Selasa, 21 Ogos 2018

Cari penyakit usah diamal. 8082.


Foto Chinta Raudhah.
tumpang sekole...?
nasi kandaq kedai mamak, anak mami juai pesemboq, lepaih baca jangan dok syiok, kalu-kalu SB jengok kot dapoq...

21 August 2018
MCA memang hipokrit kerana setuju bayaq syarikat AES ni...
Related image
Menteri Pengangkutan Anthone Loke membidas MCA yang mengkritik keputusannya untuk membatalkan semua saman AES sehingga 31 Ogos.

Loke berkata, masalah berhubung AES berpunca daripada tindakan MCA ketika berada dalam kerajaan.

"Saya boleh menerima kritikan daripada sesiapa kecuali pemimpin MCA kerana mereka adalah orang yang paling hipokrit.

"Bekas Menteri pengangkutan yang juga merupakan pemimpin MCA yang menandatangani perjanjian ini... Hanya orang yang tidak cerdik menandatangani perjanjian ini.

"Jadi guna otak sebelum bercakap, apa yang anda katakan hari ini memberi gambaran yang sangat buruk kepada menteri-menteri MCA," katanya kepada sidang media di Putrajaya hari ini.

Loke berkata demikian sebagai menjawab kritikan daripada Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Wee Ka Siong dan Setiausaha Agung Pemuda MCA Leong Kim Soon berhubung tindakan kementerian pengangkutan membatalkan semua saman AES minggu lalu.
Related image
AES mula berkuat kuasa ketika pemimpin MCA, Kong Cho Ha menjadi menteri pengangkutan pada 2012.

Jelas Loke, ketika Presiden MCA Liow Tiong Lai mengambil alih portfolio itu pada 2014, Liow juga tidak serius dengan penguatkuasaan dan tidak berusaha mengutip 80 peratus saman itu yang masih tidak berbayar.

"Dua-dua mereka tidak serius dengan perkara ini," katanya.

Tambah Loke, disebabkan perjanjian yang tidak seimbang, kerajaan tidak akan dapat apa-apa daripada saman AES yang dibayar, selepas ia diberi diskaun kepada RM150.

Ini kerana, katanya, perjanjian yang ditandatangani pengendali AES, ATES Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd, dua firma yang berhak ke atas 50 peratus saman AES yang dikutip berdasarkan kadar asal RM300.

"Jadi kalau kita kutip RM150 sekarang, ia hanya akan diambil oleh syarikat berkenaan," katanya.

Kata Loke, kerajaan juga perlu membayar RM16 untuk setiap saman yang dikeluarkan oleh dua syarikat berkenaan tanpa perlu mengambil kira sama ada saman itu dikutip atau tidak.

Kedua-dua syarikat berkenaan, katanya, sudah mengaut RM129 juta daripada dua peringkat perjanjian itu.

Jumlah itu, tambahnya, jauh melebihi kos kesemua 47 kamera AES yang dipasang yang dianggarkan RM250,000 satu kamera, atau RM10 juta kesemuanya.

"Syarikat berkenaan sudah buat untuk yang besar," katanya. - mk


Pesan arwah tok guru kepada PAS...
Hadi Awang membawa penyokong2 Pas bernostalgia menyelami sejarah sebelum merdeka. 'Pas pernah bersama sepentas dengan Umno di waktu itu.'

Usaha terdesak Hadi untuk meyakinkan ahli2 akar umbi untuk menerima dan menyokong kerjasama yang mahu dijalinkan antara Pas dan UmnoBN.
Image result for hadi awang
Ianya amat bertentangan dengan pesanan arwah TGNA berhubung isu yang sama (lihat video).

UmnoBN hari ini sudah rosak teruk dan busuk hingga ke usus jika dibandingkan sebelum Najib Razak menjadi Presiden Umno/PM Malaysia. 

Di kala ini Hadi mahu Pas menjalinkan kerjasama dan berkemungkinan bergabung dengan UmnoBN?? - f/bk
Lebai syiok sendiri...
100 days and the ten deadly sins...

In the past, we did not listen critically and analyse what our politicians were up to. We allowed things to slide and we complained only when things were almost at the point of no return.

We have passed the 100 days of Pakatan Harapan rule. If we become complacent, the chances are that they will end up being Umno Baru 2.0.

Here are ten reasons why you, as the most powerful person in Malaysia, are resistant to change. We need to get rid of these bad habits, to exercise our power and be instruments for change.

Gossip

Who doesn’t love a bit of gossip? Some of us thrive on it. We are aware that denigrating someone who is not present is a disgusting habit. We also know that the person with whom we are gossiping will within a few minutes gossip about us, and yet we persist.

Drama

TV3 has made use of our ability to be absorbed by mindless, mind-crippling drama. When we want to engage others in serious conversation about important issues, people look away and switch off.

We do nothing when things go wrong instead of speaking up and complaining to the relevant people about poor customer service, or something which is underperforming, because we have more important things to do, or cannot be bothered.

How can anyone even begin to help a person who will not help himself?

Being judgemental

Imagine an injustice being perpetrated against a member of the LGBT community. We speak out, but some people criticise those who are trying to help. When will we start to listen without being judgemental?
Negativity

When there are problems in the community, like the rights of non-Muslims being trampled upon, we do nothing and instead of taking action, we say, “What can I do? The Syariah Court is all-powerful, and I do not have the remotest chance of winning.”

People give up too easily because they think they cannot do anything; but have they tried?

Complaining

Instead of complaining to the relevant people about incompetence, we do nothing and give up at the slightest hint of resistance.

Complaining followed by inaction seems to be a national pastime, but it will not resolve any issue. We complain about everything. The weather. The economy. The education. The roads.

Some people in Umno Baru have made complaining an art form. The economy is bad. Blame it on DAP. The currency is falling. Blame it on the Chinese. Food prices have risen. It is the Singaporeans’ fault. The rain is non-stop. Blame it on the Christians who stopped Malaysia from adopting hudud laws.

Excuses

You have been treated badly but refuse to complain about this abuse of power, your excuse for doing nothing is that you know nobody and you will lose. So, you justify inaction with a multitude of reasons.

Exaggeration

Umno Baru and PAS politicians say that only their party can defend the Malays and protect Islam. Do we confront the politicians and ask, “Defend the Malays from what? Protect Islam from whom?”

Malays enjoy positions of power in the civil service, armed forces, GLCs, and many other institutions. Islam is the official religion of Malaysia. The Malays comprise 60 percent of the population. Why should they exaggerate their fear of being threatened?

Dogmatism

This is like being bombarded with facts and someone else’s opinions, or fake news. Instead of checking to see if these stories are true, we share this information with others and claim that it is the gospel truth. It makes listening very difficult.
These ten deadly sins hamper our ability for progress, but the good news is that one way forward for Malaysians, is to ‘MATI.’

'MATI'

‘M’ is for the Malaysian identity and Malaysian values. It could also stand for materialism.

As the nation grew and many became wealthier, we forgot our values, we became greedy, ignored the poor and the needy, and pursued material wealth. At the same time, most of us identified ourselves or allowed others to portray us as Malay, Chinese, Indian, Orang Asli, Sarawakian or Sabahan. In ‘new Malaysia’, we need to forge a new Malaysian identity.

‘A’ is for alarm and accountability, or it could stand for apathy.

For decades, we were consumed with apathy. When we saw that our leaders were not serving the rakyat but themselves, we finally saw the importance of leaders who were accountable for their actions.

‘A’ could also be for action. And in the 14th general election we voted for change.

‘T’ is for thought or thinking, and for tolerance, or rather the lack thereof.

In ‘new Malaysia’, we should start to think about our actions. When Najib said that only Umno Baru can save Islam, we were too lazy to listen critically and tell him off for talking bullshit.

‘I’ is for integrity and intellect, or thinking things through. I is also for ‘I’.

What is personal and professional integrity? Why are there lapses in the judiciary, the police force, the education system and in the public service? Why did we let things slide?

Rebuilding Malaysia is not about you, or me, Dr Mahathir Mohamad, Pakatan Harapan, or even Umno. It is also about the future of our children and their children.

We are investing in their future and hope to create a country which they will learn to love, as we love our country. The success of Malaysia is tied to the success of everyone. Malay. Chinese. Indian. Orang Asli. Iban and Kadazan.

We need to iron out our differences, educate everyone and build our children’s future. We may not see the results of our work, but they will. That is why we need to continue to talk with one another, even on sensitive issues, and learn from each other’s stories. - Mariam Mokhtar,mk
No automatic alt text available.

Image may contain: 15 people, people smiling, people standing, text and outdoor


Image may contain: 6 people, people smiling, text


Image may contain: 15 people, people smiling, people standing and text


Image may contain: 2 people, text




Image may contain: 2 people, people smiling, text


cheers.
https://alditta.blogspot.com/2018/08/mca-memang-bangang-kerana-setuju-bayaq.html
tumpang sekole...?: MCA memang hipokrit kerana setuju bayaq syarikat AES ni...

MENCONTENG UNTUK PERUBAHAN™
merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ...


TV3, bekas calon Permatang Pauh cuba 'pujuk' Anwar Selesai luar mahkamah

Dua daripada tiga defendan yang terlibat dalam saman bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengusulkan untuk membuat penyelesaian di luar mahkamah.

Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) dan bekas calon BN pada pilihan raya umum ke-13 bagi parlimen Permatang Pauh Datuk Dr Mazlan Ismail mengusulkan perkara itu di hadapan hakim, kata peguam Sangeet Kaur Deo yang mewakili Anwar.

Katanya, seorang lagi defendan, wakil Utusan Melayu (M) Berhad diminta untuk mendapatkan arahan sama ada berhasrat mengambil keputusan sama.

"Dua defendan membuat cadangan untuk penyelesaian (di luar mahkamah). Pihak kami sudah menghantar cadangan balas, jadi syarat-syarat sedang dalam proses untuk diselesaikan antara kedua-dua defendan pihak kami.

"Defendan ketiga pula menerima arahan sama ada mereka mahu penyelesaian di luar atau tidak. Kami ditetapkan (oleh mahkamah) untuk datang semula Jumaat, dengan harapan mencapai penyelesaian dengan pihak yang bersedia," kata Sangeet kepada pemberita selepas berjumpa dengan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Faizah Jamaluddin hari ini.

Sementara itu, peguam Utusan Azhar Arman Ali berkata beliau diarahkan untuk mendapat arahan lanjut daripada anak guamnya untuk menentukan pendirian mereka.

Anwar menyaman TV3, Utusan dan Mazlan berhubung kenyataan yang dibuat Mazlan dan dilaporkan oleh dua media berkenaan yang didakwa memfitnah bahawa pemimpin PKR itu merasuah kehakiman dan Pejabat Peguam Negara.

https://m.malaysiakini.com/news/439662
http://penburukonline.blogspot.com/2018/08/tv3-bekas-calon-permatang-pauh-cuba.html
TV3, bekas calon Permatang Pauh cuba 'pujuk' Anwar Selesai luar mahkamah ~ Menconteng Untuk Perubahan™

MENCONTENG UNTUK PERUBAHAN™
merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ...


Wan Asshima Kamarudin rupanya ahli PAS?
Mulanya aku memang tak berapa kenal Wan Asshima Kamarudin, cumanya aku try google. Jumpa benda ni ...

BEKAS Ahli Jawatankuasa Kerja Puteri Umno Bahagian Klang, Wan Asshima Kamaruddin mendedahkan beliau memutuskan meninggalkan Umno kerana parti tersebut gagal membuktikan perjuangannya dalam memartabatkan Islam.

Beliau mendedahkan setelah 17 tahun aktif bersama Puteri Umno, pengasas badan bukan kerajaan (NGO) Alif Ba Ta Srikandi Masyhur nekad memilih berjuang bersama PAS demi mempertahankan agama, bangsa dan tanah air.

"Saya rela lepaskan dan rela buang segalanya termasuk pangkat kerana saya yakin perjuangan ini kerana Allah. Kita lihat pada musuh kita yang satu, DAP yang mana boleh kita kongsikan pengalaman kita melihat sendiri bagaimana runtuhnya akidah dan budaya songsang yang mana mereka telah liberal.

"Secara haram mereka hidup seolah-olah menghalalkan matlamat yang haram, meminta hak perkahwinan sesama sejenis, menghasut serta memfitnah pemimpin tuan guru kita.

"Bagi siapa sahaja yang telah menghina ulamak ini seolah-olah mereka telah menghina Islam. Saya sebenarnya telah terpanggil dan rela bangkit berjuang habis-habisan demi masa depan pewaris bangsa," katanya.

Katanya, biarpun pertubuhannya terdiri daripada puteri Umno dan juga exco, namun beliau nekad mengambil langkah mudah, biarlah yang berada di dalam pertubuhannya itu merangkumi mereka yang ingin berjuang bersamanya demi agama dan bangsa.

"17 tahun saya bersama Umno, 17 tahun juga saya bersama dengan puteri Umno dan saya sendiri menang bertanding di kawasan bahagian Klang sebagai AJK Puteri Umno Bahagian. Saya rela melepaskannya kerana bagi saya mudah sahaja, kalau kamu tidak boleh bawa Islam saya akan tinggalkan kamu," katanya.

Wan Asshima ditemani ibunya membuat pengumuman dan menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi disaksikan oleh Ketua Dewan Muslimat Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh pada program Ceramah G-Salam 6.0 anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat, bertempat di Darul Tarbiyah, Kampung Malaysia Tambahan, Kuala Lumpur semalam.

Turut hadir pada program tersebut adalah Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pahang, Ustaz Mokhtar Senik, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan, Mohammad Nor Mohamad dan AJK PAS Pusat, Dr Rosni Adam. - HARAKAHDAILY 16/10/2017

sumber: 
http://www.harakahdaily.net/index.php/berita/3331-bekas-puteri-umno-nekad-berjuang-bersama-pas

Tak mungkin kot Wan Asshima ni sama seperti video kat atas. Ni mungkin pelanduk dua serupa hahahahahaha, Sebetulnya beginikah yang diajar dalam parti .... Parti suci murni. 

Aku harap bukan setakat laporan polis. Sila sumbat mulut dia dengan saman.

Dua laporan polis dibuat terhadap Pengerusi Gerakan Muslimah Malaysia Wan Asshima Kamaruddin di Ibu Pejabat polis Dang Wangi berhubung dakwaan fitnah menyatakan menteri wilayah dan menteri di Jabatan Perdana Menteri menganjurkan pesta gay terbesar di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Laporan polis itu dibuat oleh Zulhazmi Shariff, pegawai tugas-tugas khas menteri wilayah yang juga peguam mewakili Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad dan Hisham Fauzi, pegawai tugas-tugas khas kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Kedua-dua laporan polis itu merujuk kepada fitnah yang didakwa dibuat Wan Asshima di laman Facebooknya terhadap kedua-dua menteri berkenaan baru-baru ini.

“Beliau (Wan Asshima) menuduh menteri wilayah membenarkan penganjuran pesta gay besar-besaran melalui video di laman Facebook miliknya, tetapi (video itu) telah dipadam.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/08/20/pesta-gay-dua-menteri-buat-laporan-polis/ 

Aku harap dia ni bukan ahli PAS.
http://penburukonline.blogspot.com/2018/08/wan-hashimah-kamarudin-rupanya-ahli-pas.html
Wan Asshima Kamarudin rupanya ahli PAS? ~ Menconteng Untuk Perubahan™

MENCONTENG UNTUK PERUBAHAN™
merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ...

Berita baik untuk golongan pendapatan rendah B40

Skim insurans kesihatan sosial untuk golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) akan dilaksanakan bermula Januari tahun hadapan, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata perbincangan mengenai skim yang komprehensif itu memasuki peringkat akhir dan bakal diperluaskan kepada kategori lain termasuk untuk golongan isi rumah berpendapatan pertengahan (M40).

Beliau berkata kementerian sedang membuat perincian, penelitian dan penjelasan berhubung beberapa perkara termasuk sumber kewangan untuk membiayai skim itu sebelum dimasukkan ke dalam Bajet 2019.

Ia masih melibatkan proses perbincangan dan penyelarasan bersama pihak kementerian, Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan berhubung beberapa isu penting.

“Saya mahu skim ini diteliti sebaik mungkin sebelum ia dibentangkan kepada umum,” katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan kementeriannya di Putrajaya hari ini.

Dzulkefly turut menjelaskan skim insurans kesihatan sosial itu adalah berbeza daripada pelan perlindungan 1Care 1Malaysia yang diperkenalkan oleh kerajaan sebelum ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye sebelum ini dilaporkan berkata skim insurans kesihatan memungkinkan kadar minimum antara RM10,000 hingga RM20,000 setahun diberi untuk setiap keluarga, merangkumi perbelanjaan perubatan dan caj rawatan apabila ditempatkan di wad.

Dalam perkembangan lain, Dr Dzulkefly berkata pihaknya sudah mengarahkan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang untuk menyiasat aduan berkaitan penggunaan bahasa Mandarin oleh doktor pakar pada sesi taklimat kepada kakitangan bawahan selepas sesi lawatan pesakit di wad sebuah hospital di negeri berkenaan.

Terdahulu, Dr Dzulkefly melancarkan aplikasi mudah alih MyOrtho dan MyGusi bagi menyediakan satu platform yang mengandungi info interaktif, kuiz dan lokasi pergigian berhampiran.


Video kesihatan pergigian dihasilkan bertujuan bagi meningkatkan kesedaran rawatan kanal akar bagi menyelamatkan gigi daripada dicabut, katanya dalam satu kenyataan yang diedarkan pada majlis itu.

http://penburukonline.blogspot.com/2018/08/berita-baik-untuk-golongan-pendapatan.html
Berita baik untuk golongan pendapatan rendah B40 ~ Menconteng Untuk Perubahan™

Pesta gay: Dua menteri buat laporan polis
Bernama | August 20, 2018

Kedua-dua laporan polis itu merujuk kepada fitnah yang didakwa dibuat Wan Asshima di laman Facebooknya terhadap kedua-dua menteri berkenaan.
Laporan dibuat di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana fitnah jenayah dan menghasut kebencian dalam masyarakat. (Gambar fail)
KUALA LUMPUR: Dua laporan polis dibuat terhadap Pengerusi Gerakan Muslimah Malaysia Wan Asshima Kamaruddin di Ibu Pejabat polis Dang Wangi berhubung dakwaan fitnah menyatakan menteri wilayah dan menteri di Jabatan Perdana Menteri menganjurkan pesta gay terbesar di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Laporan polis itu dibuat oleh Zulhazmi Shariff, pegawai tugas-tugas khas menteri wilayah yang juga peguam mewakili Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad dan Hisham Fauzi, pegawai tugas-tugas khas kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.
Kedua-dua laporan polis itu merujuk kepada fitnah yang didakwa dibuat Wan Asshima di laman Facebooknya terhadap kedua-dua menteri berkenaan baru-baru ini.
“Beliau (Wan Asshima) menuduh menteri wilayah membenarkan penganjuran pesta gay besar-besaran melalui video di laman Facebook miliknya, tetapi (video itu) telah dipadam.
“Laporan dibuat di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana fitnah jenayah dan menghasut kebencian dalam masyarakat,” kata Zulhazmi ketika ditemui pemberita di pekarangan Ibu Pejabat polis Dang Wangi hari ini.


http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/08/20/pesta-gay-dua-menteri-buat-laporan-polis/
Pesta gay: Dua menteri buat laporan polis | Free Malaysia Today

Monday, 20 August 2018


SELEPAS ANWAR SAHKAN TIADA KOMPLOT, UNTUK APA LAGI RAFIZI BERTANDING LAWAN AZMIN?

Tahniah dan syabas kepada Anwar Ibrahim kerana dilaporkan telah menegur Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdullah Hamid berhubung dakwaan kononnya wujud komplot yang didalangi oleh Tun Daim Zainuddin untuk menghalangnya daripada menjadi Perdana Menteri.

Anwar berkata dakwaan itu adalah tidak benar kerana tiada sebarang percubaan ke arah itu sebagaimana yang didakwa oleh Abdullah Sani.
Sehubungan itu, beliau juga telah meminta Abdullah Sani agar membuat pembetulan berhubung apa yang pernah didakwanya itu.

"Saya tidak ada masalah dengan Tun Mahathir Mohamad, jadi saya nasihatkan dia agar buat pembetulan, terutama supaya ia tidak terus menular," kata Anwar lagi.

Selain banyak pihak mahu Anwar berbuat sesuatu menghentikan keceluparan Abdulah Sani, blog ini dalam laporannya pada 17 Ogos lalu juga meminta Presiden PKR itu mengambil tindakan yang sama.
Ini kerana dakwaan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Kapar itu, kiranya dibiarkan berterusan, apalagi jika tidak benar, adalah sesuatu yang tidak baik kepada PKR, Pakatan Harapan dan juga perpaduan dalam kerajaan pimpinan Tun Mahathir.

Namun, dengan Anwar sendiri mengesahkan tiada sebarang komplot untuk menghalangnya daripada menjadi Perdana Menteri serta mahu dakwaan berhubung perkara itu diperbetulkan, logiknya tiada keperluan lagi bagi Rafizi Ramli meneruskan percubaannya mahu menjatuhkan Azmin Ali daripada jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan kali ini.
Dengan Rafizi bertanding jawatan itu berdasarkan asas perjuangan utamanya untuk memastikan Presiden PKR itu dapat jadi Perdana Menteri, pengesahan tiada komplot oleh Anwar itu secara automatiknya menjadikan hasrat bekas Ahli Parlimen Pandan itu tidak lagi relevan.

Bolehkah juga mulai sekarang Anwar menyatakan sokongannya terhadap Azmin yang telah terbukti kesetiaannya sejak dulu lagi, kalau pun beliau tidak mampu menggesa Rafizi menarik diri daripada bertanding? 

(ShahbudinHusin 20/08/2018).
http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/08/selepas-anwar-sahkan-tiada-komplot.html
Shahbudin dot com: SELEPAS ANWAR SAHKAN TIADA KOMPLOT, UNTUK APA LAGI RAFIZI BERTANDING LAWAN AZMIN?

Betina ni dah melampau memfitnah YB Khalid Samad  menganjurkan dan meluluskan pesta gay terbesar di Kuala Lumpur (video)
sumber fb Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi 

Wanita ni kata Khalid Samad menganjurkan dan meluluskan pesta gay terbesar di Kuala Lumpur.

Cari penyakit semua ni...!
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/betina-ni-dah-melampau-memfitnah-yb.html
KERENGGA: Betina ni dah melampau memfitnah YB Khalid Samad menganjurkan dan meluluskan pesta gay terbesar di Kuala Lumpur (video)

Aku xminat maki-maki sebab aku tahu aku jahat. Nanti jadi tambah jahat. Nauzubillahminzalik. 
Foto Abu Garcias.
xxxxxxx punya pm ke 6..rupa2nya nk jual negara kpd komunis china.. nasib tun m selamat kn msia ku.. ini lh di perjuang kn olih macai2..

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=228168441374083&set=gm.658455534539209&type=3&theater&ifg=1
#Malaysia Baru

...-... 

Tiada ulasan: