Khamis, 3 Mei 2018

Pemimpin PAS - ke arah mana hala tujunya. 7430.

Dari Sumber Pro dan Kontra...

Parti lawan Umno sudah biasa dengan kekalahan. Umno setakat ini belum pernah tewas dan terus kekal di tampuk kuasa. Antara sebabnya ialah pihak lawan masih gagal menewaskan permainan politik Umno. 

Bagaimana agaknya jika yang biasa menang, tiba-tiba tewas... setelah pihak lawan akhirnya berjaya mengatasi corak dan cara game politik Umno. 
Satu tragedi. 

Thursday, 3 May 2018
SEMAKIN NYATA PAS SOKONG BN
PAS bukan pembangkang? 
Apabila hati kita menyukai seseorang, walaupun berkali-kali dinafikan oleh mulut, biasanya petunjuk daripada kata hati itu tetap akan terserlah akhirnya.

Begitu juga dengan Pas, meskipun selalu menyatakan mereka tidak menyokong UMNO dan BN, kebenaran yang datang daripada hati kecil Hadi Awang ternyata semakin sukar dinafikan.

Tidakkah kenyataan Hadi yang menyatakan Malaysia akan ke belakang jika pembangkang memerintah negara ini merupakan sokongan terbuka dan terang-terangan Pas terhadap BN?

Malah, ia dengan sendirinya menunjukkan Pas dan Gagasan Sejahtera yang merupakan pembangkang juga sebenarnya - sama seperti Pakatan Harapan -  tidak bermaksud sama sekali untuk memenangi pilihanraya dan mentadbir negara.

Sebaliknya, Pas dengan sendiri mengesahkan ia bertanding hanyalah untuk memecahkan undi dan memberi kelebihan kepada UMNO dan BN serta mengelakkan Pakatan Harapan daripada berkuasa.

Jika tidak menyokong UMNO dan BN, apakah lagi maksudnya apabila Hadi menyatakan negara akan ke belakang jika pembangkang memenangi pilihanraya dan dapat mentadbir negara?

Semakin dekat tarikh pengundian, wajah sebenar Pas nampaknya semakin terserlah dan tidak dapat disembunyikan lagi.

Cuma, kesian dengan penyokong-penyokong Pas di kampung-kampung dan pedalaman yang selama ini dibuai dengan janji syurga serta pahala dengan tindakan mengajak mereka memusuhi UMNO dan BN sehingga ke hujung nyawa.

Rupa-rupanya, di hati para pemimpin Pas sekarang, syurga yang sebenar ialah bila mereka dapat berbaik dengan UMNO dan BN, bukannya di alam akhirat nanti. (ShahbudinHusin 03/05/2018).

ref: 
Shahbudin dot com: SEMAKIN NYATA PAS SOKONG BN

Akhirnya Khalid Dedah Dia Difitnah Kerana Anwar Mahu Guna Duit Kerajaan Selangor
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa dipecat daripada PKR pada 2014 kerana keengganannya menggunakan wang kerajaan negeri untuk kepentingan parti.

Abdul Khalid mendakwa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahu beliau menggunakan wang kerajaan negeri untuk mengadakan program dan kempen PKR.

"Saya dipecat daripada PKR kerana Anwar mahu pakai duit kerajaan negeri untuk menjalankan program parti. Saya tidak benarkannya kerana alasan yang mudah, kerana wang kerajaan negeri adalah duit rakyat.

"Tetapi mereka marah dan mempersoalkan bagaimana PKR akan menang (dalam Pilihan Raya Kecil Kajang) tanpa menggunakan wang dari rizab kerajaan negeri.

"Apabila saya enggan berbuat demikian, saya dipecat daripada parti. Tetapi saya lega kerana saya tidak lagi perlu memikul kepercayaan rakyat dan juga tidak mengkhianati kepercayaan mereka kepada saya sepanjang menjadi Menteri Besar.

"Hari ini, saya masih turun padang dan bertemu rakyat Selangor. Saya tidak ambil duit mereka dan mereka tidak ambil duit saya. Jadi kita berhubung baik," katanya berseloroh.

ANALISA PRESTASI BN : JANGKAAN MEMENANGI PILIHAN RAYA DENGAN DUA PERTIGA MAJORITI

Berikut adalah hujah kenapa Barisan Nasional akan memenangi PRU kali ini.

HUJAH PERTAMA : KEMANTAPAN STRATEGI BARISAN NASIONAL

Barisan Nasional kelihatan lebih bersedia menghadapi PRU kali ini. Walaupun bukan lagi winnable candidate menjadi keutamaan, tapi pemilihan calon yang mampu mendapat sokongan tempatan serta melicinkan pergerakan jentera di peringkat akar umbi telah berjaya menampakkan hasilnya. Tindakan Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Jalil yang tidak bertanding serta turun ke kawasan-kawasan juga menjadi pemangkin kepada kemantapan gerak kerja Wanita UMNO. Parti-parti komponen juga lebih bersemangat dan memberikan komitmen yang tinggi dalam berkempen. Gabungan calon yang berpengalaman serta calon baharu yang muda di kawasan sasaran milik pembangkang melihatkan serangan yang lebih dinamik yang memungkinkan kawasan tersebut dirampas. Calon dari UMNO dan parti komponen yang lain melaksanakan kempen secara bersama dan bersepadu turut mengukuhkan gerak kerja di kawasan. Walaupun gerak kerja yang mantap, namun peratus undi popular tidak dapat meningkat secara mendadak kerana faktor pertambahan kawasan bandar dan semi -urban (pinggir bandar) selepas persempadanan tahun 2003. Hal ini disebabkan oleh sentimen pengundi bandar dan semi-urban yang anti establishment kerana mereka telah pun mendapat manfaat daripada pembangunan negara. Golongan ini sukar dipujuk dan mereka sering menyalahkan Kerajaan dalam pelbagai hal. Pengundi bukan Melayu walau tidak menunjukkan perubahan sokongan secara mendadak, namun lebih terbuka menerima kempen dari calon dan jentera BN.


HUJAH KEDUA : UNDI PEMBANGKANG BERPECAH

Perpecahan undi pembangkang memberikan peluang untuk BN memenangi beberapa kerusi marginal (kerusi yang mana jumlah majoritinya tipis). Mengikut Pakatan Harapan (PH), terdapat 31 kerusi marginal yang mereka sasarkan dalam PRU kali ini. Namun, selepas penamaan calon, didapati pertembungan 3 penjuru memberikan kelebihan kepada BN. Ini kerana selepas persempadanan semula dan pertambahan pengundi baharu, kerusi marginal ini kebanyakannya menunjukkan peningkatan pengundi Melayu yang signifikan. Peningkatan undi Melayu menyebabkan peningkatan peluang bagi BN dan PAS dan kurang kelebihan kepada PH. Selain kawasan marginal, beberapa kubu kuat PH seperti Gombak, Permatang Pauh, Kuala Langat, Batu, Lembah Pantai dan kawasan yang baharu dimenangi pada PRU yang lepas seperti Sepang, Iskandar Puteri juga bakal terancam dengan perubahan demografi pengundi yang menunjukkan penambahan pengundi Melayu yang signifikan. Jika masih tidak faham kenapa perpecahan pembangkang menguntungkan BN, mungkin anda perlu lihat apa yang berlaku dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.


HUJAH KETIGA : JENTERA PAKATAN HARAPAN TIDAK CUKUP BERSEDIA

Ketika ini, jentera paling kuat dalam PH adalah DAP dan PKR pula semakin merudum. Pembahagian kerusi yang tidak mengikut kehendak akar umbi menyebabkan beberapa kawasan PKR mengalami masalah. Sebagai parti yang baharu, PPBM dan PAN kurang menyerlah dalam jentera meraih undi. Mereka lebih kepada program-program besar yang menggunakan nama Tun Mahathir dan Nik Omar.

ANALISA PRESTASI BN : JANGKAAN MEMENANGI PILIHAN RAYA DENGAN DUA PERTIGA MAJORITI

HUJAH KEEMPAT : PAKATAN HARAPAN LETAK BUKAN WINNABLE CANDIDATE

Dari segi strategi meletakkan calon, DAP lebih terkehadapan berbanding parti-parti lain dalam PH. Pemimpin-pemimpin utama dalam PKR yang tidak melaksanakan tugas dengan baik telah mula mencari kawasan yang lebih selamat seperti DS Wan Azizah dan Nurul Izzah. Azmin Ali pula menggunakan PRU untuk mencatur strategi menghadapi pemilihan parti. PPBM dan PAN pula lebih kepada meletakkan calon tangkap muat. Mereka hanya memastikan pemimpin utama parti mereka seperti Tun Mahathir, TS Muhyiddin, Mukhriz dan Mat Sabu selamat. Lain-lain calon lebih kepada melepaskan batok di tangga dan menjadi pengacau antara BN dan PAS.


HUJAH KELIMA : POLITIK MATANG MEMATIKAN LANGKAH JAHAT PAKATAN

Ramai yang mengakui bahawa pilihan raya kali ini lebih 'aman' berbanding sebelum ini. Kematangan pengundi dalam menapis dan menganalisa maklumat menyebabkan propaganda jahat yang memainkan sentimen dan emosi sukar mendapat tempat. Walaupun masih ada yang cuba menyebarkan maklumat palsu seperti selepas penamaan calon dan fitnah pengundi Bangla masih tersebar, namun kurang berkesan. Tindakan SPR menubuhkan Akademi Pilihan Raya serta berkempen secara aktif mendidik pengundi juga membuahkan hasil dengan kurangnya tuduhan-tuduhan jahat yang menyerang suruhanjaya tersebut. Akta Antiberita Tidak Benar 2018 juga membantu negara menyekat penyebaran propaganda yang tidak bertanggung jawab. Hasilnya, PH yang sebelum ini bersenjatakan fitnah dan adu domba telah mati akal. Mereka gagal menghasut secara massa seperti tahun 2008 dan 2013. Yang tetap dan berpencen menerima hasutan adalah zombi-zombi politik PH yang tidak sedar diperbodohkan oleh pemimpin mereka. Akibatnya, pengundi kelabu yang sebelum ini mengundi mereka mungkin tidak keluar mengundi. Ada juga pengundi-pengundi PH yang menganjurkan supaya membuat undi rosak kerana protes terhadap kepimpinan PH akan mengurangkan lagi sokonga PH.


HUJAH KEENAM : SOKONGAN SILENT MAJORITY

Faktor ini jarang dibincangkan oleh mana-mana pengkaji politik tanah air atau pun diforumkan oleh mana-mana pihak. Jika diselusuri pada PRU 2008 dan 2013, seolah-olah pembangkang akan menang besar dan BN pula menjadi pembangkang berdasarkan propaganda, mainan media propembangkang dan desakan dalam media sosial. Sebaliknya berlaku, BN masih lagi menjadi kerajaan. Ini kerana walaupun lebih senyap dalam media sosial atau kedai kopi, penyokong senyap BN masih lagi tidak terpengaruh dengan pembangkang dan mengundi BN. Golongan ini walaupun bukan ahli parti, tetapi sekumpulan pengundi yang memilih keadaan yang lebih stabil dan percaya bahawa Kerajaan masih utuh, kukuh, berfungsi dengan baik serta tidak bangkrap. Walaupun terkesan dengan kos sara hidup yang meningkat, tetapi mereka tidak menyalahkan orang lain sebaliknya mempersediakan diri dan keluarga untuk mengurus perbelanjaan dengan lebih baik. Dalam PRU kali ini, golongan ini masih lagi senyap dan tidak menunjukkan sokongan secara terbuka tetapi tetap akan mengundi atas apa yang mereka percaya di pihak yang benar.

Pesanan Ustaz Kazim Elias Buat Pengundi & Orang Melayu Pada 9 Mei Nanti

Dan ada orang cakap kepada saya atas kapal terbang, mari daripada Jepun balik ke Malaysia, dia cakap, saya duduk atas kerusi saya, dia duduk di lantai, dia tanya saya macam-macam.

Last dia kata pada saya, ustaz, kita cubalah 5 tahun. Kalau 5 tahun dia orang tak bagus, kita tukar yang lain pulak. Abang, dalam 5 jam pun benda macam-macam orang boleh buat, apatah lagi 5 tahun abang.

Jangan harap 5 tahun tu mereka duduk diam abang, segala hak-hak orang Islam, hak-hak orang Melayu akan habis, abang. Belum dapat ini pun sudah pertikai macam-macam, tambah sudah dapat. Jangan main-main dengan 5 tahun abang.

Benda lain kita boleh cuba 5 kali setahun, tapi dalam bab kuasa di bukan main-main tuan-tuan. Sebab itu pertahankan hak kita, pertahankan kebajikan kita, pertahankan apa yang kita ada.

Kita bimbang, jangan kerana dengki, jangan kerana fitnah, jangan kerana benda yang kita tahu betul atau tidak betul, menjadikan kita buat tindakan yang salah, yang akhirnya merugikan diri kita balik.

Nak makan pun senang, nak buat ibadat pun senang. Tuan-tuan bukan senang kita orang Melayu, orang Islam menjadi ketua di bawah kita ini orang bukan Islam. Orang lain jealous dengan kita.

Jealous tuan-tuan. Kalau boleh mereka tidak mahu orang Islam ini control orang yang bukan Islam. Mana ada orang dalam dunia, orang Islam control orang bukan Islam dalam sebuah negara.

Orang Arab jadi ketua kepada Arab, orang Indon jadi ketua kepada orang Indon. Yang lain-lain orang Islam duduk di bawah. Malaysia sahaja tuan-tuan, orang Islam dia control semua orang, yang bukan Islam di bawah, kena ikut Islam sebagai perlembagaan, kena hormat orang Islam dengan masjidnya, dengan undang-undangnya, dengan Agongnya, dengan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan Islam.

Satu-satunya tuan-tuan. Saya tidak hairan kalau Indonesia orang Islam jadi pemimpin, sebab rakyat dia 100% Islam. Orang Arab 100% Islam. Tapi Malaysia belum tentu.

Malaysia bukan 100% Islam, tetapi kita boleh buat ceramah macam ini, di tengah-tengah jalan macam ini tuan-tuan. Kalau tuan-tuan ikut saaya ditempat lain, Islam tidak boleh buat ceramah macam ini. Seksa. Nak ceramah di masjid. Itu pun tidak boleh speaker. Nak ceramah kamu, pukul 10.30 stop.

ref: 
Shahbudin dot com: ADAKAH ZAHID HAMIDI TIDAK SELAMAT DI BAGAN DATUK?

.

Tiada ulasan: