SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah membuat kesilapan selepas membatalkan pencalonan penyandang Ahli Parlimen Batu, Tian Chua untuk bertanding di kerusi berkenaan pada PRU14 ini.
teks:
SPR buat kesilapan dalam kes Tian Chua - Politik - Sinar Harian
Tian Chua lapor polis, SPR didakwa hina mahkamah.
Selangorkini
Kaitkan keputusan SPR dengan BN hanya cubaan tutup malu.
ref:
Kaitkan keputusan SPR dengan BN hanya cubaan tutup malu - Nasional - Utusan Online
PENCALONAN Naib Presiden PKR, Tian Chua ditolak SPR berikutan satu kes Mahkamah Shah Alam pada tahun 2013. - Foto Nurul Syazana Rose Razman.
Pencalonan Tian Chua ditolak
Oleh Ilah Hafiz Aziz
illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my
Pencalonan Tian Chua ditolak | Politik | Berita Harian
Peguam, Syahredzan Johan, ini adalah kerana mahkamah sebelum ini telah memutuskan bahawa seseorang hanya hilang kelayakan untuk bertanding dalam pilihan raya sekiranya pihak berkenaan di denda tidak kurang daripada RM2,000.
“Keadaan ini telah ditafsirkan sebagai pihak berkenaan hanya hilang kelayakan sekiranya didenda lebih daripada RM2,000 atau RM2,000.01,” katanya kepada Sinar Harian.
Sewaktu proses penamaan calon hari ini, Tian Chua gagal untuk mempertahankan kerusi Parlimen Batu selepas pegawai pengurus pilihan raya, Anwar Mohd Zain membatalkan kertas pencalonannya.
Pembatalan itu dibuat berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2 Mac lalu yang mengekalkan sabitan bersalah terhadapnya atas tuduhan menghina kehormatan seorang anggota polis, dan dikurangkan hukuman denda kepada RM2,000
Selain itu, Syahredzan berkata, sebelum ini Speaker Dewan Rakyat juga telah memutuskan bahawa Tian Chua masih kekal sebagai ahli Parlimen.
“Jadi persoalannya, mengapa Returning Officer tersebut membuat keputusan yang bertentangan dengan Mahkamah dan Speaker?”soalnya.
Tambah Syahredzan, pihaknya berpendapat bahawa Tian Chua seharusnya mencabar keputusan pengurus pilihan raya tersebut yang dilihat tidak tepat dalam isu terbabit.
teks:
SPR buat kesilapan dalam kes Tian Chua - Politik - Sinar Harian
Tian Chua lapor polis, SPR didakwa hina mahkamah.
OLEH ERMIZI MUHAMAD
SENTUL, 28 APR : Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menghina keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang sepatutnya membenarkan beliau bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU14), ini.
Beliau berkata, tindakan itu menimbulkan persoalan utama terhadap kredibiliti suruhanjaya itu dalam mengurus sistem pilihan raya adil di negara ini.
Tegas Tian, isu penolakan pencalonan sepatutnya tidak timbul memandangkan beliau pernah menghadapi situasi hampir sama pada PRU lalu, namun masih dibenarkan bertanding sebagai calon.
“Bagaimana sebuah agensi yang sama membuat dua keputusan yang berbeza pada pilihan raya sama membabitkan isu yang sama sebelum ini?
“Dalam kes terdahulu (PRU13) lalu, saya juga menghadapi tuduhan dan dakwaan denda RM2,000 oleh mahkamah, tetapi masih dibolehkan bertanding.
“Tetapi untuk proses pencalonan tahun ini, mengapa SPR menafikan hak pencalonan saya walaupun denda dalam kes baru-baru ini juga adalah kurang di bawah kadar RM2,000.
“Tindakan penolakan ini jelas satu penghinaan kepada mahkamah yang sepatutnya membenarkan saya untuk bertanding sebagai calon,” katanya.
Lebih mengecewakan kata Tian, SPR gagal memberikan penjelasan menyeluruh berhubung keputusan penolakan itu.
“Saya telah berbincang bersama peguam dan pimpinan parti untuk mengemukakan bantahan dan inkuiri baru.
“Kita berharap SPR lebih bersifat telus, seterusnya Pengerusi SPR boleh memberikan penjelasan lanjut berhubung keputusan penolakan ini,” tegasnya.
Awal pagi ini, Tian Chua yang sepatutnya bertanding sebagai calon Pakatan Harapan (PAKATAN) atas tiket KEADILAN bagi kerusi Parlimen Batu, Kuala Lumpur.
Difahamkan penolakan dibuat SPR berkait kes Mahkamah Tinggi Shah Alam, melibatkan denda RM2,000 atas kesalahan menghina polis.
Tian sebelum ini menjadi wakil rakyat bagi tempoh dua penggal selepas berjaya menewaskan calon Barisan Nasional pada dua pilihan raya lalu.
Terdahulu, Tian ditemui pemberita selepas hadir membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Sentul, petang ini.
=EZY=
teks:Selangorkini
Kaitkan keputusan SPR dengan BN hanya cubaan tutup malu.
KUALA LUMPUR 28 April - Tindakan kepemimpinan PKR mengaitkan Barisan Nasional (BN) di sebalik keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menolak kertas pencalonan beberapa pemimpin mereka disifatkan sebagai satu cubaan jahat untuk mengelirukan rakyat.
Dekan Fakulti Undang-Undang, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Dr. Rahmat Mohamad berkata, usaha PKR menanam benih kebencian dalam kalangan rakyat terhadap BN boleh dilihat sebagai usaha yang terdesak selain tidak lebih sekadar menutup malu.
Katanya, sedangkan apa yang berlaku hari ini disebabkan kelemahan pemimpin PKR sendiri kerana gagal membuat saringan teliti termasuk dalam kes Naib Presiden PKR, Tian Chua yang diumumkan tidak layak bertanding di Parlimen Batu atas faktor dijatuhi hukuman denda RM2,000.
“Jika saringan di peringkat parti dilakukan dengan teliti, kes seperti Tian Chua tidak akan berlaku. Gabungan pembangkang PKR sepatutnya sedar tentang perkara ini lebih awal dan tidak mempersoalkan tindakan SPR itu.
“Lebih teruk, pemimpin gabungan pembangkang PKR mengaitkan tindakan SPR seolah-olah ada kaitan dengan kerajaan Barisan Nasional (BN) sedangkan apa yang berlaku adalah kesilapan di peringkat parti sendiri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sementara itu, Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah dalam sidang akhbar hari ini berkata, Tian Chua boleh mengemukakan petisyen bantahan di mahkamah sekiranya tidak berpuas hati kertas pencalonannya ditolak.
Pada masa sama, Tian Chua dilaporkan membuat laporan polis hari ini berhubung penolakan kertas pencalonannya. - UTUSAN ONLINE
ref:
Kaitkan keputusan SPR dengan BN hanya cubaan tutup malu - Nasional - Utusan Online
PENCALONAN Naib Presiden PKR, Tian Chua ditolak SPR berikutan satu kes Mahkamah Shah Alam pada tahun 2013. - Foto Nurul Syazana Rose Razman.
Pencalonan Tian Chua ditolak
Oleh Ilah Hafiz Aziz
illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Permohonan Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang atau Tian Chua untuk bertanding di Parlimen Batu P115 ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia(SPR) ekoran sabitan satu kes mahkamah pada 2013.
Keputusan SPR itu tidak hanya mengejutkan Tian Chua yang juga penyandang parlimen itu, malah empat calon lain hadir yang hadir menghantar borang pencalonan di dewan Sekolah Menengah Sentul Utama, di sini.
Ekoran penolakkan itu, SPR pada jam 11.45 pagi mengumumkan hanya empat calon iaitu, V M Panjamothy dari Parti Bebas, Dominic Lau Hoe Chai (BN),P. Prabakaran (Bebas) dan Azhar Yahya (Pas) akan bertanding di Parlimen Batu.
Tian Chua yang ditemui pemberita, mengakui beliau terkejut dengan keputusan itu kerana kes itu sudah selesai malah mendakwa Makamah Tinggi pada tahun ini, menyatakan beliau tidak kehilangan kelayakan untuk bertanding.
Katanya, kes mahkamah membabitkannya adalah bagi kesalahan memaki polis di Twitter pada 2013 dan sudah dibicarakan di Mahkamah Petaling Jaya, malah denda dikurangkan dari RM3,000 kepada RM2,000.
"Saya dimaklumkan oleh pegawai SPR yang menggunakan kuasa mutlak untuo menolak pencalonan saya berhubung satu kes mahkamah.
TIAN Chua (tengah) mengangkat tangan selepas selesai menyerahkan borang pencalonan di Pusat Penamaan Calon di SMK Sentul Utama. - Foto Nurul Syazana Rose Razman.
"Pegawai SPR memberi alasan taksiran berkaitan kes mahkmah itu adalah berbeza walaupun saya sudah menyatakan Mahkamah Shah Alam memutuskan saya tidak kehilangan kelayakan untuk bertanding.
"Keputusan ini amat mengejutkan dan ia adalah satu keputusan yang tidak adil kepada calon Pakatan Harapan," katanya.
Mengulas lanjut, beliau mengakui sudah membuat bantahan kepada pegawai SPR namun dimaklumkan keputusan itu adalah mutlak.
Ditanya, apakah beliau disahkan tidak akan bertanding, Tian Chua berkata, beliau masih belum pasti perkara itu dan akan merujuk segara kepada pegawai perundangannya.
TIAN Chua (kanan) bercakap sesuatu kepada Dominic Lau Hoe Chai (tiga dari kiri) apabila SPR mengumumkan beliau tidak boleh bertanding berikutan satu kes Mahkamah Shah Alam pada tahun 2013. - Foto Nurul Syazana Rose Razman.
"Saya juga sudah memaklumkan kepada kepimpinan PKR berhubung keputusan mengejutkan ini dan akan bertindak selanjutnya," katanya.
Suasana di dewan Sekolah Menengah Sentul Utama tenang sekitar jam 9 ke 10 pagi tadi apabila lima calon hadir menghantar borang pencalonan namun kira-kira 11 pagi, ia dikejutkan dengan kenyataan Tian Chua yang mendedahkan permohonannya di tolak.
Perkara itu turut mengejutkan calon BN, Dominic Lau yang berkata, beliau sebenarnya sudah bersedia untuk menentang kubu kuat Tian Chua itu dan keputusan SPR benar-benar tidak dijangkanya.
"Saya tidak tahu perkara ini sehinggalah diberitahu sendiri oleh Tian Chua tadi.
"Apa pun walaupun ketiadaan calon itu, tidak bermakna BN harus bersenang-lenang dan memandang remeh calon-calon lain. Kita akan kekal berkerja kuat untuk rakyat di Batu," katanya.
ref:Pencalonan Tian Chua ditolak | Politik | Berita Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan