Ahad, 3 Jun 2018

Apakah parti Melayu terus punya sandaran keanak-anakan? 7750.

Kata-kata bergambar di media sosial lebih digemari Melayu dan menjadi satu teknik media yang mudah mempengaruhi Melayu. 

Tidak dinafikan fungsi kata-kata bergambar lebih menarik jika memaparkan fakta dan diterbitkan secara ilmiah dan bertanggung-jawab. Setakat membaca panjang kurang menjadi minat Melayu. Itu menjadi punca ulasan atau hujah keanak-anakan. Tidak perlulah buat perbandingan dengan kaum lain. Kebanyakan Melayu lebih ke Laut. 
Jangan ketawakan orang, tengok macam umno, banyak ketawa, akhirnya seperti mentertawakan diri sendiri. 

Umno 

Parti asalnya anak emas Penjajah British. Tinggalan penjajah. Tiada pemimpinnya pernah dipenjarakan penjajah berbanding dengan parti dan pertubuhan terutama yang berteraskan ISLAM di zaman penjajah. 

Umno kelahiran istana sudah tamat bila UMNO telah diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari 1988 selepas berlakunya krisis kepimpinan UMNO pada 1987 dan Dr Mahathir telah mendaftar satu pertubuhan baru dengan nama UMNO Baru pada 13 Februari 1988. 

Akhir peristiwa Umno dikuasai golongan bangsawan dan tokoh koprat. Guru yang merupakan ejen membawa umno ke pelusuk kampung di awal kekuasaannya semakin terpinggir peranannya. 

Dari era '60an hingga 2018 corak kempen parti ini tidak jauh bezanya yang sentiasa memainkan sentimen perkauman dan memangsakan DAP sedangkan pada hakikatnya di belakang tabir... sebagai contoh: 
Umno lebih suka memainkan sentimen tidak bernoktah, sentimen kebencian terhadap kaum Cina terutamanya Cina Dap, menyembunyikan kandungan Perlembagaan Persekutuan dari pengetahuan pengikutnya yang antara lain menyatakan hak Sultan, hak Islam dan hak Melayu Bumiputra tidak boleh dicabar. 

Sentimen pecah perintah yang diwarisi dari penjajah British kekal sehingga kini, jadi amalan turun temurun sebagai satu cara untuk terus kekal berkuasa dan menjajah Bangsa Malaysia. (ala British) 

Memperjuangkan ISLAM setelah ketara lemah dengan menjadikan Pas sebagai dahan pautan sementara dan telah menjadi antara penyebab Pas berpecah berkali-kali sehingga wujudnya parti Hamim, Berjasa dan PAN antaranya. Pas pun asalnya parti serpihan Umno. 

Rumusnya umno menjadi parti utama disisihkan dari ruang hati sejak mula kenali politik #takpernahundiumno. 

Umno xngaku jadi pembangkang. Lawak. Kalau xmenipu bukan umno namanya. Bahagian DSN letak jawatan update... yang lain jadi fake news... catatan sehingga hampir 12.00 midnitght 7.6.2018. 

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

"UMNO" dilencongkan di sini.

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Jawi: ڤرتوبوهن کبڠساءن ملايو برساتو, juga dikenali sebagai UMNO) adalah sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin oleh Presiden, Ahmad Zahid Hamidi selepas Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perletakan jawatan Presiden UMNO berkuatkuasa serta merta pada 12 Mei 2018. 

Neh: Lawak arrr xupdate?

UMNO merupakan tulang belakang bagi Barisan Nasional merupakan parti pemerintah bagi kerajaan Persekutuan, merupakan parti pemerintah bagi kerajaan negeri Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Terengganu, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah. UMNO tidak menubuhkan bahagian di negeri Sarawak.[5]

Bangsa dulu baru ISLAM: 

UMNO dianggap sebagai parti nasionalisme Melayu atau ketuanan Melayu.[6][7] Menurut perlembagaan parti ini, asasnya adalah untuk berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.[8] Ia juga yang memperjuangkan hak-hak istimewa orang Melayu dan orang Bumiputera.[9]

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Jawi: ڤرتوبوهن کبڠساءن ملايو برساتو, juga dikenali sebagai UMNO) adalah sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin oleh PresidenAhmad Zahid Hamidi selepas Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perletakan jawatan Presiden UMNO berkuatkuasa serta merta pada 12 Mei 2018. UMNO merupakan tulang belakang bagi Barisan Nasional merupakan parti pemerintah bagi kerajaan Persekutuan, merupakan parti pemerintah bagi kerajaan negeri PerlisKedahPerakPahangTerengganuNegeri SembilanMelakaJohor dan Sabah. UMNO tidak menubuhkan bahagian di negeri Sarawak.[5] 

UMNO dianggap sebagai parti nasionalisme Melayu atau ketuanan Melayu.[6][7] Menurut perlembagaan parti ini, asasnya adalah untuk berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruah dan martabat bangsa, agama dan negara.[8] Ia juga yang memperjuangkan hak-hak istimewa orang Melayu dan orang Bumiputera.[9] 

ref: 
https://ms.wikipedia.org/wiki/Pertubuhan_Kebangsaan_Melayu_Bersatu

Kelibat keluarga kleptokrasi Bangsawan Umno: 
 Bangsawan umno bila sentuh soal orang miskin
Helah kleptokrasi menyakinkan rakyat 
untuk menjadikan mereka tidak cerdik
Kumpulan yg digelar prof kangkung
Rupa-rupanya sehingga 2039 Beapa kali lagi PRUM
Selamat meninggal jawatan yg terpikul tanpa amanah
Watak tidak boleh dipercayai
PAS: ? In Syaa Allah t update 
Paling akhir zaman Allahyarham TGNA - Pas semakin boleh diyakini dan mendapat sokongan tidak sahaja Islam Melayu tetapi juga kaum Cina, India dan lain-lain kaum. 
Camner agamawan boleh camneh. 
Itulah politik leh buat seseorang ke laut. 
In Syaa Allah xjalan usaha mencuri hati
Lutut siapa kena bengkuk sekarang 
PKR: ? In Syaa Allah t update 

PAN: ?
 In Syaa Allah t update 

PPBM: ?
 In Syaa Allah t update 

Kerajaan Persekutuan Malaysia hari ini. 
 Peminjam PTPTN disenari hitam oleh umno bn

Tun M bersama Mat Sabu - MOD
Melayu suka berita sensasi. Bila sesuatu tidak dapat diterima, eg antara Agong dengan PM ..laju mereka bertanggapan "Wah! Raja dengan PM xngam" Macam-macam hujah mereka sandarkan untuk memperlekeh atau memperkecil-kecilkan keadaan, langsung tiada hujah membina. PAS yang membantah kononnya pun terbabit sama sebab tidak cermin diri, sebab mereka pernah menggunakan khidmat peguam tersebut. Allahu Akbar. 

Ahaa Melayu xsuka Ukhuwah Fillah? contoh Tun PM berbaik semula dgn DSAI ..banyak Melayu yang mengecam. Sedangkan Allah perintahkan jagalah Silaturrahim sesama hamba Nya. Sayang aaaah Melayu kalau berprasangka. Kecuali seseorang itu memihak kepadanya, ditimang, didokong seberat mana pun kliptokrasinya. Mereka tak boleh terima DSAI sekeluarga sanggup memaafkan Tun PM. Hebat tang mana Melayu neh? Berjuang untuk ISLAM? Gara-gara hebat nak rebut title ketuanan Melayu berbanding rebut kehebatan bermuhasabah diri kerana Allah. 

Sesetengah Melayu berpendapat jika seseorang itu menjadi pengkritik kepada seseorang yang lain, maka keadaan itu tidak membolehkan kedua-duanya menjadi pasangan baik untuk bekerjasama. Ertinya mereka berpandangan untuk bekerjasama seseorang itu mesti sentiasa menjadikan diri "Yes man" "Yes brother" Dengan kata lain Melayu ada yang suka diampu dan mengampu. BODEK. 

Satu hal yang menarik perhatian ialah golongan agamawan. Ke mana hala tuju mereka dengan membiar ex-PM6 berkata kesat di khalayak, malah disiar di media perdana sama ada di tv atau di akhbar. Sekarang mereka berani menegur Kerajaan Baru Malaysia. Alhamdulillah. Tetapi sayangnya jadi sikap double standard. Ketua kamu yang kaki judi dan menyebabkan tanah negeri tergadai pun, tidak ditegurnya. Bimbang hilang sumber makan minum? 

Mufti dan ustaz dunia? Siapa beri gelaran tok guru tetapi tingkah laku bolak baliknya dan caturannya bila berkempen juga tiada nilai peradaban Islam. Malah menyebarkan api perkauman dengan pelbagai tanggapan negatif terhadap bangsa lain. Sedangkan Allah jadikan manusia berbilang suku supaya hidup bersatu padu. 

Berhujah dengan nas-nas... tetapi memaki hamun orang lain, melabel orang sebagai kafir, munafikun, berkata keji, bahasa langsung menggambarkan tingginya prajudis terhadap orang lain. Tidak percaya lihatlah facebook, twit dan sebagainya ...bagaimana majoriti Melayu berkomentar. Mereka kalau dengan sesama Melayu hebat sungguh bertengkar. Jarang menerima hujah orang lain dengan baik, walau pun hujah seseorang itu lebih baik darinya, mesti seboleh mungkin mencari gelandangan untuk dipersalahkan. 

Tanya lain jawab lain, biasalah ... Pemimpin Melayu yang mengecop Islam pun begitu sikapnya. Dengan kata lain pertanyaan tidak diendahkan, sebab jawapan tidak memihak kepada dirinya yang penuh kepalsuan dan kedurjanaan. 

Jarang mereka itu bermuhasabah diri. Sudah tahu hal itu haram, masih kekal jadi tatapan bergambar hari-hari, atas nama melindungi rasa malu dan kononnya bermaruah yang tidak lebih kepada menegakan benang basah. Nahi mungkar. 

In Syaa Allah bermanfaat dengan sekelumit ilmu pinjaman, ilmu hak Allah. Kata itu doa. In Syaa Allah kita sentiasa Allah limpahkan taufik dan hidayah, diredai dan dirahmati Nya. 

Aamiin. 

ctt:
evo sg. 


Sunday, 3 June 2018
KENAPA NEGERI YANG KALAH MELEBIH-LEBIH?

Mula-mula Kelantan, kini Terengganu pula menuntut jawatan menteri. 
Tuntut dan menuntut ini sebenarnya adalah suatu perkembangan yang tidak sihat kerana perlantikan menteri tidaklah berasaskan kouta negeri, tapi lebih bersandarkan kelayakan seseorang yang mahu dilantik itu.

Jika negeri yang kalah mula membuat tuntutan, bagaimana kiranya negeri atau parti yang menang banyak kerusi juga menuntut bahawa mereka lebih berhak memperolehi lebih jawatan dalam kabinet?

Kenapa negeri yang kalah berlebih-lebih dalam hal ini?

Bukankah lebih baik bermuhasabah?

Siapa pun yang dilantik sebagai menteri, mereka adalah bekerja untuk negara dan tidak akan meminggirkan mana-mana negeri. Pakatan adalah kerajaan untuk seluruh Malaysia.
Maka,  hentikanlah budaya ini!!

Lagi pun sekarang ialah era Pakatan Harapan mentadbir negara, lagi bukan BN. (ShahbudinHusin 03/06/2018)

ref:
Shahbudin dot com: KENAPA NEGERI YANG KALAH MELEBIH-LEBIH?

SISI BUKIT - keadilan,kebenaran,kebersamaan

PAS SEBELUM PRU 14 SEMUA PUAS HATI, ARUL KANDA PUN BAGUS.

Jom kita imbas kembali tindakan & perilaku pemimpin Pas yang diterajui Hj Hadi Awang apabila berhadapan dengan pihak yang berbuat hutang & memporak perandakan ekonomi negara iaitu watak utama DS  Najib Razak & Umno sebelum PRU14.

1. Skandal 1MDB - Puas hati setelah 2 jam penerangan oleh Arul Kanda

2. Skandal Tabung Haji - Puas hati setelah mendengar penerangan dari pengurusan LUTH.

3. Skandal Felda - Puas hati dengan perjalanan pengurusan Felda.

4. Undi tak percaya di parlimen ke atas Najib Razak sebagai PM - Pas tak sokong kerana haram jatuhkan pemimpin Islam (walaupun penyamun ??)

5. Deklarasi Rakyat - Pas enggan turut serta dalam gerakan ini dengan alasan Najib dilantik PM secara demokratik.

6. Isu 2.6b masuk akaun Najib Razak - Hadi minta 4 orang saksi sebagai bukti.

7. Isu derma Pak Arab kepada Najib - Pas tak bersama MP2 pembangkang lain memegang plykad dalam parlimen menuntut Najib disiasat.

8. Pendedahan DoJ - Hadi bagi amaran Amerika jangan masuk campur urusan dalam negara Malaysia.

9. Himpunan BERSIH 4 & 5 - Pas tidak mahu bersama dengan alasan dangkal (padahal di himpunan BERSIH 3 mereka bersama).

10. Membantah perlaksanaan GST - Hadi beri kenyataan GST baik untuk menjana ekonomi negara.

11. Undi menolak belanjawan negara di parlimen bagi tahun 2018 & 2019 yang kekalkan percukaian GST - PAS BERKECUALI

12. Bersama dengan PH bagi menjatuhkan UmnoBN - Pas menolak dengan alasan di dalamnya ada Dap, Amanah & Penyangak.

13. Kempen PRU14 - Pas berkempen menolak Tun M & PH dan bukannya Najib UmnoBN (kerjasama politik & taawun Pas & Umno ??).

14. Kempen menolak Tun M - Hadi ke Langkawi menyeru rakyat Langkawi menolak Tun M (Hadi tidak ke Pekan & Bagan Datoh bagi tujuan menolak Najib & Zahid Hamidi).

Banyak lagi tindakan Pas Hadi yang dilihat menyokong & mempertahankan Najib UmnoBN yang telah menyebabkan hutang negara mencecah sampai RM1.08 trillion.

Kini bila PH telah menerajui negara & menubuhkan 'Tabung Harapan', mereka memperlekeh & menjadikannya isu besar.

'Manifesto 100 hari PH' kini dijadikan modal untuk menyerang PH tanpa melihat kembali situasi kewangan & hutang negara yang selama ini disorok oleh pemerintah terdahulu.

Walaupun dalam situasi ini, Tun Mahathir telah bekerja keras sejak dari hari pertama mengambil alih pemerintahan dan berusha memulihkan keadaan.

ref:
PAS sebelum PRU 14 semua puas hati,Arul Kanda pun bagus. | SISI BUKIT

Kerana tidak Istiqmah maka akhirnya terpinggir - YB Khalid Samad. 
Keputusan PRU14 sekarang telah diketahui umum. Pakatan Harapan (PH) berjaya mengambil alih Putrajaya dan negeri-negeri di seluruh Negara kecuali Perlis, Pahang dan Sarawak yang kekal bawah BN sambil Kelantan dan Terengganu jatuh pada PAS.

Walaupun akan ada yang berkata bahawa PAS telah berjaya dengan keputusan anatara yang paling cemerlang dalam sejarahnya, hakikatnya ianya sebenarnya boleh jauh lebih baik dari itu. Malangnya, sifat gopoh dan kurang yakin kepada pendekatan yang diikutinya sejak zaman reformasi telah menyebabkan PAS semakin terpinggir dari arus perdana politik negara. Ia kembali sebagai parti pantai timur dan kawasan kampung Melayu setelah beraksi cergas di pantai barat dan kawasan bandar pada tahun-tahun pasca reformasi. Cogan kata “PAS for all” kian tidak kedengaran dan PAS kembali sebagai parti bersifat eksklusif memperjuangkan agenda khas bagi masyarakat Muslim dan Melayu.

Kalau kita berhenti sejenak dan meninggalkan alam realiti dan menyelak seketika melalui imaginasi kita, mengintai pada ‘alam mungkin terjadi’, hanya yang beragenda akan menafikan bahawa PAS pasti mendapat kemenangan jauh lebih besar sekiranya ia telah istiqamah bersama Pakatan. Sepertimana yang diperjuangkan oleh bekas pimpinannya yang akhirnya menubuhkan AMANAH, PAS akan dapat mengecapi kemenangan di peringkat Persekutuan juga. Tetapi malangnya bagi PAS, mereka terpengaruh, mungkin dengan keyakinan Najib, bahawa dia akan kekal sebagai Perdana Menteri pasca PRU14. Keyakinan Najib ini mungkin terhasil dari poket-poket yang sarat dengan duit rakyat untuk digunakan untuk membeli kembali sokongan rakyat!

Sekiranya PAS kekal dalam Pakatan, berdasarkan keputusan yang diketahui sekarang, paling kurang 36 lagi kerusi di Semenanjung yang dimenangi BN akan jatuh kepada Pakatan. Ini adalah kerana 36 kerusi ini dimenangi BN atas sebab undi berpecah antara PAS dan PH. (Sila lihat pada maklumat di bawah). Ini akan menjadikan jumlah kerusi BN di Semenanjung begitu kecil jumlahnya dan menjadikan BN, dan khususnya UMNO, tidak lagi releven untuk masa depan politik Negara. Sedangkan dengan jumlah yang ada sekarang sekalipun mereka terkapai-kapai, apatah lagi sekiranya dikurangkan lagi dengan 36 kerusi lain.

Pada masa sama PAS akan memperolehi paling kurang 33 kerusi Parlimen. Ini adalah berdasarkan 11 kerusi yang dimenangi AMANAH dicampurkan dengan 18 kerusi yang dimenangi PAS dan ditambah pula dengan sebahagian dari 36 kerusi yang disebutkan tadi. Dalam keadaan itu pimpinan PAS akan menjawat jawatan-jawatan Menteri penuh dan Timbalan Menteri yang akhirnya sekarang ini diberikan kepada pimpinan AMANAH. Dan jawatan-jawatan Menteri Besar beberapa negeri akan turut dipegang PAS, selain Kelantan, Terengganu dan Melaka. Mungkin juga Johor, Perak dan Kedah turut menjadi tuntutan. Kerana sudah pasti apabila PAS dan AMANAH tetap bersama, kuasa rundingan adalah jauh lebih kuat.

Malangnya ianya tidak begitu dan semua ini kekal dalam ‘alam mungkin terjadi’. Ianya semua kerana tidak istiqamah dengan pendekatan yang dipertahankan Almarhum TGNA dan Almarhum UFN. Boleh kita rumuskan bahawa bertindaknya PAS untuk bersendirian hanya berjaya membantu melanjutkan hayat politik UMNO dan pada masa sama menjadikan PAS sendiri kerugian besar.

Mungkin akan ada yang berkata, itu semua tidak penting kerana bukan jawatan yang diperjuangkan kami. Sudah pasti bukan itu matlamat seseorang pejuang, tetapi adalah juga pasti bahawa ianya perlu untuk mencapai matlamat perjuangan. Bagaimana mungkin ingin membuktikan keadilan Islam kalau tidak memegang jawatan dan kuasa? Kata-kata memujuk hati bolehlah diguna untuk menenangkan jiwa yang terganggu, tetapi apabila digunakan untuk menutup silap langkah, ianya proses pembodohan diri.

Kesan kekalahan BN di peringkat Persekutuan juga boleh mendatangkan masalah besar kepada PAS sendiri. Apabila siasatan dilakukan terhadap salahguna kuasa Najib melalui 1MDB, apa jaminan duit sumbangan yang diperolehi PAS tidak akan terkait dengannya? Sudah pasti, sekiranya PAS menerima ‘derma’ dari Najib melalui mana-mana agennya, ianya akan turut terbongkar. Dan sekiranya ianya didapati begitu, maka misteri perubahan sikap pimpinan PAS, khususnya Presidennya, akan dapat dirungkaikan melalui penjelasan yang mudah. Iaitu, semua berubah oleh kerana wang. Ianya bukan kerana kefahaman atau pendekatan, jauh sekali mimpi. Akhirnya kerana wang.

Dan wang yang luar biasa banyaknya telah digunakan PAS pada PRU14 ini. Ianya tidak boleh dinafikan sesiapa. Jumlah kerusi yang ditandinginya, bendera dan posternya, bersama dengan perbelanjaan perang sibernya, semua ini menunjukkan kepada satu jumlah kewangan yang luar biasa banyaknya. Sudah berapa banyak ‘kerusi hilang deposit’ yang dicatatkan PAS kali ini? Semuanya ini menimbulkan kecurigaan. Namun ianya insyaAllah akan terbongkar juga bersama dengan segala kes yang sedang dibongkarkan sekarang.

Maka sekiranya itulah yang terbukti kelak, maka kesabaran mendukung perjuangan risalah Islam yang dibawa selama ini telah dapat digagalkan melalui ujian harta dan keduniaan. Dan ia berlaku kerana tiadanya amalan semak imbang yang diajar Islam atas alasan wala dan thiqah yang melampaui batas syara’. Bersama kita doakan semoga imej Isam tidak akan terpalit dengan peristiwa mendatang ini. 

WaLlahu 'Alam.
Artikel ini telah diterbitkan di dalam Mingguan AMANAH.
 
KHALID ABD SAMAD


ref:
Kerana Tidak Istiqamah Maka Akhirnya Terpinggir - Yb Khalid Samad - AGEN PERUBAHAN ®

Tulahan

Saturday, June 2, 2018
Balasan untuk orang yang memutuskan Silaturahim
Allah S.W.T mengutuk dan melaknat bagi orang yang memutuskan silaturrahim serta tidak akan dimasukkan ke dalam syurga, sebagaimana hadis Rasulullah S.A.W maksudnya : 

Dari Al-Zuhri bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : "Tidak akan masuk Syurga bagi yang memutuskan silaturahim". (Hadis Riwayat Al-Imam Muslim) 

Silaturahim adalah kunci terbukanya rahmat dan pertolongan Allah S.W.T. Dengan terhubungnya silaturahim, maka ukhuwah Islamiyah akan terjalin dengan baik di antara sesama muslim. 

Rasulullah S.A.W. bersabda: Rahim (tali persaudaraan) itu digantungkan pada Arsy, ia berkata: "Barang siapa yang menyambungku (berbuat baik kepada kerabat), maka Allah akan menyambungnya dan barang siapa yang memutuskan aku, maka Allah pun akan memutuskannya." (Hadis Shahih Riwayat Muslim) 


Tahukah kalian apakah sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan ataupun keburukan? 

Nabi S.A.W bersabda maksudnya, "Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan adalah pahala orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturrahim, sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah siksaan bagi orang yang berbuat jahat dan yang memutuskan tali persaudaraan" (HR. Ibnu Majah). 

Silaturahim tidak sekadar bersentuhan tangan atau memohon maaf sahaja. Ada sesuatu yang lebih hakiki dari itu semua, yaitu aspek mental dan keluasan hati.apabila kita bersilaturahim jangan pula kita memilih-milih siapakah yang layak kita mengikat silaturrahim. 

Rasulullah S.A.W bersabda, "Yang disebut bersilaturrahim itu bukanlah seseorang yang membalas kunjungan atau pemberian, melainkan bersilaturahim itu ialah menyambungkan apa yang telah putus" (Hadis Riwayat Bukhari). 

Rasulullah S.A.W pernah memberikan nasihat kepada para sahabat, "Hendaklah kalian mengharapkan kemuliaan dari Allah". Para sahabat pun bertanya, "Apakah yang dimaksud itu, ya Rasulullah?" Baginda kemudian bersabda lagi, "Hendaklah kalian suka menghubungkan tali silaturrahim kepada orang yang telah memutuskannya, memberi sesuatu (hadiah) kepada orang yang tidak pernah memberi sesuatu kepada kalian, dan hendaklah kalian bersabar (jangan lekas marah) kepada orang yang menganggap kalian bodoh" (HR. Hakim). 

Dalam hadis lain dikisahkan pula, "Mahukah kalian aku tunjukkan amal yang lebih besar pahalanya daripada solat dan puasa?" tanya Rasulullah S.A.W kepada para sahabat. "Tentu saja," jawab mereka. Baginda kemudian menjelaskan, "Engkau damaikan yang bertengkar, menyambungkan persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah, menjambatani berbagai kelompok dalam Islam, dan mengukuhkan tali persaudaraan di antara mereka adalah amal soleh yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin dipanjangkan umurnya dan diluaskan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali silaturahim." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim). 

Oleh itu jauhilah permusuhan, pertengkaran dan hasad dengki sesama kita kerana semua amalan buruk ini akan menyebabkan terputusnya hubungan silaturrahim yang sangat di benci oleh Allah S.W.T. Mereka yang menyambungkan silaturahim akan di muliakan Allah S.W.T dan sentiasa mendapat rahmat-Nya di dunia dan akhirat. 

Wallahu ‘alam. 


ref:
Tulahan: Balasan untuk orang yang memutuskan Silaturahim

Sunday, 3 June 2018

PAS PERNAH GUNA KHIDMAT TOMMY SEBELUM INI

Ketua Penerangan Pas, Nasruddin Hassan diingatkan bahawa kerajaan pas tahun 1999-2004 agar tidak menjadi pelupa apabila menggunakan khidmat peguam Tommy Thomas yang dipertikaikan oleh Pas. 
"Mungkin dia masih mentah ketika itu atau berada di  bangku sebagai pelajar. Elok jaga Harakah sebelum melingkup lagi" demikian beberapa komen yang diterima Tontowi. 
Menurut Hanipa lagi yang pernah menjadi peguam Pas terdahulu, menjelaskan bahawa cadangan bagi mengangkat Tommy adalah dari bekas hakim dan beliau diberikan khidmat selama 2 tahun bagi menyelesaikan kemelut 1MDB sebagaimana yang di sarankan  oleh kerajaan PH.
Sehubungan itu, ahli parlimen Sepang yang juga seorang peguam, Mohamed Hanipa Maidin mengingatkan Pas agar jangan cepat pelupa.
ref:
Sunday, 3 June 2018

WEE AKUI BN SUKAR KEMBALI BERKUASA, BIARPUN 15 TAHUN LAGI

Wee akui BN sukar kembali berkuasa, biarpun 15 tahun lagi
Posted By: Pentadbiron: June 03, 2018

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, parti itu perlu bersiap sedia memainkan peranan sebagai pembangkang untuk jangka panjang kerana kemungkinan menukar kerajaan dalam 15 tahun ini adalah sangat kecil.

Beliau dalam wawancara bersama akhbar Oriental Daily berkata, berjuta ahlinya menjadi bahan jenaka kerana MCA kini merupakan pembangkang dan berdepan ujian berapa ramai ahli serta pemimpinnya masih sanggup bersamanya.

“Kita tidak boleh patah balik dalam laluan ini. (Untuk kembali berkuasa) 5 tahun terlalu optimistik, 10 tahun juga dikira optimistik, ada kemungkinan untuk 15 tahun dan sama ada kerajaan akan bertukar selepas 20 tahun (4 penggal), bergantung kepada prestasi kerajaan Pakatan Harapan (PH).”

Wee yang kini merupakan satu-satunya ahli Parlimen pembangkang berbangsa Cina berkata, jika kerajaan PH melakukan dengan baik, tidak mungkin kerajaan akan bertukar dalam 30 hingga 40 tahun akan datang.

Beliau tidak tahu sama ada dirinya berpeluang melihat MCA kembali menjadi parti pemerintah, tetapi langkah seterusnya ialah mewujudkan mekanisme latihan bakat untuk melahirkan pemimpin pelapis.

Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, perkara paling penting sekarang ialah menghimpunkan orang berbakat dan berpandangan jauh untuk bersama memainkan peranan sebagai parti pembangkang membina.

“Ahli atas nama tidak penting lagi, sebaliknya kita perlu mencari ahli yang benar-benar mahu menyumbang kepada parti. Ramai pemimpin memilih untuk berundur sekarang, jadi ada banyak kekosongan perlu diisi.”

Wee berkata, sejak 3 minggu lalu, ada sesetengah bakat muda yang mendakwa mereka mengundi PH pada 9 Mei lalu dan kini mahu menyertai MCA memantau kerajaan untuk melakukan lebih baik.

Beliau kini disebut-sebut akan menggantikan Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai presiden MCA selepas bekas menteri pengangkutan itu tidak berhasrat bertanding jawatan nombor satu itu dalam pemilihan parti Oktober ini.

“Ada ramai yang minta saya galas tanggungjawab ini. Ketika ini, saya rasa dari segi moral saya perlu menggalas tanggungjawab ini. Tetapi, saya ada satu permintaan supaya semua orang dalam parti perlu melakukannya bersama.”

Katanya, tiada dendam yang tidak boleh diselesaikan dan tidak wujud lagi konflik kepentingan, jadi beliau sedia bekerjasama dengan semua pihak dalam parti untuk membina semula MCA menjelang pemilihan 4 Oktober nanti.

Wee berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Ayer Hitam pada 9 Mei lalu, selepas menewaskan calon DAP, Liew Chin Tong dan calon PAS, Mardi Marwan dengan majoriti tipis 303 undi.

ref:
SUNDAY, JUNE 03, 2018
LANGIT TAK SELALU CERAH
Oleh Tamrin Tun Ghafar

1.  Siapa sangka seorang insan yang usianya hampir 93 tahun yang pernah dicaci, dikutuk dan dimaki hamun dengan kata - kata kesat seperti "orang tua nyanyuk ", "tak sedar diri”, "bodoh", "stupid" dan berbagai bagai cemuhan lagi  mampu menumbangkan Najib yang hampir 30 tahun lebih muda dari beliau.

2.  Siapa sangka bahtera lanun Bugis yang konongnya kuat dan hebat akhirnya tenggelam juga dek kerana ketamakan dan kerakusan sendiri, justeru ia dengan sendirinya memalukan masyarakat Bugis itu sendiri.

3.  Siapa sangka rakyat kali ini telah tidak sanggup membenarkan diri mereka terus ditipu, diperbodoh, diugut dan dizalimi oleh mereka ysng telah diberi kepercayaan sejak sekian lama.

4.  Siapa sangka, akhirnya pada hari Rabu 9hb Mei 2018 , hanya 2 hari sebelum UMNO menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 72 tahun berserta parti - parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) berjaya ditumbangkan.

5.  Siapa sangka Najib, Perdana Menteri ke 6 yang merupakan anak Tun Razak, Perdana Menteri ke 2 sanggup melakukan pembohongan, penipuan dan rompakan demi rompakan dengan sewenang-wenangnya tanpa punyai perasaan malu dan takut.

6.  Siapa sangka buat pertama kali dalam sejarah Negara ini sejak Merdeka, seorang bekas Perdana Menteri dan Presiden UMNO, parti yang tertua dan  terbesar akhirnya akan didakwa di mahkamah atas tuduhan mencuri, merompak, menyalahguna kuasa dan lain-lain pertuduhan lagi.

7.  Siapa sangka UMNO semasa Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dan Tun Abdul Razak yang pernah menentang Komunis dengan bantuan Askar Melayu dan " Home Guard" tiba-tiba dibawah pimpinan Najib bukan sahaja menjalin persahabatan dengan mereka bahkan sanggup menggadaikan tanah-tanah strategik seperti Lapangan Terbang Tentera Udara Sungai Besi dan memberi projek - projek raksaksa kepada Komunis China.

8.  Siapa sangaka lagu ciptaan Allahyarham P Ramlee di suatu ketika dahulu "Ku Sangka Panas Hingga Ke Petang , Rupanya Hujan Di Tengah Hari"  menjadi kenyataan pada hari ini - ALFATIHAH.

9.  Siapa sangka pandangan Dr. Mahathir kira-kira 30 tahun dahulu bahawa pada 2020 atau awal lagi, akibat sikap pemimpin-pemimpin UMNO berlumba-lumba  merebut jawatan dan politik wang ketika itu, orang Melayu akan menolak UMNO itu sendiri, telah pun terbukti kebenarannya (sila lihat video).

10.  Siapa sangka Tun Dr. Mahathir Mohamad yang pernah menjadi PM ke 4 selama 22 tahun mulai 1981, akhirnya diberi kepercayaan oleh majoriti rakyat jelata sekali lagi memimpin negara ini sebagai Perdana Menteri ke 7.

11.  Kepada Pakatan Harapan (PH) jadikanlah apa yang berlaku kepada UMNO dan BN ini sebagai IKTIBAR.

12.  Jika pokok yang besar dan kuat mampu ditumbangkan, apatah lagi dahan yang masih rapuh.

13.  Semoga dahan itu bukan saja tidak dicantas malah perlu diperkuatkan lagi  bagi menghadapi angin kencang dan ribut yang mungkin berlaku.

14.  Sejak PRU ke 12 dalam tahun 2008 dan PRU ke 13 dalam tahun 2013 , pembangkang ketika itu yang terdiri dari PKR , DAP dan PAS t…

[11:33 PM, 6/2/2018] 
PENGERAN: Drp FB posting Prof Mustafa Kamal Satar

Setakat ini  DAP senyap je & tumpu pada bantu Tun urus negara.
================

Tak dengar pun DAP tuntut yang pelik2 dari kerajaan untuk kaum Cina atau minta dihapuskan hak2 istimewa Melayu/Bumiputera atau kedudukan Islam dan bahasa Melayu atau institutsi raja Melayu. .

Tak dengar pun DAP tuntut nak jawatan Perdana Menteri seperti dipropagandakan oleh Umno sebelum PRU14. DAP juga tak minta jawatan TPM. Lim Kit Siang langsung tak jadi Menteri, dan DAP pun tak kisah nak promosikan LKS sebagai Menteri..

Yang kita nampak ialah Menteri2 Pusat dari DAP sibuk dengan tugas2 kementerian mereka untuk jadikan Malaysia lebih progresif.

Ahli2 biasa DAP etnik Cina pula tak ada yang hantar memo kepada Tun minta dibuka UiTM untuk kaum Cina-NonMelayu, atau minta JAKIM ditutup.. Yang tuntut pasal UITM  itu ialah Hindraf 2.0. Yang minta JAKIM ditutup ialah seorang wanita MELAYU bernama Bedah Kassim, dia bukan anggota DAP pun.

Juga tak dengar DAP bising nak pantau sakan kerajaan PH pimpinan Tun Dr Mahathir. Yang dok bising nak pantau kerajaan PH pimpinan Tun ialah Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli dari PKR.

Juga tak dengar DAP melawan raja2 Melayu. Yang dok melawan raja pula  ialah anak Kassim dari BN di Perlis, bukan DAP. Anak Kassim ni MELAYU kan? Dah tu Melayu UMNO pulak! Kikikiki!

Punyalah bagus dan pragmatik senyap DAP hinggakan Presiden PAS, HADI AWANG sendiri ikrar bahawa DAP dah berubah dan matang selepas PRU14 dam PAS sedia kawan dengan DAP. .

Yang tak matang dalam PH siapa? PPBM? Amanah? PKR?

PAS sendiri dah matang ke? Hadi Awang sendiri dah matang ke? Yang kita tau di Kelanatn orang2 PAS larang Tun Dr  Mahathir ziarah kubur TGNA, larang Nik Omar (anak lelaki sulung TGNA) imamkan solat di sebuah masjid di Kelantan hanya kerana Nik Omar keluar PAS dan masuk PH dan larang Husam Musa dan Wan Rahim (pemimpin2 Amanah) memasuki pejabat2 kerajaan PAS Kelantan. PAS matang ke dengan larangan ala2 negeri polis ini stail Malaysia Lama bawah BN dulu?

So, I rest my case. There is no issue with DAP or DAP Chinese

ref: 
Mat Sabu 'diburu' di Singapura
MALAYSIA DATELINE 
Mohamad bertemu dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Long.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu tidak menjangka masyarakat umum di Singapura turut mengikuti perkembangan politik di Malaysia.

Bernama difahamkan bahawa ketika kunjungan Mohamad – atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu – ke Masjid Sultan untuk menunaikan solat Jumaat, beliau dikerumuni jemaah yang terdiri daripada rakyat tempatan dan asing untuk merakam gambar bersamanya.

“Saya tidak menjangkakan sambutan sebegini. Saya tidak sangka mereka mengikuti perkembangan politik tanah air kita,” kata Presiden Parti Amanah Negara – satu daripada empat parti komponen Pakatan Harapan – ketika ditanya tentang sambutan luar jangkaan itu, lapor Bernama.

Mohamad tiba di Singapura sejak Jumaat lalu bagi menghadiri Dialog Shangri La (SLD) edisi ke-17 yang sedang berlangsung di republik berkenaan.

Beliau merupakan menteri Kabinet Malaysia yang baru selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 awal bulan lepas.

Pekerja hotel pun minat
Pelbagai gambar Mohamad ketika di Singapura dimasukkan dalam laman facebook beliau.

Rata-rata gambar Mohamad bersama masyarakat di Singapura dapat dilihat dikongsi di media sosial.

“Salam Jumaat. Haji Mohamad bin Sabu, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, Menteri Pertahanan Malaysia di Masjid Sultan Singapura tadi. Seorang lelaki yang sederhana,” menurut sebuah laman Facebook yang turut memaparkan gambar pemimpin itu.

“Seorang pemimpin berjiwa rakyat. Alhamdulillah,” tambahnya.

Sambutan terhadap beliau di Masjid Sultan tersebut turut dilaporkan akhbar Berita Harian Singapura.

Sambutan sama turut dirasai beliau di Shangri La Hotel di mana dialog tiga hari itu berlangsung.

Difahamkan Mohamad akan dihampiri oleh peserta, malah pekerja hotel untuk merakamkan gambar bersamanya.

“Selepas makan malam pada Jumaat, kami pulang ke bilik agak lewat kerana melayani permintaan bergambar ‘peminatnya’ yang menahan beliau di lobi hotel,” menurut seorang daripada pegawai pengiring beliau.

Bernama turut menerima tempias apabila rakan media asing di sini turut bertanya sama ada penulis berpeluang untuk menemu ramah Menteri Pertahanan itu.

“Kamu dapat slot temu ramah beliau? Pukul berapa? Boleh kami ikut sama? Jangan risau kami tidak ganggu temu ramah kamu.. kami hanya mahu bergambar,” itu adalah antara permintaan rakan media di sini.

Mohamad akan berlepas pulang hari ini selepas pertemuan bersama Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, James Mattis.

ref:
KERENGGA: Mat Sabu 'diburu' di Singapura
Minta tolong PAS namakan Peguam Negara
Hello Pakatan Harapan. Apa cerita ni?

Kalau tak pandai nak mencari nama Peguam Negara, elok rasanya serahkan kepada PAS untuk memberi cadangan. Mungkin PAS ada nama yang lebih baik dan lebih bersih.

"Saya sokong lantikan AG tanpa mengira siapa mereka asalkan yang berintegriti tinggi, yang meletakkan tanda aras adil dan integritinya adalah iman kepada
Allah dan balasan hari akhirat. Titik," kata Anggota Parlimen Pengkalan Chepa (PAS), Ahmad Marzuk Shaary.

Manakala; Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan berkata, pemilihan Peguam Negara dalam kalangan orang Islam juga penting melihat kepada tugas utamanya sebagai penasihat undang-undang utama kepada kerajaan. 

“Maka Peguam Negara yang dicadang oleh kerajaan untuk dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong mestilah mampu untuk memelihara agama Islam bagi pihak Seri Paduka.
“Agak janggal sekiranya jawatan itu dilantik daripada kalangan bukan Islam atau mana-mana individu yang tidak mampu untuk menggalas tugas tersebut dengan
berkesan,” 

KUALA LUMPUR - Teka-teki siapakah yang layak memegang jawatan Peguam Negara masih belum terjawab dan terus menimbulkan persoalan banyak pihak.

Reaksi pihak istana dan keputusan Raja-Raja Melayu dilihat seperti ada ‘ketegangan’ dalam menentukan individu yang sesuai menjawat jawatan tersebut.

Jawatan yang dianggap ‘panas’ dalam kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan   

Memetik laporan portal The Malaysian Insight, surat Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menulis kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memohon perkenan agar Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dipecat dan digantikan dengan peguam kanan yang juga pakar perlembagaan, Tommy Thomas masih belum mendapat maklum balas dari pihak istana.

Menurut laporanan itu, ia sekali gus menimbulkan persoalan adanya ketegangan yang berlaku antara kerajaan dan pihak istana.

"Empat parti gabungan dalam Pakatan Harapan merasakan pelantikan tokoh yang dihormati dalam bidang perundangan itu akan menghantar isyarat jelas kepada rakyat Malaysia dan dunia bahawa kerajaan baharu ini serius hendak membetulkan institusi negara yang telah tercalar.

"Pelantikan itu juga diharap akan menjamin adanya seorang peguam yang cekap dalam perbicaraan yang boleh mengendalikan kes tumpuan termasuk pendakwaan ke atas mereka yang terlibat dalam skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

"Namun surat perdana menteri kepada pihak istana itu tidak ada tindakan selanjutnya, membawa kepada ketegangan antara kerajaan dan istana," lapor portal itu.

Malah, pihak istana meminta kerajaan menggugurkan nama Thomas yang juga bekas Presiden Majlis Peguam dan beberapa nama lain dikemukakan kepada Dr Mahathir termasuk seorang bekas hakim mahkamah tinggi dan seorang hakim mahkamah rayuan.

"Difahamkan Raja-Raja Melayu yang lain juga menyokong pendirian Yang Di-Pertuan Agong. Mereka dikatakan bertegas seorang peguam negara hendaklah seorang Melayu dan beragama Islam," katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, A Kadir Jasin juga menulis di blognya menyatakan Perlembagaan Persekutuan jelas menggariskan batas kuasa raja berperlembagaan.

Menurutnya, jawatan utama itu mesti disandang orang Melayu.

“Ya, memanglah kalau boleh orang Melayu mahu Melayu menyandang semua jawatan penting, tetapi apa gunanya kalau Melayu yang berjawatan tinggi itu zalim, perasuah dan bersubahat dengan penyangak dan pencuri,” katanya.

Pada 12 Mei lalu, Dr Mahathir berkata, buat masa ini Malaysia tiada peguam negara yang layak untuk berkhidmat bagi kerajaan Harapan.

Beliau mendakwa, peguam negara terdahulu terlibat menyembunyikan bukti salah laku dalam skandal 1MDB.

Mohamed Apandi mula dilantik sebagai Peguam Negara berkuat kuasa 27 Julai 2015 bagi menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail yang menamatkan perkhidmatan atas sebab kesihatan.

Beliau merupakan bekas hakim Mahkamah Persekutuan dan pernah berkhidmat sebagai timbalan pendakwa raya (DPP) di Terengganu dan Kelantan pada tahun 1977 hingga 1990.

ref: 
10 sebab kenapa Tommy Thomas tidak sesuai dilantik sebagai Peguam Negara

Kesimpulannya, jawatan Peguam Negara perlu dicalonkan daripada kalangan hakim- hakim dan peguam-peguam kanan yang cakna dan peduli kepada agama Islam dan Raja-Raja, bukan hanya kepada prinsip undang-undang dan demokrasi yang selalunya sangat tertakluk kepada political will pemerintah.

Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah bercanggah dengan Perkara 145(2) Perlembagaan Persekutuan yang menyebut “Menjadi kewajipan Peguam Negara menasihati Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang”.

Ini kerana seorang yang bukan Islam sudah tentulah tidak akan dapat membantu Yang di-Pertuan Agong “memeliharakan pada setiap masa Agama Islam” seperti yang termaktub di dalam Sumpah Jawatan bagi Yang di- Pertuan Agong selaras dengan Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi “Islam ialah agama bagi Persekutuan”, khususnya di dalam apa-apa perkara undang-undang yang menyentuh prinsip-prinsip Islam.

Malah pendirian tegar Tommy Thomas dan peguam-peguam Islam yang sealiran dengannya kononnya Malaysia adalah negara sekular jelas bercanggah dengan Sumpah Negara di bawah Perkara 37(1) itu. Justeru mereka yang berpemikiran sedemikian TIDAK LAYAK sama sekali untuk dicadangkan sebagai Peguam Negara.

Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara boleh mendatangkan kerumitan kepada penggubalan dan perlaksanaan dasar-dasar kerajaan yang menyentuh isu-isu membabitkan Islam. Ini kerana di dalam buku-buku beliau bertajuk “Anything But The Law” dan “Abuse Of Power” terbitan tahun 2016, Tommy tegar berhujah mengenai betapa Malaysia bukan sebuah negara Islam.

Maka pendirian sebegini jelas bertentangan dengan pelbagai peruntukan Perlembagaan seperti Perkara 3(1), Perkara 11(4), Perkara 12(2) Perkara 37(1) komitmen SPB YDP Agong sebagai The Supreme Head of Federation untuk mendaulatkan Islam pada setiap masa, Butiran 1 kepada Perkara 74, Perkara 121(1A) dan semua dasar yang menyentuh kepentingan Islam.

Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara boleh mendatangkan kerumitan kepada penggubalan dan pelaksanaan dasar-dasar kerajaan yang menyentuh isu-isu membabitkan Islam.

Ini adalah kerana di dalam buku-buku beliau bertajuk “Anything But The Law” dan “Abuse Of Power” pada 2016, Tommy menyebut betapa keputusan-keputusan Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang akur kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah bila timbul pertikaian membabitkan konflik antara undang-undang sivil dan undang-undang Syariah, adalah merupakan satu keputusan yang salah; betapa keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes penggunaan Nama “Allah” oleh Gereja Katolik adalah keputusan yang salah serta betapa rayuan dalam isu pertikaian antara Islam dan Kristian perlu diputuskan oleh hakim-hakim yang beragama Hindu, Buddha, ateis atau agnostic.

Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara boleh menjejaskan dasar kerajaan dan boleh mendatangkan keresahan kepada rakyat Malaysia kerana pandangan beliau yang bercanggah dengan pendirian kerajaan terhadap Dasar Ekonomi Baru dan Rukunegara. Ini kerana di dalam buku beliau bertajuk “Anything But The Law” pada 2016 Tommy menyifatkan Dasar Ekonomi Baru dan Rukunegara sebagai tidak mempunyai asas perlembagaan dan perundangan.
Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara boleh mendatangkan keresahan kepada rakyat Malaysia kerana pandangan beliau yang kontroversi terhadap pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang diharamkan.

Ini kerana di dalam buku beliau bertajuk “Anything But The Law” pada 2016 Tommy menceritakan mengenai kedudukan beliau sebagai peguam Chin Peng dan PKM selain mendesak Kerajaan Malaysia membenarkan mayat Chin Peng ditanam di Sitiawan, Perak, serta mengisytiharkan Chin Peng sebagai “one of the great liberation fighters of the second half of the twentieth century” dan “a major contributor to Merdeka” sedangkan ini bercanggah dengan pandangan majoriti rakyat Malaysia terhadap Chin Peng yang menyifatkan Chin Peng sebagai musuh negara.

Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah bercanggah dengan Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan yang berbunyi “Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat Perdana Menteri, melantik seorang yang layak menjadi hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara bagi Persekutuan”.

Ini adalah kerana, telah menjadi pengetahuan umum bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak memperkenankan hasrat Pakatan Harapan untuk melantik Tommy sebagai Peguam Negara dan mengikut Perlembagaan Persekutuan, pelantikan Peguam Negara hendaklah dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.

Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah bercanggah dengan Janji 11 di dalam “Manifesto Pakatan Harapan” yang berbunyi “Kerajaan Pakatan Harapan akan sentiasa meletakkan pandangan dan teguran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu di tempat tertinggi, iaitu sesuai dengan kedudukan Raja Berperlembagaan dalam negara kita” yang menghendaki kerajaan Pakatan Harapan akur dengan keputusan Raja-Raja Melayu.

Ini juga adalah kerana, telah menjadi pengetahuan umum bahawa Raja-Raja Melayu tidak memperkenankan hasrat Pakatan Harapan untuk melantik Tommy sebagai Peguam Negara.

Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah bercanggah dengan prinsip keadilan sejagat kerana ia membabitkan kepentingan YB Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan.

Ini kerana Lim Guan Eng sedang menghadapi dua pertuduhan rasuah di mahkamah yang kuasa untuk meneruskan atau menghentikannya berada di dalam tangan Peguam Negara di mana kedudukan Tommy sebagai peguam Lim Guan Eng dan sebagai peguam Kerajaan Negeri Pulau Pinang sewaktu Lim Guan Eng menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sebelum ini memungkinkan Tommy memihak kepada Lim Guan Eng.

Tommy Thomas akan menghadapi masalah untuk bekerja dengan YAB Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, kerana beliau adalah pengkritik tegar Tun Dr Mahathir sebelum ini. Di dalam buku beliau bertajuk “Abuse Of Power” pada 2016 Tommy menyifatkan Tun Dr Mahathir sebagai “a very authoritarian leader who did not brook dissent”.

Di dalam The International Bar Association (IBA)’s 3rd Asia Pacific Regional Forum Conference di Kuala Lumpur pada 25–27 November 2012 Tommy berkata: “The darkest days were in the authoritarian leadership of our 4th Prime Minister, Dr Mahathir, who ruled for 22 years from 1981 to 2003.”

Keputusan Pakatan Harapan untuk mencadangkan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah bercanggah dengan Janji 15 di dalam Manifesto Pakatan Harapan yang berbunyi “Peguam Negara akan dilantik dari kalangan Ahli Parlimen yang berkelayakan, dan beliau akan menjadi seorang Menteri yang boleh meneruskan peranan sebagai penasihat undang-undang bagi kerajaan”.

Ini adalah kerana Manifesto Pakatan Harapan berjanji untuk melantik Peguam Negara dari kalangan Ahli Parlimen sedangkan Tommy Thomas bukan seorang Ahli Parlimen.
Kesimpulannya, jawatan Peguam Negara perlu dicalonkan daripada kalangan hakim- hakim dan peguam-peguam kanan yang cakna dan peduli kepada agama Islam dan Raja-Raja, bukan hanya kepada prinsip undang-undang dan demokrasi yang selalunya sangat tertakluk kepada political will pemerintah.

Dato’ Prof Hj Mahamad Naser Disa berpengalaman lebih 25 tahun sebagai Peguam Kanan Persekutuan
Institut Kajian Strategik Islam Malaysia

https://www.ismaweb.net/2018/06/03/10-sebab-kenapa-tommy-thomas-tidak-sesuai-dilantik-sebagai-peguam-negara/

ref: 
Sunday, June 3, 2018
INI KOMEN PALING WIN MENGENAI ISU LANTIKAN PEGUAM NEGARA YANG BAHARU...
ref: 
Na'im Nikmat @blog: INI KOMEN PALING WIN MENGENAI ISU LANTIKAN PEGUAM NEGARA YANG BAHARU...
Dr Mahathir dan Anwar berkrisis? Kisah seram paling menyeramkan. 
Zainal Rashid Ahmad

MENJELANG sebulan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 9 Mei lalu, negara mula bergoncang.

Alahai! Macam tersampuk hantulah pula jadinya. Selepas PRU14, banyak berita menggerunkan. Kita dengar macam-macam. Cuma, kisah krisis kepimpinan Pakatan Harapan (PH) terasa menakutkan.

Seramnya macam terserempak jembalang.

Sambil berkias-kias cerita seram ini, elok juga kita berterus-terang. Lagi pun kisah seram ini bukan rahsia pun. Ia diperbualkan secara meluas di mana-mana. Lagi pun, ia semacam berasas dan wujud titik benar.

Zainuddin Maidin (Zam) mendakwa pergerakan penasihat PKR, Anwar Ibrahim sejak kebelakangan ini amat mencurigakan sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi.

Apabila bekas ketua pengarang Utusan Melayu itu berciap di Twitter, titik keresahan umpama mentol yang menyala secara rasmi. Zam rakan akrab Dr Mahathir Mohamad.

Walaupun sudah bersara sebagai wartawan dan menteri, serta tidak partisan, Zam antara pengkritik tegar Najib Razak.

Zam agresif melalui blognya menyelar kepimpinan Najib sejak 2014 hingga jatuhnya Barisan Nasional (BN).

Malah, Zam bersama Daim Zainuddin turun berkempen di Kedah pada PRU 14 lalu.

Justeru, apabila Zam menciapkan isu yang menakutkan pada 31 Mei lalu, menimbulkan ketakutan awam. Rakyat sudah mula terasa seperti ternampak hantu.

Kita tahu ciapan itu bukan gosip politik. Zam wartawan dan bekas menteri. Apabila dia menembak sesuatu, tentulah jampinya bersebab.

Zainuddin Maidin, wartawan dan bekas menteri, yang baru-baru ini mempersoalkan langkah politik Anwar Ibrahim bertemu Raja-Raja Melayu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Jun, 2018. 

Zainuddin Maidin, wartawan dan bekas menteri, yang baru-baru ini mempersoalkan langkah politik Anwar Ibrahim bertemu Raja-Raja Melayu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Jun, 2018.

Apa ciapan Zam?

Zam menyifatkan Anwar tidak sabar menggantikan Dr Mahathir sebagai perdana menteri.

“Ketika negara memerlukan konsolidasi dan kestabilan, pergerakan Anwar Ibrahim terutama dalam mengadap Raja-Raja menarik perhatian dan menimbulkan berbagai-bagai spekulasi.

“Beliau kelihatan seperti cacing kepanasan, seperti tidak sabar tunggu dua tahun lagi,” ciap Zam.

Selepas Zam, A Kadir Jasin, bekas wartawan sohor New Straits Times membangkitkan tentang Anwar. Isu yang masyarakat menerimanya sebagai mesej yang serius. Bahawa, adanya jurang persefahaman antara Dr Mahathir dan Anwar.

"Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ditajukberitakan sebagai berkata beliau bimbang dengan perbezaan pendapat dalam PH.

"Saya katakan begini kepada sahabat lama saya itu: Jangan sekadar bimbang saja. Sebagai orang tua kita lakukanlah yang terbaik bagi mengukuhkan perpaduan dalam pakatan kita," tulisnya.

Malah, nada Kadir menegur lebih sinis: "Sesiapa pun, si papa atau raja akan mengundang tindak balas yang setimpal sekiranya mereka cuba menidakkan pilihan rakyat jelata dan undang-undang negara."

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bersama Anwar Ibrahim semasa sidang media di ibu pejabat Bersatu, Petaling Jaya pada 1 Jun. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Jun, 2018.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bersama Anwar Ibrahim semasa sidang media di ibu pejabat Bersatu, Petaling Jaya pada 1 Jun. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Jun, 2018.

Sebagai rakyat, kita trauma. Segera kita teringat pada sejarah 1998. Tahun bermulanya krisis antara Dr Mahathir dan Anwar.

Ramai yang hilang kerja. Malah, kalau tidak ratusan ribu, puluhan ribu kehilangan kerja. Krisis Dr Mahathir dan Anwar menjadi puncak krisis politik pada detik kejatuhan mata wang Asia itu. Negara turut bergegar dengan reformasi jalanan.

Bursa saham jatuh merudum daripada paras 1200 mata ke tahap 200 mata. Mata wang ringgit Malaysia jatuh mendadak daripada RM2.50 per AS$1 kepada lebih RM4.50 per AS$1. Ia kenangan yang penuh seksa pada ketika itu.

Krisis Dr Mahathir dan Anwar adalah trauma bagi semua rakyat Malaysia yang melalui era usia muda pada 1998. Malah, ia membawa kepada lahirnya parti reformasi, Keadilan.

Berbalik pada isu masa kini. Pembaca juga tentu sudah mendengar banyak kisah yang boleh dikaitkan dengan ciapan Zam. Kita tidak mahu menokok-tambah cerita. Hanya mengeruhkan keadaan.

Kita tak patut menjadi pawang atau ahli nujum. Soal pergeseran ini, kita doakan dijauhi Allah. Kita tidak mahu ketidakstabilan politik menjadikan rakyat kepenatan dan letih dalam melihat gelagat atmosfera politik negara.

Kita juga tidak mahu menjadi tukang tilik. Meramalkan yang bukan-bukan mengenai perhubungan Dr Mahathir dan Anwar bukan keperluan pada detik kita melaungkan pembaharuan Malaysia.

Menilik ini dosa besar. Nabi dah pesan: Menilik walaupun benar adalah dusta yang besar.

Cuma dalam kes kebimbangan awam mengenai isyarat wujudnya krisis Dr Mahathir dan Anwar, ia hakikat yang menakutkan. Lebih seram daripada terserempak hantu. Kerajaan PH baru dibina. Masih banyak cabaran selepas rakyat memberikan mandat pada 9 Mei lalu.

Dalam mandat itu sah, betapa rakyat percaya dengan janji-janji PH. Bukan saja janji ekonomi dan pembersihan kleptokrasi, tapi rakyat mengundi PH kerana ada jaminan Dr Mahathir dan Anwar bersatu demi rakyat. Rakyat percaya, masa lalu dan sejarah panjang sejak 20 tahun lalu, sudah dilupakan.

Sebagai wartawan, kita dapat merasakan yang kita seperti ternampak hantu. Rakyat jadi sangat tidak tenteram.

Isyarat

Apa akan jadi pada rakyat dan negara kalau krisis ini tidak dikawal? Jangan tolak ciapan Zam sebagai murahan. Jangan abaikan sindiran Kadir. Kita kenal Zam. Walaupun bukan best friend.Kita tahu apabila Zam menciapkan isu itu, dia punya asas untuk menghantar isyarat secara terbuka.

Hentikan politik thriller. Jangan letak rakyat dalam suasana tersihir keseraman. Kita baru lepas PRU. Kita kena hormati prinsip demokrasi. Kena berpegang pada amanat rakyat. Rakyat dah buat keputusan melalui peti undi. PH menang 122 kerusi dan berhak memerintah. Malah, dah perintah pun.

Jangan bawa filem seram. Jangan gigilkan rakyat. Negara bangsa harus terus ke depan. Dr Mahathir dan Anwar sudah ada perjanjian. Kita pun tak tahu apa jenis perjanjiannya. Tapi kita maklum perjanjian itu demi kebaikan rakyat. Maka, peganglah janji itu. Sebab persefahaman anda berdua, antara janji yang menyebabkan rakyat memilih PH.

Muslihat politik boleh dibaca. Rakyat zaman sekarang tidak melihat politik seperti era patung di balik kelir wayang kulit. Hanya nampak bayang-bayang. Era sekarang, semuanya serba digital dan berdefinisi tinggi. Jadi, hantu yang kabur pun, rakyat boleh nampak dengan jelas.

Kepada semua pihak, dengarlah suara rakyat. Sekarang rakyat mahu maju ke hadapan. Di atas sejadah pun, rakyat berdoa soal masa depan negara. Itu tanda betapa rakyat kasih akan tanah air ini.

Jadi, hentikan segera semua filem seram ini. Kesan ketakutan ini akan menjejaskan fokus rakyat. Mengugah emosi rakyat. Malah, rasa seram juga akan mengganggu pelabur, menggangu ekonomi dan mengganggu komitmen positif agensi penarafan.

Ingat! Seluruh dunia mudah merasa seram. Sebab kita memang kerap mencipta filem seram yang menakutkan.

Nauzubillah. Jauhilah Malaysia daripada kerosakan akibat kesan perpecahan yang tidak berpenghujung!

ref: 



w

Tiada ulasan: