Sabtu, 18 Ogos 2018

Bola Sepak Malaysia Sukan Asia 2018. 8062.


Langkah kanan skuad muda Harimau Malaya di Bandung
PEMAIN sayap skuad bawah 23 tahun negara, Safawi Rasid menjaringkan

PEMAIN sayap skuad bawah 23 tahun negara, Safawi Rasid menjaringkan gol pembukaan buat Malaysia selepas menewaskan Kyrgyztan 3-1 di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung dalam Sukan Asia 2018 Jakarta-Palembang, disini, hari ini.

JAKARTA 15 Ogos - Skuad bawah 23 tahun negara (B-23) memulakan kempen Sukan Asia 2018 langkah kanan selepas menundukkan Kyrgystan 3-1 dalam aksi pertama Kumpulan E di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung, sebentar tadi.

Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee membuka tirai jaringan pada minit ke-37 menerusi sepakan penalti Safawi Rashid sebelum Ernist Batyrkanov menyamakan kedudukan pada minit ke-55.

Enam minit berselang, Akhyar Rashid kembali meletakkan Malaysia kembali di hadapan menerusi jaringan kedua sebelum Syafiq Ahmad melengkapkan kemenangan 3-1 pada minit ke-78.

Skuad negara akan beraksi dalam perlawanan kedua menentang Korea Selatan di venue yang sama, Jumaat ini.

Pencapaian terbaik pasukan bola sepak negara di pentas Sukan Asia adalah ketika meraih pingat gangsa di Sukan Asia 1962 di Jakarta dan edisi 1974 di Tehran.-UTUSAN ONLINE

MENCONTENG UNTUK PERUBAHAN™
merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ...
Mengejutkan Malaysia benam Korea Selatan 2 - 1
Sukan Asia: Malaysia kalahkan juara bertahan Korea Selatan 2-1

Kemenangan ini bermakna Malaysia mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati selepas mencatat kemenangan kedua berturut-turut dalam saingan kumpulan E.
SAFAWI RASID muncul wira skuad bawah 23 tahun negara apabila menjaringkan dua gol untuk Malaysia menewaskan Korea Selatan 2-1 dalam perlawanan bola sepak Sukan Asia 2018 di Stadium Si Jalak Harupat di Bandung, Indonesia.

Kemenangan ini bermakna Malaysia mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati selepas mencatat kemenangan kedua berturut-turut dalam saingan kumpulan E.

Malaysia berada di depan pada minit ke-5 apabila Safawi memanfaat peluang kekeliruan penjaga gol Korea, Song Bumkeun dengan pertahanannya untuk menjaringkan gol pertama perlawanan.

Malaysia yang lebih banyak bertahan dalam perlawanan ini menyaksikan penjaga gol negara, Haziq Nazli cemerlang menyelamatkan percubaan jarak dekat Hwang Hee Chan untuk Malaysia kekal di depan pada minit ke-34.

Anak buah Datuk Ong Kim Swee mendapatkan gol kedua apabila Safawi merembat dari jarak jauh berjaya menewaskan Bumkeun pada masa kecederaan babak pertama.


Korea kemudian memasukkan bintang Tottenham Hotspur, Son Hyeung Min pada minit ke-57, untuk membantu jentera serangan mereka.

Hwang Ui Jo berjaya merapatkan jurang apabila menyudahkan hantaran cantik Lee Jinhyun pada minit ke-88.

Hyeung Min mempunyai peluang untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-90 menerusi sepakan percuma, namun tendangannya sedikit tersasar.

Sebelum ini, Malaysia mengalahkan Kyrgyzstan 3-1 dalam perlawanan pertama kumpulan E, manakala Korea membelasah Bahrain 6-0.

Selepas ini Malaysia akan bertemu Bahrain dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada 20 Ogos jam lapan malam waktu Malaysia.

https://penburukonline.blogspot.com/2018/08/mengejutkan-malaysia-benam-korea.html
Mengejutkan Malaysia benam Korea Selatan 2 - 1 ~ Menconteng Untuk Perubahan™

























Tiada ulasan: