Sabtu, 11 November 2017

6332. Akhlaq Mulia Membawa Keindahan.

Bismillah... 
Akhlaq Mulia Membawa Keindahan.
.
►Tatkala orang menabur kebencian, biarlah diri kita menguatkan kesabaran.
►Tatkala orang merancang perpecahan,biarlah kita mempererat persatuan.
►Tatkala orang menyinggung perasaan, biarlah kita belajar memaafkan.
►Tatkala hidup dinaungi keraguan,biarlah kita menguatkan keimanan.
►Tatkala segala perkataan menumbuhkan tunas keputusasaan, biarlah mencoba menumbuhkan harapan.
►Tatkala di sekeliling kita dinaungi kegelapan, biarlah kita coba membawa setitik pelita penerang.
►Saudaraku, takkan jatuh harga diri kita karena memaafkan. Takkan jatuh martabat kita karena kebaikan.
.
►Sungguh... Akhlaq Mulia akan membawa kita kepada keindahan bukan karena kecantikan dan ketampanan,
►Namun karena terbentuknya pribadi mulia yang menawan.
.
►Kata yang paling Indah adalah "ALLAH"
►syair yang paling merdu adalah "ADZAN"
►Majalah yang paling baik adalah "AL-QUR'AN"
►Senam yang paling sehat adalah "SHALAT"
►Diet yang paling Sehat adalah "PUASA"
.
:: Obat Cinta adalah Menikah.
:: Obat Marah adalah Wudhu.
:: Obat Galau adalah Dzikir dan membaca Al-Qur'an.
:: Obat Ketidak Senangan hati adalah Shalawat.
:: Obat kemiskinan adalah Istighfar, Usaha dan Sedekah.
:: Obat Nafsu adalah Puasa.
:: Obat Putus asa adalah Harapan dan Do'a.
.
Semoga kita mampu demikian. In Shaa Allah.
.
Aamiin Allahuma Aamiin 



BEZA tapi SAMA & SERUPA tapi TAK-SAMA

Orang yang Mencintai Kita hingga dia Menutup Mata ialah...MAK
Orang yang mencintai kita dengan tiada Ekspresi Mata ialah...ABAH
____________________________
MAK _Memperkenalkan kita kepada Dunia.
ABAH _Memperkenalkan Dunia kepada kita.
___________________________
MAK _Membawa kita kepada Kehidupan.
ABAH _Membawa Kehidupan kepada kita.
__________________________
MAK _Menjaga kita supaya tidak Lapar.
ABAH _Membuat kita tahu Makna Lapar.
__________________________
MAK _Memberi kita Kasih Sayang.
ABAH _Memberi kita Tanggung jawab.
__________________________
MAK _Mengajar kita supaya tidak terjatuh.
ABAH _ Mengajari kita bangun bila terjatuh.
__________________________
MAK _ Mengajarkan kita Berjalan.
ABAH _Mengajarkan kita Jalan hidup.
__________________________
MAK _Mengajar kita melalui Pengalamannya.
ABAH _Mengajar kita untuk mendapatkan Pengalaman.
__________________________
MAK_: Memperkenalkan ideologi.
ABAH_: Memperkenalkan realitas
___________________________
KASIH MAK _diketahui semenjak kita Dilahirkan.
KASIH ABAH _diketahui bila dia sudah tiada.
___________________________
Kasihilah *ABAH* Anda.
Sayangilah *MAK* Anda.
_*Selama Dia masih ada*_
__________________________
Rumah tidak akan berseri tanpa kehadiran Anak, tapi rumah akan lebih sunyi bila *MAK& ABAH* sudah tiada....
sekadar renungan Bersama buat Kita sebagai *ANAK* dan sebagai *MAK & ABAH* bagi anak-anak kita....


ــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ...

وَاِذَا تُتْلٰى عَلَيْهِمْ اٰيٰـتُـنَا بَيِّنٰتٍ تَعْرِفُ فِيْ وُجُوْهِ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا الْمُنْكَرَ ۗ يَكَادُوْنَ يَسْطُوْنَ بِالَّذِيْنَ يَتْلُوْنَ عَلَيْهِمْ اٰيٰتِنَا ۗ قُلْ اَفَاُنَبِّئُكُمْ بِشَرٍّ مِّنْ ذٰ لِكُمُ ۗ اَلنَّارُ ۗ وَعَدَهَا اللّٰهُ الَّذِيْنَ كَفَرُوْا ۚ وَبِئْسَ الْمَصِيْرُ

Ertinya:-

"Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat Kami yang jelas nyata, engkau akan dapat melihat pada muka orang-orang yang kafir itu tanda marah dan benci, hampir-hampir mereka hendak menerkam dan menyerang orang-orang yang membacakan ayat-ayat Kami kepada mereka. Katakanlah (wahai Muhammad): Jika demikian, mahukah, aku khabarkan kepada kamu: yang lebih buruk lagi daripada apa yang telah menyebabkan kemarahan kamu itu? Ialah neraka yang telah dijanjikan oleh Allah kepada orang-orang yang kafir, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali! " (Surah Al-Hajj 22 : 72)

"Dari Abu Hurairah ra berkata: Rasul SAW bersabda."Sesungguhnya Allah Ta'ala nanti pada hari kiamat akan berfirman: "Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagunga-ku, pada hari ini Aku menaungi mereka di bawah naungan Ku di mana tidak ada naungan kecuali naungan-Ku".(HR Muslim)

INFO...

Berapa Jauhkah Anda Boleh Memandu Dengan Lampu E Menyala?


Pasti ramai yang tertanya-tanya berapa jauh kereta anda boleh pergi bila lampu amaran tangki minyak simpanan mula menyala? Penting untuk anda mengetahui jarak anggaran yang boleh dipandu setelah lampu amaran ini mula menyala kerana jika anda tersalah anggaran, anda mungkin akan kehabisan minyak sebelum sempat mengisinya semula.

Jadi berbalik kepada persoalan berapa jauh jarak yang boleh dicapai sekiranya lampu amaran ini sudah menyala? Jawapan yang dicari sebenarnya ada pada buku manual kereta anda.

Lampu amaran tangki minyak simpanan akan mula menyala memberikan amaran apabila baki minyak dalam tangki kurang dari 7.5 liter. Ia akan berkelip dengan kadar perlahan dan akan berkelip dengan lebih laju apabila baki minyak dalam tangki kurang dari 6.0 liter.

Menurut Dato’ Ir Hj Mohamad b Dalib (Pengarah Kejuruteraan Automotif JPJ)

1. Tangki kenderaan mempunyai rizab minyak sebanyak 4.5 liter selepas penunjuk aras minyak melepasi ‘E’ tidak kira apa jenis kuasa kuda (cc) atau jenis enjin. Dengan simpanan sekitar 4.5 liter ini, kenderaan masih mampu berjalan sejauh sekurang-kurangnya 60km.

2. E bukan bermaksud Empty tapi ia bermaksud Enough.

3. Jika pendingin hawa dipadamkan (off), ia mampu memberi tambahan lagi 10km.

4. Tambahan lagi 10km jika anda memandu sekitar kelajuan   konsisten.

*Nota – Simpanan atau rizab minyak sebanyak 4.5 liter adalah piawaian yang dikeluarkan oleh standard antarabangsa

☝☝☝☝
info berguna untuk semua.. selamat memandu...🤓🤓🤓
extra skil ...pandu tidak melebihi 100km/j

Beristighfar dan Bertaubat daripada Dosa

Telah mengkhabarkan kepadaku Abu Salamah bin Abdul Rahman dengan berkata, telah berkata Abu Hurairah RA : Saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar (memohon keampunan) dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih daripada tujuh puluh kali." (Hadith riwayat Al-Bukhari, No. Hadith : 6307)

Matan hadith:

أَخْبَرَنِي أَبُو سَلَمَةَ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، قَالَ: قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: )وَاللَّهِ إِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ إِلَيْهِ فِي اليَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً(
]صحيح البخاري, كتاب الدعوات , باب استغفار النبي صلى الله عليه وسلم في اليوم والليلة , رقم 6307[

Pengajaran Hadith :

Asal perkataan غفر adalah ستر bermaksud menutup atau melindungi daripada dosa. Manakala mengucapkan istighfar adalah memohon keampunan dan pembebasan daripada dosa-dosa.
Walaupun Rasulullah SAW adalah insan yang ma’sum (diampunkan dosanya yang telah lalu dan akan datang) Baginda senantiasa memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah SWT sekurang-kurangnya sebanyak 70 kali setiap hari.
Sebagai umat Baginda yang tidak sunyi daripada melakukan dosa sewajarnya sentiasa lebih banyak memohon keampunan dan bertaubat kepada Allah SWT pada setiap masa.
Sumber rujukan :
1. Kitab Sahih Al-Bukhari
2. Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riayadus Salihin





.

Tiada ulasan: