Isnin, 13 Ogos 2018

Peranan Clare Rewcastle-Brown. 8033.


Clare Rewcastle-Brown pembuka mata global terhadap rasuah di Malaysia? Pandangan portal yang xsuka dan yang menyetujui Clare Rewcastle-Brown kelahirkan Negeri Sarawak., yang juga Pengasas Siaran Radio Free Sarawak dan Portal Berita Sarawak Report. 

Clare Rewcastle-Brown juga berjaya mewujudkan pertengkaran, perdebatan dan penafian dari Umno Barisan Nasional yang menerajui Kerajaan Malaysia sebelum PRU ke 14 yang lalu., terutama era Perdana Menteri Malaysia yang ke enam. Clare Rewcastle-Brown juga berjaya menyeret PAS terbabit sama. 

1
Siapa Sebenarnya Clare Rewcastle-Brown Di mata Bangsanya
By MT Webmaster  On Dec 15, 2015
clare_rew_brown
KEMUNCULAN individu bernama Clare Rewcastle-Brown, pengasas Sarawak Report mula menjadi perhatian dalam kalangan masyarakat selepas dia terlibat dalam beberapa siri ‘pendedahan sensasinya’ yang dilihat cuba menghasut rakyat negara ini untuk menumbangkan kerajaan.

Menerusi laporan Sarawak Report, Clare seringkali dilihat ‘mencipta tuduhan’ palsu berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan yang dilakukan oleh barisan kepimpinan negara sebagai satu cubaan dakyah jahat memburukkan nama baik pemimpin negara.

Malah, beberapa siri pendedahan yang dibuat oleh Sarawak Report termasuk membabitkan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menjadi ‘peluru tambahan’ kepada pihak pembangkang untuk ‘menembak’ kerajaan, meskipun ia langsung tidak dikepilkan bersama sebarang bukti konkrit, atau dalam ayat mudah hanya ‘rekaan’.

Tambahan, agenda tersembunyi Clare jelas terserlah selepas beberapa perbualan menerusi aplikasi WhatsApp membabitkan beliau dengan beberapa pembangkang terbongkar baru-baru ini yang mana antaranya menyatakan dia ‘sedang mengubah masa depan sebuah negara’.

Terbaharu pula, pendedahan e-mail dikirim oleh seorang tokoh korporat yang cukup disegani di Britain kepada Clare jelas membuktikan siapa sebenarnya wanita Britain itu di mata bangsanya sendiri.

Individu tersebut, Pengerusi Mastercard International sejak 2006 dan Pengerusi Centrica PLC, syarikat pembekal elektrik dan gas terbesar di United Kingdom dengan perolehan 30 bilion pound setahun.

Menerusi jawapan balas e-mail yang diberikan oleh Richard kepada Clare jelas membuktikan kredibiliti insan bernama ‘Clare Rewcastle-Brown’ itu harus diragui, sekaligus menunjukkan apa sahaja pendedahan mahupun laporan yang dibuat Sarawak Report selama ini juga perlu diteliti semula.

Memetik laporan sebuah portal, Clare sebelum ini menyoal Haythornthwaite sebagai Pengerusi PetroSaudi International, bagaimanapun ia ‘termakan’ diri sendiri apabila ahli perniagaan terkenal itu membidas balik dakwaan Clare dengan menyatakan beliau tidak pernah memegang sebarang jawatan di syarikat itu.

Ini jelas menunjukkan bahawa, Clare yang kononnya seorang wartawan penyiasatan British gagal membuktikan bahawa beliau cukup melakukan ‘research’ mengenai siapa sebenarnya Haythornthwaite, inikan pula segala tuduhan yang pernah dibuat terhadap kepimpinan negara.

Dan hal ini perlu disedari oleh semua masyarakat Malaysia yang selama ini terlalu percaya dengan dakwaan semborono  Clare, tapi hakikatnya Haythornthwaite, langsung menolak kredibilti wanita itu.

Sebagai bukti, berikut diserta email tersebut; 

From: Rick Haythornthwaite <rh@rhaythornthwaite.com>;;Date: Thu, Dec 10, 2015 at 10:43 AM 
Subject: Re: Letter sent by PetroSaudi claiming ownership of Good Star Limited, Seychelles 
To: Sarawak Report <info@sarawakreport.org>;; 

Dear Mrs Rewcastle 

Having now done some research into your background, it is clear that you are an active campaigning blogger rather than an objective journalist with a desire to understand the true facts behind this matter. 

That your email to me contains fundamental factual errors – not least suggesting that I am, or have ever been, chairman of PetroSaudi International – reinforces my concerns about your credibility. 

Therefore, even if I were to be in possession of information relevant to your query, I would be unwilling to assist you in your questionable activities. 

Yours…..

Berdasarkan email tersebut, jelas menunjukkan Clare lebih berminat menyoal tanpa berasaskan fakta.

Maka, fikirkan semula tohmahan yang pernah dibuat selama ini oleh Clare, Sarawak Report dan parti pembangkang. Clare seakan insan yang hadir untuk memporak perandakan negara ini.

Jadi, anda fiikirkan dan kenali, siapa sebenarnya Clare Rewcastle-Brown.
http://www.malaysia-today.net/2015/12/15/siapa-sebenarnya-clare-rewcastle-brown-dimata-bangsanya/
Siapa sebenarnya Clare Rewcastle-Brown dimata bangsanya – Malaysia Today

2
Siapa Sebenarnya Clare Rewcastle Brown, Editor Sarawak Report?? #1MDB

RAMAI macai PR & zomba ProTun percaya dengan flowcart bingai di portal SarawakReport mengenai kemasukan wang berjuta-juta RM ke akaun peribadi PM, DS Najib walaupun tanpa sokongan dokumen transaksi atau sebarang bukti relevan [BACA SINI]

Editor SarawakReport sebenarnya sudah memulakan misi penipuan sejak bertahun lamanya di Sarawak dan Sabah tapi kesemua penipuannya ditolak oleh rakyat Sarawak/Sabah. 

Bila Clare Rewcastle Brown mencuba nasib dalam skop yang lebih besar, misi menjatuhkan Najib Razak (menggunakan isu 1MDB) tidak sangka lebih ramai rakyat yang bodoh di Semenanjung Malaysia yang termakan mudah segala pembohongan oleh perempuan British ini. 

Ini mungkin kerana penglibatan mantan PM, Dr Mahathir yang turut menjadi tukang canang kepada pembohongan Sarawak Report untuk mencapai misi desperado beliau. Tapi penangkapan sekutu Claire di Thailand, Xavier Andre Justo sedikit sebanyak buatkan ada beberapa pihak yang sedar dan melakukan u-turn dengan keinsafan secara total. 
Mari kita singkap siapa sebenarnya Editor SarawakReport...

CLARE REWCASTLE BROWN adalah seorang wartawan penyiasatan British yang dilahirkan di Sarawak.

Dia adalah pengasas portal Sarawak Report dan Radio Free Sarawak yang pada awalnya mengkritik secara terbuka kerajaan negeri Sarawak di bawah pentadbiran BN.

Dia meninggalkan Sarawak pada usia mudanya dan menetap di London sebelum menjadi seorang wartawan di BBC World Service pada tahun 1983.

Clare berkahwin dengan Andrew Brown, adik kepada bekas Perdana Menteri Britain, Gordon Brown. Andrew pernah dikaitkan dengan kes nepotisme menerima bayaran untuk 'pembersihan wang' perbelanjaan Perdana Menteri (abangnya) dalam skandal perbelanjaan kerajaan Britain yang mendapat liputan meluas media popular, The Telegraph pada 2009.
Clare, kembali melawat Sarawak selepas lebih 30 tahun sebagai aktivis alam sekitar, kononnya untuk menyelamatkan kemusnahan hutan di Sarawak. Benarkah sesuci itu niat Claire??? Tidak sama sekali...

Clare menubuhkan Sarawak Report dan Radio Free Sarawak untuk menjatuhkan Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud tetapi gagal sehinggalah Taib Mahmud melepaskan jawatan kepada DS Adenan Satem.

Dia merekayasa satu dunia pembohongan dan penipuan dengan tujuan tersembunyi dan nekad untuk pergi lebih jauh dengan tujuan jahat ini.

Salah satu pembohongan epic yang dilakukan Clare di Sarawak adalah pendedahan adik kepada Taib, Zaleha Mahmud dalam pegangan saham di beberapa syarikat. Bila menyedari pembohongannya dapat dikesan, dia bertindak pantas memadamkan entri tersebut dari SarawakReport [BACA SINI]

Dengan penangkapan Justo, SarawakReport turut memadamkan beberapa entri yang melibatkan dokumen manipulasi mengenai 1MDB.
Clare juga dikatakan mempunyai hubungan romantis dengan DJ Radio Free Sarawak, Peter John Jaban yang terkenal dengan gaya hidup sosial dan seks bebasnya. Peter John merupakan 'orang kuat' Clare di Malaysia.
Clare pernah berkonspirasi dengan Cullen Johnson, bekas pegawai polis Toronto yang menjadi penyiasat persendirian untuk menggodam ke dalam akaun bank peribadi bekas menantu Taib Mahmud selepas perceraian gadis tersebut dengan anak sulung Taib.

Bekas Perdana England Gordon Brown, adiknya Andrew Brown dan adik iparnya Claire Rewcastle Brown adalah sekutu kepada 'penyiasat wang' Theodore S. Greenberg atau lebih dikenali sebagai Ted S. Greenberg.

Ted seorang bekas pendakwaraya yang menyiasat kes-kes pengubahan wang haram, penipuan, rasuah dan salahguna kewangan adalah Ketua Seksyen Pengubahan Wang Haram dan Timbalan Ketua Bahagian Penipuan, di Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.

Ted adalah orang yang membantu Amerika Syarikat menjejak beratus-ratus juta dollar yang disembunyikan oleh bekas Presiden Filipina Ferdinand Marcos. Wang tersebut dikembalikan kepada Kerajaan Filipina dan Ted telah mendapat bayaran lumayan.

Ted kini bekerja untuk beberapa kes berprofil tinggi termasuk menyelesaikan kes AS$15 bilion yang disembunyikan selepas penggulingan Presiden Mesir, Hosni Mubarak. Tugasnya juga termasuk menyiasat wang dan harta bekas pemimpin Libya, Muammar Gadafi dan Saddam Hussein di Iraq.
Hingga berlangsung PRU13, Claire Rewcastle Brown dan sekutunya Ted, mempunyai hubungan dengan misi yang sama - bersama Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim membentuk kerajaan baru PR. Abang ipar Clare, Gordon Brown adalah kawan lama Anwar semasa dalam jawatannya sebagai Perdana Menteri Britain.

Claire adalah penasihat rapat kepada Anwar Ibrahim walaupun cara kempennya cuba dibuat bernada bebas, objektif atau non-partisan.

Tentu semua masih ingat SarawakReport yang mendedahkan kemasukan seramai 40 ribu warga Bangladesh ke Malaysia menjelang PRU13 yang diusahakan oleh BN sebagai pengundi hantu. Namun tiada satu kes pun berita penangkapan warga Bangladesh dilaporkan semasa PRU13 berlangsung. Kini entri tersebut juga sudah dipadamkan dari SarawakReport.
Claire dijanjikan satu projek konsesi carigali minyak jika Anwar Ibrahim berjaya menjadi Perdana Menteri. Untuk mencapai tujuan itu dia mencadangkan Ted untuk turut serta bagi memastikan BN jatuh tersungkur dalam PRU13.

Selepas gagal di Sarawak, Claire melebarkan sayapnya ke Sabah. Kali ini melibatkan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.

Dengan kerjasama daripada Lo Man Heng, penyokong kuat Anwar di Sabah mereka cuba mengaitkan Musa Aman dan musuh perniagaan Lo, Micheal Chia Tien Foh berkaitan skandal pembalakan haram dan pengubahan wang haram.

Namun siasatan SPRM dan ICIC mendapati semua dakwaan yang dibuat oleh Claire adalah tidak berasas dan keputusan itu menamatkan misi Claire di Sabah bila BN mengekalkan kuasa di Sabah selepas PRU13 [BACA SINI].

Berapa banyak penipuan dan episod kegagalan Clare dalam cerita silamnya?? Jika hanya pembangkang PR yang bersungguh menebar luas fitnahnya tidaklah begitu dihairankan selepas tiada lagi isu besar yang mereka dapat putarkan di media sosial... tapi bila Dr Mahathir turut terjerumus dalam penipuan SarawakReport, seperti ada sesuatu yang terlalu mendesak misi peribadinya.

Baca lagi banyak kes penipuan di portal SarawakReport [KLIK SINI!]

Yakinlah janji ALLAH, yang BATIL takkan dapat menjatuhkan yang HAQ! Sudah-sudahlah macai PR & zomba ProTun menjadi penyambung lidah fitnah & penipuan... sempena bulan Ramadhan yang mulia ini kembalilah ke pangkal jalan, pintu taubat sentiasa terbuka. -RR@1peluru.com

Pertemuan Clare dengan orang kanan Mahathir, Kamaruddin Abu Hassan [BACA SINI]
Ulasan: 
Anonymous said... July 6, 2015 at 2:13 PM
Aku dulu penyokong kuat umno/bn. Sbab aku sayangkan islam dan bangsaku. Tapi tak lah sampai macai macam ni. Kalau dah salah pon nak sokong tu memang macai lah. Kalau dah salah means SALAH. Malaysia ni dah menanggung hutang berbilion kau boleh jawabkan tak? Sebab mengapa? Siapa punya angkara? Salahkan orang lain juga lah?? Bukan pemimpin dan menteri2 yg dipilih itu yg makan duit rakyat tu?? Habis mana peginya duit yg ada? Bukankah Msia banyak hasil bumi?? Akhirat nanti kau menjawablah dgn macai kau dan yg memimpin. Sbab kau menyokong org2 mcm ni. Kalau bukan fitnah habis kau buktikan sebab apa kita hutang? Sbab apanya ada gst?? Nak bayar hutang berbillion tu kan? Wehh kau tak kesian ke golongan marhean yang ada di sekeliling kau ni. Mintak2 sucikan lah hati kau tu. Usah2 lah kena brainwash je. Tahu2 nak salahkan orang asing. 

Fyi: kau sendiri tengok laman siber majoritinya nak yg mimimpin negara sekarang letak jawatan. INI TAK PERNAH DALAM SEJARAH RAKYAT MEMBENCI KERAJAAN YANG ADA SEKARANG NI DENGAN MAJORITI.

Anonymous said... August 1, 2015 at 9:41 PM

Bukan ker tun dah tanya...
Betul tak akaun tu dia punya?
Kalau bukan jawab la bukan.
kalau betul jawab la betul.

Jawab "ya" atau "bukan".
Itu yang kita nak dengar.

http://1peluru.blogspot.com/2015/07/siapa-clare-rewcastle-brown-sarawak.html
Siapa Sebenarnya Clare Rewcastle Brown, Editor Sarawak Report?? #1MDB - Tinggalkan Satu Peluru!

3
Monday, 8 July 2013
Siapa Biayai Sarawak Report Dan Radio Free Sarawak Musnahkan Perpaduan Rakyat

Penulis Sarawak Report Clare Rewcastle Brown bergitu marah bila ditahan di lapangan terbang Sarawak. Menyebabkan pertemuannya dengan Baru Bian tergendala akibat dihalang oleh imigresen Sarawak. Sama ada dia boleh masuk atau tidak pelbagai pihak cuba berbuat andaian masing-masing tetapi  ada berberapa persoalan yang sengaja dilupakan?
Clare Rewcastle Brown adalah individu yang bertangungjawap terhadap kewujudan Sarawak Report dan Radio Free Sarawak. Tetapi dia bukanlah warga negara Malaysia walaupun dia dilahirkan di Sarawak sebelum perbentukan Malaysia, seorang warga Britain yang berkahwin dengan Andrew Brown dan siapa suaminya ada klik di pautan. 

Persoalannya kenapa manusia ini bergitu prihatin terhadap masalah Sarawak hingga ingin menjadi hero yang menumpaskan Phen Sri Taib Mahmud. Bukan setakat itu sahaja musuh utamanya juga Najib Razak. Apakah matlamat utamanya dan adakah ada dendam yang tersirat?

Jika kita bandingkan Wikileaks tiada beza cuma isu dimainkan Wikileaks adalah lebih menyeluruh, setiap pelusuk negara yang wujud didunia ini asalkan ada nilai untuk popular. Berbeza dengan Sarawak Report matlamatnya adalah khusus untuk menjatuh Phen Sri Taib Mahmud. Pada pandangan puak Pakatan Rakyat dia ini adalah aktivis penulis bebas, betulkah?

Penulis bebas tidak berbayar ke? Tetapi cuba kita fikirkan berapa kos tambang kapal terbang dibiayainya untuk turun ke Sarawak, semata-mata untuk bertemu Baru Bian? Untuk apa sebenarnya? Malah kemampuannya untuk mendapatkan info di Sarawak sungguh luar biasa tetapi siapakah yang menyalurnya?

Antara agenda yang sering dimainkan Clare Rewcastle Brown ialah cuba mengutuk penanaman sawit di Sarawak, hasil petroleum, projek hidroelektrik Sarawak, apa jua industri berat yang ingin dibena di Sarawak malah apa jualah yang bersangkutan pembangunan di Sarawak semuanya salah dimatanya mengalahkan rakyat Sarawak sendiri. Adakah dia lakukan atas prinsip aktivis atau mendapat upah dari pihak tertentu? atau ada habuan bakal menanti jika dia berjaya membuat petukaran kerajaan.

Yang paling menarik kerana hubungannya dengan ramai dari kalangan Pakatan Rakyat, cukup memberi kelebihan buat Clare Rewcastle Brown untuk mempertikaikan apa jua undang-undang yang termaktub di Negara ini. Warga Britain lebih arif dengan undang-undang Malaysia yang hidup dengan budaya pelbagai kaum?

Lebih menarik kewujudan Radio Free Sarawak khas untuk menyebarkan dakyah kotor kepada rumah-rumah panjang telah ditubuhnya pada 2010 dan berpusat di London. Bergitulah tahap bersungguh-sungguhnya mereka berjuang di Sarawak. Kalaulah kita lihat mana-mana blogger tempatan kita faham kecenderungan mereka boleh dikaitkan dengan agama, bangsa, negara mahupun ada yang  perjuangkan demi parti atau individu. Tetapi buat warga asing seperti Clare Rewcastle Brown dia berjuang untuk apa hingga ketara peranannya.

Dengan alasan  kononnya mereka ini perjuang alam sekitar seperti BMF (Bruno Manser Fund) kenapa perjuangan mereka hanya terhad di Sarawak kenapa tidak ceritakan pembalakan yang melampau-lampau di Kelantan dan Kedah. Kenapa pula seorang mengaku aktivis alam sekitar boleh cenderung kepada isu politik secara melampau hingga boleh membuat liputan kehadiran Najib ke Britain?

Sarawak Report juga cenderung menghasut rakyat Malaysia, yang kononnya PRU13 berlaku dengan adengan rasuah yang kritikal. Itulah gaya penulis pejuang Alam Sekitar? Jika kita renungi cara penulisan  Sarawak Report lebih kepada politik untuk menjatuhkan kerajaan yang sah. 

Jangan kita sebagai rakyat Malaysia lupa bagaimana negara-negara islam lain jatuh hingga berlaku peperangan saudara. Semuanya bermula dengan kaedah yang sama dengan peranan Sarawak Report di Sarawak, iaitu dimulai dengan menghasut, menghasut dan menjadi dalang dalam aktiviti menentang kerajaan. Contohnya pada 2009 Sarawak Report terlibat secara langsung dengan aktiviti bloked melibat kaum pribumi Sarawak untuk menentang kerajaan. Sebab itu mereka memainkan peranan memecahkan perpaduan pribumi dan bumiputera Sarawak.

Sebab tanpa perpecahan rakyat Malaysia terutama bumiputera, bermakna usaha mereka gagal. Sebab itu tahap mainan rasis perkauman juga terselit samada secara langsung atau tidak dalam penulisan dari aktivis Alam Sekitar, pelik bukan?

Sarawak Report boleh berbohong mengatakan kakitangan Sarawak Report dari golongan sukarelawaan  yang ikhlas tanpa mempunyai peralatan dan bantuan guaman.

Mungkin mereka ini jenis tak makan dan ada tangungan untuk ditangung sebab itu buat kerja kosonh. Malah siapa pula yang membiayai kelengkapan mengujudkan Radio Free Sarawak berpengkalan di London? Dan bagaimana pula ada golongan yang sanggup membekal radio yang boleh mendapat siaran Radio Free Sarawak di rumah panjang seluruh Sarawak? Siapa yang membiayai perjalanan ke Sarawak? Adakah semua ini datang dengan percuma?

Dari tahun 2010 hingga sekarang sudah 3 tahun buat kerja tanpa sokongan keewangan. Perhhh duit jatuh dari langit mungkin? Dan kalaulah duit korek dari tabung tak akanlah tak berharap imbal balas yang menakjubkan?

Ulasan: 
Anonymous said...
Bah pertama:

Padan muka SI BETINA disyaki ejen CIA-MI6-Mossad ini, yang dihalau dari bumi Sarawak! Tahniah kepada TS Abd. Taib Mahmud and rakyat Sarawak – saya cintakan Sarawak dan pelbagai adat resamnya serta alam sekitarnya yang amat cantik, terutamanya yang semulajadi dan budaya tradisional Bumiputera yang pelbagai.

Tetapi, malangnya, saya pernah tertipu macam orang bodoh dan bongkak, dengan hasutan PKR dan Bruno Manser Foundation (BMF) –saya harap TS Taib dan rakyat Sarawak dapat memaafkan saya. Saya harap masyarakat Bumiputera Penan dan Bumiputera lain, terutamanya yang miskin, diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan BN yang ketat, secepat mungkin. Bukan hanya untuk membawa pembangunan, juga kerana elemen subversif kuasa asing makin merbahaya, termasuk melalui NGO-NGO Barat-Zionis dan tempatan, dan sekutu kuat DPA/PKR mereka. Mereka sudah menyamar sebagai gereja biasa, NGO-NGO alam sekitar ataupun kononnya nak menolong hak asasi orang miskin/teraniaya, syarikat korporat termasuk syarikat perumahan, atau sebagai perhimpunan peribadi di rumah-rumah dan kawasan perumahan, yang banyak tidak berdaftar.Di Amerika Utara pun, ada sistem yang ketat begini untuk melindungi Tanah dan penduduk Bumiputera (Native Reserve). 

Semasa saya melawati perkampungan masyarakat Penan dan lain-lain, saya dapati ramai orang Penan dan Bumiputera lain yang miskin, dihasut membenci kerajaan BN, masyarakat Melayu dan Bumiputera lain yang Islam seperti masyarakat Melanau, dan Islam. Bahkan, saya diberitahu ada orang Penan dihasut berhenti kerja dengan kerajaan termasuk sebagai guru. Dan saya ada berjumpa seorang ‘aktivis‘ BMF yang sungguh berahsia, yang sekarang saya syaki dari Intellegence Jerman – dan dia menggunakan beras dan wang untuk memperdayakan masyarakat Bumiputera miskin, terutamanya orang Penan, serta mempunyai alat-alat teknologi canggih termasuk untuk logistik. Maka ini harus disiasat dengan tegas. Bahkan Theresa Kok dari DAP dan yang lain dari PKR, selalu ke Jerman.

Lagipun, walaupun BMF berpusat di Basel di Switzerland, Basel itu bersempadan dengan Jerman dan ramai rakyat Jerman di sana. Jadi saya amat mengesyaki. BMF telah diambil alih politik kotor dari k‘jaan dan Intelligence Jerman.

Dan dengan penemuan baru minyak-gas yang bertimbun di Malaysia Timur syarikat-syarikat gergasi Barat-Zionis marah dan dengki dengan Petronas dan ingin menguasai semula. Oleh kerana itulah k’jaan Barat-Israel terlibat dengan elemen subversif di Malaysia termasuk di Malaysia Timur, dan berpusat di Miri dan Kucing contohnya, melalui BMF dan Global Witness, dan sekutu kuat mereka dari DAP/PKR durjana itu.

MAKCIK Tempurung – Pertahan Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

(PERHATIAN TERBARU: ada PENYAMUN penakut disyaki dari PENGGANAS/SAMSENG DAPigs/PKR/Red beans militiaPIGS durjana yang sekarang meniru gelaran saya sebagai “Pakcik/MAKCIK Tempurung/Temporung” untuk mengelirukan pembaca – mereka juga telah menyamar dengan identiti dan tulisan saya kononnya saya benci dan nak menggulingkan PM kita, dan juga saya seolah bersikap lucah, dan saya telah repot terus ke KDN dan Wanita UMNO!)

Anonymous said...
Bah. Kedua:

Maka Bumiputera Melayu dan BUMIPUTERA lain, terutamanya yang Islam, mesti menubuhkan NGO-NGO yang juga berlambak, untuk menentang NGO-NGO SAMPAH penjajah dan pengkhianat ini! Apalagi, ancaman semakin meningkat ke tahap amat merbahaya dari pertubuhan evangelis Kristian Zionis, yang ditaja penjajah Barat-Israel, yang sekarang disyaki mengetuai DAP/Bukan Islam PKR (fahaman Kristian Zionis ialah gabungan doktrin Kristian Protestant palsu dengan pengganas Yahudi Zionis untuk menjatuhkan Islam, dan menjajah Palestin selamanya untuk memecahbelahkan PUSAT Islam di Timur Tengah, termasuk Mekah di masa akan datang, dan seluruh dunia Islam yang kaya minyak-gas)!

Pertubuhan Kristian Zionis ini makin menyamar sebagai gereja asing/tempatan biasa, NGO-NGO asing/tempatan alam sekitar ataupun kononnya nak menolong orang miskin dan nak perjuang hak asasi termasuk kebebasan mutlak bersuara dan seks, atau sebagai perhimpunan peribadi di rumah-rumah dan kawasan perumahan, yang banyak tidak berdaftar, atau sebagai syarikat korporat, makin MENGKRISTIAN-MENGYAHUDIkan Bumiputera/Bukan Bumiputera yang Islam dan bukan Islam, seramai mungkin. Ini sebab utama undi bukan sahaja dari orang Cina, tetapi bukan Islam kepada DAP/PKR!

Dan ramai yang Bukan Bumiputera PKR pula menyokong DAP tetapi tidak mahu terdedah sebab hendak terus membodohkan penyokong Melayu/Islam PKR dan PAS, untuk menyembunyikan rahsia mereka ini sebagai Kristian Zionis. Bahkan saya syak puak Kristian Zionis ini makin rancak dengan menyamar sebagai yang disebut di atas, di pendalaman Sarawak/Sabah, di perkampungan Orang Asli dan orang India miskin di perkampungan estet, serta flat-flat orang miskin di bandar, untuk mempastikan lebih ramai Bumiputera/Bukan Bumiputera yang dikristiankan akan mengundi DAP di pilihanraya akan datang!

MAKCIK Tempurung – Pertahan Islam dan umatnya, UMNO/PM/Raja-Raja Melayu/bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

Dicatat oleh PecahPalakMikir di 17:39:00 
http://pecahpalakmikir.blogspot.com/2013/07/siapa-biayai-sarawak-report-dan-radio.html
Pecah Palak Mikir: Siapa Biayai Sarawak Report Dan Radio Free Sarawak Musnahkan Perpaduan Rakyat

4
Kenapa Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown muncul di mahkamah?
Sinar Harian |  Diterbitkan pada Ogos 10, 2018 15:10 MYT
Kenapa Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown muncul di mahkamah?
Khairuddin berkata, kehadiran mereka bagi mengikuti pendengaran petisyen pilihan raya Parlimen Jasin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di hadapan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Teka-teki kehadiran Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown di Mahkamah Kuala Lumpur, hari ini terjawab selepas beliau dilihat bersama bekas calon PRU14 Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Ketika ditemui, Khairuddin berkata, kehadiran mereka bagi mengikuti pendengaran petisyen pilihan raya Parlimen Jasin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, di hadapan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali.

“Iya kami datang untuk mengikuti kes petisyen piliharaya Parlimen Jasin,” katanya.

Terdahulu, kehadiran Clare pada jam 9.15 pagi menimbulkan tanda tanya petugas media selepas kelibatnya tidak kelihatan di dalam galeri mahkamah prosiding permohonan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mendapatkan perintah tegahan (gag order) untuk menghalang perbicaraan awam terhadapnya.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kenapa-editor-sarawak-report-clare-rewcastle-brown-muncul-di-mahkamah-182689
Kenapa Editor Sarawak Report Clare Rewcastle Brown muncul di mahkamah? | Astro Awani

5
BERITA»Politik
Rabu, 1 November 2017 | 2:40pm
NAIB Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. - Foto Nik Abdullah Nik Omar
PAS terkejut kenyataan Rewcastle-Brown: Nik Amar
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim nfazlina@bh.com.my

KOTA BHARU: PAS mengakui terkejut dengan kenyataan Editor Sarawak Report (SR), Clare Rewcastle-Brown, yang menamakan Datuk S Ambiga sebagai sumber mengatakan pemimpin parti itu menerima wang daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata perkara itu menjadi persoalan di antara mereka kerana selama ini bekas presiden Majlis Peguam itu tidak pernah bercakap mengenai isu dana RM90 juta itu.

Bagaimanapun katanya, pihaknya tidak boleh mengulas lanjut kerana kes berkenaan masih berjalan di mahkamah dan peguam juga sudah menasihatkan supaya tidak memberi komen berhubung perkara itu.

"Apabila Clare Rewcastle-Brown menamakan Ambiga sebagai sumber, ia menjadi satu kejutan kepada PAS. Namun kita serahkan kepada mahkamah dan tidak mahu mengganggu perjalanan kes itu," katanya selepas mesyuarat EXCO, di sini, hari ini.

Rewcastle-Brown menerusi pembelaannya dalam saman fitnah yang dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dilapor menamakan Ambiga sebagai sumber maklumat laporan portal kendaliannya berkaitan dakwaan pemimpin tertinggi PAS menerima wang daripada Perdana Menteri.

Portal The Malaysian Insight melaporkan, berdasarkan kenyataan hujah balas dan pembelaan yang diterimanya, Rewcastle-Brown mengatakan beliau memperoleh maklumat itu selepas bercakap dengan Ambiga yang juga bekas Pengerusi Bersih itu, mengenai Najib, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan PAS pada Julai 2016.

Semalam, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, Ambiga memberi penjelasan berhubung kenyataan Rewcastle-Brown itu.

Katanya, Ambiga perlu bagi reaksi untuk memberi gambaran yang sebenarnya terhadap dakwaan editor terbabit adalah kenyataan dengar cakap (hear say).

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2017/11/345040/pas-terkejut-kenyataan-rewcastle-brown-nik-amar
PAS terkejut kenyataan Rewcastle-Brown: Nik Amar | Politik | Berita Harian

6
  Esei
1MDB: Kisah Skandal Kewangan Terbesar Dunia
13 Oktober, 2017 Oleh Randeep Ramesh 34 min tempoh baca

Pada 22 Jun 2015, Xavier Justo, bekas pegawai bank Swiss berjalan menuju ke pintu hadapan hotel butik baru miliknya di Koh Samui, sebuah pulau tropika Thailand. Dia telah menghabiskan masanya sejak tiga tahun lalu untuk mendirikan kompleks chalet dan apartmen mewah yang dibina menghadap laut. Justo mahu memulakan operasi hotelnya namun dia masih belum memiliki lesen.

Lelaki itu telah berada di Thailand sejak 4 tahun yang lalu, selepas dia meninggalkan dunia perbankan di London. Pada tahun 2011, dia bersama teman wanitanya, Lauren bermotosikal mengelilingi negara itu. Dua tahun selepas itu, mereka berdua berkahwin di sebuah pantai terpencil yang indah. Pasangan itu kemudiannya memilih untuk tinggal di Koh Samui, lokasi tumpuan pelancong yang terletak tidak jauh dari bandar Bangkok. Justo cuba menjalankan pelbagai perniagaan dan dia akhirnya memutuskan untuk memulakan perniagaan perhotelan. Dia membeli sebidang tanah serta sebuah rumah agam dan kemudian mula membina sebuah gym, beberapa villa dan sebuah padang tenis di rumah itu.

Pada satu petang di bulan Jun, Justo sedang menanti kedatangan pihak berkuasa pelancongan untuk menandatangani kertas kerja berkenaan hotelnya. Sebaliknya, dia dikejutkan dengan kehadiran pasukan polis Thai yang lengkap bersenjata dan merempuh masuk pintu rumahnya yang tidak berkunci lalu memberkas Justo dengan serta merta. Pihak polis menggari Justo dengan menggunakan gari plastik dengan begitu ketat sehingga pergelangan tangannya berdarah. Anggota polis itu turut masuk ke pejabat Justo, mencabut komputer dan mengosongkan kabinet-kabinet miliknya.

Setelah Justo meringkuk di dalam lokap selama dua hari, dia diterbangkan ke Bangkok dan diperlihatkan kepada pihak media seolah-olah dia adalah seorang ketua mafia. Tampil bersahaja, Justo masih berseluar pendek dan mengenakan selipar sambil diiringi oleh empat orang komando yang membawa mesingan. Sementara itu, empat orang pegawai senior polis Royal Thai menerangkan kepada para wartawan tentang pertuduhan yang dikenakan terhadap Justo.

Justo didakwa atas cubaan memeras ugut bekas majikannya, sebuah syarikat minyak di London, PetroSaudi. Bagaimanapun, di sebalik dakwaan ini, terdapat sebuah kisah yang lebih menggemparkan.

Enam bulan sebelum tangkapan dibuat, Justo telah menyerahkan beribu-ribu dokumen serta 227,000 emel daripada sistem pelayan komputer bekas majikannya, Petrosaudi, kepada seorang jurnalis bernama Clare Rewcastle Brown. Maklumat tersebut kemudiannya membongkarkan kes pecah amanah bernilai ratusan juta dollar oleh syarikat pelaburan strategik milik penuh kerajaan Malaysia yang turut dikenali sebagai 1MDB.

Dokumen-dokumen yang dibocorkan oleh Justo itu seterusnya telah mencetuskan rangkaian tindak balas yang membuka kepada siasatan oleh sekurang-kurangnya enam buah negara. Hal ini dilihat sebagai “kes penyelewengan terbesar” dalam sejarah AS, menurut pandangan Loretta Lynch, Peguam Negara Amerika Syarikat.

Menurut tindakan undang-undang yang difailkan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ), sekurang-kurangnya USD3.5 billion telah dicuri dari tabung 1MDB. 1MDB ialah sebuah badan pelaburan strategik yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak pada 2009. Badan itu ditubuhkan sebagai inisiatif untuk menggalakkan pembangunan ekonomi negara itu di mana kadar pendapatan mediannya adalah kira-kira RM1500 sebulan. Sebaliknya, DOJ mendakwa dana yang hilang itu terkait dengan mereka yang mempunyai hubungan dengan Perdana Menteri Malaysia. Mereka itu juga dilihat telah berbelanja secara mewah di serata dunia. Jabatan Keadilan AS turut mendakwa Najib ada menerima wang tunai sebanyak USD681 juta dari 1MDB – bagaimanapun, beliau menafikan tuduhan itu. Pihak AS juga mendakwa dana berkenaan turut digunakan untuk membeli sebuah apartmen mewah di Manhattan, sebuah rumah agam di Los Angeles, lukisan-lukisan Monet, sebuah jet korporat dan pembiayaan sebuah filem Hollywood.

Jabatan Keadilan AS mengkelaskan dakwaan penyelewengan itu kepada tiga fasa: Pertama, wang penipuan USD1 billion di bawah “pelaburan palsu dalam usaha sama antara 1MDB dan PetroSaudi”; kedua, sejumlah USD1.4 billion yang dijana oleh Goldman Sachs dalam penerbitan bon, disalahguna dan wang itu disalurkan secara tidak sah kepada syarikat pesisir Swiss; fasa ketiga pula menjelaskan USD1.3 billion merupakan dana dari Goldman Sachs dan disalurkan ke sebuah akaun di Singapura.

“Beberapa orang pegawai 1MDB menggunakan dana awam seolah-olah seperti akaun bank peribadi mereka,” kata Lynch di dalam satu sidang akhbar. “Para konspirator itu menggubah wang yang dicuri mereka melalui rantaian transaksi yang kompleks dan beberapa syarikat cengkerang, yang mempunyai akaun bank di seluruh dunia termasuk Switzerland, Singapura dan Amerika Syarikat.” PetroSaudi, yang tidak terlibat dalam tindakan undang-undang As itu, menolak dakwaan oleh AS. Menurut PetroSaudi, dakwaan DOJ mengenai perampasan aset itu adalah tidak lebih dari “tuduhan tanpa asas”

Najib, yang telah menggunakan segala kuasanya untuk menepis siasatan yang dilakukan terhadap skandal ini–beliau menafikan tuduhan itu–namanya tidak disebut dalam dakwaan AS itu, di mana beliau hanya dirujuk sebagai “Malaysian Official 1”. Namun lelaki yang memainkan peranan utama dalam skandal ini adalah Jho Low, 29 tahun, merupakan kenalan kepada anak tiri Najib dan pemuda ini menjadi penasihat kepada Najib. Beliau dilihat sering berparti bersama Lindsay Lohan dan Paris Hilton–memanggil pegawai Goldman Sachs dengan panggilan “bro”, menurut DOJ–didakwa oleh Amerika Syarikat sebagai dalang yang mengepalai pencurian dana USD2 bilion dari 1MDB yang disalurkan ke akaun-akaun bank di Switzerland, Singapura dan Virgins Islands. Low menjelaskan bahawa beliau tidak melanggar sebarang undang-undang dan tidak pernah disiasat.

Teman rapat Low ialah Riza Aziz, anak tiri Najib. Riza menerbitkan filem The Wolf of Wall Street–filem Martin Scorsese mengenai korupsi, kemerosotan moral dan ketamakan–nama Riza dan Low disebut dalam ucapan penghargaan oleh Leonardo DiCaprio semasa pelakon itu memenangi anugerah Pelakon Terbaik dalam Anugerah Golden Globes. Pada tahun 2011, Low membeli 20% pegangan saham dengan nilai sebanyak USD102 juta di dalam EMI, sebuah syarikat penerbitan muzik terbesar di dunia–pada tahun sama, beliau membeli sebuah penthouse mewah bernilai USD30 juta untuk bapanya di Time Warner Center di Manhattan yang menghadap Central Park. Syarikat penerbitan filem Riza mengatakan: “Tiada sebarang perkara yang tidak wajar tentang Red Granite Pictures atau sebarang aktiviti perniagaan Riza.”

Bukan itu sahaja, terdapat pelbagai dakwaan lain turut disebut di dalam tindakan undang-undang AS itu yang telah memperincikan sebuah rompakan yang sungguh hebat, yang dilakukan oleh para konspirator yang menggubah berbilion wang rakyat Malaysia melalui akaun-akaun luar pesisir dan syarikat cengkerang di kawasan perlindungan cukai seperti Seychelles dan British Virgin Island. Skala perniagaan itu mengingatkan kepada kata-kata Balzac, di sebalik kehebatan harta kekayaan pasti ada jenayah yang hebat juga.

Usaha di peringkat antarabangsa untuk mendedahkan kehilangan dana berbilion dolar bermula dengan Xavier Justo. Justo telah membocorkan 90GB data, termasuk 227,000 emel daripada bekas majikannya iaitu PetroSaudi, sebuah syarikat minyak yang menandatangani perjanjian pertama bersama 1MDB. (PetroSaudi telah menafikan mereka melakukan sebarang salah laku) Tanpa dokumen-dokumen tersebut, tiada siapa yang boleh mengambil tindakan.

Hubungan Justo dengan PetroSaudi bermula dari hubungan baik Justo dengan salah seorang pemilik syarikat itu, seorang warga Saudi bernama Tarek Obaid. Dua lelaki ini bertemu pada akhir 90-an, apabila mereka berdua berparti di sebuah kelab malam di Geneva. Pada tahun 2006, mereka rapat bagai isi dan kuku: Justo berjaya sebagai seorang ahli perniagaan yang menguruskan firma khidmat kewangan, Fininfor dan merupakan pemilik kelab malam yang bernama Platinum Club di Geneva. Justo menganggap Obaid seperti “adiknya” dan pada tahun 2008, Justo memberi pinjaman wang sebanyak US$30,000 kepada temannya itu serta menawarkan pekerjaan kepadanya di pejabat Fininfor untuk memulakan operasi PetroSaudi.

Obaid dan Justo merupakan pasangan yang aneh, mereka menjadi baik kerana berkongsi cita-cita menjadi kaya. Justo yang merupakan anak lelaki kepada imigran Sepanyol ke Switzerland, tidak pernah menuntut di universiti. Obaid pula merupakan graduan dari School of Foreign Service, sebuah sekolah berprestij di Georgetown University. Abangnya, Nawaf, berkhidmat sebagai penasihat khas kepada duta Saudi ke UK. Pemilik bersekutu PetroSaudi, Prince Turki bin Abdullah, ialah anak ketujuh kepada King Abdullah bin Abdulaziz, pemerintah Arab Saudi sejak 2005 hingga tahun kematiannya pada 2015.

Apabila Justo meninggalkan Geneva pada tahun 2009, PetroSaudi menjadi sebuah entiti yang beroperasi di London pada satu alamat dan menjalankan sebuah perniagaan rahsia yang tidak diketahui berhampiran Victoria. Dua tahun selepas itu, syarikat itu memiliki aset bernilai USD1.83 bilion.

Urusan perniagaan PetroSaudi adalah sejenis kapitalisme capaian: mengambil peluang dengan bantuan rakan-rakan yang berpengaruh. Idea asalnya adalah untuk mendapatkan keuntungan minyak yang dijana oleh firma-firma milik-negara di negara-negara membangun–khazanah kekayaan yang akan didapatkan oleh sebuah firma yang menjadi “sarana keluarga diraja Saudi”, serta mengharapkan “sokongan padu daripada kor diplomatik kerajaan”. PetroSaudi memberitahu bakal rakan kongsinya bahawa mereka menguasai telaga minyak di tengah Asia, yang akan digunakan sebagai cagaran untuk meminjam wang daripada negara-negara pelabur.


Cadangan sebegitu membolehkan pemilik PetroSaudi dapat mengadakan mesyuarat dengan Perdana Menteri Malaysia pada Ogos 2009. Mereka menaiki kapal layar mewah berukuran 92m di pinggir pantai Monaco. Obaid dan Prince Turki menghabiskan masa seharian bersama Najib, penasihatnya Jho Low dan turut disertai oleh ahli keluarga Perdana Menteri. Beberapa keping gambar diambil semasa pertemuan itu berlangsung memperlihatkan suasana santai–bertopi besbol dan berseluar pendek–namun perbincangan mereka kelihatan serius. Hasil pertemuan itu, Low dan Obaid mula bekerjasama dalam satu perjanjian yang membolehkan mereka mengawal sejumlah wang yang sangat besar.

Meskipun Low tidak mempunyai sebarang jawatan dalam kerajaan Malaysia, beliau dilihat menjadi orang yang dipercayai oleh Perdana Menteri. Dalam usianya yang masih muda, Low telah menjadi pemain utama dengan kerjasama Goldman Sachs dalam usahanya untuk mewujudkan satu dana berdaulat bagi tujuan pelaburan menggunakan hasil keuntungan minyak Malaysia.

Semasa Najib dan Low menaiki kapal layar bersama pemilik PetroSaudi, kerajaan Malaysia mengambi alih dana itu– dan ditukar namanya kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan diberikan mandat untuk mempromosi pembangunan ekonomi di Malaysia. Badan itu memiliki dana lebih daripada USD1 billion untuk dibelanjakan. Perdana Menteri Malaysia, Najib, mempunyai kuasa sepenuhnya untuk mempersetujui sebarang operasi pelaburan serta kuasa melantik dan memecat ahli lembaga dan pihak pengurusan. Low berperanan untuk memperlicinkan transaksi–menurut DOJ, dia malahan turut menghadiri mesyuarat-mesyuarat 1MDB dan menjadi perantara bagi Najib.

Perjanjian pertama dana itu dibuat beberapa minggu selepas pertemuan bersama PetroSaudi berlangsung–sebuah usaha sama melibatkan USD2.5 billion antara PetroSaudi dan 1MDB ditandatangani Najib semasa beliau melawat Arab Saudi pada September 2009. Laporan media melaporkan usaha sama itu akan “melakukan pelaburan strategik dalam projek berimpak besar” dan “membuktikan keyakinan Arab Saudi terhadap Malaysia”.

Tetapi menurut Jabatan Keadilan AS, perjanjian itu adalah sekadar “lakonan” untuk “muslihat pemindahan wang bernilai lebih dari USD1 billion dari akaun 1MDB ke akaun bank di Swiss” yang berada di bawah kawalan Jho Low–“pemuda berusia 29 tahun yang tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi bersama 1MDB atau PetroSaudi”. PetroSaudi sentiasa menegaskan bahawa semua dana 1MDB telah dibayar kepada entiti-entiti pemegang saham syarikat itu.

Urusan perjanjian usaha sama bernilai berbillion dollar itu berlaku dengan sangat pantas–tidak sampai sebulan. Tidak lama selepas pertemuan di atas kapal layar itu, pada 28 Ogos 2009, Obaid memperkenalkan Low kepada Patrick Mahony – seorang pengarah syarikat yang mengendalikan urusan perniagaan PetroSaudi. Berdasarkan dokumen yang dilihat oleh The Guardian, Low dan Mahony bertemu pada satu sesi makan tengah hari di New York pada 9 September untuk berbincang mengenai usaha sama terbabit.

Selepas makan malam di Masa – sebuah restoran sushi di mana satu menu set berharga USD540 seorang–Mahony menghantar emel kepada Low sehari selepas pertemuan mereka dengan tawaran: “Kami tahu terdapat perjanjian yang sedang kamu perhatikan dan kamu mungkin mahu menggunakan PSI (PetroSaudi)… kami merasa senang hati untuk melakukannya. Cuma kamu perlu beritahu kami di mana.” PetroSaudi berkata dokumen yang dilihat oleh The Guardian itu tidak boleh dipakai, dicuri, palsu dan beberapa petikan dilakukan secara terpilih.

Kurang tiga minggu selepas itu, perjanjian itu dimeterai. PetroSaudi akan menyumbangkan sebanyak USD1.5 billion dalam bentuk aset minyak dan gas ke atas usaha sama berkaitan, manakala 1MDB akan menyuntik wang sebanyak USD1 billion dalam bentuk tunai.


Berdasarkan pemfailan oleh mahkamah AS, 1MDB memindahkan wang sebanyak USD300 juta ke dalam sebuah akaun usaha sama milik PetroSaudi. Tetapi, baki sebanyak USD700 juta telah dipindahkan ke akaun Swiss di RBS Coutts, yang dikendalikan oleh sebuah syarikat cengkerang di bawah pendaftaran Seychelles bernama Good Star. Jabatan Keadilan AS mengemukakan tuduhan bahawa Jho Low, bukan PetroSaudi, ialah pemilik benefisial dan juga merupakan satu-satunya penandatangan yang berkuasa bagi Good Star. Pihak AS turut mendakwa pegawai-pegawai 1MDB memberi maklumat palsu kepada bank-bank terlibat tentang isu pemilikan akaun Good Star bertujuan untuk melencongkan dana USD700 juta itu.

Menerusi dokumen-dokumen yang diteliti oleh The Guardian, pada 30 September 2009 PetroSaudi telah mengalihkan wang USD700 juta untuk dimasukkan ke dalam akaun syarikat itu–tetapi tiga hari kemudian, apabila jabatan pematuhan di RBS Coutss meminta butiran lengkap mengenai nama akaun benefisial itu, alamat yang diberikan oleh 1MDB adalah akaun Good Star. Pada hari yang sama, 2 Oktober, Low menghantar emel kepada Mahony mengatakan “Akan “clear” tidak lama lagi”. PetroSaudi memberitahu The Guardian: “Tidak ada wang yang dimasukkan di dalam usaha sama dengan 1MDB itu disalahgunakan atau hilang. Pelaburan ini telah dibayar balik dengan keuntungan… Kesemua pemindahan wang dari 1MDB telah dibayar dan diluluskan sepenuhya oleh lembaga pengarah 1MDB.”

Berdasarkan dokumen-dokumen yang diteliti oleh The Guardian, transaksi Good Star itu telah menjadikan Obaid yang ketika itu berusia 32 tahun, dan Mahony, pada usia 33, sangat kaya raya. Rekod menunjukkan pada 30 September 2009, Good Star telah bersetuju membayar USD85 juta kepada Obaid, yang dinyatakan oleh syarikat Seychelles sebagai bayaran bagi “khidmat broker”. Wang itu dimasukkan kepada Obaid di akaun Swiss JP Morgan. Pada masa yang sama, emel-emel dan dokumen guaman menunjukkan bahawa Mahony telah diberi kontrak sebagai “pengurus pelaburan” bagi syarikat Good Star. Pada 20 Oktober, Obaid menghantar emel kepada penghubungnya di JP Morgan untuk meminta wang sebanyak USD33 juta dipindahkan ke akaun milik Mahony.

Empat hari selepas itu, Mahony memulakan perbincangan untuk menubuhkan sebuah syarikat luar pesisir untuk membeli sebuah rumah bernilai USD6.7 juta di Notting Hills–pada tarikh 12 November, kontrak rumah tersebut telah pun ditukar. Bekas pengurus bank itu membuat sebuah akaun bank bernombor di Switzerland, dan kesemua pembayaran bagi pembelian aset hartanah itu dibuat dari akaun ini, menerusi syarikat British Virgin Islands yang ditubuhkan oleh Mahony.

Bagi menjawab persoalan The Guardian, PetroSaudi memberitahu pembayaran yang dibuat kepada Obaid bukanlah upah sebagai broker dan pemindahan wang USD33 juta kepada Mahony tidak ada kaitan dengan usaha sama PetroSaudi – 1MDB.

Laura dan Xavier Justo langsung tidak menyedari perubahan kekayaan yang berlaku terhadap rakan mereka, Obaid. Pasangan terbabit sedang berjemur di laut Andaman di Thailand pada Disember 2009 apabila Obaid menghubungi Justo dan menawarkan jawatan sebagai pengarah di London bersama Petro Saudi. Dia memberitahu Justo bahawa syarikat itu telah mencatat kejayaan sekelip mata, bagaimanapun syarikat itu memerlukan bantuannya untuk lebih maju.

Pada mulanya, Justo menolak tawaran Obaid namun akhirnya berjaya dipujuk dengan janji-janji yang mewah. Menurut Justo, Obaid berjanji untuk memberinya gaji berjumlah £400,000, “jutaan bonus” dan manfaat seperti kondo di Mayfair, Central London yang nilai sewanya £10,000 seminggu. Justo pergi ke London pada musim bunga 2010 dan menjadi pengarah PetroSaudi pada bulan Jun. Walaupun demikian, Justo tidak mencampuri urusan perniagaan di Asia. Sebaliknya, pengarah baru itu diberi tugasan melancarkan satu operasi baru di Venezuela. Pada tahun 2011, dia banyak menghabiskan banyak masanya berulang-alik di antara London dan Caracas.

Di antara September 2010 dan Mei 2011, 1MDB bersetuju meminjamkan tambahan dana USD830 juta sebagai usaha sama dengan PetroSaudi–menjadikan jumlah pelaburan 1MDB meningkat kepada USD1.83 billion. Berkenaan pembayaran itu, pihak AS mendakwa pembayaran sebanyak USD330 juta telah dimasukkan ke dalam akaun Swiss yang menurut mereka oleh Jho Low berdasarkan permintaan Obaid–di dalam aduan undang-undang AS itu, disebut sebagai “CEO PetroSaudi”.

Salinan emel dan rekod-rekod bank yang diteliti oleh The Guardian mendapati dalam tempoh sembilan bulan bermula September 2010, Obaid telah memindahkan $77 juta dari akaun Swiss JP Morgan miliknya ke akaun rakan pemilik PetroSaudi, Prince Turki Abdullah. Menurut pihak berkuasa AS, rekod bank menunjukkan, pada musim bunga 2011, Prince Turki juga ada menerima wang sebanyak USD24 juta dari akaun bank Good Star yang dikawal oleh Jho Low–dan beberapa hari seterusnya, USD20 juta dari dana itu dipindahkan ke dalam akaun yang dimiliki oleh Perdana Menteri Malaysia, Najib.


Sementara itu, Jho Low semakin dikenali dalam dunia kelab-kelab malam di New York sebagai perunding untuk jutawan global–jurugambar merakam gambar Low meneguk Champagne bersama penyanyi R&B dan bintang popular Hollywood. Menurut pihak AS, Low membelanjakan USD100 juta dari transaksi usaha sama itu untuk membeli hartanah di Hollywood dan USD40 juta untuk membeli beberapa apartmen di New York. Pihak AS juga mendakwa dana yang digunakan untuk membiayai filem The Wolf of Wall Streets dapat dikesan secara langsung adalah wang berbillion dollar yang datang daripada akaun PetroSaudi.

Pada masa yang sama, Justo semakin tidak selesa bekerja dengan PetroSaudi. Menurut isterinya Laura, suaminya tidak gembira setelah mendapati dia cuma menerima separuh daripada jumlah gaji yang dijanjikan Obaid–keadaan semakin buruk apabila Justo mengetahui bonus bernilai jutaan pound yang dijanjikan buatnya itu tidak ditunaikan–sekadar enam angka dan bukan tujuh.

Selain itu, beberapa hal lain turut merunsingkan Justo. Dia mengadu kepada isterinya bahawa gajinya sering dibayar lewat, kadang kala dia tidak dibayar langsung. Tambahan pula, Justo perlu membayar sendiri sewa kondo yang sepatutnya ditanggung oleh majikannya.

Pada mulanya, Justo menganggap masalah ini sebagai kesilapan kecil– tiada sebarang unsur khianat dan cuma berlaku akibat kelemahan sistem kira-kira. Namun, Justo semakin berang dengan sikap Obaid. Justo memberitahu kepada rakan-rakannya bahawa Obaid semakin bongkak selepas dia menjadi kaya raya. Justo turut terganggu seperti mana yang digambarkannya tentang perubahan drastik rakan lamanya itu–dia memberitahu orang lain tentang perubahan sifat Obaid yang semakin tidak rasional dan sering naik angin.

Hubungan persahabatan antara Justo dan Obaid semakin tegang dan akhirnya terputus selepas 12 bulan mereka bekerjasama dalam dunia korporat. Pada hujung tahun 2010, Justo tidak hadir dalam satu mesyuarat penting kerana dia terlepas penerbangan. Justo meminta maaf kepada Obaid namun rakannya itu ‘mengamuk” dan mula menghantar emel dan mesej ugutan.

Risau keadaan bertambah buruk, Justo mengambil keputusan untuk berhenti kerja pada Mac 2011. Obaid yang berang seterusnya menghantar emel dan menggelar Justo sebagai “sombong” dan “menunjuk pandai”. Pada bulan April, satu kata putus dibuat di Mayfair. Mahony dan Justo bertemu di bar Hotel Connaught dan mereka mencari penyelesaian untuk pemberhentiannya. Menurut Justo, Mahony bersetuju untuk membayar 6.5 juta Swiss franc sebagai pampasan peletakan jawatannya. Bagaimanapun, perbincangan panas mereka itu diganggu dengan panggilan telefon dari Obaid. Obaid memberitahu Mahony agar memberi 5 juta Swiss franc sahaja kepada Justo, setelah Justo bersungguh-sungguh merayu kepada Mahony sehingga dia mengalirkan air mata. Sehari selepas itu, Justo mendakwa dia diberitahu bahawa dia hanya akan menerima sebanyak 4 juta Swiss franc sahaja.

Justo menyimpan dendamnya, dan dia mengambil salinan data dari rangkaian pelayan komputer PetroSaudi. Pada September 2013, dua tahun selepas dia meninggalkan PetroSaudi, Justo menghantar sebuah emel kepada Mahony. Justo meminta bayaran seperti yang telah dijanjikan terdahulu, dengan amaran bahawa dia memiliki fail berisi pelbagai maklumat tentang PetroSaudi. “Secara rasminya kelihatan yang indah-indah tetapi realitinya penuh dengan komisen, komisen dan komisen,” tulis Justo.


Di dalam beberapa balasan emel seterusnya, Mahony mendakwa Justo memeras ugutnya. Mahony memberi amaran kepada bekas rakan sekerjanya itu: “Apa yang merunsingkan aku ialah bagaimana aku melihat semua ini akan berakhir–iaitu kau akan musnah.”

Beberapa bulan selepas itu, semasa menikmati makanan Cina di London, seorang jurnalis yang pertama mendedahkan tentang skandal 1MDB mendengar khabar angin tentang pencurian yang dahsyat di Malaysia. Clare Rewcastle Brown menemui seorang individu di sebuah restoran di Bayswater. Individu itu menunjukkan tangkapan skrin dokumen dalaman daripada PetroSaudi: pada satu halaman bercetak, terdapat beberapa sorotan tentang urusan PetroSaudi dan 1MDB, di bawah tajuk “Beribu-ribu dokumen berkaitan dengan urusan itu (emel, faks dan transkrip)”. Brown mengenali nama-nama pihak terlibat dan urus janji terbabit. Wanita itu amat terkejut. “Seperti ada bom meletus dalam kepada saya,” ujar Brown semasa mengimbas peristiwa itu. Serta-merta dia tahu bahawa ini adalah kisah yang menggemparkan.

Rewcastle Brown ialah pemberontak Inggeris yang klasik di tengah-tengah pusat kekuasaan. Beliau dilahirkan di kepulauan Borneo–yang merupakan sebahagian daripada Malaysia–ketika negara itu masih di bawah empayar British, di mana bapanya ialah seorang polis kolonial dan juga menjadi ketua perkhidmatan risikan tempatan. Abang iparnya, Gordon Brown ialah bekas perdana menteri British. Selepas bekerja bersama BBC, pada 2010, wanita itu menubuhkan Sarawak Report, sebuah laman web yang didedikasikan untuk mendedahkan aktiviti korupsi yang berlaku di tanah kelahirannya.

Bekerja dari dapur kecil di rumahnya yang terletak di tengah kota London, Brown menerbitkan satu demi satu laporan yang mendedahkan korupsi yang berlaku dalam industri pembalakan dan minyak di Malaysia yang merosakkan tanah dan hutan negara demi mengaut keuntungan. Emel jurnalis itu diceroboh dan dia menerima ugutan bunuh. Bagaimanapun, wanita itu tetap bertahan dan meneruskan usahanya. Pada awal 2013, ahli politik Malaysia melabel beliau sebagai “musuh negara”. Tidak gentar, Brown menganggap jolokan itu sebagai pujian buatnya. Dari dekat wanita ini menunjukkan campuran sifat melulu dan juga berani, atau hampir-hampir sembrono. Motonya adalah: “Saya hanya mahu mendapatkan berita.”

Sejurus perjumpaan di Bayswater, Rewcastle Brown nekad mahu mendapatkan dokumen-dokumen berkaitan 1MDB. Halangan pertamanya ialah wang kerana sumber pemberi maklumat dari PetroSaudi meminta wang berjuta sebagai bayaran untuk maklumat terbabit.

Cabaran lain dihadapinya ialah tiada jurnalis lain dari Malaysia yang mahu menyentuh isu itu. Di Malaysia, Perdana Menteri, Najib Razak baru memenangi pilihanraya yang sengit dan beliau mempunyai kuasa dan pengaruh hebat. Khabar angin mula tersebar mengenai kewujudan dokumen-dokumen disembunyikan oleh PetroSaudi – ada yang mendakwa mafia Russia menjadi dalang di sebalik pemindahan data itu. Selain itu, ada yang membuat spekulasi bahawa semua ini adalah perangkap semata-mata dan dirancang oleh perdana menteri untuk menjerat para pengkritiknya.

Tidak berputus asa, Rewcastle Brown mengatur pertemuan dengan perantaranya untuk berjumpa dengan sumber maklumatnya di Thailand. Pada Oktober 2014, Brown menuju ke lobi Hotel Plaza Athénée di Bangkok. Dia memberitahu suaminya dia bakal bertemu dengan “lelaki Swiss yang botak dan memakai cermin mata”. Sebaliknya, Xavier Justo yang muncul di foyer hotel – bertubuh sasa dengan ketinggian 6 kaki 6 inci. Rewcastle Brown akhirnya bertemu dengan “lelaki yang berfizikal tegap dan elegan”. “Oh Tuhan,” katanya. “Lelaki ini boleh membelasah aku”

Justo mengakui dirinya turut risau seperti Brown. Menurut Rewcastle Brown, Justo kelihatan “sangat gugup” dan berulang kali mengingatkannya “kita berhadapan dengan orang-orang yang tiada berhati perut, mempunyai wang yang banyak dan sangat-sangat berkuasa – mereka boleh mengapa-apakan kita sesuka hati”.

Justo memberitahu Brown dia mahukan USD2 juta bagi pertukaran maklumat dokumen PetroSaudi-1MDB. Tambahnya lagi, jumlah itu adalah wang yang sepatutnya dia perolehi apabila dia meninggalkan PetroSaudi.


Walaupun Justo berkongsi beberapa maklumat semasa pertemuan itu, dia nekad: jika tiada wang tunai, maka tiada data untuk dikongsikan. Rewcastle Brown perlu mencari individu berharta yang mampu membayar sejumlah wang agar dia mendapat dokumen-dokumen itu.

Pada masa itu, konflik tentang 1MDB telah mula mendapat perhatian dan tersebar luas di Malaysia. Analisis kewangan menunjukkan bahawa dana tersebut gagal menjana wang yang cukup untuk membayar faedah bagi hutang bernilai berbillion dollar yang ditanggung badan itu. Ratusan juta yang telah dibelanjakan pada karya seni, barang kemas, hartanah, perjudian dan parti tidak memulangkan semula wang “pelaburan”. Pada 2014, pihak pembangkang mencemuh Najib dengan tuduhan dana kekayaan itu sepatutnya diberi nama baharu “1Malaysia Debts of Billions”.

Pada Ogos 2014, Najib menerima satu lagi tamparan. Mahathir Mohamad, tokoh politik dan bapa kemodenan Malaysia yang berkhidmat sebagai perdana menteri dari 1981 sehingga 2003 mengumumkan bahawa beliau tidak lagi memberi sokongan kepada Najib, bekas anak didiknya itu. Selang beberapa minggu kemudian, Mahathir semakin lantang dalam mengkritik Najib. Beliau juga memberi amaran bahawa 1MDB akan mengakibatkan pertambahan kadar hutang Malaysia yang amat tinggi dan membahayakan.

Amaran bekas perdana menteri itu tidak diendahkan. Hutang dana itu semakin meningkat. Pada November 2014, 1MDB berhutang sebanyak USD11 billion. Najib yang mempengerusikan badan pelaburan itu, tampil bersahaja, dan memaklumkan kepada agensi berita negara bahawa pihak kerajaan tidak bertanggungjawab sekiranya 1MDB bankrup.

Krisis menjadi bertambah rumit namun Rewcastle Brown tetap meneruskan pencariannya bagi mendapatkan individu yang sanggup membayar Justo untuk mendapatkan dokumen-dokumen PetroSaudi-1MDB. Jurnalis itu mengenalpasti penerbitan The Edge, kumpulan media yang kerap melaporkan berita tentang skandal yang sedang berlaku di Malaysia itu. Brown merasakan bahawa dia telah menjumpai rakan sekutu yang berkemampuan lalu menghubungi pemilik the Edge, Tong Kooi Ong, seorang bekas ahli perbankan yang kini menjadi seorang hartawan dan memiliki syarikat dan kumpulan media.

Pada Januari 2015, Tong, Brown dan Justo menghadiri satu perjumpaan di sebuah hotel lima bintang, the Fullerton, Singapura. Tong menyewa sebuah bilik persidangan dan beberapa pakar IT turut menyertai mereka serta tidak ketinggalan, ketua editor the Edge, Kay At. Mesyuarat menyaksikan Justo menerangkan usaha sama yang dijalankan oleh 1MDB serta membuat kenyataan sama seperti yang dibuat oleh Jabatan Keadilan AS selepas 18 bulan pertemuan itu berlangsung: Wang pelaburan bernilai ratusan juta dollar yang sepatutnya diguna bagi tujuan pembangunan ekonomi di Malaysia telah disalurkan ke sebuah syarikat yang diasaskan di Seychelles. Dalang yang didakwa melakukan transaksi itu adalah Jho Low, yang juga merupakan penasihat dan kenalan kepada Najib.

Pendedahan besar ini sungguh bernilai. Oleh itu, Tong bersetuju untuk membayar USD2 juta kepada Justo. Justo akhirnya menyerahkan pemacu cakera berisi data itu kepada Tong dan Brown dengan serta merta. Namun, pembayaran wang dengan jumlah sebesar itu belum dibuat. Justo tidak mahu menerima wang tunai dan dia risau sekiranya pemindahan wang besar ke dalam akaunnya akan mendatangkan curiga. Tong menawarkan salah satu lukisan Monet miliknya sebagai cagaran – Justo tidak bersetuju dan berkata “tidak mengapa, saya percaya kepada kamu”. Rewcastle akhirnya berjaya mendapatkan segala dokumen yang diidam-idamkan sejak enam bulan lalu.


Pada 28 Februari 2015, Brown menerbitkan kisah gempar itu di laman webnya dengan tajuk yang menarik perhatian: “Rompakan Terbesar Abad Ini!” Artikel itu melaporkan susunan peristiwa bagaimana wang USD700 juta boleh lesap dari tabung 1MDB dan bagaimana wang itu dipindahkan ke pelbagai akaun syarikat asing dan bank Swiss.

Artikel Brown itu memberi impak ke seluruh dunia. Persoalan sumber kekayaan dan perbelanjaan mewah Low bagi apartmen-apartmen di New York kini hampir terjawab apabila pihak penguasa undang-undang di US mendapat pendedahan daripada artikel ditulis Brown.

Ketika membuat kajian tentang cerita itu, Rewcastle Brown berkerjasama dengan Sunday Times yang membantu untuk merungkai maklumat yang diberi oleh Justo. Akhbar itu seterusnya mengadakan sesi temu bual bersama bekas perdana menteri Malaysia, Mahathir. Mantan perdana menteri itu mengarahkan penyiasatan dan audit sepenuhnya dilakukan secara serta merta. “Seseorang pasti melakukan tindakan bodoh sehingga USD700 juta dilepaskan tanpa sebarang sebab yang kukuh,” ujar Mahathir.

Respons pantas diterima dari Malaysia. Pada 1 Mac 2015, pihak pengurusan 1MDB mendakwa mereka telah menarik diri dari usaha sama itu pada tahun 2012. 1MDB juga telah menerima balik semua dana pelaburan dan tambahan keuntungan sebanyak USD488 juta. PetroSaudi mendakwa USD700 juta telah dipindahkan ke “entiti dimiliki PetroSaudi” – dalam kata lain, membidas bahawa syarikat yang dikawal oleh Jho Low pernah menerima bayaran dalam perjanjian tersebut.

Tidak lama sebelum Rewcastle membocorkan maklumat diperolehinya, bon 1MDB telah mula merosot dengan teruk. Selepas dana £200 juta digunakan kerajaan Malaysia untuk menyelesaikan masalah kewangan 1MDB, Najib akhirnya akur dengan arahan penyiasatan dilakukan oleh ketua audit negara dan jawatankuasa kira-kira wang negara. Tidak lama selepas penyiasatan bermula, bank negara dan suruhanjaya pencegahan rasuah turut melakukan siasatan. Selain itu, ketua polis negara dilaporkan membuat kenyataan bahawa perdana menteri mungkin bakal disoal siasat.

Najib seterusnya memperkukuh kedudukannya. Beliau memiliki kuasa besar sebagai seorang perdana menteri merangkap menteri kewangan: pada bulan April, pihak kerajaan mula mengharamkan dan mengenakan penalti dan menafikan hak kebebasan bersuara, terutamanya melalui media sosial. Lima eksekutif dari Kumpulan Media The Edge milik Tong – yang menerbitkan laporan terperinci mengenai perjanjian bersama PetroSaudi – ditahan di bawah akta hasutan. Kerajaan turut memperkenal undang-undang baru, yang hanya kononnya akan mensasarkan kepada pengganas, seterusnya membenarkan suspek ditahan serta merta. Pada Julai 2015, portal berita the Edge pula diharamkan.


Skandal yang semakin mendapat liputan meluas tidak menggoyahkan Perdana Menteri, Najib. Pada 2 Julai, Rewcastle Brown dan Wall Street Journal melaporkan penyiasatan yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia menemukan USD681 juta telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib pada 2013 melalui bank-bank, agensi dan syarikat yang mempunyai kaitan dengan 1MDB. Selang beberapa hari, pejabat 1MDB diserbu oleh penyiasat berkaitan.

Najib kini menjadi sasaran korupsi berkaitan tuduhan kehilangan berbillion wang dari dana badan pelaburan yang dipegangnya. Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang dahulunya menyokong kepimpinan Najib, telah menyoal Najib secara terbuka tentang isu dana yang hilang. Najib kian tersepit.

Pada pagi Isnin, 28 Julai, peguam negara, Abdul Gani Patail–seorang loyalis parti yang dahulunya beliau sering menentang pihak pembangkang perdana menteri itu–tiba di pejabatnya untuk menyiapkan pendakwaan mahkamah tentang tuduhan korupsi yang dikenakan ke atas Najib. Kertas pendakwaan itu kemudiannya diperoleh dan diterbitkan oleh Rewcastle Brown, sepatutnya akan digunakan untuk mendakwa perdana menteri atas korupsi hasil daripada siasatan yang dijalankan ke atas 1MDB.

Peguam negara tidak sempat membuat pertuduhan itu. Setiba di pejabatnya, Abdul Gani dilucutkan dari jawatannya. Dalam satu kenyataan, Najib menjelaskan peguam negara itu ditamatkan perkhidmatannya atas sebab kesihatan. Selain itu, beberapa individu turut digugurkan jawatannya, iaitu ketua bahagian cawangan khas dan timbalan perdana menteri. Sementara itu, empat ahli jawatankuasa kira-kira negara pula dinaikkan pangkat ke jawatan di kabinet. Mereka tiada pilihan serta tidak boleh meneruskan siasatan yang telah mereka jalankan. Lebih buruk, segala siasatan jawatankuasa itu diisytiharkan digantung. Keesokan harinya, satu kebakaran misteri berlaku di ibu pejabat polis, di mana rekod-rekod jenayah kolar putih itu disimpan.

Sekali lagi Najib berjaya mengawal keadaan.


Tindakan tegas yang dibuat Najib menyerlahkan sifat Najib yang tiada belas kasihan. Bagaimanapun, skandal ini masih boleh dirungkai oleh Xavier Justo. Justo bukan sahaja membocorkan maklumat tentang perjanjian IMDB dengan PetroSaudi. Malahan, lelaki itu berpotensi menjadi saksi utama dalam pembicaraan mahkamah melibatkan skandal kewangan itu di masa depan.

Sejurus Justo ditahan atas dakwaan peras ugut, dia diterbangkan ke Bangkok pada Jun 2015 dan diletakkan bersama 70 banduan lain. Lantai penjara itu berbau hancing dan ruangan sempit menyebabkan para banduan tidak dapat tidur dengan selesa. Menurut Laura, isteri kepada Justo, pelawat pertama yang mengunjungi suaminya ialah bekas rakan sekerjanya dan pengarah PetroSaudi, Patrick Mahony. Mahony kelihatan tenang dan bersahaja dan dengan tersenyum memberitahu Justo dia datang untuk membantu.

Laura berkata Mahony menawarkan perjanjian dengan Justo: “mengaku salah dan PetroSaudi akan membawa kau keluar dari sini pada hujung tahun nanti”. Justo menerima tawaran itu dengan berat hati. Dia menandatangani surat pengakuan – tanpa kehadiran peguam – menyatakan bahawa dia telah membuat cubaan memeras ugut bekas majikannya dan meminta maaf kepada Mahony dan Obaid “atas tekanan dan kegelisahan mereka yang berpunca daripada saya”. Laura menambah, seorang individu yang mengaku sebagai detektif Scotland Yard, memberitahu kepada Laura bahawa dia diupah oleh PetroSaudi, telah mengambil pengakuan Justo. (PetroSaudi memberitahu the Guardian, Justo telah “memperoleh dokumen sulit secara haram” dan berada di dalam penjara kerana “memeras ugut”.)

Justo dibicarakan pada 17 Ogos 2015 di Mahkamah Jenayah Selatan Bangkok. Semasa pembicaraan berlangsung, Justo dibantu oleh penterjemah namun peguamnya tidak hadir dan diganti oleh pembantunya. Sesi pembicaraan berlangsung selama 15 minit. Justo menerima hukuman penjara 3 tahun kerana cubaan memeras ugut sebuah syarikat US dan meminta USD2 juta sebagai pampasan.

Kehidupan Justo di balik tirai besi di penjara Klong Prem Central bukanlah mudah. Terletak di bandar yang bersuhu tidak pernah rendah dari 26 darjah, Justo berkongsi sel “VIP”-nya bersama 25 banduan lain. Sarapan pada 7 pagi. Air dicatu. Para banduan tidak mendapat makanan selepas jam melewati angka 3 petang, Terdapat sebuah bilik air di belakang sel, cuma ada satu paip dan sebuah lubang di lantai sebagai tandas.

Tahun 2015 berlalu dan tiada tanda-tanda suaminya akan bebas dari tahanan pada akhir tahun. Laura semakin curiga dengan pengantaranya di PetroSaudi. Laporan berita di dada akhbar Swiss dan Malaysia yang melaporkan kisah Justo menggambarkan suaminya itu sebagai boneka dalam plot politik menentang perdana menteri Malaysia. Nasib tidak berpihak kepada Justo dan kehidupannya semakin terseksa. Justo tidur beralaskan selimut nipis di selnya – tilamnya telah dirampas beberapa bulan selepas dia menghuni penjara itu, waktu senamannya juga tiada.

Laura yakin suaminya menjadi mangsa penipuan bekas rakannya yang memperdaya Justo sehingga dia mengaku salah dan menyerahkan salinan menghubungkan PetroSaudi dalam cubaan untuk melindungi diri mereka dan rakan sekutu dari Malaysia untuk menutup kes ini. Pada Mei 2016, dalam usaha terakhirnya untuk menyelamatkan suami tercinta, Laura mendapatkan seseorang yang dipercayai Justo: Rewcastle Brown, seterusnya membawa Laura kepada the Guardian.


Semasa saya bertemu Laura pada Jun 2016, dia kelihatan tenang dan tidak banyak cakap. Namun suaranya berubah dan beremosi apabila dia mula bercerita mengenai suaminya sehingga dia mengalirkan air mata. Justo tidak berjumpa anak lelakinya sejak dia berusia 8 bulan. “Saya cuma mahu keadilan ditegakkan,” ujar Laura menerusi emel. “Xavier bukan seorang pencuri. Dia cuma menuntut haknya seperti yang telah dijanjikan. Mungkin ini adalah masa terburuk dalam hidupnya namun dia akan terus kuat dan tabah demi saya dan anak kami – Justo akan terus berjuang untuk kami walau apa pun yang berlaku.”

Sejak perkenalannya dengan Rewcastle Brown dan the Guardian, Laura sering menyerahkan nota-nota yang dia seludup keluar dari penjara. Justo mengakui bahawa dia telah ditipu. Laura percaya Patrick Mahony dari PetroSaudi telah mengawal kehidupan Justo di sebalik tirai besi, memikirkan betapa selesanya ruang yang didiami suaminya, serta siapakah yang akan datang melawatnya. (Terdapat senarai nama yang diberi kebenaran melawat ditampal di dinding penjara itu. Mahony tersenarai di senarai yang kedua manakala Laura di senarai kelima.)

Laura memberitahu dia memiliki emel-emel dan mesej dari Whatsapp serta rakaman panggilan telefon dari tahun lepas yang menunjukkan Mahony menerima tekanan dari Najib. Selain itu, Mahony juga ditekan oleh para penyiasat dari AS dan Swiss yang cuba merungkai perjanjian 1MDB. Menerusi pita perbualan telefon bersama Laura, Mahony kedengaran obses dengan Rewcastle Brown, dan dia menggelar wanita itu sebagai “betina tidak berguna”. Dalam satu rakaman perbualan antara Laura dan Mahony dari November 2015, Mahony secara tidak langsung merujuk kepada seorang individu yang menurutnya mampu meringankan hukuman Justo; “Saya telah beritahu kamu, siapa yang sebenarnya mengatur semua ini. Tidak lama lagi saya akan bertemunya dalam satu mesyuarat…Lelaki ini masih tertekan kerana kerjaya politiknya sedang dipertaruhkan. Dia sedang menghadapi masalah besar dan itu yang paling utama.”

Apabila Laura bertanya apakah yang patut dia sampaikan kepada Justo, Mahony berkata: “Satu-satunya cara untuk membantu suami kamu–sertai permainan ini–dedahkan diri kamu kepada media apabila sudah bersedia. Kamu sudah siap untuk mengecam semua individu yang berkonspirasi ke atas Justo… Aku tidak tipu… Sama ada kamu memperbaiki situasi atau tidak membantu langsung.”

Apabila Laura menuntut pembebasan Justo, Mahony meradang. “Aku masih berhadapan dengan kesukaran ini setiap hari. Harus diingat bahawa kita semua terbabit dalam masalah ini. Ya Justo sedang meringkuk di dalam penjara dan kamu keseorangan bersama bayimu. Aku memahami situasi kamu tetapi aku juga terpalit dalam kancah ini dan ramai lagi orang yang sama-sama terlibat. Seorang perdana menteri sedang berhadapan masalah besar kerana dia turut terlibat dalam masalah ini.”


Menjelang Disember, melalui satu panggilan telefon lain, Mahony mengaku dia telah pergi ke US dan “pihak FBI sedang meneliti skandal ini”. Mahony turut dipanggil ke pejabat peguam negara Swiss. “Pihak Swiss terus membawa masalah kepada kita… Mereka tidak memiliki sebarang maklumat… Mereka tidak mahu berdiam diri dan dituduh tidak melakukan apa-apa tindakan.” PetroSaudi berkata mereka akan bekerjasama dengan mana-mana pihak berkuasa rasmi dalam sebarang bidang kuasa dan buat masa ini ia tidak disiasat oleh mana-mana bidang kuasa. Mahony juga tidak pernah disoal siasat oleh pihak pegawai US mahupun Swiss.

Pendedahan maklumat oleh Justo masih menjadi bualan hangat seantero dunia. Apabila Jabatan Keadilan AS membentangkan kes menentang 1MDB tempoh hari, mereka langsung tidak teragak-agak. “Rakyat Malaysia ditipu dalam skala yang amat besar,” kata Andrew McCabe, timbalan pengarah FBI. Pegawai-pagawai US memberitahu the Guardian mana-mana pihak yang ingin mempersoal dakwaan peguam negara mestilah memfailkan maklum balas kepada mahkamah persekutuan dalam tempoh 60 hari bagi menjawab tuduhan fakta yang telah diusulkan.

Dalam kes berasingan, DOJ turut menyiasat sama ada Goldman Sachs melanggar undang-undang perbankan AS dalam menangani tawaran bon bernilai USD6.5 billion yang dijalankan bersama 1MDB. Organisasi gergasi The Wall Street itu memperoleh USD593 juta kerana isu ini yang berlarutan. Goldman Sachs menafikan penglibatan mereka dalam perbuatan yang melanggar undang-undang itu. Bank itu memberitahu kepada the Guardian “Kami cuba menjana wang bagi dana kekayaan negara yang sepatutnya diguna untuk tujuan pelaburan di Malaysia. Kami tidak mampu mengesan jika sebahagian dana itu telah dipindahkan atau diguna bagi tujuan lain.”

Apa yang lebih penting, dakwaan yang dibuat DOJ amat bercanggah dengan kenyataan yang diberikan Perdana Menteri Najib tentang asal usul dan mengapa wang ratusan juta itu berada dalam akaun peribadi miliknya – Najib mendakwa wang itu adalah derma yang diberi oleh penderma dari Arab Saudi.

Pemfailan DOJ dibuat semasa demokrasi di Malaysia berada dalam situasi genting. Pada 1 Ogos, undang-undang keras diperkenalkan Najib mulai berkuatkuasa–membenarkan kerajaan Malaysia untuk mewujudkan undang-undang anti keganasan. Undang-undang yang diwujudkan itu secara tidak langsung memperkukuh kuasa badan pertahanan Malaysia–membenarkan penahanan, penggeledahan dan serbuan dibuat tanpa waran serta meroboh bangunan.


Sementara itu di bahagian lain, penyiasatan tentang skandal korupsi semakin giat dijalankan. Di Switzerland, Jabatan Keadilan AS mengenal pasti RBS Coutts dan Rothschild Bank sebagai saluran bagi transaksi wang seperti mana yang didakwa. Peguam Negara Swiss menyiasat pencurian yang melibatkan berbillion dollar itu. The Guardian bagaimanapun gagal mendapatkan penjelasan dari bank-bank tersebut selepas mereka dihubungi.

Singapura menemui “lompong dan beberapa kelemahan” dalam kawalan penggubahan wang haram di kebanyakan bank. Buat pertama kali dalam sejarah negara itu, pihak berkuasa telah menghentikan operasi sebuah bank perdagangan. Pada bulan April, Emeriah Arab Bersatu membekukan ratusan juta dollar dalam akaun yang dimiliki oleh mereka yang terbabit dalam skandal 1MDB dan melarang pemegang akaun itu dari meninggalkan negara.

Pihak lembaga 1MDB berkata “kami yakin tiada salah laku atau jenayah yang berlaku” namun sebagai “langkah berjaga-jaga”, akaun badan pelaburan itu pada 2013 dan 2014 tidak lagi boleh “bergantung dengan mana-mana pihak”. Najib menjelaskan beliau tidak melakukan “sebarang kesalahan atau menyeleweng”. Peguam Negara Malaysia seterusnya membebaskan Najib dari tuduhan melibatkan skandal korupsi itu pada awal tahun lalu.

Buat masa sekarang, individu yang boleh mendedahkan perkara sebenar dalam skandal rompakan ini sedang meringkuk di dalam penjara di Bangkok. Xavier Justo didesak oleh moraliti dan juga pembalasan dendam – dia ingin menuntut keadilan dari rakan yang mengkhianatinya. Untuk mendapatkan hal itu, dia memilih untuk mendedahkan hal sebenar. Nama Justo mungkin tidak akan dicatat dalam sejarah sebagai wira, yang tidak mementingkan diri lalu mendedahkan kebenaran. Tetapi apa yang telah dilakukannya itu, secara tidak sengaja adalah satu pengorbanan.


Laporan ini telah terbit di akhbar The Guardian dan diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Maisarah Akbal.
http://jalantelawi.com/2017/10/1mdb-kisah-skandal-kewangan-terbesar-dunia/
1MDB: Kisah Skandal Kewangan Terbesar Dunia

7
Pengarang Sarawak Report diperintah bayar RM84,00 kepada Hadi
Dikemas kini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 6 Aug 2017 10:58AM · 1 Komen
Mahkamah menolak hujah Clare Rewcastle-Brown yang mengatakan tidak akan berjaya mengambil tindakan saman terhadap Presiden PAS Abdul Hadi Awang di Malaysia kerana badan kehakiman, kerajaan dan perdana menteri korup. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Ogos, 2017.

MAHKAMAH London mengarahkan pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown membayar dua pertiga daripada kos permohonannya kerana meminta Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendepositkan wang kepada mahkamah sebagai jaminan keselamatan, sekiranya kalah dalam saman fitnahnya terhadap wartawan yang berpangkalan di United Kingdom itu.

Setiausaha Politik PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar berkata Rewcastle-Brown perlu membayar £15,000 (RM83,700) kepada Hadi sekarang, dengan kuantum baki itu akan dipantau mahkamah.

Ulasan: 
1. Kes SAMAN FITNAH oleh HADI AWANG (PAS) terhadap CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT) di Mahkamah London, United Kingdom itu, masih belum pun mula BICARA untuk mengetahui sama ada Laporan SARAWAK REPORT berkaitan perolehan dana 90 juta oleh PAS daripada Kerajaan NAJIB RAZAK itu merupakan FITNAH ataupun tidak !

2. Walhal, kes SAMAN FITNAH itu masih di peringkat awal, di mana HADI AWANG (PAS) sudahpun failkan WRIT SAMAN terhadap CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT), dan serahkan WRIT SAMAN berserta PENYATA TUNTUTAN kepada CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT), namun CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT) masih belum tamat tempoh masa untuk failkan PENYATA PEMBELAANnya !

3. Apa yang telah dilaporkan dalam Laporan MALAYSIAN INSIGHT di atas, adalah berkaitan satu PERMOHONAN AWALAN, yakni sebelum CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT) memfailkan PENYATA PEMBELAANnya, beliau telah minta Mahkamah London itu buat perintah yang perlu berhubung SEKURITI untuk KOS, iaitu, memandangkan HADI AWANG (PAS) adalah entiti luar dari United Kingdom, dan memandangkan HADI AWANG (PAS) itu tidak mempunyai aset di dalam negara United Kingdom, maka CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT) minta Mahkamah London arahkan HADI AWANG (PAS) untuk letak cagaran sebanyak UK Pound 800 ribu, sebagai cagaran kos kepadanya, jika Mahkamah di hujung perbicaraan dapati SAMAN FITNAH oleh HADI AWANG (PAS) adalah tidak berjaya, dan ditolak kelak ! Itu sahaja !!

4. Permohonan SEKURITI untuk KOS ini juga wujud di Malaysia, di mana sekiranya Rakyat atau entiti Malaysia disaman di dalam Malaysia oleh individu ataupun entiti luar negara yang tidak mempunyai aset di Malaysia, maka untuk menentukan pihak Malaysia itu ada cagaran untuk peroleh semula kos, maka pihak Malaysia itu boleh membuat permohonan serupa itu di Mahkamah Malaysia, dan Mahkamah Malaysia akan menentukan jumlah sekuriti yang perlu diletakkkan oleh pihak luar negara itu, sebelum pihak luar negara itu dibenarkan untuk teruskan tindakan undang-undang terhadap pihak Malaysia, di negara Malaysia, melalui Mahkamah Malaysia !!

5. Itulah bentuk PERMOHONAN yang diputuskan oleh Mahkamah London seperti yang dilaporkan di bawah !! Tiada keputusan tentang kandungan dalam SAMAN FITNAH itu lagi !!

6. Berbalik kepada, PERMOHONAN itu, peguam CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT) telah meminta dan berhujah bahawa jumlah sekuriti untuk kos ditetapkan sebagai UK Pound 800 ribu, namun Mahkamah dapati bahawa jumlah itu adalah terlampau tinggi dan bersetuju dengan peguam HADI AWANG (PAS) bahawa jumlah sebanyak 10% daripada jumlah UK Pound 800 ribu itu , yakni UK Pound 80 ribu, adalah memadai, kerana Malaysia dan United Kingdom mempunyai persetujuan melalui Akta dan Perjanjian untuk benarkan Penghakiman dari kedua-dua negara boleh dilaksanakan di Mahkamah negara silang, masing-masing, dan TIADA BUKTI ditampilkan oleh CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT) bahawa, dia tidak akan berjaya melaksanakan Penghakiman untuk jumlah kos sepenuhnya itu, di Malaysia, jika dia menang kelak !!

7. Akhir sekali, jumlah UK Pound 15 ribu, yang diperintahkan Mahkamah London untuk CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT) bayar kepada HADI AWANG (PAS), adalah sebahagian daripada kos yang dianugerahkan kepada HADI AWANG (PAS), kerana CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT) telah gagal peroleh Perintah untuk SEKURITI untuk KOS untuk jumlah sepenuhnya iaitu UK Pound 800 ribu, dan UK Pound 15 ribu adalah kos yang perlu CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT) bayar kepada HADI AWANG (PAS) kerana CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT) didapati "kalah" berkaitan PERMOHONAN SEKURITI untuk KOS itu sahaja !!

8. Akhir kalam, SAMAN FITNAH oleh HADI AWANG (PAS) terhadap CLARE REWCASTLE-BROWN (SARAWAK REPORT) pada hakikatnya belum pun mula BICARAnya lagi. Keputusan PERMOHONAN SEKURITI untuk KOS ini yang sebenarnya memihak kepada HADI AWANG (PAS), dari segi undang-undang United Kingdom mahupun Malaysia sekalipun, BUKANLAH kayu ukuran kejayaan ataupun kegagalan SAMAN FITNAH itu kelak !!!

DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!

Dimuat naik 1 tahun yang lalu oleh Haniff Khatri
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/9812
Pengarang Sarawak Report diperintah bayar RM84,00 kepada Hadi | The Malaysian Insight

8
Siapa tanggung kos saman Hadi di London, soal pengarang Sarawak Report
Looi Sue-Chern
Dikemas kini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 6 Aug 2017 11:36AM

PENGARANG Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown yang sedang berdepan saman fitnah daripada Presiden PAS Abdul Hadi Awang mempersoalkan sumber dana yang membolehkan pemimpin parti Islam itu mengambil tindakan undang-undang di London walaupun kos guaman di United Kingdom (UK) sangat tinggi.
Clare Rewcastle-Brown, pengarang Sarawak Report yang banyak mendedahkan korupsi Malaysia kini berdepan dengan saman Presiden PAS Hadi Awang di London. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Ogos, 2017.
Wartawan berpangkalan di London itu disaman kerana rencana diterbitkan Ogos lalu yang mendakwa Hadi menerima rasuah sebanyak RM90 juta daripada Perdana Menteri Najib Razak sebagai balasan memberikan sokongan kepada pentadbiran Najib.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/9817
Siapa tanggung kos saman Hadi di London, soal pengarang Sarawak Report | The Malaysian Insight

9
Malaysia Bodoh
The truth will out
SIAPAKAH YANG GELABAH?
05/11/2017 by emily mc
Setelah berbulan-bulan lamanya isu wang RM90 juta yang dikaitkan dengan Pas menjadi bualan ramai, baru hari ini Najib Razak buat pertama kali bersuara berkenaan dengannya
“Saya tak bagi duit kepada Pas, sebab itu Pas saman Sarawak Report. “Kita tunggu keputusan mahkamah di UK dan sekarang Clare dah gelabah,” kata Najib.

Benarkah editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown  sedang gelabah? Adakah kenyataan pembelaan yang sudah difailkannya di mahkamah menunjukkan beliau gelabah? Atau Najib dan Pas yang sebenarnya sedang gelabah?

Untuk menilai siapa yang gelabah – Najib, Pas atau Clare, apa kata kita baca pandangan seorang peguam, Hanipa Maidin yang juga merupakan Ahli Parlimen Sepang, Selangor mengenainya.

Di bawah ini tulisan yang dimaksudkan itu yang dipetik dari laman Facebook Peguam Pas – Dulu kepunyaan Hanipa.

1. Teknik atau tactic orang yang gelabah kerana tanggung masalah atau beban ada pelbagai macam dan bentuk.

2. Antara tekniknya adalah orang yang gelabah itu pula yang tuduh orang yang bikin dia gelabah itu sebenarnya yang telah gelabah. SIAPAKAH YANG GELABAH?

3. Inilah teknik MO1. Dia gelabah dengan pendedahan dari Claire dalam pernyataan pembelaan Claire ke atas saman Presiden parti suci di London sebab nama dia juga terpalit.

4. Jadi nak buat macam mana? Dia kata Claire yang sebenarnya gelabah!

5. Teknik sebegitu hanya mungkin berjaya jika 95% rakyat negara ini bukan berfikiran waras. Hanya orang tak siuman shj, bagi saya lah, yang percaya yang sebenarnya gelabah adalah Claire dan bukannya MO1 atau yang sejahtera dan matang dengannya. (Hanipa Maidin – Peguam Pas – Dulu

Kesimpulannya, siapakah yang gelabah sebenarnya dari kacamata pemikiran yang waras? Kenapa baru sekarang, setelah berbulan-bulan Pas bergelut sendirian bersilat berhubung isu wang RM90 juta itu, barulah Najib bersuara menafikannya?

Dan adakah penafian beliau ini boleh dipercayai atau tiada bezanya dengan penafian berkenaan wang RM2,600 juta yang masuk ke akaun peribadinya dahulu?

– http://shahbudindotcom.blogspot.my
https://malaysia-bodoh.com/2017/11/05/siapakah-yang-gelabah/
SIAPAKAH YANG GELABAH? – Malaysia Bodoh

10
[UPDATE] Mahkamah tolak 50 muka surat pembelaan Brown
MyMetroUtama
Isma Ismail isma@nstp.com.my
PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempunyai peluang besar untuk menang kes saman fitnah terhadap laporan Sarawak Report yang sesi pendengaran dilakukan di Mahkamah Tinggi London.

Peguam Abdul Hadi, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata ia berdasarkan keputusan mahkamah itu semalam, yang menolak kira-kira 50 muka surat daripada 55 muka surat penyataan pembelaan dibuat menerusi pengarang penerbitan itu Clare Rewcastle-Brown.

Sehubungan itu, beliau yakin 70 peratus saman fitnah terhadap penerbitan itu akan berpihak kepada Abdul Hadi.

“Kini hanya tinggal 30 peratus akan diputuskan di mahkamah apabila perbicaraan seterusnya dijadualkan pada April tahun depan.

“Peluang Tuan Guru Presiden PAS untuk menang saman ini, sekali gus membersihkan namanya sangat besar,” katanya ketika sidang media khas di Masjid Rusila, Marang, hari ini.

Semalam, Mahkamah Tinggi di London memerintahkan defendan membayar £41,400 (RM227,700) kepada Abdul Hadi sebagai kos bayaran guaman yang perlu dijelaskan dalam tempoh 14 hari.

Mahkamah turut menetapkan perbicaraan selama 12 hari mulai April 2019.

Abdul Hadi memfailkan saman terhadap Sarawak Report yang mendakwanya menerima rasuah sebanyak RM90 juta.

Takiyuddin berkata, sesi pendengaran kes itu semalam berlangsung empat jam sebelum mahkamah dengan rasminya menolak sebahagian besar penyataan pembelaan yang dibuat Brown.

“Brown juga secara rasminya meninggalkan permohonannya untuk meminda pembelaan ‘kebenaran’ beliau bagi menggunakan rakaman audio satu kenyataan yang didakwa dibuat Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan juga bekas Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz.

“Mahkamah turut menolak cubaan memperlewatkan dengan memohon perintah mahkamah supaya diadakan perbicaraan berasingan terhadap persoalan sama ada pembaca Sarawak Report memahami artikel berkaitan adalah merujuk kepada Datuk Seri Abdul Hadi.

“Pasukan peguam kita menolak cadangan defendan itu yang dilihat hanyalah sebagai cubaan untuk lari daripada membawa isu sebenar kes dalam perbicaraan,” katanya.

Sementara itu, Abdul Hadi dalam kenyataannya yang dibacakan Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pihaknya berpuas hati dengan keputusan mahkamah itu.

Menurutnya, ia menjadi kemenangan moral kepada pihaknya dan ahli PAS dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini.

Kes membabitkan tuduhan palsu portal Sarawak Report

 2 Mac 2018- FELDA menafikan artikel Sarawak Report pada 2 Mac lalu yang antara lain mendakwa kononnya FELDA pernah bersetuju untuk melabur dalam syarikat Ladylaw Securities Pte Ltd. Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Samad menegaskan tidak pernah meluluskan pelaburan dengan syarikat itu dan menyifatkan dakwaan itu adalah palsu.

2 Mac 2018- RHB Banking Group (RHB) menyangkal dakwaan Sarawak Report di Facebook dan laman web portal itu kerana ia tidak berasas dan tidak benar. Ia susulan tuduhan liar portal itu yang mendakwa sejumlah besar wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dipindahkan pada Januari ke dalam akaun dolar RHB di bawah nama entiti kurang dikenali, TJJR Diversified (M) Sdn Bhd, sebuah syarikat dimiliki seorang wanita yang juga pengarah, didakwa menyelaras sebuah projek hospital besar dengan disokong KWSP dan Kementerian Kesihatan.

28 Februari 2018- KWSP menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa KWSP tidak pernah mempunyai sebarang transaksi atau mempertimbangkan sebarang perjanjian dengan Limage Holdings SA, Limage Southwest Holdings, individu dikenali sebagai Mr Matrai atau sebarang pihak dinyatakan Sarawak Report. Tiada sebarang pemindahan bon atau dana seumpamanya kepada semua syarikat dinyatakan di atas seperti didakwa.

11 Jun 2017- Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan membidas laporan Sarawak Report mendakwa peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang dilantik sebagai ketua pendakwa raya menerima bayaran RM9.5 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

9 Ogos 2016- PAS mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Sarawak Report kerana memfitnah dengan mendakwa parti itu menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata laporan Sarawak Report itu mempunyai niat jahat dan mencemar nama baik parti dan dasar Islam menjadi teras kepada perjuangan PAS. Pengarang Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown mengakui dakwaannya bahawa Perdana Menteri menawarkan RM90 juta kepada PAS hanya berdasarkan 'kecurigaan yang meluas'.

26 April 2016- Anak Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang memiliki perniagaan menjual dan membaiki senjata tidak pernah mendapat sebarang tender bekalan bahan berkenaan daripada kerajaan, mahupun pasukan polis. Perkara ini dinyatakan Khalid bagi mengulas dakwaan dalam portal berita Sarawak Report berhubung konflik kepentingan keluarga apabila anak dan saudaranya mempunyai syarikat berkenaan yang beroperasi di Nilai, Negeri Sembilan

23 Julai 2015- Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mengaku bertemu dengan Pengasas dan Pengarang The Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown di beberapa lokasi. Tony berkata, beliau pernah bertemu Brown di Singapura, Indonesia dan London.

21 Julai 2015- Hampir 90 peratus kandungan laporan Sarawak Report mengenai 1MDB didakwa diubah suai oleh pembangkang untuk memburukkan kerajaan dan menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Pendedahan itu dibuat bekas pengarang Sarawak Tribune, Lester Melanyi, menerusi video bahagian keduanya yang turut diperoleh BH.

20 Julai 2015- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyekat sementara laman sesawang Sarawak Report (http://www.sarawakreport.org) kerana boleh mengganggu-gugat kestabilan negara.

15 Julai 2015- Akhbar New Straits Times (NST) melaporkan kenyataan bekas pengarang Sarawak Report, Lester Melanyi mendakwa Clare Rewcastle Brown memalsukan beberapa dokumen untuk memfitnah 1MDB dan Datuk Seri Najib Razak, menerusi beberapa pendedahan portal berita itu. Editor terbabit, Lester Melanyi, dikatakan turut menamakan beberapa individu termasuk ahli politik terkemuka pembangkang sebagai antara terbabit dalam konspirasi menggulingkan kerajaan.

27 Jun 2015- Firma keselamatan siber, Protection Group International (PGI) mendedahkan bukti jelas kecurian data sulit PetroSaudi secara sistematik oleh bekas kakitangannya, Xavier Andre Justo. Siasatan mendapati sebahagian besar data itu kemudian diubah dan ditokok tambah sebelum disiarkan menerusi blog Sarawak Report.

29 Mei 2015- Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy menafikan ada mengemukakan penyata bank palsu kepada Bank Negara Malaysia (BNM) seperti dilaporkan oleh portal berita, Sarawak Report. Beliau berkata, pihaknya menyedari portal berita itu terus menyiarkan maklumat palsu dan tuduhan tidak berasas terhadap 1MDB. Katanya, dalam satu siaran terbaru, portal berkenaan menyatakan bahawa Arul Kanda mengemukakan penyata bank palsu kepada BNM bagi menunjukkan (1MDB) mempunyai (tunai dalam akaun BSI di Singapura).

1 Ogos 2015- Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata kertas pertuduhan disiarkan oleh Sarawak Report tidak pernah berada atau sampai di Pejabat Peguam Negara. Mohamed Apandi menegaskan, dakwaan berhubung kertas pertuduhan ini menunjukkan ada konspirasi untuk jatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan menjadikan beliau sebagai penjenayah menggunakan kaedah termasuk memalsukan dan kebocoran jenayah.

3 September 2014- Ahli perniagaan Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib mendakwa pendedahan mengenai harta miliknya dalam kes mutaah bernilai RM100 juta yang difailkan bekas isterinya, Shahnaz Abdul Majid adalah konspirasi politik pembangkang, termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertujuan memburukkan nama dan keluarganya. Turut dikaitkan dengan kes bermotif politik itu antaranya pengasas laman portal Sarawak Report, Claire Rewcastle-Brown.

Berita berkaitan

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Mei 2018 @ 4:40 PM
https://www.hmetro.com.my/utama/2018/05/335593/update-mahkamah-tolak-50-muka-surat-pembelaan-brown
[UPDATE] Mahkamah tolak 50 muka surat pembelaan Brown | Harian Metro
11
Clare Rewcastle-Brown Returns to Malaysia
2018-5-20 03:03 pm  Trending   36 0 0
Clare Rewcastle-Brown
Clare Rewcastle-Brown of the Sarawak Report blog arrived in Malaysia on Saturday after the new government tore up an arrest warrant made against her.

“It was very relaxed at the airport, no problems with immigration,” she told Reuters in a brief phone interview. “It’s a big sigh of relief from me.”

Clare Rewcastle-Brown had published details of the alleged transfer of US$681 million from the government-owned 1Malaysia Development Berhad through bank accounts held by Najib.

The former prime minister has consistently denied wrongdoing.

Rewcastle-Brown, a British subject, was born and spent her early years in Sarawak. Malaysian authorities issued a warrant for her arrest in 2015, citing activities “detrimental to parliamentary democracy”.

She returned to Malaysia after learning that her website had been unblocked and the warrant lifted by the new government of Prime Minister Mahathir Mohamad, whose Pakatan Harapan coalition won power in a surprise election victory last week.

Since taking office, Mahathir has reopened investigations into 1MDB and Najib’s involvement in the scandal.

During 2014 and 2015, Sarawak Report published a series of articles, with leaked documents and emails, that detailed how money was allegedly syphoned off from 1MDB.

Rewcastle-Brown said she had not been invited to meet with the new administration and hoped only to see friends she had not spoken with after she was blocked from entering Malaysia, Reuters reported.

“It was a tough battle for all of us… the previous administration spent so much time and money trying to get me,” she was quoted as saying. “But I wouldn’t have done it if I didn’t have a deep down confidence that Malaysia could come through and this could have a good outcome.”

https://virealhub.com/live/clare-rewcastle-brown-returns-malaysia/?i=7258
Clare Rewcastle-Brown Returns to Malaysia

12

NST dedah bukti konspirasi jatuhkan Najib
2015-09-08
KUALA LUMPUR: The New Straits Times (NST) hari ini dalam satu laporan eksklusif, berkata perbualan pesanan aplikasi Whatsapp oleh Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown dan beberapa individu membuktikan wujud konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia.

NST menyebut menurut sumber yang rapat dengan pihak berkuasa Thailand, perbualan menerusi Whatsapp telah berlangsung selama tiga bulan dan mengaitkan pembabitan Rewcastle-Brown, Pengerusi Kumpulan Media The Edge, Datuk Tong Kooi Ong, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ho Kay Tat dan bekas pekerja PetroSaudi, Xavier Andre Justo.

Konspirasi didakwa membabitkan perancangan untuk membeli data, yang dibekalkan oleh Justo, yang dikatakan membabitkan urusan PetroSaudi dengan syarikat pelaburan milik negara 1Malaysia Development Berhad(1MDB).

Justo sebelum ini mendakwa dia dijanjikan US$2 juta sebagai balasan memberikan data yang dicuri dari PetroSaudi. Rewcastle-Brown dikatakan menjadi orang tengah antara Justo dan pengurusan atasan The Edge itu.

Justo ketika ini sedang menjalani hukuman penjara selama tiga tahun di Thailand selepas didapati bersalah memeras dan mengugut bekas majikannya itu.
Perbualan Whatsapp itu juga dikatakan membuktikan yang Rewcastle-Brown mempunyai hubungan rapat dengan bekas pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli parlimen DAP, Tony Pua selain bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut laporan NST,  pesanan Whatsapp mendedahkan “siapa sebenarnya” Rewcastle-Brown dan kesanggupannya untuk melanggar undang-undang.

Laporan muka depan bertajuk ‘I will drink when Najib is done” menamakan Tong dan Ho sebagai “mempunyai kaitan dalam konspirasi yang disengajakan untuk menjatuhkan kerajaan demokratik pimpinan perdana menteri”.

Laporan itu juga mendakwa Rewcastle-Brown memberitahu Justo yang dia “sedang mengubah masa depan sebuah negara” dan dia akan meraikannya sejurus “Najib selesai (meletakkan jawatan).”

Sementara itu Kumpulan Media The Edge hari ini mempertahankan pendiriannya, dan berkata pihaknya tiada sebarang kaitan dengan usaha menjatuhkan kerajaan atau cuba mengubahkan bukti berkaitan 1MDB.

Dalam kenyataan sebagai reaksi kepada laporan NSTyang dikeluarkan hari ini, The Edge berkata semua artikel berkaitan 1MDB yang dilaporkan sejak 2013 adalah atas tujuan memastikan tadbir urus dipatuhi.

“Kami ingin menegaskan sekali lagi bahawa Kumpulan Media The Edge dan kami tidak mempunyai konspirasi politik, atau agenda politik ketika melaporkan berkaitan 1MDB apabila ia dilihat berhadapan dengan masalah kewangan.

“Sebagai syarikat media, adalah menjadi kepentingan kami untuk mencari jawapan kepada apa yang berlaku kepada 1MDB dan pelbagai urusan kewangan dan perniagaannya sejak penubuhannya pada 2009.

“Sesiapa sahaja yang telah membaca pendedahan kami akan tahu kami tidak pernah mengaitkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) atau kerajaan secara amnya kepada masalah yang dihadapi 1MDB. Kami tidak pernah memutarkan fakta secara politik berhubung 1MDB dalam mana-mana laporan kami.

“Kami hanya mensasarkan isu-isu berkaitan tadbir urus, dan meletakkan tanggung jawab ke atas pihak pengurusan, lembaga pengarah dan pihak ketiga yang berurusan dengan 1MDB untuk apa yang berlaku, di mana ia seharusnya diamalkan oleh sebuah entiti korporat,” kata Kooi Ong dan Kay Tat dalam kenyataan itu lagi.

Mereka menambah, akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang berterusan membuat dakwaan tidak berasas terhadap mereka dan Kumpulan Media The Edge.

Sumber : Astro Awani  http://buff.ly/1M7cqQZ
Gambar : kl.coconuts.co
Tags: 
http://www.kwiknews.my/news/nst-dedah-bukti-konspirasi-jatuhkan-najib
NST dedah bukti konspirasi jatuhkan Najib | KwikNews

13
RAJA PETRA KAMARUDDIN: DARI PENYOKONG SETIA ANWAR KE MUSUH TERBESARNYA
Iqbal Fatkhi March 11, 2018
Baru-baru ni, orang terkaya Malaysia, Robert Kuok, mengeluarkan kenyataan yang dia sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap pemilik blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin, atas artikelnya yang mendakwa Kuok pernah menyalurkan dana kepada pihak pembangkang dengan tujuan untuk menjatuhkan kerajaan.
Dorang ni macam tengah nak rap battle je. Imej dari Sin Chew dan Malaysia Today.
Tambahan lagi, artikel Raja Petra itu juga menyebabkan berlaku perang mulut antara UMNO dengan MCAapabila beberapa ahli politik MCA mengecam Menteri Pelancongan, Nazri Aziz kerana menggelar Robert Kuok “pondan” selepas membaca artikel tersebut. Sebenarnya, ni bukannya kali pertama artikel-artikel Raja Petra menjadi penyebab kekecohan macam ni. Antara contoh lain juga termasuk:

Nampak macam memang ramai je yang nak tendang Raja Petra ni. GIF dari Giphy.
Jadi lepas berita terbaru ni, kitorang pun hairan… siapakah Raja Petra sebenarnya? Macam mana tulisan-tulisannya boleh menjadi begitu berpengaruh? Dan kenapa ada yang menggelarnya pengkhianat kepada pembangkang? Apabila kitorang cuba kaji pasal asal-usul Raja Petra, kebanyakan maklumat yang ada  datang dari kata-katanya sendiri. Tapi dari sini juga kita dapat tahu…

Dia dulu selalu kena buli masa sekolah kat MCKK

Sebagai anak sulung Raja Kamarudin Raja Tun Uda dan Barbara Mabel Parnell, Raja Petra merupakan salah seorang ahli kerabat DiRaja Selangor. Ayahnya, Raja Kamarudin, bekerja sebagai pengarah di syarikat Lever brothers (kini Unilever) setelah bermula kerjayanya di situ lepas habis belajar undang-undang kat England.

Selepas tamat sekolah rendah di Alice Smith School KL, Raja Petra dihantar ke Malay College Kuala Kangsar (MCKK) masa berumur 13 sebab ikut tradisi keluarganya yang belajar kat situ. Menurutnya, kerana dia tak fasih berbahasa Melayu dan sebab dia bercakap Inggeris dengan loghat skema semacam, dia selalu kena buli dan digelar “Mat Salleh sesat” oleh pelajar-pelajar lain kat MCKK.
Dah mak dia memang omputeh, memang la dia pun speaking sikit. Imej dari Malaysia Today.
“Untuk beberapa minggu pertama, saya menangis setiap malam dan menghantar surat ke rumah hampir setiap hari meminta ayah saya membawa saya keluar dari sekolah tu.“

Akhirnya, waktuTingkatan 3, ayahnya bersetuju untuk bawa dia keluar dari MCKK dan masuk pula ke Victoria Institution KL. Kat situ dia cakap ramai kawannya yang berbilang kaum dan agama. Di tingkatan 5 ketika dia berumur 17 pulak, Raja Petra bertemu dengan bakal isterinya Marina, yang pada masa tu masih dikenali sebagai Mable. Dorang berkahwin pada tahun 1973 semasa Marina berumur 18 dan dia berumur 22.

Tapi kisah dorang takda la macam happy ever after je lepas tu. Sebab baru-baru je kahwin… 

Dorang terpaksa menjadi peniaga motosikal kerana kematian ayahnya. 

Malangnya, dua tahun sebelum Raja Petra berkahwin dengan Marina, ayahnya meninggal dunia dan dia terpaksa menyara ibu dan tiga adik-beradiknya sekali. Jadi tak lama lepas berkahwin, Raja Petra dan isterinya memulakan perniagaan mengimport motosikal-motosikal berjenama Kawasaki dari Jepun. Kemudian, bila bisnes dia dah berkembang, dia pindah pulak ke Terengganu untuk cuba jadi pengedar motosikal jenama Yamaha kat situ
Macam ni la lebih kurang muka rempit zaman 60-an. Imej dari Malaysia Today

Dari tahun 70-an hingga 90-an, Raja Petra membina kerjayanya sehingga menjadi antara pengedar motosikal yang paling terkemuka di Malaysia pada waktu tu. Katanya, syarikat miliknya  punyalah berjaya sampai keuntungan dorang pun berjuta ringgit

Namun, dia juga mengaku yang disebabkan jenis pekerjaannya, beberapa kontrak yang syarikatnya dapat hanya diperolehi setelah membayar rasuah kepada pihak-pihak tertentu. 

Saya terlibat dengan rasuah sebab masa tu, memang tak boleh dapat kontrak besar daripada kerajaan kalau tak bayar. Syarikat saya memperolehi lebih kurang RM100 juta selama 20 tahun, tapi ianya semua duit ‘haram’.” – Raja Petra, dalam temu bual bersama Malaysia Outlook.
Agaknya Raja Petra lebih kurang macam ni la sebelum insaf. Imej dari Wolf of Wall Street.
Sebab dia tak rasa sedap hati dengan penglibatannya dalam rasuah sepanjang masa tu, Raja Petra dan isterinya pun pulanglah dari Terengganu balik ke KL di mana dia mula menulis sebagai kolumnis motosikal untuk surat khabar The Star. Tapi kalau nak tanya macam mana daripada peniaga motosikal dia boleh jadi kolumnis The Star pastu menulis pulak pasal politik, sebenarnya penglibatan dia dalam dunia politik dah berlaku lama sebelum tu… 

Dia pernah menganggap diri sebagai Muslim “radikal” suatu ketika dahulu. 

Masa dia belajar kat MCKK dan selalu kena ejek sebab tak pandai cakap BM, dia kata ada satu pelajar yang selalu jaganya daripada pembuli – Anwar Ibrahim. Tapi masa tu, dia tak suka Anwar sangat sebab sejak dari muda, Anwar dah power berceramah. Malaysia pulak masa tu baru je merdeka, jadi Anwar selalu sangat kutuk British. Tapi, mak Raja Petra pulak dari England, jadi tentulah dia pun terasa. 
“Pebenda kau cakap pasal mak aku?!” Imej dari Gelombang Rakyat.
Namun, apabila Anwar mengasaskan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan menjadi presidennya pada tahun 1971, Raja Petra pun menjadi antara penyokong ramainya. Pastu bila Anwar membuat pengumuman mengejutkan pada tahun 1982 yang dia akan menyertai UMNO walaupon selama tu dia disokong oleh PAS, Raja Petra tetap kekal berkawan dengan Anwar

Malah, mengikut Raja Petra juga, masa Anwar pegang jawatan presiden ABIM itu lah yang dia dapat dengar ceramah-ceramah Anwar bawah anjuran PAS dan merasakan diri menjadi “Muslim radikal”. Dan selepas Anwar menyertai UMNO kononnya dengan tujuan mengubah parti tu dari dalam, Raja Petra turut membantunya berkempen untuk memenangi kedudukan Ketua Pemuda UMNO pada tahun 1982 bersama kawan-kawan lama Anwar dari ABIM. 

Tetapi, semakin kedudukan Anwar meningkat dalam UMNO, semakin renggang perhubungan kedua-duanya antara Raja Petra dan Anwar. Waktu itu juga, Raja Petra mula menjalinkan hubungan dengan ahli-ahli PAS yang dia jumpa kat Terengganu. Antara tokoh yang dia kenali masa ni termasuklah seorang tok guru yang baru je pulang dari pembelajarannya di Medinah dan Kaherah… Haji Abdul Hadi Awang
Selamat pilihan raya maaf zahir dan batin. Imej dari Malaysia Today.
Hubungan Raja Petra dengan Hadi Awang bermula bila dia mula menghadiri kuliah-kuliah Hadi. Dari situ, dorang menjadi rapat apabila Raja Petra bersama adiknya, Raja Idris, mengatur lawatan untur ceramah Hadi sebanyak sebulan sekali di KL. Di sinilah dah buat hubungan dorang makin kukuh sehinggakan Raja Petra menganggap Hadi sebagai Tok Gurunya sendiri. 

Begitupun, terdapat juga halangan dalam persahabatan dorang, terutamanya semasa pilihanraya tahun 1986 di mana Raja Petra membantu UMNO berkempen di Terengganu atas permintaan Anwar. Akibatnya, Hadi hilang kerusinya di Marang kepada Rahman Bakar yang diberi gelaran “Giant Killer” kerana berjaya menewaskan Hadi. 

Walau macam mana pun, Hadi dapat menang balik kerusi dia pada tahun 1990. Dan seperti dikatakan tadi, Raja Petra insaf dan pulang balik ke KL dari Terengganu. Pada tahun 1997, dia diminta menulis untuk surat khabar PAS, Harakah dan situ lah mulanya dia menulis tentang arena politik Malaysia. Tapi tak lama lepas tu, satu lagi peristiwa berlaku yang menyebabkan Raja Petra sendiri terlibat dalam politik. 

Dia kena sumbat masuk penjara sebagai aktivis Reformasi 
Aik, boleh senyum lagi dia ni. Imej dari Tumpang Sekole.
Macam yang korang tahu, semua benda yang berlaku kepada Anwar pada tahun 1998 telah mencetuskan pergerakan Reformasi dan menyebabkan beberapa penyokongnya ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Antara mereka yang ditahan termasuklah Raja Petra, yang merupakan salah satu daripada sembilan aktivis Reformasi yang ditangkap polis. 

Antara sebab dia ditahan adalah peranannya sebagai pengarah Kempen Bebaskan Anwar (Free Anwar Campaign atau FAC) selepas mulanya pergerakan Reformasi pada tahun 2000 hingga Anwar dibebaskan pada tahun 2004. Namun, kata Raja Petra dalam artikel yang diterbitnya pada 2016, walaupun dia diminta menguruskan FAC dengan tawaran gaji bulanan RM7,500, dia hanya dibayar gaji sebulan dan terpaksa bekerja tanpa dibayar untuk empat tahun berikutnya! 

Tapi… dalam artikel yang ditulisnya pada tahun 2012 pulak, dia berkata dia hanya menerima RM1,000 daripada Wan Azizah dan RM2,000 lagi daripada adik Rosli (adik Anwar), selama kesuluruhan tempoh dia mengarah FAC. Jadi, ada perbezaan sikit antara dua kali yang dia pernah menyebut tentang bayarannya daripada FAC. 
Biar betul kiraan mamat ni. GIF dari Imgur. 
Pada masa ni, isteri sayalah yang menanggung keluarga kita dengan menyediakan kuih-muih dan karipap yang saya jual dari motor saya.” – Raja Petra, semasa memberitahu peguam Anwar, Pawanchik Merican, tentang kewangan FAC

Lepas Anwar dibebaskan pada tahun 2004, Raja Petra pun menamatkan pekerjaanya dengan FAC untuk bagi perhatian penuhnya kepada laman web Malaysia Today yang dilancarkan dua minggu sebelum tu. Maka, dari sini lah bermula kerjayanya sebagai aktivis politik di Malaysia. 

Pada tahun-tahun awal Malaysia Today, artikel-artikel Raja Petra dilihat sebagai kuat menyebelahi pihak pembangkang. Malah, dia juga pernah mengambil kredit untuk penglibatannya dalam perhimpunan Bersih 2007, yang dia cakap merupakan antara sebab pihak pembangkang berjaya merampas majoriti dua pertiga BN untuk kali pertama sejak tahun 1969.
Inilaaaaah barisan Bersih… yang ikhlaaas berduduuuk. Imej dari The Nut Graph.
Antara artikel Malaysia Today yang mendapat perhatian orang ramai termasuklah artikel yang dikatakan menghina Agong serta dilaporkan kepada polis oleh bekas Ketua Penerangan UMNO, Mat Taib. 

Satu lagi siri artikel yang dianggap sebagai tulisannya yang terkenal adalah tuduhannya terhadap Menteri Belia dan Sukan semasa, Khairy Jamaluddin, yang juga merupakan menantu PM masa tu, Tun Abdullah Badawi. 

Antara tahun 2005 hingga 2006, Raja Petra telah menerbitkan satu siri artikel yang dikenali sebagai The Khairy Chronicles di mana dia mendakwa bahawa Tun Abdullah merupakan alat gunaan menantunya Khairy

Khairy memanggil siri itu “penipuan”, dan ada ramai lagi yang menganggapnya sebagai fiksyen. Tapi lepas tu, Raja Petra mengeluarkan satu lagi dakwaan yang masih merupakan tuduhannya yang paling meletup sehingga hari ni 

Daripada menuduh Rosmah sebagai pembunuh Altantuya kepada penyokong setia Najib 
Apa punya plot twist ni. Imej dari Time. 
Pada 25 April 2008, Raja Petra menulis artikel mengaitkan isteri Najib Razak, Rosmah Mansor, dengan kes pembunuhan Altantuya Sharibuu. Dalam artikel itu, dia mendakwa bahawa Rosmah berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh pada tahun 2006. 

Akibatnya, artikel itu dibalas dengan kenyataan daripada Najib yang menafikan tuduhan-tuduhan Raja Petra, manakala Raja Petra sendiri pula disiasat dan didakwa bawah Akta Hasutan

Selepas dia didakwa, Raja Petra menaikkan taraf tuduhannya atas Rosmah. Dia pergi pulak ke Mahkamah Tinggi untuk membuat akuan bersumpah mengenai dakwaannya itu

Mengikut dokumen yang ditandatangani dan difailkan oleh Raja Petra, dia bersumpah bahawa dia dimaklumkan dengan pasti yang pembunuhan Altantuya itu telah disaksikan oleh Rosmah

Tak lama lepas tu, dia didapati hilang dari Malaysia dan disyaki telah melarikan diri ke UK
Macam boleh layan je filem ni. Imej dari Audio Bookstore.
Sementara semua tu tengah berlaku, kes hasutan terhadap Raja Petra itu telah dilaporkan oleh berita antarabangsa dan juga dikutuk oleh ahli-ahli pembangkang Malaysia, termasuklah Lim Kit Siang, yang membangkitkan kes Raja Petra di parlimen untuk mempersoal sama ada dakwaan terhadapnya merupakan penyalahgunaan undang-undang dan kuasa kerajaan

Mereka (Najib dan Rosmah) berhak membersihkan nama mereka melalui undang-undang. Jadi mengapa mereka menggunakan kemudahan kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap Raja Petra Kamarudin?” – Lim Kit Siang, dalam ucapannya di parlimen

Namun, segalanya berubah dengan tetiba secara mengejutkan

Tiga tahun selepas Raja Petra membuat akuan bersumpahnya di mahkamah, dia memberi satu temu bual antaranya dengan TV3 di mana dia menafikan segala dakwaannya terhadap Rosmah 😱. 

Mengikutnya, akuan bersumpah itu hanya menyatakan bahawa dia diberi segala maklumat tentang peristiwa itu oleh orang-orang tertentu, walhal dia sebenarnya tidak pernah menuduh Rosmah

Sebab yang diberinya untuk akuan bersumpahnya itu adalah dia diminta oleh Anwar dan Tengku Razaleigh (Ku Li) untuk menyebarkan fitnah tersebut. 

Mengikut penjelasannya, Ku Li sepatutnya mengganti Pak Lah sebagai PM. Tetapi, apabila Ku Li diganti sebagai pengganti (fuh, letih betul dengan drama politik Mesia ni) oleh Najib, dia berpakat dengan Anwar pulak untuk menjatuhkan Najib menggunakan akuan bersumpah Raja Petra
Opocot mak aku. GIF dari Giphy. 
Pada masa yang sama waktu temu bualnya di TV3, Raja Petra juga mengeluarkan beberapa kenyataan yang dianggap ramai sebagai serangan terhadap Anwar

Antaranya termasuk artikel-artikel meramalkan bahawa Anwar akan dipenjarakan kembali, mengisytiharkan dia tidak layak sebagai PM kerana perbuatan homoseksualnya, dan mengatakan bahawa dia tidak kompeten sebagai ketua pembangkang

Akibatnya, Anwar menjawab bahawa dia telah memutuskan hubungan dengan Raja Petra walaupun menganggapnya sebagai kawan lama yang telah menolongnya sejak dia dipenjarakan

Bagi orang lain, ramai yang percaya bahawa Raja Petra dah “dibeli” oleh kerajaan melalui pembayaran, manakala, ada yang rasa bahawa Raja Petra tengah memeras ugut kerajaan dengan meminta duit

Ada juga yang berkata bahawa dia telah membuat perjanjian dengan kerajaan supaya dapat pulang ke Malaysia satu hari nanti. 
Dia ni pulak rasa yang Raja Petra kena bayar untuk PRU ke-14 akan datang. Imej dari Twitter. 
Menurut Raja Petra sendiri, dia telah menjadi mangsa penipuan dan dipaksa mengisytiharkan diri muflis disebabkan pekerjaannya dengan FAC yang tak dibayar. 

Jadi… boleh la kitorang syak bahawa dia sebenarnya ada masalah kewangan dan kini mempunyai sumber pendapatan untuk perbelanjaan hidupnya di UK. 

Malah, apabila ditanya sama ada dia dibayar untuk tulisan-tulisannya yang kini kuat menentang pihak pembangkang Pakatan Harapan, ni lah jawapan yang diberinya: 

Adakah kamu mengatakan semua wartawan dan penulis di Malaysiakini, Free Malaysia Today, Malaysia Chronicle, Sarawak Report, The Malaysian Insider, Malaysia Outlook, The Malaysian Insight, dan sebagainya, sedang bekerja secara percuma? Adakah kamu akan melakukan kerja temuduga ini jika kamu tidak dibayar gaji?” – Raja Petra, dalam temu bual bersama Malaysia Outlook
Tada! Imej dari hxsm. 
Tapi… kalau kita nak dengar cakap dia untuk tahu kenapa dia “berubah”, dia berkata antara sebab-sebab dia kini bergaduh dengan Anwar adalah kerana isu-isu hudud dan Menteri Besar Selangor yang dia telah bangkitkan kepada Anwar semasa dorang berjumpa di London pada tahun 2010

Katanya juga, dia masih menganggap dirinya sebagai penyokong setia PAS dan masih mempunyai hubungan rapat dengan Hadi Awang.

Kami telah memberi amaran kepadanya berkali-kali. Walau bagaimanapun, Anwar enggan berubah, jadi kami tidak mempunyai pilihan selain daripada menolaknya.” – Raja Petra, bercakap tentang amaran yang pernah diberinya kepada Anwar

Namun, alasannya masih tak menerangkan kenapa artikel-artikel terbarunya seolah-olah mempunyai sentimen kuat menyokong kerajaan

Contohnya adalah beberapa artikel lamanya yang menggambarkan kerajaan secara negatif (seperti The Khairy Chronicles) dah diturunkan. 

Juga, kebanyakan artikel terbarunya tentang 1MDB boleh dianggap mempertahankan atau menafikan apa-apa kesalahan dalam kes tersebut. 
Sempat lagi kawan lama ni lepak kat London. Imej dari Al-Husseyn. 
Sekarang ni, kita kena tengok apa lagi yang agaknya akan berlaku kepada Raja Petra dalam masa terdekat. 

Mengikut berita terbaru tentangnya, peguam-peguam Robert Kuok telah menghantar kepadanya surat-surat yang kini masih belum dibalas

Sebenarnya, artikel kitorang pun dah berapa kali kena curi dan diterbit kat laman web dia tu, tapi kita halalkan je lah. 

Entah-entah, artikel ni pun nanti kena kebas jugak.
https://soscili.my/raja-petra-kamaruddin-dari-penyokong-setia-anwar-ke-musuh-terbesarnya/
Raja Petra Kamaruddin: Dari penyokong setia Anwar ke musuh terbesarnya – SOSCILI

14
Monday, August 13, 2018
Sarawak Report akan terbit buku belakang tabir 1MDB
Posted By: Pentadbiron: August 13, 2018 Print Email

Buku tentang perjalanan wartawan kelahiran Sarawak Clare Rewcastle-Brown dalam mendedahkan skandal 1MDB akan mula dijual di kedai buku tempatan dalam beberapa minggu lagi.
Sarawak Report akan terbit buku belakang tabir 1MDB
Ditulis oleh Rewcastle-Brown sendiri, buku berkenaan akan memberi pembaca gambaran bagaimana editor Sarawak Report itu terlibat dalam mendedahkan rasuah di Malaysia dan pengalamannya sebagai wartawan penyiasat.

“Saya membuat keputusan untuk bercakap tentang kisah hidup yang saya dan orang lain tempuhi, dan sudah tentu saya mempunyai gambaran besar tentang apa yang terjadi di belakang tabir kerana saya terlibat secara dekat.

“Saya tahu ramai orang mahu tahu bagaimana saya dapat berita, bagaimana ia berakhir, apa yang boleh dan tak boleh, jadi saya pergi kerja untuk mendapatkan berita di sebalik berita,” katanya dalam wawancara khas bersama pengasas Malaysiakini Premesh Chandran, Khamis lalu.

Tambahnya, bukunya yang bertajuk Sarawak Report – yang digunakan sempena nama portal beritanya – akan mengandungi kisahnya seawal 2010.

Pada Rewcastle-Bround mengasaskan siaran Radio Free Sarawak dan portal berita Sarawak Report, yang kini menjadi mediumnya untuk menyorot isu-isu rakyat Malaysia terutamanya berkaitan rasuah.

“Ia akan jadi buku yang agak besar kerana ia adalah tentang kenapa saya terlibat dan menulis pasal isu-isu rakyat Malaysia, isu-isu rakyat di Sarawak. Sebenarnya, saya baru sedar saya mula sejak 2010, jadi kini sudah lebih 5 tahun.

“Saya fikir rakyat Malaysia akan berminat untuk mendengar pemerhatian orang luar tentang apa yang terjadi dan bagaimana berita itu boleh ditulis dan seumpamanya,” katanya.

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Monday, August 13, 2018
http://wrlr.blogspot.com/2018/08/sarawak-report-akan-terbit-buku.html
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: SARAWAK REPORT AKAN TERBIT BUKU BELAKANG TABIR 1MDB

15
Monday, August 13, 2018
Malaysia mahu jet peribadi Jho Low pula
Posted By: Pentadbiron: August 13, 2018
Malaysia mahu jet peribadi Jho Low pula
Selepas kapal layar mewah Equanimity yang dikaitkan dengan dana 1MDB kembali ke perairan Malaysia, kerajaan kini sedang berusaha mendapatkan semula jet persendirian milik ahli perniagaan kontroversi Jho Low.

“Ya, saya fikir, kita perlu membawanya semula (jet persendirian itu),” kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas melawat pameran seni bertajuk ‘Tun M: A Legacy Forever’ di Maeps Serdang hari ini.

Bagaimanapun, beliau kurang mengetahui butiran terhadap usaha membawa jet peribadi tersebut yang kini ditahan di Singapura.

“Saya tidak tahu, ada orang lain yang melakukannya,” katanya ketika ditanya sama ada perbincangan mengenai perkara ini sudah bermula.

Singapura dilaporkan merampas jet Bombardier Global 5000 berharga AS$5 juta pada Februari lalu.

Jet dan kapal layar berharga AS$ 250 juta itu adalah aset yang dikehendaki Jabatan Keadilan AS (DOJ) sebagai sebahagian daripada saman pelucuthakan sivil mereka.

DOJ mendakwa aset tersebut dibeli dengan menggunakan dana 1MDB. Equanimity, yang dikatakan dimiliki Jho Low melalui beberapa perantara.

Equanimity pertama kali disita oleh pihak berkuasa Indonesia pada Februari lalu.

Indonesia mengumumkan minggu lalu bahawa kapal itu akan diserahkan kepada Malaysia. Ia tiba di Pelabuhan Klang pada Selasa lalu.

Mahathir menaiki kapal layar itu untuk kali pertama semalam dan menggambarkannya sebagai “super mewah” dan tidak seperti mana-mana kapal yang pernah beliau naiki.

Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Monday, August 13, 2018
http://wrlr.blogspot.com/2018/08/malaysia-mahu-jet-peribadi-jho-low-pula.html
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: MALAYSIA MAHU JET PERIBADI JHO LOW PULA

16
Monday, August 13, 2018
Najib perlu tunjuk bukti ‘refund’ GST – Tun M
Posted By: Pentadbiron: August 13, 2018

Datuk Seri Mohd Najib Razak harus mengemukakan bukti sekiranya wang bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebanyak RM18bilion tidak hilang ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN).

“Sekiranya wang itu tidak hilang, patut tanya (Najib), di mana wang itu pergi?” katanya.
Najib perlu tunjuk bukti 'refund' GST - Tun M
Beliau berkata demikian ketika ditanya media selepas kunjungan ke pameran lukisan – Tun M: A Forever Legacy di Universiti Perdana, Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau menjawab soalan tuduhan pihak tertentu bahawa wang bayaran balik GST itu digunakan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Dr Mahathir juga menegaskan walaupun kerajaan sedang menghadapi kekangan kewangan, namun situasi itu tidak memaksa kerajaan PH menggunakan wang berkenaan.

Sebaliknya, Dr Mahathir menyalahkan kepemimpinan kerajaan terdahulu banyak menggunakan wang untuk membayar dan menyelesaikan hutang.

Dr Mahathir turut menyalahkan sikap buruk pemimpin dalam kalangan kerajaan terdahulu yang secara semberono menyeleweng wang kerajaan.

“Walaupun kita tidak mempunyai wang, namun kita tidaklah bertindak mencuri wang kerajaan seperti mana yang Najib lakukan.

“Orang ramai harapkan kita untuk beri wang kepada mereka disebabkan sikap yang dibentuk oleh Najib sendiri.

“Najib bagi wang kepada orang ramai secara bebas dan cara itu menyebabkan masyarakat harap kita buat perkara sama seperti Najib,” katanya.

Isu sejumlah wang GST RM18 bilion hilang didedahkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, ketika menyampaikan ucapan penggulungan perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Cukai Jualan 2018 di Dewan Rakyat, yang mendakwa kerajaan BN ‘merompak’ bayaran balik GST yang sepatutnya dipulangkan kepada peniaga dalam masa dua minggu.

Guan Eng sekali lagi membangkitkannya di Dewan Rakyat dan dilaporkan berkata, audit dalaman dan pemeriksaan kastam mendapati RM18 bilion ‘hilang’ dari tabung bayaran balik GST.

Rekod Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mengesahkan daripada jumlah tunggakan itu, sebanyak RM9.2 bilion atau 47 peratus adalah bagi tahun ini; RM6.8 bilion (35 peratus) 2017; RM2.8 bilion (15 peratus) pada 2016 dan RM600 juta (tiga peratus) pada 2015.

Baki semasa dalam Tabung Bayaran Balik hanya RM1.49 bilion, sekali gus memperlihatkan kekurangan kira-kira RM18 bilion. –
Posted by AMIR Wartawan Rasmi LR at Monday, August 13, 2018
http://wrlr.blogspot.com/2018/08/najib-perlu-tunjuk-bukti-refund-gst-tun.html
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: NAJIB PERLU TUNJUK BUKTI ‘REFUND’ GST – TUN M

17
Monday, August 13, 2018
SEKARANGLAH MASANYA NAJIB PATUT PUJUK JHO LOW PULANG KE MALAYSIA....
Isu berkaitan Jho Low kini kembali panas dan menjadi bualan ramai berikutan kejayaan negara mendapatkan kapal Equanimity yang dipercayai dibeli oleh Jho Low dengan menggunakan wang 1MDB yang dilencongkan.

Bagaimanapun Jho Low menyifatkan tindakan kerajaan mendapatkan hak milik kapal itu daripada Indonesia sebagai tidak sah dan merampas prosiding undang-undang yang sedang berlangsung di Amerika Syarikat.

Soalnya, kapal itu kini sudah berada dalam pemilikan Malaysia berikutan kerajaan Indonesia sedia menyerahkannya serta Amerika Syarikat pula tidak ada halangan mengenainya.
Bermakna, seperti kata Tun Mahathir Mohamad, jika selepas ini Jho Low tetap merasakan kapal tersebut merupakan miliknya dan dibeli dengan wangnya sah, bukan menggunakan wang 1MDB yang dilencongkan, satu-satu pilihan baginya ialah segera pulang ke Malaysia dan menuntutnya melalui proses undang-undang.

Apa yang perlu dilakukan olehnya ialah membuktikan dana 1MDB tiada kaitan dengan Equanimity.

Dalam hal ini, Khairy Jamaluddin turut sependapat dengan Tun Mahathir sambil  menyatakan, jika Jho Low merasakan dirinya tidak bersalah dalam skandal 1MDB, inilah masanya untuk beliau kembali ke Malaysia dan tidak terus melarikan diri seperti sekarang ini.

Apa pun alasan Jho Low, tindakannya terus melarikan diri dan enggan kembali ke negara ini hanya memberi tanggapan beliau memang bersalah dalam skandal 1MDB itu.

Beliau tiada alasan lagi sebenarnya, selain pulang  ke Malaysia jika tetap dengan keyakinan dirinya tidak bersalah.
Dalam hal ini, seiring dengan Najib sendiri yang selalu mendakwa dirinya juga tidak bersalah, beliau seharusnya  dapat memainkan peranan memujuk Jho Low agar pulang ke negara ini.

Dengan memainkan peranan, baik secara terbuka meminta Jho Low pulang atau boleh juga melakukannya secara senyap-senyap, Najib secara tidak langsung akan membuktikan beliau berpegang kepada falsafah "berani kerana benar"  serta menangkis tanggapan beliau takut untuk berdepan kebebaran.
Semua orang pasti akan berbangga jika Najib segera dapat melakukannya. 

(ShahbudinHusin 12/08/2018)
WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: SEKARANGLAH MASANYA NAJIB PATUT PUJUK JHO LOW PULANG KE MALAYSIA....Monday, 13 August 2018
ADAKAH PERTANDINGAN RAFIZI/AZMIN AKAN BERTUKAR MENJADI PERTEMBUNGAN ANWAR/MAHATHIR?

Kempen bagi pertandingan merebut jawatan timbalan presiden PKR, walaupun boleh dikata masih di peringkat awal, tetapi telah menunjukkan tanda-tanda menuju episod yang tidak sihat dan merbahaya kepada perpaduan Pakatan Harapan.

Ia berikutan kem Rafizi Ramli, calon yang akan mencabar Azmin Ali, bukan saja berkempen dengan cara menyerang lawannya dengan pelbagai andaian  dan kemungkinan yang belum tentu betul, malah turut membabitkan nama pihak luar parti itu iaitu Tun Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin.

Mungkin boleh diterima jika mereka berkempen dalam ruang lingkup perjuangan PKR semata-mata atau menggunakan nama Anwar Ibrahim bagi tujuan menarik undi sesama sendiri, namun dengan melibatkan nama Tun Mahathir dan Tun Daim, ia jelas suatu perkembangan yang tidak baik serta tidak sihat.

Seorang penyokong kuat Rafizi yang juga merupakan Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani dalam kempennya mendakwa, Tun Daim adalah di belakang gerakan untuk menghalang Anwar mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir.
Sambil mendakwa Tun Mahathir dan Tun Daim adalah di belakang Azmin, beliau seterusnya menegaskan, hanya dengan meletakkan Rafizi sebagai Timbalan Presiden PKR saja satu-satunya jalan untuk memastikan Anwar dapat menjadi Perdana Menteri.

Kenapa dilibatkan nama Tun Mahathir dan Tun Daim dalam kempen perebutan jawatan timbalan presiden PKR?

Bukankah Tun Mahathir sudah menjelaskan lama sebelum ini bahawa beliau tidak terlibat, malah tiada keperluan untuk melibatkan diri dalam politik dalaman PKR?

Apakah terdapat bukti-bukti mengenai penglibatan Tun Mahathir dan Tun Daim untuk menghalang Anwar daripada menjadi Perdana Menteri atau ia sekadar strategi untuk menarik undi semata-mata?

Meskipun demikian, jika kem Rafizi berterusan menggunakan taktik mengaitkan nama Tun Mahathir dan Tun Daim untuk memenangi pertandingan, harus disedari bahawa ia bukan saja tidak menguntungkan PKR, bahkan memungkinkan hancurnya perpaduan dalam Pakatan Harapan.
Tidak mustahil akibat daripadanya akan menyebabkan PKR terbelah dua - tidak kira sama ada jika Azmin berjaya mengekalkan jawatannya atau beliau dikalahkan oleh Rafizi.

Andai kata selepas pemilihan nanti PKR akan terbelah dua, bagaimanakah Anwar mampu menjadi Perdana Menteri kemudiannya?

Lebih daripada itu, dengan pecahnya PKR juga akan menyebabkan perpaduan dalam Pakatan Harapan menjadi goyang dan sekaligus akan menipiskan lagi peluang gabungan itu untuk terus kekal berkuasa selepas pilihanraya akan datang.

Dalam hal ini, untuk apa PKR membiarkan partinya berpecah yang akhirnya tidak saja merugikan dirinya sendiri, masa depan Pakatan Harapan, tetapi mungkin juga mengakibatkan Anwar gagal menjadi Perdana Menteri?

Sebagai jalan selamat dan jika Anwar benar-benar mahu menjadi Perdana Menteri, beliau sebaiknya mesti mengarahkan kem Rafizi menghentikan dengan segera kempen-kempen tidak sihat dan tidak melibatkan pihak lain dalam usahanya memenangi pertandingan, khususnya nama Tun Mahathir dan Tun Daim.
Selain tidak harus dilupakan usaha gigih Tun Mahathir dan Tun Daim dalam tempoh kempen PRU14 yang lalu sehingga BN dapat ditumbangkan, mengapakah terlalu dibimbangkan sama ada Anwar dapat menjadi Perdana Menteri atau sebaliknya, sedangkan Presiden PKR itu menyatakan sudah ada perjanjian bertulis mengenainya?

Menurut Anwar, perjanjian bertulis mengenai peralihan kuasa itu, selain antara beliau dengan Tun Mahathir, ia juga turut disepakati oleh semua parti dalam Pakatan Harapan.

Jika demikian, apa lagi yang dibimbangkan sangat sama ada Anwar dapat jadi Perdana Menteri atau tidak?

Atau Anwar sememangnya sengaja mahu menghalang dirinya sendiri daripada menjadi Perdana Menteri? 

Dan Anwar seharusnya ingat, jika beliau gagal kali ini, ia adalah kegagalannya buat kali yang kedua, sedangkan Tun Mahathir sudah dua kali merasa duduk sebagai Perdana Menteri. 

(ShahbudinHusin 13/08/2018).
http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/08/adakah-pertandingan-rafiziazmin-akan.html
Shahbudin dot com: ADAKAH PERTANDINGAN RAFIZI/AZMIN AKAN BERTUKAR MENJADI PERTEMBUNGAN ANWAR/MAHATHIR?

LGBT: Jangan sekadar cekap mencaci - Dr Mujahid Yusof

Sekali lagi, merujuk kepada pertemuan saya bersama wakil transgender Jumaat lalu.

Saya sentiasa terbuka untuk membincangkan isu yang sensitif. Saya berpandangan kita boleh dekati isu ini dengan dua cara pendekatan sama ada ia dilakukan secara engagement atau confrontational.

Kedua-dua bentuk pendekatan itu bagaimanapun mempunyai manfaat dan mudaratnya yang tersendiri. Namun sebagai menteri dan mewakili institusi agama bagi kerajaan persekutuan - pada hemat saya - pendekatan secara engagement yang lebih lunak dan lembut lebih sesuai dan ‘rahmah’ malah ia bukan satu perkara baru dalam teknik berdakwah yang boleh berubah dengan penilaian situasi, tempat dan masa.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sendiri telah menjalankan kerja-kerja dakwah secara engagement terhadap pelbagai kumpulan sasaran, terutamanya dalam isu transgender.

Untuk rekod, Jakim telah mendekati komuniti berkenaan sejak lapan tahun lalu untuk mengeluarkan mereka dari kancah industri seks sebagai objektif pertama, dan seterusnya memberi bimbingan ilmu dan keagamaan bagi perubahan sepenuhnya.

Ditegaskan lagi menggunakan pendekatan dakwah secara engagement bukan bermakna saya atau kerajaan menyokong perlakuan mereka, tetapi sebagai kerajaan kami perlu memastikan agar tiada pihak yang semakin menjauhkan diri disebabkan pendekatan keras dan menghukum di peringkat awal.

Saya juga menyedari berlaku sedikit kekhilafan semasa sidang media ketika menjawab soalan yang diajukan wartawan pada Jumaat lalu, terutamanya mengenai penggunaan tandas awam dan beberapa perkara lain.

Pendirian tetap kekal

Saya menjawab soalan wartawan yang diajukan secara spontan dan sepintas lalu. Ia bukan kenyataan muktamad mahupun arahan, ia sekadar respon spontan saya.

Ingin saya tegaskan, tiada arahan atau keizinan daripada saya untuk transgender berkongsi tandas awam dengan wanita, sebaliknya hanyalah: “maybe..” (mungkin) dan “if…” (kalau) kerana ia boleh melibatkan pelbagai bentuk situasi dan keadaan.

Demikian juga hal berkaitan saf solat. Semua hal tersebut sesuai dibicarakan lanjut oleh pihak mufti sebagai keputusan terbaik.

Apapun, saya memohon maaf kepada pihak yang berasa terancam (offended) dengan kekeliruan yang telah berlaku dan juga menarik semula kenyataan yang kurang sesuai.

Ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa pendirian saya selaku menteri kekal, iaitu kita langsung tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan golongan transgender merangkumi lelaki berpakaian wanita atau sebaliknya, penukaran jantina, perlakuan menyerupai wanita dan yang sebaliknya dan juga kecenderungan seks sama jenis.

Tiada sama sekali pengiktirafan atau berkenan untuk mempromosi terhadap semua perlakuan tersebut.

Berdasarkan kesimpulan dan dapatan kajian Jakim selama lapan tahun, selain beberapa kajian ilmiah antaranya oleh Dr Izwan Yusof, Teh Yik Koon dan Prof Madya Dr Rafidah Hanim, saya telah menyimpulkan kesukaran golongan transgender mendapatkan pekerjaan disebabkan peraturan oleh majikan, serta adat dan budaya.

Ia merupakan antara faktor yang mendorong mereka untuk menjadi pekerja seks, kerana beranggapan mereka tidak diterima oleh masyarakat.

Kita tidak boleh nafikan hak asas pelaku selaku manusia untuk didekati, dibimbing, mendapat pekerjaan yang sesuai, mendapat pelanggan bagi perniagaan, rawatan apabila sakit, bantuan apabila memerlukan, tidak dihina dan dikutuk ketika ingin mendapatkan hak-hak asas (basic rights) yang tersebut, hingga akhirnya terus membenci agama dan manusia lain.

Itulah hak asas yang wajar dinikmati oleh seluruh warganegara, selagi penunaian hak itu tidak mengancam hak yang lain secara jelas.

Berdasarkan pengalaman menyantuni komuniti juga, Jakim mendapat maklum balas daripada komuniti transgender tentang isu diskriminasi. Misalnya penolakan keluarga, stigma masyarakat, ejekan dan buli, stigma agamawan dan sukar mendapat pekerjaan kerana tidak memenuhi peraturan majikan yang menetapkan berpenampilan seperti identiti yang tercatat dalam kad pengenalan.

Jangan cuma melaknat

Bagaimanapun, Jakim juga menerima maklum balas daripada komuniti transgender yang mempunyai kerjaya yang baik, masih tinggal bersama keluarga, dapat peluang belajar dan mendalami agama.

Misalnya melalui program yang dilaksanakan Jakim dan badan-badan lain, kerana mereka bersedia bertoleransi dengan nilai norma, budaya, agama, undang-undang yang dianut oleh bangsa Malaysia.

Mendekati golongan transgender dan memahami selok-belok kaedahnya supaya dapat menarik mereka menjinakkan diri dengan ilmu agama sehingga akhirnya keluar daripada perlakuan dilaknati Rasulullah SAW adalah suatu tuntutan dakwah.

Kita tidak boleh hanya melaknat dan memulaukan mereka tanpa ada sesiapa - khususnya pihak berwajib - yang mendekati dan memberi peluang secara lunak dan bersasar.

Sudah tentu, saya menerima hadis-hadis sahih yang melaknat golongan lelaki menyerupai wanita dan sebaliknya, namun pada hemat saya, ia lebih sesuai dalam bentuk dakwah umum seperti dalam khutbah Jumaat tanpa dikhususkan kepada identiti tertentu.

Namun dalam konteks dakwah fardiah (individu), pendekataan secara al-nasihah bil hikmah perlu dilakukan tanpa mendahulukan ancaman dan laknat sebelum menjelas dan mendekati.

Demikian metodologi dakwah yang diajar di dalam al-Quran apabila Nabi Musa AS diperintahkan mengadap Firaun dengan kata-kata yang lemah-lembut (Taha: 43-44), dan hadis tentang cara Rasulullah menasihati pemuda yang datang meminta izin untuk berzina.

Juga ketika baginda melarang sahabat mencela seorang sahabat lain yang ditangkap kerana meminum arak, serta contoh-contoh lain.

Berdasarkan beberapa kajian Jakim juga, komuniti LGBT Muslim di Malaysia terbahagi kepada tiga kategori. Kategori yang perlu diberi penekanan serta bimbingan ialah golongan yang mahu berubah atau berhijrah, serta mengakui perlakuan mereka menyalahi agama.

Bagi kategori yang ketiga (iaitu yang menganggap perlakuan mereka disebabkan naluri semula jadi dan tidak rasa bersalah), perlu digerakkan dialog berterusan untuk sama-sama saling memahami agar mereka tidak terus terpesong.

Hanya selepas itu, pendekatan lain wajar disusun dan dimulakan.

Akhir sekali, berhentilah dari memanipulasi kenyataan saya dengan fitnah atau kesimpulan yang tidak pernah saya maksudkan. Tiada pula saya bersifat lunak dan lembut tanpa batasan dan perancangan.

Tugas menghukum, bukan tugas kita. Sesungguhnya Allah sahaja yang berhak untuk menilai hamba-Nya. Kita perlu menyelamatkan, bukan hanya cekap dan pantas mencaci, melaknat dan menyisihkan, kerana ruang taubat sentiasa terbuka selagi nyawa belum sampai ke hujungnya.

Negara dan pemimpin yang rahmah perlu mengutamakan yang lunak sebelum keras lagi menjauh dan menambah benci terhadap Islam.

Berhentilah menjadi masyarakat yang menghukum. Bantu dan bimbing. Komuniti transgender juga perlu berhenti menuntut hak yang menyanggahi nilai norma, budaya, agama,undang-undang yang dianut bangsa Malaysia.

Dengan itu, masyarakat lebih sejahtera.

DATUK DR MUJAHID YUSOF ialah menteri di Jabatan Perdana Menteri.
at 8/13/2018 11:18:00 PG
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/lgbt-jangan-sekadar-cekap-mencaci-dr.html
KERENGGA: LGBT: Jangan sekadar cekap mencaci - Dr Mujahid Yusof

Johor tawar pembelian rumah tanpa deposit
  11:09 PG      Pejuang Perubahan     
Kerajaan Negeri Johor telah menawarkan khidmat pembelian rumah tanpa deposit kepada rakyat di negeri ini.

Hal itu telah dibahaskan oleh Exco Perumahan dan Pembangunan Luar Bandar Dzulkefly Ahmad ketika menjawab soalan dari Ketua Pembangkang, Datuk Ir Hasni Mohammad dalam sidang Dewan Negeri (DUN) Johor semalam.
Johor tawar pembelian rumah tanpa deposit
Dalam kenyataan itu, Dzulkefly menyatakan program yang diberi nama Jauhar Prihatin itu akan memberi tawaran kepada rakyat untuk membeli secara sewa beli.

“Program ini menawarkan penyewaan dalam jangka masa dua hingga lima tahun. Penyewaan tersebut akan dikira sebagai wang deposit untuk membeli sesebuah rumah.

“Pembeli akan mengikat perjanjian sewaan dan selepas perjanjian sewaan tersebut selesai, pihak pembeli akan terus menyambung bayaran kepada pihak pemaju untuk membuat bayaran secara belian.

“Pihak kami maklum berkenaan dengan kepayahan untuk seseorang pembeli rumah mengadakan deposit dan pihak kerajaan maklum dengan ketidak mampuan sesetengah pihak yang tidak mampu untuk meminjam di bank maka dari itu pihak kerajaan berusaha membantu rakyat melalui program ini,” ujarnya.

Dalam kenyataan lain, beliau menegaskan bahawa rumah program Jauhar Prihatin tidak boleh disewakan kepada pihak ketiga.

“Rumah Jauhar Prihatin tidak boleh disewakan kepada pihak ketiga. Kerajaan hanya memberikan rumah tersebut kepada pihak pembeli sahaja.

“Tindakan akan diambil bagi mereka yang menyewakan rumah kepada pihak ketiga. Pihak kerajaan akan mengambil tindakan yang tegas seperti membatalkan perjanjian atau amaran yang keras,” ujarnya.

mdl
http://agendsai.blogspot.com/2018/08/johor-tawar-pembelian-rumah-tanpa.html
Johor tawar pembelian rumah tanpa deposit ~ AGEN PERUBAHAN ®

MP PKR pertahan dakwaan Azmin - Daim mahu halang Anwar jadi PM

Anggota Parlimen Kapar Abdullah Sani Abdul Hamid mempertahankan dakwaannya berhubung rancangan menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada menjadi perdana menteri menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Abdullah yang bertanding untuk jawatan Majlis Pimpinan Pusat dalam pemilihan PKR akan datang berkata beliau benar-benar yakin Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berpakat dengan Tun Daim Zainuddin - bekas menteri kewangan dan penasihat Mahathir - untuk menghalang pelan peralihan kuasa yang telah dipersetujui parti komponen Pakatan Harapan (HARAPAN).

"Itulah yang saya katakan di Seremban dan Johor Bahru. Saya maksudkannya.

"Walaupun itu pemerhatian saya, ia masih satu hakikat...Saya yakin (apa) yang saya katakan itu benar," katanya yang merupakan sebahagian kem 'Reformasi 20 tahun' yang diketuai Rafizi Ramli.

Diminta membuktikan dakwaan itu, Abdullah membangkitkan kenyataan Daim sebelum ini bahawa tiada keperluan untuk Anwar menggantikan Mahathir sebelum PRU akan datang.

"Apa maksud kata-katanya? Saya lihat cara dia dan Azmin, mereka cuba halang konsensus di kalangan kami (HARAPAN) untuk Mahathir berundur selepas dua tahun," katanya lagi ketika ditemui di Parlimen hari ini.

Beliau diminta mengulas reaksi Anwar berhubung dakwaannya itu yang dibuat dalam program kempen pemilihan PKR di Seremban dan Johor Bahru.

Pada 11 Ogos lalu, laman The Malaysian Insight memetik Anwar sebagai berkata, dakwaan Abdullah itu hanyalah pandangan peribadinya dan menggesa semua calon untuk menumpukan soal dasar dan bukannya serangan peribadi ketika berkempen.

Abdullah bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada Mahathir dalang utama rancangan yang dilaksanakan Daim, seperti yang didakwanya.

"Saya tiada komen. Ini tentang Daim dan Azmin," katanya lagi.

Beliau juga mengulang kembali kenyataannya iaitu anggota PKR yang mahu melihat Anwar menjadi perdana menteri perlu mengundi pasukan Reformasi 20 tahun.

"Undi Rafizilah... undi pasukan ini. Apabila Rafizi dan Anwar dalam satu pasukan, proses (Anwar menjadi PM) akan berjalan," katanya.
-malaysiakini
at 8/13/2018 12:30:00 PTG
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/mp-pkr-pertahan-dakwaan-azmin-daim-mahu.html
KERENGGA: MP PKR pertahan dakwaan Azmin-Daim mahu halang Anwar jadi PM

  1. Tahukah anda politik itu ibarat jamban. Busuk sekalipun hari-hari kena masuk.
  2. Tahukah anda Najwa hiburkan ayahnya, "Kacak luar kacak dalam kacak dengar sini, kalau saya senyum awak mesti senyum sekali"
  3. Tahukah anda TPM baru, Peguam Negara baru, Ketua Polis Cawangan Khas baru. Apa lagi, makan popcorn lah!
  4. Tahukah anda wayang 1MDB terbaru Mat Despatch kena tangkap. Jgn terkejut lps ni makcik kantin pula. Sementara tu Najib & Jho Low masih bebas
  5. Tahukah anda satu dah hilang, satu kena rompak, satu lagi baru terbakar.
  6. Tahukah anda Sultan Abu Bakar yg perintah Johor 1885-1895 terpikat keenakan spaghetti waktu lawat Itali. Sbb itu Laksa Johor guna spaghetti.
  7. Tahukah anda setakat 2010 simpanan rizab emas Bank Negara hanya 36 tan. Berbanding Singapura 127 tan, Thailand 99 tan, Indonesia 73 tan.
  8. Statistik pembinaan rumah mangsa banjir Kelantan selepas 7 bulan : K'jaan Pusat : 44 buah K'jaan Negeri : 49 buah NGO : 143 buah
  9. Tahukah anda dengan hutang 1MDB RM42 bilion apa kita boleh dapat.




















MONDAY, AUGUST 13, 2018
Doa Nabi Yunus

1. Rasulullah memuji doa Nabi Yunus yang diucapkan oleh beliau ketika berlaku kesulitan buat dirinya. (Hadis riwayat Imam Tirmizi).
Doa ini direkodkan di dalam Al-Quran dengan lafaz:

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

2. Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Imam Tirmizi ini, Rasulullah berpesan bahawa sesiapa yang berdoa dengan doa ini, maka Allah akan memperkenankan doa mereka.

3. Intipati doa terbaik adalah doa yang mengandungi elemen tauhid, tasbih dan istighfar. Doa Nabi Yunus mengandungi ketiga-tiga komponen ini. Ini sekaligus akan menzahirkan diri kita adalah sebagai seorang hamba yang sangat memerlukan kepada Tuhan yang Maha Esa.

4. Allah mengingatkan kepada kita bahawa para Nabi terdahulu tidak lekang dari berdoa. Nabi Ibrahim berdoa supaya dikurniakan anak, Nabi Musa berdoa supaya dipermudahkan urusan dan Nabi Yunus berdoa supaya Allah ampunkan dirinya.

لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

http://www.ahmad-sanusi-husain.com/2018/08/doa-nabi-yunus.html#axzz5O040eEdn
Ahmad Sanusi Husain.Com: Doa Nabi Yunus
---
Consultant-Speaker-Motivator: www.ahmad-sanusi-husain.com 
Alfalah Consulting - Kuala Lumpur : www.alfalahconsulting.com
Islamic Investment Malaysia: www.islamic-invest-malaysia.com
Pelaburan Unit Amanah Islam: www.unit-amanah-islam.blogspot.my
....

Tiada ulasan: