Khamis, 23 Ogos 2018

Nak kata apa. 8089.


Foto Amaniya Ariffin.

Wan FayhsalIkuti
Wan Fayhsal
Wan Fayhsal - ECRL ADALAH PERKAKAS GEOPOLITIK CHINA Tun M sudah...
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10214750358605339&set=pcb.10214750360165378&type=3&theater
ECRL ADALAH PERKAKAS GEOPOLITIK CHINA
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10214750358605339&set=pcb.10214750360165378&type=3&theater
Tun M sudah berbuih menjelaskan kedudukan projek ECRL sebagai beban yang menggugatkan kedaulatan negara kalau kita ikut terma yang China gariskan bersama Najib Razak dan Jho Low yang yang dibayangi skandal 1MDB.
Foto Wan Fayhsal.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10214750357325307&set=pcb.10214750360165378&type=3&theater
Soal kos kewangan itu bukanlah perkara yang paling mustahak dan terdesak untuk Tun M pergi ke Beijing dan “kowtow” dengan mereka sebegitu rupa.
Foto Wan Fayhsal.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10214750359285356&set=pcb.10214750360165378&type=3&theater
Ianya terlebih penting berhubung kesalamatan dan kedaulatan negara.

Dalam keghairahan dan paranoia China untuk melengkapi permainan strategi geopolitik “weiqi” berhubung “Malacca Dilemma” (sekarang ditambah dengan Laut Cina Selatan mendepani neo-containment) yang Tun M dah lama tahu sejak zaman Presiden Hu Jintao, ECRL (dan juga projek lain) adalah persis kuda trojan untuk memastikan matlamat geopolitik China tercapai di Semenanjung Malaysia.
Foto Wan Fayhsal.
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10214750359405359&set=pcb.10214750360165378&type=3&theater

Seperti dijelaskan oleh Guanie Lim dalam makalah beliau ini, ianya sebahagian daripada kompilasi makalah yang membahaskan semua mega projek pelaburan Belt and Road Initiatives (BRI) dan hubung kaitnya dengan agenda keselamatan dan kedaulatan ekonomi dan geopolitik serantau China.

ECRL adalah satu conduit untuk China melebarkan percaturan geopolitiknya di Malaysia, dan Tun M faham ini.

Apakah salah untuk China lakukan sebegitu? Tidak. Kita faham cabaran yang mereka perlu tangani CUMA janganlah ambil kesempatan dengan menggunakan kelemahan dan keterdesakan Najib Razak yang diburu banyak negara Barat kerana skandal 1MDB untuk mendapat “pajakan” kedaulatan wilayah Malaysia dengan cara yang tidak “gentleman” sebegini.

Rundinglah semula itu saja dan pulangkan Jho Low kepada rakyat Malaysia. Barulah hubungan dua hala akan menjadi harmoni dan jujur, “win-win” seperti yang dicanangkan Xi Jinping. 

Malaysia bukan Afrika. Orang Melayu khususnya ada maruah untuk dijaga berhubung kedaulatan wilayah kami. 

Kawan biar kena cara dengan adab dan adat setempat, bukan masuk pintu belakang dan jadi kaduk naik junjung.

Matt Zackry ULASAN YANG JITU MENGENAI ECRL.

*Sebenarnya, kos ECRL dan saluran paip boleh ditanggung oleh kerajaan dengan mudah. Ini yang tidak diberitahu oleh kerajaan kini.*

Ketiga-tiga projek China ini dibiayai oleh kerajaan China dengan pakej pembiayaan jangka panjang selama 20 tahun dan tidak perlu membayar selama 7 tahun. Kadar faedah adalah pada 3.25 peratus juga lebih rendah daripada kos pembiayaan kerajaan pada masa ini iaitu pada 4.2 peratus jika kita mengeluarkan bon.

Tiada pihak yang meminta kita membayar penuh pinjaman ini sekaligus. Termanya adalah jangka panjang.

Sebagaimana disebutkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, kerajaan hilang sekurang-kurangnya RM23 bilion bagi pendapatan tahunan kerajaan. 

Sudah tentu angka ini pasti akan meningkat bagi 20 tahun akan datang, kerana kutipan GST sudah tentu meningkat selari dengan pertumbuhan ekonomi dan pendapatan rakyat meningkat dan kuasa berbelanja lebih besar.

Walau kita gunakan dakwaan Pakatan bahawa kos ECRL adalah RM81 bilion (dan bukan RM55 bilion) di mana mereka mendakwa ia melibatkan kos faedah dan RM9.4 bilion bagi dua projek paip gas, kos kedua-duanya adalah RM90 bilion.

RM90 bilion bagi tempoh 20 tahun bermakna RM4.5 bilion setahun, di mana kerajaan berupaya membayarnya daripada lebihan RM23 bilion yang dikutip daripada GST, jika ia tidak dimansuhkan.

Hasil kepada kerajaan dan negara daripada projek infrastruktur pengangkutan awam seperti ECRL bukan sahaja dikira dari pulangan terus daripada penumpang atau jumlah trafik barangan sahaja tetapi daripada faktor luaran dan limpahan ekonomi daripada projek berkenaan.

Jika hanya dihitung daripada pulangan terus, maka tiada faedahnya untuk membina lebuhraya bebas tol seperti projek Lebuhraya Pan Borneo atau Lebuhraya Central Spine Road (CSR) memandangkan tiada pulangan terus darinya.

Hakikatnya, peluang pekerjaan, peluang ekonomi diwujudkan; pelbagai industry akan berkembang dan nilai harga tanah akan turut meningkat di sekitar stesen keretapi. Kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri akan menerima manfaat daripada kutipan cukai yang meningkat daripada syarikat yang tumbuh hasil limpahan ekonomi selain daripada pelbagai pembangunan dan harga hartanah yang lebih tinggi.

Selain manfaat ekonomi, terdapat faedah lain seperti mengurangkan penghijrahan ke bandar seperti ke Kuala Lumpur yang turut mengakibatkan kesesakan; ia satu pengangkutan lebih selamat, selesa dan meningkatkan produktiviti mereka yang melakukan perjalanan ke kampung; dan mengurangkan pencemaran asap kereta. Berapa banyak nyawa telah terkorban daripada kemalangan jalanraya? Ini semua tidak boleh diukur oleh ekonomi dan kos.

Manfaat ini adalah berkekalan dan bukan hanya untuk satu kali sahaja.

Kini semua sudah tiada dan perlu bayar pampasan berpuluh bilion pula. Tapak-tapak ECRL yang sudah 20% selesai dibiarkan terbengkalai sahaja.
(disuntik dan diubahsuai dari tulisan Wee Ka Siong)


Ridhwan Merican Fazil Merican Sakinah Abdullah TM boleh buat undang penggunaannya. Mudah ja pun.

Apa lah pening sgt orang2 PH ni. Pasal nk buat kereta nasional.laju ja. Projek ni hakmilik kerajaan dan yg untung kerajaan PH. Pastu yg si penulis ni ambik statement dr orang singapura.

Wakil dari malaysia ckp xnk dengar.


Umar Faruq Tun M mmg terbaik.. Walau dgn apa cara pun China ttp memerlukan Malaysia bagi meneruskan kelangsungan jalur perdagangan mereka. Di kala Indonesia bermasam muka dgn mereka, Najib dgn bangganya menyerahkan segala apa yg kita ada atas nama perdagangan dgn China. Tindakan Tun M mengembalikan kuasa ekonomi dan pertahanan negara. Kita (semenanjung) mungkin hanya tanah sekangkang kera, tapi kepentingan Selat Melaka yg menjadi antara tunjang aktiviti ekonomi dunia adalah milik Malaysia dan Indonesia. China akan tetap tunduk kepada kita, tak kira lah kuasa mereka sebesar mana. Malaysia dan Indonesia (Abg Besar Nusantara) harus pertahankan kepentingan ini bersama. Harimau Malaya yg tidur sudah bangkit semula, bersama Garuda kita kekalkan peninggalan benua Sunda ini demi kepentingan anak cucu kita.

Hasif Rosdi sambil menyelam minum air.. China boleh guna utk kargonya kita pun boleh guna juga.. sama2 dapat manfaatnya bab hutang dlm projek mega tu biasa la.. mana ada bayar cash.. semua hutang dulu.. aku yakin boleh je bayar

Umar Faruq Tun M mmg terbaik.. Walau dgn apa cara pun China ttp memerlukan Malaysia bagi meneruskan kelangsungan jalur perdagangan mereka. Di kala Indonesia bermasam muka dgn mereka, Najib dgn bangganya menyerahkan segala apa yg kita ada atas nama perdagangan dgn China. Tindakan Tun M mengembalikan kuasa ekonomi dan pertahanan negara. Kita (semenanjung) mungkin hanya tanah sekangkang kera, tapi kepentingan Selat Melaka yg menjadi antara tunjang aktiviti ekonomi dunia adalah milik Malaysia dan Indonesia. China akan tetap tunduk kepada kita, tak kira lah kuasa mereka sebesar mana. Malaysia dan Indonesia (Abg Besar Nusantara) harus pertahankan kepentingan ini bersama. Harimau Malaya yg tidur sudah bangkit semula, bersama Garuda kita kekalkan peninggalan benua Sunda ini demi kepentingan anak cucu kita.

Ridhwan Merican Fazil Merican Malaysia nk halang inisiatif China jalur sutera moden. China nk mengukuhkan ekonomi di Asia. Malah bnyk kaum beli barang dari sana jual disini dengn konsep rebrand.

Ko ingat barang semua bnyk dibuat kat Malaysia kah? Kita bukan ditampuk lama fikir pasal jajahan.

Kita nk meningkatkan nilai MYR dari pertukaran wang asing yg mengalir ke sini. So jgn benak sangat nk tunjuk kuasa apanya. So dengan guna alasan ni lah negeri di sana xperlu apapun kemajuan selamanya???

Awatlah bengong, perundangan boleh dibuat mengenai sekatan import atau perkara minimal penggunaan China melalui ECRL. Itula yg sombong ego ni xbertempat.

Jgn harap la negeri sana nk dimajukan dengan statement ni. Sengal.


Muhammad Syafiq Harga tiket keretapi laju dari Taipei ke Zuo Ying (Kaohsiung): NT$ 1445 (RM193)
Jarak Taipei ke ZuoYing: 349km
Jarak Pelabuhan Klang ke Tumpat: 688km

Rasanya berapa harga tiket ECRL ye?


Amyrul Myrul Hashim
Foto Amyrul Myrul Hashim.
Mohd Riduwan
Foto Mohd Riduwan.
Mohd Fauzi Bin Abdullah
Foto Mohd Fauzi Bin Abdullah.
Mohd Fauzi Bin Abdullah

Kelab Che Det berkongsi video.
1 jam
Polisi kerajaaan yang Pro-Bumiputera, perlu atau tidak dalam Malaysia Baharu???

Malaysia Boleh
Polisi pro Bumiputera, wajar dikekalkan atau dihapuskan? Atau perlu lebih penambah baikan? #MalaysiaBoleh
https://www.facebook.com/malaysiabolehdotcom/videos/2232222293679575/?hc_ref=ARTQed1a0vSE89eRr-5ZJUnj87lFif3tOS_Kl2FKDFc8ZUFZ0YvtwjtEjee6Z7jq_mQ&__xts__[0]=68.ARCQRuRRDkFBi-ykgPgGkr6lDIKVZ_R3dCNDqRdfrT40Mxe-dgHsjjgTsuh_6cKbzueVXOX85TE3x0vowtzvP6ORErA0v3u9jmLw0lHOjj9oS_I6RrUYeqdGSH3ZwnSYnFLv-io&__tn__=FC-R
Malaysia Baru: Polisi Bumiputera - Hapus atau kekal?

Bagai Kaduk Naik Junjung

Bagai kaduk naik junjung dalam peribahasa Melayu membawa maksud orang hina yang dimuliakan atau mendapat keistimewaan sehingga dia lupa diri dan asal usulnya. 

Sebenarnya peribahasa ini tercipta daripada permerhatian orang lama tentang alam dan kehidupan. Pokok kaduk dibandingkan dengan sirih yang mempunyai ciri dan bentuk pokok yang serupa. 

Sirih jenis pokok memanjat manakala kaduk tumbuh melata di atas tanah. Pokok sirih yang ditanam biasanya dipasang kayu pancang (dikenali sebagai junjung) untuk membolehkan pokok sirih memanjat dan mencengkam kayu pancang. 

Pokok kaduk lebih kecil tetapi sifatnya berdikari kerana ia tidak memerlukan kayu pancang sebagai sokongan untuk berdiri tetapi apabila ada junjung disebelahnya, ia akan menggunakan junjung tersebut. 

Kaduk akan membesar bersama junjung dan terlupa seandainya junjung patah atau rebah, ia turut sama rebah kerana batang pokok kaduk sudah tidak dapat menanggung berat yang selama ini disokong oleh junjung. Selagi ada junjung, kaduk terus lupa diri... Dalam kehidupan kita, ada yang bersifat seperti kaduk naik junjung ini.

http://adrydaud.blogspot.com/2011/11/bagai-kaduk-naik-junjung.html
Dedaun Alam: Bagai Kaduk Naik Junjung


buat colek daun kaduk ni best, segar dari ladang hehe. org buh juga dlm gulai kawah mmg best

Monday, September 30, 2013

PENGGUNAAN PERIBAHASA 'SEPERTI KADUK NAIK JUNJUNG' (EXCEEDING LIMITS)

Kaduk ialah sejenis tumbuhan (pokok renek), akar bugu, kudak, mengkadak, sirih duduk (Kamus Dewan edisi IV, 2005:653), manakala peribahasa seperti kaduk naik junjung bermaksud orang yang hina apabila mendapat pangkat dan lain-lain berbuat mengada-ada (Ibid; klik juga di sini). Dalam penggunaan harian biasa (orang awam). peribahasa berkenaan juga boleh dikaitkan dengan orang yang beroleh ehsan (simpati orang lain) kemudian berlebih-lebihan mengambil kesempatan. Contohnya, orang yang datang bertandang tiba-tiba cuba berlagak lebih daripada tuan rumah.

Dalam konteks perbincangan yang lebih bersifat ilmiah, kaum pendatang (dengan izin atau tanpa izin) sudah mula lupa diri dan mula membuat tuntutan yang tidak munasabah. Mereka mula membina petempatan, lalu memelihara binatang peliharaan yang mengganggu ketenteraman penduduk tempatan yang asal. Akhirnya, penduduk tempatan asal mula menjauhkan diri, sedangkan pendatang tadi sudah bermaharajalela.
klik paparan untuk lebih jelas (sumber: klik di sini)
Golongan yang tidak belajar daripada sejarah biasanya tidak tahu erti mengenang budi. Terdapat komen dalam Yahoo yang memandang rendah lulusan aliran kebangsaan (sekolah kebangsaan, SK dan SMK) dengan label bengap (goons teach by goon who was also trained by goon lecturers at local goon university). Mereka sengaja memejamkan mata terhadap pengorbanan dan baik budi generasi yang dianggap goon itu dahulu yang sudi menerima nenek moyang mereka sebagai tetamu, jiran dan akhirnya mereka berada pada kedudukan sekarang.

Semasa susah dan merempat, golongan kaduk naik junjung itu bermanis muka bagi menyembunyikan niat jahat yang bersarang dalam minda sedar mereka. Perkara yang sama berlaku di bumi Palestin apabila pendatang Yahudi yang sungguh licik akhirnya berjaya menubuhkan rejim haram Tel Aviv. Demikian juga di Bosnia Herzegovina yang pernah menjadi mangsa pembersihan etnik oleh kaum Serbia yang pernah hidup berjiran dan bermanis muka, tetapi dalam hati mereka penuh kebencian terhadap masyarakat Bosnia.

Contoh di rumah ialah anak yang dimanjakan mudah jadi besar kepala dan bersifat angkuh sehingga berani meninggikan suara terhadap ibu bapa sendiri. Kalau di sekolah pula kerana terlalu ditatang bagai minyak yang penuh, murid yang berkelakuan seperti kaduk naik junjung mula berani melanggar peraturan sekolah dan tidak menghormati guru. Pendek kata, justeru menyangka diri mereka sudah terlalu mulia dan hebat, orang lain tidak lagi perlu dihormati.

Jika kaduk itu ialah sirih yang asalnya hidup di atas permukaan yang datar kemudiannya menjalar, lalu memanjat junjung atau pagar yang tinggi. Lama-kelamaan sirih menjadi dominan hingga menutupi junjung atau pagar yang dipanjat tadi. Maka, bermula dengan menumpang, akhirnya bersifat menguasai.
rupa daun kaduk sama seperti daun sirih (sumber ambilan gambar di sini)
Dari segi saintifik, kaduk ialah sejenis tumbuhan herba yang hidup melata (klik di sini). Pada awalnya kaduk tumbuh menutup bumi, tetapi demi bertemu kayu pacak yang tinggi atau disebut junjung tadi, kaduk akan terus memanjat junjung itu. Namun, ketahanan kaduk agak lemah kerana tidak memiliki sistem sokongan untuk memanjat sebagaimana tumbuhan tumpang yang lain.

Iktibar peribahasa seperti kaduk naik junjung ialah golongan yang bersikap sedemikian harus diberi kesedaran dan keinsafan bahawa lagak mereka tidak akan ke mana-mana. Jika kaduk terus berleluasa sehingga melemahkan junjung yang ditumpang, maka pada akhirnya junjung akan patah dan kaduk ikut sama jatuh ke bumi semula. Segala kehebatan palsu yang dibanggakan oleh kaduk akan musnah serta-merta.

... http://cikguazharrodzi.blogspot.com/2013/09/penggunaan-peribahasa-kaduk-naik_30.html










Tiada ulasan: