Khamis, 3 Mei 2018

Kita tunggu 9 Mei 2018 - malam. 7427.

Rabu 9 Mei 2018 - Rakyat Malaysia yang berdaftar layak mengundi, bagi memilih parti yang layak menerajui Kerajaan Malaysia. Apakah peneraju sebelumnya yang telah melangkau 1957, 1967, 1977, 1987, 1997, 2007 dan 2017 (sudah punya 7 kali di angka 7 berturut-turut) terus Allah izinkan melangkah untuk gapaian 2027?

In Syaa Allah PRU 2018 tamat/luput usianya 2023 untuk PRU 15 dan PRU 16 2028. BN berjaya kekalkan kuasa lagi? Masih berkemungkinan besar, memandangkan 2027 masih jauh lagi. In Syaa Allah sempat dua PRU lagi. 


Semua itu takdir dan redha Allah. 


Bergantung kepada Islam di Malaysia ...bagaimana? Rakyat majoriti zalim, maka dapatlah pemimpin zalim. Ambil contoh Turki yang sebelumnya gagah dengan panji Islam ialah Era Pemerintahan Khalifah (Empayar Turki Uthmaniyyah dengan Kekhalifahan terakhir 1517 - 1924) ref: Empayar Uthmaniyah - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas dan Allah takdirkan Mustafa Kemal Atatürk mengambil alih sebagai ketua Kerajaan Turki (Mustafa Kemal Atatürk - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas) Bukan seperti Turki sekarang dibawah Penguasa yang bernama Recep Tayyip Erdoğan (Recep Tayyip Erdoğan - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebasyang membawa Turki dekat pada Allah. 


Janji Allah Pasti.

Aamiin. 


BERITA
RABU-Rakyat akan buang Umno, kata Daim. 

PRU14 | Mantan menteri kewangan Tun Daim Zainuddin menggesa pengundi Lembah Pantai untuk menolak Barisan Nasional pada pilihan raya umum 9 Mei ini.

"Undi BN undi bininya. Bini itu bini Najib," kata beliau.

Daim juga menggunakan ungkapan RABU yang popular di kalangan penyokong HARAPAN yang bermaksud singkatan untuk ayat Rakyat Akan Buang Umno.

"Terima kasih kepada Najib kerana pilih hari Rabu. Rakyat akan buang Umno," katanya dalam majlis ceramah kempen HARAPAN di PPR Kerinchi, Kuala Lumpur malam ini.

Beliau juga mengkritik cukai GST, berkata pada era 1990an kerajaan tidak pernah mengenakan cukai sebegitu kepada orang ramai walaupun negara berdepan kemelesetan ekonomi.

Daim juga menyatakan sokongannya kepada calon PKR bagi Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil.

Semalam, bekas menteri kewangan memeriahkan lagi suasana kempen menjelang PRU ke-14 apabila muncul memberikan sokongan kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) hari ini.

Menyertai ceramah HARAPAN di pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Pendang, Daim mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan kesilapan mengundi BN.

Sebaliknya kata Daim, mereka mesti mengundi 'mata' - merujuk kepada simbol PKR yang disepakati oleh HARAPAN menjadi logo bersama mereka sempena PRU kali ini.

"Pangkah mata, jangan pangkah dacing (BN) sebab dacing tu tipu. Kemudian pada 10 hari bulan nanti, kita akan ada sebuah kerajaan baru," katanya di depan hampir 100 orang yang berada di program berkenaan.

ref:
https://www.malaysiakini.com/news/422752














Tiada ulasan: