بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah SWT.
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya” [QS. AL 'IMRAN (3):185]
•
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
•
14 FEBRUARI: CERITA SEBENAR VALENTINE - SEJARAH KEJATUHAN KERAJAAN ISLAM
Kejatuhan Kerajaan Andalusia pada 14 februari 1492
Kerajaan Andalusia, Khilafah Islam terakhir telah menyerah kalah kerajaannya kepada Raja Kristian Ferdinand dan Ratu Kristian Isabella kerana memikirkan nasib rakyatnya yang berada dalam situasi tertekan.
Satu perjanjian jaminan keselamatan telah dimeterai antara pemimpin islam dan pemerintah tentera salib. Orang islam akhirnya telah ditipu lalu disembelih hidup-hidup di pantai. Kapal-kapal mereka telah dibakar terlebih dahulu oleh tentera salib.
Dalam erti kata lain tentera salib telah mengepung mereka yang terdiri daripada orang-orang tua, wanita dan kanak-kanak lalu semuanya disembelih agar berita itu menjadi pengajaran dan menakutkan orang lain yang mahu hampir dgn islam.
Air laut yg mulanya kebiruan telah bertukar menjadi merah pekat air anggur...
-----------------------------------------------------
Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya
Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Rujuk sumber fatwa:
Khutbah Jumaat: Awas Jerat Valentine !!!
Sumber ~ http://www.mohdnajib27.my
Ramai yang tidak tahu tentang sejarah islam ni. Namun, ramai yang tahu 14 februari ni hari kekasih atau valentine day. Saya yakin dan pasti ramai juga yang tahu kisah di sebalik valentine ni, siapa itu valentine, dan kenapa wujud valentine day. Malangnya, masih ramai golongan bergelar muslim yang jahil menyambut 14 februari ini seperti golongan bukan islam.
Perkataan 'Valentine' diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan 'Ratu Isabella' dari sepanyol iaitu 'Saint Valentine'. Jasa beliau menumpaskan kerajaan Islam di Cordova pada tanggal 14 Feb, 270 M.
Begitu bermakna pada 'Ratu Isabella', sehingga beliau (Valentine) dianggap sebagai kekasih kepada rakyatnya sendiri. Justeru itu, 14 Februari disambut setiap tahun oleh rakyat Cordova bagi merayakan kemenangan tersebut dan menamakan hari tersebut sebagai 'Hari Valentine'
Hari mempersendakan orang Islam dan mengaburi hal sebenar dari pengetahuan orang Islam
Kononnya untuk menunjukkan rasa sayang kepada seseorang. Rasa cinta bagi setiap pasangan yang sedang berkasih. Adakah Islam membenarkan pasangan kekasih berpimpin tangan, menari di kelab malam, berpelukan dan meneguk ‘air syaitan’ semata-mata untuk menunjukkan rasa sayang pada kekasihnya.
Sambutan Valentine lebih kepada mengagungkan perayaan bukan Islam (ajaran kristian), selain menggalakkan maksiat. Secara terang-terangan ia diharamkan dalam Islam kerana menggalakkan perlakuan sumbang, terutama remaja yang gemar melakukan perkara dilarang termasuk maksiat.
Hari mempersendakan, mentertawakan orang Islam dan mengaburi hal sebenar dari pengetahuan orang Islam
Kasih sayang penting dalam Islam dan menunjukkan kasih sayang tidak semestinya perlu ada hari khusus. Sejarah Valentine tidak langsung menunjukkan ia membantu umat Islam meningkatkan amalan dan imannya. Malah, sejarah sambutan itu lebih banyak membawa kepada kerosakan akhlak dan akidah. Oleh kerana itulah, Islam melarang dan jelas ia haram. Kebebasan adalah sesuatu yang sangat subjektif.
Say no to valentines day
Jelas dan nyata hukum menyambutnya adalah HARAM dan dilarang oleh Islam. HARAM TETAP HARAM. Tiada kompromi. Tidak rasional rasa kasih sayang itu ditunjukkan pada satu hari dalam setahun. Selain 14 februari tak sayang ke ???
sumber:
http://wannsall.blogspot.my/2013/02/14-februari-cerita-sebenar-valentine.html
https://www.facebook.com/putriandinisaja/videos/1532805016766923/
http://id.noblequran.org/quran/surah-ali-imran/ayat-194/
https://www.facebook.com/NgakakOnlineOfficial/videos/2011324852485543/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan