Selasa, 1 Mei 2018

Empangan Tiga Gaung. 7419.

Empangan Hidroelektrik Terbesar Three Gorges Dam di China




Hasil carian imej untuk Empangan Tiga Gaung
ref:  Empangan Tiga Gaung - Carian Google

Tiga Gaung Sungai Yangtze di Yichang

Empangan Tiga Gaung yang dibina di Sungai Yangtze merupakan projek tali air yang terbesar di dunia. Bandar Yichang, provinsi Hubei dianggap tempat yang paling baik untuk menikmati keindahan Sungai Yangtze dan kemegahan Empangan Tiga Gaung ini.
Empangan Tiga Gaung
Pelancong dicadangkan supaya melawat ke Bukit Tanzi terlebih dahulu, iaitu tempat yang paling awal dibuka kepada orang awam di kawasan Empangan Tiga Gaung. Bukit Tanzi yang tingginya kira-kira 262 meter dari paras laut merupakan lokasi yang paling baik untuk menyaksikan panorama empangan ini.
Tiket Masuk: RMB105
Dek Tinjauan 185
Dek tinjauan 185 merupakan sebuah lagi tempat untuk menikmati kemegahan Empangan Tiga Gaung. Sebuah pentas khusus disediakan bagi membolehkan pengunjung menyaksikan arus deras Sungai Yangtze dengan warna yang berbeza-beza, iaitu warna biru di hulu sungai dan warna hijau di hilir sungai. Jurang ketinggian antara dua bahagian sungai mencatat kira-kira 100 meter.
Rumah Tiga Gaung
Di Yichang, pelancong tidak boleh melepaskan peluang berlayar di Sungai Yangtze. Bertolak dari Jeti 9 dan berlayar ke arah hulu sungai selama kira-kira 2 jam sehingga sampai di kawasan kunjungan Rumah Tiga Gaung. Tempat ini berasal daripada anak Sungai Longjin, iaitu satu cabang daripada Sungai Yangtze. Kapal layar kuno berlabuh di jeti, manakala para nelayan pula beristirahat di kaki lima rumah. Di sini, pelancong boleh menyaksikan suasana kampung nelayan yang tidak jauh berbeza dengan zaman dahulu.
Air Terjun Tiga Gaung
Air Terjun Tiga Gaung merupakan satu destinasi pelancongan yang berbaloi untuk dilawati di Yichang. Air terjun ini setinggi 102 meter, malah lebih tinggi 30 meter berbanding dengan Air Terjun Huangguoshu yang digelar "air terjun terbesar China". Pada bulan Julai dan Ogos, air terjun ini pasti akan menyerlahkan pemandangan yang mengujakan dengan aliran air yang paling banyak dan lebarnya mencatat 80 meter pada ketika itu. 

Akhiran website ini meninggalkan pesanan baik, seperti gambar di bawah: 
ref: 
Tiga Gaung Sungai Yangtze di Yichang_malay.china.com

Empangan Tiga Gaung. Koordinat30.83° U 111.01° T
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. 

Empangan Tiga Gaung (Cina Ringkas: 长江三峡大坝; Cina Tradisional: 長江三峽大壩; pinyin: Chángjiāng Sānxiá Dà Bà, bahasa Inggeris; Three Gorges Dam) ialah sebuah empangansungai hidroelektrik China yang terletak di Sungai Yangtze di Sandouping, Yichang, Hubei, China. Pada tahun 2007, empangan ini menjadi empangan sungai hidroelektrik terbesar di dunia. 

Empangan ini dibina daripada bahan konkrit, panjangnya kira-kira 2,335 metre (7,661 ft), dan tingginya 185 metre (607 ft). Empangan ini lebarnya 115 metre (377.3 ft) pada hilirnya dan 40 metre (131.2 ft) di bahagian atasnya. Projek ini menggunakan 28,000,000  (36,600,000 ela padu) konkrit, 463,000 tan keluli, dan menggerakkan 134,000,000 m³ (175,000,000 ela padu) tanah. Takungannya berkepanjangan 600 kilometre (373 Batu|mi) dan mampu menampung 39.3 km padu (9.43 batu padu) air. 

Empangan Tiga Gaung adalah pilihan yang lebih mesra alam berbanding dengan loji kuasa pembakaran arang. Jumlah muatan kuasanya boleh mencapai 22,400 MW dan menjadikannya stesen jana kuasa hidroelektrik terbesar di dunia mengikut muatan kuasa apabila siap pada tahun 2009.[1] Pemasangan penjana masih perlu disiapkan, dan empangan ini tidak dijangka beroperasi penuh sehingga sekitar tahun 2009. Kini, (pada bulan Ogos 2007), muatan stesen jana kuasanya ialah 11,900 MW. Janaan elektrik tahunannya dijangka kira-kira 84.7 TWh, menjadikan empangan ini empangan hidroelektrik kedua terbesar di dunia, mengekori Itaipu yang menjana 93.4 TWh setiap tahun. 

Konsep empangan ini dibayangkan oleh Sun Yat-sen sebagai Pembangunan Antarabangsa China pada tahun 1919. Setelah penubuhan Republik Rakyat China, beberapa pemimpin berkeinginan untuk memulakan projek empangan ini tetapi oleh sebab kekurangan sumbers,[perlu rujukan] mereka mengerjakan Empangan Gezhouba terlebih dahulu. 

Setelah menerima kelulusan Kongres Rakyat Kebangsaan pada 3 April 1992, pembinaan dimulakan pada tahun 1994. Kerja-kerja struktur disiapkan pada 20 Mei 2006, sembilan bulan lebih awal daripada apa yang dijadualkan.[2]  

Takungan air mula berisi pada 1 Jun 2003, dan bakal menduduki sebahagian kawasan Tiga Gaung, di antara bandaraya-bandaraya Yichang, Hubei dan Fuling, Chongqing.[1]
Empangan Tiga Gaung dari hilir sungai

Seperti mana empangan-empangan lain, tercetusnya perdebatan mengenai baik dan buruknya membina Empangan Tiga Gaung. Walaupun terdapat faedah ekonomi seperti kawalan banjir dan kuasa hidroelektrik, namun timbulnya juga kebimbangan terhadap masa hadapan 1.13 juta orang yang bakal dipaksa berpindah oleh kenaikan takat air, kehilangan banyak tapak-tapak arkeologi dan budaya yang bernilai, serta kesan terhadap alam sekitar.[2]
Empangan Tiga Gaung dari hulu sungai

Rujukan
  1.  "Three Gorges Dam". UNEP. 20 Mei 2006. Dicapai 27 Mei. Parameter |accessyear= tidak diketahui diabaikan (guna |access-date=) (bantuan); Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)
  2. Panjat ke:a b "Three Gorges dam wall completed". china-embassy. 20 Mei 2006. Dicapai 21 Mei. Parameter |accessyear= tidak diketahui diabaikan (guna |access-date=) (bantuan); Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)

Pautan luar


ref: 
Empangan Tiga Gaung - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas

Empangan Hidroelektrik Terbesar Three Gorges Dam di China

Tenaga elektrik merupakan sumber tenaga terpenting untuk pembangunan sesebuah negara. Usaha dalam penjanaan tenaga elektrik dibangunkan dalam pelbagai usaha bagi memastikan ia dapat dihasilkan dengan lebih efisyen dari segi kos mahupun kesannya kepada alam sekitar.

Penghasilan tenaga elektrik melalui empangan hidro merupakan antara kaedah yang paling menjimatkan. Berbanding penghasilan tenaga menggunakan arang batu ataupun pembakaran petroleum, ia tidak membawa kepada pencemaran udara. Namun begitu ia mungkin membawa kesan kepada kemusnahan kawasan takungan yang luas dan juga mendapan kepada sungai.

Pembinaan Empangan Three Gorges Dam yang dibina di Hubei, China merupakan empangan hidro terbesar dari segi kapasiti penjanaan tenaganya yang mampu mencapai sehingga 22,500 MW, manakala Empangan Itaipu di Brazil/Paraguay pula mampu menjana sehingga 14,000 MW yang siap dibina pada tahun 2003.

Empangan yang dibina di lembangan Sungai Yangtze yang juga merupakan sungai terbesar merentasi China mengambil masa lebih 10 tahun untuk dibina (Desember 14, 1994 – 2008 : tarikh siap sebenar 2012) dan menelan belanja sekitar USD26 billion. Selain daripada membekalkan tenaga elektrik ia juga bertujuan untuk mengawal banjir selain daripada menyediakan laluan kapal yang melalui sungai terbesar di China ini. 

Antara keunikan empangan terbesar ini adalah laluan kekunci air untuk laluan kapal perdagangan dari Shanghai menuju ke Chongqing. Pembinaan laluan kapal ini bertujuan membolehkan jumlah pengangkutan kapal di laluan tersebut dipertingkatkan daripada 10 juta tan ke 100 juta tan setahun. Hasilnya bukan sahaja kapasiti laluan kapal yang dapat dipertingkatkan malah kos pengangkutan kapal juga dapat dikurangkan sebanyak 25% yang pastinya dapat mempertingkatkan lagi kadar perdagangan di kawasan tersebut.

Sememangnya China memerlukan jumlah penghasilan tenaga yang amat tinggi. Ini kerana jumlah permintaan tenaga yang semakin meninggi tidak dapat menampung keupayaan penghasilan tenaga yang mampu dihasilkan daripada empangan-empangan hidro sedia ada di serata China. China masih lagi bergantung kepada penghasilkan tenaga menggunakan bahanapi fosil iaitu arang batu dan petroleum pada kadar yang jauh lebih tinggi berbanding tenaga yang dihasilkan oleh empangan hidroelektrik ini.
Ianya memerlukan 366 gram arang batu untuk menghasilkan 1 kWh tenaga elektrik melalui kajian yang dijalankan pada tahun 2006. Pada penghasilan penuh Empangan Three Gorges dapat mengurangkan penggunaan arang batu sebanyak 31 juta tan setahun dan mengelakkan penghasilan 100 juta tan pembebasan gas rumah hijau, jutaan tan habuk, satu juta tan sulfur dioksida, 370,000 nitrik oksida, 10,000 tan karbon monoksida dan sejumlah besar merkuri. Selain daripada megelakkan kerja-kerja perlombongan, pembersihan dan pengangkutan arang batu dari bahagian Utara China.

Walaupun ia membawa kesan yang baik kepada penghasilan tenaga dan ekonomi kepada China. Empangan ini juga turut menghasilkan pelbagai kesan kepada alam yang turut mendapat tentangan daripada dalam dan luar negara. Ia bukan sahaja menenggelamkan sejumlah besar kawasan penempatan biasa, malah kawasan pertanian dan 1,300 kawasan arkeologi di mana sebahagian besarnya tidak dapat dipindahkan.
Walaupun pembinaan empangan terbesar dunia ini mempunyai penghasilan tenaga yang amat diperlukan oleh China, ia terpaksa mengorbankan banyak perkara yang tidak ternilai harganya. Apa yang menarik bagi peminat dunia kejuruteraan pembinaan empangan gergasi ini memberikan satu inspirasi baru tentang pembinaan berskala gergasi. Namun begitu seperti yang kita ketahui China masih memerlukan kapasiti penghasilan tenaga yang jauh daripada mencukupi.


Banyak lagi perkara yang perlu anda ketahui mengenai empangan terbesar ini  yang perlu anda terokai sendiri. Adalah diharap ianya sedikit sebanyak menarik minat anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang teknologi penghasilan tenaga, pembinaan, ekonomi dan sebagainya. Adalah diharap di dalam artikel-artikel yang akan datang lebih banyak teknologi kejuruteraan yang akan dapat dikongsikan untuk tatapan para pembaca.

ref: 
Empangan Hidroelektrik Terbesar Three Gorges Dam di China |MyRokan
.

Tiada ulasan: