Selasa, 11 September 2018

Cabaran Islam Melayu Tanah Melayu, tanpa keramat yang teranggap tuan puan Umno. 8178.






















Melayu Satu Bangsa Yang Wajar Berpecah Belah Menurut Yahudi Mengapa 8045

pada 16/8/2018 jumlah : 209 hits
Allah berfirman yang bermaksud Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya Melayu Suku Yahudi yang hilang di timur Yahudi suka Melayu yang tidak suka Sejarah dan Geografi Melayu malas membaca satu hal Termasuklah mengejek mempersend...

RENCANA
ARKIB : 07/11/2010
Runtuhnya Melayu Singapura
Oleh Zainuddin Maidin
DALAM memoirnya, The Singapore Story, Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew menceritakan ketika serangan Jepun ke atas Singapura dalam tahun 1941, beliau yang sedang berjalan kaki dari Teluk Kurau ke Norfolk Road telah melihat orang-orang Melayu mencuri kerusi dan meja dari rumah rumah besar. Tetapi orang-orang Cina mencuri barang-barang keperluan dan barang kecil yang ringan dan lebih berharga.

Sebuah buku lagi mengenai Kuan Yew, The Man and His Ideas telah memetik tulisan seorang sosiologis Barat, Judiht Jumour, isteri kepada seorang profesor antropologi University of London mengenai Malay kinship and Marriage in Singapore akhir 1940 dan awal tahun 1950 yang diterbitkan oleh London School Of Economic.


Jumour mengemukakan perbezaan nilai Melayu dan Cina Singapura. Orang Cina Singapura pada keseluruhannya menganggap pencarian kekayaan suatu matlamat hidup yang sangat penting dan mereka adalah pekerja yang rajin dan peniaga yang berminat. Sebaliknya Melayu Singapura mengutamakan kehidupan yang mudah dan santai.


Sebagai contoh beliau memberikan anekdot tentang seorang jiran Melayunya yang mempunyai suami yang berkerja sebagai pemandu lori berpendapatan $120 sebulan. Suatu hari dia memberitahu bahawa dia sangat gembira kerana suaminya telah mendapat kerja baru menjadi pemandu sebuah van kecil dengan gaji $80 sebulan.


Bagi wanita Melayu ini, keadaan ini adalah lebih baik kerana masa kerja yang lebih pendek dari memandu lori dan kurang memenatkan, suaminya boleh pulang ke rumah lebih awal di sebelah petang dan mempunyai banyak masa untuk bersenang senang, lebih baik dari kerja sehingga pukul 9 atau 10 malam dan mendapat $120 sebulan. Apa gunanya mempunyai gaji besar jika tidak mempunyai masa untuk berehat. Lagipun membawa lori mengotorkan baju, tetapi dengan kerja baru ini, isterinya tidak perlu lagi melakukan banyak kerja membasuh.


Banyak lagi anekdot yang dikemukakan oleh Kuan Yew dalam buku ini yang memberikan persepsinya terhadap nilai dan sikap orang Melayu. Berasaskan kepada perjuangan politiknya sesudah menyertai Malaysia dan setelah keluar dari Malaysia maka jelas bahawa beliau mempunyai pandangan yang sama terhadap orang Melayu hingga hari ini.


Penilaian ini tidak semestinya benar sepenuhnya kerana ketika Kuan Yew melihat orang Melayu tidak tahu menilai mana lebih penting antara perabot atau makanan dalam keadaan peperangan, beberapa orang wartawan Melayu yang diketuai oleh seorang bernama Yusof Ishak berasal dari Perak dengan beberapa orang lagi wartawan dan pekerja bahagian cetakan sedang berkerja di sebuah bangunan di Queen Street Singapura, bagi memastikan akhbar Utusan Melayu dapat berada dipasaran pada esoknya. Mereka tidak mempedulikan bom sedang digugurkan. 


Yusof menjalankan amanah Kesatuan Melayu Singapura bagi menerbitkan harian Utusan Melayu memandangkan beliau seorang yang berpengalaman dalam pengurusan akhbar, rajin, komited , dedikasi, jujur dan mendukung semangat kebangsaan yang tinggi. Sebelum itu beliau telah pun berkerja dengan Warta Malaya, akhbar yang dimodali sepenuhnya oleh orang Arab.


Ini adalah kualiti yang jarang ada pada orang Melayu pada masa itu. Beliau merupakan kesinambungan golongan terpelajar Melayu yang telah bangkit dan gigih berusaha meneroka berbagai bidang di Singapura sejak awal tahun 20-an.


Atas kualiti dan nilai-nilai inilah Kuan Yew yang mengenali Yusof lebih 20 tahun sejak beliau menjadi peguam pertama Utusan Melayu, telah melantik Yusof Ishak menjadi Yang Dipertuan Singapura dan seterusnya menjadi Presiden Singapura yang pertama selepas merdeka.


Yusof adalah antara orang Melayu keturunan Minangkabau yang berhijrah dari Semenanjung Tanah Melayu ke Singapura, mendapat didikan Inggeris di Singapura dan memahami sifat dan kualiti yang diperlukan oleh orang Melayu untuk hidup di kota kosmopolitan.


Seorang lagi anak Melayu yang juga dari keturunan Minangkabau yang membuktikan semangat keusahawanan yang tinggi bernama Mohd Eunos Abdullah yang mendapat pendidikan di Raffles Institution Singapura. Setelah tamat pelajarannya pada tahun 1894 beliau menjadi Ketua Pengawas Pelabuhan Singapura dan Ketua Pelabuhan Kecil Muar tetapi menempa nama besar apabila pada tahun 1907 dalam usia 31 tahun telah ditawarkan oleh William Makepeace, tuan punya sebuah akhbar Inggeris yang paling tua di Singapura, Free Press untuk menjadi pengarang edisi Melayu akhbar itu yang dinamakan Utusan Melayu.


Tetapi Utusan Melayu ini bukanlah Utusan Melayu yang dimodali sepenuhnya oleh orang Melayu yang diterbitkan atas tajaan Kesatuan Melayu Singapura dengan Yusuf Ishak sebagai salah seorang penajanya dan menjadi pengarahnya yang pertama yang diterbitkan pada tahun 1939.


Utusan Melayu pimpinan Mohd Eunos telah menunjukkan kebijaksanaan dan kehalusan orang Melayu dalam berinteraksi dengan pemerintah kolonial bagi memperjuang kepentingan masyarakat Melayu. 


Umpamanya dalam meminta pemerintah Singapura mendirikan sebuah sekolah pertanian di Singapura, Mohd Eunos menyatakan keyakinan bahawa pemerintah yang senantiasa menggalakkan usaha yang dijalankan oleh orang orang Melayu tentu tidak akan membiarkan rayuan itu berlalu begitu sahaja. (muka 171 Nasionalisme Melayu oleh William Roff terjemahan Ahmad Boestamam. Naskhah asalnya The Origin of Malay Nationalism).


“Sikap tidak memihak yang diperhitungkan dan teguran yang saksama ini memberikan Utusan Melayu ciri-ciri utamanya sebagai sebuah lidah Melayu yang bertanggungjawab yang dapat diterima oleh pihak Inggeris, tetapi tidak pula gentar membela kepentingan Melayu yang ganjil apabila keadaan memerlukan (Lihat The Origin of Malay Nationalism oleh William R.Roff terbitan Universiti Malaya).


Mohd Eunos telah membina kepercayaan masyarakat dan penjajah Inggeris terhadap dirinya sehingga dilantik sebagai seorang Jaksa Pendamai dan sebagai anggota Melayu yang pertama dalam Majlis Undangan Negeri Negeri Selat.


Kegiatannya dalam gerakan sosial dan kebajikan orang Melayu dan Islam menyebabkan beliau kemudiannya telah diberikan kepercayaan untuk menjadi pengasas dan yang Dipertua pertama Kesatuan Melayu Singapura yang merupakan sebuah pertubuhan politik Melayu yang pertama di Singapura dan Semenanjung yang ditubuhkan pada awal tahun 20-an.


Keturunan


Dicatatkan oleh Roff, Mohd Eunos, sebagai seorang rakyat biasa dan bukan keturunan raja lebih mudah mencapai kedudukan ini di Negeri- Negeri Selat daripada di negeri- negeri Semenanjung.


Pemusatan intelek Melayu dari Semenanjung di Singapura adalah oleh kerana suasana yang lebih kondusif, dan bebas untuk perkembangan idea dan juga bagi menjalankan aktiviti yang bersifat kerakyatan. 


Ini dibuktikan daripada 13 suratkhabar dan majalah Melayu yang diterbitkan antara tahun 1904 hingga 1918, lapan daripadanya diterbitkan di Singapura. 

Buku The Origin of Malays Nationalism juga perihal sebilangan kecil pemuda Melayu yang terpelajar dan berjaya di Singapura dan komited untuk membantu rakan-rakan sebangsa yang berhijrah ke Singapura untuk memajukan diri dalam bidang pelajaran dan mencari peluang pekerjaan dalam kehidupan di Singapura yang amat mencabar. 


Dalam tahun 1921, Mohd Eunos bersama -sama dengan Dr. Abdul Samad, doktor Melayu yang pertama dan Tengku Abdul Kadir dari keturunan Istana Kampung Gelam telah menubuhkan Muslim Institute untuk menyediakan tempat tinggal dan memberikan lain-lain bantuan yang diperlukan oleh penghijrah penghijrah sebangsa ini.


Ini adalah berbeza dengan keadaan sekarang, anak-anak Melayu yang berjaya sebagai orang profesional, sebagai usahawan dan sebagainya dengan bantuan biasiswa dan pinjaman, tidak ramai yang menunjukkan kesedaran seperti mereka yang telah berdiri atas kaki sendiri pada awal kebangkitan Melayu di Singapura.


Lebih buruk lagi apabila mereka yang diharapkan oleh pemimpin negara untuk melahirkan lebih ramai lagi orang Melayu yang berjaya atau membiakkan jutawan Melayu setelah mereka berjaya, hanya lebih berjaya melahirkan jutawan yang terdiri dari isteri-isteri yang mereka ceraikan.

Kebanyakan isteri yang diceraikan membuat tuntutan nafkah berpuluh juta malah sampai kepada peringkat beratus juta. Ini adalah antara episod yang telah menutup kejayaan Melayu menerusi Dasar Ekonomi Baru.


Kesatuan Melayu Singapura ditubuhkan oleh orang-orang Melayu yang sedar di Singapura dan melihat kewartawanan sebagai senjata paling berkesan untuk meluaskan lagi kebangkitan dan kesedaran Melayu.


Kebangkitan nasionalisme Melayu di Singapura sebelum serangan Jepun bukannya kerana menentang penjajahan tetapi kerana menentang eksploitasi orang Arab dan juga Jawi Peranakan terhadap orang Melayu. Intelek Melayu hanya menjadi pekerja kepada penerbit akhbar dan majalah yang dimodali dan dipunyai sepenuhnya oleh orang Arab.


Dengan tingkah lalu mereka, keturunan Arab telah meletakan diri mereka lebih mulia daripada orang Melayu, mendakwa diri sebagai keturunan Rasullullah, mahu tangan mereka dicium dan tidak membenarkan anak mereka, Syed atau Syarifah berkahwin dengan orang Melayu.


Penentangan terhadap orang Arab dan Jawi Peranakan ini dijuarai oleh Utusan Melayu sehingga Dato’ Onn mencairkannya demi untuk mengwujudkan perpaduan yang lebih besar di kalangan orang Melayu bagi menentang Malayan Union. Takrif Melayu diperluaskan oleh Dato’ Onn dengan Melayu mencakupi mereka yang beragama Islam dan mengamalkan adat istiadat Melayu.


Selepas Perang Dunia Kedua apabila revolusi Indonesia membahang ke Singapura, penulis dan wartawan-wartawan Melayu serta intelek Melayu telah terdedah dan terpengaruh dengan perjuangan politik nusantara yang dijuarai oleh Sukarno dan politik antarabangsa yang condong kepada gerakan komunis antarabangsa.


Beberapa orang intelek Melayu dari Semenanjung dan juga Singapura berada di hadapan dalam gerakan kiri di Singapura malah seorang wartawan Utusan Melayu Samad Ismail mempunyai pengaruh yang sangat kuat di kalangan kaum pekerja Cina dan kesatuan-kesatuan sekerja di Singapura yang didokong oleh orang-orang komunis seperti Lim Chin Siong, Fong Swee Suan, James Puthucheary , Devan Nair dan lain lain. Maka itu Kuan Yew memerlukan Samad untuk menubuhkan PAP bersama dengannya.

Di tahun- tahun kebangkitan anti kolonialisme di Singapura, nama -nama seperti Kassim Ahmad, Ahmad Mustaffa, Dr. Ungku Omar dan Abdullah Majid merupakan nama-nama besar dalam gerakan nasionalis dan sosialis di kalangan mahasiswa Universiti Singapura. Walaupun jumlah mereka kecil tetapi mereka berjaya meyakinkan bukan Melayu untuk menerima Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam Malaya Merdeka.


Pada masa kebangkitan kaum pekerja di Singapura awal tahun 1950- an, Utusan Melayu tidak dilihat sebagai akhbar orang Melayu tetapi akhbar yang mewakili suara paling berani rakyat semua kaum terutama kaum pekerja bagi menentang penjajahan, suara kesatuan kesatuan sekerja menentang majikan dan kapitalisme.


Operasi


Pejabat Utusan Melayu di 185, Cecil Street, semasa revolusi Indonesia menjadi pusat operasi pejuang-pejuang kemerdekaan Indonesia telah bertukar menjadi pusat pertemuan dan permesyuaratan pemimpin kiri untuk merancang tindakan kebangkitan rakyat memperjuangkan kemerdekaan. Antaranya yang sering datang ke Utusan Melayu masa itu ialah ialah Kuan Yew , Devan Nair (bekas Presiden Singapura , Lim Chin Siong Pemimpin Barisan Sosialis Singapura dan lain-lain nama besar yang menempa sejarah.


Kekalutan dan kehangatan politik Singapura masa itu diceriakan oleh kegiatan sastera, kebudayaan, kesenian dan perfileman Melayu yang menampilkan P. Ramlee, Kasma Booty, S. Romainoor, Umi Kalsum, Osman Gumanti, Nordin Ahmad yang penerbitnya adalah terdiri taikun Cina ,Run Run Shaw dari Hong Kong dan pengarah- pengarah dari orang India. 


Di samping itu berkembang dengan hebatnya drama-drama Melayu menampilkan dramatis dan penulis-penulis skrip seperti Kalam Hamidi, Osman Zailani, Fatimah Yassin, Noraini Hashim, Malik Selamat , Rahman B, Aimi Jarr dan Shukor Harun sebagai pengarah.


Juga muncul berbagai majalah hiburan dan pengetahuan seperti Hiburan, Belia, Utusan Filem dan Sport, Mutiara, Gelanggang Filem, Qalam dan banyak lagi. Radio Singapura popular dengan Bangsawan Di Udara.


Bidang kesusasteraan menampilkan nama nama besar seperti Keris Mas, Tongkat Warrant atau Usman Awang , Hamzah, Masuri S.N, M. Amin, Awamil Sarkam, Asni, Adibah Amin dan lain lain.


Kebangkitan intelek Melayu ini senantiasa diikuti oleh anak-anak muda di Semenanjung dan telah memberikan penghayatan dan ikutan kepada mereka untuk bangun dan menjalankan kegiatan yang sama.


Pemindahan Utusan Melayu ke Kuala Lumpur yang kemudiannya diikuti oleh P. Ramlee dan sebahagian besar artis--artis besar Melayu, dramatis dan penulis ternama telah menyepikan Singapura dari kegiatan kesusasteraan dan kebudayaan seolah-olah telah hilang roh dan suara Melayu di pulau itu. 


Demikian suatu zaman besar orang Melayu yang telah berlalu di Singapura , zaman kebangkitan perjuangan dan kegiatan orang Melayu yang bersandarkan kepada intelektualisme dan kegiatan yang sihat dan berbudaya dan menunjukkan keupayaan dan keyakinan diri orang Melayu untuk menyesuaikan diri dalam sebuah dunia kosmopolitan yang terbuka sifatnya dengan nasionalisme yang progresif dan dinamik tetapi akhirnya tenggelam dalam arus negara maju Singapura. 


Apabila Utusan Melayu meninggalkan Singapura pada Februari 1958 ia seperti membawa bersamanya roh orang Melayu Singapura , berlaku perpisahan persahabatan selama lebih 20 tahun antara penaja Utusan Melayu Yusuf Ishak dengan Samad Ismail dan Samad Ismail dengan Kuan Yew yang menjadi peguam pertama Utusan Melayu.


Perkembangan-perkembangan politik di Singapura yang mengalahkan komunisme, penyertaan dan penyingkirannya dari Malaysia yang memarakkan politik perkauman di Singapura adalah antara faktor besar yang menyebabkan kemunduran semula politik Melayu di Singapura.


Singapura membuat kesilapan politik dengan menyertai pilihan raya Malaysia pada tahun 1964 dan menjual “Malaysian Malaysia” yang menolak kuasa dominan Melayu dan persamaan hak antara semua kaum dan selepas pilihan raya itu pula UMNO mahu mengembalikan dan memacu aliran politik Melayu di Singapura yang kosmopolitan global sifatnya. 


UMNO mengambil alih cawangannya di Singapura dan menghantar wakilnya untuk membangunkan semula sentimen dan semangat Melayu di Singapura. 


Dalam buku Men in White disebutkan Utusan Melayu yang menyokong PAP di tahun-tahun pembentukannya telah mengangkat pemidang “Agama, bangsa dan tanah pusaka” bersama UMNO, menjadi juara kepada perjuangan nasib Melayu dan menuduh kerajaan PAP menindas orang Melayu. Suara lantang dan paling berani dalam memarakkan api kemarahan orang Melayu Singapura pada masa itu ialah Setiuasaha Agung UMNO Datuk Syed Jaafar Albar.


Orang Melayu Singapura yang dari sejak tahun 1907 telah membangunkan diri mereka untuk menjadi kaum dinamik dalam masyarakat kosmopolitan Singapura dan telah pun keluar dari politik cauvinis dan terlibat dalam politik kosmoplitan dan universal. Singapura mahu di bawa kembali kepada politik dunia Melayu. 


Beberapa orang Melayu yang progresif terutama dari Utusan Melayu sendiri telah menjadi anggota Parlimen dan Menteri dalam Kabinet kerajaan PAP Singapura seperti Rahim Ishak, Osman Wok, Baharuddin Ariff, Ahmad Ibrahim dan Ghazali Ismail. Yusuf Ishak, penaja Utusan Melayu akhirnya menjadi Presiden Singapura yang pertama setelah disingkirkan dari Utusan Melayu.


Rusuhan perkauman di Singapura pada 21 Julai 1964 bersempena dengan perarakan Maulud Nabi, maka senario politik Singapura telah mengubah pendirian politik Kuan Yew. Beliau tidak lagi menganggap orang Melayu sebagai rakan politiknya yang utama. Orang dalam politik Singapura dan juga pembangunan Singapura yang moden dan global identitinya memerlukan rakyat yang sanggup bersaing, dinamik, progresif dan tidak bersifat etnoentrik.


Dalam senario sejarah yang saya kemukakan secara ringkas ini, kita harus menilai diri kita untuk mengenali apakah yang diperlukan dalam perjuangan untuk survival orang Melayu dalam Malaysia yang juga akan menghadapi cabaran yang sama. 


Moga-moga kita tidak lagi mewarisi kualiti manusia yang nampak perabut ketika beras diperlukan.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1107&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_11.htm

HARI KEBANGSAAN MALAYSIA
Mahathir: Pakatan Harapan beri kemerdekaan kedua kepada warga
Sep 01, 2018 | 05:30 AM
Mahathir: Pakatan Harapan beri kemerdekaan kedua kepada warga
BARISAN KEPIMPINAN: Sambutan Hari Kebangsaan di Putrajaya antara lain dihadiri (dari kiri) Dr Mahathir, Sultan Muhammad V, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Datuk Seri Anwar. - Foto EPA
Mahathir: Pakatan Harapan beri kemerdekaan kedua kepada warga
SEMANGAT PATRIOTIK: Warga Malaysia, ada dengan pakaian dengan warna bendera negara, menantikan perbarisan di tepi jalan raya di Putrajaya semalam. - Foto AFP 
Mahathir: Pakatan Harapan beri kemerdekaan kedua kepada warga
PERTAHANAN NEGARA: Kereta kebal ini antara 251 aset darat milik Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan agensi lain yang diketengahkan dalam perbarisan semalam. - Foto AFP
KUALA LUMPUR: Kerajaan Pakatan Harapan akan menjamin keadilan bagi semua rakyat setelah mereka mencapai kemerdekaan kedua dengan menolak pemerintahan kejam kerajaan sebelum ini, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sekali gus, perdana menteri mengajak rakyat berganding bahu bersama kerajaan untuk memulihkan negara susulan kerosakan yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.

Sila DAFTAR untuk teruskan.
Mahathir: Pakatan Harapan beri kemerdekaan kedua kepada warga, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
https://www.beritaharian.sg/dunia/mahathir-pakatan-harapan-beri-kemerdekaan-kedua-kepada-warga?

Takziah untuk Famili dan SIA khasnya serta Singapura umumnya.
Juruterbang Singapore Airlines maut dalam kemalangan motosikal di Kuala Lumpur
Aug 24, 2018 | 10:43 AM

SEORANG juruterbang Singapore Airlines (SIA) meninggal dunia akibat kemalangan motosikal di Kuala Lumpur Rabu lalu (22 Ogos).
MAUT AKIBAT KEMALANGAN: Gambar yang tular di Facebook menunjukkan motosikal merah dan putih dengan plat nombor berdaftar Singapura di bahu jalan. Foto: FACEBOOK/HA NYUT
MAUT AKIBAT KEMALANGAN: Gambar yang tular di Facebook menunjukkan motosikal merah dan putih dengan plat nombor berdaftar Singapura di bahu jalan. Foto: FACEBOOK/HA NYUT - Gambar yang tular di Facebook, yang dikongsi pengguna Ha Nyut, menunjukkan sebuah motosikal merah dan putih dengan plat nombor berdaftar Singapura di bahu jalan.

Dikatakan kemalangan tersebut berlaku di Kuala Lumpur dan penunggangnya meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut laporan The Straits Times, mangsa merupakan juruterbang SIA, Encik Eugene Wang, 46 tahun.

Satu pos di Facebook Encik Wang yang dimuatnaik oleh isterinya pada pagi semalam berbunyi: "Dalam kenangan suamiku yang tercinta Eugene Bernard Wang. 10 Ogos 1972 hingga 22 Ogos 2018."

Seorang jurucakap SIA berkata:

"SIA dengan kesal mengesahkan bahawa salah seorang juruterbang kami meninggal dunia pada 22 Ogos. Keutamaan kami buat masa ini ialah untuk menghulurkan bantuan yang diperlukan kepada keluarga juruterbang tersebut."

Menurut profil Facebooknya, Encik Wang berasal dari Kuala Lumpur dan menetap di Pasir Ris.

Juruterbang Singapore Airlines maut dalam kemalangan motosikal di Kuala Lumpur, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
https://www.beritaharian.sg/setempat/juruterbang-singapore-airlines-maut-dalam-kemalangan-motosikal-di-kuala-lumpur

Mahathir akur serah jawatan PM kepada Anwar
Sep 04, 2018 | 05:30 AM
PERALIHAN: Dr Mahathir (kanan) berkata beliau akur dengan persetujuan bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri sementara bagi tempoh yang disebut iaitu dua tahun sebelum menyerahkan jawatan itu kepada Datuk Seri Anwar (kiri). - Foto fail
PERALIHAN: Dr Mahathir (kanan) berkata beliau akur dengan persetujuan bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri sementara bagi tempoh yang disebut iaitu dua tahun sebelum menyerahkan jawatan itu kepada Datuk Seri Anwar (kiri). - Foto fail

BANDAR SERI BEGAWAN: Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata beliau akan menyerahkan jawatannya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengikut persetujuan yang dicapai dalam gabungan Pakatan Harapan sebelum ini.

Dr Mahathir berkata beliau akur dengan persetujuan bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri sementara bagi tempoh yang disebut iaitu dua tahun.
https://www.beritaharian.sg/dunia/mahathir-akur-serah-jawatan-pm-kepada-anwar?

Husam persoal kereta mewah pegawai kanan kerajaan Kelantan
MALAYSIA DATELINE
Tindakan Kerajaan Kelantan membeli beberapa kereta mewah bagi kegunaan pegawai kanannya dipersoal ketika negeri berkenaan merupakan penerima terbesar bantuan kewangan defisit dan bantuan kewangan pendahuluan daripada Kerajaan Persekutuan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kelantan itu dalam tegurannya berkata jika tindakan tersebut benar, maka adalah wajar bagi kerajaan Persekutuan menyemak kembali peruntukan yang diberikan kepada Kelantan ketika ini.

“Bantuan kewangan defisit dan bantuan kewangan pendahuluan harus digunakan untuk membayar emolumen buat pegawai tadbir awam, bukan untuk membayar gaji (penjawat awam) lantikan politik yang terlalu banyak.

“Jadi perbelanjaan (kerajaan Kelantan) boleh disemak untuk diaudit.

“Kalau penggunaan untuk tujuan asal (bayaran emolumen penjawat awam) kerajaan Persekutuan boleh bagi, tapi kalau peruntukan disalah guna kita kena kaji balik,” katanya yang juga anggota Dewan Negara lapor Bernama hari ini.

Husam bercakap kepada media pada majlis Jamuan Rakyat sempena Awal Muharram di Kubang Kerian, Kota Bharu hari ini. Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Eddin Syazlee Shith.

Sabtu lalu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng dilaporkan berkata Kelantan merupakan penerima terbesar bantuan kewangan defisit dan bantuan kewangan pendahuluan daripada kerajaan pusat dan ia berjumlah RM913 juta.

Lim dipetik sebagai berkata sejak 2013 hingga 2017, Kelantan menerima RM363 juta bantuan kewangan defisit, yang merupakan pemberian kepada negeri-negeri yang menghadapi kekurangan wang dalam akaun mengurus.
at 9/11/2018 08:10:00 PTG
KERENGGA: Husam persoal kereta mewah pegawai kanan kerajaan Kelantan
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/09/husam-persoal-kereta-mewah-pegawai.html

Lima sebab Umno-Pas akan kekal pembangkang jika berlaku gabungan politik
MALAYSIA DATELINE
Umno dan Pas bakal menjadi pembangkang untuk tempoh 61 tahun lagi, sekiranya gabungan dua parti terbesar orang Melayu dan Islam itu benar-benar berlaku, kata penganalisis politik Dr Mazlan Ali.

Pensyarah Kanan Bahagian Politik dan Dasar Awam Fakulti Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu berkata, terdapat lima faktor mengapa gabungan Umno dan Pas itu akan menguntungkan Pakatan Harapan dan bakal menghancurkan Umno-Pas.

Beliau berkata faktor pertama akan berlaku peralihan orang Melayu dan faktor keduanya di mana parti-parti di Sabah dan Sarawak menyokong perjuangan Pakatan Harapan.

“Orang bukan Melayu terutama kaum Cina sangat takut kepada Pas. Pas dilihat sebuat parti yang ekstrem dan tidak boleh berunding dalam keabsahan perjuangannya mahu menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.

“Keputusan PRK Balakong menunjukkan MCA kehilangan sepenuhnya sokongan dari masyarakat Cina walaupun parti itu cuba menjarakkan diri dari Umno dan Pas, namun kehadiran pemimpin Pas dipentas MCA memberi gambaran buruk di kaca mata masyarakat Cina.

“Parti-parti di Sabah dan Sarawak pula akan lari kepada Pakatan Harapan ekoran kekalahan BN pada PRU14 yang lalu. Banyak komponen BN di Sarawak dan Sabah mula meninggalkan atau menjarakkan diri daripada BN secara beransur.

“Suasana hubungan dan toleransi agama yang tinggi di Sabah dan Sarawak amat bertentangan dengan cara dan pendekatan Umno-Pas yang suka bermain dengan isu agama dan perkauman.

“Gabungan Umno-Pas yang kelihatan semakin serasi dengan isu agama dan kaum akan mendorong parti dari Sabah dan Sarawak bakal meninggalkan terus BN dan bersekutu dengan PH yang dilihat lebih bersifat toleransi dan demokrasi,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Faktor ketiga katanya, lagi, jika gabungan itu berlaku,Umno-Pas akan menjadi parti yang berasaskan luar bandar.

Ini kerana isu-isu yang menjadi tumpuan Umno-Pas sekarang lebih menarik minat segmen pengundi Melayu yang banyak mendiami kawasan-kawasan luar bandar.

Isu-isu kaum dan agama kurang disenangi oleh masyarakat bandar yang lebih berpendidikan.

Ini bakal menyebabkan pengaruh Umo-Pas ujarnya lagi akan merosot di kawasan bandar, sebaliknya sokongan terhadap mereka hanya tertumpu di luar bandar.

Lantas keadaan itu akan memungkinkan membawa kepada faktor keempat, iaitu sokongan terhadap Umno-Pas tertumpu kepada Melayu luar bandar.

“Hanya Melayu luar bandar/desa/felda sahaja yg tertarik dengan isu yang menjadi teras perjuangan Umno-Pas mutakhir ini. Kebergantungan terhadap pengundi luar bandar sahaja tidak mungkinkan Umno-Pas mampu menawan Putrajaya,” ujarnya.

Dan faktor kelima, sekiranya Umno-Pas bergabung, beliau menyebut PH pastinya akan menikmati sokongan bersifat rentas kaum, sesuatu yang BN nikmati sejak sekian lama dulu.

“Peluang PH mengekalkan kuasa semakin meluas apabila kolisi itu mula mendapat sokongan bersifat rentas kaum, sebaliknya Umno-Pas bakal mendapat sokongan satu kaum sahaja.

“Dulu BN mampu mengekalkan kuasa selama 61 tahun disebabkan sokongan rentas kaum yang diterimanya, tetapi hari ini keadaan sudah berbeza di mana giliran PH pula mendapat sokongan semua kaum,” terangnya dalam kenyataan itu.
at 9/11/2018 09:43:00 PTG
KERENGGA: Lima sebab Umno-Pas akan kekal pembangkang jika berlaku gabungan politik
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/09/lima-sebab-umno-pas-akan-kekal.html

Laporan dakwa Anwar bertanding di Negeri Sembilan
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di kerusi parlimen di Negeri Sembilan, menurut laporan The Star Online.

Menurut artikel yang ditulis Ketua Pegawai Eksekutif The Star Wong Chun Wai, sumber kanan dalam parti itu berkata Anwar sudah pun membuat keputusan berhubung kerusi tersebut.

PKR hanya mempunyai satu kerusi parlimen di Negeri Sembilan, iaitu Port Dickson yang kini dipegang Danyal Balagopal Abdullah.

Pada PRU ke-14, Danyal mendapat 36,225 undi berbanding calon BN V Mogan (18,515) dan calon PAS Mahfuz Roslan (6,594).

Walaupun majoriti 17,710 boleh dianggap sebagai satuk kemenangan besar, Port Dickson mungkin tidak boleh dianggap sebagai "kerusi selamat" jika mengambil kira keadaan politik semasa.

Ini berikutan peratusan keluar mengundi yang amat rendah pada tiga PRK lepas serta kerjasama Umno dan PAS.

Misalnya, dalam PRK Seri Setia yang mempunyai jumlah pengundi yang sedikit rendah berbanding Port Dickson, PKR menyaksikan majoritinya berkurang daripada 19,732 undi kepada 4,207 undi, dan peratusan undi yang dimenanginya menurun daripada 66.6 peratus kepada 58.6 peratus.

PKR hanya menang di Port Dickson dengan memenangi 59.1 peratus undi.

Malaysiakini cuba menghubungi Danyal untuk mengulas perkara ini tetapi tidak dapat dihubungi.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata pengumuman tentang kerusi yang akan ditandingi Anwar akan dibuat esok.

"Pukul 11 pagi esok saya akan keluarkan press alert mengenai pengumuman ini," katanya seperti dipetik Bernama.

Beliau juga menafikan ia adalah kerusi parlimen Pandan, yang kini dipegang Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri Anwar.
-malaysiakini
at 9/11/2018 06:00:00 PTG
KERENGGA: Laporan dakwa Anwar bertanding di Negeri Sembilan

CANTIK 6 Sebab Kenapa Wanita Thailand Sentiasa Cantik Dan Langsing, Ini 6 ‘Rahsia’ Mereka!
ByAnis AffandiPosted on November 7, 2017

Kalau anda menonton drama atau file dari negara Thailand kan, salah satu benda yang kita perasa adalah kecantikan kulit dan tubuh wanita Thailand. Terfikir juga, apakah rahsia mereka? Walaupun makan banyak, tapi badan tak pernah naik pun! Rupa-rupanya, inilah 6 rahsianya yang anda kena ikut dan amalkan. Barulah cantik macam pelakon-pelakon Thailand kan?

giphy.com

1. MINUM DAHULU SEBELUM MAKAN
http://hwjdjyhhlwm.patriciaannedesigns.com/
Orang Thailand memang mengamalkan budaya minum dahulu sebelum makan. Kalau anda nak tahu, kalau anda pergi makan di restoran di sana, air akan terus disajikan sebaik sahaja anda duduk. Memang kalau ikut petua badan sentiasa ‘maintain’ adalah anda perlu minum air sekurang-kurangnya 15 minit sebelum makan.

2. SUKA BERKONGSI MAKANAN
http://www.goodnet.org/
‘Sharing is caring’. Adab makan di negera Thailand ini juga sering mengamalkan makan secara berkongsi. Malah mereka sangat menggalakkan untuk makan secara beramai-ramai! Patutlah badan boleh sentiasa ‘slim’ sebab makan sikit-sikit. Lagi satu, kalau makan berkongsi ni, makanan tu pun akan jadi lebih sedap kan?

3. MAKANAN YANG ADA REMPAH RATUS MESTI ADA
http://insights.looloo.com/
Sudah semestinya makanan dari Thailand ini memang akan membangkitkan selera ramai peminat makanan. Itulah salah satu rahsia kepada penjagaan badan wanita Thailand. Boleh dikatakan semua makanan Thai ini mempunyai isi kandungan seperti dari serai, lengkuas, kunyit, halia, kulit kayu manis dan ketumbar. Ternyata semua jenis rempah ratus ini akan menjadikan dalam tubuh anda lebih sihat. Macam orang Thailand la!

4. MAKAN MAKANAN SEGAR
dissolve.com
Pengambilan makana yang segar amat penting untuk masyarakat Thai. Kalau anda nak tahu, amat sukar untuk anda jumpa makanan yang disejukbekukan di sana kerana mereka sangat mengutamakan bahan makanan yang segar. Jadi, bila anda berkunjung ke Thailand, tak payah risau sama ada makanan di sana segar atau tak ya.

5. JANGAN LUPA MAKAN SARAPAN

Kalau anda menonton drama atau file dari negara Thailand kan, salah satu benda yang kita perasa adalah kecantikan kulit dan tubuh wanita Thailand. Terfikir juga, apakah rahsia mereka? Walaupun makan banyak, tapi badan tak pernah naik pun! Rupa-rupanya, inilah 6 rahsianya yang anda kena ikut dan amalkan. Barulah cantik macam pelakon-pelakon Thailand kan?
www.shutterstock.com
Inilah antara perkara yang paling penting untuk badan anda kekal slim. Jangan pernah tinggalkan sarapan! Tidak mengambil sarapan adalah salah satu punca kegemukan yang ramai orang terlepas pandang. Tidak pula untuk wanita di Thailand ,kerana mereka akan mengambil sarapan walaupun hanya sekeping roti sahaja.

6. KENA ADA ‘SNACK TIME’
www.rd.com
Siapa cakap snack time hanya untuk kanak-kanak sahaja? Makanan snek iaitu selalunya pada pertengahan waktu makan sama ada sebelum makan tengahari atau sebelum makan malam sebenarnya dapat membantu untuk melangsingkan badan anda. Seperti wanita di Thailand, pengambilan makanan snek seperti buah-buahan sangat penting untuk memastikan perut mereka sentiasa kenyang sepanjang hari.
www.pinterest.com
* Kalau anda nak sentiasa kelihatan cantik dan langsing tu, cubalah tips amalan wanita dari negara Thailand ini!


Sumber : Forbes
https://siraplimau.com/6-sebab-kenapa-wanita-thailand-sentiasa-cantik-dan-langsing-ini-6-rahsia-mereka/





Tiada ulasan: