Isnin, 13 Ogos 2018

Ilmu Bahas Imam Abu Hanifah. 8016.


RENCANA»Agama
Rabu, 23 Ogos 2017 | 6:17am 
Warisan ilmu Imam Abu Hanifah
Oleh Mohd Faiz Othman bhagama@bh.com.my
Gambar hiasan
Imam Abu Hanifah miliki keperibadian mulia dan personaliti yang menawan. Beliau seorang yang warak dan memiliki kekuatan dalam berhujah. Malah beliau juga seorang dermawan yang melunaskan hutang Ibrahim bin Uyainah. Ikuti kisah imam yang agung dan mulia ini bersama Ustaz Muhadir Joll dalam segmen Ibrah di IKIMFM.

Pernah disebutkan oleh anak muridnya yang terkemuka, Imam Al-Qadhi Abu Yusuf, "Imam Abu Hanifah adalah seorang yang sederhana dan tidak tinggi, tidak rendah, termasuk orang paling kacak wajahnya, paling fasih perbicaraannya, paling merdu suaranya dan paling terbuka terhadap apa yang ada dalam dirinya."

Menerusi segmen Ibrah (Salafus Soleh) IKIMfm, Ustaz Muhadir Joll menyambung kisah Imam Abu Hanifah yang bukan sekadar memiliki ilmu tinggi, bahkan personalitinya sangat baik, menarik serta budi pekerti mulia.

Anak Imam Abu Hanifah, Hammad menyebut: "Ayahku seorang yang kacak, kulit hitam manis, perwatakan menarik, selalu berwangi-wangian, digeruni dan berwibawa. Beliau tidak bercakap melainkan menjawab pertanyaan atau persoalan dan beliau tidak membuang masa membicarakan perkara yang tidak perlu."

Imam Abu Hanifah sangat menjaga keterampilan. Ada satu riwayat menyebutkan, pakaiannya ada sehingga 30 dinar. Imam Abu Yusuf menceritakan, Imam Abu Hanifah sangat menjaga kebersihan pakaiannya.

Menurut Syaikh Ahmad al-'Ajuli, Imam Abu Hanifah seorang penjual kain bulu bertenun sutera. Beliau bekerja sendiri dan tidak mengharapkan simpati orang lain. Kewarakan Imam Abu Hanifah menjadikan beliau individu Muslim yang tidak menuntut jawatan.

Beliau pernah diminta oleh khalifah untuk menjadi hakim, tetapi menolak kerana berasakan dirinya tidak layak.

Khalifah berkata, "Kamu berbohong. Lalu Imam Abu Hanifah menjawab: Sesungguhnya Amirul Mukminin telah menghukumkan ke atas saya yang saya tidak layak. Maka, sekiranya saya berbohong, maka jelaslah saya tidak layak untuk menjadi hakim. Sekiranya saya seorang yang benar, maka saya telah katakan kepada kamu bahawa saya tidak layak." 

Tawaduk, dipercayai

Imam Az-Zahabi berkata, ramai yang meriwayatkan bahawa Imam Abu Hanifah telah banyak kali dipukul sebagai paksaan untuk beliau menerima jawatan hakim, tetapi tetap tidak menerimanya.

Imam Abu Hanifah seorang yang sangat tawaduk kerana memiliki guru jauh lebih muda daripada beliau, iaitu Imam Malik. Pernah pada satu ketika, Imam Abu Hanifah berjumpa Imam Malik yang sedang duduk bersama beberapa sahabatnya.

Setelah Imam Abu Hanifah keluar, Imam Malik bertanya kepada sahabatnya: "Tahukah kamu siapa dia? Mereka mengatakan tidak. Lalu kata Imam Malik: Dialah Nu'man bin Thabit. Sekiranya dia berkata bahawa tiang masjid itu emas, nescaya perkataannya akan digunakan oleh orang ramai sebagai hujah."

Imam Malik mengatakan: "Sekiranya dia mengatakan tanah di tanganmu itu emas, pasti engkau akan mempercayainya." Ini membuktikan beliau seorang yang boleh dipercayai kerana memiliki kekuatan dalam berhujah, cepat daya fikiran dan cerdas serta tajam pemikirannya.

Pernah suatu ketika, seorang perempuan datang bertanya soalan peribadi kepada Imam Abu Hanifah. Setibanya di rumah beliau, perempuan itu tidak masuk ke rumah, tetapi hanya mewakilkan seorang lelaki sambil membawa dua biji epal, satu merah dan satu kuning.

Imam Abu Hanifah kemudian bertanya: "Siapa yang menghantarmu untuk membawa dua biji epal ini? Lelaki itu menjawab: Perempuan itu (sambil menunjukkan jarinya ke arah seorang perempuan di depan pintu). Dia sedang menunggu jawapan."

Imam Abu Hanifah lalu membelah sebiji epal dan menyuruhnya memberikan kembali epal itu kepada perempuan tadi. Perempuan berkenaan faham dengan isyarat diberikan oleh Imam Abu Hanifah mengenai epal itu dan itulah jawapan pertanyaannya.

Ilmu subur hingga kini

Sebenarnya perempuan itu bertanyakan penjelasan mengenai darah haid, tetapi kerana segan beliau mewakilkan dua lelaki dan memberikan epal berkenaan. Persoalannya apakah perempuan dikira suci jika darah merah bertukar kepada warna kuning seperti epal merah dan epal kuning.

Belahan Imam Abu Hanifah itu seolah-olah menjawab persoalan, dia akan dikira suci jika darah sudah menjadi bersih putih seperti putih isi epal yang dibelah tadi.

Imam Abu Hanifah seorang yang berharta, namun beliau tidak kedekut, malah sangat dermawan. Ibrahim bin Uyainah pernah dipenjarakan kerana berhutang sebanyak 4,000 dirham. Semua hutang itu telah dilunaskan oleh Imam Abu Hanifah.

Ketika dalam majlis ilmunya, Imam Abu Hanifah terlihat seorang yang hadir dengan pakaian agak lusuh dan tidak terurus. Beliau kemudian menyuruhnya duduk dan berpesan supaya orang itu jangan pulang dahulu.

Apabila semua orang sudah pulang, beliau berkata kepada orang itu: "Angkatkan apa yang ada di bawah tikar tempat dudukmu dan ambillah. Ketika orang itu menyelak tempat duduknya, dia mendapati seribu dirham di situ. Orang itu lalu berkata: Aku adalah seorang kaya dan aku tidak perlu kepada pemberian ini. Imam Abu Hanifah menjawab: Apakah kamu tidak pernah mendengar hadis Rasulullah SAW: Sesungguhnya Allah SWT suka melihat kesan, nikmat yang diberikan kepada hamba-Nya."

Begitulah kisah hebat Imam Abu Hanifah yang ilmunya sentiasa mengalir sehingga kini dan diamalkan oleh umat Islam seluruh dunia. Semoga Allah SWT meredai imam yang sangat agung dan mulia ini.


Penulis adalah Penyampai & Penerbit Rancangan IKIMfm
https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2017/08/316257/warisan-ilmu-imam-abu-hanifah

Imam Abu Hanifah vs Pendakyah Yahudi
Firdaus Aziz | Tuesday, September 16, 2008 |
Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan dikalangan umat Islam. 

Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait denngan keTuhanan.  Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama disekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya. 

Dari kejadiannya ini, tahulah Khalifah bahawa Baghdad sudah ketiadaan ulama yang benar-benar berwibawa dan tinggi ketaqwaannya. Lalu Khalifah memerintahkan beberapa orang menteri meninjau ke daerah lain, kalau-kalau masih ada ulama yang boleh dibawa berdepan dengan Dahri. Akhirnnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaimann Al-Asy ari, seorang ulama yang tidak kurang juga ketokohannya. 

Khalifah memerintahkan supaya hari perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan. Dan majlis bersejarah itu mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum pertemuan itu lagi, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai. Masing-masing menaruh harapan agar Imam Hammad berjaya menumbangkan Dahri kerana beliaulah satu-satunya ulama yang diharapkan. 

"Subhanallah. ... Subhanallah .... Walauhaulawala quwwata illa billahi aliyyil azim....!" Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat mensucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi Zat yang Maha Agung. Dia beristighfar terus. Rasanya dah tidak sanggup telinganya menadah bermacam tohmahan yang dilemparkan oleh Dahri yang biadab dan matarialis itu. 

Mempertikaikan KeEsaan Allah SWT bukanlah perkara kecil dalam Islam. Ini kes berat! Hatinya cukup pedih. Roh ketauhidannya bergelora. Mahu rasanya dipenngal leher si Dahri yang angkuh itu di depan ribuan mata yang turut hadir dalam majlis iru. 

Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar ialah Nu' man, yang ketika itu usiannya masih lagi remaja. Bila ternampak keadaan gurunya itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian.

Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar. Dalam pada itu teringat Hammad akan mimpinya malam tadi, lalu dikhabarkan kepada muridnya itu. Abu Hanifah mendengarnya dengan penuh khusyuk. 

"...Aku bermimpi ada sebuah dusun yang amat luas lagi indah. Di sana kulihat ada sepohon kayu yang rendang dan lebat buahnya. Tiba- tiba, di situ keluar seekor khinzir dari hujung sebuah kampung. Lalu habis dimakannya buah-buahan yang masak ranum dari pokok itu. Hingga ke daun dan dahan-dahannya habis ditutuh.Yang tinggal cuma batangnya sahaja. Dalam pada itu juga keluar seekor harimau daripada umbi pohon rendang tadi lalu menerkam khinzir itu dengan gigi dan kukunya yang tajam. Lalu, khinzir tadi mati disitu juga." 

Hammad termenung seketika. Kekalutan pemikiran yang telah dicetuskan Dahri, yang boleh menggugat pegangan aqidah umat ini, tidak boleh di biarkan. Mesti dihapuskan segera. Wajahnya yang tenang bagai air sungai yang mengalir jernih, masih nampak bercahaya walau di saat sebegitu genting. 

Satu kelebihan Abu Hanifah ialah beliau juga dikurniakan Allah ilmu menta'bir mimpi, sebagai mana Nabi Allah Yusuf. Pada pengamatannya juga, mimpi tersebut akan memberi petanda baik bahawa si Dahri pasti akan menerima padahnya nanti. 

Dan setelah mendapat keizinan gurunya, dia pun cuba mentafsirnya: 


" Apa yang tuan lihat dalam mimpi tuan sebagai dusun yang luas lagi indah itu adalah tamsilan kepada agama Islam kita. Pokok yang berbuah lebat itu adalah tamsilan kepada sekalian ulamannya. Manakala sepohon kayu yang masih tinggal itu adalah tuan sendiri. Dan khinzir yang tiba-tiba muncul dan merosakkan pohon tersebut ialah si Dahri. Manakala harimau yang keluar lalu membunuh khinzir tadi... adalah saya..." jelas Abu Hanifah. 

Beliau juga memohon izin untuk membantu gurunya berdepan dengan si Dahri. Betapa gembiranya hati Iman Hammad bila tercetusnya hasrat itu dari hati muridnya sendiri. 

Maka berngkatlah ilmuan budak itu bersama gurunya untuk pergi ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah. Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri akan mencabar dan memperleceh- lecehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas. 

"Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya! " Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah. 

" Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku... Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan...! " Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah. 

" Wahai Dahri," balas Abu Hanifah," sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa." Abu Hanifah lalu membacakan sebuah firman Allah SWT yang bermaksud: "Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berimul antara kamu beberapa darjat." (Al-Mujadalah : 11 ) 

Geram rasanya hati Dahri mendengar kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog perdebatan antara Abu Hanifah dengan tokoh Ad- dahriayyah, yang terkenal dengan pemikiran materialis dan ateisnya itu, berlangsung dengan mendebarkan. 

"Benarkah Allah itu wujud?," soal Dahri memulakan majlis dialognya. 

"Bahkan Allah memang wujud," tegas Abu Hanifah. 

"Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..? ?" Suara Dahri semakin meninggi. 

"Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!" jelas Abu Hanifah. 

"Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula...?" bantah Dahri sambil melemparkan senyuman sinisnya kepada hadirin. 

"Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa..." Abu Hanifah mula berhujah. Orang ramai mula memerhatikan gaya ilmuan muda ini berpidato dengan penuh minat. 

"Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa...!" sahut Dahri. 

"Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu...? Di kepalakah, di perutkah atau adakah di hujung tapak kakimu..?" Terserentak Dahri seketika. Orang ramai mula berbisik-bisik sesama sendiri. Setelah itu Abu Hanifah mengambil pula segelas susu lalu ditunjukkan pada Dahri, seraya berkata: " Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak...?" 

Pantas Dahri menjawab, "Ya, bahkan!" 

Abu Hanifah bertanya lagi, "Kalau begitu di manakah lemak itu berada...? Di bahagian atasnyakah atau di bawahkah.. .?" Sekali lagi Dahri terserentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu. 

"Untuk mencari di manakah beradanya roh dalam jasad dan tersisip di manakah kandungan lemak dalam air susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau di manakah beradanya Zat Allah SWT di alam maya ini? Zat yang telah mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha! Agung...!" 

Suasana menjadi agak bingar. 

Dahri terpaku di kerusi. Terbungkam lidahnya. Merah mukanya. Kesabarannya mula terburai. Bila keadaan agak reda, Dahri membentangkan soalan. 

"Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti..." Semua mata tertumpu pada Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang pintar ini. 

"Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah Taala dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah SWT tetap Qadim dan Azali. Dialah yanng Awal dan Dialah yang Akhir", tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat. 

"Pelik sungguh! Mana mungkin begitu.... Tuhan Wujud tanpa ada permulaan Nya? Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas Nya....?" Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya. 

Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, "Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?" Sambil menuding ibu jarinya ke langit. 

Dan beberapa hadirin turut berbuat demikian. "Dan pada jari manis kau itu, ada lagikah jari yang selepasnya.. ." Dahri membelek-belek jarinya. Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah. "Jadi...! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah SWT Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya. " 

Sekali lagi Dahri tercenggang. Bungkam. Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum. Hati Dahri bergelodak bagai air tengah menggelegak. 

"Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!" Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok. 

"Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhan mu ketika ini?" Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang. 

"Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang," Katanya. Pemuda ideologi Ad- Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah: 

"Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang bathil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini... !" 


Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang telah berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu. 

Sehingga ke hari ini, nama Imam Abu Hanifah terus dikenali ke serata dunia sebagai seorang Fuqaha dan salah seorang daripada Imam Mujtahid Mutlak yang empat. Kemunculan Mazhab Hanafi dalam fiqh Syar'iyyah, juga mengambil sempena nama ulama ini.
http://firdaus-aziz.blogspot.com/2008/09/imam-abu-hanifah-vs-pendakyah-yahudi.html

SYAFAAT OKE

Ilmu Itu Lebih Baik Daripada Harta. Ilmu Akan Menjaga Engkau Dan Engkau Menjaga Harta. Ilmu Itu Penghukum (Hakim) Sedangkan Harta Terhukum. Kalau Harta Itu Akan Berkurang Apabila Dibelanjakan, Tetapi Ilmu Akan Bertambah Apabila Dibelanjakan. (Sayidina Ali Bin Abi Thalib)

DEBAT TERBUKA IMAM ABU HANIFAH DENGAN DAHRI Si YAHUDI ATHEIS

“Pada suatu hari, kota Baghdad kedatangan seorang pendakwah (rahib) Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya memicu kegemparan di kalangan umat Islam. Dahri mencoba merusak pegangan umat Islam dengan membahas soal-soal yang berhubungan dengan ketuhanan. Ditantangnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya.

Setiap kali tantangannya disahut, argumen-argumen Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama disekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya. Dari kejadian ini, tahulah Khalifah bahwa Baghdad sudah kehabisan  ulama yang benar-benar kredibel dan tinggi ketaqwaannya.

Lalu Khalifah memerintahkan beberapa orang menteri meninjau ke daerah lain, kalau-kalau masih ada ulama yang bisa dibawa menghadapi Dahri. Figur wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaimann Al-Asy ari, seorang ulama yang tidak kurang juga ketokohannya.

Khalifah memerintahkan hari perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan. Dan acara bersejarah itu harus dibuat di masjid jami’  di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum pertemuan itu , Masjid Jami’  telah penuh sesak dengan orang banyak. Masing-masng menaruh harapan agar Imam Hammad berhasil menumbangkan Dahri karena beliaulah satu-satunya ulama yang diharapkan.

“Subhanallah …. Subhanallah …. Walauhaulawala quwwata illa billahi aliyyil azim….!” Lidah Imam Hammad terus melafalkan kalimat mensucikan segala segala perkara yang tidak layak untuk Zat yang Maha Agung. Dia beristighfar terus. Rasanya sudah tidak sanggup telinganya menadah bermacam ejekan  yang dilemparkan oleh Dahri yang biadab dan matrialis itu. Memperdebatkan keesaan Allah SWT bukanlah hal kecil dalam Islam. Ini kasus berat! Hatinya cukup pedih. Roh ketauhidannya bergelora. Mau rasanya memenggal leher si Dahri yang angkuh itu di depan ribuan mata yang turut hadir dalam acara itu.


Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling dekat dan paling disayanginya. Namanya yang sebenarnya adalah Nu ‘man, yang ketika itu usiannya masih remaja. Ketika  melihat kondisi gurunya itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian. Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenarnya. Dalam pada itu teringat Hammad akan mimpinya malam tadi, lalu dikabarkan kepada muridnya itu. Abu Hanifah mendengarnya dengan penuh khusyuk.

“… Aku bermimpi ada sebuah dusun yang amat luas lagi indah. Di sana kulihat ada sebatang pohon  yang rindanng dan lebat buahnya. Tiba-tiba, di situ keluar seekor babi dari ujung desa. Lalu babi itu  memakan habis buah yang masak nan ranum dari pohon itu. 

Hingga ke daun dan dahan-dahannya habis dikunyah.Yang tinggal cuma batangnya sahaja.Dalam pada itu juga keluar seekor harimau dari umbi pohon rindang tadi lalu menerkam babi itu dengan gigi dan kukunya yang tajam.Lalu, babi tadi mati
disitu juga . “

Hammad termenung seketika. Kekalutan pikiran yang telah dicetuskan Dahri, yang bisa menggeser pegangan aqidah umat ini, tidak bisa di biarkan. Harus dihapus segera. Wajahnya yang tenang bagai air sungai yang mengalir jernih, masih nampak bercahaya walau di saat begitu genting. Satu kelebihan Abu Hanifah adalah beliau juga dikaruniai Allah ilmu menta’bir mimpi, sebagai mana nabi Allah Yusuf. 

Pada pengamatannya juga, mimpi tersebut akan memberi pertanda baik bahwa si Dahri pasti akan menerima akibatnya nanti. Dan setelah mendapat izin gurunya, dia pun mencoba mentafsirnya:
“Apa yang tuan lihat dalam mimpi tuan sebagai dusun yang luas lagi indah itu adalah tamsilan kepada agama Islam kita. Pokok yang berbuah lebat itu adalah tamsilan kepada sekalian ulama’ nya. Sedangkan sepohon kayu yang masih tinggal itu adalah tuan sendiri. Dan babi yang tiba-tiba muncul dan merusak pohon tersebut adalah si Dahri. Sedangkan harimau yang keluar lalu membunuh babi tadi … adalah saya … “jelas Abu Hanifah.


Ia juga meminta izin untuk membantu gurunya menghadapi si Dahri. Betapa gembiranya hati Iman Hammad bila aksi hasrat itu dari hati muridnya sendiri. Maka berngkatlah ilmuwan yang masih remaj itu bersama gurunya untuk pergi ke Masjid Jami’ di mana acara dialog akan diadakan yang dihadiri oleh orang banyak dan Khalifah. Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakwahnya, Dahri akan menantang dan memperleceh-lecehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.

“Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya!” Tiba-tiba suara Abu Hanifah mengejutkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah.

“Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut tantanganku … Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang bersurban dan berjubah  telah ku kalahkan …!” Volume suara Dahri membalas Abu Hanifah.

“Wahai Dahri,” balas Abu Hanifah, “sesungguhnya Allah tidak melimpahkan kemuliaaan dan kebesaran itu pada sorban atau jubah yang di pakai. Tetapi Allah menganugerahkan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa.” Abu Hanifah lalu membacakan sebuah firman Allah SWT yang artinya:
“Allah telah meninggikan derajat orang beriman dan berimul antara kamu beberapa derajat.” (Al-Mujadalah: 11)

Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kelincahan  lidah pemuda ini mendebat. Maka berlangsunglah  acara yang sangat mendebarkan  yaitu dialog perdebatan antara Abu Hanifah dengan tokoh Ad-dahriayyah, yang terkenal dengan pemikiran materialis dan ateisnya itu, (yang tidak percaya adanya tuhan ).

Setelah mc selesai mengatur acara, di mulailah perdebatan itu....

“Benarkah Allah itu ada?,” Soal Dahri memulai acara dialog.
“Bahkan jelas  Allah memang ada,” tegas Abu Hanifah.

“Kalau Allah maujud (ada), di mana tempatnya ..??” Suara Dahri semakin meninggi.

“Allah tetap ada tetapi dia tidak bertempat!” jelas Abu Hanifah.

“Heran, kau katakan  Allah itu ada, tetapi tidak bertempat pula …?” bantah Dahri sambil melemparkan senyuman sinisnya kepada hadirin.

“Ah, itu bisa saja wahai Dahri. Coba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa …” Abu Hanifah mulai mendebat. Orang-orang mulai memperhatikan gaya ilmuwan muda ini berpidato dengan penuh minat.

“Bahkan, memang aku punya nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa …!” sahut Dahri.

Imam Abu Hanifah  “Tetapi apakah kau tahu di mana letaknya nyawa atau rohmu itu …? Dikepalakah, diperutkah atau apakah di ujung kakimu ..?” Tersentak Dahri seketika. Orang-orang mulai berbisik-bisik di antara mereka. Setelah itu Abu Hanifah mengambil segelas susu lalu ditampilkan pada Dahri, seraya berkata: “Apakah dalam air susu ini ada kandungan lemak …?”


Cepat Dahri menjawab, “Ya, jelas!”

Imam Abu Hanifah bertanya lagi, “Kalau begitu dimanakah lemak itu berada …? Di bagian ataskah atau dibawahkah …?” Sekali lagi Dahri tersentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Imam Abu Hanifah  yang sopan itu. “Untuk mencari dimanakah beradanya roh dalam jasad dan tersisip dimanakah  lemak dalam air susu ini pun kita tidak mampu, bagaiman pula kita dapat menjangkau dimanakah beradanya Zat Allah SWT di alam raya ini? Zat yang telah menciptakan dan mengatur seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir pemerintah-Nya Yang Maha Agung …! ” Suasana menjadi agak bingar. Dahri terpaku di kursi. Terbungkam lidahnya. Merah mukanya. Kesabarannya mulai terburai. setelah kondisi agak reda, Dahri memberikan pertanyaan.

“Hai anak muda! Apakah yang ada sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul setelah Dia nanti …” Semua mata tertuju pada Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang pintar ini.

“Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang ada sebelum Allah Taala dan tidak ada sesuatu pun yang akan muncul setelah-Nya. Allah SWT tetap Qadim dan Azali. Dialah yanng Awal dan Dialah yang Akhir”, tegas Abu Hanifah, singkat tapi padat.
“Pelik sungguh! Mana mungkin begitu …. Tuhan Wujud tanpa ada permulaan Nya? Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang setelah Nya ….?” Dahri mencoba berdalih dengan pikiran logika.

Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, “Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri. Coba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini ..?” Sambil menuding ibu jarinya ke langit. Dan beberapa hadirin juga melakukan hal. “Dan pada jari manis kau itu, ada lagikah jari yang berikutnya …” Dahri membalik-balik jarinya. Tidak terpikir olehnya, persoalan yang sekecil itu yang disampaikan  oleh Abu Hanifah. “Jadi …! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita pikir, apalagi Allah Zat Yang Maha Agung itu, yang tidak satu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian setelah-Nya.”

Sekali lagi Dahri tercengang. Bungkam. Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan argumen anak muda yang telah memalukannya di muka umum. Khalifah kagum melihatnya gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahri berpikir seketika, menemukan jalan, mencari ide. Seperti suatu ilham baru telah menyuntik otaknya, iapun tersenyum. Hati Dahri bergejolak bagai air tengah mendidih.
“Ini pertanyaan yang terakhir buat mu, hai .. anak mentah!” Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar bisa menutupi rasa malunya.


“Allah itu ada, kata mu. Ha! Apakah pekerjaan Tuhan mu saat ini?” Pertanyaan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.

“Ini pertanyaan yang sungguh menarik. Jadi harusnya saya jawab dari tempat yang tinggi agar dapat didengar oleh semua orang,” katanya. Maka Abu Hanifah itu mempersilahkan dahri turun dari mimbar, maka dahripun berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jami’, memberi tempat untuk Abu Hanifah:

“Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahwa kerja Allah ketika ini adalah menggugurkan yang bathil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di bawah sana , telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jami’ ini …! “

Bagai halilintar, argumen Abu Hanifah menerjang ke dua-dua pipi Dahri. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari massa yang membludak memenuhi masjid jami’  “Allahu akbar, Allahu akbar...!!” pekik mereka..

Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang telah berhasil menyelamatkan martabat Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu. Sampai saat ini, nama Imam Abu Hanifah terus dikenal keseluruh dunia sebagai seorang Fuqaha dan salah seorang dari Imam Mujtahid Mutlaq yang empat. Kemunculan Mazhab Hanafi dalam fiqh Syar’iyyah, juga mengambil dari kebesaran  nama ulama ini.


SUMBER : KITAB FATHUL MAJID
http://syafaatoke.blogspot.com/2014/11/debat-terbuka-imam-abu-hanifah-dengan.html


Hope bukan fitnah. In Syaa Allah. 
IKSIM guna duit zakat untuk lawan Pakatan Harapan?
IKSIM dapat duit zakat untuk lawan Pakatan Harapan, akui Ustaz Engku Ahmad Fadzil
KU FARIS ISMAIL
10 OGOS 2018 - Polemik gelapkan perbelanjaan RM 7.4 Juta, Ustaz Engku Ahmad Fadzil terpaksa akui bahawa IKSIM mendapat dana dari zakat dalam melakukan agenda melawan Pakatan Harapan dalam PRU baru-baru ini.

"Jawatankuasa Baitulmal MAIWP telah meluluskan dana untuk IKSIM sebagai asnaf fi sabililLaah", Tulis beliau yang juga Fello IKSIM.

IKSIM adalah satu badan yang ditubuhkan oleh Najib Tun Razak untuk melawan Pakatan Harapan dalam PRU dalam membangkitkan isu-isu perkauman dan agama.

Disamping mewujudkan prejudis sesama rakyat Malaysia atas alasan agama dan kaum, antara modus operandi mereka dengan melakukan fitnah terhadap beberapa tokoh pemimpin Pakatan Harapan.

Ustaz Engku Ahmad Fadzil antara individu terkehadapan memfitnah golongan muslim yang berbeza pendapat dengan mereka sebagaiwahabiLiberal dan Plural. Malahan, beliau juga tokoh kehadapan menuduh sebilangan Non Muslim di Malaysia sebagai Kafir Harbi.

"Dengan dana yang diluluskan dan disalurkan oleh MAIWP itulah IKSIM menanggung kos2 operasi (bayar gaji, sewa dsb) dan kos2 program", jelas Ustaz Engku Ahmad Fadzil yang pernah menuduh Dr Mujahid Yusuf Rawa sebagai tokoh liberal.

Rentetan gelapkan wang RM 7.4 juta, dikhabarkan Tun Mahathir akan memastikan siasatan terhadap Muhamad Naser Desa akan dilakukan untuk memastikan pengesahan dakwaan ramai bahawa beliau pecah amanah.

-https://dakwathalus.blogspot.com 
at 8/11/2018 02:00:00 PTG
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/iksim-guna-duit-zakat-untuk-lawan.html 


Tiada ulasan: