بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah SWT.
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya” [QS. AL 'IMRAN (3):185]
•
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
استغفر الله لا إله إلا هو الذي الحي القيوم واتوب إليه
•
Solat Sunat Malam.
Dalil solat malam dari Rasullah SAW
1. Ketika Rasullah mula tiba di Madinah dan menyeru umat Islam , "wahai manusia sebarkan salam gugur dosa dosa kecil dan memberi makan kpd orang, jalinlah siratulrahhim, kerjakan Solat ketika orang lain tidur dan maka pasti kamu akan masuk syurga dgn sejahtera."
2. "Kerjakanlah solat malam, sebab dia kebiasaan org yg soleh sebelum kamu, penebus dosa dan pencegah daripada berbuat dosa dan penakal penyakit pada tubuh."
3. Jibrail dtg kepada Nabi, dan berkata , "Kemuliaan sesaorang mukmin ketika dia bgn solat mlm."
4. Ada tiga golongan manusia dicintai Allah.
1- Sesaorang dlm oerang kerna Allah yg mempetaruhkan jiwa kerna Allah.
2- Sesaorang yg sedang tidur kat tilan yg empuk tapi bgn bersolat empuk
3- Sesaorang yg musafir, dan dlm kumpulan sedang tidur sedangkan dia bgn mengerjakan solat.
Solat Malam: Sesaorang akan mendapat bermunajat kpd Allah akan mendapat kebahagian.
Tatacara bangun solat malam: mengikut sunnah.
1. Ketika nak tidur, berniat nak bangun bersolat tahajud, jika tak terbangun, tetap mendapat pahala. Manakala tidurnya pula merupakan nekmat yg Allah kurniakan.
2. Berusaha menghilangkan mengantuk , dengan melihat ke langit dan berdoa "Kerana menghidupkan setelah mematikan dan bersuci dan jugak mandi kalau boleh - mandi dari kaki ke atas. dan melihat ke langit dan menekmati kebesaran Allah."
3. Sebaiknya dimulakan dengan solat sunat ringkas - sebagai mukadimmah, solat wudu atau mutlak dan setelah itu boleh mengerjakan solat tahajud. (hadis riwayat Muslim- sunnah Rasullah saw)
4. Hendaklah membangunkan ahli keluarga, isteri atau suami dengan merenjis sedikit air dengan niat suami atau isteri mendapat ganjaran Allah Subhanallah jua. Semuga Allah menimpakan rahmat ke atas sesaorang lelaki yg bgn mlm untuk mengerjakan solat mlm dan kemudian mengejutkan isteri , maka dia mendapat ganjaran dari Allah.
Solat malam merupakan pakaian di akhirat.
5. Jika sesaorang mengantuk ketika solat, maka henti bersolat, tidak boleh paksa diri untuk terus bersolat jika diri mengantuk.
6. Tidak boleh menyusahkan Diri sungguhpun demikian buat ikut kemampuan. Aisyah RA bertanya "Perbuatan mana yg disukai Allah" maka Jawab Rasullah "Yg berterusan walaupun sedikit."
Waktu untuk solat malam:
Asal Bangun... solat malam boleh dibuat permulaan, pertengahan Dan akhir malam.
Permulaan, selepas isyak Dan selepas solat baddiyah... mengikut Rasullah dan waktu yg afdal, ialah 1/3 mlm akhir Dari 3-5 am.
Dalil Nya Dari Abu Hurairah: Dari kebanyakan ulamak:- Rasullah beritahu Setiap mlm Allah turun ke langit pertama dunia, ketika 1/3 akhir, sesiapa yg berdosa kpd ku, pasti Aku makbulkan. ..setitik air mata Akan menghalang kita Dari neraka.
Sabda Rasullah, " Allah Akan memakbulkan waktu seorang Hamba untuk mendekatkan diri kpd Allah iaitu 1/3 mlm yg terakhir, Dan jika kamu nak masuk dalam golongan ini, maka usahakan lah.
Dan puasa yg paling disukai Allah puasa Nabi Daud dan solat yg paling disukai ialah solat Nabi Daud, solat malam qiam.
Dari Anas RA, sabda Rasullah "Satu kali solat di masjid ku Sama dgn 10,000 rakaat di tempat lain Dan 1 rakaat di Masjiddil Haram bersamaan 100,000 rakaat di tempat lain dan solat di Medan jihad bersamaan dgn 2 juta rakaat.... tetapi yg lebih Dari ini ialah solat 2 rakaat yg dikerjakan pada 1/3 mlm akhir."
Jangan tinggal solat witir Dan jika tertinggal, boleh Qada witir..
Jangan tinggal solat rawatib... sabda Rasullah siapa yg solat 4 rakaat sebelum Dan 4 rakaat selepas Zohar, Allah haramkan neraka.
Sumber:
http://mylovelychannel.blogspot.my/2015/12/solat-sunat-malam.html
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan