Selasa, 28 Ogos 2018

Bias. 8115.



Takrif bias
kata nama

prejudice in favor of or against one thing, person, or group compared with another, usually in a way considered to be unfair.

there was evidence of bias against foreign applicants

sinonim: prejudice, partiality, partisanship, favoritism, unfairness, one-sidedness, bigotry, intolerance, discrimination, leaning, tendency, inclination, predilection, casteism

in some sports, such as lawn bowling, the irregular shape given to a ball.

This model bowl has the Traditional bias which has stood the test of time wherever Lawn Bowls is played.

a steady voltage, magnetic field, or other factor applied to an electronic system or device to cause it to operate over a predetermined range.

Semiconductor amplifying circuit having improved bias circuit for supplying a bias voltage to an amplifying FET

kata kerja

cause to feel or show inclination or prejudice for or against someone or something.
readers said the paper was biased toward the conservatives

sinonim: prejudice, influence, color, sway, weight, predispose, distort, skew, slant
give a bias to.

bias the ball


Lihat juga
bias voltagebrake biasgender biasreverse biasconfirmation biasmedia biaspublication biasracial biaswithout biasbias tape

PALSU DAN TIDAK BENAR berita dari Astro Awani kononnya menyatakan YAB Tun mengatakan bahawa pembayaran Pencen dimansuh dan diganti dengan KWSP
Foto Kelab Che Det.
Facebook
https://www.facebook.com/kcdmalaysia/photos/a.274156619338681/2003207306433595/?type=3&theater


Foto Kelab Che Det.
Facebook : https://www.facebook.com/kcdmalaysia/photos/pcb.2002195393201453/2002195229868136/?type=3&theater
Tun M merasmikan persidangan "Building A Smart & Digitalised City" dan menyampaikan ucaptama.
Rumusan dari Ucaptama Tun M:
1. Zaman sentiasa berubah. Perubahan berlaku semenjak bermulanya tamadun. Kini, perubahan berlaku dengan kadar yang pantas. Hampir setiap jam, berlaku perubahan. Salah satu perubahan yang berlaku adalah pada abjad (alphabet).
2. Pada mulanya, manusia menulis (menyampai maklumat) dengan cara melukis. Kemudian, orang China menghasilkan beribu `Chinese characters’ sebagai satu bentuk penulisan. Kemudian 36 abjad (alphabet) dihasilkan. Dengan menggunakan abjad, manusia boleh berhubung tanpa perlu bercakap. Dengan menulis, maklumat boleh disampaikan.
3. Kini, 36 alphabet ini boleh dikurangkan dan diwakili hanya dengan 2 character sahaja iaitu `1’ dan `0’ (binary). Melalui pendigitalan (digitalisation) menggunakan 2 digit ini, manusia boleh menzahirkan idea, pemikiran, bunyi, pengukuran dengan ketepatan yang tinggi. Ini dinamakan revolusi ke empat dalam tamadun manusia (4th revolution in human civilization). Ianya menandakan kemajuan dalam tamadun.
4. Melalui pendigitalan ini, manusia boleh menukar idea dan konsep kepada peralatan. Peralalatan ini pula seperti peralatan mekanikal boleh memahami dan melaksanakan arahan yang dibuat oleh manusia dengan perkataan yang biasa. Ini menunjukkan bagaimana kemajuan dalam dunia digital dapat menghasilkan mesin yang mampu memahami perkataan yang disebut manusia.
Foto Kelab Che Det.
Facebook : https://www.facebook.com/kcdmalaysia/photos/pcb.2002195393201453/2002195233201469/?type=3&theater
5. Perubahan juga membawa kita kepada kepintaran buatan (artificial intelligent). Kepintaran buatan menunjukkan kekuatan manusia boleh dan telah dipindahkan kepada peralatan mekanikal.
6. Zaman digital juga membawa bandar kearah bandar digital. Kini bandar juga telah mempunyai standard 4.0. Hotel bukan sahaja dinilai dari segi bintangnya, malah hotel juga boleh dinilai dari segi tahap pencapaian standard 4.0.
7. Kesemua ini menunjukkan kemajuan dalam tamadun manusia yang bermula lebih dari 7,000 tahun dahulu.
8. Dalam sector ekonomi juga berlaku perubahan kearah digital. Teknologi digital dapat digunakan untuk menghasilkan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.
9. Walaubagaimanapun, terdapat juga perkara negative yang berlaku dalam dunia digital akibat dari pihak yang menyalahgunakan teknologi digital ini. Teknologi digital digunakan untuk menghantar senjata dan bom kepada pihak lain tanpa mendedahkan pihak yang menghantar daripada sebarang serangan balas. Mungkin akan berlaku peperangan `drone’. Teknologi digital digunakan untuk menghasilkan senjata yang boleh membunuh dengan lebih efisien. Ini adalah perkara-perkara negatif daripada penemuan baru. Akan ada pihak yang menyalahgunakan teknologi dan penemuan untuk membunuh manausia. Ini menjadikan manusia lebih tidak bertamadun daripada manusia zaman lampau.
10. Diharapkan rakyat Malaysia dapat menggunakan teknologi untuk kebaikan manusia, komuniti dan membantu kearah pembangunan negara.

Anwar Ibrahim dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah al-Haj semalam sama-sama menonton pertandingan yang cukup mendebarkan antara pasukan Pilihan Selangor dan pasukan Pilihan Singapura untuk Piala Sultan Selangor 2018. Pasukan tuan rumah muncul juara, selain pertandingan tersebut adalah simbolik kepada hubungan erat antara republik itu dan Selangor. Tahniah Selangor!
Foto Anwar Ibrahim.
Facebook : https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/photos/pcb.10158071286731840/10158071279216840/?type=3&theater
Anwar Ibrahim and the Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj was at the Shah Alam Stadium last night for an entertaining match featuring Selangor Selection and Singapore Selection for the 2018 Sultan of Selangor Cup. As the home team emerges victorious, the match between the two sides is symbolic to the spirit that celebrates the ties between the Republic and the Malaysian state. Congratulations Selangor!
Foto Anwar Ibrahim.
Facebook : https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/photos/pcb.10158071286731840/10158071279186840/?type=3&theater
Foto Anwar Ibrahim.
Facebook : https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/photos/pcb.10158071286731840/10158071279546840/?type=3&theater
Foto Anwar Ibrahim.
Facebook : https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/photos/pcb.10158071286731840/10158071279151840/?type=3&theater
Foto Anwar Ibrahim.
Facebook : https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/photos/pcb.10158071286731840/10158071279446840/?type=3&theater
Foto Anwar Ibrahim.
Facebook : https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/photos/pcb.10158071286731840/10158071279511840/?type=3&theater


-1:42


Yusuf Mansyur
:: Jangan Abaikan Saat Telinga Berdenging, Ini Maknanya ::
"TELINGA BERDENGING"
Adalah Panggilan Baginda Nabi MUHAMMAD ﷺ.
Banyak orang bertanya kenapa terkadang telinga bersuara "Nging" ?
:: Jangan Abaikan Saat Telinga Berdenging, Ini Maknanya ::
"TELINGA BERDENGING" Adalah Panggilan Baginda Nabi MUHAMMAD ﷺ, Banyak orang bertanya kenapa terkadang telinga bersuara "Nging" ?
Apa sebab musababnya, karena musababnya ada yang mengatakan dengan tidak berpedoman, bertahayul dan sangkaan jelek terhadap hal itu?
Sesungguhnya suara "NGING" dalam telinga, itu ialah Sayyidina Rosululloh ﷺ sedang menyebut orang yang telinganya bersuara "NGING" dalam perkumpulan yang tertinggi (malail a'laa) dan supaya ia ingat pada Sayyidina Rosulullah ﷺ dan membaca sholawat.
Hal ini berdasarkan keterangan dari kitab ( AZIZI 'ALA JAMI'USH SHAGHIR) "Jika telinga salah seorang kalian berdengung (nging) maka hendaklah ia mengingat aku (Sayyidina Rosululloh ﷺ) dan membaca sholawat kepadaku.Serta mengucapkan "DZAKARALLOHU MAN DZAKARONII BIKHOIR";
(artinya, Alloh ta'ala akan mengingat yang mengingatku dengan kebaikan)".
Imam Nawawi berkata : Sesungguhnya telinga itu berdengung Hanya ketika datang berita baik ke Ruh. Bahwa sayyidina Rosululloh SAW telah menyebutkan orang ( pemilik telinga yang berdengung"Nging") tersebut dengan kebaikan di al mala'al a'la (majlis tertinggi) di alam ruh.
[ Kitab AZIZI 'ALAL JAMIUSH SHAGIR ]
Sampaikanlah kepada orang lain, maka ini akan menjadi Shadaqah Jariyah pada setiap orang
yang Anda kirimkan pesan ini.
Dan apabila kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga
akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat...
Rasulullah ﷺ bersabda, "Barangsiapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang
yang mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala. Aamiin ya robal alamin...
Saya doakan yg Membagikan & komen ''aamiin'' status ini jadi orang sukses dunia akhirat.. Aamiin...
#Share
-InsyaAllah Dapat Pahala.


Kelab Che Det berkongsi siaran.
2 jam
Jemputan dari sahabat kita..

TERAS
JEMPUTAN USAHAWAN BUMIPUTRA MENEMBUSI PASARAN TANAH BESAR CHINA
Dengan segala hormat menjemput para usahawan Bumiputra yang terlibat dalam industri / produksi makanan dan minuman HALAL, serta usahawan pelancongan destinasi-destinasi utama di Malaysia, ke Expo Halal ASEAN + 6 seperti butiran di bawah.
1. Nama Acara: 2018 China XiLiu Cross-border Commodity Trade Fair and ASEAN+6 Speciality Commodity Exhibition Fair
2. Tarikh: 26 September hingga 30 September 2018 (Rasmi) & 1 hingga 15 Oktober 2018 (Pameran dan Jualan)
3. Tempat: Xiliu Yiwu Commodity City of Haicheng City in China’s Liaoning Province
MAKLUMAT KHUSUS:
ASEAN+6 Business Promotion Association dan Kerajaan Tempatan Haicheng, Wilayah Liaoning, China akan mengadakan Expo Produk Halal pada 27-30 September 2018 di Xiliu Yiwu Commodity City (Bandaraya Komoditi) di Republik Rakyat China.
TERAS BERSATU telah diberikan mandat ekslusif untuk membawa para usahawan Malaysia yang memiliki keupayaan untuk menghasilkan dan memproduksi makanan dan minuman HALAL, bersesuaian dengan permintaan pasaran yang amat besar di negara China.
Program ini merangkumi, Forum Antarabangsa Produk Halal, Pameran Komoditi, ‘Business Matching’ dan pelbagai program lagi. Majlis Perasmian akan disertai oleh Menteri-menteri perdaganagan antarabangsa dalam kalangan negara-negara ASEAN dan China.
PENYERTAAN 100 USAHAWAN TEMPATAN BUMIPUTRA:
A. USAHAWAN MAKANAN HALAL:
1. Pengilang & Pengeluar;
2. Pemborong Produk;
3. Pengimport dan Eksport:
4. Servis Provider seperti Agensi Pelancongan syarikat(Islamik Tour), Investment Consultant;
5. Pengusaha Hotel & Homestay (Islamik)
6. Usahawan Seafood;
7. Frozen Food dan makanan segera tin;
8. Usahawan Muda Bumiputera;
9. Pengusaha kosmetik dan makanan kesihatan,
10. Usahawan Agro Green,
11. Usahawan buah DURIAN.
B. USAHAWAN PELANCONGAN DESTINASI MALAYSIA
1. Pengusaha hotel
2. Pengusaha chalet
3. Pengusaha Homestay
4. Memiliki rangkaian Langkawi, Pulau Pinang, Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
PERINCIAN PERNIAGAAN OLEH PARA USAHAWAN:
1. Produk yang berpotensi dipamerkan untuk jualan hendaklah di sediakan dokumen atau maklumat pembuatan yang lengkap.
2. Produk-produk akan dipamerkan di Lot kedai masing-masing iaitu setiap usahawan akan diberikan sebuah lot kedai bersaiz *20x20* kaki persegi.
3. Penganjur menyarankan usahawan menyediakan dekorasi masing masing seperti banner, streamers dan poster dan interior manakala penganjur menyediakan asas keperluan seperti kipas, penyambungan elektrik, kerusi dan meja. (Dibiayai oleh TERAS)
4. Tempat ini disediakan sehingga 15 Oktober 2018.
5. Sepanjang tempoh ini pelbagai program akan diadakan termasuk Bengkel Kerja , seminar dan program 'business matching' diantara usahawan dan pemborong PR China.
Sekretariat akan menguruskan semua urusan yang berkaitan hal ini manakala Usahawan atau Peserta perlu membiayai tiket penerbangan dan makan/minum, 50% penginapan, manakala TERAS akan menyediakan biaya 50% penginapan 'twin sharing', penyediaan lot kedai serta pengangkutan dalaman, ulang alik ditaja oleh penganjur.
PENGINAPAN & KOS:
Termasuk makan, penginapan, dokumen visa dan tiket penerbangan untuk seorang akan dikenakan.
Setiap usahawan dibenarkan membawa seorang pembantu (tajaan seperti di atas) dan hanya perlu membayar tiket penerbangan , visa, makan dan minum.
HUBUNGI:
Sila emailkan profil syarikat dan maklumat produk yg akan didagangkan ke alamat email: terasbersatu1@gmail.com
Sila hubungi Encik Mohd Yusni bin Yahya di talian 0196461197.
Tarikh tutup penyertaan : 28 Ogos 2018 11.59pm
Anda juga diwajibkan mengisi Borang Online dalam link di bawah.
P/S: Usahawan yang berjaya terpilih untuk mengikuti program ini akan dihubungi oleh pihak sekretariat selepas tarikh tutup penyertaan untuk taklimat seterusnya.

DOCS.GOOGLE.COM
JEMPUTAN USAHAWAN BUMIPUTRA MENEMBUSI PASARAN TANAH BESAR CHINA. Menjemput para usahawan Bumiputra yang terlibat dalam industri / produksi makanan dan minuman HALAL, serta usahawan pelancongan destinasi-destinasi utama di Malaysia, ke Expo Halal ASEAN + 6.


Halaman Disukai · 2 jam 
Berita yang tular ini, disahkan PALSU oleh KKM!
Foto Kelab Che Det.
Syiah: Dr Rozaimi Ramle jawab Hanipa Maidin
Dr. Ustaz Rozaimi Ramle
Foto Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith.
Saya membaca kenyataan YB Hanipa Maidin terhadap saya. Nasihat yang beliau tulis kepada saya membuatkan saya tersenyum sendirian. Katanya hentikan main isu mazhab. Dan katanya saya tidak menguasai isu antarabangsa.

Ingin saya katakan kepada YB, jika YB biasa membaca buku syiah mungkin kitab dalam keratan gambar ini YB pernah baca. Lihat betapa Khumaini yang menjadi tokoh syiah memberi komentar terhadap kedudukan Aisyah, Talhah dan al-Zubair yang merupakan sahabat Nabi sallallah alaih wasallam dikaitkan dengan lebih jijik dari anjing dan babi dalam kitabnya.

YB mengatakan YB tidak menjadi syiah dengan membaca kitab syiah. Saya memasang anggapan bahawa sebab penghinaan terhadap sahabat seperti inilah menjadikan YB tidak menjadi syiah.

Namun saya mengharapkan juga agar YB tidak menganggap mereka pejuang Islam sejati dengan hanya melawan golongan kuffar.

Jika YB tidak mahir bahasa Arab untuk membaca kitab ini, elok belajar bahasa arab dulu sebelum baca kitab syiah. Saya boleh ajar YB bahasa Arab asas seperti anta antuma antum.

Biarlah saya bodoh politik antarabangsa, tapi saya tidak rela menjadi tidak cerdik terhadap isu akidah.

Seingat saya YB pernah menulis bahawa YB suka membela ornag yang ditindas. Nah, ibu kita Aisyah ditindas dan dihina, jom kita sama-sama bela!

Dr Rozaimi Ramle
at 8/28/2018 08:30:00 PTG
KERENGGA: Syiah: Dr Rozaimi Ramle jawab Hanipa Maidin
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/syiah-dr-rozaimi-ramle-jawab-hanipa.html


Thản nhiên cho cá sấu khổng lồ 'ăn thịt' chuẩn bị sẵn
https://tinnhanh.dkn.tv/giai-tri/than-nhien-cho-ca-sau-khong-lo-an-thit-nguoi-dan-ong-khien-bao-nguoi-mot-phen-hu-via.html

Adakah mereka ini menolak menolak fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa Syiah itu sesat

Hentilah mainkan isu mazhab, Hanipa tegur Rozaimi

Jarang-jarang berlaku, tetapi sesekali Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri 'membela' parti yang selalu menjadi kecamannya, iaitu PAS.

Kali ini Hanipa Maidin mempertahankan tindakan pemimpin PAS berbaik-baik dengan Iran tetapi dikritik seorang pendakwah terkenal di negara ini Dr Rozaimi Ramle.

Kata Hanipa penglibatan PAS dengan Iran bukan sesuatu yang baru, malah pemimpin parti terbabit yang sangat dihormati ramai, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah ke Iran.

Malah kata Hanipa bekas mursyidul am PAS berkenaan menyertai program dianjurkan oleh penganut Syiah.

"Tapi itu bukan bermakna mereka Syiah. Kita perlu adil walaupun terhadap orang yang kita tak suka," katanya.

Hanipa berkata demikian sebagai mengulas laporan Malaysiakini mengenai teguran Rozaimi terhadap penyokong PAS.

Kata Rozaimi, penyokong PAS dilihat bersikap taasub kerana mengecam seorang menteri negara ini yang mengadakan program di kawasan petempatan negara jiran yang didiami penganut Syiah tetapi mempertahankan kunjungan Datuk Seri Abdul Hadi Awang ke Iran pada penghujung 2016.

"Apabila melihat berita ini, dengan hormat, saya ingin kata mungkin orang parti tu pun boleh kata pada Dr (Rozaimi): enta pun dua kali lima juga... taasub dari segi lain," kata Hanipa.

Justeru Hanipa yang juga anggota parlimen Sepang menyarankan pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris itu tidak berhujah menggunakan isu perbezaan mazhab.

"Jadi berhentilah mainkan isu mazhab ni Dr. Ia hanya membuat imej dan reputasi anda merosot," katanya.

Menurut Hanipa beliau sendiri banyak membaca kitab-kitab ulama Syiah semasa masih bersekolah.

Bagaimanapun kata Hanipa tindakan itu tidak menyebabkan beliau bertukar menjadi penganut fahaman Syiah.

"Saya tetap kekal dalam mazhab Sunni walaupun banyak kali difitnah dan dituduh bermazhab Syiah. Tak ada masalah, isu kecil," katanya.
at 8/28/2018 07:30:00 PTG

KERENGGA: Adakah mereka ini menolak menolak fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa Syiah itu sesat
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/adakah-mereka-ini-menolak-menolak-fatwa.html

Penyokong PAS taasub, kata Rozaimi
Penyokong PAS boleh dianggap beramal dengan sifat taasub apabila tidak bersikap tekal semasa berdepan dengan isu berkaitan Syiah.

Menurut pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr Rozaimi Ramle, pihak terbabit dilihat mengecam hebat musuh politik mereka kerana dipercayai membuat program di kawasan yang ada kaitan dengan penganut Syiah.

Pada masa sama, kata Rozaimi penyokong PAS mempertahankan pemimpin mereka apabila ketika tokoh terbabit melawat Iran ketika negara itu berperanan dalam perang di Syria.

"Sewaktu pimpinan mereka bersentuhan dengan pimpinan Iran pada waktu Iran mempunyai peranan di perang Syria dulu, ketika (itu) pimpinan mereka mengatakan Syiah hanyalah mazhab dan hanya berkhilaf secara ilmu, (lalu) mereka pertahankan pimpinan tersebut," katanya malam tadi.

Rozaimi berkata demikian sebagai reaksi kepada kritikan penyokong PAS kepada seorang menteri kerana mengadakan korban di selatan Thailand baru-baru ini.

Ia menjadi isu kerana petempatan tersebut didakwa didiami penganut Syiah. Malah gambar menteri terbabit bersama tokoh tempatan serta kitab-kitab ajaran Syiah turut memanaskan keadaan.

Kritik kedua-duanya

Rozaimi sendiri memberikan pandangannya terhadap gambar tular itu.

“Saya diberikan dengan gambar ini. Saya tidak tahu adakah ia gambar tulen atau gambar edit.

"Cuma saya ingin ingatkan kitab belakang itu adalah kitab yang dikaitkan dengan Syiah.

“Jika gambar ini tulen, mohon menteri berhati-hati," katanya.

Untuk rekod pada Disember 2016 Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikritik kerana membuat kunjungan ke Tehran bagi menghadiri satu persidangan antara mazhab di ibu negara Iran berkenaan.

Antara yang mengecam Abdul Hadi ialah Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS), Dr Yusuf al-Qaradawi.

Kata Yusuf, penyertaan Abdul Hadi tidak dapat diterima kerana ketika itu Iran melaksanakan kekejaman ke atas rakyat Syria.

"Ketika ini KUIS menunggu Syeikh Abdul Hadi untuk menarik diri daripada kunjungan yang tidak pernah dipersetujui ini, tidak kena pada masanya dan tidak juga pada tempatnya!" kata kenyataan berbahasa Arab berkenaan.

Abdul Hadi ialah naib ketua KUIS.

Menurut Rozaimi sikap yang ditunjuk oleh penyokong PAS itu dikenali sebagai taasub.

"(Dianggap) salah apabila pihak lain buat, dibela apabila tokoh sendiri lakukan.

"Adapun saya, saya mengkritik tindakan kedua-duanya," kata Rozaimi.

Terdahulu Rozaimi menyatakan seseorang penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah yang ikhlas pada agamanya tidak akan sesekali meredai ajaran yang mempertikaikan kredibiliti sahabat Nabi Muhammad SAW serta isteri-isteri baginda seperti dilakukan oleh sebahagian orang Syiah.

"Oleh itu, kita sangat sensitif terhadap isu ini.

"Justeru, saya menunggu penjelasan berkaitan pemimpin negara yang dikaitkan dengan majlis bersama syiah.

"Jika tidak ada penjelasan rasional diberikan maka saya kira rakyat berhak menolak ahli politik seperti ini dalam PRU akan datang.

"Jangan biarkan isu ini diambil sambil lewa. Berpolitik jangan sampai menggadaikan prinsip agama!" katanya.
-malaysiakini
at 8/28/2018 04:01:00 PTG
KERENGGA: Penyokong PAS taasub, kata Rozaimi
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/penyokong-pas-taasub-kata-rozaimi.html

Husam, Razali antara Senator dilantik di Dewan Negara
4:40 PTG      Pejuang Perubahan      No comments
Husam, Razali antara Senator dilantik di Dewan Negara hari ini
Husam, Razali antara Senator dilantik di Dewan Negara hari ini
Pengerusi Parti Priumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Terengganu Datuk Razali Idris akan bersama-sama beberapa senator baharu Pakatan Harapan dalam majlis angkat sumpah Anggota Dewan Negara hari ini, berdasarkan notis Parlimen.

Menurut notis pejabat media parlimen itu, Razali dilantik oleh Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Pada PRU14 lalu, Razali bertanding di kerusi parlimen Hulu Terengganu dan tewas kepada calon Umno Datuk Rosol Wahid.

Manakala itu, Naib Presiden AMANAH Husam Musa pula akan mengangkat sumpah pada satu tarikh lain kelak. Difahamkan Husam sedang berada di Mekah bagi menunaikan ibadah haji.
Seramai 12 orang senator baharu akan mengangkat sumpah di Dewan Negara pada hari ini, yang mana 11 orang merupakan wakil Pakatan Harapan (PH) dan seorang daripada Parti Warisan Sabah (Warisan).

Termasuk Husam, anggota Dewan Negara bakal bertambah menjadi 68 senator dengan dua lagi kerusi masih kosong.

Walaupun dengan pelantikan ini, PH masih belum menguasai majoriti Dewan Negara. Sekarang, terdapat 32 senator yang mewakili BN dan tiga senator Pas daripada 55 senator di Dewan Negara.
mdl
Husam, Razali antara Senator dilantik di Dewan Negara ~ AGEN PERUBAHAN ®
http://agendsai.blogspot.com/2018/08/husam-razali-antara-senator-dilantik-di.html

Rafizi atau Azmin jadi pengganti Anwar?
Zin Mahmud
Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah dipastikan menjadi presiden PKR apabila menang bertanding untuk jawatan itu 5 Ogos lalu. Hanya menunggu pengesahan selepas pemilihan parti pada 13 Oktober ini.

Pada tarikh itu bagaimanapun, akan ditentukan siapa timbalan presiden PKR dan pengganti Anwar, iaitu sama ada Datuk Seri Azmin Ali atau Rafizi Ramli.

Dalam pada itu, Pakatan Harapan (PH) sudah menentukan siapa pengganti Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, iaitu Anwar. Perkara ini sudah dipersetujui Majlis Presiden PH, walaupun ada penyokong Dr Mahathir tidak mahu Anwar menjadi penggantinya.

Malah, cakap-cakap politik menyebut ada pihak yang mahu menghalang Anwar menjadi perdana menteri dan digantikan dengan Azmin.

Tetapi, Dr Mahathir menegaskan beliau berpegang pada persetujuan parti-parti PH sebelum pilihan raya lalu. Sokongan DAP dan Amanah kepada Anwar sebagai pengganti Dr Mahathir adalah padu.

Walaupun secara rasmi kedudukan keempat-empat parti – PKR, PPBM, DAP dan Amanah adalah setaraf dan keputusan Majlis Presiden berbentuk konsensus, tetapi pemahamannya adalah pada asasnya PH merupakan kerjasama antara PKR dan PPBM dengan dokongan penting DAP dan Amanah, sebab itu pembahagian kawasan pilihan raya lalu didominasi PKR dan PPBM.

Walaupun PKR memenangi kerusi paling banyak di Dewan Rakyat dalam kalangan parti-parti PH, tetapi Dr Mahathir dipilih sebagai perdana menteri.

Bagaimanapun, PH tidak pernah berbincang siapakah yang bakal menjadi timbalan perdana menteri apabila Anwar menggantikan Dr Mahathir kelak.

Apa yang difahami ialah kerjasama PKR dan PPBM sebagai asas PH akan berterusan. Jika itu berlaku, apabila Anwar menjadi perdana menteri, seharusnya Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi timbalannya perdana menteri.

Maka, struktur penggantian pemimpin dalam PH akan berterusan seperti penggiliran antara PKR dan PPBM.

Selepas Anwar, maka Muhyiddin akan menggantikannya dengan timbalannya daripada PKR yang dijangka Azmin, jika beliau ketika itu sudah menjadi presiden partinya. Kemudian, jika Azmin menjadi perdana menteri, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pula menjadi timbalannya.

Tetapi, proses perjalanan politik tidak seperti itu. Apa yang dirancang atau dibayangkan ahli politik dan para pengikutnya tidak semestinya akan berlaku. Sejarah politik Malaysia penuh dengan ahli-ahli politik yang gagal menjadi pemimpin negara.

Datuk Onn Jaafar, pengasas Umno yang berpandangan jauh mahukan parti itu menjadi pertubuhan siasah
Malayan ditolak para perwakilannya. Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pimpinannya juga ditolak para pengundi.

Tunku Abdul Rahman menjadi perdana menteri pertama negara dan timbalannya juga berjaya menjadi perdana menteri, tetapi harapan Tun Abdul Razak Hussein menjadikan Tun Dr Ismail Abdul Rahman sebagai penggantinya tidak pula tercapai, sebaliknya Tun Hussein Onn yang menjadi perdana menteri.

Ramai dalam kalangan Umno ketika itu membayangkan Tengku Razaleigh Hamzah akan menjadi timbalannya, tetapi Hussein memilih Dr Mahathir.

Apabila Dr Mahathir menjadi perdana menteri, beliau tidak memilih Tengku Razaleigh. Beliau mengambil Tun Musa Hitam, tetapi Musa tidak menjadi perdana menteri, begitu juga Tun Ghafar Baba yang menggantikannya.

Malah, Anwar yang tidak dihalang Dr Mahathir daripada melawan Ghafar juga tidak dapat menjadi perdana menteri, sebaliknya Tun Abdullah Ahmad Badawi yang pernah disingkirkan Dr Mahathir menjadi perdana menteri.

Timbalan Abdullah ialah Datuk Seri Najib Razak yang mendapat sokongan Dr Mahathir ketika itu menjadi pemimpin utama negara.

Muhyiddin yang sepatutnya menjadi perdana menteri menggantikan Najib, jika Umno terus berkuasa akhirnya hanya menjadi timbalan presiden parti itu.

Tanpa Muhyiddin, banyak pihak tentu beranggapan pemimpin yang akan menggantikan Najib kelak sama ada Datuk Seri Hishammuddin Hussein atau Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Selama 61 tahun, mereka yang berpeluang menjadi perdana menteri adalah orang Melayu dari Umno, itupun hanya apabila Umno berkembang ke Sabah, baru ada peluang Bumiputera negeri itu menjadi perdana menteri.

Datuk Seri Shafie Apdal pun dapat peluang menjadi naib presiden Umno setaraf dengan Zahid dan Hishammuddin.

Tetapi, pilihan raya umum ke-14 hari itu melenyapkan sebarang impian orang Umni untuk melihat Zahid atau Hishammuddin menjadi perdana menteri dalam waktu terdekat ini.

Dengan terputusnya pemerintahan Umno yang berterusan ini, kepimpinan tertinggi negara tidak lagi ditentukan para perwakilan Umno.

Jawatan perdana menteri berkemungkinan boleh dipegang ahli politik, sama ada dari Barisan Nasional (BN) atau PH. Kalau BN boleh kembali berkuasa pada pilihan raya umum, maka berpeluanglah Zahid menjadi perdana menteri.

Namun begitu, walaupun PH kini berpeluang menampilkan pemimpinnya sebagai calon perdana menteri, tokoh yang berkaliber itu masih asalnya dari Umno. Dr Mahathir, Anwar, Muhyiddin dan Azmin asalnya ialah orang Umno.

Buat masa ini, ahli politik adalah pada pemilihan PKR. Apakah akan terjadi jika Rafizi dapat mengalahkan Azmin? Adakah PKR akan berpecah dan penyusunan politik kepartian akan berlaku?

Atau sebaliknya yang berlaku, tidak kiralah sama ada Azmin atau Rafizi yang menjadi timbalan presiden PKR, parti itu akan menegaskan dominannya dalam PH dengan tidak memerlukan dokongan PPBM, DAP dan Amanah.

Ada ahli dan penyokong Umno mengharapkan parti mereka akan kembali dominan seperti dahulu. Di dunia, banyak parti lama yang kehilangan kuasa, berjaya kembali memerintah negara.

Akhirnya, pilihan pemimpin negara terserah kepada pengundi. Ramai kalangan rakyat mahu maju ke depan dan tinggalkan politik lama. Itulah yang dimaksudkan Malaysia Baru.

Sebab itu sambutan Hari Kebangsaan ke-61 tahun ini amat bermakna bagi pendokong Malaysia Baru. Mereka pasti mengharapkan Dr Mahathir dan Anwar tidak mengecewakan mereka, dan tidak mengembalikan Malaysia ke zaman seperti pemerintahan parti lama mereka.

Zin Mahmud merupakan bekas pengarang kanan Utusan Malaysia.
at 8/28/2018 05:31:00 PTG 

KERENGGA: Rafizi atau Azmin jadi pengganti Anwar?
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/rafizi-atau-azmin-jadi-pengganti-anwar.html


Tiada ulasan: