Jumaat, 17 Ogos 2018

PH tak dapat tunai, sebab hutang yang ditinggalkan BN dan PH lebih baik dari Umno BN - kata rakyat. 8059.


Dosa Hati. 

Yang paling riuh para penyokong Umno. Cari habis salah Pakatan Harapan sebagai Kerajaan Persekutuan. Cubaan menutup pekung agaknya. Hanya nampak salah PH sahaja, walhal semasa sebagai penguasa kedurjanaan Pemimpin Umno BN yang selama mentadbir, ditutup dengan pelbagai akta seperti akta berita palsu, 1MDB tidak boleh disebut di Parlimen dan sebagainya. Dulu bolehlah peti besi berkunci di tangan Umno BN. 

Kes IMDB semasa Umno BN sebagai kerajaan ditutup habis, hingga dikatakan oleh PH semasa sebagai pembangkang semua dimudahkan sebagai fitnah. Kononnya PH tuduh dulu, siasat kemudian. Macam mana mahu siasat kalau Umno BN sebagai kerajaan waktu itu enggan menyiasat sebab membabitkan Najib. Sekarang Najib sudah mengumpul tujuh pertuduhan jenayah moral. 

Bagi pendokong Umno ialah pertahankan nama baik Najib. Tetapi bagi majoriti Rakyat Malaysia ialah perbaiki Malaysia, supaya kembali dilihat tampan dengan Nilai Ringgit Malaysia semakin meningkat, sejak penyusutan nilainya di zaman Najib lagi. Penyelesaian keberhutangan dan pembangunan negara tetap diteruskan dengan saingan membasmi khianat penjawat awam tegar Umno, tetapi masih bekerja sebagai penjawat awam kerajaan sekarang serta banyak lagi cabaran-cabaran lainnya. 

Awak bekas pemimpin jahat dan pengampunya yang semakin rasa terancam... dan ada yang masih bebas melarikan diri ke luar negara. Walau pun ada paspot antara bangsanya telah dibatalkan. 

Foto
Keagungan-MU..
Assalamu'alaykum Warahmatullahi
Wabarakatuhu..

🌠 BINTANG 🌠
( Melakukan Perjalanan, Bagaimana Perjalanannya.. ? )..


✍️🌠Seperti halnya manusia, bintang pun memiliki siklus-siklus kehidupan...


Ia lahir, berkembang, dewasa, tua, kemudian mati. Semua in terjadi karena bintang pun makhluk ciptaan Allah SWT. Setiap detak kehidupannya terkait dengan hukum-hukum yang telah digariskan..


◾Ia hadir sesuai dengan kehendak-Nya..


◾Ia menjalani hidup sesuai dengan
Ketetapan-Nya..


◾Ia pun mati sesuai dengan skenario yang telah diatur-Nya..
Sejak awal mula dilahirkan, ukuran atau massa bintang mengalami perkembangan, dilihat dari massanya, para bintang dikelompokkan menjadi bintang bermassa sangat kecil, sedang, dan besar. Menariknya, "hidup matinya" para bintang ini sangat dipengarui oleh kapasitas massanya.. Makin kecil massa bintang, makin lambat waktu yang ditempuh dari awal kelahirannya sampai akhir kehidupannya..


Sebaliknya, makin besar massa bintang, makan cepat pula akhir masa hidupnya..


✍️🌠Proses kelahiran sebuah bintang adalah gambaran proses terciptanya alam semesta. Sebuah bintang berawal dari proses yang terjadi di Materi Antar Bintang (MAB), yang berupa awan gas dan debu. Para astronom menyebutnya dengan nama Nebula, Sedangkan Al-Qur'an menyebutnya dengan dengan kata Dukhan..
Ada sebuah teori dari Hertzprung-Russel yang menggambarkan bagaimana sebuah bintang mengakhiri hidupnya..


Sebuah bintang besar, pada saat menjelang kematiannya, bintang tersebut tampak menggelembung dan bersinar sangat cemerlang, untuk kemudian mengempis dan menjadi sebuah bintang kecil berwarna putih dan bergravitasi tinggi, dapat dibayangkan, bagaimana keadaannya menjadi seseorang yang sudah tua, tenang, dan bijaksana..


Sebaliknya, sebuah bintang megalomonia yang berukuran sangat besar akan mengakhiri hidupnya dengan cara yang berbeda. Ia meledak dengan sangat dahsyat dan mengundang perhatian seisi alam semesta..


Subhanallah..
Maha Besar Allah dengan Segala Penciptaan-Nya..

Author : Dinnar Sintia..
Sumber : Tauhid Nur Azhar, Alam Sains dan Teknologi, Mengurai Tanda-tanda Kebesaran Allah di Alam Semesta..
(Tinta Medina, Solo)..

Salam Santun Sahabat Fillah..
Wassalamu'alaykum Warahmatullahi
Wabarakatuhu..😊🙏

https://plus.google.com/communities/103471626542613787876
Berbagi Ilmu & Kebaikan - Google+

➰➰➰➰➰➰➰➰➰
assalamualaikum.wr.wbr
HATI YG DIISI DUSTA & DENGKI DENGAN HATI YG DIISI JUJUR & CINTA KEDUA2NYA SAMA, ADA YG MEMILIKI.

AKAN TETAPI PADA SAATNYA NANTI AKAN MENDAPATKAN TEMPAT YG BERBEDA

MAKA DG MENDIRIKAN SOLAT & MENUNAIKAN JAKAT AGAR TERHINDAR DARI PERBUATAN DENGKI DAN MUNGKAR.
➰➰➰➰➰➰➰➰➰➰
Foto

Foto
Self Reminder..
Assalamu'alaykum Warahmatullahi
Wabarakatuhu..

✍️💗 HATI..


Hati yang hidup adalah hati yang merasa tenang karena berbuat kebaikan, dan perasaannya terguncang ketika melakukan keburukan... sebaliknya, hati yang mati adalah hati yang tidak tertarik untuk melakukan kebaikan, dan biasa saja bahkan merasakan senang telah melampiaskan keinginannya, padahal merupakan sebuah dosa.

Setiap hamba berhak menjadikan hidupnya lebih baik dari masa ke masa, tak peduli ia mempunyai masa lalu yang seperti apa, sebab hidup akan terus berjalan hingga pada saatnya berhenti dengan sebuah kata mati..


Sebelum kematian menghampiri marilah kita untuk menjaga diri kita, terutama hati yang kita miliki, sebab hati adalah sumber bagaimana kita akan menjalani hidup dalam menghamba kepada Allah, tuhan yang telah memberi kita nikmat hidup didunia ini..


Merasa hinalah atas dosa-dosa kita, dan mintalah ampun pada Allah setiap saat yang kita miliki, sebab Allah tak pernah lelah mengampuni dosa-dosa kita meski saling diulangi berkali-kali, karena Allah adalah dzat yang Maha Pengampun..


Tak ada kata terlambat untuk selalu mempebaiki diri sebelum kematian menjemput kita..

Salam Santun Sahabat Fillah..
Wassalamu'alaykum Warahmatullahi
Wabarakatuhu..😊🙏

Foto
Bismillahirrahmanirrahimi..
Assalamu'alaykum Warahmatullahi
Wabarakatuhu..

✍️💗 Allah melihat kita, bukan pada rupa, bukan pada harta, bukan pada Jabatan..
Semua hamba dihadapan Allah adalah sama, yang membedakannya adalah satu yaitu, HATI dan ISI DI DALAMNYA.. 

Salam Santun..
Wassalamu'alaykum Warahmatullahi
Wabarakatuhu..🙏
Foto

Foto
Bismillah.....

Mari kita akui, kalau kebaikan yang kita lakukan itu sebenarnya pasti mengharapkan suatu balasan....

Yakni..mengharapkan rahmat, ampunan dan Karunia daripada Allah SWT...🤲

Inilah harapan yang benar, yaitu tiada mengharapkan sesuatu apapun selain daripada Allah SWT☝️

https://plus.google.com/communities/103471626542613787876
Berbagi Ilmu & Kebaikan - Google+
Friday, 17 August 2018
UMNO, PAS TAK PERLU KECOH2 TENTANG MANIFESTO, KEGEMBIRAAN SEPANJANG HAYAT RAKYAT IALAH DAPAT MENUMBANGKAN NAJIB

Hari ini genap 100 hari Pakatan Harapan memerintah negara sejak menang pada pilihanraya umum 9 Mei lalu. Ini juga bermakna sudah 100 hari UMNO dan BN hidup tanpa kuasa sejak negara merdeka.

Dalam tempoh 100 hari ini yang paling banyak dijadikan isu ialah berkenaan janji 10 perkara sebagaimana yang terkandung dalam manifesto Pakatan Harapan yang dijanji akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari mengambil alih kerajaan.

Realitinya janji Pakatan Harapan terbahagi kepada dua - satu dalam tempoh 100 hari dan satu lagi dalam tempoh lima tahun perlaksanaannya.

Berkenaan 10 janji 100 hari itu, dua daripada sudah pun dilaksanakan, lima lagi sebahagiannya telah dilaksanakan dan tiga selebihnya dalam perlaksanaan.

Janji yang sudah dilaksanakan ialah menghapuskan cukai GST dan menjalankan kajian terhadap projek-projek mega yang dianugerahkan kepada negara asing.

Janji yang sebahagiannya telah dilaksanakan ialah menstabilkan harga petrol serta  memperkenalkan subsidi bersasar, caruman KWSP untuk suri rumah, menyamaratakan gaji minimum, penangguhan bayaran balik PTPTN dan menubuhkan jawatankuasa untuk menyemak Perjanjian Malaysia 1963.

Janji dalam perlaksanaan pula ialah menghapuskan hutang peneroka Felda, menubuhkan RCI untuk menyiasat 1MDB, Felda, MARA serta Tabung Haji dan memperkenalkan Skim Peduli Sihat dan pemberian RM500 bagi pembiayaan rawatan di klinik untuk golongan berpendapatan B40.

Secara umumnya, mengambil kita bahawa Pakatan Harapan adalah gabungan baru yang mengambil alih kerajaan daripada BN yang telah menguasai negara sejak 61 tahun lalu, pencapaian janji manifesto setakat ini boleh dikira tetap membanggakan.

Lebih-lebih lagi ia dilaksanakan dalam keadaan negara tidak cukup wang akibat pemborosan, suka bermewah dan deretan skandal yang dikaitkan dengan Najib Razak dan Rosmah Mansor sebelum ini sehingga hutang negara cukup tinggi sebagai tinggalannya.

Ketika diperintah Najib, UMNO dan BN, negara kita tidak ubah seperti sebuah rumah yang hanya cantik di luar, tetapi banyak bahagian di dalamnya sudah rosak dan reput.

Semua kerosakan dan kereputan itu hanya diketahui apabila Pakatan Harapan berjaya memasuki rumah tersebut. Sebelum ini semuanya macam baik-baik saja.

Lantaran itu, meskipun ada janji yang harus ditunaikan, membaiki kerosakan dan bahagian yang reput itu mesti juga dilaksanakan. Dalam keadaan dua perkara serentak harus dilakukan, maka sudah tentu ada kelewatan yang tidak dapat dielakkan.

Dari segi rakyat, majoritinya faham keadaan ini. Sebab itu mereka tidak begitu bising dengan janji manifesto tersebut. Tambahan lagi dengan Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, rakyat percaya beliau adalah pemimpin yang berpegang kepada janji dan akan berusaha melaksanakannya dengan sebaik mungkin.

Selain itu, Pakatan Harapan juga sedar janji manifesto adalah komitmen mereka kepada rakyat. Jika gagal ditunaikan, ia akan memberi kesan kepada mereka dalam pilihanraya yang berikutnya.

Maka, yang menjadi hambatan hanyalah kelewatan dan perlukan sedikit masa saja dan bukannya untuk memungkiri sama sekali janji-janji manifesto itu.

Namun demikian, yang paling penting dan mampu memberi kegembiraan sepanjang hayat kepada rakyat ialah kejayaan Pakatan Harapan mengalahkan UMNO dan BN serta menyingkirkan Najib daripada puncak kuasa di Putrajaya.

Ini adalah kegembiraan yang tiada tolok bandingnya bagi rakyat sekarang ini. Berapa markah yang Pakatan Harapan patut dapat segi menunaikan janji tidak begitu penting lagi sebenarnya.

Bayangkan betapa derita dan sakit hatinya hidup rakyat dalam tempoh 100 hari ini jika Najib dan Rosmah masih lagi berkuasa?

Sebab itu, yang terlebih bising dan sibuk-sibuk berkaitan janji ini hanyalah UMNO, BN dan juga Pas. Rakyat boleh dikira relaks dan tenang-tenang saja. UMNO dan BN berkelakuan demikian kerana mereka masih tidak boleh menerima kekalahan dalam pilihanraya umum yang lalu. 

Mereka selalu percaya UMNO dan BN adalah keramat dan kononnya sentiasa dalam peliharaan Allah, walaupun ketika itu mereka sedang menyamun dan melanun wang rakyat untuk kekayaan peribadi dan keluarga.

Pas juga turut bising dengan janji manifesto kerana parti itu sakit hati dengan kejayaan Pakatan Harapan memenangi pilihanraya dan sekaligus menggagalkan hasrat untuk menjadi "king maker"  dengan tujuan menjual diri pada harga yang tertentu.

Makna kata, baik UMNO dan BN atau Pas, pertikaian mereka mengenai janji manifesto Pakatan Harapan tidaklah dengan niat ikhlas atau untuk kepentingan rakyat, tetapi hanyalah kerana nafsu dan dendam yang masih belum terpadam.

Memang janji mesti dipenuhi, tetapi ia juga harus mengambil kira keadaan negara dan kedudukan ekonomi. Secara perlahan-lahan, semua janji itu pasti akan ditunaikan akhirnya sebagaimana berjayanya Pakatan Harapan menunaikannya  di Selangor dan Pulau Pinang sejak mengambil alih negeri tersebut pada 2008 yang lalu. 

(ShahbudinHusin 17/08/2018)
Posted by Shahbudin Husin at 20:58
https://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/08/umno-pas-tak-perlu-kecoh2-tentang.html
Shahbudin dot com: UMNO, PAS TAK PERLU KECOH2 TENTANG MANIFESTO, KEGEMBIRAAN SEPANJANG HAYAT RAKYAT IALAH DAPAT MENUMBANGKAN NAJIB

30 comments:

  1. Dulu yg beria-ia sangat buat manifesto utk tarik sokongan org Pas Dan UMNO supaya beralih arah utk menangkan PH, bila dah menang bagi warning supaya jgn kecoh-kecoh pasal manifesto.

    Blogger bongok mcm ni pun ada kat Malaysia ni. Ingatkan kat semenanjung jaffna je ada blogger bongok. Kat sini pun ada jugak rupanya.
    Reply

    Replies

    1. Blogger yang mnulis pos tidak bongok. Kamu yang tak faham maksud dan apa yang Sdr Budin tulis ada lah bongok.

      Dan bangang.

      Kamu tak beri fakta, ha nya menuduh, orang lain pun boleh buat macam kamu.
    2. Dominasi DAP dalam HARAPAN kian ketara, kata PAS
      Diterbitkan 27 Jul 2018, 1:24 petang | Dikemaskini 27 Jul 2018, 1:26 petang

      A+ A-
      PAS melihat Pakatan Harapan kini semakin ketara mengikut kehendak DAP yang menjadi salah satu parti komponan dalam gabungan berkenaan.

      Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan berkata bukti terbaru yang ditunjukkan kerajaan HARAPAN ialah sikap Kementerian Pendidikan.

      Kata bekas anggota parlimen Temerloh cara menterinya mengendalikan isu bantuan kepada sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) begitu ketara menunjukkan HARAPAN didominasi DAP.

      "Baru kelmarin menteri buat kenyataan.

      "Apabila DAP sound (tegur) maka hari ini menteri buat U-turn di selekoh tajam," katanya menyindir.

      Mengiringi hantaran di Facebook Nasrudin ialah dua tangkap layar berita Malaysiakini mengenai isu bantuan SMPC.

      Semalam dua wakil rakyat DAP membidas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik apabila tidak menyediakan peruntukan kewangan kepada SMPC.

      Kecaman itu keluarkan Anggota Parlimen Ipoh Timor Wong Kah Woh dan Anggota Dewan Undangan Negeri Bercham, Ong Boon Piow.

      Maszlee sebelum itu menjawab soalan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) mengenai peruntukan kepada SMPC di negara ini.


      Kata Maszlee sekolah-sekolah berkenaan - sama seperti sekolah agama persendirian - tidak termasuk dalam sistem pendidikan kebangsaan.

      Justeru kkatanya mereka tidak akan menerima peruntukan daripada kementerian.

      "Kementerian Pendidikan tidak menyediakan peruntukan bagi sekolah dan murid yang belajar di SMPC kerana ia tidak digolong di bawah mana-mana kategori institusi pendidikan dalam sistem pendidikan nasional," katanya.

      Bagaimanapun Maszlee kemudian dilaporkan media berbahasa Cina sebagai berkata kerajaan akan menyediakan peruntukan kepada SMPC melalui peruntukan kerajaan persekutuan, lapor beberapa akhbar harian Cina semalam.
    3. '20% royalti berdasarkan keuntungan langgar janji manifesto'
      Diterbitkan 26 Jul 2018, 11:48 pagi | Dikemaskini 26 Jul 2018, 12:05 tengah hari

      A+ A-
      Anggota Parlimen Tumpat, Che Abdullah Mat Nawi berkata jawapan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengenai pemberian royalti minyak bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN).

      Beliau merujuk jawapan Azmin pada sesi soal jawab lisan di parlimen semalam yang menyatakan 20 peratus royalti akan diberikan berasaskan keuntungan dan bukan berdasarkan pengeluaran hasil seperti difahami sebelum ini.

      "Kenyataan ini sesungguhnya amat mendukacitakan rakyat di negeri-negeri pengeluar petroleum kerana ia bertentangan dengan janji manifesto HARAPAN pada pilihan raya yang lalu," kata Che Abdullah dalam kenyataan hari ini.

      Menurutnya, manifesto pilihan HARAPAN pada PRU lalu menyatakan: "Kerajaan Pakatan Harapan akan menambah jumlah royalti petroleum kepada Sabah dan Sarawak, serta negeri-negeri pengeluar petroleum yang lain, kepada 20 peratus atau nilai yang bersamaan, sebagai salah satu langkah pembahagian hasil petroleum yang lebih adil"

      "Jelas dalam kenyataan manifesto di atas merujuk kepada hasil petroleum, bukannya keuntungan," jelas Che Abdullah.

      Katanya, perkara itu juga dinyatakan dalam fasal 1 Perjanjian Kerajaan Negeri Kelantan dengan Petroliam Nasional Berhad pada 9 Mei 1975.

      "Malah, jawapan perdana menteri merujuk kepada penyata rasmi parlimen bertarikh 12 November 1975 juga menjelaskan bahawa royalti dibayar berdasarkan "nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi di negeri-negeri masing-masing"," tambah beliau.

      Katanya, berdasarkan justifikasi yang dinyatakan, royalti adalah pembayaran wang tunai berdasarkan kepada pengeluaran (gross production).

      "Ini juga konsisten dengan maksud asal royalti itu sendiri, berbeza dengan nama dividen dan sebagainya.


      "Namun, pendirian kerajaan selepas memenangi pilihan raya adalah berbeza dari manifestonya. Sekali lagi rakyat tertipu," kata Che Abdullah.

      Semalam, Azmin mengakui kerajaan pusat tidak dapat menyegerakan penyaluran 20 peratus royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar bahan api itu dan perlu menunggu Akta Pembangunan Petroleum 1974 dipinda.

      Menurut Azmin, pemberian royalti minyak 20 peratus itu juga akan dibuat berdasarkan keuntungan diperolehi Petronas dan bukan pengeluaran.

      “Cadangan tambah royalti petroleum kepada 20 peratus ini adalah berdasarkan keuntungan Petronas selepas cukai dan bukan jumlah hasil pengeluaran kasar," katanya.
    4. DBP mahu diajak berbincang isu UEC
      Zulaikha Zulkifli | Diterbitkan 27 Jul 2018, 2:03 petang | Dikemaskini 28 Jul 2018, 11:02 pagi

      A+ A-

      Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menyokong kenyataan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik agar Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dikaji secara menyeluruh.

      Pengerusi Lembaga Pengelola DBP Prof Dr Mohamed Hatta Shaharom bagaimanapun berkata, agensi itu juga berpendirian sebarang keputusan berkaitan UEC perlu mengambil kira Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 serta Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

      Malah, beliau juga bersetuju supaya mata pelajaran sejarah menjadi mata pelajaran wajib lulus selain Bahasa Malaysia untuk pemegang UEC.

      "Mata pelajaran sejarah mesti masuk sebagai kajian holistik yang menyeluruh (oleh kementerian pendidikan).

      "Kita perlu ambil kira kepentingan Malaysia. Ia berkait rapat dengan perpaduan negara kerana isu pertama ialah kedaulatan bahasa Melayu," katanya pada sidang media di ibu pejabat DBP di Kuala Lumpur hari ini.

      Selain itu, DBP turut berharap agar peranan agensi berkenaan diambil kira oleh kementerian pendidikan dalam menentukan hala tuju UEC.


      Meskipun ketika ini masih belum dipanggil untuk berbincang mengenai perkara berkenaan, Mohamed Hatta berkata, DBP sentiasa bersedia dan terbuka untuk bertemu dengan pihak kementerian.

      "Setahu saya (DBP) belum dipanggil tapi kita ada perbincangan yang tidak formal dengan pejabat menteri dan menteri sendiri.

      "Kalau kita tidak dipanggil, kami mahu dipanggil kerana kita prihatin dan kita perjuangkan kedaulatan bahasa Melayu dan keutuhan serta perkembangan sastera.

      "Ini berkaitan perpaduan negara," ujarnya lagi.
    5. Mana janji nak hapus hutang peneroka Felda, soal Najib
      Geraldine Tong | Diterbitkan 26 Jul 2018, 2:21 petang | Dikemaskini 26 Jul 2018, 5:41 petang

      A+ A-
      PARLIMEN | Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan janji Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk menghapuskan hutang peneroka Felda dalam masa 100 hari membentuk kerajaan persekutuan.

      "Saya ingin tanya di sini, manifesto PH (HARAPAN) berjanji membatalkan kesemua hutang peneroka dalam tempoh 100 hari.

      "Apa akan jadi kepada janji ini?" soalnya dalam ucapan sulungnya sebagai ahli parlimen pembangkang di Dewan Rakyat.

      Anggota Parlimen Pekan membangkitkan perkara berkenaan ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.

      Daripada 10 janji 100 hari HARAPAN, isu hutang peneroka Felda adalah satu-satunya yang dilihat tiada perkembangan.

      Najib berkata ketika pentadbiran BN, peneroka menerima banyak manfaat seperti bonus dan duit raya.


      "Namun sebaik saja kerajaan baru mentadbir, mereka tidak diendahkan.

      "Malah Hari Peneroka tidak disambut, bayaran lewat dan janji tidak ditunaikan," katanya lagi.

      Najib kemudian mempersoalkan sama ada bayaran kepada peneroka akan terus dikurangkan pada masa akan datang.

      Ketika pentadbiran BN, Felda dan Felda Global Ventures menjadi perhatian kerana didakwa dengan isu salah urus, kerugian dan pelaburan yang meragukan.
    6. Pemilihan PKR: Adakah Azmin akan tumbang di tangan Rafizi?



      “Jom lawan Azmin!” Itulah mood yang sedang dibina secara tidak langsung oleh Rafizi Ramli yang melancarkan kempennya untuk berebut jawatan timbalan presiden PKR yang disandang Datuk Seri Azmin Ali.

      Dengan penyertaan Nurul Izzah Anwar, anak kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail ini dan juga calon tunggal presiden PKR akan datang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di dalam kem Rafizi, pemilik badan pemikir Invoke telah melahirkan persepsi inilah barisan yang dikehendaki keluarga presiden PKR.

      Sama ada persepsi itu betul mahupun tidak, asalkan persepsinya begitu, maka ia akan dianggap betul di dalam PKR kerana itulah makanan harian mereka.

      Apapun, niat Rafizi bertanding adalah untuk menyingkirkan Azmin dan kini ia diketahui umum. Apa pergeseran yang berlaku di antara mereka, hanyalah mereka yang tahu.

      Rafizi berkata, antara sebab beliau berebut jawatan timbalan presiden PKR ialah untuk membebaskan PKR daripada budaya “salam cium tangan” dan feudal serta budaya orang bawah tidak boleh menegur orang atas.

      Tiada hadiah untuk sesiapa yang dapat meneka kem mana yang dimaksudkan Rafizi sebagai pembawa budaya itu.

      Berbalik kepada Azmin, sebenarnya Rafizi adalah penyumbang terbesar secara tidak langsung kepada perkembangan pesat politik Azmin yang tidak diketahui umum.

      Sebelum Langkah Kajang yang dicipta Rafizi, Azmin cumalah seorang Adun biasa dan ahli Parlimen di Selangor. Ketika itu, yang memegang jawatan menteri besar Selangor ialah Tan Sri Khalid Ibrahim yang tidak sebulu dengan Azmin.

      Azmin mendapat durian runtuh apabila Langkah Kajang Rafizi gagal menaikkan Wan Azizah mahupun Anwar sebagai menteri besar Selangor dan jawatan itu jatuh ke tangan Azmin. Bermula dari situlah kerjaya Azmin berkembang pesat sehinggalah kini beliau menjadi menteri hal ehwal ekonomi.

      Meskipun Azmin ditekan dan diserang pelbagai arah di dalam PKR, kepetahan politik Azmin menyebabkan beliau sentiasa berada di depan Rafizi mahupun Anwar, dan kedudukan Azmin tidak pernah goyah, walaupun suatu ketika Rafizi pernah memegang jawatan setiausaha agung PKR.

      Contoh terbaru yang menonjolkan lagi kehebatan berpolitik Azmin di dalam PKR ialah siapa yang menggantikannya sebagai menteri besar Selangor.

      Ia bukan satu kebetulan Adun Dusun Tua, Amirudin Shari dipilih menggantikan Azmin sebagai menteri besar Selangor dan bukannya Dr Idris Ahmad seperti yang diwar-warkan media sebagai pilihan utama.

      Seperti Langkah Kajang, Azmin masih mendiamkan diri terhadap pendiriannya di dalam pemilihan PKR. Beliau membiarkan Rafizi melancarkan segala “kerjanya” dahulu.

      Baru-baru ini, ada 4 peletakan jawatan di dalam PKR Selangor yang didakwa tidak berpuas hati dengan amalan “kronisme dan nepotisme” di dalam lantikan ahli majlis.

      Dan kebetulan, isu ini mendapat perhatian Datuk Johari Abdul yang diumumkan Rafizi sebagai salah satu anggota pasukannya semalam yang menggesa “kepimpinan Selangor” menyiasat dakwaan kronisme dan nepotisme di dalam parti kerana ia berpotensi menjejaskan reputasi kerajaan negeri.

      Siapa pengerusi PKR Selangor? Sudah tentunya Azmin! Jadi, tidak perlulah kita teka siapa yang sedang disasarkan Johari daripada pasukan Rafizi di dalam gesaannya di atas.

      Tiada apa yang akan berlaku kepada Rafizi, sekiranya beliau tewas di dalam perebutan kuasa kali ini. Namun, jika Azmin dan pasukannya tewas, Azmin mungkin terpaksa kembali ke zaman sebelum Langkah Kajang.

      Apakah Azmin akan tumbang di tangan Rafizi kali ini?

      Ataupun Rafizi akan tersilap taktik lagi sehingga membawa kerugian kepada Anwar dan memberikan durian runtuh sekali lagi kepada Azmin sehinggakan akhirnya Azmin bakal menguasai PKR secara total dan bebas daripada kongkongan keluarga Anwar?

      Yang paling penting, apakah kesudahan yang diinginkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad?

      TIMMY SAY


      : Jika silap langkap bukan sahaja Rafizi tumbang, tapi Anwar juga tumbang kerana dibelakang Azmin adalah Mahthir....
  2. Anwar mula menyedari permainan licik PM bila tertubuhnya CEP yang dipengerusikan oleh Daim. Semua sedia maklum bahawa Daim adalah musuh lama politik Anwar.

    Kalau PM memang jujur ingin menyerah jawatan kepada Anwar selepas 2 tahun, kenapa tidak Anwar yang berada dalam majlis orang-orang 'eminent' itu dan menjadi pengerusi. Secara tidak langsung, PM sudah memberitahu bahawa Anwar bukanlah di kalangan orang-orang 'eminent' dan tak layak untuk menasihati kerajaan.

    Pada mulanya majlis itu dikatakan hanya nak ditubuhkan untuk 100 hari sahaja kerana kerajaan Malaysia baru belum stabil dan perlu dinasihati. Tapi kini CEP itu akan diteruskan lagi melampaui 100 hari dan sudah tentu Anwar tidak boleh menjadi PM dengan Daim sebagai ketua penasihat.

    20 tahun sudah berlalu sejak 1998, Anwar terpaksa mengigit jari sekali lagi, cuma mungkin kali ini bukan menggigit dalam penjara. Menyedari hal ini Anwar tidak boleh berdiam diri lagi, dia terpaksa menggerakkan jentera dan tenteranya. Dia tak perlu takut kerana kerusi MP partinya sebanyak 46 itu jauh mendahului kerusi MP parti PM yang hanya sebanyak 13.

    Adakah PM bersedia untuk mengambil risiko PH jadi kucar kacir sekiranya dia cuba mengenepikan Anwar?
    Reply

    Replies

    1. Mohd Amar tak setuju haramkan kahwin bawah umur
      N Faizal Ghazali | Diterbitkan 25 Jul 2018, 5:09 petang | Dikemaskini 25 Jul 2018, 5:21 petang

      A+ A-
      Pemimpin PAS berpendapat usaha kerajaan untuk mengharamkan terus perkahwinan melibatkan kanak-kanak bawah had umur sebagai "bertentangan dengan Islam".

      Naib presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, beliau secara peribadi tidak bersetuju cadangan tersebut.

      "Kalau mengharamkan terus (perkahwinan melibatkan kanak-kanak) saya sebenarnya tidak bersetuju, sebab dari segi agama ia tidak salah, tetapi kita boleh mengawal.

      "Kita sudah ada undang-undang, mana-mana perkahwinan bawah umur perlu mendapat kebenaran pihak berkuasa negeri. Kita kuat kuasa undang-undang itu sajalah," katanya kepada media ketika ditemui selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Bharu, hari ini.

      Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berhubung usaha bagi merangka standard operasi piawai (SOP) mahkamah syariah untuk memperketatkan peruntukan berkaitan perkahwinan kanak-kanak.

      Menyifatkan SOP itu sebagai “langkah jangka pendek”, Mujahid menjelaskan bahawa kerajaan juga cenderung untuk mengharamkan terus perkahwinan kanak-kanak.

      "Kita akan keluarkan SOP untuk memperketatkan (prosedur) kerana selagi ada peruntukan (perkahwinan kanak-kanak), kamu harus hormatinya.

      "Ini hanya langkah sementara, langkah jangka panjang lebih penting. Kita patut sampai kepada pengharaman perkahwinan kanak-kanak,” kata Mujahid.

      Semenatara itu, Mohd Amar yang juga anggota dewan undangan negeri (ADUN) Panchor dan timbalan menteri besar Kelantan, menegaskan, dalam agama Islam perkara itu tidak boleh diharamkan.


      "Perkara yang dibolehkan agama mengapa kita nak haramkan. Tetapi kalau mengawal itu bagus, takut orang ambil kesempatan," jelasnya.

      Terdahulu isu perkahwinan kanak-kanak tercetus apabila seorang lelaki 41 tahun dari Gua Musang, Kelantan bertemu jodoh dengan seorang kanak-kanak 11 tahun.

      Pada masa ini, kanak-kanak perempuan bawah 16 tahun dan lelaki bawah 18 tahun dibenarkan berkahwin jika mendapat kebenaran mahkamah syariah.

      Bagi bukan Islam, golongan itu perlu mendapatkan kebenaran khas ketua menteri atau menteri besar negeri berkaitan.
    2. PAS: Bahaya suara sumbang ancam Islam
      Mohd Khairuddin Aman Razali | Diterbitkan 24 Jul 2018, 5:14 petang | Dikemaskini 24 Jul 2018, 5:20 petang

      A+ A-
      KATA MP | Kerajaan dan semua ahli parlimen sama ada Islam atau bukan Islam berkewajipan untuk mempertahankan Islam.

      Tanggungjawab ini perlu dilaksanakan sesuai dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan yang telah memperuntukkan “Islam ialah agama bagi Persekutuan”.

      Sebagai ahli badan legistatif, ahli-ahli parlimen sepatutnya lebih memahami tuntutan daripada peruntukan ini.

      Tambah pula, Tanah Melayu telah mempunyai peruntukan jelas mengenai kedudukan Islam sebagai agama negeri sejak dari sebelum merdeka. Perkara VII Perlembagaan Negeri Johor 1895 dan Fasal 51 Perlembagaan Negeri Terengganu 1911 lebih awal meletakkan Islam sebagai agama negeri.

      Menunjukkan, agama Islam itu begitu sebati sekali dalam adunan budaya dan amalan dalam negara ini sejak dahulu lagi sehingga diperundangkan dalam Perlembagaan.

      Ilmu ketatanegaraan Islam

      Justeru, adalah tidak wajar sekali jika berlaku dalam pentadbiran dan tindakan para pemimpin di negara ini yang bercanggah dengan kehendak dan ajaran agama Islam.

      Kerajaan juga mesti memahami bahawa adalah menjadi tanggungjawab pemerintah untuk "menegakkan Islam dan mentadbir dunia dengan Islam itu" seperti yang dijelaskan oleh para ulamak Islam dalam disiplin ilmu ketatanegaraan dan politik Islam.

      Apabila Islam ditegakkan maka agama-agama lain akan terpelihara untuk diamalkan secara aman dan damai kerana antara prinsip Islam ialah tiada paksaan dalam beragama.

      Salah satu kewajipan ini ialah memelihara agama Islam (hifz ad-din) itu sendiri pada dua aspek; (i) memastikan Islam itu kekal dan dilaksanakan serta diperkasakan, dan (ii) melindungi Islam daripada perkara-perkara yang membawa kepada kerosakan atau kemusnahannya.

      'Gesaan hapus kedaulatan Islam'

      Malangnya mutakhir ini, suara-suara sumbang yang memburukkan imej institusi dan undang-undang syariah; mahu agar umat Islam dibebaskan daripada ikatan undang-undang kawalan moral yang berasaskan agama, menuntut supaya semua agama diletakkan sama rata (transcendental unity of religion) dan menggesa supaya kedaulatan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan di negara ini dihapuskan seolah-olah tidak diberikan perhatian dan tidak dipandang berat oleh kerajaan.

      Tindakan ancaman terhadap Islam ini adalah sangat merbahaya kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

      Oleh yang demikian, saya amat berharap agar Kerajaan dan semua Ahli Parlimen lebih bertanggungjawab untuk memelihara Islam di negara ini.


      Perkara ini telah saya tegaskan di Dewan Rakyat menerusi Ucapan Menjunjung Kasih Titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang saya sampaikan pada hari ini dan hari semalam.



      DATUK DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus dan juga pemimpin kanan PAS yang memegang jawatan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Bendahari Dewan Ulamak PAS.
    3. PAS bantu mangsa kebakaran di Likas



      SEPANGGAR: PAS Kawasan Sepanggar dengan kerjasama Khidmat Malaysia telah melaksanakan operasi bantuan kepada mangsa kebakaran di Kampung Cenderamata 2, Likas di sini kelmarin.

      Sumbangan bantuan yang diserahkan kepada mangsa berupa keperluan asas seperti telekung, lampin pakai buang, pakaiam, makanan serta barangan lain.

      Misi bersepadu dipimpin Pengerusi Khidmat Malaysia Sabah, Zulzaim Hilmee Abidin itu turut dijayakan sama dengan penglibatan Jabatan Amal Malaysia Sepanggar.

      Pengalaman kolaborasi entiti tersebut telah melaksanakan pelbagai usaha yang bertujuan meringankan beban lebih 800 mangsa pada kejadian kebakaran melibatkan 152 rumah minggu lalu itu.



      Zulzaim menggesa perhatian pihak berkuasa terhadap masalah kejadian kebakaran yang kerap berlaku kepada perumahan atau perkampungan penduduk di negeri itu dan percaya ia mampu ditangani. -HARAKAHDAILY 29/7/2018


      : Kebajikan mesti menjadi agenda utama PAS walaupun PAS tak menang di situ....
    4. Reputasi Selangor terjejas dakwaan kronisme, kata MP PKR



      Pemimpin kanan PKR mendesak kepimpinan di Selangor menyiasat dakwaan kronisme dan nepotisme di dalam parti kerana ia berpotensi untuk menjejaskan reputasi kerajaan negeri.

      MP Sungai Petani Datuk Johari Abdul berkata walaupun beliau tiada maklumat mengenai dakwaan yang dibuat pemimpin AMK Selangor yang meletak jawatan daripada parti itu, namun terdapat asas bagi kepimpinan negeri untuk menyiasat perkara berkenaan.

      "Saya tidak ada maklumat tapi mengikut apa yang mereka kata, saya harap kerajaan Selangor siasat sebab tuduhan disebut agak serious.

      "Ia melibatkan bukan sahaja masalah imej tapi mungkin juga salah laku kewangan dan sebagainya," kata Johari kepada pemberita selepas suatu majlis di Ampang yang mengumumkan pasukan Rafizi Ramli dalam pemilihan PKR akan datang ini.

      Johari berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai peletakan jawatan Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor Syed Badli Shah Syed Osman dan Ketua AMK Sabak Bernam Abdul Mutalib Ahmad kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan kepimpinan negeri.

      Semalam, Mutalib, menyatakan kekesalan kerana mendakwa tiada seorang pun belia dari Sabak Bernam dilantik sebagai ahli majlis tempatan dan mendakwa "taktik kotor dan kronisme telah menjadi kanser di parti" dan oleh itu memutuskan untuk meletak jawatan daripada PKR.

      Terdahulu semasa majlis itu, Johari diumumkan Rafizi sebagai pesaing untuk jawatan naib presiden PKR.


      : UMNO dan PKR ni spesis sama lahir daripada ibu yang sama....
  3. ANWAR NAK COUNTER BALIK BILA PM SURUH PDRM GUNA BAHASA INGGERIS

    KUALA LUMPUR - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta kerajaan mempertimbangkan untuk mengadakan kursus buat Ahli Parlimen yang dilihat lemah dalam tahap penguasaan bahasa Melayu.
    Jelasnya, tindakan itu pernah dilakukan oleh Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun 2008 sewaktu gabungan Pakatan Rakyat ketika itu berjaya mengambil alih pemerintahan daripada BN.
    Ramai yang menegur prestasi Ahli Parlimen di Parlimen, berucap dalam bahasa yang lemah, kesat dan kurang sopan.
    "Bagi yang lemah tak salah bagi Parlimen menganjurkan kursus bahasa... Kalau tak malu nanti kita dengar penguasaan bahasa yang jauh lebih lemah daripada pelajar SPM (Sijil Pelajaran Malaysia)," katanya.
    Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas sesi pertemuan bersama sasterawan dan budayawan di pejabatnya di sini petang tadi.
    Antara yang hadir ialah Sasterawan Negara, Datuk Seri Abdul Samad Mohamed Said dan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Omar Jaafar. - K! ONLINE

    SYABBAS DSAI...PERJUANGKAN BAHASA KEBANGSAAN, BAHASA KEBANGGAAN KITA.
    Reply

    Replies

    1. KALAU BN ULAR SAWA MAKA PH ADALAH NAGA


      Lim: Tanya BN kenapa judi sukan pernah lulus
      Zulaikha Zulkifli | Diterbitkan 24 Jul 2018, 1:54 petang | Dikemaskini 24 Jul 2018, 1:56 petang

      A+ A-
      Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini berdepan lagi soalan pemberita susulan keputusan kerajaan yang tiada perancangan untuk kembali meluluskan lesen judi sukan kepada syarikat taikun Tan Sri Vincent Tan, Ascot Sports Sdn Bhd.

      Lim bagaimanapun meminta pemberita bertanya terlebih dahulu kepada kerajaan BN dahulu yang pernah meluluskannya, bukan kepada kerajaan baru yang tidak menyokongnya.

      “Kerajaan dahulu yang luluskan.

      “Sepatutnya soalan ini ditanya kepada kerajaan lama kerana mereka luluskan lesen itu,” katanya ketika ditanya alasan permohonan itu tidak dilayan.

      Ditanya sekali lagi berkaitan pembatalan lesen itu, Lim sekali lagi mengulangi gesaan sama kepada pemberita.

      "Lulus tetapi tidak diteruskan. Jadi perkara itu (luluskan lesen) tidak timbul.

      "Jadi anda (pemberita) sepatutnya tanya kepada kerajaan terdahulu kenapa mereka meluluskan (lesen perjudian sebelum ini)," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

      Semalam, dalam jawapan bertulis menjawab soalan Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau), Lim berkata kerajaan tidak berniat atau merancang untuk meluluskan sebarang lesen aktiviti perjudian sukan kepada Ascot Sports atau mana-mana operator.

      Lim berkata, Kementerian Kewangan ketika pentadbiran BN pernah mengeluarkan lesen kepada Ascot pada 13 Januari 2010 tetapi menarik balik pada 5 Oktober tahun sama selepas mendapat kecaman.

      Tan dilihat ramai sebagai orang yang rapat dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
    2. Badan pemikir Ideas beri amaran kuasa tak seimbang dengan Dr Mahathir dalam Khazanah



      PETALING JAYA: Sebuah badan pemikir menyuarakan keraguan berhubung keputusan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempengerusikan dana kekayaan negara, Khazanah Nasional Berhad.

      Penyelaras Unit Demokrasi dan Tadbir Urus di Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (Ideas), Aira Azhari berkata, kuasa “besar” perdana menteri mungkin menyebabkan ahli lembaga pengarah tidak berani membantah keputusan penting yang dibuatnya.

      “Wujud ketidakseimbangan kuasa dengan adanya perdana menteri. Sebagai alternatif, mungkin seorang penjawat awam seperti wakil dari Jabatan Perdana Menteri boleh berada dalam lembaga pengarah.”

      Semalam, Dr Mahathir mempertahankan pelantikannya sebagai pengerusi Khazanah dengan berkata, ia adalah tanggungjawabnya untuk mengembalikan dana kekayaan negara itu kembali ke landasan betul.

      Tetapi, Aira berkata, semak dan imbang Parlimen untuk badan seperti Khazanah akan memastikan ketelusan dan akauntabiliti di tahap tinggi.

      Beliau memberi contoh dana pencen kerajaan Norway yang dikenali sebagai “Dana Minyak” dan diuruskan Kementerian Kewangan yang perlu bertanggungjawab kepada Parlimen Norway.

      “Di bawah Dana Minyak, semua orang boleh melihat dan meneliti setiap pelaburannya di laman webnya.

      “Semuanya didedahkan, seperti mandat yang diberikan selaku dana untuk kepentingan rakyat Norway. Malaysia patut cuba mencontohinya.”

      Pensyarah Universiti Malaya, Prof Edmund Terence Gomez bagaimanapun berkata, kebiasaannya, menteri kewangan dan perdana menteri perlu menganggotai lembaga pengarah Khazanah.

      Pakar mengenai politik dan korporat Malaysia itu menyifatkan pelantikan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah adalah janggal, tetapi “tidak salah sama sekali” kerana Khazanah berurusan dengan perkara berkaitan ekonomi.

      Katanya, Khazanah boleh dikeluarkan daripada Menteri Kewangan Diperbadankan dan diletakkan dalam kementerian lain.

      “Ketika ini, Khazanah masih di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan. Jika menteri kewangan tidak berada dalam lembaga pengarah Khazanah, kemungkinan besar beliau tidak tahu apa yang dilakukan lembaga pengarah Khazanah.”

      Sebelum ini, Gomez membantah ahli politik mengetuai badan berkanun dan yarikat berkaitan kerajaan (GLC), kecuali mereka berbuat demikian dalam kapasiti menteri atau kerajaan.

      Centre for a Better Tommorrow (Cenbet) berkata, walaupun ahli lembaga pengarah Khazanah yang baru adalah “orang berkaliber”, mereka tidak sepatutnya terdiri daripada ahli politik atau Kabinet kerana mereka akan terdedah kepada liabiliti yang boleh ditangani pemimpin korporat dengan cara lebih baik.
    3. “Dana kekayaan negara patut dikendalikan seperti syarikat lain dan ini bermakna pertimbangan politik perlu dikecualikan daripada lembaga pengarah,” kata Cenbet dalam satu kenyataan kepada FMT.

      Menurutnya, jika ada tujuan politik khas untuk dana itu, ia perlu dinyatakan dengan jelas sebagai sebahagian misi untuk diketahui dan dilaksanakan pihak pengurusan, serta bertanggungjawab kepada rakyat.

      “Dengan adanya profesional dalam lembaga pengarah, kerajaan boleh mengkritik lembaga pengarah jika berlaku salah urus.”

      Katanya, demokrasi matang di seluruh dunia mengelakkan amalan melantik ahli politik menguruskan pelaburan dibiayai awam dan Malaysia perlu mengelakkan satu lagi kegagalan atau misi menyelamat disebabkan campur tangan politik.

      “Ini juga sejajar pembaharuan institusi yang disokong kerajaan baru.”

      Isnin lalu, Jabatan Perdana Menteri mengumumkan pelantikan 5 ahli lembaga pengarah baru, iaitu Dr Mahathir sebagai pengerusi, menggantikan Datuk Seri Najib Razak yang meletak jawatan pada 31 Mei lalu.

      Azmin bersama ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Tan Sri Mohd Hassan Marican, bekas timbalan gabenor Bank Negara, Dr Sukhdave Singh dan bekas pengarah eksekutif Suruhanjaya Sekuriti, Goh Ching Yin pula dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Khazanah.


      : Politik matang mana-mana didunia tidak melantik ahli politik mengurus pelaburan tapi Mahathir buat apa yang selama ini BN buat. TAK ADA BEZA....
  4. Video: Viral Lagu Parodi Rai 100 Hari Pemerintahan PH

     August 17, 2018 Abdul Mursyid Zainuddin

    KUALA LUMPUR – Sempena meraikan genap 100 hari pemerintahan PH yang mengambil alih kerajaan pusat dari BN, satu lagu parodi dicipta dan kini viral di media sosial.

    Lagu berjudul “Janji 100 Hari” itu dimuat naik di beberapa laman Facebook sejak awal hari ini mendapat pelbagai reaksi dari netizen.

    Lirik lagu berkenaan secara sinis mengimbas kembali pelbagai janji yang ditabur pemimpin PH sepanjang kempen meraih undi pada PRU14 yang lalu.

    “Sedap pula lagu ni… Boleh masuk muzik² tv,” ulas netizen yang menggunakan nama Bangcik Meran.

    “Brader ni bnyk follow isu semasa ni. Power2, hahaha,” ujar Siddiq Hafiz pula dipercayai merujuk kepada lirik lagu tersebut.

    Dalam perkembangan lain, media melaporkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam pertemuan tertutup dengan pemimpin PH dan parti Warisan Sabah pada Isnin lepas mengakui PH terlalu banyak menabur janji manis ketika berkempen.

    “Sebenarnya kita tidak menjangka akan menang, jadi kita sediakan sebuah manifesto yang tebal dengan pelbagai janji,” kata Dr Mahathir, dipetik dari laporan portal FMT dan akhbar Straits Times Singapura.

    Laporan yang sama juga menyebut Dr Mahathir berkata, PH perlu mencipta alasan bagi mengurangkan tekanan dari rakyat yang menuntut janji-janji tersebut dipenuhi.

    “Jika kita tidak dapat menunaikannya, maka kita perlukan alasan kuat yang boleh diterima oleh rakyat,” ujarnya lagi.

    Kenyataan Dr Mahathir itu dilihat selari dengan gaya pentadbiran kerajaan PH yang dari awal hingga sekarang kerap menyalahkan kerajaan sebelumnya dipercayai bagi mengalih perhatian umum dari bercakap mengenai kegagalan PH menunaikan janji. – SuaraTV
    Reply

    Replies

    1. Singapore Yang Hebat ...



      Pada hari selasa 11 Julai 2017, baru ini seorang rakan telah ke Singapura untuk trip satu hari. Setibanya beliau di Changi Airport beliau lihat agak ramai pekerja2 airport Melayu yang agak lanjut usia masih bekerja sebagai tukang cuci.

      Apabila beliau berjumpa sahabatnya Dr Hisham beliau pun bertanyakan tentang Melayu di Singapore kerana apa yang dia lihat di airport suasana kurang selesa baginya.

      Dr Hisham memulakan ceritanya dengan berkata, orang Melayu di Malaysia sepatutnya bersyukur kerana nasib rakan sebangsa mereka di Singapore cukup ditekan.

      Katanya, pertama peluang untuk melanjut pelajaran amat tipis. Dari 100 orang, hanya 4 orang anak Melayu diterima berdasarkan quota dimana Melayu di Singapore hanya 4% sahaja.

      Katanya lagi, 4 pelajar ini akan diberikan kursus yg akan ditentukan oleh universiti. Pastinya kursus tersebut adalah yg paling sukar! Sekiranya pelajar tersebut ingin menukar kursus pihak universiti tidak membenarkannya sebaliknya menasihatkan pelajar tersebut berhenti saja.

      Sekiranya pelajar tersebut gagal walau satu kertas ujian, dia akan dikeluarkan dari universiti.
      Tetapi sekiranya berjaya, pihak universiti akan menekan pelajar tersebut agar menjelaskan yuram yg tinggi. Sekiranya gagal maka pelajar tersebut terpaksa berhenti dari U tersebut.

      Perlu diketahui TIADA BIASISWA UTK PELAJAR MELAYU DI SINGAPURA!

      Begitu juga halnya dalam perniagaan. Seperti sahabat saya , beliau mempunyai klinik sendiri tetapi sekiranya pihak kerajaan melihat potensi yang begitu baik maka beliau dipaksa untuk menerima seorang Cina Singapore untuk duduk sebagai Pengarah!.

      Sekiranya beliau tidak bersetuju, beliau akan berhadapan lesen perniagaannya tidak lagi disambung dan diarahkan tutup!.

      Orang Melayu yang ingin berniaga di Singapore harus menerima lokasi yg telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Lokasi2 strategik kebanyakkannya dikuasai oleh Cina manakala Melayu luar dari kawasan tersebut ditambah pula dengan kadar sewaan yang tinggi.

      Sikap pemimpin Cina yang begitu skeptikal dengan Melayu dan sering kali dikaitkan sebagai kumpulan bermasalah di Singapore menyebabkan ramai Melayu yang diperosok ke dalam pusat tahanan melalui penguatkuasaan ISA!

      Sekirannya 4 Melayu sudah selesai menjalani hukuman dibawah ISA, kerajaan Singapore akan memastikan 4 Melayu lain akan mengisi tempat tersebut.
      Bentuk kesalahan adalah berbagai.

      Banyak lagi tekanan yang diceritakan dan bagaimana Melayu didiskriminasi sebagitu hebat. Tetapi Melayu kita di Malaysia masih tidak sedar akan nikmat berkerajaan sendiri.

      Tidak mustahil nasib kita juga akan sama dgn Melayu Singapore kalau kita masih seronok bertelagah kerana politik dan menjadikan DAP mentor setiap kali melayu berpecah sepertimana PKR, PAN dan parti cap Bunga raya yg menyembah DAP bagi meneruskan survivel politik yg ada.. .. .

      MELAYU INI TIDAK LUPA


      : Tidak mustahil Melayu Malaysia akan merempak di tanah airnya sendiri kalau mereka masih bodoh memahmi politik
    2. i-Guru kesal dengan Maszlee
      SYAMILAH ZULKIFLI 31 JULAI 2018
      FacebookTwitterWhatsAppEmailMore1K
      Mohd Azizee Hasan
      Mohd Azizee Hasan
      A-A+ (Ubah saiz teks)
      SEREMBAN – Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru) kesal dengan tindakan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik hari ini yang dilihat lebih mengutamakan sekolah persendirian berbanding sekolah aliran perdana.

      Presidennya, Mohd Azizee Hasan berkata, pihak kerajaan sepatutnya lebih memberi tumpuan kepada sekolah yang melaksanakan dasar pendidikan negara sebagaimana termaktub dalam Akta Pendidikan 1996.


      “Kenapa sekolah persendirian pula yang perlu diberi perhatian, bagaimana pula nasib sekolah aliran perdana.

      “Pihak menteri tidak perlu tunduk dengan desakan kaum lain kerana banyak lagi isu lebih besar dan fundamental yang perlu diberi perhatian,” katanya kepada Sinar Harian.

      Menurutnya, berkenaan dengan permintaan supaya peruntukan kewangan turut diberi kepada Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), ia sepatutnya tidak perlu dilayan.

      Beliau berkata, adalah lebih baik jika lebih banyak bantuan diberi kepada institusi sekolah agama seperti sekolah agama rakyat, sekolah tahfiz dan sekolah swasta yang melaksanakan kurikulum kebangsaan serta mengambil peperiksaan kebangsaan.

      “Kita bimbang jika kerajaan beri bantuan kepada sekolah persendirian ini, ia seolah-olah menganaktirikan sekolah aliran perdana yang mengguna pakai sistem kurikulum pendidikan kebangsaan,” katanya.

      Dalam perkembangan lain, beliau meminta Kementerian Pendidikan supaya segera menangani isu kemurungan guru seperti yang disebut oleh Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia(NUTP), Kamarozaman Abd Razak baru-baru ini.

      Katanya, i-Guru berpendapat isu berkenaan serius dan perlu diberi perhatian kerana ia boleh menganggu proses pengajaran dan pembelajaran sekali gus menjadikan pendidikan kurang efektif.

      “Antara faktor yang boleh mengundang masalah kemurungan ini apabila beban guru dan saiz bilangan pelajar yang ramai dalam satu-satu kelas selain faktor segelintir guru yang terpaksa berjauhan dengan keluarga.

      “Kementerian Pendidikan juga perlu menambah baik infrastruktur sekolah berdasarkan kepada keperluan,”katanya.
    3. Pakatan Harapan Sebelum Memerintah...



      Aku ingat lagi masa setahun sebelum PRU14. Aku mula minat dengar ceramah khasnya dari Pakatan Harapan. Pantang dengar ada ceramah mesti aku datang. Dalam semua ceramah aku pergi, mesti ada 4 isu dari dulu lagi yang wajib deme sebut dan maki hamun Umno. Bila deme maki hamun tu yang memang nampak betui-betui berat isu tu. Banyak lagi isu lain, tapi aku nk sebut 4 isu ini sebab 4 isu ini deme serang Umno gile babi punya smpai Umno tak dan nak tepis dan kalah teruk.

      Isu 1, Minyak Mahal
      Kung kang kung kang maki Umno. Deme cakap, " hari ni kita bentuk kerajaan, esok kita turun harga minyak, kita ada kuasa, kita boleh buat. Sape cakap tak boleh buat? negara kita kaya, negara kita pengeluar minyak, kita yang jual minyak kat org". Bersorak la penonton sekali dengan aku.

      Isu 2, Tol
      Kung kang kung kang maki Umno. Deme cakap, “kalau kita perintah kerajaan kita akan hapuskan tol atau kita akan kurangkan harga tol lebih separuh. Negara kita antara negara yang tol paling banyak.” Bertepuk tangan penonton sekali dengan aku.

      Isu 3, Getah Murah.
      Kung kang kung kang maki Umno. Deme cakap, "kalau kita perintah, kita akan naikkan harga getah dan tetapkan harga getah. Getah sekarang murah sgt, 1kg getah tak boleh nak beli 1kg gula.” Besorak pakcik makcik kampung ni sekali dengan aku.

      Isu 4, GST
      Kung kang kung kang maki Umno. Deme cakap, “rakyat dizalimi oleh Umno sampai anak baru beranak pun dah kena cukai GST. Bukan itu saja malah orang mati pun kena GST, itulah namanya cukai haramjadah yang di buat oleh kerajaan Umno haramjadah.”
      "Jangan susah hati tuan-tuan dan puan-puan, pangkah Pakatan hari ni menang, esok tak dak dah gst". Gegak gempita satu kampung.

      Bila dah memerintah dan berkuasa baru lah terhegeh-hegeh nak kaji. Minyak mahal sebab itu ini la. Toll tetap kutip macam biasa juga dan tak bolih hapus kerana mcm2 hal kena semak. Dan macam2 kena semak dan tak bolih terburu buru.Tun M kata janji menifesto ph bukan kitab jadi tak tunai tak berdosa.


      : Pakatan Harapan sangat Hancing....
    4. https://suara.tv/17/08/2018/video-viral-lagu-parodi-rai-100-hari-pemerintahan-ph/
    5. Anak luar nikah boleh bin nama bapa, mana Mujahid?



      PUTRAJAYA 27 Julai - Mahkamah Rayuan berpendirian, anak pasangan beragama Islam yang dilahirkan secara luar nikah kini layak di sisi undang-undang untuk berbinkan nama bapanya.

      Keputusan penting itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Tengku Maimun Tuan Mat ketika membenarkan rayuan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dan kedua ibu bapanya.

      Beliau yang bersidang bersama Datuk Abdul Rahman Sebli dan Puan Sri Zaleha Yusof sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak semakan kehakiman yang difailkan oleh ketiga-tiganya.

      Mahkamah berpendirian, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selaku responden kedua telah bertindak di luar bidang kuasa ketika mendaftarkan ‘Abdullah’ sebagai nama bapa kepada kanak-kanak itu dalam sijil kelahirannya.

      Ibu dan bapa kanak-kanak itu (perayu kedua dan perayu ketiga), kedua-duanya beragama Islam bernikah pada 24 Oktober 2009. Kanak-kanak lelaki itu lahir pada 17 April 2010 iaitu lima bulan dan 24 hari (atau lima bulan dan 27 hari menurut kalendar Qamariah Islam).

      Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan anak tidak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut.

      Muzakarah itu mendefinisikan anak tak sah taraf ialah sebagai:

      1. Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan.

      2. Anak dilahirkan kurang dari enam bulan dua lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh). - UTUSAN ONLINE


      : Dalam kedudukan ini mana Menteri Agama? Adakah Mujahid nak jawab, sebelum ini hebat mengkritik UMNO/BN. Sekarang bila ada kuasa apa yang awak buat?....
    6. Exco Armada tegur Syed Saddiq isu macai politik
      WARTAWAN SINAR HARIAN 3 OGOS 2018
      FacebookTwitterWhatsAppEmailMore310
      Exco Armada tegur Syed Saddiq isu macai politik
      Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir
      A-A+ (Ubah saiz teks)
      KUALA LUMPUR - Kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkenaan isu ‘macai politik’ dalam persatuan belia turut mendapat teguran Exco Armada Bersatu.

      Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir yang juga ahli seumur hidup Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) berkata, tidak semua ahli dalam pertubuhan belia merupakan macai politik.


      Katanya, Syed Saddiq tidak boleh pukul rata dengan menyatakan pertubuhan belia sebagai alat kepada parti politik.

      “Tidak dinafikan oleh kerana pertubuhan belia dinaungi Kementerian Belia dan Sukan, lumrah mana-mana badan dalam pergerakan belia mempunyai kecenderungan terhadap satu parti ditambah negara selama ini tidak pernah bertukar kerajaan. Oleh itu, bukan sahaja kecenderungan, malah doktrin parti pemerintah kerajaan terdahulu telah terbiasa dan berakar dalam pergerakan belia.

      “Sehingga ramai pemimpin pergerakan belia lupa bahawa biar pun dinaungi kerajaan, ia perlu bersifat ‘non-partisan’ atau mungkin meraih pelbagai perbezaan demi menjaga kemaslahatan gagasan pemikiran (idealisme) manusiawi sekaligus memelihara keharmonian dalam kalangan belia di Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

      Katanya, bagaimanapun tidak semua anggota pergerakan belia itu menggunakan pentas belia sebagai alat kepada parti politik dan menteri perlu lebih spesifik dan tidak boleh pukul rata.

      [ARTIKEL BERKAITAN: Bersihkan persatuan belia daripada macai politik]

      http://www.sinarharian.com.my/politik/bersihkan-persatuan-belia-daripada-macai-politik-1.863446]

      Bagaimanapun, menurut Mohd Ashraf, memang tidak dinafikan ada pemimpin tertinggi belia menjadikan NGO mereka sebagai kuda tunggangan politik demi agenda peribadi atau kelangsungan pertubuhan.

      “Malah ada yang disalahguna hingga masuk ‘kocek sendiri’, menyebabkan pemimpin tertinggi pertubuhan tidak bersifat telus dalam komentar dan kritikan atau sekadar bersifat kosmetik,” katanya.

      Susulan itu, katanya, seruan Syed Saddiq perlu disambut baik oleh pertubuhan belia termasuk GPMS dengan terbuka.

      “Ini bagi memastikan pergerakan mereka tidak dikekang dan mampu menjadi ‘check and balance’ dalam agenda memperkasa belia.

      "Di samping mereka tidak lagi kelihatan seperti ‘macai’ atau ‘kaki jilat’ kepimpinan negara,” katanya.
    7. Pakatan Harapan Sebelum Memerintah...



      Aku ingat lagi masa setahun sebelum PRU14. Aku mula minat dengar ceramah khasnya dari Pakatan Harapan. Pantang dengar ada ceramah mesti aku datang. Dalam semua ceramah aku pergi, mesti ada 4 isu dari dulu lagi yang wajib deme sebut dan maki hamun Umno. Bila deme maki hamun tu yang memang nampak betui-betui berat isu tu. Banyak lagi isu lain, tapi aku nk sebut 4 isu ini sebab 4 isu ini deme serang Umno gile babi punya smpai Umno tak dan nak tepis dan kalah teruk.

      Isu 1, Minyak Mahal
      Kung kang kung kang maki Umno. Deme cakap, " hari ni kita bentuk kerajaan, esok kita turun harga minyak, kita ada kuasa, kita boleh buat. Sape cakap tak boleh buat? negara kita kaya, negara kita pengeluar minyak, kita yang jual minyak kat org". Bersorak la penonton sekali dengan aku.

      Isu 2, Tol
      Kung kang kung kang maki Umno. Deme cakap, “kalau kita perintah kerajaan kita akan hapuskan tol atau kita akan kurangkan harga tol lebih separuh. Negara kita antara negara yang tol paling banyak.” Bertepuk tangan penonton sekali dengan aku.

      Isu 3, Getah Murah.
      Kung kang kung kang maki Umno. Deme cakap, "kalau kita perintah, kita akan naikkan harga getah dan tetapkan harga getah. Getah sekarang murah sgt, 1kg getah tak boleh nak beli 1kg gula.” Besorak pakcik makcik kampung ni sekali dengan aku.

      Isu 4, GST
      Kung kang kung kang maki Umno. Deme cakap, “rakyat dizalimi oleh Umno sampai anak baru beranak pun dah kena cukai GST. Bukan itu saja malah orang mati pun kena GST, itulah namanya cukai haramjadah yang di buat oleh kerajaan Umno haramjadah.”
      "Jangan susah hati tuan-tuan dan puan-puan, pangkah Pakatan hari ni menang, esok tak dak dah gst". Gegak gempita satu kampung.

      Bila dah memerintah dan berkuasa baru lah terhegeh-hegeh nak kaji. Minyak mahal sebab itu ini la. Toll tetap kutip macam biasa juga dan tak bolih hapus kerana mcm2 hal kena semak. Dan macam2 kena semak dan tak bolih terburu buru.Tun M kata janji menifesto ph bukan kitab jadi tak tunai tak berdosa.


      : Pakatan Harapan sangat Hancing....
  5. Janji 100 hari - Apa kata rakyat?

    Saksikan video di Youtube:

    https://youtu.be/8-MU2qT3qYQ
    Reply

    Replies

    1. Toksah nak kencing lah admin..!
    2. Perhimpunan aman di Kuala Krau
      ROSILAWATI ROSEDI 3 OGOS 2018
      FacebookTwitterWhatsAppEmailMore3.2K
      Perhimpunan Aman di Kuala Krau
      Antara mereka yang hadir dalam perhimpunan aman di Kuala Krau anjuran Umno Bahagian Kuala Krau hari ini.
      A-A+ (Ubah saiz teks)
      KUALA KRAU - Kira-kira 500 memenuhi perkarangan Masjid An Nur Kuala Krau sempena Perhimpunan Aman Kebangkitan Ummah Mempertahankan Agama Islam,Bangsa Melayu dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu hari ini.

      Perhimpunan anjuran Umno Bahagian Kuala Krau itu disertai beberapa NGO terdiri bekas polis, tentera, peneroka termasuk masyarakat Orang Asli(OA) dan penduduk setempat.


      Hadir sama Ketua Umno Bahagian,Datuk Seri Ismail Mohamed Said yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau, Exco Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam,Pelajaran dan Kesihatan Negeri,Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad yang juga Adun Kerdau.

      Perhimpunan lebih sejam yang bermula kira-kira jam 2.15 petang itu menuntut hak dan keistimewaan orang Melayu dan agama Islam di negara ini.

      Selain laungan 'Hidup Melayu yang bergema,sebaik perhimpunan berakhir kira-kira jam 3.30 petang, mereka turut berarak ke Balai Polis Kuala Krau untuk membuat laporan polis terhadap Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran serta penghinaan terhadap agama Islam,bangsa Melayu dan Raja-raja Melayu oleh beberapa pengguna Facebook.
    3. Najib dedah dana projek kenderaan elektrik Tun M
      NURULFATIHA MUAH 30 JULAI 2018
      Najib dedah dana projek kenderaan elektrik Tun M
      Najib dan Dr Mahathir ada cerita antara mereka.
      A-A+ (Ubah saiz teks)
      KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, tuduhan menyatakan beliau tidak menyokong Proton adalah tidak benar.

      Sebaliknya, Najib berkata, kerajaan di bawah pimpinannya telah menyediakan geran pembangunan dan penyelidikan (R&D) sebanyak RM1.1 bilion dan pinjaman mudah RM1.5 bilion kepada Proton sebelum ini, selepas syarikat itu membuktikan mempunyai pelan mampan yang mampu dilaksanakan.


      Selain itu, beliau juga mendedahkan, sebelum hubungannya dengan Tun Dr Mahathir Mohamad renggang, kerajaan pimpinannya juga telah memberi sokongan kepada perdana menteri ketujuh itu untuk projek kenderaan elektriknya.

      "Melalui permintaan dibuat Dr Mahathir, satu geran RM270 juta diberikan kepada Proton pada 2010 bagi menjalin satu kerjasama perniagaan dengan sebuah syarikat United Kingdom dimiliki rakannya Kamal Siddiqi, yang berpengkalan di Britain bagi memajukan kereta dan lori elektrik.

      "Bagaimanapun, pelaburan ini gagal dan kerajaan membuat keputusan untuk tidak menyalurkan lagi dana. Ini turut menyebabkan kemarahan Dr Mahathir," katanya menerusi entri terbaharu di Facebook miliknya hari ini.

      Najib berkata, beliau berpendirian bahawa rakyat tidak seharusnya menanggung masalah Proton dan syarikat itu perlu bersaing pada keupayaan sendiri sebagaimana dilakukan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua).

      "Jika Perodua mampu menjadi jenama kereta paling teratas di negara ini, tiada alasan untuk Proton untuk tidak mencapai kedudukan yang sama," katanya.

      Dalam pada itu, Najib turut akui bahawa janji PRU13 BN untuk mengurangkan 30 peratus harga kereta adalah tidak menyeluruh ke atas semua jenis kereta.

      "Di sebalik ada di dalam kerajaan saya pada masa itu yang menyuarakan kebimbangan bahawa harga kereta menurun dengan terlalu pantas akan memberi tekanan terhadap bank, penjual kereta terpakai dan nilai aset isi rumah, ada harga beberapa model kereta menurun 30 peratus.

      "Secara keseluruhan, harga kereta menurun pada pelbagai peringkat," katanya.

      Namun, katanya, kerajaan Pakatan Harapan pula 'menghadiahkan' rakyat dengan harga kereta lebih tinggi, dalam keadaan rakyat masih tertunggu-tunggu janji harga petrol lebih rendah dan tol dihapuskan ditunaikan.

      "Ketika saya dilantik sebagai PM, harga kereta yang tinggi dan perlindungan terhadap Proton adalah antara aduan utama dan beban kepada rakyat.

      "Seorang wartawan kewangan turut membuat anggaran, rakyat terpaksa menanggung RM360 bilion demi Proton dan Eon yang pada masa itu menjana pendapatan di atas beban rakyat sehingga Eon turut memiliki bank sendiri," katanya.

      Menurutnya, beliau sedia maklum harga kereta yang tinggi adalah satu bebanan untuk rakyat, terutama bagi kumpulan berpendapatan rendah dan menengah.

      "Sebuah kereta yang dijual dengan harga RM20,000 lebih mahal ekoran pelbagai cukai dan dasar akan menyebabkan pembeli yang mengambil pinjaman sembilan tahun pada kadar faedah 4 peratus, membayar RM28,000 pada akhir pinjaman mereka.

      "Harga kereta lebih tinggi juga turut menyebabkan kos selenggara dan perlindungan insurans setiap tahun yang akan menambah beban pembeli," katanya.

      Bagi memperbetulkan masalah legasi ini, katanya, kerajaan pimpinannya telah menghapuskan cukai import 10 peratus bagi kereta dari Jepun dan memperkenalkan insentif Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).
    4. Perkasakan sekolah tahfiz berbanding UEC
      AIMAN SADIQ ABDULLAH 31 JULAI 2018
      FacebookTwitterWhatsAppEmailMore1.8K
      Perkasakan sekolah tahfiz berbanding UEC
      Roslan
      A-A+ (Ubah saiz teks)
      KUANTAN - Tindakan PH mahu mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) walaupun bertentangan dengan Perlembagaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan menimbulkan kemusykilan.

      Exco Pemuda Pas, Roslan Md Esa berkata pihaknya tidak bersetuju dan membantah keras usaha tersebut kerana tidak bertepatan dengan masyarakat Malaysia hidup saling melengkapi antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang kaum, agama dan bahasa.


      Menurutnya, walaupun masih di fasa awal cadangan namun, tuntutan UEC ini perlu dilihat daripada kaca mata perpaduan kaum serta kesan jangka masa panjang terhadap sistem pendidikan di Malaysia.

      "Bagi kami, kerajaan perlu memiliki keberanian untuk memperkasakan semua sekolah kebangsaan selain mengkaji semula kedudukan sistem pendidikan vernakular di negara ini.

      "Daripada meluluskan UEC lebih baik perkara itu diberi kepada sekolah tahfiz yang terlalu memerlukan pembelaan dan bantuan sokongan daripada kerajaan," katanya, semalam.

      Dalam pada itu, ditanya mengenai kewajipan penggunaan kasut hitam, Roslan berkata kerajaan perlu menggagap isu itu bukanlah sesuatu yang mendesak.

      "Seharusnya tangani terlebih dahulu isu-isu yang lebih mendesak. Contohnya beg sekolah berat terpaksa ‘dipikul’ murid, bebanan tugas guru yang tidak pernah selesai dan akses internet bertaraf ‘siput’ sedangkan guru-guru diminta memberikan pelbagai laporan secara dalam talian.

      "Itu belum lagi kurikulum yang sentiasa berubah-ubah yang amat menekan guru-guru dan anak-anak.

      "Yang jadi mangsa guru-guru sehinggakan ramai me­ngalami tekanan perasaan tetapi demi melaksanakan tugas dan amanah mendidik anak bangsa, mereka hadapi dan tempuhi juga," katanya.
    5. Perumahan dengan akses internet usah bebankan rakyat
      3 OGOS 2018
      FacebookTwitterWhatsAppEmailMore71
      Perumahan dengan akses internet usah bebankan rakyat
      Gambar Hiasan.
      A-A+ (Ubah saiz teks)
      KUALA-LUMPUR - Hasrat kerajaan supaya projek perumahan baharu disediakan akses internet disambut baik banyak pihak, namun timbul juga kebimbangan ia boleh menyebabkan peningkatan kos kepada pemaju perumahan, dengan akhirnya harga rumah turut naik.

      Apabila Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo mengumumkan kementerian itu bercadang menggubal satu rang undang-undang (RUU) bagi mewajibkan setiap pembinaan bangunan baharu menyedia akses internet, wujud pandangan supaya pelaksanaannya diperhalusi agar ia benar-benar memberi manfaat kepada orang ramai.


      Melalui tinjauan di laman media sosial bagi melihat pandangan netizen berhubung cadangan menteri itu, mereka hanya berharap cadangan berkenaan tidak akan membebankan rakyat pada akhirnya.

      Ada netizen yang risau kemungkinan harga rumah akan naik dan masalah ini wajib dipantau kerajaan agar tiada pemaju sewenang-wenangnya menaikkan harga jualan rumah atas alasan pemasangan akses internet itu melibatkan kos yang tinggi kepada mereka.

      Pelajar Universiti Malaya, Muiz Baharudin berkata kerajaan harus lebih tegas dalam memantau harga rumah disebabkan kemungkinan pemaju boleh mengenakan caj tersembunyi.

      “Dengan bertambahnya kos pembinaan ditambah dengan pemasangan internet ini, tak dapat dinafikan harga sesebuah rumah juga turut meningkat,” katanya menerusi Facebook.

      Gobind ketika mengumumkan cadangan RUU itu ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat Rabu lalu, berkata melalui penggubalan RUU itu, kemudahan akses internet boleh dikategorikan sebagai utiliti seperti bekalan elektrik dan air untuk setiap unit rumah.

      Sementara itu, Yusof Tashfin di laman Facebooknya berkata adalah seeloknya kerajaan menambah baik perkhidmatan akses internet sedia ada dahulu sebelum melaksanakan cadangan berkenaan.

      “Cadangan saya sebagai rakyat pula ialah, kerajaan patut mempercepatkan proses menambah baik kelajuan internet, selain mengurangkan kos penggunaan internet,” katanya.

      Pengerusi Persatuan Penduduk Pangsapuri Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Setapak Jaya 1B, Adnan Lop, 65, berkata usaha mewujudkan akses di kawasan perumahan baharu sangat dialu-alukan tetapi ia diharapkan tidak membebankan rakyat atau menjejaskan kos sara hidup penduduk secara bulanan.

      “Zaman sekarang semuanya di hujung jari. Saya pasti orang ramai mahukan fasiliti itu disediakan untuk kemudahan tetapi mengenakan caj mengikut kemampuan penduduk atau (lebih baik) kalau diberikan secara percuma,” katanya.

      Toomie Baru, 28, dari Tenom, Sabah berkata perancangan tersebut sebaiknya dilaksanakan dengan mengambil kira penduduk di kawasan perumahan di luar bandar yang sukar mendapatkan rangkaian internet.

      “Kebanyakan orang sekarang menggunakan internet dalam urusan seharian mereka seperti membayar utiliti bulanan, online shopping, dan sebagainya. Bukan itu sahaja, masyarakat luar bandar juga menggunakan internet untuk ‘keep update’ mengenai isu semasa.

      “Ada juga segelintir suri rumah yang menjana pendapatan melalui bisnes dalam talian. Mungkin projek ini dapat menguntungkan mereka (penduduk luar bandar),” katanya. - Bernama
Khairy Jamaluddin sekolahkan pemimpin umno
Manifesto HARAPAN: Tak laksana pun rakyat tak kisah, kata Khairy

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berpendapat tidak penting untuk menilai prestasi 100 hari pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) kerana rakyat tidak ambil kisah sama ada janji mereka itu ditunaikan atau tidak.

“Media tanya saya berkenaan 100 hari kerajaan HARAPAN. Saya kata, rakyat tak kisah tentang janji 100 hari atau janji lain dalam manifesto.

“Tak laksana pun rakyat tak kisah. Mereka hanya mahu buang Umno-BN pada PRU14. Justeru, parti saya kena fikir strategi baharu,” cuitnya di Twitter, hari ini.

Khairy percaya, apa yang penting kepada rakyat ialah BN ditumbangkan dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diturunkan daripada terus mentadbir negara.

Malah, katanya rakyat juga berkata “lebih baik dari kamu (Umno-BN) dulu” dan “tak dapat tunai sebab hutang yang ditinggalkan BN.”

Justeru, katanya Umno dan BN hari ini terpaksa mencari naratif dan hujah baru.

“BN-Umno perlu halatuju baharu. Kepimpinan mesti berada di hadapan kelok perubahan.

“Dah sampai 100 hari. Patut fikir “what’s next?” Bukan masih jual naratif janji tidak ditunaikan. That’s done. Move on,” katanya.

Hari ini genap 100 hari pentadbiran HARAPAN menerajui Putrajaya selepas menumbangkan BN pada pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei lalu.
-malaysiakini
at 8/17/2018 09:16:00 PTG 
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/08/khairy-jamaluddin-sekolahkan-pemimpin.html
KERENGGA: Khairy Jamaluddin sekolahkan pemimpin umno



http://peceq.blogspot.com/2017/12/6635-amalkan-doa-ini-umat-islam.html


6635 Amalkan Doa Ini Umat Islam


6635 Amalkan Doa Ini Umat Islam

pada 12/12/2017 jumlah : 125 hits
KEHIDUPAN DUNIA HANYALAH KESENANGAN YANG MEMPERDAYA QS AL IMRAN 185 Usah memandang sesuatu dengan pandangan mata semata Mata Hati Usah memandang sesuatu dengan pandangan mata semata tetapi pandanglah dengan pandangan hati Kita bukan sahaja ...











Doa Qunut Nazilah Umat Islam Yang Ditindas


Doa Qunut Nazilah Umat Islam Yang Ditindas

papar berkaitan - pada 16/12/2017 - jumlah : 112 hits
Kini sekali lagi penduduk Islam di bumi Gaza Palestin diserang tentera pengganas Zionis Israel LAKNATULLAH yang telah mengisytiharkan Baitul Maqdis sebagai ibu negara baharu Israel Umat Islam sewajarnya bersatu mengecam sekeras kerasnya tin...







Mui Sebut Sikap Trump Memantik Kemarahan Umat Islam Di Dunia


Mui Sebut Sikap Trump Memantik Kemarahan Umat Islam Di Dunia

papar berkaitan - pada 7/12/2017 - jumlah : 60 hits
Demikian diungkapkan Wakil Ketua Majelis Ulama Indonesia Zainut Tauhid Selain itu penderitaan bangsa Palestina pun terancam akan lebih panjang karena sikap presiden negeri Paman Sam tersebut





Sesiapa Yang Inginkan Badan Yang Ideal Amalkan Doa Untuk Menurunkan Berat Badan Dan Diet Cara Islam


Sesiapa Yang Inginkan Badan Yang Ideal Amalkan Doa Untuk Menurunkan Berat Badan Dan Diet Cara Islam

papar berkaitan - pada 8/12/2017 - jumlah : 274 hits
Mempunyai berat badan yang ideal merupakan impian semua orang terutama bagi kaum hawa atau perempuan Tubuh langsing merupakan idaman dan mungkin juga merupakan keharusan bagi wanita Tapi tahukah anda bahwa dalam Islam ternyata membahas meng...


Jam 2 10 Am Waktu Malaysia 7hb Disember 2017 Sejarah Hitam Telah Tercatat Untuk Umat Islam Sedunia


Jam 2 10 Am Waktu Malaysia 7hb Disember 2017 Sejarah Hitam Telah Tercatat Untuk Umat Islam Sedunia

papar berkaitan - pada 7/12/2017 - jumlah : 169 hits
Puzzle Simpson Jam 2 10 am waktu Malaysia 7hb Disember 2017 sejarah hitam telah tercatat untuk Umat Islam Sedunia Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah mengistiharkan Jerusalem sebagai Ibu Negara Regim Zionist Israel Namun umat Islam...










Ade Armando Umat Islam Masih Ada Di Dunia Karena Kebaikan Hati Non Islam


Ade Armando Umat Islam Masih Ada Di Dunia Karena Kebaikan Hati Non Islam

papar berkaitan - pada 7/12/2017 - jumlah : 127 hits
Ade Armando Umat Islam Masih Ada di Dunia Karena Kebaikan Hati Non IslamBerita Islam 24H Ade Armando kembali memancing kontroversi media sosial Melalui akun Facebook pribadinya dosen Universitas Indonesia itu menuliskan kalau ada perang ant...









Isu Baitulmaqdis Ini Kata Dr Yusuf Qardawi Yang Buat Hati Umat Islam Bergetar


Isu Baitulmaqdis Ini Kata Dr Yusuf Qardawi Yang Buat Hati Umat Islam Bergetar

papar berkaitan - pada 7/12/2017 - jumlah : 164 hits
Isu Baitulmaqdis Ini KATA Dr Yusuf Qardawi Yang Buat Hati Umat Islam BERGETAR Banyak negara negara bukan Islam telah pun berani buat bantahan terbuka Dan akhirnya Dr Yusuf Qardawi pun tampil beri kenyataan yang mengentarkan hati umat Islam ...









Subhanallah Allahu Akbar Pembebas Al Quds Dan Pembawa Kejayaan Islam Di Akhir Zaman Itu Ternyata Umat Islam Indonesia


Subhanallah Allahu Akbar Pembebas Al Quds Dan Pembawa Kejayaan Islam Di Akhir Zaman Itu Ternyata Umat Islam Indonesia

papar berkaitan - pada 19/12/2017 - jumlah : 172 hits
SUATU saat kami duduk di Masjid Jogokariyan di hadirat Syaikh Dr Abu Bakr Al Awawidah Wakil Ketua Rabithah Ulama Palestina Kami katakan pada beliau Ya Syaikh berbagai telah menyatakan bahwa persoalan Palestina ini takkan selesai sampai bang...










Trump Membuat Umat Islam Dunia Bersatu


Trump Membuat Umat Islam Dunia Bersatu

papar berkaitan - pada 8/12/2017 - jumlah : 130 hits
Trump Membuat Umat Islam Dunia BersatuBerita Islam 24H Kita mungkin tidak pernah tahu bahwa ketika Allah menggelincirkan lidah Ahok untuk menista Al Maidah 51 sesungguhnya di situ ada kebaikan yang Allah selipkan Buktinya umat Islam kemudia...








Umat Islam Perlu Berjihad Pertahan Al Aqsa Dr Muraweh Mousa


Umat Islam Perlu Berjihad Pertahan Al Aqsa Dr Muraweh Mousa

papar berkaitan - pada 19/12/2017 - jumlah : 129 hits
BANGI 30 Rabiulawal 1439H Selasa Umat Islam perlu memainkan peranan mempertahan Al Aqsa daripada cengkaman Yahudi kata Pengerusi Jawatankuasa Baitulmaqdis Kesatuan Ulama Dunia Dr Muraweh Mousa Nasser Nasar Beliau berkata jihad untuk Palesti...











Tiada ulasan: