberkan
penggubahan wang haram.
Kenapa
Loretta Lynch tiba-tiba mengumumkan Saman Sivil ini? Apakah beliau mahu
menolong kepada publisiti isteri Bill Clinton iaitu Hillary Clinton
bersaing untuk merebut jawatan Presiden Amerika Syarikat? Atau adakah
ini merupakan satu jalan bagi menutup salah lakunya bersekongkol dan
menerima rasuah Bill Clinton?
Integriti
Lynch jelas boleh dipertikaikan dan adakah tidak mustahil pasukan
pelobi Bapa Andaian, Tun Dr Mahathir yang membuat aduan kepada
Kleptocracy Asset Recovery Initiative dibayar berjuta-juta US dollar?
Bukan merupakan suatu yang asing bagi pasukan Tun Dr Mahathir yang
pernah membayar Jack Abramoff sebanyak USD1.2 Juta. Baca Harakahdaily, di sini.
Posted: 22 Jul 2016 01:30 AM PDT
Ahli
Parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng, hari ini memberi kata dua kepada
pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat Perdana Menteri, DS
Najib Tun Razak di atas tuntutan sivil yang dikeluarkan oleh Jabatan
Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat ke atas beberapa individu.
Lim
Lip Eng sebelum ini pernah membuat kontroversi apabila mendakwa
Kerajaan tidak cekap dan mendakwa Pakatan Harapan dapat menemui MH370
sekiranya Pakatan Harapan menguasai Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM)
dan Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM).
Ahli
Parlimen Segambut juga memberi Ketua Polis Negara (KPN), TS Khalid Abu
Bakar satu minggu dari hari ini untuk mula menyiasat laporan yang
dibuatnya. Jika tidak, beliau berkata Pakatan Harapan dan pelbagai badan
bukan kerajaan akan mengambil "tindakan drastik".
Tidak susah untuk membaca "Tindakan Drastik" yang akan dilakukan oleh Pakatan Harapan, antara lain termasuklah:
- Adakah demonstrasi jalanan BERSIH
- Petisyen kepada Majlis Raja-Raja.
- Adakan undi tidak percaya.
- Buat kempen petisyen tandatangan.
- Mencukur kepala hingga botak sebagai tanda protes.
- Membuat lebih banyak laporan polis.
- Mengadakan majlis makan-makan sambil mengumpul derma.
- Membuka tabung derma yang baru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan