Isnin, 28 Mei 2018

Tulis itu tidak buat kita tuli. 7722.


Kembali pada Allah. 
Bumi hak Allah. 
Allah cipta kita untuk mengEsakan Dia. Allah Tuhan Yang Satu.
Aamiin. 









Pendusta paling kotor.
Tv3- melaporkan. Ketika Haji Hadi ditanya berkenaan dengan 1MDB setelah banyak bukti telah didedahkan ini jawapan beliau.
KITA MASIH PERCAYA NAJIB TIDAK BERSALAH SELAGI BELUM DIDAPATI BERSALAH. SIASATAN PERLU DIJALANKAN BUKAN SAHAJA KEPADA 1MDB TETAPI JUGA PERISTIWA MEMALI.
persoalannya lain ditanya lain dia jawab. Dia masih percaya Najib tidak bersalah dan mengaitkan pula dgn issu memali , apa relevannya isu memali dgn 1MDB.
Disini admin jelas melihat ada nada dendam dan busuk hati dari seorang yang kononnya diangkat menjadi ulama.
Untuk pengetahuan pembaca semua, Haji Hadi sepatutnya sudah lama ditangkap dan dibicarakan atas tuduhan menganjur keganasan, kerana AMANAT HADI yang di keluarkannya menghalalkan pertumpahan darah dan menyeru penduduk memali menentang kerajaan sehingga tekorban dan haji hadi mengistiharkan yang terkorban sebagai syahid. Siapakah haji hadi nak tentukan syahid atau mati sia-sia seseorang itu.
Saya menyarankan penduduk memali supaya membuat petisen dgn mengheret haji hadi kemuka pengadilan kerana beliau lah sebenarnya punca peristiwa memali dgn mengeluarkan fatwa yang diperakui oleh Majlis Fatwa kebangsaan sebagai SESAT LAGI MENYESATKAN.

Sumber pautan: 
KELAB PENYOKONG KERAJAAN PAKATAN HARAPAN


BERITA PANAS!!!
Admin dapat info melalui sumber yang boleh dipercayai.. Ada pimpinan tertinggi Pakatan Harapan cuba berbincang dengan PAS untuk bergabung.. Pasti ramai rakyat yang bertungkus lumus selama ni menentang PAS yang menjadi tongkat kepada UMNO BN tidak bersetuju dengan hasrat gabungan ni..
Adakah rakyat yang mengundi Pakatan Harapan bersetuju dengan gabungan Pakatan Harapan dan PAS..???

Salamsejahtera semua.
Pihak kami sedang berusaha untuk menjadi perantara strategi antara rakyat dan Kerajaan Pakatan Harapan.
Kami dalam proses mengumpul seberapa ramai ahli dan mempelawa anda warganegara Malaysia untuk menjadi ahli dan membentuk jawatankuasa kerja yang akan menjadi pemangkin kepada kesinambungan Parti yang kita cintai ini.
Kami mengalu alukan penyertaan dari semua peringkat dan semua taraf tidak mengira status dan kedudukan mau pun BANGSA DAN AGAMA. kita semua lahir di Malaysia adalah bersaudara.
Pertubuhan ini akan didaftarkan dalam masa terdekat dan akan dinaungi oleh pemimpin pemimpin dari Parti Harapan.
Dengan Izin, mesyuarat perlantikan ahlijawatankuasa semua peringkat akan diadakan dari masa ke semasa dan akan di kemaskini didalam group ini.
Perlu di ingat bahawa facebook bukanlah platform utama KELAB PENYOKONG PAKATAN HARAPAN tetapi digunakan sebagai wadah utk membentang, membahas dan memaklumkan aktiviti dan program yang akan dijalankan.
Kami melihat kesinambungan semangat dan perjuangan memperjuangkan kebenaran bagi membentuk kepimpinan yang berintergriti dan membawa Malaysia kearah kegemilangan harus diteruskan tanpa berhenti.
Akhir kata, marilah kita semua bersatu hati, bulatkan tekad dan jadilah sebahagian dari ahli dan jawatankuasa penubuhan kelab penyokong Kerajaan Pakatan Harapan ini.
Semoga segala usaha kita di redhai oleh Allah swt.
Sekian.

Sehingga ke saat posting ini ditulis sudah 54 ribu share dan 27ribu diterbitkan semula dalam blog, tweeter dan diulang siar di facebook.
Facebook saya menerima lebih dari 1000pm dalam masa 30 minit, hari ini sahaja saya menerima lebih 40ribu pm..
Mereka menghubungi saya kerana didalam bloger byk disertakan nama saya dan apabila anda click link tersebut akan terus ke FB saya.
Berbagai soalan ditanya, siapa saya, apa pangkat saya, bagaimana saya dapat menulis sebegitu dan kebanyakan nya memaki hamun saya, tak kurang juga rakan rakan lama yang masih menjadi pemimpin BN/UMNO whtsapp saya dan call saya bertalu talu sekadar utk memarahi dan maki hamun saya.
Tidak mengapa, saya terima dengan hati yang tenang dan gembira, hamburkanlah segala kata nista, tidak akan luak sedikit pun maruah saya mempertahankan kebenaran. Saya tidak akan terusik dgn kata kata hinaan dan cacian, biar saya hadam maki hina dari saya hadam wang haram yang di rompak dari rakyat.
Tak kurang juga ingin mengambil kesempatan untuk berbaik dgn saya sebagai jambatan penghubung kepada Majlis Presiden PH, ini tak akan berlaku kerana saya tidak termakan janji dan mulut manis.
Siapa saya? Saya adalah Presiden dan Founder Kelab Penyokong Kerajaan Pakatan Harapan. Tentu sekali saya mendapat access yang terus dari orang tertentu. Tugas saya menangkis sebarang unsur jahat dan fitnah yang dimainkan oleh pihak pembangkang di media sosial. Setiap lapuran terkini dan perkembangan semasa senario politik berkaitan dengan media mass, saya akan bertanggung jawab melapurkan kepada pihak Kerajaan untuk merencana strategi bagi menangkis tomahan dan berita palsu.
Berprinsip berpegang kepada kebenaran dan bertindak secara adil dan saksama, saya tidak gentar menghadapi segala cabaran termasuk ugutan pihak tertentu yang mahu membunuh masadepan saya. Keluar masuk bilik inquiry dan lokap Polis bukan asing kepada saya, jenuh saya melaluinya sendirian selama ini, tiada siapa pun yang bantu atau menyokong. Ada saya tidak menambah jumlah perginya saya tidak mengurangkan bilangan.
Semuanya kehendak Allah dan setiap manusia telah tertulis destinasi dan takdir mereka di lukh mahfuz, kita hanya melayari kehidupan ini diatas paksi sendiri. 





KELAB PENYOKONG KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

Dia terdiam. Di riak wajahnya ada tanda tanda muram dan sedih yang teramat dalam apabila LGE menyatakan hutang Negara sudah mencecah 1.2 trillion.
Dia memejamkan mata, suasana hening dan hiba, lama ..lebih dari 5 minit tak seorang pun berani membuka mulut.
Masing masing terpaku melihat Tun M terus memejamkan mata tanpa berkata apa apa. Hanya terlihat bibirnya yang bergerak gerak menahan pilu yang sangat menguris hatinya.
Selepas hampir 7 minit suasana terhenti dan hening, dia membuka mata dan dikelopak mata yang sudah tua dan uzur itu jelas terlihat ada linangan airmata, kami tidak berani menatap matanya yang tajam. Kami mengalih pandang kearah lain kerana tak sanggup melihat airmata nya gugur.
Berapa lagi kita ada? Tanyanya dalam dialeg utara, LGE tak berani menjawab..
Tun bertanya lagi... cukup tak nak bagi rakyat BRIM sebelum raya ni? Sekali lagi suaranya sebak dan pertuturan bahasa kedahnya semakin pekat.
LGE, cukup Tun untuk rakyat cukup,
Untuk Kelantan dan Terengganu dah kira kalu(kalau) nak bagi 20% royalti minyak?
LGE dalam proses Tun. 
Awat lambat sangat, pi siap cepat cepat brim dan royalti tu.
Errr...pasal Tol tu tun? Takpa tu nanti saya panggil konsenssi tgk macam mana kita forfeited kos depa..
Kemudian semua bangun, aku sempat menoleh kebelakang sebelum berlalu pergi, aku melihat Tun M mencarik tisu diatas mejanya mengesap matanya. Mungkinkah Tun M menangis lagi??
Inilah manusia yang kalian hina dan caci dia, tapi kalian tak tahu, sebelah tangan nya sarat hutang negara yang dibuat oleh durjana Najib, sebelah tangannya lagi masih kosong tapi dia nak bagi juga pada rakyat.
Dia pernah melakukan kesilapan, dia akan tebus kembali, beri dia ruang dan peluang, jangan terlalu mendesak, dia tak pernah ambil cuti rehat sejak jadi PM, bekerja 18jam sehari, hanya kerana satu sebab, nak lihat rakyat gembira dan Negara pulih semula.
Ya Allah, berikan lah kesihatan dan keselamatan kepada Tun M.

ref: 
(1) KELAB PENYOKONG KERAJAAN PAKATAN HARAPAN




Mahathir The Legend menambah 2 foto baharu

MINTA AMBIL PERHATIAN DAN BERHATI-HATI.
MAKLUMAT YG KAMI TERIMA BAHAWA UMNO TELAH MELANTIK PENULIS BLOGGER YG DITAJA KHAS ANTARA PERANAN PENULIS UPAHAN:-
1) Memburuk-burukan kerajaan PH di pusat dan negeri2 yg diperintah oleh PH
2) Menggunakan isu harga minyak kenapa tidak diturunkan
3) Menggunakan isu PH memecat perlantikan jawatan politik tidak mengambil kira kesan kpd rakyat
4) Mendesak kerajaan pusat PH supaya royalti diberi/disalurkan melalui Kerajaan PAS Kel/Trg. Jika tidak kerajaan PAS Kel/Trg tidak dpt melaksanakan manifesto yg dijanjikan kerana masalah kewangan
5) Melaga-lagakan komponen PH supaya berpecah dan mempertikaikan keputusan Majlis Presiden PH
6) Mendesak PH supaya menghapuskan TOL sedangkan tidak disebut pun dalam manifesto PH pusat
7) Mempertikai berkenaan hutang negara sebanyak RM 1 Trillion sebenarnya tidak benar
8) Menyusun strategi supaya ahli UMNO menyerap masuk dalam PPBM/PKR/AMANAH utk melemahkan dari dalam
9)Mempertikaikan pengampunan penuh YDP Agong kpd Dato Seri Anwar utk kepentingan PH
10) Dituduh PKR parti keluarga dimana apabila DSAI jadi PM maka isterinya jadi TPM. Sepatutnya DSAI jadi PM maka TPM diberi kpd tokoh lain
11) Mempertikaikan PM tidak memberi peluang kpd wakil wakil dari Sabah/Sarawak dlm kabinet
12) Menzahirkan simpati kpd Dato Seri Najib kerana akan ditangkap sehingga tidak sempat menyambut Aidilfitri
Oleh itu berhati hati dan berwaspada dengan penulis Blogger yg diupah khas utk memburuk burukan PH dan melaga lagakan komponen PH supaya menjadi lemah dan berpecah sebelum PRU15.
SILA MAKLUM DAN SEBARKAN KPD SEMUA PENYOKONG2 PH.

ref: 
(1) KELAB PENYOKONG KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

Best komen neh ingat mengingat - nasihat menasihati - pulak tu yang ditegur cool jer. Alhamdulillah. 

Bang Chik Erie Hehehe faham tu bro... Emosi kadang2 buat kita berkata tanpa sedar...Biasalah bro, dalam setandan pisang pun ada yg busuk bro... Tp percayalah, dalam sesuatu parti ataupun pertubuhan, pasti ada yg negatif dan positif.. Syukur kita hidup di malaysia dgn sistem demokrasi, yg menang akan cb buat yg trbaik untuk rakyat, yg kalah pasti akan betulkan apa yg silap.. Itulah malaysia, bila peralihan kuasa pun brjalan dgn lancar... Sy bangga jd rakyat malaysia, biar kita berlainan ideologi, tp kita sama2 amalkan politik matang, eratkan silaturrahim.. Inm syaa Allah... Errr kalau ada stok baju yg cun, mention sy ye bro... Hihihi


...

Tiada ulasan: