Sabtu, 23 Julai 2016

6062. Sokongan Melayu terus menjadi fokus, disebalik kejadian akibat perbuatan buruk diri sesetengah orang.

Rupanya Umno BN Guna Taktik Ini Untuk Mengalih Isu Skandal 1MDB. Ahli Parlimen DAP Datuk Mohd Ariff Sabri mempersoalkan sama ada pemimpin Barisan Nasional (BN) akan menggunakan taktik menyerang Yahudi bagi meraih sokongan orang Melayu susulan tuduhan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat terhadap 1MDB.
“Adakah mereka akan guna taktik lama dengan menipu rakyat Malaysia khususnya orang Melayu bahawa ini semata-mata sebuah konspirasi jahat dengan Jabatan Kehakiman Amerika dikuasai Yahudi?
Rupanya Umno BN Guna Taktik Ini Untuk Mengalih Isu Skandal 1MDB. “Pada masa yang sama menuduh Yahudi memang bengang dengan Najib yang dianggap penjaga dan pembela akidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah, pelopor wasatiyah dan penganjur maqasid syariah?” soal wakil rakyat Raub itu dipetik lidah rasmi DAP, Roketkini.com.
Ariff berkata saman yang dikemukakan Peguam Negara AS dua hari lalu itu memalukan, dan berlaku ketika pemimpin Umno yang mengaku “pejuang Melayu dan Islam” sibuk dengan isu kafir harbi dan isu dikaitkan agama yang lain “tetapi membutakan mata dengan penyelewengan rasuah terbesar yang dilakukan pemimpin”.

Rupanya Umno BN Guna Taktik Ini Untuk Mengalih Isu Skandal 1MDB

“Malaysia ialah sebuah negara Islam yang ada belasan mufti, ribuan Qadhi, jutaan ustaz yang sibuk mengkafir-harbikan orang lain tapi tutup kedua mata, bila orang Islam sendiri mencuri dan rasuah,” katanya.
Saman yang difailkan Jabatan Kehakiman di Los Angeles itu bertujuan merampas aset yang “terbabit dalam dan boleh dikesan kepada suatu konspirasi antarabangsa untuk mengubah wang yang dilesapkan daripada 1MDB”.
Rupanya Umno BN Guna Taktik Ini Untuk Mengalih Isu Skandal 1MDB. Ia turut menamakan anak tiri perdana menteri, Riza Aziz, seorang penerbit filem Hollywood, kerana dituduh menggunakan dana 1MDB sebanyak RM256 juta dalam pembikinan filem “The Wolf of Wall Street” yang dibintangi Leonardo DiCaprio.

(Saturday, 23 July 2016)








Tiada ulasan: