Khamis, 19 Julai 2018

Undang-undang menghukum dan Hak Google membuat rayuan. 7891.


Google Inc, sejarahnya bermula apabila dua individu Larry Page dan Sergey Brin mengasaskannya pada 7 September 1998 yang ketika itu hanya fokus kepada perniagaan enjin carian Internet mampu mengubah dunia.

Google pernah ditawarkan kepada Yahoo Inc dengan harga RM4.3 juta, tetapi ditolak, kini sudah mencecah berbilion dolar, manakala syarikat yang menolak tawaran itu kini lumpuh sejak kehadiran Google.

Denda Google pecah rekod lagi
MyMetroUtama
AFP
KESATUAN Eropah (EU) mengenakan denda anti-kepercayaan tertinggi berjumlah 4.34 bilion euro (RM20.43 bilion) terhadap Google, hari ini, kerana menyalahgunakan dominasi sistem operasi Android.

Pesuruhjaya Persaingan EU, Margrethe Vestager berkata, Google secara tidak sah menggunakan monopoli Android untuk meningkatkan penggunaan enjin carian dan pelayarnya sendiri.
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/RT05972400_cropped_1531915886.jpg
"Hari ini, suruhanjaya membuat keputusan mendenda Google 4.34 bilion euros (RM20.43 bilion) kerana melanggar peraturan anti-kepercayaan EU," katanya ketika sidang media di Brussels, hari ini.

"Google menggunakan amalan tidak sah ini untuk memastikan dominasi dalam pasaran carian Internet," katanya.

Jumlah itu hampir dua kali ganda rekod 2.4 bilion euro (RM11.29 bilion) yang dikenakan terhadap Google tahun lalu berhubung perkhidmatan pencarian membeli-belah dalam talian.

Denda itu juga bersamaan kira-kira dua minggu pendapatan bagi syarikat induk Google, Alphabet Inc dan tidak akan menjejaskan rizab tunainya sebanyak $102.9 bilion (RM 417.18 bilion.)

Susulan itu, EU memberi Google masa 90 hari untuk menamatkan ‘amalan tidak sah’ berkaitan dengan pengoperasian sistem Android digunakannya atau berdepan denda tambahan.

“Google kini mesti menamatkan perbuatan itu dalam tempoh 90 hari atau berdepan bayaran penalti sehingga lima peratus daripada purata perolehan harian dunia Alphabet, syarikat induk Google,” kata Suruhanjaya Eropah dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Google akan merayu keputusan itu.

Jurucakapnya, Al Verney berkata dalam satu kenyataan: “Android mewujudkan lebih banyak pilihan untuk semua orang, bukan mengurangkannya. Kami akan merayu keputusan (Suruhanjaya EU) itu.”

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 18 Julai 2018 @ 8:11 PM
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/07/359174/denda-google-pecah-rekod-lagi

Google gegar dunia
MyMetroItmetro
Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my
Google Inc, sejarahnya bermula apabila dua individu Larry Page dan Sergey Brin mengasaskannya pada 7 September 1998 yang ketika itu hanya fokus kepada perniagaan enjin carian Internet mampu mengubah dunia.
Peranti Google Sedia Gegar Pengguna
Ketika itu, idea terbabit seakan-akan tidak munasabah, namun selepas 19 tahun, siapa sangka syarikat perisian mampu pergi jauh dan kini mempunyai pendapatan RM388 bilion pada 2016 saja.

Google pernah ditawarkan kepada Yahoo Inc dengan harga RM4.3 juta, tetapi ditolak, kini sudah mencecah berbilion dolar, manakala syarikat yang menolak tawaran itu kini lumpuh sejak kehadiran Google.

Kejayaan mereka menjadi sebutan apabila mencetuskan idea untuk mengumpulkan segala maklumat di satu tempat yang jika diperlukan, pengguna hanya duduk di depan komputer dan menaip apa saja melalui enjin carian Google serta dalam sekelip mata, semuanya berada depan mata.
PERANTI Google sedia gegar pengguna.
Pada 2006, Google membeli saham laman strim video paling popular, YouTube bernilai RM7 bilion, sekali gus menjadikan mereka jutawan ke-13 dan ke-14 di Amerika Syarikat (AS) menurut senarai Forbes ketika itu.

Kini pada 2017, syarikat terbabit mengorak langkah lebih maju apabila cuba pula menyaingi dunia teknologi dengan perkakasan.

Kita sudah menyaksikan Google Glass, Google Cardboard, Google Car dan beberapa teknologi lain dalam pembikinan, namun jika anda perhatikan secara tidak langsung syarikat Page dan Brin terbabit sebenarnya sedang merubah dunia.

Jika Android yang turut dibeli menguasai pasaran sistem operasi telefon pintar sekarang, pengumuman Google sejak sebulan dua ini agak menggemparkan.

Lihat saja pada pembelian RM4.62 bilion syarikat pengeluar telefon pintar, HTC Corporation (HTC) untuk pasukan pekerja HTC yang terbabit dalam pembangunan model telefon Pixel.

Perjanjian itu sekali gus membolehkan Google menyerap 2,000 pekerja selain memperoleh lesen bukan eksklusif terhadap harta intelektual (IP) HTC.

Bagaimanapun, HTC akan tetap terbabit dalam pengeluaran produk telefon pintar.

“Bagi Google, perjanjian ini terus mengukuhkan komitmennya kepada telefon pintar dan pelaburan keseluruhan dalam perniagaan peranti sedang membangun,” kata Google dalam satu kenyataan.

Google dan HTC mempunyai sejarah kerjasama panjang dalam pembangunan bersama produk Android.

Kali pertama, kerjasama mencipta peranti HTC Dream yang turut menjadi telefon pertama Android pada 2008, selepas beberapa bulan Apple memperkenalkan iPhone.

HTC akan terus membangunkan telefon pintar dan dikhabarkan bakal mengeluarkan model baru tidak lama lagi selepas kejayaan HTC U11 beberapa bulan lalu.

Syarikat sama juga sedang memperkemaskan model realiti maya mereka melalui Vive dan kini memasuki teknologi masa depan membabitkan Internet untuk segalanya (IoT).

Minggu lalu, tumpuan diberikan kepada beberapa produk baru Google yang menyaksikan mereka benar-benar mahu menguasai barangan elektronik bermula daripada telefon pintar hingga perkakasan rumah.

Google Pixel dan Pixel 2 XL misalnya menjadi cubaan kedua Google dalam menerajui segmen telefon pintar selepas model pertama mencuri tumpuan.

Lawannya hanya satu, Apple! Sebab itu Pixel dan Pixel 2 XL yang membuang jek audio 3.5mm daripada rekaannya.
PIXEL 2 dan Pixel 2 XL nampak cantik.
Meskipun Malaysia bukanlah negara tumpuan syarikat terbabit, fokus pasaran termasuk negara jiran maju seperti Singapura menunjukkan Google sudah bersedia dan tidak mahu berdiam diri sekadar projek biasa saja.

Kamera Pixel 2 juga memperoleh penambahbaikan dengan sensor lensa 22 megapiksel bersama apertur f1.8 dan penstabil imej optikal (OIS).

Pixel 2 dimampatkan dengan skrin 5 inci HD penuh AMOLED manakala XL datang dengan skrin 6 inci QHD+ OLED.

Kedua-duanya didatangkan dengan Qualcomm Snapdragon 835 bersama RAM 4GB yang turut mempunyai pilihan storan 64GB atau 128GB.

Model Pixel 2 mempunyai kapasiti bateri 2700mAh manakala XL berkapasiti 3520mAh.
SAMBUNG Clips pada Pixel
Dari aspek perisian, kedua-duanya menerima sistem operasi Android 8.0 Oreo selain kalis air serta debu pada sistem IP67.

Menurut Google, tempoh mengecas selama 15 minit sudah cukup membolehkan operasi telefon sehingga tujuh jam.

Pixel akan mempunyai pilihan warna biru, hitam atau putih manakala XL hanya dengan dua warna iaitu hitam atau hitam+putih.

Harga paling minimum ditawarkan ialah kira-kira RM2,725 bagi Pixel 2 manakala XL pula bermula pada harga RM3,565.
GOOGLE mula melonjak dengan Pixel.
Google cuba menawarkan kekuatan Apple iaitu ekosistem yang bersepadu membolehkan pelanggan tidak mahu beralih arah dari Apple.

Oleh itu, pengenalan produk lain seperti Pixelbook sememangnya sangat bertepatan selepas Google sendiri tidak menyambung Chromebook pada tahun lalu.

Pixelbook datang dengan pemprosesan minimum Intel i5 Kaby Lake tanpa kipas dengan saiz 12.3 inci.

Kemudian, ia menawarkan Pixel Buds, fon telinga tanpa wayar yang menyaingi AirPods (Apple) sesuai untuk pembeli telefon pintar Pixel 2 dan Pixel 2 XL yang datang tanpa jek audio.

Pada harga kira-kira RM683, Pixel Buds berbentuk bulat memang nampak ‘cool’ lengkap dengan kasingnya sendiri.
PIXEL Buds tanpa wayar.
Matlamat sebenar Pixel Buds sudah pasti membantu satu lagi produk Google iaitu Google Assistant yang membolehkan arahan suara menerusi mesin menjadi realiti.

Google Clips, satu lagi produk yang lebih kepada kategori kamera aksi dicipta berdasarkan resolusi 12 megapiksel pada lensa 130 darjah sudut pandang mampu merakam sehingga 15fps imej dalam storan dalaman 16GB.
GOOGLE Clips ikut trend.
Ia kemudian boleh dipindahkan secara terus menggunakan sambungan WiFi yang pantas turut menyokong model telefon lain seperti iPhone dan Samsung.

Satu produk yang meneruskan potensi arahan suara termasuk pembesar suara Google Home Mini dan Google Home Max.

Pada harga kira-kira RM180, Google Home Mini mengesan suara apabila anda menyebut ‘OK Google’ atau ‘Hey Google’ boleh dicas menggunakan sambungan microUSB.

Google Home Max agak menarik apabila pembesar suara stereo pada harga kira-kira RM1,400 terbabit boleh didirikan secara menegak atau melintang dan peka pada Google Cast diletakkan di mana-mana ruang rumah.
GOOGLE mahu kuasai arahan suara.
Daydream baru, alat VR yang dikawal oleh Google bagi membolehkan anda meneroka dunia baru, menonton filem VR sendiri serta bermain permainan dengan aksi yang lebih menyeronokkan turut diperkenalkan.

Rekaannya kali ini nampak kemas dan agak futuristik.

Harapnya, pemodenan Google ini turut membabitkan Malaysia kerana kita agak tenggelam dalam teknologi baru diperkenalkan syarikat berkuasa tinggi itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Oktober 2017 @ 11:49 AM
Google gegar dunia | Harian Metro

Ibu pejabat Google RM5.5 bilion
MyMetroGlobal
Agensi
GOOGLE membentang cadangan akhirnya untuk membina ibu pejabat bernilai £1 bilion (RM5.5 bilion) di United Kingdom dilengkapi pod tidur, ruang bersukan dan taman di bumbung yang turut mempunyai trek larian sepanjang 200 meter untuk kesejahteraan 7,000 kakitangannya nanti.

Kompleks ibu pejabat seluas 870,000 kaki persegi syarikat gergasi teknologi itu akan dibina bersebelahan Stesen King Cross di London, yang pereka menganggap bakal menjadi tempat kerja terbaik di dunia. Pembinaan dijangka bermula pada 2018.
Taman di atas bumbung sepanjang 300 meter 
untuk pekerja bersantai. - Foto Daily Mail
Menurut Daily Mail, selain padang permainan gergasi, ibu pejabat itu juga dilengkapi kolam renang bersaiz separuh Olimpik, pusat riadah dan bersukan, termasuk gimnasium dan sukan dalam dewan seperti bola keranjang dan bola sepak.

Taman di bumbung sepanjang 300 meter akan mempunyai padang dan kafe menyediakan minuman serta makanan percuma kepada kakitangan yang bersantai.
Kawasan ibu pejabat Google (bergaris merah) di United Kingdom bersebelahan Stesen King Cross. - Foto Daily Mail
Bahagian pejabat di dalam bangunan mempunyai ‘kawasan berhenti seketika’ di kelilingi tumbuhan dan ‘dinding hidup’ yang menghijau serta pod tidur jika pekerja perlu tidur sekejap atau bermalam di pejabat.

Google sudah menyerahkan pelan bangunan itu kepada Majlis Camden untuk kelulusan.
Ruang pejabat yang tidak memberi tekanan. - Foto Daily Mail
Google yang mempunyai 4,000 pekerja di UK dan merancang mengambil lagi 3,000 orang, sudah menyerahkan tender pembinaan bangunan pertama setinggi 11 tingkat dengan jumlah ruang lantai bersamaan 10 padang bola.

Ia akan membina dua lagi bangunan bersebelahan King Cross Estate bagi menempatkan 7,000 pekerja itu dalam tiga bangunan.
Pembinaan akan bermula pada 2018. - Foto Daily Mail
Kompleks ibu pejabat itu direka bentuk Heatherwick Studio dan Bjarke Ingels Group.

Google merancang kompleks itu siap pada 2018 namun pada 2015, pengasas bersama syarikat itu, Larry Page, mengarahkan pasukan Google UK mengemukakan reka bentuk dan konsep baru.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Jun 2017 @ 9:52 PM
Ibu pejabat Google RM5.5 bilion | Harian Metro

Bayar RM4.62b demi HTC Pixel
MyMetroUtama
Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my
GOOGLE akan membayar RM4.62 bilion kepada syarikat pengeluar telefon pintar, HTC Corporation (HTC) untuk pasukan pekerja HTC yang terbabit dalam pembangunan model telefon Pixel.

Perjanjian itu sekaligus membolehkan Google menyerap 2,000 pekerja selain memperoleh lesen bukan eksklusif terhadap harta intelektual (IP) HTC.
Bagaimanapun, HTC akan tetap terbait dalam pengeluaran produk telefon pintar.

“Bagi Google, perjanjian ini terus mengukuhkan komitmennya kepada telefon pintar dan pelaburan keseluruhan dalam perniagaan peranti sedang membangkit,” kata Google dalam satu kenyataan.

Google dan HTC mempunyai sejarah kerjasama panjang dalam pembangunan bersama produk Android.

Kali pertama, kerjasama mencipta peranti HTC Dream yang turut menjadi telefon pertama Android pada 2008, selepas beberapa bulan Apple memperkenalkan iPhone.

HTC akan terus membangunkan telefon pintar dan dikhabarkan bakal mengeluarkan model baru tidak lama lagi selepas kejayaan HTC U11 beberapa bulan lalu.

Syarikat sama juga sedang memperkemaskan model realiti maya mereka melalui Vive dan kini memasuki teknologi masa depan membabitkan Internet untuk segalanya (IoT).

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 September 2017 @ 9:30 PM
BERITA TERKINI!

Selasa, 27 Jun 2017
Denda RM11.6 bilion pecah rekod
MyMetroGlobal
AFP
KESATUAN Eropah (EU) mengenakan denda 2.4 bilion euro (RM11.6 bilion) terhadap Google, hari ini kerana mendakwa syarikat itu mengutamakan perkhidmatan membeli belahnya sendiri.

Ketua persaingan bagi Suruhanjaya Eropah, Margrethe Vestager berkata, Google "menyalahgunakan dominasi pasarannya" sebagai enjin carian paling popular di dunia untuk memberikan kelebihan kepada perkhidmatan Google Shopping.
“Perbuatan Google itu menyalahi undang-undang anti-trust EU. Ia menafikan peluang bagi syarikat lain untuk bersaing secara merit dan berinovasi.

“Paling penting, ia menafikan pengguna Eropah pilihan perkhidmatan secara tulen dan manfaat inovasi,” katanya pada sidang media di Brussels, hari ini.

Google kini mempunyai 90 hari untuk membetulkan situasi itu atau bakal menghadapi penalti selanjutnya, kata Vestager.

Sementara itu, Google berkata, ia "dengan hormatnya" tidak setuju terhadap keputusan EU itu yang dibuat selepas siasatan selama tujuh tahun.

Google juga sedang mempertimbangkan rayuan terhadap denda itu.

Jumlah denda ini memecahkan rekod EU bagi kes monopoli sebelum ini apabila syarikat membuat cip Amerika Syarikat, Intel didenda 1.06 bilion euro (RM5.12 bilion) pada 2009.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Jun 2017 @ 7:05 PM

HSR perlu diteruskan - TMJ
MyMetroMutakhir
Ibrahim Isa Ibrahim@nstp.com.my

TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berpendapat kerajaan Malaysia tidak seharusnya membatalkan projek Kereta Api Laju Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

Dalam wawancara eksklusif bersama Mediacorp hari ini, Tunku Ismail, berkata ia satu projek yang sangat baik sekali dan Malaysia perlu meneruskannya.

“Ia tidak akan hanya membantu Johor tetapi Singapura.

“Ia akan memacu ekonomi Johor, di mana lebih banyak pihak dari luar negara akan melabur di sini.

“HSR satu projek yang sangat baik dan seharusnya kami teruskan, itulah pendapat saya,” katanya.

Bagaimanapun, Tunku Ismail berkata, keputusan untuk meneruskan projek itu bergantung kepada kerajaan Malaysia.

“Tiada apa yang boleh saya lakukan kerana ia sebenarnya terletak di tangan kerajaan (Malaysia) dan pemerintah Singapura," katanya.
Mei lalu, Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan Malaysia bercadang membatalkan projek yang dipersetujui Singapura dan kerajaan sebelumnya.

Bagaimanapun, Singapura menyatakan masih belum menerima sebarang notis rasmi daripada Malaysia.

Semalam, Menteri Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, beliau akan membincangkan isu berkenaan dengan Menteri Pengangkutan Singapura, Khaw Boon Wan dan mencari jalan penyelesaian terbaik bagi kedua-dua negara.

Namun, hari ini, Dr Mahathir mengatakan kepada wartawan di Kuala Lumpur bahawa kerajaannya tidak membatalkan projek HSR, sebaliknya hanya menangguhkan projek itu selepas mengkaji kos dan kes membatalkan projek berkenaan.

Sebelum ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mendedahkan Malaysia dibebani hutang mencecah RM1 trilion (S$340,000 bilion) di bawah pentadbiran sebelumnya.

Berikutan itu, kerajaan Pakatan Harapan cuba mengurangkan hutang negara dan menetapkannya sebagai satu keutamaan serta menyemak semula projek mega untuk mengurangkan hutang dan liabiliti negara.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Julai 2018 @ 8:28 PM
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/359558/hsr-perlu-diteruskan-tmj

Jumaat, 8 September 2017
Ditamatkan Mac tahun depan
Afiq Hanif afiq_hanif@hmetro.com.my
GOOGLE bakal menamatkan perkhidmatan storan 'cloud'nya, Drive untuk PC dan Mac bermula Mac tahun depan.

Sebaliknya, pengguna yang mahu menyimpan fail secara 'online' boleh berbuat demikian menerusi aplikasi desktop baru, Drive File Stream yang kini boleh diakses.
Dalam kenyataannya di blog rasmi syarikat berpengkalan di Silicon Valley terbabit, Google menyatakan pihaknya akan menghantar notifikasi rasmi mengenai pemindahan bermula Oktober nanti.

Google Drive digunakan meluas untuk menyimpan fail termasuk dokumen, foto dan video yang boleh diakses menggunakan aplikasi dekstop ditawarkan percuma untuk kapasiti sehingga 15GB.

Bagaimanapun, nasib Google Drive untuk peranti mudah alih seperti telefon pintar masih kekal seperti biasa.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 September 2017 @ 5:44 PM
Ditamatkan Mac tahun depan | Harian Metro

Jambatan rentas laut terpanjang dunia
Isnin, 10 Julai 2017 MyMetroGlobal
Daily Mail
SELEPAS tujuh tahun pembinaan, jambatan merentas laut terpanjang di dunia akan dibuka hujung tahun ini, menghubungkan Hong Kong, Zhuhai and Macao.
Jambatan sepanjang 54.7 kilometer itu akan memendekkan masa perjalanan dari Hong Kong ke Zhuhai kepada 30 minit berbanding tiga jam sekarang.
Ketika pembinaan pada 2015. - Foto Daily Mail
Pengarah biro yang mengendalikan jambatan itu, Zhu Yongling, mengesahkan jambatan berkenaan yang menggunakan 420,000 tan keluli, cukup untuk membina 60 Menara Eiffel , akan dibuka hujung tahun ini.
Jambatan ini memendekkan perjalanan dari Hong Kong ke Zhuhai kepada 30 minit berbanding tiga jam sekarang. 
- Foto Daily Mail
Pembinaan jambatan itu yang menelan belanja HK$112 bilion (£12 billion) itu tetap ada masalah, termasuk tujuh pekerja maut dan 129 cedera sejak pembinaan bermula pada 2011. Kebanyakan kemalangan itu tergelincir dan terjatuh dari tempat tinggi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Julai 2017 @ 9:25 PM
Jambatan rentas laut terpanjang dunia | Harian Metro

Tiada ulasan: