Ahad, 22 Julai 2018

Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 (PSA) 7903.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ




"Ya Muqollibal Qulub, Tsabbit Qalbi Ala Diinik." 
Wahai Zat Yang Membolak Balikkan Hati, Teguhkanlah hatiku diatas Agama Mu. 
Aamiin Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim. 



BERITA»Nasional
Sabtu, 21 Julai 2018 | 9:32pm
- Gambar hiasan
Amaran angin kencang, laut bergelora
KUALA LUMPUR: Angin kencang Barat Daya berkelajuan 50 hingga 60 km sejam (kmsj) dengan ombak setinggi 4.5 meter diramal berlaku di kawasan perairan Phuket, Thailand, sehingga Jumaat ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, keadaan yang sama juga dijangka berlaku di kawasan perairan Selat Melaka Utara, Samui, Selatan Condore, Utara Reef North, Layang-layang dan Palawan dengan angin kencang Barat Daya berkelajuan 40 hingga 50kmsj dan ombak setinggi 3.5 meter.

Menurut kenyataan jabatan itu, angin kencang Barat Daya dengan kelajuan dan ketinggian ombak yang sama diramal melanda kawasan perairan Perlis dan Kedah sehingga Jumaat ini.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 50kmsj dan ombak sehingga 3.5 meter juga dijangka berlaku di kawasan perairan Barat Sarawak sehingga 11 malam ini.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan serta perkhidmatan feri.


Ia juga berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. - BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/452172/amaran-angin-kencang-laut-bergelora

PERINGATAN: 

Blog peceq tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. 

Firman Allah dalam Surah Al-Tahrim, ayat 8: 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسَى رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ نُورُهُمْ يَسْعَى بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ 

Maksudnya, “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan “Taubat Nasuha”, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): “Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu” 

BERITA»Nasional
Sabtu, 21 Julai 2018 | 3:50pm
PENGERUSI DAP Perak, Nga Kor Ming (depan) melawat Pusat Khidmat ADUN Kepayang selepas merasmikanya di Ipoh. - Foto Effendy Rashid
PSA diwujudkan semula elak campur tangan urusan Parlimen
Oleh Zahratulhayat Mat Arif zahratulhayat@nstp.com.my
IPOH: Kerajaan akan mewujudkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 (PSA) bagi memastikan institusi itu mengatur tadbir urusnya sendiri tanpa sebarang campur tangan.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming berkata, ia adalah antara pembaharuan yang bakal dilaksanakan bagi menjadikan Parlimen sebagai institusi yang benar-benar mencerminkan doktrin pengasingan kuasa.

"Memang kita sudah bincang bagaimana hendak memperkenalkan semula PSA yang sudah dimansuhkan pada 1992.

"Saya rasa ini adalah masa yang tepat akta berkenaan diwujudkan semula supaya Parlimen mempunyai autonomi sendiri dan boleh memainkan peranan serta memeriksa kuasa eksekutif kerajaan demi kebaikan rakyat dan negara," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi DAP Perak berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Kepayang di Jalan Teh Hwa di sini, hari ini.

Turut hadir ADUN Kepayang, Dr Ko Chung Sen.

Menurutnya, kepemimpinan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof komited untuk melaksanakan pembaikan atau pembaharuan dalam Parlimen dan ia adalah sebahagian daripada manifesto Pakatan Harapan (PH)

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Kor Ming turut menggesa polis menjalankan siasatan segera terhadap ugutan yang diterimanya dan Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong dalam satu status di Facebook.
PENGERUSI DAP Perak, Nga Kor Ming (depan lima kiri) merasmikan Pusat Khidmat ADUN Kepayang di Ipoh. Turut sama ADUN Kepayang, Dr Ko Chung Sen (depan enam kiri). - Foto Effendy Rashid
Status `Kedua-dua ini dari Pakatan Harapan. Yang saya geram, engkau tunggu, saya akan bunuh kamu, kau berdua akan pergi menemani Teoh Beng Hock' dimuatnaik pengguna yang mengguna nama Jin Hong.

"Saya harap polis akan memainkan peranan yang proaktif dalam melindungi keselamatan pimpinan kerajaan baharu termasuk Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya tidak berlaku kejadian tidak diingini," katanya.


Susulan status ugutan yang dimuatnaik dalam bahasa Mandarin itu yang disertakan gambar dua pemimpin DAP berkenaan bersama sepucuk pistol, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Keranji, Chong Zemin membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh semalam.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/07/452016/psa-diwujudkan-semula-elak-campur-tangan-urusan-parlimen
StatCounter - Free Web Tracker and Counter 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ




















Solat Time.






what is my ip address?



WAHYU = SATU HARI SEPOTONG AYAT

وَرَبُّكَ أَعْلَمُ بِمَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ وَلَقَدْ فَضَّلْنَا بَعْضَ النَّبِيِّينَ عَلَى بَعْضٍ وَآتَيْنَا دَاوُودَ زَبُوراً
Dan Tuhanmu (wahai Muhammad) lebih mengetahui akan sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi; dan sesungguhnya Kami telah melebihkan setengah Nabi-nabi atas setengahnya yang lain; dan Kami telah memberikan Kitab Zabur kepada Nabi Daud.
Surah Al-Israa` ayat 55
 Widget Surah

Tiada ulasan: