Khamis, 23 Ogos 2018

Dalam berbuat ibadah pun ada yang tidak sedar menjadi pencuri. Nauzubillahminzalik. 8091.


Bukan setakat daging korban dikebas. Peralatan untuk buat ibadah korban milik individu pun lesap. Nauzubillahminzalik. Inilah dunia Melayu sangat hari ini. Astaghfirullahalazim.

Thursday, August 23, 2018
Sayu...nak raya, pakcik OKU dihantar anak jual kerepek nyaris tersembam
PETALING JAYA: Berkopiah dan berpakaian lusuh, seorang warga emas dilihat berjalan perlahan setapak demi setapak menggunakan alat bantuan jalan (walker).

Di depan alat bantuan itu dipasang sebuah bakul yang mengandungi beberapa pek kerepek, dan lelaki itu terpaksa meneruskan langkah meskipun kudratnya kelihatan lemah, sakit dan tidak bermaya.

Gelagat penjual kerepek di kawasan kedai dipercayai di Jitra, Kedah, itu dirakam dan dikongsikan di laman sosial pada malam Selasa.
Selain bakul berisi pek kerepek, turut digantung sebuah beg plastik besar serta setangkai beg plastik yang dipercayai digunakan untuk membungkus pek kerepek yang dibeli pelanggan.

Menerusi video yang tular sejak malam menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha, warga emas itu turut dilihat terpaksa berpaut pada meja di sebuah gerai kerana ketidakupayaannya untuk berdiri lama tanpa alat bantuan jalan.

Malah, seorang lelaki dipercayai peniaga di kawasan itu membantu mengangkat alat bantuan jalan milik pakcik berkenaan, sebelum memimpinnya untuk berjalan.
Lebih sayu, ia disaksikan sendiri oleh seorang wanita yang memuat naik video tersebut di laman sosial Facebook, Suhaida Nabila Binti Jamal Abdul Nasir.

“Allahuakhbar depan mata aku. Tergamak anak buat macam ni. Esok nak raya hantar ayah suruh jual kerepek. Ayah kalau sihat tak apa. 

“Depan mata aku pakcik ni nak tersembam, cepat kaki aku melangkah sambut pakcik. Terus ayaq (air) mata berderai. Bila tanya dah makan ke belum, dia jawab dak (belum) lagi, lapar,” menurut status yang dikongsikan Suhaida.

Menerusi video kedua yang merakamkan perbualan bersama pakcik tersebut, warga emas itu mengalami masalah untuk bertutur dan duduk dengan baik.

Posted by Abu Luqman at 10:54 AM
http://kachipemas.blogspot.com/2018/08/sayunak-raya-pakcik-oku-dihantar-anak.html

Awas! Pencuri daging korban - Mufti Perlis
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengingatkan umat Islam yang melaksanakan ibadat korban supaya berlaku amanah dan jujur dalam melakukan ibadat itu bertepatan dengan syariat Islam sebenar.

Menulis di Facebook, katanya, sikap umat zaman ini yang tidak jujur dalam kehidupan seharian mereka sehingga terbawa ke dalam perkara ibadat.

“Antara dosa yang sering berlaku semasa pengurusan korban ialah mencuri daging korban ataupun bahagian korban. Ini berlaku apabila ada pihak yang mengambil daging korban atau bahagian dari binatang korban tanpa terlebih dahulu meminta izin dari empunya korban.

“Biasanya hal ini dilakukan oleh penyembelih, pelapah dan mereka yang terlibat dengan proses pengurusan penyembelihan.

“Tanpa terlebih dahulu meminta izin dari individu yang melakukan ibadah korban itu, mereka mengambil bahagian korban yang mereka sukai. Ini terutama bahagian-bahagian yang menarik untuk mereka,” katanya.

Mohd Asri berkata, umat kini dilihat turut melanggar beberapa syariat lain apabila turut memberikan daging korban kepada tukang sembelihan binatang korban.

“Larangan memberikan daging atau selainnya sebagai upah kerja kepada penyembelih adalah termaktub dalam hadis-hadis yang sahih.

“Mereka wajib tahu bahawa tidak boleh untuk mereka mengambil daging korban atas dasar upah kerja mereka. Mereka hanya boleh menerima upah berbentuk wang atau apa sahaja selain bahagian korban yang mereka terlibat,” katanya.

Namun kata mufti Perlis itu, pemberian kepada penyembelih dan pelapah dari bahagian korban dibolehkan sekiranya ia diberikan bukan di atas dasar upah.

“Perkara ini dapat diukur dengan diandaikan sekiranya penyembelih atau pelapah tidak melakukan kerja-kerja tersebut pun sememangnya bahagian tersebut ingin diberikan kepadanya.

“Hendaklah diingatkan bahawa mereka seperti mana orang lain, hanya boleh perolehinya jika diberikan oleh tuan empunya korban dengan hati yang redha, bukan dengan mereka pandai-pandai mengambilnya,” katanya.
-malaysiakini

at 8/23/2018 03:17:00 PTG

Thursday, 23 August 2018
PENJELASAN TENTANG TUN MAHATHIR DIKATAKAN TERJATUH DI MASJID MEGARA

Tular di media sosial dimainkan oleh pihak tidak bertanggungjawab bahawa YAB Perdana Menteri telah terjatuh di Masjid Negara setelah selesai solat sunat Aidiladha semalam. 
Untuk makluman semua, saya terpanggil untuk memberi penjelasan kerana saya bersolat di sebelah beliau. Kami bersama sejak awal hingga akhir solat dan khutbah Aidiladha. 

Beliau kepenatan setelah baru pulang dari lawatan kerja ke negara China pada jam 9pm malam sebelumnya. Jadual lawatan kerja di China sangat padat. 

Namun sebagai muslim yang taat kepada agamanya, beliau tetap bersemangat untuk hadir ke Masjid Negara untuk ibadah solat walaupun dalam kepenatan. Beliau seperti kita kenali sangat berdisiplin.

Segalanya baik sahaja dari awal hingga ke akhirnya. Gambar yang diambil memberi persepsi yang kurang baik. Beliau tidak terjatuh atau tersungkur. Segalanya baik dari awal hingga pulang. 

Alhamdulillah beliau sihat  sejahtera. Semoga beliau sentiasa sihat dan di dalam lindungan Allah SWT. 

Terima Kasih,
Dato’ Haji Marzuki Yahya
Timbalan Menteri Luar Negeri.


Posted by Shahbudin Husin at 14:17
https://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/08/penjelasan-tentang-tun-mahathir.html

MENCONTENG UNTUK PERUBAHAN™
merentasi realiti ..bukan sekadar bawah tempurung media pengampu ...

Hanipah Maidin sindir siapa ni? Hehehehehe

Akhbar The Malaysian Reserve melaporkan kenyataan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan yang meramalkan berkemungkinan ada lagi beberapa skandal yang mungkin dibawa ke mahkamah selain skandal yang berkait dengan 1MDB.

Antaranya, dilaporkan skandal yang melibatkan Lembaga Urusan Tabung Haji (LTH). Apapun, itu sekadar ramalan. Jangan risau.

Sedikit sejarah LTH. Ia bermula dari penubuhan dua badan yang bertanggungjawab mentadbir urusan haji iaitu Perbadanan Wang Simpanan Bakal Bakal Haji dan Pejabat Urusan Hal Ehwal Haji. Badan yang kedua ini berpusat di Pulau Pinang.

Perbadanan Tabung Bakal Bakal Haji ditubuhkan pada tahun 1962. Ia hasil kertas kerja yang disediakan oleh Prof Diraja Ungku Aziz pada tahun 1959 yang bertajuk  Plan to Improve The Economy of Prospective Pilgrims.

Antara lain, kata Pak Ungku, ramai petani melayu-muslim yang berpendapatan rendah yang tidak mempunyai wang yang cukup untuk tunaikan haji. Mereka terpaksa jual tanah dan harta simpanan mereka untuk kumpul wang untuk pergi haji.

Siapa tidak marah

Dua badan yang saya kata tadi akhirnya disatukan pada tahun 1969 bagi membentuk LTH melalui satu Akta Parlimen iaitu Akta Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969.

Melalui LTH, kerajaan memberi subsidi kos untuk pergi haji. Dilaporkan misalnya kerajaan tanggung RM9,000 bagi setiap bakal haji. Kita amat sokong polisi ini.

Pada peringkat awal, LTH hanya melabur di sektor pertanian melalui anak syarikatnya, Syarikat Perbadanan Ladang-Ladang Tabung Haji Sdn Bhd.

Mulai tahun 1980, ia mula mempelbagaikan portfolio pelaburannya melalui penglibatan dalam sektor pembuatan (manufacturing), perumahan dan pertanian.

Kewujudan Akta Tabung Haji 1995 adalah bagi mempelbagaikan lagi skop dan fungsi LTH. Pada tahun 2013, tabung LTH mencecah RM45.7 bilion dengan 8.3 juta ahli.

20 peratus dari portfolio LTH adalah dalam pelaburan harta manakala 50 peratus dalam pelaburan ekuiti.

Dari sejarah ringkas di atas, siapalah yang tidak marah apabila membaca ada yang tak kena dengan LTH. Lagi meluap dan menggelegak bila kita baca dan dengar wang LTH dilibatkan dengan isu 1MDB.

Misalnya, isu LTH tawar untuk beli tanah TRX. Dilaporkan media, LTH beli hartanah tersebut dengan harga 43 kali ganda dari harga 1MDB bayar pada kerajaan.

Apabila isu pramugari MAS tidak bertudung, hidangan arak di dalam penerbangan atau isu LGBT para agamawan relatifnya agak riuh dan bersemangat.

Baguslah. Cuma bila isu LTH, jika riuh pun, ia tak seriuh isu-isu yang saya sebut itu. Tak tahu kenapa?

HANIPA MAIDIN merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan anggota parlimen Sepang.

http://penburukonline.blogspot.com/2018/08/hanipah-maidin-sindir-siapa-ni.html
Hanipah Maidin sindir siapa ni? Hehehehehe ~ Menconteng Untuk Perubahan™


Tiada ulasan: