Selasa, 19 Jun 2018

Tanya harga beca. 7788.

Dipertengahan jalan tukang beca tanya - mana jalan tikus. Xkan ditunjuk sebab setuju bayar Rupiah 10k. So tukang beca disaran carilah sendiri jalan tikus tuu. 

Nyang-nyangan Rego Becak
Ceritane mbah putri bar blonjo neng pasar Beringharjo, mulihe pengin numpak becak. Nyang-nyangan karo tukang becake.
Simbah: "Pak, 5.000,- purun nggih ?".
Tukang becak: "Oh dereng saget, 10.000 mawon mbah.."
Simbah : "Emoh ah, 5.000 wae to...!!! Mengko tak duduhi dalane, ben cepet tekan omahku yoo..."
Tukang becak: "Mboten saget mbah... Nek 10.000 nggih kulo purun.."
Mangkel mergo tukang becake ra gelem ngedukke rego, akhire simbah putri ngalah, karo munggah lungguh becak.
Simbah ngedumel: "Nggih pun, tak bayar 10.000.!!"
Pas neng dalan...
Tukang becak: "Mandap pundhi, mbah?"
Simbah: (Meneng wae...)
Tukang becak: "Lha niki mandap pundi, mbah...???"
Simbah: "Kan wes tak omongi dek mau... Nek 5.000 mengko tak duduhi dalane... Ning nek 10.000 yo ora tak kandani omahku ngendi, GOLEKONO DEWE...!!!"
Waspada gejala T3 (tanda-tanda Tuwo)
1. Rambut wis ora ireng
2. Sirah gampang puyeng.
3. Kuping ora mireng
4. Mata rada blereng
5. Dhahar ora nyamleng
6. Sikil krasa kemeng
7. Nek ngomong ora mudheng
8. Nek cekelan ora kenceng.
9. Nek sare gereng-gereng
Tapiiii... Nek dolanan Internet isih gayeng...
*MBOTEN NGERTOS*
Ada seorang pria Manado baru tiba di Yogya yg nginep di hotel bersebelahan dengan gereja.
Pagi2 orang menado itu keluar hotel lewat gereja, dia lihat ada orang menikah... Pengantinnya gagah dan cantik, tamunya banyak.
Orang menado bertanya ke tukang becak, "siapa yg menikah..?"
Tukang becak menjawab pake bahasa Jawa:
"Boten Ngertos..."
Besok paginya orang menado keluar hotel kembali mau jalan2, di depan gereja itu ada mobil jenazah dan banyak orang lagi....
Orang menado itu tanya ke tukang becak yg ada disitu, "siapa yg meninggal?".....
Lagi2 dijawab dlm bahasa Jawa:
"Boten Ngertos..."
Si orang menado geleng2 kepala, sambil ngomong : "Kasian, si BOTEN NGERTOS itu". Baru nikah sehari udah meninggal........
*"Pasti dia malam pertama kecapean..."*
😂😂😂😜😜😳
Sahabatku, aminkan doa ini agar kita senantiasa bersyukur yang mengantarkan kita pd rahmat Allah.
"Rabbi auzi’ni an asykura ni’matakal-lati an;amta ‘alayya wa ‘ala walidayya wa an-a’mala shalihan tardhahu wa adkhilni bi rahmatika fi ‘ibadikash-shalihin.
“Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmatMu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal shaleh yang Engkau ridhai & masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang shaleh."
Aamiin
Mary Victoria Dass
maryvictoria@nstp.com.my

BAPA kepada kanak-kanak yang maut terkena mercun, Muhammad Saad Yusuf, 43, tidak menyangka cuti Aidilfitri di kampung isterinya di Felda Papan Timur, Kota Tinggi, sejak 9 Jun lalu, bertukar tragedi.

Anak ketiga Muhammad Saad, Nuraqira Khaeefa Muhammad Saad, tujuh tahun, atau mesra dipanggil Aqira, dipercayai maut selepas beberapa serpihan bekas mercun yang meletup, terlekat pada kepalanya.

Muhammad Saad berkata, kejadian berlaku kira-kira 8 malam, 14 Jun lalu.

Katanya, ketika itu Aqira bersama tiga sepupunya berada di halaman rumah untuk mengutip sampah sebagai persiapan menyambut raya.

"Ketika kejadian, kami terdengar bunyi letupan kuat umpama meriam. Bunyi kuat berkenaan juga mengakibatkan gegaran tingkap dan pintu rumah.

"Ahli keluarga yang meninjau di luar rumah terkejut mendapati Aqira dalam keadaan rebah dan darah mengalir daripada kepalanya.

"Saya difahamkan ia berpunca daripada serpihan bekas mercun yang terpelanting dari rumah penduduk lain ke halaman rumah kami hingga ia terkena pada bahagian kiri kepala Aqira," katanya.

Muhammad Saad berkata, Aqira dikejarkan ke Hospital Kota Tinggi (HKT) sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) pada hari sama.

Menurutnya, Aqira yang dalam keadaan koma bertambah kritikal termasuk degupan jantung semakin lemah mulai kelmarin sebelum menghembus nafas terakhir pada 7 malam, semalam.

"Terdapat beberapa petanda kejadian berlaku misalnya Aqira menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp meminta saya membelikan mercun selain turut melakar gambar kepalanya.

"Kami sudah membeli beberapa baju raya dan kasut raya bagi Aqira dan tidak sangka dia tidak berpeluang menggunakannya.

"Jenazah Aqira yang tiba ke rumah di kampung isteri malam tadi selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Felda Papan Timur pada 9 pagi tadi," katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Johor Bahru Sentral, semalam.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Azhar Salamat, 47, berkata, kejadian berkenaan sepatutnya dijadikan pengajaran bagi semua golongan.

Menurutnya, keluarganya juga berharap orang ramai tidak melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap keluarganya.

"Adik ipar saya (bapa mangsa) hanya berserah kepada Allah SWT atas kecuaian insan yang meragut nyawa anaknya dan tidak bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak.

"Apa yang pasti kami akan merindui Aqira selama-lamanya kerana arwah adalah seorang yang periang dan rapat dengan ahli keluarga termasuk sepupunya.
"Beberapa jam sebelum kejadian arwah amat gembira kerana mampu berpuasa penuh dan menyatakan dia tidak sabar mahu meraikan Aidilfitri termasuk memakai baju raya. Semoga arwah tenang," katanya.

Berita berkaitan:• 




TIGA beranak maut dan empat cedera dalam kemalangan jalan raya membabitkan kereta Proton Saga dan Proton Wira di Kilometer 55 Jalan Gua Musang - Kuala Krai, dekat Gua Musang, semalam.
Mangsa yang maut di tempat kejadian, penumpang kereta Proton Saga, Ibrahim Mat Rifin, 61, isterinya, Mahani Mohd Nasir, 58.
Manakala seorang lagi mangsa yang juga anak suami isteri itu, Rosinasi Ibrahim, 35, disahkan meninggal dunia di Hospital Gua Musang (HGM) selepas 12 jam menerima rawatan.



Sementara itu, empat lagi yang cedera termasuk pemandu Proton Saga, Nur Farain, 26; pemandu kereta Proton Wira, Mohamad Faris Junuh, 22; dan dua penumpangnya; Muhamad Nurazman Nordin, 19; dan Mohamad Izaman Mohd Zulkifli, 21, dibawa ke HGM untuk menerima rawatan.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufik Maidin berkata, dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, kereta Proton Saga dalam perjalanan dari arah Kuala Krai ke Gua Musang.
Beliau berkata, sabaik tiba di lokasi, kereta dinaiki sekeluarga itu cuba memotong kenderaan lain lalu bertembung dengan Proton Wira itu dari arah bertentangan.
Katanya, kedua-dua kereta itu remuk teruk menyebabkan suami isteri yang parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Seorang anak mereka, Rosinani turut parah di kepala dan badan meninggal dunia 5.15 pagi ini di HGM selepas 12 jam kejadian," katanya.
Mohd Taufik menyifatkan kemalangan itu paling teruk musim perayaan Aidilfitri kali ini dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu itu sendiri yang juga anak mangsa.
Beliau berkata, tiga mangsa yang maut itu berasal dari kawasan perindustrian Semambu, Kuantan manakala tiga sahabat yang parah itu tinggal di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Paloh 1, Gua Musang.
Mayat mangsa dihantar ke HGM untuk bedah siasat dan kemalangan itu di siasat dibawah Sek.41(1) APJ 1987.

ref:










Tiada ulasan: