ﺑِﺴْــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْـــﻢ
Allah berfirman yang bermaksud; “Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya” (QS: Al Imran 3:185)
Ngompol (kencing malam) hasilnya pesing (hancing) - Ngumpul (mengumpul) ngumpul hal baik, maka baiklah hasilnya. Mengumpul harta curi maka azab nerakalah jawabnya. Nauzubillahminzalik.
أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّـيْطٰنِ الرَّجِيْمِ
بسم الله الرحمن الرحيم
Amanat Hadi keluar kerana Umno dulu teruk - PAS.
Amanat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dikeluarkan pada 1981 sesuai pada masanya kerana Umno di bawah kepimpinan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada ketika itu teruk.
Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mahfodz Mohamed berkata Umno kini tidak seperti dahulu apabila parti itu mengambil pendekatan berbeza untuk mendekatinya, lapor Utusan Malaysia.
“Amanat Haji Hadi (Abdul Hadi) dikeluarkan ketika itu sesuai dengan waktunya kerana Umno di bawah kepimpinan Dr Mahathir waktu itu amat teruk, anti-Islam.
“Sekarang pendekatan kita berubah terhadap Umno sebab parti itu hari ini tidak macam Umno bawah Dr Mahathir dulu, bila kita beri penerangan hari ini, Alhamdulillah sedikit sebanyak diterima.
“Kalau dulu, asal Islam sahaja ditentang,” beliau dilaporkan sebagai berkata.
Mahfodz mengulas tindakan Dr Mahathir yang menyalahkan mufti kerana tidak menegur Amanat Hadi sehingga tercetusnya tragedi Memali pada 1985.
Justeru beliau mengulangi desakan sekali lagi supaya satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi merungkai kebenaran di sebalik tragedi Memali yang meragut 18 nyawa.
“Sebab itu, PAS bersetuju apabila ada pihak yang mencadangkan RCI ditubuhkan bagi siasat semula kes Memali ini. PAS sokong penuh.
“Biarkan satu suruhanjaya siasatan yang bebas buat kerja, siasat betul-betul siapa yang bertanggungjawab,” beliau dilaporkan sebagai berkata.
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad turut membuat desakan yang sama supaya RCI itu diwujudkan.
“Biar RCI siasat, tidak tahu beliau (Dr. Mahathir) nak salahkan siapa pula esok. Sama ada beliau nak jawab tidak tahu, itu terpulang kepada beliau,” Idris dipetik sebagai berkata.
Sumber:407274
Fakta: Amanat Hadi keluar lebih awal, sebelum Tun jadi Perdana Menteri Malaysia.
End of quote
Tun Mahathir jadi PM pada bulan Julai 1981
Amanat Haji Hadi diucapkan di Bonggol Paradong, Trengganu pada 7 April 1981.
Dekat 3 bulan sebelum Tun jadi PM.
Time line kantol.
Daftar Isi Al-Quran dan Terjemahan
Silakan Klik untuk membacanya:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan