Isnin, 20 Ogos 2018

Antara dua darjat. 8077.


Foto Himpunan Doa-doa.

KHALID SAMAD SAMAN FITNAH WAN ASSHIMA

JEMPUTAN MEDIA: 

Peguam yang juga pegawai tugas-tugas khas kepada Menteri Wilayah akan membuat satu laporan polis terhadap Wan Asshima Kamaruddin Pengerusi Muslimah Islam Malaysia kerana memfitnah Menteri Wilayah.

Laporan akan dibuat di Balai Polis Dang Wangi Isnin 20 Ogos jam 12.30 tengahari.

Rakan-rakan media dijemput membuat liputan.

Setiausaha Akhbar
Menteri Wilayah
https://www.facebook.com/38348181435/posts/10155475109526436/
http://sisibukit.blogspot.com/2018/08/khalid-samad-saman-fitnah-wan-asshima.html
Khalid Samad saman fitnah Wan Asshima | SISI BUKIT
Pas Pimpinan Hadi Awang berubah nada perjuangannya: 

Mudahnya duduk dalam parti politik berjenama agama...

Bila bermusuh dengan umno..begini dalilnya.
Bila berpeluk dengan Umno ...begini dalilnya.

Bila sekelambu dengan DAP...begini dalilnya.
Bila bermusuh dengan DAP....begini dalilnya.

Bila bermusuh dengan bn, mca .... begini dalilnya

Masa bersekelambu dengan mca begini dalilnya

Masa bermesra dengan bn sebelum pru 14, matang & sejahtera serta berkecuali beserta dalilnya

Masa bersekelambu dengan bn selepas pru 14, nak kuatkan pembangkang berserta dalilnya

Bila turun BERSIH...begini dalilnya.
Bila anti BERSIH......begini dalilnya.

Bila bantah GST......begini dalilnya.
Bila sokong GST.....begini dalilnya.

Rasa nak makan dedak ...begini dalilnya.
Rasa nak buat hudud.........begini dalilnya.

Rasa nak tangguh hudud...begini dalilnya.

Nak bentang RUU355........ini dia dalilnya.

Bila parti lain letak calon bukan Islam,dia tentang..mcm ni dalilnya
Bila parti dia letak calon bukan Islam.. Lain pulak dalilnya

Bila kena kencing ..............ini dia dalilnya.

Semua ada hujah dan dalil agama....tak ada ruang
untuk masuk neraka melainkan syurga belaka....

Inilah yang dikatakan "Kunci Syurga".

Foto Yaszam Zam.


Foto Mohd Ziul.


Hassan Sas berkongsi siaran.
Kerajaan tunaikan janji TOL FREE..
Syukurrrr...tq Tun tq pakatan harapan


-0:17
44,755 Paparan
Kifuri Wong
Proton wira JEA8166 mengunakan laluan motorsikal untuk mengelak membayar tol.
Lokasi tol LDP penchala arah sg buloh.
MENCONTENG UNTUK PERUBAHAN™
merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ...

DAP tolak hudud tak boleh, MCA tolak hudud ... kira boleh la. Janji menang

“PAS sekarang ‘flip-flop’ kerana sering akan mengubah pendirian jika akan menguntungkan mereka, ‘fatwa’ pun boleh berubah bila-bila masa supaya selari dengan tindakan mereka,” 

Aku setuju dengan statement ni, banyak perkara dah membuktikan PAS memang flip flop. Guna hujah untuk untungkan diri sendiri.

Pas akan membantu kempen MCA di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Balakong atas semangat setiakawan pembangkang.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, mereka boleh bekerjasama dengan MCA kerana parti komponen BN itu tidak menyerang Pas seperti pernah dilakukan DAP.

“Kenapa kita boleh bekerjasama dengan MCA? MCA menentang hudud, DAP pun sama.

“Tetapi DAP menentang hudud semasa kita sama-sama dalam PR sebagai satu gagasan. DAP tidak mahu hormat, dia serang kita walaupun kita dalam satu pakatan.

“MCA pula bukan dalam satu pakatan. MCA kalau tak setuju mereka tak serang seperti DAP lakukan,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Turut hadir, calon Pas di PRK Dun Seri Setia, Dr Halimah Ali dan barisan kepimpinan tertinggi Pas Pusat dan Selangor.

Pas tidak bertanding di PRK Dun Balakong, sebaliknya memberi laluan kepada BN melalui MCA untuk menentang PH.

Manakala, di PRK Seri Setia, BN tidak meletakkan calon dan memberi laluan kepada Pas untuk bertanding.

Sementara itu, Abdul Hadi berkata, beliau melihat kerjasama Pas dan Ummo dalam PRK Seri Setia sebagai satu perkara positif.

“Saya yakin di Seri Setia (kerjasama) akan meningkat lagi. Ini dapat dilihat dengan kehadiran pemimpin Umno dalam majlis penamaan calon,” katanya.

PELIK BIN AJAIB!


KAMPAR: Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming, mempersoalkan pendirian PAS menyatakan sokongan parti itu kepada MCA pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong.

Menurut Kor Ming, pihaknya terkejut dengan sikap PAS ketika ini yang tidak selari dengan ‘dasar’ mereka kerana mengajak ahli memberi undi kepada MCA yang secara tegas menentang usul Rang Undang-undang (RUU) Akta 355 berkaitan hukum hudud sebelum ini.

“Kita nak tanya PAS sekarang, apa sudah jadi dengan mereka, adakah mereka lupa MCA parti yang bertegas dengan pendirian tidak menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Tapi sekarang PAS sudah menukar wajahnya terhadap MCA, sekarang tanpa segan silu minta ahli sokong MCA yang menentang dasar perjuangan PAS selama ini, ini perlu diperjelaskan,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Speaker Dewan Rakyat berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kaunter Khidmat Bergerak DAP Keranji dekat sini hari ini.

Khamis lalu, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Datuk Dr Nik Zawawi Salleh, mengejutkan banyak pihak apabila menyatakan sokongan parti itu kepada MCA pada PRK DUN Balakong.

Ahli Parlimen Pasir Puteh itu dipetik sebagai berkata, sokongan berkenaan diberi atas dasar MCA sebagai ‘rakyat Malaysia’.

Sebelum itu, Abdul Hadi mengeluarkan kenyataan, supaya ahli parti mengundi calon MCA pada PRK DUN Balakong atas ‘semangat pembangkang’.

Kor Ming, yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan, berkata tindakan PAS menyokong MCA yang menolak pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan menunjukkan parti itu hanya bertopengkan Islam untuk menutup perjuangan sebenarnya terhadap kuasa dan kepentingan politik parti.

“Sekarang pimpinan tertinggi PAS menyeru ahli memberikan sokongan kepada parti yang menolak hudud PAS, menjadikan PAS ibarat hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

“PAS sekarang ‘flip-flop’ kerana sering akan mengubah pendirian jika akan menguntungkan mereka, ‘fatwa’ pun boleh berubah bila-bila masa supaya selari dengan tindakan mereka,” katanya.

Katanya, beliau berpendapat PAS hanya mempergunakan kesucian agama Islam untuk kepentingan politik mereka.

“Rakyat sendiri boleh menilai apa yang mereka sudah lakukan kerana sebaiknya, nas agama tidak disalahgunakan untuk kepentingan politik,” katanya.


Abdul Hadi nak guna mantik, plastik .. rakyat boleh menilai. Dulu 3 penjuru tak apa, sekarang tak boleh. Dulu UMNO kafir. sekarang dah halal. Begitulah seadanya.
http://penburukonline.blogspot.com/2018/08/dap-tolak-hudud-tak-boleh-mca-tolak.html
DAP tolak hudud tak boleh, MCA tolak hudud ... kira boleh la. Janji menang ~ Menconteng Untuk Perubahan™



Pendedahan Mengejutkan Rafizi Punca PH Kalah Di Kelantan Dan Terengganu

http://penburukonline.blogspot.com/2018/08/pendedahan-mengejutkan-rafizi-punca-ph.html
Pendedahan Mengejutkan Rafizi Punca PH Kalah Di Kelantan Dan Terengganu ~ Menconteng Untuk Perubahan™

PKR cabar calon PAS,Dr Halimah Ali lepas jawatan k'jaan S'gor

PKR hari ini menempelak Dr Halimah Ali yang didakwa menunjukkan sikap tidak berintegriti apabila kekal sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) tetapi pada masa sama menjadi calon pembangkang untuk pilihan raya kecil Seri Setia.

Penolong Setiausaha, Pemuda PKR (AMK), Syed Badli Shah Syed Osman berkata seharusnya meletakkan jawatan sebagai ahli lembaga pengarah kerana memilih jalan untuk menentang kerajaan sedia ada.

“PPAS adalah sebuah perbadanan yang berada di bawah kerajaan negeri Selangor yang ditadbir Pakatan Harapan.

“Bagaimana seorang ahli lembaga pengarah kepada sebuah perbadanan kerajaan negeri boleh mengambil sikap menentang kerajaan dengan bertindak sebagai calon parti pembangkang?

“Beliau seharusnya meletakkan jawatan. Kegagalan beliau berbuat demikian menunjukkan beliau bukan sahaja tidak beretika malah gagal mempamerkan integriti profesional sebagai seorang calon,” kata Syed Badli Shah dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga mendesak pengerusi lembaga pengarah PPAS, Nik Nazmi Nik Ahmad untuk memecat Halimah.

Menurut laman web lembaga itu, Halimah dan Nik Nazmi adalah antara lima wakil rakyat yang dilantik sebagai antara 15 pengarahnya bagi penggal 2017-2020.

Tiga lagi ialah Lee Kee Hiong (Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baru), Rajiv Rishyakaran (Bukit Gasing) dan Dr Idris Ahmad (Ijok).

Ketika itu Halimah adalah ADUN Selat Klang. Hasratnya untuk mengekalkan kerusi itu buat penggal ketiga semasa pilihan raya 9 Mei tidak kesampaian.

Halimah, 57, yang dilahirkan di Sarawak adalah juga bekas exco kerajaan negeri Selangor. Beliau cuba membuat kemunculan semula melalui pilihan raya kecil Seri Setia di mana dirinya akan berdepan dengan Halimey Abu Bakar, 46, yang adalah anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya hampir sedekad.

Ini adalah kali pertama PKR dan PAS akan bertembung. Pengundian bagi pilihan raya kecil itu akan diadakan pada 8 Sept ini.

Malaysiakini sedang berusaha menghubungi Halimah untuk mendapatkan ulasannya.
-malaysiakini
at 8/20/2018 01:57:00 PTG
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/pkr-cabar-calon-pas-lepas-jawatan-kjaan.html
KERENGGA: PKR cabar calon PAS,Dr Halimah Ali lepas jawatan k'jaan S'gor

Tukar Tiub
ISNIN, 20 OGOS 2018
KERAJAAN BARU - CUKUP HEBAT

PETANDA BAIK KERAJAAN BARU
Angkara tendang kucing, remaja perempuan didakwa di mahkamah

Jarang kedengaran mereka yang menendang haiwan didakwa di mahkamah.

Namun begitu kejadian ini telah mengheret seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ke mahkamah setelah didapati bersalah menendang seekor kucing di Tasek Gelugor.

Remaja perempuan tersebut dituduh tanpa sebab yang munasabah telah menendang seekor kucing di Taman Seri Menerong, Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara, pada 4 Mac lalu.

Ekoran kesalahan tersebut beliau telah didakwa mengikut Seksyen 44(1)(a), Akta Binatang 1953 (semakan 2006) (Akta 647) yang menetapkan hukuman denda maksimum sehingga RM50,000 atau pun penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali.

Namun begitu Mahkamah Majistret telah mengenakan hukuman mengikut Seksyen 91(1) (b) Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 601) dengan mengenakan bon berkelakuan baik selama setahun keatas remaja tersebut pada 16 Ogos lalu.

Kes tersebut telah dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang, Mohd Zamri Ishak.

Kucing tersebut kini berada dibawah jagaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang.

Perbuatan remaja tersebut telah dirakam sebelum video berdurasi selama 13 saat itu mulai tular di lama sosial serta mendapat kecaman dari pelbagai pihak.

KALAU BINATNG PUN DIJAGA

INI TANDA

YANG AMAT BAIK

BUKAN MACAM KERAJAAN ISLAM PAS KELANTAN

HAK ORANG ASAL DIREMBAT

HAK ANJING HAK KUCING LANGSUNG TIDAK WUJUD
http://tukartiub.blogspot.com/2018/08/kerajaan-baru-cukup-hebat.html

AWAS!!! ‘Polis, AELB cari peranti radioaktif yang hilang’

Polis dan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom sedang mencari sebuah peralatan radioaktif yang hilang kerana khuatir ia akan digunakan untuk membuat bom kotor (dirty bomb) jika jatuh ke ‘tangan’ yang salah.

Pihak berkuasa juga bimbang bahawa peranti penyebaran radioaktif (RDD) itu mungkin dibuka untuk mendapatkan bekas logamnya dan ini boleh menyebabkan pendedahan radiasi besar-besaran.

Akhbar The New Strait Times melaporkan bahawa peranti itu milik sebuah syarikat swasta, dan mengandungi isotop radioaktif Iridium-192, yang memancarkan radiasi beta dan gamma serta mempunyai separuh hayat selama 73 hari.

Tidak ada risiko pendedahan radioaktif selagi isotop berkenaan tersimpan dalam bekas logamnya.

Peranti RM75,000 itu milik sebuah syarikat swasta yang menawarkan perkhidmatan ujian, penentukuran dan pemeriksaan ke industri berat termasuk industri minyak dan gas, serta loji kuasa.

Laporan itu memetik sumber bahawa RDD digunakan oleh dua juruteknik syarikat berkenaan untuk kerja-kerjanya di Seremban.

Selepas menamatkan tugas, mereka dilaporkan memuatkan alat 23kg itu di belakang trak dan menuju ke pejabat mereka di Shah Alam pada jam 2 pagi.

Alat peranti itu didapati hilang apabila mereka tiba sejam kemudian.

Kedua-dua mereka mendakwa tidak berhenti dalam perjalanan mereka dan bimbang bahawa ia mungkin terjatuh dari trak semasa memandu.

Kehilangan itu telah dimaklumkan kepada pihak lebuh raya PLUS, AELB dan pencarian telah dijalankan di antara jalan Senawang dan Seafield tetapi tidak berhasil.
-malaysiakini
at 8/20/2018 12:47:00 PTG
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/awas-polis-aelb-cari-peranti-radioaktif.html
KERENGGA: AWAS!!! ‘Polis, AELB cari peranti radioaktif yang hilang’


Monday, August 20, 2018
BLOG AKAN BEREHAT SEKETIKA
Maaf buat semua pengunjung blog ini dan yang terlibat dengan  kenyataan didalam blog ini kerana ianya tidak dapat lagi diteruskan kerana keadaan semasa yang agak menyukarkan disebabkan  masaalah perhubungan.

Talian seringkali terputus putus dan keadaan ini berterusan agak lama berlarutan dan ini memaksa untuk pihak admin  tidak lagi meneruskannya buat beberapa waktu.

Sekian, Maaf zahir dan batin.
Admin WRLR.
http://wrlr.blogspot.com/2018/08/blog-akan-berehat-seketika.html

MONDAY, AUGUST 20, 2018
Posted by Editor at 10:21 
http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2018/08/khutbah-terakhir-rasulullah-s-aw.html

Tiada ulasan: