Sabtu, 18 Ogos 2018

Erdogan menjatuhkan sistem sekular di Turki sehingga Islam di Turki telah kembali pulih seperti sekarang. 8067.


Kenapa ramai yang berzikir tetapi semakin dia berzikir semakin dekat dia dengan syaitan? 
Written By amirulyaacob on Saturday, August 18, 2018 | 2:52 PM

Seorang Murid Bertanya Kepada GURUnya (Imam Al Ghazali)

“Syeikh, Bukankah zikir boleh Membuat Seorang Beriman Lebih Dekat Dengan Allah Ta’ala Dan Syaitan Akan Berlari Jauh Darinya?

“Benar,” Jawab Imam al-Ghazali.

“Namun Kenapa Ada Orang Yang Semakin Rajin Berzikir Justeru Malah Semakin Jauh dari Allah malah bertambah Dekat Dengan Syaitan?” Lanjut Sang Murid.

Gurunya Yang Diberi Gelar Hujjatul Islam Ini pun Bertutur. “Bagaimana Pendapatmu, Jika Ada Orang Yang Mengusir Anjing, Namun Dia Masih Menyimpan Tulang Dan Berbagai Makanan Kesukaan Anjing Disekitarnya?” 

“Tentu, Anjing Itu Akan Kembali Datang Setelah Diusir.” Jawab Sang Murid.

Imam al-Ghazali Menjelaskan, Demikian Juga Dengan Orang-Orang Yang Rajin Berzikir Tapi Masih Menyimpan Berbagai Penyakit Hati Dalam Dirinya. Syaitan Akan Terus Datang 
Dan Mendekat Bahkan Bersahabat Dengannya.

Penyakit - Penyakit Hati Itu Ialah: Seperti Kesombongan, Irihati, Dengki, Syirik, Bersikap /berucap Kasar, Riya, Merasa Soleh, Merasa Suci, Ghibah, Marah, Mengadu domba Dan Berbagai Penyakit Hati Lainnya.

Ketika Penyakit-Penyakit Itu Menghinggapi Diri Seorang Hamba, Maka Syaitan Terlaknat Akan Senantiasa Datang, Mengakrabkan Diri, Kemudian Menjadi Sahabat Karibnya.

Oleh :Hamba Allah
(Dipetik daripada facebook Ustaz Iqbal Zain)
https://suatuperjalananmaya.blogspot.com/2018/08/kenapa-ramai-yang-berzikir-tetapi.html

Hot!! Umno sah kahwin dengan Pas, kata penulis
  2:32 PTG      Pejuang Perubahan
Perarakan calon Pas untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia Dr Halimah Ali pagi ini yang turut disertai ahli dan beberapa orang pemimpin Umno memperlihatkan kerjasama Umno Pas yang semakin nyata, demikian menurut penulis Mohd Sayuti Omar.
Umno sah kahwin dengan Pas, kata penulis
“Alhamdulilah, nampakkan kerjasama Umno Pas, Pas Umno sudah makin nyata. Situasi ini menggembirakan saya yang mahu melihat parti itu “bertokol” sepadu mungkin sejak lama dulu,” katanya di Fecbook beliau.

Beliau berkata, gabungan itu sudah lama ditunggu dan diibaratkan sebagai pasangan pengantin yang sesuai dan padan ‘bagaikan pinang dibelah dua’ dan umpama sireh pulang ke gagang.

Bagaimanapun beliau berpandangan dua-dua parti Umno dan Pas tidak bijak kerana mereka bergabung dan mengadakan kerjasama selepas kedua-duanya kalah di dalam PRU14 lalu.
“Alangkah baiknya kalau keadaan ditunjuki hari ini berlaku sebelum PRU, mungkin kerajaan Malaysia kini diungguli Umno dan Pas, dengan wakil daripada Umno jadi perdana menteri manakala wakil daripada Pas jadi timbalan perdana menteri.

“Menutup catatan ini saya hendak menarik kata-kata seorang bekas Adun Pas yang menyifatkan kerjasama kedua parti itu persis “perkahwinan pasangan tua?

“Katanya, perkahwinan itu baik, tetapi sayang ia tidak akan dapat melahirkan zuriat kerana ia berlaku sesudah kedua-duanya, si perempuan putus haid dan lelaki pula sudah mati pucuk.

“Tak apalah, tidak salah dan orang tua-tua juga masih boleh berkahwin sekurang-kurang untuk menghilang sepi bila di rumah, atau mengundang kehangatan di musim bah. Didoakan “perkahwinan” itu akan berkekalan,” ujarnya.

Penamaan calon bagi PRK Dun N.32 Seri Setia yang berlangsung hari ini akan menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon Pakatan Harapan Halimey Abu Bakar dengan calon Pas Dr Halimah Ali.

mdl
http://agendsai.blogspot.com/2018/08/hot-umno-sah-kahwin-dengan-pas-kata.html
Hot!! Umno sah kahwin dengan Pas, kata penulis ~ AGEN PERUBAHAN ®

Kempen beli Lira bantu Turki hadapi serangan ekonomi
MALAYSIADATELINE

Seorang rakyat Malaysia yang menetap di Istanbul Turki menyeru kepada semua rakyat negara ini untuk bekerjasama membantu Turki di dalam perang ekonomi yang sedang Washington lancarkan ke atas Istanbul sekarang.

Perkara pertama yang perlu dibuat rakyat negara ini katanya, menukar sebanyak mungkin matawang asing yang ada di dalam tangan kepada Turkish Lira.

Menurut beliau yang menggunakan nama Mehmet Izudin Gül, pertukaran itu akan membantu mengukuhkan kembali nilai 1 Lira yang lebih seminggu lepas adalah bersamaan 80sen Malaysia.

“Sejak serangan Washington, Lira telah ‘drop’ sejauh 59sen, paling teruk dalam tempoh dua dekad ini.

“Krisis ini adalah ‘real’. Ini bukan main-main. Atas level pengalaman peribadi – Jumaat lepas, ketika serangan Washington ini mencapai titik klimaksnya, semua Döviz (money changer) di seluruh Istanbul sekelip mata menutup pintunya dan berhenti beroperasi.

“Bank-bank Turki tidak lagi membenarkan sebarang ‘currency trade’ di dalam sistem mereka. Ustaz Alang Mohd Firdaus Madzlan yang mendarat di Istanbul Atatürk Airport ketika itu melihat sendiri bagaimana döviz-döviz di airport semuanya tutup. Bahkan, Imam Abdullah Turki datang sendiri ke rumah Ayah demi menceritakan hal tersebut di samping berpesan agar memboikot segala barangan Amerika buat masa ini.

“Pesanan Imam itu adalah bertitik tolak daripada galakan Erdogan sendiri apabila beliau menyarankan agar rakyat Turki berhenti membeli produk elektronik Amerika dalam salah satu ucapan terbarunya. Turki sendiri akan lebih mempergiatkan industri pembuatan mereka,” tulisnya dalam satu kenyataan yang kini telah menjadi viral.

Kini katanya, komuniti yang paling aktif dalam membantu Turki adalah bangsa Arab di kawasan Teluk, mungkin kerana nostalgia purba mereka yang pernah lama bernaung di bawah pemerintahan Turki Uthmaniyyah.

Jelasnya, Kuwait adalah yang paling mula-mula sekali membantu, sejak hari pertama krisis minggu lepas, rakyat Kuwait telah berbondong-bondong beratur di ‘money changer’ mereka untuk membeli Lira.

Begitu juga bangsa Arab, katanya yang paling ramai beratur di outlet-outlet seluruh Istanbul sekarang.

“Dengan kejatuhan Lira, mereka mengambil peluang ini dengan memborong sebanyak mungkin barangan-barangan berjenama di Turki. Namun, Erdogan memandang positif perkara ini. Pesan sang Presiden, “Layani pelancong-pelancong Arab ini sebaik-baiknya. Kerana mereka mempunyai Dolar & Euro.” Setiap pertukaran yang mereka lakukan, akan sangat-sangat membantu menstabilkan kembali nilai Lira,” ujarnya.

Emir Qatar telah membuat investasi sebanyak 15 billion USD kepada Erdogan dan Turki semalam, tindakan bijak Emir Qatar ini katanya, terbukti berhasil apabila nilai 1 Lira melonjak kepada 69sen Malaysia selepas investasi itu berlaku.

“Jadi, masanya memang telah tiba untuk anda memberikan bantuan. Jika anda tidak punya Dollar atau Euro untuk ditukar, Ringgit pun anda boleh gunakan untuk membuat pembelian ke atas Lira. Sudah cukup kalau setiap seorang rakyat negara Malaysia yang berpopulasi lebih 30 juta itu menukar sebanyak RM100 seorang kepada Turkish Lira.

“Anda kena bantu kubu terakhir umat Islam ini dengan setiap titikan darah yang anda ada. Jangan sesekali membiarkan ia diganggu gugat. Rebahnya Turki saat ini menandakan tersungkurnya umat Islam di akhir zaman. Selama ini, Erdogan telah bersusah payah berjuang untuk menjatuhkan sistem sekular di Turki sehingga Islam di Turki telah kembali pulih seperti sekarang,” rayu beliau.

at 8/18/2018 01:30:00 PTG
http://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/kempen-beli-lira-bantu-turki-hadapi.html

_

Tiada ulasan: