Rabu, 15 November 2017

6347. Salah Alamat.

Bismillahi Walhamdulillah. 

Ketika Imam Syafie pergi ke Mesir untuk berjumpa guru beliau Imam Malik, meminta untuk didoakan;

kemudian kata Imam Malik, "kamu telah tersalah alamat datang ke sini dan minta untuk didoakan oleh aku!"

Imam Syafie bertanya: "kenapa?"

Imam Malik menjawab: "di rumah kamu ada seorang yang doanya 100 000 kali ganda daripada aku!"

Imam Syafie bertanya: "siapakah itu?"

maka jawab Imam Malik: " Ibu kamu ! Doa Ibu itu tidak ada hijab antara dia dengan Allah SWT!

NOTA; 
amat bertuah bagi mereka yang masih ada ibu! Alhamdulilah; jika anda masih ada ibu dan bapa, kasihlah dan jaga mereka seperti mereka menjaga dan kasih kepada kita semasa kita kecil dahulu.

alFatihah untuk Bonda dan Ayahanda kita!








 


 





.

Tiada ulasan: