Jumaat, 15 Disember 2017

6671. Yang pelik ialah dunia dan yang lebih pelik ialah cintakan dunia.

ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ

Allah berfirman yang bermaksud “Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya” (QS: Al Imran 3:185)

EMPAT SOALAN PENTING UNTUK SAYYIDINA ALI

Kisah Sayidina Ali Bin Abi Thalib RA yang bertemu dengan seorang lelaki ketika beliau menjadi Amirul Mukminin. 

Lelaki itu bertanya, “Wahai Amirul Mukminin, saya ingin bertanya 4 soalan, harap tuan dapat menjawabnya:

1. Apakah perkara yang wajib dan yang lebih wajib?

2. Apakah perkara yang dekat dan yang lebih dekat?

3. Apakah perkara yang pelik dan yang lebih pelik?

4. Apakah perkara yang sukar dan yang lebih sukar?"

Amirul Mukminin Ali RA menjawab,

"1. Yang wajib ialah taat kepada ALLAH dan yang lebih wajib tinggalkan dosa.

2. Yang dekat itu kiamat dan yang lebih dekat adalah mati.

3. Yang pelik ialah dunia dan yang lebih pelik ialah cintakan dunia.

4. Yang sukar itu kubur dan yang lebih sukar ialah pergi ke sana (kubur) tanpa bekalan."

wspgrp
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bismillahirrohmanirrohim.

Bila berkata...
Bila berhujah...
Bila memberi pendapat...
Bila bercerita...

Sama ada secara lisan atau bertulis dan Hindarilah dari membuka aib diri sendiri dan orang lain serta nilai tambahnya Jauhilah diri dari mencela diri sendiri dan mencelakakan orang lain

Jangan kedekut.
Maksudnya jangan sesekali kedekut untuk berbuat baik kepada diri sendiri.

Aamiin Ya Allah Ya Rohman Ya Rohim Ya Rob...
Wassalamu.