Jumaat, 25 Mei 2018

Top2 suami kena berhenti serta merta. 7715.

Isu dari pembangkang -ubn. 
Minta pencerahan ... hope bukan propa...

Siaran Aspirasi Rakyat. 15hb Mei 2018
2% ditolak dari kswp suami utk surirumah.. Itu janji TPM Wan Azizah dlm manifesto Kjaan PH. Top2 suami kena berhenti serta merta.. Adoiii Rindunya Zaman Najib.. 😆😆😆😆 

Salam n gmorning. 
Semalam Aspirasi Rakyat siarkan kesan dari perubahan yg anda sebagai pengundi PH telah lakukn dan pagi ini AR sekali lagi terima berita tentang tindakan yg tidak berperikemanusiaan sedang bermaharajalela.

Andai antara mereka yang terlibat menjatuhkan kerajaan sedarlah akibat dari tindakkan kamu melibatkan ratusan rakyat yang lain terpaksa menanggung akan perbuatan mu. 

3600 Guru Kafa Kena Buang

Dulu saya tidak percaya mereka hendak buang kakitangan awam. Kini saya menyesal sama sekali. Tidak sangka saranan Penang Institute itu benar benar berlaku.

Bukan hanya 500 orang yang kena buang di Putrajaya, di Kelantan ramai lagi yang kena. Guru guru Kafa turut jadi mangsa.

Apalah dosa mereka? Mereka hanya mengajar anak anak mengaji Al Quran, tajwid dan menceritakan kisah kisah nabi dan agama. Hari ini, bila kerajaan baru PH naik mereka juga kena buang juga.

Balairaya kampung sudah kena kunci. Wanita wanita di kampung yang meminjam duit Amanah Ikthiar Malaysia juga sudah kena tempias. Tidak boleh lagi meminjam seperti dahulu.

Dulu masa kempen pilihanraya kata hendak buang Najib sahaja, tetapi sekarang kenapa guru yang ajar agama turut dibuang sama? Kenapa pemandu, kerani dan staff yang tidak berdosa turut jadi mangsa?

Esok ramai kanak kanak kecil ini mencari ke mana guru mereka? Kenapa tiba tiba guru agama yang mengajar mereka tiada? Kenapa jadi begitu?

Kanak kanak ini tidak faham pun pasal politik, mereka hanya hendak belajar agama sahaja. Esok siapa lagi akan kena buang? Semua ini dibuang kerana hendak berjimat kononnya.

Berjimat seperti cadangan yang dibuat oleh DAP? Berjimat atau balas dendam? Yang jadi mangsa adalah Ustaz dan Ustazah Kafa.

Anak anak murid kami akan berdoa siang dan malam agar kezaliman ini dihentikan. Majlis Raja Raja kena campur. Tolonglah. Ramai yang kena ini orang Melayu dan Islam. Kasihanilah kami. Apalah dosa kami.

Dua hari lagi kami hendak berpuasa. Bagaimanalah Hari Raya kami kali ini. Raya yang suram, tidak mengapa Allah ada. Moga Allah memberi keadilan yang saksama kepada mereka di akhirat nanti.

Luahan rasa
Bekas Ustaz Kafa


Halaman Disukai · 15hb Mei 
SIARAN AKHBAR PERSATUAN PEGUAM-PEGUAM MUSLIM MALAYSIA (PPMM)
TARIKH: 14 MEI 2018

1. PPMM melihat cadangan bahawa Badan Peguam Malaysia mencadangkan Ambiga Sreenevasan sebagai Peguam Negara yang seterusnya, seperti yang dilaporkan dalam media tempatan hari ini, sebagai sesuatu yang sangat membimbangkan.

2. Sekiranya laporan itu, seperti yang dilaporkan dalam beberapa media adalah betul, kami berpendapat bahawa ia adalah penghakiman yang kurang baik oleh Badan Peguam Malaysia dalam mencadangkan nama individu tertentu untuk jawatan Peguam Negara, dan akan menjadi contoh yang tidak baik untuk diikuti. Lebih-lebih lagi apabila orang yang dinamakan itu adalah bekas Presiden Badan Peguam Malaysia.

3. Kami juga percaya bahawa ahli Majlis Peguam tidak dirujuk apabila Presiden mengeluarkan kenyataan itu.

4. Pengumuman sepihak oleh Presiden Badan Peguam Malaysia itu tidak sepatutnya dilakukan, dan tidak sepatutnya menghalang pilihan di mana Perdana Menteri menasihati Yang Di Pertuan Agong untuk melantik Peguam Negara menurut Artikel 145(1) Perlembagaan Persekutuan.

5. Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Yang Di Pertuan Agong, atas nasihat Perdana Menteri, akan melantik seseorang yang layak untuk menjadi hakim Mahkamah Persekutuan untuk menjadi Peguam Negara untuk Persekutuan ini.

6. Adakah Badan Peguam Malaysia cuba menamakan orangnya sendiri sebagai Peguam Negara? Ini mungkin memberi gambaran bahawa Peguam Negara berhutang budi dengan Badan Peguam Malaysia. Tambahan pula, ia akan menentang prinsip-prinsip keberkecualian dan kesaksamaan yang disokong oleh Badan Peguam Malaysia.

7. Oleh kerana kami menghormati kelayakan Ambiga Sreenevasan, kami percaya bahawa Badan Peguam Malaysia menghantar isyarat yang salah kepada orang ramai dengan mencadangkannya sebagai Peguam Negara, yang kami dengan tegas menentangnya.

8. Badan Peguam Malaysia tidak mempunyai lokus untuk menamakan mana-mana individu sebagai Peguam Negara yang seterusnya. Lebih baik sekiranya Badan Peguam Malaysia mencadangkan kriteria yang perlu dipenuhi oleh seseorang untuk layak dilantik sebagai Peguam Negara, tanpa menyebut nama.

9. PPMM berpendapat bahawa tidak ada badan profesional atau individu yang patut membuat pendirian untuk mencadangkan nama sebagai Peguam Besar. Biar pilihan dibuat oleh Perdana Menteri, yang kemudiannya akan menasihati Yang Di Pertuan Agong mengikut peruntukan yang ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Dato' Haji Zainul Rijal Abu Bakar
Presiden
Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia


Halaman Disukai · 14hb Mei 
GELOMBANG PERTAMA PEMBERHENTIAN KAKITANGAN AWAM SUDAH BERMULA

Hari ini hari ke 6, sejak hari pembuangan undi. Hari ini juga sejumlah hampir 500 orang dibuang kerja di Putrajaya dan seluruh negara. Pegawai pegawai kontrak ini ditamatkan serta merta. 

Ada yang menangis, sebak dan pilu. Balik ke rumah terpaksa pula keluar dari kuartes di Putrajaya. Pindah entah ke mana? Anak anak yang masih berbaju sekolah terpinga pinga, bertanya kepada ayah, kenapa kita perlu pindah ayah?

Ayah menjawab dengan air mata. "Pindahlah nak, kita tiada rumah lagi" jawab si ayah dengan bebola mata yang penuh berkaca.

Kemudian mata itu merenung jauh nasib seorang lagi anak yang masih menyusu dalam buaian. Cukupkah duit yang ada untuk beli pampers dan susu bulan ini.

Mencongak duit belanja untuk bulan puasa dan hari raya ini. Entah cukup ke tidak. GST dan harga petrol masih sama. Kini lebih derita bila kena buang kerja.

Mungkin terpaksa jual kereta atau rumah bagi tampung belanja. Yang kena buang ini majoritinya bangsa apa?

Apa dosa anak anak mereka hingga diperlalukan begitu sekali? Masa mengundi bukan main lagi buat video sedih dan simpati bersama anak kecil. Itu semua lakonan dan sandiwara, yang betulnya hari ini.

Seluruh kakitangan ICU ditamatkan kontrak di seluruh negara. Ramadahan dan Aidilfitri mereka entah ke mana. Malam ini pun masih mendukung anak dengan penuh air mata. Apa dosa mereka?

Mereka bukan anak orang kaya, mereka bukan anak orang berada. Mereka hanya mencari sesuap nasi untuk menyara keluarga. Moga doa anak anak mereka yang teraniaya ini dimakbulkan Allah.

Kenapa perlu buang serta merta? Tidak sempat tunggu Hari Raya? Yang dibuang ini tidak beraya di London. Putus habis rezeki mereka. Apakah kerajaan sudah tiada duit untuk bayar gaji mereka ini?

Jimat apanya sampai hendak buang membuang orang. Belas kasihanlah pada rakyat. Malam ini, ada yang tidur dalam kereta dan surau bila dihalau dan diberhentikan secara mengejut oleh kerajaan baru Putrajaya.

Sultan Al Fateh bila sudah naik takhta bertanya pada gurunya kenapa memukulnya pada waktu dia kecil dulu. Gurunya menjawab, pukulan itu mengajar kamu agar jangan berlaku zalim pada rakyat. Bila berlaku zalim, rakyat akan ingat sampai bila bila.

Ikhlas
Pekerja Kontrak Putrajaya


Sam Abd Mutalib Hassan
Semalam 

Hari ini aku nak sokong HARAPAN..... padan muka kau.... Ambik kau.. Jgn Nangis ya! .... Jgn SALAHkan HARAPAN..... itulah HARAPAN dibulan Ramadan & Syawal yg akan menjelma tak lama lagi....




Megat Muhammad Danish berkongsi siaran Khairuldin Barbossa.
Khairuldin Barbossa
Ini Betul2 Bukan Cobaan...























































































Tiada ulasan: