Jumaat, 17 Ogos 2018

Sacrifices. 8057.


The problem is not the problem. Your attitude about the problem is the problem. Jack Sparrow.
Jack Sparrow In Pirates of the Caribbean- At World's End.JPG
Captain Jack SparrowPirates of the Caribbean character

Jul 14, 2014
Ketika Akaun Bank Anda Kosong.
#sembangkencangchannelnetwork
#sembangkencang
Di saat akaun bank anda kosong, macam-macam perkara boleh terjadi. Jika anda cuma seorang kuli, ini adalah hal biasa bagi anda dan tidak merisaukan. Tetapi, sekiranya anda merupakan seorang boss dan menguruskan perniagaan atau mempunyai pekerja yang ramai dibawah anda, maka hal ini amat menggusarkan di saat pertengahan bulan.

Hujung bulan nanti mahu bayar duit gaji pekerja, nak bagi bonus raya, balik rumah nak settle bil api air internet, bagi duit kat mak ayah, nak asingkan duit belanja raya, beli baju baru, repair kereta nak balik kampung, duit raya anak2 buah (nasib blm ada anak sendiri), dan macam-macam lagi.

Kena pulak sekarang dah separuh Ramadhan, sikit hari lagi mau raya... masak ! Ketika ini, kepakaran anda menggulingkan duit harus digunakan sebaik mungkin. Maka, segala macam jenis ilmu yang kita ada akan dikeluarkan.

Ilmu masa ikut seminar sana kita guna, ilmu masa coaching dengan coach itu kita cuba, ilmu masa meeting dengan taukeh produk laku keras pun kita cuba...

Ketika ini, benar-benar teruji akan kesabaran kita. Di saat anda bijak menguruskan kewangan, anda tidak perlu untuk berhutang.

Sudah menjadi kebiasaan saya,

setiap untung jualan atau urusniaga yang saya lakukan, akan saya asingkan mengikut beberapa kategori. Sebahagian untuk tabung perkahwinan, sebahagian untuk tabung percutian, sebahagian untuk tabung pelaburan, sebahagian untuk tabung wang persaraan dan bakinya untuk enjoy dengan kawan-kawan (sbb blm ada keluarga sendiri).

Tetapi, disaat genting seperti ini, Pengeluaran lebih tinggi berbanding aliran wang masuk. Hal ini terjadi akibat terlalu banyak meletakkan wang dalam tabung enjoy.

Maka, sekarang kena kat diri sendiri.

Ujian ketika duit ada dalam tangan amat berbeza. Sangat berbeza ketika duit tak ada. Ujian ketika hidup negatif pun berbeza.

Ada duit itu ujian. Tak ada duit pun ujian. :3 Masa tak ada duit, semua cabut lari. Yang dah kawen, isteri boleh tinggalkan kita. Yang belum kawen, kawan-kawan ramai yang cabut lupakan kita.

"Jatuh diwaktu muda, kita punya masa yang banyak untuk bangkit semula. Tapi ingat, kelapa muda pun ada yang luruh juga..."

Life is short to taste all the mistake. Learn fron the past mistake. Make a new path for your life.

Bagaimana saya hendak penuhkan kembali akaun bank saya supaya saya boleh mengosongkannya ketika akhir bulan nanti?

1. Usaha lebih keras berbanding sebelumnya. Bangkit awal pagi, kalau malam2 tengok bola atau bangun qiyam, toksah tidur lepas Subuh. Buat kerja dulu sampai naik matahari kemudian amal ibadah sikit baru tidur qailullah sebelum Zuhur.

2. Masa buat kerja, jangan duk gatal tangan chatting sana sini kacau awek DP gambar selfie pakai tudung Fareeda. Chat dengan client tak apa, sebab mereka sumber kewangan kita.

3. Tingkatkan produktiviti anda. Cari jalan dan gunakan segenap kemahiran yang ada. Apa sahaja yang boleh memberi wang kepada kita, jangan ditolak. Cuba sebaik mungkin untuk selesaikan. Kalau tidak sempat menguruskan order yang datang kepada kita, bagi sub-kontrak kepada kengkawan bisnes yang boleh buat job tersebut, Makan untung atas angin. Biar untung sen-sen atau 10 dua puluh ringgit, janji boleh penuhkan akaun. Esok hujung bulan, RM 10 pun bernilai nak beli sirap sunquick buat bancuh jamu tetamu pagi raya.

4. Di saat ini, ilmu networking amat berguna. Mana-mana kengkawan yang kita pernah tolong sebelum ni, boleh lah kita pi cari depa suruh tolong kita pulak. Mana yang tak mau tolong tu, esok lusa time kita dah stabil balik maka kita akan faham siapa kawan siapa lawan.

5. Buat placement wang. Dalam banyak-banyak tabung yang ada, ambil satu tabung terpenting. Asingkan jumlah wang untuk mengisi tabung tersebut. Tetapi jangan isi dlu, pi settle hutang yang ada dlu atau asingkan untuk bayar duit pekerja dahulu baru boleh pi isi tabung. Lagi bagus isi tabung tu lepas raya esok. Nilainya kita tambahkan setiap kali kita terima untung dari setiap job... jadi, cukup bulan, ada lebihan baru kita pi sumbat tabung2 tu tadi...

*Saya punya tabung paling utama adalah tabung perkahwinan. Walaupun untung sepuluh dua puluh ringgit satu job, saya tetap asingkan satu bahagian untuk dimasukkan ke dalam tabung tu bila kewangan sy sudah stabil. Tabung2 lain macam pelaburan tu kita boleh tangguh kemudian sbb tak ada reccurring money yg diperlukan. Tabung persaraan tu kita dah standby awal2... so tak risau sangat, lagipun tak ada monthly installment. PTPTN pun dah settle bayaq... syukur!

6. Kengkawan ajak lepak minum jangan gatal tangan nak order mahal2. Pi jumpa depa minum air kosong satu gelas jadi lah... janji datang tunjuk muka. Kalau gatal order mahal2, lagi2 pi beli rokok Dunhill isap asap kepul2, nanti sok hujung bulan sendiri garu kepala nak pinjam duit orang buat bayar itu ini... sendiri susah.

7. Kurangkan aktiviti bermotor. Nak jalan dari Gombak pi Bukit Bintang shopping baju raya pun perlu wang. Naik LRT dan Monorel mau RM 13 pergi balik termasuk tambang bas pa bagai. Naik kereta sendiri minyak sahaja pergi balik dan tol Highway DUKE boleh cecah RM 25 termasuk sangkut dalam jalan jem. Jadi, minimakan aktiviti luar. Fokus aktiviti yang boleh isi wang ke dalam akaun anda sahaja.

At this time, you will see the real life.

Dunia anda mungkin gelap, malap dan kelam... hari raya anda mungkin tidak bermakna.

Tetapi,

jika pandai menguruskannya, insyaALLAH kerlipan anak bulan Syawal akan menerangi malam anda bersama-sama pelita malam walaupun anak bulan tu tak terang pun...

Paling penting, ada lebihan, asingkan walaupun seratus dua bagi kat mak ayah. Sebab, merekalah yang bagi kat kita macam2 masa kita kecil suka merengek dulu2. Bagi bukan tanda kita bayar budi mereka. Cukup sekadar menunjukkan rasa kasih kita pada mereka.

Berkongsi kesenangan yang kita ada.

At this time, I settled over 70% of my debt. Last month, I settled over 90% of the debt. But, when some marketing placement goes wrong in of my business, the debt has been increasing rapidly.

Pecah kepala mikir macam mana nak selesaikannya. Satu bisnes yang kondem punya hal, efek semua bisnes yang lain. Jadual kita pa bagai habis lari dan berubah. Patutnya malam time nak pi lepak mamak tengok bola terpaksa cancel kena duk depan laptop cari jalan mana nak cekau duit.

Dapat duit bukan boleh pergi enjoy, Settle hutang, settle client punya permintaan, bayar gaji pekerja slow2, settle tuntutan wang2 kutu dan pelaburan yang wajib bayar bulanan...

Mujur dalam almari ada satu lagi tabung sen sen yang aku simpan dari zaman sekolah dulu masih belum kena pecah. Bila betul2 sesak, boleh pecah pi tukar kat kedai runcit bawah.

Dapat bayar sikit dari 70% htuang tu pun jadi lah...

Alhamdulillah, hasil kemahiran menggulingkan wang dari pengalaman meniaga sejak zaman bangku sekolah rendah dulu kita applykan masa sekarang.

Saya tidak perlu tambah hutang saya untuk settlekan hutang sedia ada dan tidak perlu pecahkan tabung dalam almari semata-mata untuk selesaikan yang terbantut.

Cukup tarikh matang, nanti tabung tu kita pi pecah tukar kat bank buat modal wang hantaran kawen dengan awak ;)

Akhir kata, di saat ada wang, pengurusan wang dan pembahagiannya ke dalam money placement amat penting. Asingkan ikut kategori yang sepatutnya. Biar anda tidak buat rekod rasmi, asalkan anda tahu yang setiap wang anda sudah diasingkan. Jangan lupa tambah satu lagi tabung untuk kegunaan anda disaat kesesakan dan kecemasan.

Paling penting, jangan lupa bayar hutang dan bayar zakat fitrah serta zakat pendapatan.

Dalam setiap pendapatan yang kita dapat, adanya hak insan lain yang bersaudara dengan kita di dalamnya. Banyakkan memberi disaat susah, insyaALLAH anda mudah memberi disaat senang.

Cukup bulan ni, kita settle pa bagai, nanti nak jumpa tok amil salam bayar zakat fitrah sendiri. Zakat pendapatan kita serah terus kat wakil asnaf, insyaALLAH.

Tamat sembang kencang...
-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer.
http://bradokapak.blogspot.com/2014/07/ketika-akaun-bank-anda-kosong.html
bradokapak: Ketika Akaun Bank Anda Kosong

The Golden Heart
Pendahuluan:

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Selawat dan Salam ke atasa Junjungan Baginda Rasulullah SallALLAHu Alaihi Wa Aalihi Wasallam (SAWAW) serta ke atas seluruh Itrah Ahlul Bait Baginda dari awal hingga akhir. Semoga dengan mereka kita mendapat lebih banyak ilmu dan mengasihi mereka kita beroleh syafaat Baginda di akhirat kelak. Semoga kita sama-sama dapat meminum air dari telapak tangan Baginda ketika berada di Haudh Nabi kita di akhirat sana. Amiin, insyaALLAH...

Maha Suci ALLAH yang telah mengIsrakkan hambaNYA daripada Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa.

Semoga dengan terbitnya artikel ini dapat memberi kefahaman sedikit kepada kita tentang peristiwa Israk Mikraj dan kaitannya dengan EMAS. Saya kongsikan artikel ini setelah mengikuti kuliah Israk Mikraj bersama Tuan Guru Ust Wan Nasir pada malam 30 Mei 2014 di surau berdekatan rumah saya. Walaupun kehadiran tidak begitu ramai, namun apa yang disampaikan oleh Tuan Guru memang sangat bermanfaat dan kerana itulah saya mahu berkongsinya dengan anda semua.

Tanpa melengahkan masa, ayuh sama-sama baca.... Selamat menelaah!

Malam ini saya duduk-duduk berehat sahaja. Sambil-sambil tgk wall homepage fb saya membaca status update dari rakan-rakan facebook. Ada yang cerita pasal bisnes, ada yang cerita pasal JDT kalah dan ada juga yang bercerita pasal isu semasa yang masuk paper. Isu semasa hari ini yg saya lihat banyak diperkatakan orang adalah, budak kena kelar leher, tragedi bersesak-sesak di Masjidil Haram yg mengakibatkan ramai cedera dan satu lagi sudah pasti pasal "Grand Finale" yang sudah publish.

Apapun, bukan itu yg nak sy kongsikan. Malam ini sy sempat duduk dengar ceramah pasal Israk Mikraj daripada Tuan Guru Wan Mohd Nasir di surau area rumah saya. Ada beberapa perkara yang menarik perhatian saya. Disini saya kongsikan bersama....

1. Rasulullah ketika hendak di Israk oleh ALLAH SWT, maka telah diperintahkan Malaikat Jibril untuk membedah dada Baginda. Menurut riwayat, ada yang mengatakan Baginda dibedah ketika tidur di Masjidil Haram dan ada yg mengatakan ketika Baginda tidur di rumah Ummu Hanim.

2. Yang menariknya, dada baginda dibedah dari bahagian atas dada hingga bawah perut. Malaikat Jibril telah mengeluarkan isi badan Baginda dan mencucinya dengan kemudian, ALLAH SWT telah memerintahkan Malaikat Jibrail memasukkan cahaya, iman, ihsan dan Islam ke dalam sebuah bekas yang diperbuat daripada EMAS sebelum memasukkannya ke dalam hati Baginda.

3. Setelah itu barulah semua isi badan Baginda dimasukkan kembali ke dalam badan Bagindan dadanya disambungkan semula sebelum Buraq datang kepada Baginda.

4. Setelah Baginda duduk di atas Buraq, maka tiba-tiba Buraq itu meloncat dan tidak duduk diam sangkit merasa bahagianya ada seorang insan yang mulia menungganginya. Berkatalah Malaikat Jibril kepada Buraq, diamlah kamu kerana inilah orang yang paling mulia dan tiada lagi selain dia yang menunggangi kamu.

5. Setelah itu, maka bermulalah perjalanan Israk Baginda dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa di Palestin. Dikhabarkan bahawa kelajuan Buraq ini adalah selangkah kakinya melangkah akan berada sejauh matanya memandang.

6. Setelah itu, Baginda pun dibawa ke Al-Aqsa untuk mengimamkan solat dihadapan sekalian para Nabi. Menjadi penghormatan terbesar buat Nabi Muhammad apabila menjadi imam kepada semua para nabi yang ada.

7. Kemudian setelah itu, barulah Baginda di Mikrajkan ke langit. Baginda diangkat melalui pintu langit yang terdapat di atas Al-Aqsa.

8. Selapis demi selapis Baginda diangkat naik, dan akhirnya Baginda sampai ke langit yang ketujuh dengan diiringi oleh Jibril.

9. Disitu, Jibril berkata, naiklah kamu ke Sidratul Muntaha wahai Muhammad, tugas aku sampai disini sahaja. Aku tidak dibenarkan lagi untuk naik ke atas.

10. Akhirnya, Baginda pun naik ke atas berseorangan untuk bermunajat kepada ALLAH SWT.

11. Apa yang menariknya disini, inilah pertama kalinya saya mengetahui maksud Sidratul Muntaha.

12. Sidratul itu bererti pohon bidara. Manakala Muntaha itu merujuk kepada bahagian paling atas pada pohon. Maka, Baginda telahpun naik ke atas Sidratul Muntaha iaitu bahagian paling atas pada sebuah pohon yang besar. Ini adalah gambaran tentang tingginya tempat itu sebelum tiba di Arasy ALLAH.

13. Maka terjawablah persoalan mengenai "Apakah yang ada diatas pohon bidara?" yang pernah orang ajukan pada saya selama ini. Alhamdulillah.... inilah jawapaannya.

Penutup

Saya kongsikan secara ringkas apa yang disampaikan panjang lebar dan padat oleh Tuan Guru dalam 13 point di atas. Selebihnya, saya kira anda semua boleh cari sendiri atau bertanya kepada para ustaz dan mendengar kisahnya daripada mana-mana ceramah Israk Mikraj.

Maha Suci ALLAH yang telah mengIsrakkan hambaNYA....!

Tanpa peristiwa ini, maka tidak terujilah iman kita kepada perkara yang ghaib dan diluar akal fikiran manusia biasa. Kisah ini saya paparkan semula buat tatapan anda semua tanpa menyertakan dalil hadis dan ayat Quran dengan harapan anda dapat mencarinya sendiri. Saya sudahpun mendengar dan mengetahui dalilnya berdasarkan ceramah Tuan Guru.

Setelah itu, apa yang dapat saya rumuskan adalah seperti berikut....

a. Inilah peristiwa pertama dalam dunia ini dimana kelajuan menjadi cabaran. Di saat Buraq melangkahkan kaki, maka kelajuannya adalah lebih pantas daripada cahaya.

b. Manakala ketika ALLAH SWT Tajalli kan NUR-NYA pada Bukit Tur Sinai ketika hendak dilihat oleh Musa Alaihis Salam, itu pula adalah peristiwa dimana cahaya menjadi lebih kuat sifatnya berbanding benda pejal seperti batu. Kerana ketika Tajjali itu, bukit yang ada itu hancur berkecai dan Musa pun pengsan. Falamma Tajalla Rabbuhu Lijabali Jaalahu Dakkan Wakharra Muusa Sa'iqa.

c. Dalam peristiwa Israk, perkara yang amat menarik perhatian saya adalah pada point nombor 2 diatas. Untuk makluman semua, EMAS ini sifatnya kuat, padu, jitu dan boleh melebur sehingga menjadi wap. TIDAK ADA manusia yang mampu memegang emas 100 dalam skala besar tanpa apa-apa balutan atau lapisan kecuali dengan adanya 'Cahaya'.

d. Dalam hal peristiwa Israk Baginda ini, maka tahulah kita bahawa Baginda SallALLAHu Alaihi Wa Aalihi Wasallam (SAWAW) adalah penghulu bagi sekalian cahaya dan ummat manusia dimuka bumi ini. Maka, logiklah bila dada Baginda dibedah dan dimasukkan sebuah bekas EMAS berisi Nur Iman, Islam dan Ihsan ke dalam dada Baginda. Sekali fikir ia memang diluar akal, kerana sedangkan manusia biasa pun jika memegang emas wap boleh mengakibatkan strok atau mati keras, inikan pula mahu memasukkan sebuah bekas EMAS ke dalam badan manusia. Maka logik jugalah bahawa Bagindalah orang yang paling sempurna dan paling baik akhlak pekertinya sepanjang bumi ini diciptakan kerana Bagindalah sebaik-baik manusia yang dijadikan dan dimuliakan ALLAH.

e. Maha Suci ALLAH yang telah menunjukkan kebesaranNYA dalam peristiwa Israk Wal Mikraj. Segala Puja dan Puji untuk ALLAH yang menciptakan Muhammad sebagai Rahmatan lil Alamin yang mana Baginda telah menjadi contoh terbaik untuk kita semua ikuti. Dalam hal perkara berkaitan emas ini, maka Baginda telahpun mencipta satu-satunya sejarah dalam dunia, bahawa Bagindalah satu-satunya manusia yang pernah dimasukkan EMAS ke dalam dadanya yang mana EMAS itu dipenuhi dengan NUR Iman, Ihsan dan Islam. Dan cahaya beserta kunci kepada EMAS itu telahpun diwarisi turun temurun oleh Baginda kepada Saidina Ali KarramALLAHu Wajhahu turun kepada keturunanya melalui jurai Saidina Hassan Mujtaba RadiALLAHu Anhu turun sehingga ke akhir zaman. Kunci inilah yang sedang dicari-cari oleh ramai orang. Iaitu kunci kepada pintu gudang ilmu, kunci kepada EMAS perut bumi dan juga kunci kepada CAHAYA alam.

f. Sejauh mana anda semua mahu mempercayai kisah ini? Itu terpulang pada iman masing-masing. Dan saya ingin memberitahu, bahawa saya beriman dan percaya akan hal ini tanpa berbelah bahagi walaupun ia diluar akal jangkauan fikir kita sebagai manusia biasa.

g. Maha Suci ALLAH yang menjadikan peristiwa Israk wal Mikraj dan semua peristiwa yang ada kaitan dengannya sebagai satu platform untuk kita menguji iman masing-masing. Sejauh mana kita beriman kepada perkara yang ghaib? Anda nilaikan sendiri.

Itu sahaja perkongsian saya dalam waktu yang singkat ini. Saya akan sambung berehat pada beberapa ketika. InsyaALLAH, artikel akan datang saya akan membahaskan mengenai Pulau Nangka pula yang mana ia turut jua menyentuh hal berkaitan EMAS. Sama-samalah kita nantikan cerita yang sudah dilupakan orang ini.

Salam Israk Mikraj kepada semua, selamat menghayati erti sebenar kekuasaan ALLAH SWT yang ditunjukkan dalam peristiwa Israk wal Mikraj.

Allahumma Solli Ala Muhammad wa Aali Muhammad.

Semoga kita semua beroleh manfaat daripada kisah ini dan beroleh syafaat Baginda SAWAW dihari akhirat kelak. Amiin.

Sekian.
-bradokapak-
Penganalisa Berita Semasa.
Freelance Internet Marketer. http://bradokapak.blogspot.com/2014/05/the-golden-heart.html
bradokapak: The Golden Heart


Tiada ulasan: