ٱلسلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Perbanyakan SELAWAT di hari JUMAAT
عن أوس بن أوس رضي ٱلله عنه قال؛ قال رسول ٱلله صلى ٱلله عليه وسلم؛ إن من أفضل أيامكم يوم ٱلجمعة، فأكثروا علي من ٱلصلاة فيه، فإن صلاتكم معروضة علي. فقالوا يا رسول ٱلله، وكيف تعرض صلاتنا عليك وقد أرمت؟ قال: يقول: بليت، قال: إن ٱلله حرم على ٱلأرض أجساد ٱلأنبياء
رواه أبو داود وٱلنسائي ؤٱبن ماجه
Mrka bertanya: wahai Rasulallah, bagaiMana boleh selawat kami diperlihatkan kpdMu sdangkan Tuan tlah menjadi TANAH? Baginda menjawab: sesungguhNya Allah haramKan tanah utk memakan jasad para Nabi.
Wahai yg mengasihi Nabi Muhammad SAW, mari perbanyakan SELAWAT ke atas Baginda s.a.w. sepanjang jumaat ini.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَىٰ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَىٰ آل سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَىٰ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ، إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيدٌ.
Beli buah kelapa
Kupas hari selasa
Jangan buat lupa
Khamis mula puasa
Tangkap anak rusa
Ikat dekat titi
Perempuan tinggal puasa
Kena cepat ganti
Jumpa adik musa
Bawa cerik letrik
Dekat bulan puasa
Mula sakit gastrik
Emak buat kuih
Sambung minggu depan
Malam solat terawih
Dua puluh atau lapan
Baju tiada pesak
Tanya encik hamid
Siapa malas masak
Berbuka saja di masjid
Tali perut berbuih
Lihat dengan x-ray
Lepas solat terawih
Masjid ada morey
Dua orang pondan
Ketawa berdekah - dekah
Dalam bulan ramadan
Banyak buat sedekah
Masa pergi mekah
Kena sakit mata
Pengantin baru nikah
Siang genjatan senjata
Lihat gadis cun
Kaki kena duri
Jangan main mercun
Nanti putus jari
Pergi rumah bidan
Kenduri daging kekah
Selamat menyambut ramadan
Semoga beroleh barakah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan