Sabtu, 25 November 2017

6381. Selagi hayat di kandung badan dan walau di mana berada.


Assalamualaikum
Tazkirah Jumaat
Takutilah Allah SWT di mana sahaja Kamu Berada
Daripada Abu Zar RA beliau berkata; Rasulullah SAW pernah bersabda kepadaku: "Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana saja kamu berada dan ikutilah setiap (amalan) kejahatan dengan (amalan) kebaikan yang dapat menghapuskannya serta berakhlaklah kepada manusia dengan akhlak yang baik." Hadith semakna juga diriwayatkan oleh Abu Hurairah. Abu Isa berkata; Ini adalah hadith hasan sahih.
(Hadith riwayat at-Tirmizi, No.Hadith : 1987)

Matan hadith :
عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اتَّقِ اللَّهِ حَيْثُمَا كُنْتَ وَأَتْبِعْ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ
قَالَ وَفِي الْبَاب عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
] جامع الترمذي ,كتاب البر والصلة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم, باب ما جاء في معاشرة الناس,رقم الحديث 1987[

Pengajaran Hadith :
Taqwa kepada Allah SWT merupakan kewajipan setiap Muslim dan menjadi benteng daripada melakukan kejahatan dan maksiat.
Bersegeralah melakukan kebaikan setelah menyedari atau melakukan kejahatan dan maksiat.
Para ulama’ bersepakat bahawa kebaikan hanya dapat menghapuskan dosa-dosa kecil sahaja. Adapun dosa besar seperti derhaka kepada ibu bapa, membunuh, memakan riba, meminum arak dan selainnya tidak akan terhapus kecuali dengan bertaubat.
Setiap Muslim hendaklah bersungguh-sungguh untuk menjauhi amalan kejahatan dan memperbanyakkan amalan kebaikan serta menghias diri dengan akhlak mulia.
Sumber :
1. Kitab Jami’ At-Tirmizi
2. Kitab Nuzhatul Muttaqin Syarh Riyaadus Salihin







.

Tiada ulasan: