Khamis, 23 November 2017

6362. Tukang gunting rambut bertanya kepada seorang ustaz.

Seorang Ustaz ke Barber Shop untuk menggunting rambutnya. Ketika rambutnya sedang digunting, si tukang gunting rambut bertanyakan 1 soalan kpd si Ustaz.

BARBER: Saya nak tanya 1 soalan.

USTAZ: Ya, silakan.

BARBER: Benarkah Tuhan itu wujud?

USTAZ: Mestilah wujud. Kalau Tuhan tak wujud, pastinya kita pun tak wujud di dunia ni.

BARBER: Kalau betul Tuhan itu wujud, kenapa ketika manusia dalam kesusahan Tuhan tak bantu. Kalau betul Tuhan itu wujud, semestinya takkan ada manusia dalam kesusahan di dunia ini.

USTAZ: Diam dan tersenyum sambil menggelengkan kepala

BARBER: Knp Ustaz diam?

USTAZ: Kamu gunting rambut saya bagi siap dulu dan saya akan jawab soalan tu selepas semua selesai.

Si tukang gunting ni pun dgn segera menyiapkan rambut Ustaz itu kerana ingin tahu apa jawapan Ustaz itu. Akhirnya siap.

BARBER: Ok dah siap Ustaz. Apa jawapannya Ustaz?

USTAZ: Berapa harga?

Barber: RM10 sahaja. (masih menunggu jawapan)

USTAZ: Ustaz keluarkan dompet sambil tersenyum tanpa sebarang kata

Setelah membayar Ustaz terus keluar dari kedai. Si tukang gunting terdiam melihat tindakan Ustaz yang agak pelik. Tiba² Ustaz masuk kembali ke kedai tersebut dengan membawa seseorang. Orang itu adalah pengemis jalanan.

USTAZ: Kamu tengok dia ni. Benarkah wujud Tukang Gunting Rambut dalam dunia ni?

BARBER: Mestilah wujud. Saya ni kan tukang gunting.

USTAZ: Kalau betul wujud tukang gunting, takkan ada manusia yang rambut tidak terurus seperti ini. Kalau betul wujud tukang gunting mesti rambutnya terurus.

BARBER: Dia yang tak pernah mencari tukang gunting, mestilah rambutnya tak terurus.

USTAZ: Jadi, itulah jawapan saya utk soalan kamu tadi.

BARBER: Terdiam seketika.

USTAZ: Manusia yang tidak mencari Tuhan, sombong dengan Tuhan. Tuhan itu sentiasa ada dengan kita. Kalau kita mencari Tuhan, pasti hidup kita terurus seperti mana rambut yang dijaga.

BARBER: Terus terdiam dan terkedu mendengar jawapan Ustaz itu dalam keadaan menitis air mata.

Moral of the story: Hidup kita semua bergantung pertolongan dari Allah. Jangan sesekali kamu anggap kamu boleh hidup tanpa bantuan Allah. Sebenarnya Allah tidak memerlukan manusia. Tetapi manusia yang memerlukan Allah.




.

Tiada ulasan: