Rabu, 2 Mei 2018

Bodoh. 7421.

Menghina, penghinaan.

Bodoh, anjing... babi itulah antara perkataan yang keluar dari mulut atau tulisan makhluk, terutama waktu ini di Malaysia, bersempena dengan Pilihan Raya Umum ke 14. Semua itu ditalakan kepada pihak yang tidak separti, tidak sefahaman politik dan sebagainya.


Siapa yang mentakdirkan seseorang itu tidak sehaluan dengan politik kalian? Bila pihak lawan kalian hina dengan pelbagai perkataan yang tidak memuji Allah ...siapa sebenarnya yang kalian hina?

Ramai mensasar diri menjadi hakim dan penghukum... 
Peringatan untuk diri sendiri dan yang membaca khususnya serta kaum muslimin dan muslimat umumnya. 

Alhamdulillah ...Aamiin
Ini yang didapat...


Kamu menagta pengkomen di 7420 bodoh? Siapa dia 7420?

Kamu kata "kalian hina dengan pelbagai perkataan yang tidak memuji Allah". Tapi blog ini bukan blog syarahan agama.

Kamu kata lagi "Ramai mensasar diri menjadi hakim dan penghukum ..." Apa makna sasar diiri? Tak boleh nak keluar pendapat ke?

Kamu nak iklankan blog kamu. Tapi jangan lah kamu sendiri cakap tak betul, jugak jadi hakim dan menghukum di sini.

Itu cakap tak serupa bikin, nama nya. Ref: Shahbudin dot com: TUN DAIM YAKIN PAKATAN HARAPAN BERJAYA AMBIL ALIH KERAJAAN

Astaghfirullahalazim. Jadi salah faham... Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui niat hambamu ini, tidak sebegitu rupa yang dianggapkan. Tajuk Bodoh jadi pemahaman sy mengata orang. Nauzubillahminzalik.
Astaghfirullahalazim. Rupa-rupanya tidak boleh ingat mengingatkan kerana Allah ...dengan tanggapan "Tapi blog ini bukan blog syarahan agama (Shahbudin dot com: TUN DAIM YAKIN PAKATAN HARAPAN BERJAYA AMBIL ALIH KERAJAAN).
Naik dengan menginjak lawan. 
Jangan gelar lawan politik sebagai munafik, musuh Islam - Mufti Perlis

Dalam kehangatan kempen pilihan raya, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan agar ahli politik khususnya beragama Islam tidak melabel saingan mereka dengan gelaran bersabit agama.

Mohd Asri berkata antaranya gelaran seperti 'musuh Islam', munafik dan musyrik.

Beliau membangkitkan peristiwa Saidina Ali bin Abi Talib ketika berdepan tentera Muslim diketuai isteri Nabi, Saidatina Aisyah Abu Bakar dalam perang Jamal.

Katanya, Ali pernah ditanya berhubung kedudukan pihak yang menentangnya sama ada musyrik atau munafik.

Namun, katanya lagi, Ali menolak label seperti itu memandangkan lawannya tetap menjauhi syirik (justeru bukan musyrik) dan sentiasa mengigati Allah (justeru bukan munafik).

"Jadi, ketika ditanya siapakah mereka. Jawab Ali, (mereka) saudara-saudara kita yang melampau ke atas kita'," kata Asri.

Kata Asri, kisah itu wajar menjadi tauladan kepada pemimpin yang berbeza pandangan dalam soal politik.

"Demikian Ali, sekali pun hebat kedudukan beliau di sisi Nabi s.a.w tidak menghukumkan mereka yang berbeza dengan beliau dalam ijtihad politik sebagai musuh Islam, menentang Islam, munafik, ataupun musyrik.

"Dukacita jika terdapat (ahli politik) yang tidak seperti Ali tapi menjadikan Islam seakan milik kumpulan mereka sehingga dinilai iman dan kufur pihak lain berdasarkan sokongan terhadap kumpulan mereka," katanya di Facebook hari ini.

Mohd Asri bagaimanapun memberikan nasihat itu secara umum dan tidak menamakan mana-mana pihak secara khusus.

Perang Jamal tercetus pada tahun 656 antara pasukan Ali - ketika itu baru menjadi khalifah - dengan pasukan Aisyah yang turut dibarisi sahabat Nabi antaranya Talhah bin 'Ubaidillah dan al-Zubair Ibn al-'Awwam.

Ia tercetus akibat salah faham antara dua kumpulan itu dalam isu pembunuhan khalifah ketiga Uthman bin Affan.

ref: 

Buat tatapan & renungan saudara2ku yg dikasihi Allah di dunia & Akhirat..

🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀
MEMILIH PEMIMPIN

Memilih pemimpin
Suatu kewajipan, bukan pilihan 
(suka-suka)

Menjadi tuntutan agama
Bukan sekadar suka-suka
Ada perhitungan dosa pahala
Bukan sekadar mengisi masa

Dunia medan pilihan
Akhirat menerima balasan

Kelak kita akan ditanya
Kenapa kita memilihnya
Atas dasar harta
Atas dasar agama
Atau dasar apa?

Memilih pemimpin
Perlu kebijaksanaan
Perlu ketelitian
Kerana pemimpin 
Penentu dasar negara
Pembina corak budaya
Pengolah kehidupan sejahtera

Gaya kehidupannya jadi ikutan
Pola pemikirannya jadi pegangan
Pemimpin adil sumber keberkatan
Pemimpin zalim mengundang kemurkaan

Memilih pemimpin 
Mestilah berasaskan ilmu
Bukan mengikut nafsu melulu
Agar diri tidak tertipu

Justeru, ingatlah selalu
Pesanan keramat buatmu
Tersalah membuat pilihan
Penyesalan tiada kesudahan
Kebahagiaan bakal hilang
Kecelakaan bakal bertandang

Memilih pemimpin
Utamakanlah ciri-ciri keunggulan
Akhirat menjadi wawasan
Berilmu penuh wibawa
Integriti menjulang agama
Cakna rakyat jelata
Keadilannya melata
Bertaqwa menjauhi dosa
Al-Quran dan al-sunnah jadi dasarnya

Jawatannya adalah amanah
Bukan aset untuk bermegah
Keredhaan Allah jadi matlamat
Demi kebaikan dicurahkan khidmat
Pasti rakyat selamat
Negara berkat
Allah melimpahkan rahmat

🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀
Ya Allah Rabbul Jalil, telah kusampaikan amanah ilmu ini, smoga terlepaslah tanggungjawabku di hadapan Mu di Akhirat kelak. Aamiin.

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
Politik UMNO : Racun Mujarab Bersalut Madu
Coretan mendalam dari seorang SS (Special Service) yang patut diketahui oleh orang Melayu. 

 Dalam sejarah politik negara, hanya dibawah pimpinan UMNO lah kuasa politik Melayu yang diawal tahun 1955 pilihanraya tempatan peŕtama memenangi hampir 85% kerusi menjunam kepada dibawah 2/3 pada piliharaya 1959. 

 Hanya dibawah UMNO, Malayu dahulunya mempunyai Menteri Kewangan dan Menteri Pendidikan dua jawatan terpenting negara dari MCA dan Menteri Pembangunan Kerjaraya dari MIC.

 Merekalah sebenarnya menguasai pembangunan dan kewangan negara.

 Maka dari sejak merdeka hinggalah ketahun 1970 an pentadbiran negara berada bukan ditangan Melayu. Malah hingga kepenghujung 70an diantara jabatan jabatan kerajaan yang ada pada masa itu semuanya dikuasai oleh pegawai pegawai tinggi bukan Melayu melainkan satu jabatan iaitu jabatan perhutanan. 

 Itulah hakikatnya apabila seawal salepas merdeka, apabila UMNO dan pemimpin Melayu mula berkuasa, Melayu telah mula tergadai hak dan maruah diri dibumi Melayu akibat pemimpin pemimpin Melayu yang mula menjual kuasa untuk kepuasan dan keseronokan peribadi, sementara Melayu semakin miskin dan hina dan Tun Abd. Razak hanya mampu mengalihkan Melayu yang pada masa itu dikatakan tidak berharta hatta tanah tempat tinggal ke hutan rimba (saperti Bukit Serampang) dijadikan peneroka dan kini 4 generasi mereka terperangkap sebagai peneroka FELDA yang kini kekal sebagai peneroka saperti hamba dan terasing dari kelompok masyarakat Melayu dan desa yang jauh terbela dan dibela.

 Hari ini kita menyaksikan bagaimana FELDA dihancurkan oleh bukan Cina. Bukan DAP tetapi oleh pemimpin UMNO itu sendiri. Inilah balasan UMNO kepada Melayu FELDA yang merupakan bank safe deposit kuasa UMNO yang sebelum ini menjamin 67 kerusi Parlimen untuk UMNO.

 Sejarah tidak lupa siapakah angkara Singapura dan Pulau Pinang terlepas dari kuasa kita. Bukankah sejarah tercipta semasa UMNO memerintah Negara?

 Di Singapura dahulunya ada UMNO begitu juga Pulau Pinang . Kedua duanya terlepas dari tangan kita bukan kerana DAP tetapi kerana kita. Kerana kelemahan pemimpin UMNO. 

 Kenapa bangkitkan tentang Pulau Pinang dan menyalahkan DAP? 

 Bukankah lama sudah kuasa Melayu terlepas di Pulau Pinang juga kerana pemimpin UMNO.

 Bukankah UMNO yang merestui dan mengiktiraf parti GERAKAN yang berkuasa disana?

 Kenapa salahkan DAP yang menggambil kuasa dari GERAKAN ?

 Nasib Melayu kurang terbela di Pulau Pinang bukan kerana DAP .

 Malah peruntukan kerajaan negeri kepada pembangunan Islam dibawah DAP kini berlipat kali ganda.

 Dalam DAP ada wakil rakyat Melayu dalam DAP ada ramai ahli Melayu. Mereka juga mendukung Perlembagaan negara.

 Hanya yang ketara MCA dalam perbincangan perhimpunan agong berbicara dalam bahasa Cina menakala DAP berbicara dalam bahasa Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu.

 MCA didalam perlembagaanya menolak Perkara 152 iaitu Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan memperjuangkan sekolah Cina tetapi ini bukan perjuangan DAP. 

 Saya sendiri telah membaca dan mengkaji Perlembagaan semua Parti Politik dinegara ini dan faham matlamat mereka semua. Semua mereka kecuali MCA seperti disebut diatas menerima Perlembagaan negara tanpa syarat kecuali MCA dan itulah sebabnya mereka adalah pertubuhan berdaftar. 

 Kenapa DAP musuh kita? 

 Jelasnya inilah manipulasi UMNO. 

 Pernah hilang kuasa dibawah PERIKATAN diakhir 60an. 

 Diakhir 60an politik bukan Melayu bertambah kuat dan Melayu semakin mundur dan lemah dibawah UMNO. Namun UMNO masih mahu terus berkuasa. 

 Dasar UMNO dari sejak awal lagi ialah menakut nakutkan Melayu tentang hilang kuasa, hilang hak istimewa, hilang kedudukan Raja Raja, hilangnya Islam dinegara tercinta. 

 Dalilnya yang ujud seawal mencapai kemerdekaan ialah ancaman dari persepsi perkauman yang menakutkan Melayu. Maka dicipta ancaman kominis sebagai racun bersalut gula yang sebenarnya matlamatnya menakutkan dibenak pemikiran Melayu tentang ancaman kaum Cina terhadap ketuanan Melayu.

 Cina sebagai synonim Komunis.

 Tentunya amat menakutkan. Ini membuat Melayu yakin pada perjuangan UMNO membela dan mempertahankN ketuanan Melayu untuk beberapa dekad mendatang selepas PERIKATAN dibubarkan dan digantikan dengan BN. 

Kesimpulan nyata dari sejarah setakat 1970an pemimpin UMNO berjaya menakutkan Melayu tentang ancaman kaum Cina yang disamakan dengan Komunis.

 Menakutkan Melayu dengan kebangkitan kuasa kaum Cina di negara ini sejak merdeka adalah modus operandi politik UMNO. Sebaliknya pada masa yang sama kuasa kewangan pendidikan dan membangunkan negara diserahkan oleh pemimpin UMNO kepada bukan Melayu didalam kerajaan Perikatan.

 Masakan kita group SS I69 lupa semua ini.

 Sesungguhnya kita semua adalah mangsa kebodohan, ketamakan, ketidak bertanggung jawab pemimpin UMNO yang menjadikan kita semua terumbang ambing selepas tamat pelajaran tingkatan 5 pada tahun 1969. 

 Saya telah melalui pahit getir tersebut.

 Buktinya jelas bilangan kita yang berjaya mengejar ilmu untuk kejayaan hidup boleh dibilang dengan jari. Itu pun kita yang berjaya saya akui termasuk diri saya kita bukanlah yang terbaik. 

Sepatutnya kita boleh lebih jauh baik sekiranya sistem pendidikan disekolah kebangsaan di zaman kita dahulu dapat mendidik kita ditahap yang sepatutnya lebih baik dibandingkan dengan aliran lain di English College High School Muar, Kluang.

 Tertubuhnya BN dibawah Tun Razak sebagai penutup kegagalan UMNO bersama PERIKATAN yang berakhir dengan peristiwa 13 Mei 1969 yang menimbulkan kesedaran dan kebangkitan Melayu.

 Sesungguhnya 1957 - 1969 adalah satu jangka masa pemimpin Melayu berseronok honeymoon selepas merdeka. YB2 Melayu UMNO kini berstatus sama seperti pegawai tinggi kolonial Inggeris cuma bezanya Melayu ini Melayu tidak berilmu kebanyakannya dan Melayu yang digambarkan oleh penulis barat sebagai pemalas, bodoh, pemabok, suka berjudi dan berpoya poya. 

 Maka tidak hairanlah pada waktu itu maka menaikan status pemimpin dan pegawai Melayu ke status sama seperti penjajah dapat dilihat disemua peringkat hiraki lapisan masyarakat tempatan.

 Maka mencurah curahlah arak di Mess Parlimen untuk wakil rakyat. Mencurah curahlah arak dimess tentera, PDRM hatta harga beer dikem askar Melayu yang disebut sebagi NAFI adalah hampir sama dengan coca cola. Fenomena ini berterusan hingga akhir 70 an. 

 Pada masa yang sama kilang arak di Petaling Jaya dirasmikan pembukaannya oleh Tun Razak dan puncaknya pusat perjudian terbesar di Asia yang merupakan menara gading maksiat dinegara ini bertakhta di Genting Highland dan duduk bersemayam sebagai Pengerusi adalah orang kampong saya iaitu datuk kepada Datuk Sri Najib dan Datuk Sri Hishamuddin , Mertua kepada Tun Razak dan Tun Hussin Onn dua Perdana Menteri Malaysia sebelum ini dan Presiden UMNO lambang kuasa Melayu yang telah banyak juga mencederakan maruah Melayu dan maruah Negara sebagai negara yang dikatakan Islam sebagai agamanya.

 Apakah semua ini angkara DAP ?

 Selepas 1969 dan tertubuhnya BN, UMNO terus memerlukan sokongan Melayu untuk terus berkuasa. Kini apakah lagi dalilnya yang perlu dicari sebagai meneruskan usaha menakutkan Melayu tentang kehilangan kuasa, hak istimewa , kedudukan Islam dan raja raja.

 Ya Melayu perlu dikuasai pemikiranya supaya terus mengharapkan pembelaan dari UMNO yang sebelumnya gagal membela Melayu dibawah fasa pertama berdama PERIKATAN. 

 Melayu perlu dimomokan dan ditakutkan oleh ancaman Cina. 

 Masaalahnya selepas 1969 ancaman komunis telah tamat.

 Oleh itu ancaman komunis tidak lagi ujud untuk digunakan oleh pemimpin UMNO bagi menakutkan Melayu tentang bahaya ancaman kaum Cina keatas kuasa Melayu.

 Maka bermula lah era baru dalam sejarah indoktrinasi negatif pemikiran Melayu selepas tamatnya indoktrinasi pemikiran negatif fasa pertama oleh UMNO keatas Melayu dizaman pemerintahan PERIKATAN yang gagal membela nasib Melayu. 

 Kebangkitan Cina dibumi Melayu adalah merupakan isu sensatif yang mempengaruhi pemikiran Melayu yang jauh tertinggal dibelakang kaum Cina dinegara ini. 

Ini dikenal pasti sebagai racun mujarab bersalut madu politik UMNO yang mudah digunakan untuk memesongkan fokus sebenar Melayu tentang kemunduran mereka dan membolehkan UMNO mengekspoitasikan keadaan dan mendakwa diri mereka sebagai penyelamat Melayu diatas sentimen sempit nafsu perkauman yang mengambarkan Cina sebagai musuh Melayu. 

 Maka diatas pendekatan ini lah pemikiran Melayu dipesongkan kearah menakutkan mereka tentang kekuatan Cina dan membentuk satu pemikiran Melayu yang membenci Cina.

 Ini jelas dilaksanakan secara halus dan sulit di dalam program bina semangat melalui Biro Tata Negara dan berbagai perkumpulan Melayu yang lain.

 Seterusnya mewjudkan perasaan takut cemburu iri hati dan sakit hati Melayu terhadap Cina yang diwujudkan dengan berbagai cara ini akhirnya diolah dengan menjuruskan persangka jahat terhadap Cina ini untuk mencapai maksud sebenar UMNO iaitu menyamakan ancaman Cina ini sebagai ancaman DAP yang merupakan parti politik berbilang kaum yang bertambah kuat dan diterima oleh bukan Melayu dan dipimpin oleh pemimpin yang berilmu dan berkebolehan. 

Maka kini berjayalah UMNO memesongkan pemikiran sebahagian Melayu kearah membenci DAP sedangkan DAP adalah juga parti yang dianggotai oleh Cina India dan Melayu. 

 Senjata makan tuan begitulah bayangan pepatah Melayu. Pemikiran jahat UMNO terhadap DAP kini menarik ramai generasi muda Melayu yang berpendidikan menyertai DAP. 

 Bahkan DAP kini memenangi hati bukan Melayu dan mendapat sokongan hampir 90% dari penggundi bukan Melayu dan kini DAP menyertai PH yang dianggotai oleh tiga parti politik majoriti Melayu. 

 Dimana UMNO dalam BN ? Satu parti politik Melayu diantara 13 parti politik bukan Melayu. 

 Di Selangor, Melayu masih berkuasa dan terbela walau pun DAP adalah parti bersama yang membentuk kerajaan bukan BN di Selangor yang amat berjaya tidak seperti dibawah BN dahulu. 

 Sedarlah kejatuhan sesuatu bangsa zaman moden ini adalah ditentukan oleh bangsa mereka sendiri dan bukan kerana kejayaan kaum lain. 

 Melayu hari ini akan menjadi bangsat kerana dibangsatkan oleh Melayu UMNO dan bukan oleh DAP. Zimbabwee Sri Lanka kini didalam cengkaman Cina komunis bukan kerana adanya rakyat mereka berketurunan Cina yang menekan mereka. Mereka dibangsatkan oleh pemimpin korup mereka yang menggadaikan negara mereka ke tangan Komunis China. 

 What Zimbabwee and Sri Lanka today is what Malaysia tomorrow. 

 Dahulunya perajurit kita anak melayu beribu terkorban dan ramai lagi yang cacat tercedera mempertahankan negara bangsa di medan perang dihutan belantara hidup rakyat terseksa.

 Hari ini berbendung bendung China Kominis diberikan layanan istimewa dan datang dan duduk dibumi Melayu malah diberi layanan lebih istimewa dari penjajah yang pernah menjajah kita.

 Kini telah wjud wilayah bebas dalam bentuk tapak kediaman dan perkilangan industri bagi rakyat China Komunis dibumi kita. Universiti China besar tersergam indah khusus untuk pelajar China Komunis dibina dikawasan Dengkil berdekatan Sepang.

 Kita kini berhutang ratusan billion Ringgit kepada Cina untuk projek ECRL yang menguntungkan Cina menakala beban hutang ditanggung oleh rakyat.

 Puncaknya kini UMNO BN duduk roundtable bersama berbincang dengan wakil Parti Komunis China dibumi kita. Apakah akan berlaku transformasi ideologi komunis kepada UMNO BN. 

 Dalam suasana kita di bumi Melayu ini mula dikelilingi dan dibayangi oleh kuasa Komunis China apakah ketuanan Melayu, hak istimewa Melayu, kedudukan Raja Raja Melayu, Islam sebagai agama negara tidak terancam ? 

Apakah Cina rakyat Malaysia yang mengancam Melayu. ? 

 Apakah segala ancaman dan kerosakan yang berlaku keatas 1MDB SRC, LTAT, TABUNG HAJI. MARA. FELDA FGV , FIC , BANK NEGARA pengkhianatan terhadap Tanah Rezab Melayu yang kini hanya tinggal 12% dan di Johor skandal rasuah mengkhianati hak terhadap peruntukan hartanah lot Bumiputra bagi rakyat Melayu Johor adalah malapetaka dan angkara DAP ? 

 Sedarlah bahawa pemimpin pemimpin Melayu UMNO yang diberikan kuasa dan amanah oleh Melayu kini yang menghancurkan serta merosakan Melayu dan Negara ini. 

 Adakah anda semua masih mahu mengekalkan kuasa pemimpin pemimpin UMNO BN dalam PRU 14 akan datang. 

 Ingatlah menggundi UMNOBN dalam PRU 14 adalah memberi kuasa kepada pemimpin pemimpin yang terbukti telah berjaya membangsatkan Melayu dan merosakkan negara untuk terus mengorbankan Melayu dan memburukan negara disamping mencemarkan nama baik Islam. 

#SELAMATKAN MALAYSIA 
#SELAMATKAN MELAYU 
#DAULATKAN RAJA RAJA 
#MULIAKAN ISLAM AGAMA MALAYSIA 

 Kepada Allah kita semua berserah.





Tiada ulasan: