The Malaysian Insight
Berita.
Dijangka Dewan Negeri Melaka dan Negeri Sembilan akan tergantung, kata pengarah Invoke Rafizi Ramli ketika membentangkan kajian di forum "GE14 Prediction Forum: What The Big Data Tells Us?" Kuala Lumpur malam ini.
Barisan Nasional (BN) pula akan menang bersih di Terengganu dan Kelantan selain mengekalkan kuasa di Pahang.
Manakala PAS tidak akan menang sebarang kerusi persekutuan.
Menurut kaji selidik berasingan terhadap 2,000 responden mendapati sokongan Melayu terhadap BN menurun kepada 28.5% bulan lalu berbanding 41% pada Disember tahun lepas.
Sokongan Melayu terhadap PH naik kepada 14.1% berbanding 9.9% dalam tempoh sama.
Dalam pada itu, jumlah pengundi atas pagar meningkat dari 11.9% kepada 17%.
Jumlah pengundi yang mengelak menjawab parti mana yang akan mereka undi pula kekal pada 22%.
Rafizi mendakwa yang penurunan sokongan pengundi Melayu dengan kadar 6% setiap bulan antara Disember dan Februari itu, hanya pernah berlaku menjelang pilihan raya umum 1999 ketika PAS menawan dua negeri.
“Ini menunjukkan gelombang Melayu (terhadap PH),” katanya.
Di Semenanjung Malaysia, PH dijangka memenangi 89 kerusi Parlimen berbanding BN iaitu 76.
Kaji selidik itu juga menjangka kemenangan besar buat BN di Terengganu, Kelantan dan Perlis. PH pula dijangka menang 15 kerusi DUN Pahang berbanding BN iaitu 27.
“Efek PAS sudah mula nampak di sini. Di negeri pantai timur, efek PAS besar (dalam pertandingan pelbagai tiga penjuru),” kata Rafizi.
Tambahnya, Dewan Undangan Negeri Melaka dan Negeri Sembilan mungkin akan tergantung.
PH dijangka mengekal kuasa di Pulau Pinang dan Selangor. Di Selangor, PH dijangkakan menang 50 kerusi DUN berbanding enam untuk BN.
PH juga diramalkan menang di Johor dengan majoriti dua kerusi DUN, selain di Perak dengan majoriti 5 kerusi DUN.
Kedah turut diramal berada di bawah kekuasaan PH dengan majoriti lapan kerusi DUN.
Bagaimanapun, Sabah dan Sarawak tidak termasuk dalam kaji selidik Invoke ini memandangkan usaha untuk mendapatkan data agak sukar kerana terpecah dalam banyak kumpulan etnik, kata Rafizi.
“Apa yang kami boleh dapat dalam tempoh ini, secara statistiknya tidak cukup bagus. Kami tak tonjolkan mereka dan oleh itu kami tak dapat jangka keputusan untuk Sabah dan Sarawak,” katanya.
Tambah Rafizi lagi, lebih kurang 35% Melayu adalah “pengundi yang boleh dipujuk yang akan menentukan keputusan pilihan raya.”
Data Invoke dianalisis menggunakan regresi logistik yang melihat kepada hubungan antara angkubah (variables) dan hasilnya, kata Rafizi.
Soalan kaji selidik itu dijalankan secara rawak melalui panggilan-robo (robo-calls). Pelbagai soalan yang telah disediakan awal digunakan dalam kaji selidik itu. Soalan yang lain ditanya bergantung kepada kumpulan strata responden. Sekitar 9% responden menjawab soalan akhir mengenai parti mana yang mereka akan undi dalam pilihan raya nanti. – 9 Mac, 2018.
ref:
Pakatan akan menang lima negeri dalam PRU14, kata badan pemikir | The Malaysian Insight
Berita
ref:
HARAPAN akan menang PRU14, Kit Siang dedah formula | roketkini.com
HARAPAN Johor diketuai bekas menteri besarnya, Khaled Nordin takut apa? | roketkini.com
.........................................
Berita.
Pakatan akan menang lima negeri dalam PRU14, kata badan pemikir.
Bede Hong Dikemaskini kira kira 2 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Mar 2018 12:07AM ·
KEDAH, Perak dan Johor akan jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH) selain mendapat kemenangan besar di Selangor dan Pulau Pinang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 berikutan tsunami Melayu, kata badan pemikir Invoke berdasarkan kajian.Dijangka Dewan Negeri Melaka dan Negeri Sembilan akan tergantung, kata pengarah Invoke Rafizi Ramli ketika membentangkan kajian di forum "GE14 Prediction Forum: What The Big Data Tells Us?" Kuala Lumpur malam ini.
Barisan Nasional (BN) pula akan menang bersih di Terengganu dan Kelantan selain mengekalkan kuasa di Pahang.
Manakala PAS tidak akan menang sebarang kerusi persekutuan.
Menurut kaji selidik berasingan terhadap 2,000 responden mendapati sokongan Melayu terhadap BN menurun kepada 28.5% bulan lalu berbanding 41% pada Disember tahun lepas.
Sokongan Melayu terhadap PH naik kepada 14.1% berbanding 9.9% dalam tempoh sama.
Dalam pada itu, jumlah pengundi atas pagar meningkat dari 11.9% kepada 17%.
Jumlah pengundi yang mengelak menjawab parti mana yang akan mereka undi pula kekal pada 22%.
Rafizi mendakwa yang penurunan sokongan pengundi Melayu dengan kadar 6% setiap bulan antara Disember dan Februari itu, hanya pernah berlaku menjelang pilihan raya umum 1999 ketika PAS menawan dua negeri.
“Ini menunjukkan gelombang Melayu (terhadap PH),” katanya.
Di Semenanjung Malaysia, PH dijangka memenangi 89 kerusi Parlimen berbanding BN iaitu 76.
Kaji selidik itu juga menjangka kemenangan besar buat BN di Terengganu, Kelantan dan Perlis. PH pula dijangka menang 15 kerusi DUN Pahang berbanding BN iaitu 27.
“Efek PAS sudah mula nampak di sini. Di negeri pantai timur, efek PAS besar (dalam pertandingan pelbagai tiga penjuru),” kata Rafizi.
Tambahnya, Dewan Undangan Negeri Melaka dan Negeri Sembilan mungkin akan tergantung.
PH dijangka mengekal kuasa di Pulau Pinang dan Selangor. Di Selangor, PH dijangkakan menang 50 kerusi DUN berbanding enam untuk BN.
PH juga diramalkan menang di Johor dengan majoriti dua kerusi DUN, selain di Perak dengan majoriti 5 kerusi DUN.
Kedah turut diramal berada di bawah kekuasaan PH dengan majoriti lapan kerusi DUN.
Bagaimanapun, Sabah dan Sarawak tidak termasuk dalam kaji selidik Invoke ini memandangkan usaha untuk mendapatkan data agak sukar kerana terpecah dalam banyak kumpulan etnik, kata Rafizi.
“Apa yang kami boleh dapat dalam tempoh ini, secara statistiknya tidak cukup bagus. Kami tak tonjolkan mereka dan oleh itu kami tak dapat jangka keputusan untuk Sabah dan Sarawak,” katanya.
Tambah Rafizi lagi, lebih kurang 35% Melayu adalah “pengundi yang boleh dipujuk yang akan menentukan keputusan pilihan raya.”
Data Invoke dianalisis menggunakan regresi logistik yang melihat kepada hubungan antara angkubah (variables) dan hasilnya, kata Rafizi.
Soalan kaji selidik itu dijalankan secara rawak melalui panggilan-robo (robo-calls). Pelbagai soalan yang telah disediakan awal digunakan dalam kaji selidik itu. Soalan yang lain ditanya bergantung kepada kumpulan strata responden. Sekitar 9% responden menjawab soalan akhir mengenai parti mana yang mereka akan undi dalam pilihan raya nanti. – 9 Mac, 2018.
ref:
Pakatan akan menang lima negeri dalam PRU14, kata badan pemikir | The Malaysian Insight
HARAPAN akan menang PRU14, Kit Siang dedah formula
Pada 15 Ogos 2017
oleh RoketKini
KUALA LUMPUR, 15 OGOS: Pakatan Harapan (HARAPAN) berpotensi besar untuk memenangi majoriti kerusi parlimen serta mempertahan dan memenangi lima negeri dalam pilihan raya umum akan datang melalui formula ‘10 dan 5 peratus’.
Formula itu kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang boleh berjaya meskipun jika PAS bertindak sebagai ‘pengganggu’ dan menyebabkan pertembungan kerusi.
“Tsunami rakyat Malaysia ini akan berlaku jika 10 peratus pengundi Melayu dan 5 peratus pengundi bukan Melayu mengubah undi mereka daripada Barisan Nasional (BN) kepada HARAPAN dalam keadaan pengundi jelas membezakan HARAPAN dan PAS.
“Dalam keadaan ini, meskipun PAS bertindak sebagai ‘penganggu’, HARAPAN bukan sahaja akan memenangi majoriti kerusi parlimen di Semenanjung Malaysia malah akan berjaya mentadbir Perak, Negeri Sembilan dan Johor serta terus mempertahankan Pulau Pinang dan Selangor dengan majoriti yang lebih besar,” katanya dalam kenyataan.
Dalam senario ini, 10 peratus pengundi PAS dan beberapa peratus pengundi bukan Melayu telah pun diambil kira ujarnya.
Berdasarkan formula itu, bagi negeri Perak; BN dijangka hanya mempertahankan 20 kerusi (34%) manakala HARAPAN memenangi 39 kerusi (66%) Dewan Undangan Negeri (DUN).
Negeri Sembilan pula bakal memperlihatkan BN memenangi 17 kerusi (47%) didahului HARAPAN dengan 19 kerusi (53%).
Johor pula dijangka menyaksikan BN kecundang dengan hanya 20 kerusi (35%) manakala HARAPAN muncul juara dengan kelebihan 36 kerusi (65%).
Di Pulau Pinang, BN diramal hanya berjaya mempertahankan 3 kerusi (7%) manakala HARAPAN pula memenangi 37 kerusi (93%).
Bagi Selangor, BN dijangka mengalami kemerosotan dengan 6 kerusi (11%) manakala HARAPAN pula mencatatkan peningkatan kemenangan sebanyak 50 kerusi (89%).
Menurutnya lagi, kemenangan HARAPAN di peringkat Persekutuan dan Negeri akan memberi kesan kepada transformasi pertumbuhan ekonomi.
“Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Selangor menjadi contoh terbaik dalam tempoh lapan tahun pentadbiran pakatan yang telah menerajui pembaharuan dan mempraktikkan urus tadbir yang baik,” katanya lagi. – Roketkini.com
ref:
HARAPAN akan menang PRU14, Kit Siang dedah formula | roketkini.com
HARAPAN Johor diketuai bekas menteri besarnya, Khaled Nordin takut apa?
Pada
PETALING JAYA, 15 OGOS: Tidak timbul isu bahawa DAP akan memerintah kerajaan negeri Johor secara bersendirian jika UMNO berjaya ditumbangkan di negeri itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong berkata, ini kerana setiap kemenangan yang diraih adalah hasil kerja dan usaha sebagai satu pasukan dalam Pakatan Harapan (HARAPAN) Johor yang akan dipengerusikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga bekas Menteri Besar negeri itu.
“Jadi saya rasa tidak perlu untuk Datuk Seri Khaled Nordin (Menteri Besar Johor) berterusan memomokkan DAP dengan tuduhan berkenaan.
“Ia hanya menunjukkan mereka tidak bersedia dan gentar untuk menghadapi HARAPAN,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PPBM di sini, semalam.
Khaled dalam ucapannya pada Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Pagoh minggu lepas menuduh DAP kononnya mengamalkan pemikiran liberal dan menggesa agar ahlinya terus mempertahankan negeri itu.
Mengulas perkara berkaitan, Chin Tong yang juga Ahli Parlimen Kluang menegaskan bahawa mana-mana pihak yang mahu bekerjasama dengan HARAPAN, perlulah terlebih dahulu bersetuju bahawa kerajaan UMNO perlu ditumbangkan dalam PRU14 akan datang.
“Kami (HARAPAN) mahu membentuk kerajaan yang baru, dan itu beza yang ketara” ujarnya yang dipercayai merujuk kepada PAS yang kini dilihat semakin intim dengan seteru lamanya, UMNO. – Roketkini.com
.........................................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan