Selasa, 14 Ogos 2018

Ketimbang. 8039.


Ketimbang - Alang-alang. eg:
Ketimbang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Kedarung - Kelangsungan.

Tuesday, August 14, 2018
Kebimbangan saya telah membunga realiti?
SUSUPAN SUBUH

SEJAK awal-awal lagi apabila melihat kepada bentuk kempen perebutan jawatan dalam PKR ia menimbulkan kebimbangan saya.

Seperti saya katakan sebagai pemerhati kecil acara itu menggusarkan hati saya. Berderau darah saya tatkala melihat cara Rafizi Ramli mengumumkan barisan calon-calonnya tempoh hari bertempat di sebuah hotel di Jalan Ampang.

Tambah berdebar lagi apabila mendapat tahu pasukan Rafizi akan mengadakan road show ke segenap negeri bagi menyampaikan maksud mereka.

Abdullah Sani kenyataannya memanaskan pemilihan PKR.
Modal atau faktor kenapa pasukan itu menjelma, antara tujuan utama yang menjadi modal kempen ialah untuk memastikan Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri selain ia ingin memastikan agenda Reformasi dilaksanakan.

Walaupun tujuan itu tepat dan menggembirakan Anwar, tetapi cara ia dilambungkan untuk menarik simpati ahli agak berlebihan dan memberi kesan negatif pula apabila orang menyuluh ianya direstui oleh Anwar.

Terma dipakai itu untuk memastikan agenda Reformasi dilaksanakan juga boleh diterjemahkan yang kerajaan Harapan di bawah Dr Mahathir Mohamad kini seakan menyimpang dari agenda berkenaan?

Jadi kenyataan.
Kebimbangan saya itu kini sudah mahu menjadi kenyataan. Walaupun ia bukan perbalahan dalam PKR, tetapi hasil kempen perebutan jawatan itu mencetuskan pertikaikan dan persepsi lain di luar. Segala-galanya ia berpunca daripada pendedahan ahli Parlimen Kapar Abdullah Sani Abdul Hamid dilihat menjadi penyuara lantang bagi pasukan Rafizi menyebut Daim Zainuddin dan Dr Mahathir Mohamad ada agenda untuk menghalang Anwar jadi PM.

Apa yang hendak dikemukakan oleh Abdullah Sani dengan menyebut itu adalah untuk mendedahkan pengkhiaatan kepada lawannya Mohamed Azmin Ali. Tetapi yang sedikit silapnya ialah apabila beliau tersasur menyebut sama nama Dr Mahathir Mohamad.

Sejak 48 jam lalu kenyataan Abdullah itu bergerak seiringan dan sama-sama diberi perhatian umum dengan isu LGBT yang menghangat kini.

Apa disebut Abdullah Sani itu ia sesuatu yang wajar jika melihat dari konteks untuk beliau dan pasukan Rafizi hendak mempertahankan Anwar. Tetapi ia satu kenyataan yang merugikan dari sudut perpaduan Pakatan Harapan itu sendiri apabila ia mengaitkan dengan nama lain. Kerana itu dari sudut lain kenyataan dan pendedahan Abdullah Sani itu menguntungkan Azmin. Ini kesilapan.

Apa yang berlaku, kenyataan Abdullah Sani itu kerana bentuk kempen oleh puak Rafizi Ramli yang penuh emosi itu. Bagi pemerhati politik faham dengan apa disebut Abdullah Sani itu, benar hasil daripada pengamatan dan penghuraian politik berpandukan kepada chemestri yang berlaku di antara dua tokoh itu dengan Anwar.

Atas sifat politik itu rencam dan apa sahaja boleh berlaku, maka Abdullah Sani menyebut itu. Dan ia juga sebagai modal untuk menarik perhatian ahli PKR agar menyingkir Mohamed Azmin Ali dari jawatan disandangnya kini selaku timbalan presiden. Tampak sangat nafsu besar dan keseriusan Rafizi untuk menolak Azmin. Pun begitu ia masih relevan, tetapi yang silapnya menyelitkan dua nama itu.

Penyelitan dua nama itu jelas sekali kebencian puak Rafizi kepada Azmin. Nama Azmin sangat buruk kepada mata kumpulan Rafizi seakan Azmin tidak berguna satu sen pun kepada PKR dan jasa dan budinya tidak sedikit pun dikenang. Sikap melampau inilah membimbangkan saya kerana ia boleh mencetuskan sengketa. Walaupun Rafizi dan puaknya cuba menyakinkan perlawanan itu secara adik beradik, tetapi kebimbangan tetap ada apabila berpandukan kepada sejarah-sejarah perlawan masa lalu serta kesadisan serangan terhadap Azmin.

Untuk menolak Azmin bagi menjadi keselesaan kepada Anwar masih wajar, tetapi ia perlu dengan cara berhemah, bagaikan menarik rambut dalam tepong. Sebaik-baik tindakan untuk menyingkir Azmin boleh dilakukan seperti kita menyimpan najis dalam rumah? Kita berak dalam rumah (jamban) tetapi baunya tidak menganggu alam sekitar kita.

Pendedahan berupa tuduhan dibuat Abdullah Sani itu sesuatu yang berat dan tidak wajar kem itu mengaitkan orang luar. Dr Mahathir telah pun memberi reaksi dengan meminta tuduhan itu dibuktikan. Keadaan ini telah memulakan suasana tidak kondusif dalam kempen perebutan jawatan PKR.

Sebagai seorang yang praktikal dan tegas, kenyataan balas Dr Mahathir itu menjadikan kenyataan Abdullah itu sesuatu yang serius. Dr Mahathir menjadi fiilnya beliau tidak akan bersuara kalau sesuatu itu remeh dan tidak penting.

Bagi saya tindakan berlebihan Abdullah Sani yang terhasil dari rancang cara kempen diketuai Rafizi penuh emosi itu telah memberi kesan buruk kepada pasukan Rafizi. Kenyataan Abdullah Sani telah menjadi back fire. Dan apa yang berlaku itu, khasnya apabila Dr Mahathir meminta bukti secara tidak langsung ia memberi simpati kepada Azmin. Dalam kata lain salah langkah dilakukan Abdullah Sani memberi laba percuma kepada Azmin.

Sekiranya Abdullah Sani tidak mengemukakan bukti konkrit terhadap dakwaan itu, simpati ahli PKR dan umum akan mengalir kepada Azmin. Walaupun Dr Mahathir di luar PKR tetapi suara dan aksinya turut mempengaruhi suasana pemilihan itu.

Mungkin Dr Mahathir pun tahu yang pengaitan namanya oleh Abdullah Sani itu tidak pun memberi kesan peribadi buruk kepada politiknya. Namun Dr Mahathir pula sengaja menampakkan ia serius dan sehingga beliau terpaksa meminta bukti kerana ingin memberi laba dan kempen psikologis pula untuk Azmin. Inilah padahnya kalau tidak bijaksana. 

Semoga elemen-elemen yang boleh mengotori kerajaan Harapan dan juga diri sang tokoh yang mereka agungkan itu -- Anwar disepanjang kempen perebutan jawatan itu dijaga dan dipelihara oleh kedua-dua belah pasukan yang bertempur hari ini. Hendaknya jangan sokong membawa rebah kepada Anwar. Misalnya mengenai apa yang berlaku itu kalaupun Anwar menafikan penglibatannya, tetapi sains politik akan membabitkan dirinya.

Dan kesan buruk yang bakal berlaku atau calaran kecil yang sudah berlaku itu, terbit kerana sikap Anwar sendiri yang kononnya untuk membuktikan PKR sebuah parti mengamalkan demokrasi bebas. Saya telah menyarankan agar beliau membendung perlawanan itu, tujuannya bukan untuk kembirikan demokrasi dalam PKR tetapi mengelakkan calaran terhadapnya seperti apa yang terjadi.

Namun peringatan dan pengsyoran saya tidak dipedulikan. Orang PKR tetap beranggapan mereka parti terbaik yang boleh menghayati demokrasi dengan baik. Pertandingan kononnya menyuburkan demokrasi. Saya belum merasa begitu kerana politik orang Melayu (Malaysia) berbeza dengan politik orang Cina apa lagi dengan politik orang Barat. 

[wm.kl.7:14 am 14/08/18]
Posted by mohd sayuti Omar at 7:53:00 AM
https://msomelayu.blogspot.com/2018/08/kebimbangan-saya-telah-membunga-realiti.html

BERITA»Nasional
Selasa, 14 Ogos 2018 | 10:48am
Laksana tindakan tatatertib termasuk buang kerja - KPN
Oleh Nurul Hidayah Bahaudin cnews@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil langkah drastik terhadap pegawai dan anggota yang terbabit kegiatan salah laku dengan mengenakan tindakan tatatertib serta ditukarkan termasuk ketua polis negeri.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya sudah mengenal pasti beberapa pegawai dan anggota yang sudah diambil tindakan tatatertib dan dipindahkan.

“Kita serius terhadap isu salah laku membabitkan pegawai dan anggota bukan saja berkaitan judi, tetapi juga meliputi rasuah serta peras ugut terutama membabitkan ‘front liner’ (barisan hadapan) seperti bahagian trafik, jenayah dan lain-lain.

“Tindakan tatatertib dan pindah bukan saja membabitkan ketua polis daerah, malah ketua polis negeri serta ketua jabatan siasatan jenayah negeri jika didapati terbabit dengan salah laku atau gagal membendung kegiatan jenayah,” katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, di sini, hari ini.

Mohamad Fuzi berkata, seramai 926 pegawai dan anggota PDRM dikenakan tindakan oleh Jabatan Integrasi dan Pematuhan Standard (JIPS) bagi tempoh Januari hingga Mei lalu.

“Amat mendukacitakan apabila melihat kepada statistik Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang merekodkan seramai 149 warga PDRM ditahan atas pelbagai kesalahan rasuah, tahun lalu.

“Pada tahun 2016, seramai 179 warga PDRM ditahan oleh SPRM. Walaupun jumlah ini menunjukkan penurunan, namun persepsi negatif masyarakat terhadap ketelusan PDRM,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya akan melaksanakan tindakan pemantauan terhadap pegawai dan anggota dengan membabitkan JIPS dalam setiap operasi serta serbuan dilakukan.
MOHAMAD Fuzi meriksa barisan pada Perhimpunan bulanan di Bukit Aman. - Foto Aswadi Alias

“Kita tidak akan berkompromi terhadap pegawai dan anggota yang terbabit dengan salah laku dalam usaha membendung kegiatan jenayah,” katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/08/461582/laksana-tindakan-tatatertib-termasuk-buang-kerja-kpn

BERITA»Kes
Selasa, 14 Ogos 2018 | 11:57am
Bekas ADUN direman 5 hari
Oleh Petah Wazzan Iskandar wazzan@nstp.com.my
PEGAWAI Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengiringi bekas ADUN untuk mendapat 
perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret Alor Setar bagi membantu siasatan berkaitan 
penyelewengan dana khas Menteri Besar berjumlah RM30,000. - Foto Amran Hamid
ALOR SETAR: Seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah bergelar Datuk direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan berkaitan penyelewengan dana khas Menteri Besar berjumlah RM30,000.

Perintah reman ke atas lelaki berusia 60-an itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Alor Setar, Nor Azah Idris, selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perintah reman dilakukan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Difahamkan, siasatan membabitkan penyalahgunaan dana bagi Program Kayuhan Sadao ke Bukit Kayu Hitam pada 2017.

Suspek diwakili Peguam Hasnul Anis Abdullah Hashim dan Che Zuriati Che Mohamad.

NSTP malam tadi, melaporkan seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah ditahan SPRM bagi membantu siasatan berkaitan penyelewengan dana khas Menteri Besar berjumlah RM30,000.

Lelaki bergelar Datuk itu ditahan di pejabat SPRM Kedah ketika hadir memberi keterangan, kira-kira jam 4 petang semalam.

Sumber berkata, bekas ADUN berkenaan dipercayai memohon penggunaan dana itu pada Februari tahun lalu, atas alasan bagi penganjuran sebuah program, namun tidak menggunakan wang itu untuk tujuan berkenaan apabila ia diluluskan.


Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Mohd Fauzi Mohamad ketika dihubungi mengesahkan penahanan.

BERITA»Nasional
Selasa, 14 Ogos 2018 | 12:03pm
Khidmat bas Nadiputra di Putrajaya terhenti hari ini

Oleh Mohd Azrone Sarabatin azrone@bh.com.my
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan bas awam Nadiputra yang disediakan untuk kemudahan penduduk dan orang awam di sekitar Putrajaya tidak dapat beroperasi hari ini berikutan masalah pemandu yang tidak mahu bekerja.

Pengangkutan Awam Putrajaya Travel & Tours Sdn Bhd yang menguruskan Nadiputra dalam satu kenyataan di Facebook sebentar tadi, memaklumkan pihaknya sedang berunding dengan pemandu terbabit untuk memulihkan perkhidmatan bas seperti biasa.

Sabtu lalu, BH mendedahkan khidmat bas Nadiputra yang disediakan untuk kemudahan penduduk Putrajaya serta orang ramai yang mahu berurusan atau melancong, kian merosot dan dikhuatiri boleh menjejaskan imej Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan berkenaan.

Selain gagal mematuhi jadual perjalanan dan sering lewat, bas juga didakwa banyak mengalami kerosakan dipercayai kerana gagal diselenggara dengan baik, menyebabkan perkhidmatan disediakan untuk kemudahan pengguna bertukar jadi menyusahkan.


Mengikut maklumat Kesatuan Pekerja Nadiputra, jumlah penumpang tahun ini merosot sehingga purata 76,000 sebulan, berbanding mencecah 150,000 sebulan yang direkodkan sebelum ini, dikatakan akibat pengurangan jumlah dan laluan bas kerana masalah kerosakan.


PM mahu naikkan harga air ke Singapura 10 kali ganda
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menyatakan hasratnya untuk menyemak semula harga air yang dijual kepada Singapura, menyifatkan harga itu tidak lagi mencerminkan keadaan semasa.

Dalam wawancara bersama Associated Press (AP) semalam, beliau berkata mahu menaikkan harga itu sebanyak lebih sepuluh kali ganda.

Mengikut perjanjian semasa, Malaysia membekalkan Singapura dengan 250 juta gelen air mentah setiap hari pada kadar 3 sen setiap 1,000 gelen. Malaysia kemudian membeli semula sebahagian daripada bekalan itu pada kadar 50 sen setiap 1,000 gelen.

Beliau membandingkan harga itu dengan kadar yang diberikan kepada Melaka iaitu RM0.50 sen setiap 1,000 gelen.

"Untuk sebuah negara luar, kita perlu dapat lebih daripada itu (harga kepada Melaka)," katanya seperti dipetik.

Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan secara terperinci dalam wawancara itu atas sebab rundingan yang masih berjalan.

Isu Perjanjian Air 1962 - yang akan berakhir pada 2061 - sentiasa menjadi punca pertikaian antara dua negara.

Mahathir pertama kali menyuarakan soal itu selepas kembali menjadi perdana menteri pada 25 Jun lalu, menyifatkan harga semasa itu sebagai "tidak masuk akal".

Susulan itu, Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian berkata kerajaan negeri mahu menaikkan harga jualan air mentah itu sekurang-kurangnya pada kadar sama dengan harga kepada Melaka.

Singapura bagaimanapun bertegas menyatakan perjanjian itu perlu dihormati dan tidak berminat untuk menyemaknya.
-malaysiakini
at 8/14/2018 01:03:00 PTG
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/pm-mahu-naikkan-harga-air-ke-singapura.html

Adun DAP mahu banteras mesin kuda
  12:59 PTG      Pejuang Perubahan
Ahli Dewan Negeri (Adun) Perling dari DAP menggesa Kerajaan Negeri Johor untuk bertindak lebih agresif menutup permis khidmat mesin kuda.
Adun DAP mahu banteras mesin kuda
Cheo Yee How berkata, perkara itu perlu dipandang berat kerana pusat yang mengadakan aktiviti mesin kuda tersebut banyak merosakkan sosial masyarakat. “Saya komited untuk menyarankan kepada pihak kerajaan negeri agar mengambil tindakan kepada permis yang mengadakan khidmat mesin kuda haram tersebut.

“Selain itu, pihak kerajaan harus menyekang operasi judi haram yang lain. Cadangannya adalah dengan menarik lesen dari premis yang mengadakan khidmat sedemikian sebagai hukuman terhadap kegiatan salah mereka. “Di Johor ratanya terdapat kegiatan mesin kuda yang banyak dan saya menyarankan agar Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) membuat tindakan terhadap permis berkenaan,” ujar Cheo.

Cheo yang membawa usul berkenaan di dalam sidang Dewan Negeri (Dun) Johor yang bermula 9 Ogos 2018 yang lalu bertekad untuk bersama dalam menangani masalah gejala sosial ini. Cheo turut memberitahu kepada pihak media, selain kedai atau permis yang mengadakan kegiatan mesin judi haram, pusat yang mengadakan judi secara talian juga perlu ditangani oleh pihak kerajaan. “Selain itu judi haram secara dalam talian perlu ditangani oleh pihak kerajaan dan saya juga menyarankan agar pihak kerajaan, PBT dan polis bergabung dalam menangani masalah ini. 

“Saranan untuk menghentikan jualan kad prabayar bagi permainan judi dalam talian perlu dibendung oleh pihak kerajaan. “Lumrah judi haram ini adalah suatu yang tidak boleh dikawal dan kesannya akan membawa kepada jenayah yang lebih besar,” katanya.
mdl
http://agendsai.blogspot.com/2018/08/adun-dap-mahu-banteras-mesin-kuda.html

Tuesday, 14 August 2018
ALHAMDULILLAH..... 

Muhyiddin Yassin yang baru-baru ini menjalani pembedahan di bahagian pankreasnya, kini sudah kembali sihat dan hari ini hadir ke Dewan Rakyat untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Pagoh. 

Walaupun nampak sedikit kurus, Menteri Dalam Negeri itu kelihatan ceria dan gembira kerana dapat kembali menjalankan tugas demi rakyat seperti biasa. 





Rakan-rakan Ahli Parlimen juga menyambut gembira kehadiran semula Muhyiddin ke Parlimen dengan masing-masing bersalaman dan bertanya khabar kepadanya. 

Alhamdulillah, mudah-mudahan Muhyiddin terus sihat seperti sediakala dan dapat menjalankan tugasnya dengan cemerlang demi agama, bangsa dan negara. 

(ShahbudinHusin 14/08/2018) 
https://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/08/alhamdulillah.html

Tuesday, August 14, 2018
Dari 10 Janji PH, Hanya 2 Berjaya Ditunaikan...
DARIPADA 10 perkara yang dijanji untuk dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pertama pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH), hanya dua sahaja yang tertunai.

Enam yang lain masih dalam progres, walaupun ia masih jauh untuk dilaksanakan sepenuhnya kerana pelbagai kajian perlu dilakukan atau melibatkan pindaan undang-undang.

Dua janji lain pula tidak boleh ditunaikan sama sekali, selepas menyedari lebih banyak masa, dana dan penilaian perlu dilakukan untuk memastikan kebolehlaksanaannya.

Menjelang tempoh 100 hari yang jatuh pada 16 Ogos ini, The Malaysian Insight melihat bagaimana kerajaan berusaha menunaikan 10 janji itu.

1) Hapuskan GST (berjaya dipenuhi)

GST diturunkan kadar sifar pada 1 Jun, memenuhi janji penting ini, dan rang undang-undang untuk memansuhkan Akta GST diluluskan di Dewan Rakyat minggu lepas.

Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) akan berkuat kuasa pada 1 September pada kadar 6% bagi perkhidmatan dan 10% bagi jualan.

Ia pada mulanya tidak begitu jelas, sama ada harga barangan dan makanan di restoran biasa seperti restoran India Muslim akan naik disebabkan SST.

Ini selepas Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata had pendapatan bagi restoran dan peniaga makanan akan dinaikkan daripada RM500,000 setahun kepada RM1 juta, sebelum boleh mengenakan SST kepada pelanggan mereka.

Masih terdapat kebimbangan SST akan memberi keuntungan oleh perniaga yang tidak bertanggungjawab kerana cukainya kurang telus berbanding GST, walaupun secara teorinya memberi manfaat kepada pengguna dengan cukai peringkat tunggal dan bukannya pelbagai tahap seperti GST.

Putrajaya berkata SST secara berkesan akan “mengembalikan” RM23 bilion kepada rakyat dalam bentuk cukai tidak terpilih - lebih separuh daripada pendapatan yang dikumpulkan dengan GST.

Ini juga bermakna kerajaan akan mendapat kurang pendapatan, satu perkara yang dibangkitkan oleh pembangkang dengan memberi amaran terhadap jurang defisit bajet yang semakin luas dan ketidaktentuan harga minyak.

2) Menstabilkan harga petrol (berjaya dipenuhi)

Putrajaya mengekalkan harga pam bagi RON95 dan diesel pada kadar RM2.20 dan RM2.18 seliter, manakala RON97 diapungkan setiap minggu.

Ini dilakukan dengan memperuntukkan RM3 bilion sehingga akhir tahun untuk membiayai subsidi dan memastikan harga bagi dua bahan api itu kekal.

3) Menghapuskan hutang tidak perlu peneroka Felda (tidak dipenuhi)

Pada 30 Julai, Putrajaya berkata ia masih mengkaji semula kadar faedah berhubung hutang itu.

Pada Jumaat lepas, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali berkata Felda mempunyai masalah aliran tunai yang kritikal dan kerajaan akan membentangkan Kertas Putih kepada Parlimen pada sesi berikutnya untuk menjelaskan keadaan hutang sebenar Felda serta pelan pemulihannya.

Sebelum masalah hutang peneroka dapat ditangani, kerajaan perlu memberi tumpuan kepada meningkatkan aliran tunai dengan menyusun semula pinjaman Felda, yang menurut Azmin sudah mencecah RM8 bilion.

Agensi ini juga mungkin mengkaji untuk menjual beberapa aset bukan strategik seperti hartanah di luar negara. 

4) KWSP untuk suri rumah (sedang berjalan)

Suri rumah tanpa pendapatan tetap akan mendapat 2% daripada sumbangan 11% suami mereka kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Kerajaan akan menyumbang tambahan RM50 tetapi hanya diberikan kepada isteri pertama bagi lelaki Islam.

Pelaksanaan dasar itu kini diperhalusi oleh KWSP dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), kerana ia melibatkan perubahan undang-undang dan dasar yang ada sekarang, kata Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail baru-baru ini.

5) Gaji minimum dan memulakan proses kenaikan (sedang berjalan)

Menteri Sumber Manusia M. Kulasegaran mengatakan gaji minimum akan ditingkatkan secara berperingkat-peringkat.

Kerajaan sepatutnya sepatutnya memuktamadkan kadar bagi peringkat permulaan kenaikan dalam mesyuarat Kabinet pada 10 Ogos, tetapi setakat ini tiada pengumuman dibuat.

6) Menangguhkan bayaran pinjaman PTPTN graduan gaji di bawah RM4,000, hapuskan dasar senarai hitam (sedang berjalan).

Kerajaan memenuhi sebahagian daripada janji ini, iaitu menghapuskan tindakan menyenaraihitamkan Imigresen, mengeluarkan lebih 400,000 nama peminjam yang gagal membayar hutang.

Bagaimanapun, Putrajaya masih mencari jalan untuk menangguhkan bayaran pinjaman bagi mereka berpendapatan di bawah RM4,000.

Salah satu langkah pertama adalah mengenal pasti mereka dalam kategori ini dan baru-baru ini mencapai persetujuan mengenai maklumat yang dikemaskini mengenai tahap pendapatan peminjam.

Janji ini menjadi kontroversi dan perbincangan hangat, dengan pengkritik mengatakan penangguhan pembayaran pinjaman akan membahayakan kewangan dan kemampuan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional untuk memberikan pinjaman kepada mahasiswa baru.

7) Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai 1MDB, Felda, Mara dan Tabung Haji (sebahagiannya dilaksanakan).

Kerajaan tidak membentuk RCI untuk kes-kes ini tetapi bagi isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), bekas perdana menteri Najib Razak sudah didakwa dengantujuh pertuduhan - tiga kerana jenayah pecah amanah, tiga kerana pengubahan wang haram, dan satu kerana menyalahgunakan kedudukannya.

Semua pertuduhan berkaitan penerimaan RM42 juta daripada bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd, antara 2014 dan 2015.

Juga berkaitan dengan 1MDB adalah rampasa kerajaan terhadap kapal pesiar mewah bernilai RM1 bilion, The Equanimity, dimiliki oleh sekutu Najib, Low Taek Jho yang didakwa dibeli oleh dana yang dicuri daripada firma pelaburan negara.

Kerajaan sedang menyusun semula Mara, merancang meluaskan peranannya yang berbeza di bawah kementerian berasingan, dan meneliti hutang Felda.

8) Jawatankuasa Kabinet Khas untuk menguatkuasakan Perjanjian Malaysia 1963 (sedang berjalan).

Putrajaya menubuhkan sebuah jawatankuasa khas Kabinet MA63 yang ditugaskan untuk menghasilkan laporan dalam tempoh enam bulan mengenai pelbagai perkara berhubung hak Sabah dan Sarawak.

Ini termasuk perkara berkaitan penurunan kuasa pentadbiran persekutuan untuk membolehkan autonomi negeri yang lebih besar, jumlah wang persekutuan yang perlu diberikan dan hak mereka untuk memperoleh pendapatan daripada sumber minyak dan gas.

Menteri Hal Eh Ehwal Undang-undang Liew Vui Keong berkata anggota jawatankuasa itu termasuk daripada pembangkang.

Isu royalti minyak Sabah dan Sarawak menjadi perhatian, kerana manifesto PH berjanji “20% atau nilai setara”, tetapi kini terdapat perselisihan sama ada ini harus dikira berdasarkan keuntungan bersih dan bukannya pengeluaran kasar.

Di bawah Akta Pembangunan Petroleum, pengiraan berdasarkan keuntungan kasar, dan bukannya untung bersih.

Azmin berkata pembayaran 20% akan mempunyai implikasi serius terhadap status kewangan Petronas dan kerajaan persekutuan.

9) Skim kesihatan atau Skim Peduli Sihat (pembiayaan RM500 untuk kumpulan B40) (belum dipenuhi).

Janjinya adalah untuk melancarkan skim ini di seluruh negara yang berjaya dilaksanakan oleh kerajaan Selangor pimpinan PKR. Ia akan memberikan RM500 kepada golongan berpendapatan rendah untuk mendapatkan rawatan perubatan asas di klinik swasta.

Setakat ini, Kementerian Kesihatan menubuhkan satu pasukan petugas khas bagi pelaksanaan di seluruh negara. Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata pasukan petugas itu terdiri daripada pakar-pakar yang menguruskan skim itu untuk Selangor.

10) Semakan komprehensif projek mega yang diberikan kepada negara asing (sedang berjalan).

Projek yang ditangguhkan sementara menunggu kajian semula untuk kos lebih rendah ialah Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL), Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR), Projek Transit Aliran Massa laluan tiga (MRT3) dan LRT Line 3.

Projek-projek ini juga disebutkan di bawah 29 Janji PH dalam manifestonya untuk meningkatkan ketelusan dan integriti belanjawan negara dan proses belanjawan.

Dengan pengumuman hutang negara berjumlah RM1 trilion, kerajaan cuba merundingkan semula terma dan kos dengan negara terlibat seperti China serta Singapura.

Dalam kes ECRL, RM20 bilion telahpun dibayar kepada syarikat China.

Kementerian Kewangan juga menangguhkan projek Multi-product Pipeline (MPP) dan Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP) yang sedang dibina oleh syarikat milik China, China Petroleum Pipeline Bureau.

Penangguhan itu dibuat selepas menemui terma berat sebelah yang menyaksikan lebih 80% daripada jumlah nilai projek bernilai RM9.4 bilion yang dibayar, walaupun hanya 13% daripada kerja itu dilaksanakan 

Jamal nyatakan hasrat membida kapal layar Equanimity
MALAYSIA DATELINE
Ketua Bahagian Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos menyatakan hasratnya untuk membida kapal layar mewah Equanimity yang dipercayai milik taikun Jho Taek Low.

Jamal mendedahkan hasratnya untuk membeli kapal tersebut yang dianggarkan bernilai AS$250juta (RM1bilion) melalui wawancara dengan Watan Online semalam.

Jamal turut berkata beliau akan mendedahkan sebab di sebalik permainannya untuk Equanimity dalam masa terdekat.

“Saya akan mengadakan sidang akhbar untuk memberi penjelasan penawaran diri saya untuk membida jualan kapal kapal layar (Equanimity),” ujarnya.

Jamal baru-baru ini menjadi buruan polis dan menghabiskan masa selama 27 hari di penjara Sungai Buloh sebelum dibebaskan kerana dakwaan jenayah terhadapnya. Dia dibebaskan pada 31 Julai lalu.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan hasrat kerajaan untuk menjual Equanimity pada 11 Ogos.

Beliau berkata kapal layar mewah itu akan dijual kepada pembeli tertinggi secepat mungkin, kerana kos penyelenggaraannya berjumlah kira-kira RM2juta sebulan.

Dr Mahathir, yang memeriksa kapal itu dan kagum dengan kemewahannya, mengatakan bahawa tiada tarikh telah ditetapkan untuk lelongan, tetapi beberapa pihak “telah menyatakan minatnya.”

Kapal layar yang berukuran 91.5 meter dilaporkan mampu membawa 26 penumpang dan mempunyai hiasan daun dan marmar emas, spa dan sauna, kolam renang 20 meter, pawagam, lif dan helipad.
at 8/14/2018 02:00:00 PTG
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/jamal-pak-tongkol-nyatakan-hasrat.html

Tuesday, 14 August 2018
HENTIKANLAH, KATA EZAM KEPADA KEM RAFIZI
  1. Saya tidak memberi perhatian kepada politik kerana saya bukan lagi ahli politik. Lebih2 lagi selepas PRU14 kerajaan baru telah berjaya dibentuk makanya saya tidak melihat ada keperluan untuk memberi perhatian khusus krn kerajaan hari ini tidak lagi sebuah kerajaan kleptokratik yang wajib diserang spt kerajaan dahulu.
  2. Namun ada beberapa kenyataan ahli2 politik khususnya pemimpin PKR dan Ahli Parlimen beberapa hari ini mengundang perhatian saya. 
  3. Pasti ada suara sinis yang menempelak saya kerana saya tidak lagi ahli PKR. Tetapi pertamanya pemimpin PKR hari ini bukan pemimpin sebuah parti sahaja tetapi sebuah kerajaan. Dan sebagai rakyat biasa saya berhak menegur. Keduanya, sedikit sebanyak ada sumbangan kecil saya menubuhkan PKR awal dahulu dan pernah  ke 2 penjara atas nama PKR. 
  4. Kiritikan terhadap mana-mana kerajaan adalah lumrah. Kenyataan negatif terhadap kerajaan yang dianggotai mereka sendiri boleh memberi imej negatif kepada kerajaan itu sendiri. Itu juga pada hemat saya tidak mengapa. 
  5. Tetapi beberapa kenyataan akhir-akhir ini bukan sahaja boleh menjejas imej tetapi kestabilan dan ekonomi negara kerana ia menyentuh beberapa perkara yang sewajarnya dielakkan dinyatakan secara terbuka dan sambil lewa pula.(tanpa sebarang bukti). 
  6. Kenyataan membabitkan Tun Daim Zainuddin tentunya boleh memberi kesan kepada negara kerana beliau adalah Pengerusi  Majlis Penasihat Kerajaan/CEP (Council of Eminent Persons) yang dilantik oleh PM. Sesiapapun tidak boleh menafikan bagaimana CEP yang terdiri dari tokoh2 besar yang berpengaruh seperti Tan Sri Zeti, Tan Sri Hasan Merican,Tan Sri Robert Kuok dan Prof Jomo KS dan Tun Daim sendiri telah memberikan kesan positif kepada kestabilan dan ekonomi negara khususnya pada peringkat awal penubuhan kerajaan baru. 
  7. Justeru kenyataan negatif apatah lagi semborono terhadap tokoh didalam CEP boleh memberi kesan negatif kepada negara lebih-lebih lagi kenyataan dibuat oleh seorang Ahli Parlimen kerajaan. 
  8. Lebih serius lagi kenyataan itu  juga menyentuh tentang kononnya ada komplot yang membabitkan jawatan PM. Jawatan PM bukan sebarang jawatan. Sebarang kenyataan mengenainya mesti dibuat dengan teliti apatah lagi apabila ia datang dari ahli parlimen kerajaan. Kalau dakwaan dibuat ahli parlimen pembangkang implikasinya berbeza. Tetapi apabila datang dari ahli parlimen kerajaan ia memberi implikasi besar kepada negara. 
  9. Keghairahan berkempen untuk jawatan parti tidak boleh menjadi lesen melakukan perkara2 yang boleh menggugat kestabilan kerajaan dan negara. Maka hentikanlah. 
  10. Saya juga harap Sdr Rafizi sebagai kepala kepada kumpulan kempen ini mengambil sikap bertanggungjawab. Saya kenal Sdr Rafizi. Malah saya yang membawa dia masuk ke PKR melalui sahabat karib dan orang kanan saya didalam Pemuda dahulu Allahyarham Sdr Adlan Benan Omar. Mereka berdua saya usulkan dimasukkan terus ke MPT parti walaupun mereka baru tamat pengajian. Saya lihat potensi Rafizi pada ketika itu. Tetapi saya tidak setuju terhadap beberapa kenyataan dan tindak-tanduk beliau akhir-akhir ini. 
  11. Saya juga mengharapkan ketegasan Dato Seri Anwar didalam memperbetulkan keadaan ini. Beliau pernah menjadi org no 2 negara dan di Kem Kewangan tentunya faham soal kestabilan negara dan ekonomi. Lebih2 lagi disaat kita mewarisi kerajaan kleptokrat dengan beban hutang dan kecurian yang diwarisi bersama. Makanya perkara paling utama dan harus dipandang paling serius adalah soal kestabilan dan keutuhan kerajaan dan ekonominya. 
  12. Kalau kita2 benar-benar jujur mahu menyelamatkan negara dan meletakkan kepentingan negara mengatasi kepentingan lain. Saharusnya tiada kompromi sama sekali terhadap unsur2 yang memusnahkan ini. 
Mohamad Ezam Mohd Nor
AJK Penaja Parti Keadilan Nasional 1999.
Pengasas Pemuda Keadilan 1999.
Tahanan ISA dan OSA 2001-03.
Posted by Shahbudin Husin at 07:59
https://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/08/hentikanlah-kata-ezam-kepada-kem-rafizi.html
Shahbudin dot com: HENTIKANLAH, KATA EZAM KEPADA KEM RAFIZI

Mahathir Lesapkan RM128 bilion?
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Nor Shamsiah Mohd Yunus – beritahu kami mengenai RM66 bilion yang Bank Negara Malaysia pam ke dalam pasaran dalam tempoh dua bulan yang lalu untuk menyekat Ringgit daripada terus jatuh kepada RM4.50 berbanding dolar Amerika.
Campurkan dengan RM31.5 bilion iaitu kehilangan yang ditanggung oleh BNM pada tahun 1992, yang pada hari ini bernilai RM62 bilion, menjadikan jumlah kehilangan semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri ke-empat dan ke-tujuh adalah sebanyak RM128 bilion. – pakdin.my
………………
令吉兌美元跌近4.10 國行擲逾660億扶盤|中國報

(吉隆坡7日訊)經濟學家指出,向來被視為避險貨幣的美元及日圓,短期內將繼續企穩主導地位,反觀在7月已按月貶值0.6%的令吉,前景持續堪憂,難以撥雲見“3”,今年底匯價預測為4.10。

與此同時,資料顯示,截至今年6月底,國家銀行動用了約162億美元(約660.56億令吉)進場扶持令吉,因此比較區域其他貨幣兌美元走勢,令吉貶勢其實相對溫和,兌美元貶幅也是區域內最低的。

大馬投銀研究和CEIC全球經濟數據庫資料顯示,令吉兌美元今年來貶值1.6%,是繼日圓之后表現最好的貨幣。

大馬投銀研究和中總社會經濟研究中心執行董事李興裕均預測,令吉兌美元今年底匯價將企于4.10水平。

國行料繼續扶持

李興裕回應《中國報》提問時指出,資料顯示,在去年4月份高峰時期,國行一度買進總值191億美元的空頭遠期外匯總值(short forward positions)合約,之后逐步退場,至今年3月份僅剩69億美元。但截至今年6月份,有關合約總值再升至162億美元。

“上述數據反映,自509大選之后,截至今年6月底,國行便動用了約162億美元購買空頭遠期外匯合約,此舉是為了緩和令吉的跌勢,這也解釋了為何令吉跌勢是區域中最輕的。”

他也預測,國行接下來還會持續建倉,以扶持令吉走穩。

國行官網顯示,令吉兌美元今早于11時30分報價時段一度貶值0.2%至4.09,為去年12月27日來最低,當時匯價為4.0920。截至中午12時,令吉兌美元仍貶0.1%報4.0860。

但截至下午5時閉市,令吉兌美元已由跌轉升,較昨日閉市4.0820,升值0.07%至4.0790。

明年難返3.80

針對令吉兌美元何時可回到首相敦馬哈迪早前所說的3.80合理匯率,李興裕坦言,令吉要回升仍面對許多挑戰,就他預測我國明年經濟成長率將跌破5%來看,令吉明年欲升至3.80水平有一定難度。

李興裕對我國明年整體經濟表現持謹慎態度,預測國內生產總值(GDP)成長率按年僅取得4.9%,比較今年全年預計達5.2%。
大馬投銀研究則預測,明年上半年令吉兌美元將介于4.12水平波動,較今年底預測的4.10進一步貶值。

國行料維持寬鬆政策

李興裕說,全球如今已踏入利率上升週期,暫且不論美聯儲今年至少還有一次的升息幾率,週邊國家如印尼也因為貨幣受到龐大的貶值壓力,被迫數度升息以穩定匯率。
將焦點放回國內,國行雖有升息空間,但他認為國行接下來會持續維持寬鬆的貨幣政策,這是因為國行向來是以宏觀經濟成長為主,不會允許任何潛在因素拖累經濟成長。
與坊間預測一致,李興裕預計,國行今年將維持隔夜官方利率(OPR)在3.25%。

另外,李興裕指出,新政府接下來推出的新政策都會間接影響令吉走勢,資金流向也將左右令吉走勢。

“目前馬股的情況是外資賣多過買;在債券市場,近來外資雖有逐步回流跡象,但國內整體外資情況仍然是撤走的大于流入。”

美聯儲今年尚有兩次升息
助力美元升值

大馬投銀研究預測,美聯儲預計將較其他央行更快速升息,加速貨幣政策正常化步伐,這為美元兌其他貨幣逐步升值,提供有力支撐。

預計美聯儲今年內尚有兩次升息幾率,即9月及12月,料將各別升息25個基點。

目前,美國聯邦基準利率介于1.75%至2.0%區間。

展望2019年,大馬投銀研究預測,美聯儲會再升息兩次,將美國聯邦基準利率目標區間推向2.75%至3.00%。

“倘若通脹壓力增加,不排除美聯儲會更迫切升息,並將聯邦基準利率進一步推向3.25%至3.50%區間,這意味著美聯儲明年將升息3至4次,每次升息25個基點。”

李興裕指出,美聯儲關切的是通脹率企穩2%健康水平,同時表現出絕不妥協的態度,因此美國經濟基本面向好,決定美聯儲升息縮表也將按照正常節奏進行。

無論如何,他說,由美國挑起的貿易戰,對美國經濟乃至全球市場的影響仍然難以預測,美聯儲對此將持續抱持謹慎態度,並會按情況對貨幣政策進行微調。– China Press







PENAFIAN : Artikel pendedahan ini adalah diambil sepenuhnya dari laman blogabuleman.blogspot.com dengan tajuk asal Mahathir lesapkan RM128 bilion – Gabenor BNM. Segala isi kandungan ini adalah dari penulis blog berkenaan dan pihak azmykelanajaya.com mungkin tidak bermaksud sedemikian. Pihak azmykelanajaya.com berharap pihak yang dituduh/diceritakan dalam artikel ini tampil membuat penafian jika ini merupakan fitnah dari pihak tak bertanggungjawab keatas dirinya, atau sebaliknya. Terima kasih.

Apabila Kafir Singapura Cuba Halang Ibadat Korban
Best reply ever by Rashidah Abdul Rahman to Nicole Yin who created a petition to ban Korban in Singapore.

Dear Ms Nicole Yin, 

We thank u very much for ur kind concern and compassion towards the animals. 

Indeed, Islam do teach us to be kind to ALL creatures be it man or animal. We are all made by the same Creator. Even to kill an ant for no rhyme or reason is prohibited. 

U are indeed very brave to question a practice, that has been deeply rooted in a religion that has 2 billion followers. 

In that 2 billion mass, we hv doctors, lawyers, scientists, thinkers, communicators, writers. Many of the so called modern foundings in Science was already discovered by this representation of 2 billion in numbers. 

We are not a barbaric crowd of human who are blood thirsty violent creatures definitely NOT what the media made us out to be. 

The atrocities that u see happening around us... is not Islam. 

Its driven by greed and power crazed individuals, using religion as a medium to oppose. 

May Allah have mercy on them.
Back to the topic on the Qurban ritual done once a year to honor our Prophet Ibrahim. 

May I know, if u hv the chance to PERSONALLY watched how the ritual is being done? Also what are the MANDATORY methods in which our animals are slaughtered daily?

There is a long list of criteria but this are some pertinent ones. 

I hope u will find some time to do FULL RESEARCH before starting such a petition which can create an ugly uproar in a country which pride itself on racial acceptance and tolerance. 

Most important rules during animal slaugtering in the Islamic rites are: 

- Animal must be fit and not handicapped. 

- Animal must NOT be pregnant. 

- Animal must be properly fed and maintained with tenderness. 

The slaughter can ONLY be performed by a SANE ADULT MUSLIM who is strong n fit. NOT anyone can come and Kill another being unless he is a serial killer! 

The knife used for slaughtering... must be very clean and resharpened after each slaughtering. 

The slaughter must on the point of pressure, reach the jugular and two major veins ensuring SWIFT and QUICK death of animal. 

The head must NOT be separated fr the body and at no time, shld the strike reach the back bone or spine. 

The animals will be comforted and given water before the process, the animals are separated fr each other out of respect that it also feels and understand the surrounding. 

The invocation of Allah's name IS A MUST and an intention must be consciously made that the death of this animal is purely for consumption. 

None of the body parts is to be wasted. All of it will be handed out to the poorest of the poor who is in some region starving and in hunger. 

Meat is a luxury that they cannot afford.

The ritual that u are questioning, is as instructed in our Holy Quran in which very strict guidance are listed. 

If we are not doing it right than it is not the religion that is questionable but the pple who is not doing in accordance to the teachings.

I wld like to reiterate, that u attend for urself and witness what goes on. 

As a child i attended this event and was feeling scared in the beginning. 

My father took his time to explain the whole process. 

We were allowed to stroke and pat our animal before offering it as a gift to the poor. 

We take honor to be present as if to tell the animal that we are there with them and that we will meet again in afterlife in the sirratul mustaqim. 

This animal that was offered today will be raised to witness what we hv done for our fellow needy brothers n sisters in faith.

Nicole, this is a religion of Mercy and Compassion. 

We don't need activists to question our rituals. 

The very fact that we NOT condone the use of machinations to cull the animal already show the respect and honor we have for it. 

We placed a very sincere INTENTION upon touching the animal to comfort it and take its life away with full respect. 

Its madness otherwise to be handling struggling animals but we adhere becos this is the basic fundamentals of Islam when it comes to consumption of livestocks.

Pls do ur own research in the benefits of Islamic Slaughtering and compare it to the conventional method. 

Compare also why Muslims abstain fr pork. 

It has got to do with veins and neck. 

Islam knows 1400 years ago what modern world is discovering only in the 21st centuries. 

Perhaps it is the culling of pigs and its consumption u shld be petitioning for, since u hv that much time.

I am not opposed to ur voicing out ur concerns. U are a brave young girl and learned but I and the rest of my fellow muslim request that u do ADEQUATE research into all areas and reasoning as to why we do what we do.

Thank you. 

Happy Eid Mubarak to my fellow Muslims around the globe... indeed this is our Jihad to explain to a non believer what they know not. 

As the Prophet s.a.w. had mentioned, Holding on to Islam in the Final Days will be like holding on to burning coals. 

We are heavily tested. 

Allahu Akbar Wa lilah Ilham.

...and petition was closed.

This is what we Muslims shld do as Khalifa on this earth. Educate those non-Muslims wherever we can...Insyaa Allah.

Bimbang trend gugur kes mahkamah pemimpin PH

KUALA LUMPUR 31 Julai – Trend pengguguran kes-kes mahkamah melibatkan kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) sejak parti itu mengambil alih pentadbiran negara dipersoalkan.

Meskipun bidang kuasa yang ada pada Peguam Negara seperti termaktub di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan per­lu dihormati semua pihak, na­mun pengguguran kes-kes mem­babitkan kepemimpinan tersebut cukup membimbangkan.
Hal itu kerana, menurut Ahli Par­limen Pengerang, Datuk Se­ri Azalina Othman Said, yang digugurkan adalah melibatkan kes-kes jenayah seperti hasutan, pecah amanah dan pembocoran maklumat.

Sehubungan itu, beliau berha­rap supaya perkara tersebut di­be­ri penjelasan kukuh kerana di­bimbangi akan memberi persepsi negatif terhadap amalan doktrin pengasingan kuasa di negara ini.
“Badan kehakiman perlu ke­­kal bebas daripada mana-mana campur tangan termasuk daripada badan eksekutif mahupun legis­la­tif.

“Badan kehakiman perlu ke­­kal bebas daripada mana-mana campur tangan termasuk daripada badan eksekutif mahupun legis­la­tif.
“Justeru itu, kerajaan PH per­lu lebih berhati-ha­ti da­­lam setiap tindakan di­­ambil agar tidak me­wu­­judkan persepsi yang salah terhadap ba­­­­dan kehakiman dan perundangan di ne­ga­ra ini,” katanya dalam ke­n­ya­taan di sini hari ini.

Azalina yang juga Ah­li Majlis Tertinggi UMNO berpandangan se­mua pi­­­hak seharusnya ber­pe­­­gang dengan prin­sip rule of law supaya prestij ba­dan kehakiman negara terus di­hor­ma­ti. 

Dalam pada itu, Presiden Per­satuan Peguam-peguam Mus­lim Malaysia (PPMM), Datuk Zai­nul Rijal Abu Bakar meminta Peguam Negara, Tommy Thomas menjelaskan secara terperinci jus­ti­fikasi beliau mengenai peng­guguran kes-kes berkenaan.
Perkara itu perlu, kerana menu­rut Zainul Rijal, keputusan yang dibuat itu jika tidak dijelaskan dengan teliti hanya mengundang persepsi negatif rakyat terhadap sistem perundangan dan keha­kiman negara.

“Benar, dari segi undang-un­dang Peguam Negara mempunyai kuasa untuk membuat pen­dak­wa­an atau menghentikan per­tu­du­han. 

Tetapi isunya di sini ialah ketelusan, jika tidak diterangkan asas-asas mengapa pengguguran itu dilakukan, maka dikhuatiri mem­beri impak negatif kepada sis­tem perundangan ne­gara,” jelas beliau.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/bimbang-trend-gugur-kes-mahkamah-pemimpin-ph-1.720313

Pegawai TKM P.Pinang Beri AMARAN Pada Sultan Johor
Menurut UtaraNews:

Seorang individu memuat naik satu status di laman sosial Facebook yang meminta Sultan Johor supaya 'sedar diri' dengan kuasa undang-undang yang didakwanya melebihi kuasa Raja Melayu.
Individu berkenaan, Satees Muniandy yang merupakan Setiausaha Peribadi kepada Timbalan Ketua Menteri P.Pinang, P.Ramasamy, juga mahu Sultan Johor agar jangan menghalang rakyat mengadakan demonstrasi.

Selain itu, ahli DAP tersebut juga memberi amaran kepada Sultan Johor agar jangan melampaui batas dengan membuat undang-undang sendiri yang disifatkannya sebagai melangkaui kuasa Raja.

Perbuatan individu berkenaan jelas sekali bertentangan dengan adab rakyat dan boleh disifatkan sebagai menderhaka kepada institusi DiRaja yang jelas termaktub dalam Perlembagaan negara ini.

Ahli DAP tersebut juga terbukti mahu menghasut rakyat Malaysia apabila memuatnaik status berkenaan yang jelas bertujuan menghina Sultan Johor dan mempertikaikan kuasa Institusi DiRaja.

Perbuatan sebegini sewajarnya dikenakan hukuman yang berat agar rakyat didalam negara tahu menghormati Institusi DiRaja, dan juga Sultan-sultan Melayu sesuai dengan apa yang tertulis dalam Perlembagaan.

Apa yang terjadi ini juga menunjukkan yang pihak pembangkang semakin berani kurang ajar dan menunjukkan sikap besar kepala biarpun berhadapan dengan Raja Melayu yang dihormati serta disanjungi rakyat.

Jika dibiarkan, tak mustahil suatu hari nanti pembangkang khususnya DAP ini akan memusnahkan ketenteraman dan juga suasana muhibbah didalam negara yang diterajui keharmoniannya oleh Raja-Raja Melayu.

Artikel Terkini


Ezam Mohd Nor Dijangka Kembali Ke Pangkuan PKR?
Bekas senator, Mohamad Ezam Mohd Nor dijangka akan menyertai parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam masa terdekat bagi membantu mengukuhkan politik Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden parti. 
Menurut sumber yang dihubungi SuaraTV berkata, Wan Azizah telah mengadakan perjumpaan dan beberapa perbincangan dengan Ezam berhubung perkara itu. 

“Apa yang saya boleh katakan ketika ini, kak Wan (Wan Azizah) telahpun mengadakan perbincangan bersama Ezam dan satu pelan sedang dirangka untuk membawanya kembali bersama PKR. 

“Setakat ini hasil perbincangan amat positif dan Ezam dikatakan telah bersetuju untuk membantu mengukukuhkan sokongan politik kak Wan di dalam PKR yang semakin merosot, malah Ezam baru-baru ini juga dilihat semakin ‘garang’ menyerang pentadbiran Najib dan itu merupakan sebahagian daripada strategi yang diatur,” katanya sebentar tadi. 

Ezam sebelum ini melepaskan jawatan sebagai Ahli Dewan Negara yang disandangnya sejak 2010 apabila dilantik sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan berkuat kuasa 15 Mac 2014. 

Namun sejak 1 April lalu, Ezam tidak lagi berkhidmat dengan Kementerian Kewangan, walaupun kontraknya masih berbaki sehingga tahun depan. 

Menurut sumber yang enggan mendedahkan identitinya itu juga, antara peranan dan tanggungjawab Ezam ialah mewujudkan ‘check dan balance’ di dalam parti yang ketika ini sedang didominasi oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali 

“PKR ketika ini sedang dikuasai oleh Azmin dan orang-orangnya dan perkembangan itu dilihat sangat bahaya untuk politik Kak Wan. 

“Azmin telah mengunakan kesempatan sebagai Menteri Besar Selangor untuk mengukuhkan kedudukkan politiknya sekaligus menyebabkan pengaruh Kak Wan semakin lemah” katanya lagi. 

Bekas Ketua Pemuda PKR itu meninggalkan parti pada tahun 2007 kerana hilang keyakinan terhadap bekas bosnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan menyertai semula Umno pada tahun 2008. 

Selepas tempoh beliau sebagai senator berakhir pada 2014, beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi Hisbah Centre For Reform. 

Pihak kami masih sedang berusaha untuk menghubungi Ezam bagi mendapatkan maklumbalas berhubung perkara ini. – SuaraTV

Ezam sworn in as senator for second term
Posted on 26 August 2013 - 01:33pm
Last updated on 26 August 2013 - 02:52pm
Mohamad Ezam Mohd Nor was sworn in as senator 
for a second term on Aug 26, 2013 at Parliament House. BERNAMA
KUALA LUMPUR (Aug 26, 2013): Mohamad Ezam Mohd Nor took his oath of office today as senator for the second term.

He was sworn in before Dewan Negara president Tan Sri Abu Zahar Ujang at Parliament House.

Mohamad Ezam, 46, who hails from Klang, Selangor, was first sworn in as a senator on May 3, 2010.

He is a former chief of Parti Keadilan Rakyat (PKR) Youth.

The senator, who holds a Bachelor of Economics degree from the International Islamic University of Malaysia, left PKR and returned to Umno in 2008.

He was the political secretary of PKR advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim when the latter was serving as the finance minister while in Umno. – Bernama
Related articles
http://www.thesundaily.my/news/806593

www

Tiada ulasan: