Rabu, 12 September 2018

Kalau orang dari muka budak, bertukar muka tua sudah. 8180.


6040 Alhamdulillah Ucapan Syukur Kita Pada Allah Yang Maha Menjadikan Aamiin

6040 Alhamdulillah Ucapan Syukur Kita Pada Allah Yang Maha Menjadikan Aamiin

pada 7/7/2016 jumlah : 2302 hits
Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahirabbilalaamiin Dengan izin dan kehendak Nya Allah Tuhan Yang Maha Esa kita adalah kalangan hamba Nya yang terpilih untuk beroleh hidayah Nya redho Nya rezeki Nya keberkatan Nya serta rahmat Nya dan jug...


Ada dua maksud 'Tentang' Bangsawan yang bermain politik. 

1. Berkait dengan hal iaitu memperkatakan duduk perkara bangsawan yang bermain politik. 
2. Barkait dengan tidak setuju iaitu menentang golongan bangsawan yang bermain politik. 

Diperkatakan bermain politik ialah membuat kenyataan atau saranan memihak, sedangkan sepatutnya menjadi golongan berkecuali dalam politik. Contohnya bangsawan itu berkata "Undilah parti itu kerana sekian-sekian jasanya." Walhal parti itu sudah melingkup ketertiban sifat amanah yang telah rakyat beri sekian lama. Maksud sekian lama ialah 'Kalau orang dari muka budak bertukar muka tua sudah.' Tetapi makin tua makin teruk perangai pecah amanahnya dan perbuatan salah guna kuasa, tingkah laku berat sebelah. Hal ini yang rakyat tentang, menentang (kena bantah, kena tentang: Lawan tetap lawan mengikut jaluran pemilihan seperti pilihan raya yang telus dan adil.) 

Bangsawan keluarga Di Raja dan Bangsawan Pembesar Negara/Negeri. Kalau orang dari muka budak, bertukar muka tua sudah. Itu maksud memerintah selama 60 tahun. Makin tua makin bagus atau makin tua makin jahanam? 

Diam-diam ubi berisi. Ini makin menjahanam, harapkan riuh lebat memperkatakan jasa yang dibuat dan mengungkit. Tangan kanan bersedekah, tangan kiri tidak sepatutnya tahu. Tu yang Nabi Muhammad Salallahualaihiwassalam ajari dan hendaklah kita melakukannya kerana Allah Subhanahuwatalla. Aamiin. 

Kisah Ainul Mardhiah Bidadari Tercantik Di Syurga Diceritakan Dalam Hadits Nabi Riwayat Tirmidzi 7757

Kisah Ainul Mardhiah Bidadari Tercantik Di Syurga Diceritakan Dalam Hadits Nabi Riwayat Tirmidzi. 7757

pada 7/6/2018 jumlah : 205 hits
Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahirabbilalaamiin Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Kisah Ainul Mardhiah Bidadari Tercantik di Syurga Diceritakan dalam Hadits Nabi riwayat Tirmidzi Setiap pandangan yang melihatnya pasti akan me...


Foto
Lima sebab Umno-Pas akan kekal pembangkang jika berlaku gabungan politik
MALAYSIA DATELINE
Umno dan Pas bakal menjadi pembangkang untuk tempoh 61 tahun lagi, sekiranya gabungan dua parti terbesar orang Melayu dan Islam itu benar-benar berlaku, kata penganalisis politik Dr Mazlan Ali.

Pensyarah Kanan Bahagian Politik dan Dasar Awam Fakulti Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu berkata, terdapat lima faktor mengapa gabungan Umno dan Pas itu akan menguntungkan Pakatan Harapan dan bakal menghancurkan Umno-Pas.

Beliau berkata faktor pertama akan berlaku peralihan orang Melayu dan faktor keduanya di mana parti-parti di Sabah dan Sarawak menyokong perjuangan Pakatan Harapan.

“Orang bukan Melayu terutama kaum Cina sangat takut kepada Pas. Pas dilihat sebuat parti yang ekstrem dan tidak boleh berunding dalam keabsahan perjuangannya mahu menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.

“Keputusan PRK Balakong menunjukkan MCA kehilangan sepenuhnya sokongan dari masyarakat Cina walaupun parti itu cuba menjarakkan diri dari Umno dan Pas, namun kehadiran pemimpin Pas dipentas MCA memberi gambaran buruk di kaca mata masyarakat Cina.

“Parti-parti di Sabah dan Sarawak pula akan lari kepada Pakatan Harapan ekoran kekalahan BN pada PRU14 yang lalu. Banyak komponen BN di Sarawak dan Sabah mula meninggalkan atau menjarakkan diri daripada BN secara beransur.

“Suasana hubungan dan toleransi agama yang tinggi di Sabah dan Sarawak amat bertentangan dengan cara dan pendekatan Umno-Pas yang suka bermain dengan isu agama dan perkauman.

“Gabungan Umno-Pas yang kelihatan semakin serasi dengan isu agama dan kaum akan mendorong parti dari Sabah dan Sarawak bakal meninggalkan terus BN dan bersekutu dengan PH yang dilihat lebih bersifat toleransi dan demokrasi,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Faktor ketiga katanya, lagi, jika gabungan itu berlaku,Umno-Pas akan menjadi parti yang berasaskan luar bandar.

Ini kerana isu-isu yang menjadi tumpuan Umno-Pas sekarang lebih menarik minat segmen pengundi Melayu yang banyak mendiami kawasan-kawasan luar bandar.

Isu-isu kaum dan agama kurang disenangi oleh masyarakat bandar yang lebih berpendidikan.

Ini bakal menyebabkan pengaruh Umo-Pas ujarnya lagi akan merosot di kawasan bandar, sebaliknya sokongan terhadap mereka hanya tertumpu di luar bandar.

Lantas keadaan itu akan memungkinkan membawa kepada faktor keempat, iaitu sokongan terhadap Umno-Pas tertumpu kepada Melayu luar bandar.

“Hanya Melayu luar bandar/desa/felda sahaja yg tertarik dengan isu yang menjadi teras perjuangan Umno-Pas mutakhir ini. Kebergantungan terhadap pengundi luar bandar sahaja tidak mungkinkan Umno-Pas mampu menawan Putrajaya,” ujarnya.

Dan faktor kelima, sekiranya Umno-Pas bergabung, beliau menyebut PH pastinya akan menikmati sokongan bersifat rentas kaum, sesuatu yang BN nikmati sejak sekian lama dulu.

“Peluang PH mengekalkan kuasa semakin meluas apabila kolisi itu mula mendapat sokongan bersifat rentas kaum, sebaliknya Umno-Pas bakal mendapat sokongan satu kaum sahaja.

“Dulu BN mampu mengekalkan kuasa selama 61 tahun disebabkan sokongan rentas kaum yang diterimanya, tetapi hari ini keadaan sudah berbeza di mana giliran PH pula mendapat sokongan semua kaum,” terangnya dalam kenyataan itu.
at 9/12/2018 07:04:00 PG 
KERENGGA: Lima sebab Umno-Pas akan kekal pembangkang jika berlaku gabungan politik

http://gigitankerengga.blogspot.com/2018/09/lima-sebab-umno-pas-akan-kekal.html

Tuesday, 11 September 2018
ZAHID HAMIDI MACAM BISKUT?

Di ketika Najib Razak semakin kerap muncul di tempat awam dan lebih rajin menulis atau menjawab pelbagai isu di media sosial, ramai yang bertanya di mana Zahid Hamidi sekarang ini?

Kenapa beliau lebih banyak mendiamkan diri dan tidak bersuara apa-apa dalam sekian banyak isu yang melanda negara sedangkan jawatannya adalah Presiden UMNO dan Ketua Pembangkang?

Beliau dilihat hanya aktif ketika berkempen untuk jawatan Presiden UMNO sebelum ini dan kemudian terus senyap sehinggalah diketahuitentang pemergiannya menunaikan haji ke Mekah.

Sekembalinya daripada Mekah, tiada apa-apa khabar berita kedengaran mengenai dirinya, tup-tup baru-baru ini beliau muncul sekali dalam kempen pilihanraya di Seri Setia dengan janji, "Insya Allah ana akan datang" ke Muktamar Pas di Kuala Terengganu, hujung minggu ini.

Selepas itu, beliau senyap lagi dan kita mungkin hanya akan melihat gambar-gambarnya berkopiah putih sambil berpeluk dengan Hadi Awang atau Tuan Ibrahim Tuan Man di Muktamar Pas pada 15 dan 16 September akan datang.

"Dia dah macam biskut, sekejap ada sekejap hilang," kata seorang pemimpin UMNO peringkat bahagian yang ditanya mengenai gaya kepimpinan Zahid Hamidi sejak beliau memimpin UMNO menggantikan Najib Razak.

"UMNO ada ketua paling lemah ketika ini," tambah pemimpin bahagian itu lagi.

Ramai yang tidak faham sebenarnya mengapa Zahid Hamidi lebih banyak mendiamkan diri daripada bersuara di ketika negara sekarang ini dilanda pelbagai isu di mana sebagai ketua parti yang sudah jadi pembangkang, beliau seharusnya memainkan peranan yang lebih aktif untuk meraih sokongan rakyat.

"Bahkan, sudah mula kedengaran ada pemimpin UMNO di bawah sudah mula bersungut dengan kepimpinan Zahid Hamidi kerana mereka seolah-olah dibiarkan tanpa haluan seperti "ayam kehilangan ibu" ketika ini.

"Kadang-kadang pula kita rasa macam Lokman Noor Adam saja yang sedang jadi Presiden UMNO,"  tegas pemimpin UMNO bahagian itu seterusnya.

Hairan, kenapa Zahid Hamidi tidak mengaktifkan dirinya sebagai Presiden UMNO sedangkan dulunya bersungguh-sungguh berkempen untuk jawatan tersebut?

Apa yang masih ditunggunya untuk menggerakkan parti?

Apakah beliau bertanding untuk jadi Presiden UMNO dahulu dengan satu harapan bahawa dalam waktu terdekat ini bekas mentornya, Anwar Ibrahim akan jadi Perdana Menteri dan dengan itu beliau dapat membawa kembali parti pimpinannya yang sudah tiada kuasa untuk berkongsi kuasa?

Namun, apakah apabila Anwar kemudiannya bertegas tidak akan membentuk sebarang kerjasama dengan UMNO apabila beliau menjadi Perdana Menteri, lalu membuatkan Zahid Hamidi terus patah hati dan kecewa?

(ShahbudinHusin 11/09/2018)
Shahbudin dot com: ZAHID HAMIDI MACAM BISKUT?
http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/09/zahid-hamidi-macam-biskut.html

tumpang sekole...?
Related image
nasi kandaq kedai mamak, anak mami juai pesemboq, lepaih baca jangan dok syiok, kalu-kalu SB jengok kot dapoq...
12 September 2018
Related image
Melayu mula bangkit?...
1.  Kelmarin rakyat meraikan Hari Keputeraan rasmi Yang Di Pertuan Agong.

2.  Buat pertama kali dalam sejarah negara tidak ada sebarang pengurniaan anugerah kebesaran diberikan kepada sesiapa pun atau dalam erti kata lain tidak ada sebarang Bintang dan Pingat  pun diberi pada tahun ini.

3.  Sebenarnya anugerah sedemikian bolehlah disamakan seperti Sijil Pelajaran, ia hanya diberi kepada mereka yang telah lulus peperiksaan saja.

4.  Mereka yang telah berkhidmat dengan baik dan berjasa kepada negara dan negeri sahaja yang sepatutnya diberi penghormatan menerima anugerah sedemikian.

5.  Amalan memberi anugerah  secara sewenang-wenangnya kepada sesiapa sahaja tanpa menggambil kira latar belakang sesaorang penerima seharusnya diberhentikan serta merta mulai sekarang.

6.  Cukuplah dengan cakap - cakap kononnya  ada seorang Sultan dan keluarga beliau dari Pantai Timur yang menjual Pingat Datuk dan Datuk Seri kepada sesiapa sahaja yang sanggup membayar pada harga yang ditetapkan.

7.  Difahamkan amalan itu telah dilakukan sejak sekian lama setiap kali  menyambut Hari Kelahiran Sultan tersebut.

8.  Hasil dari perbuatan  tersebut, kita sering kedengaran bagaimana segala jenis manusia termasuk kaki busuk seperti samseng,  penipu dan perompak dengan mudah menggunakan gelaran Datuk atau Datuk Seri di merata-rata.

9.  Perbuatan  sebegini  sudah tentu mengguris perasaan mereka yang benar - benar layak sama ada yang telah dianugerahkan atau yang masih menunggu untuk diberikan sesuatu anugerah.

10.  Ada juga pingat  diberi lagi kepada orang yang sama beberapa kali seolah-olah jasanya sangat besar, sedangkan biasanya orang berkenaan selalunya hanyalah ‘kaki mengampu’ saja.

11.  Sebagai perbezaan, di England  misalnya, pingat HANYA  diberi kepada beberapa orang sahaja dari sekian ramai yang layak  menerimanya.

12.  Cliff Richard , penyanyi terkemuka dunia dan Paul Mac Cartney dari kumpulan The Beatles sebagai contoh, mereka hanya menerima gelaran 'Sir' dari Ratu Elizabeth selepas berpuluh tahun berkecimpung dalam industri hiburan, tidak seperti di sini bersepah-sepah artis diberikan gelaran Datuk dan Datuk Seri.

13.  Sebagai makluman, gelaran 'Sir' adalah lebih kurang sama gelaran Datuk atau Datuk Seri di negara kita.
Image result for bangkit melayu
14.  Amalan  memberi dan menjual gelaran-gelaran tersebut seperti ‘kacang putih’ perlu dihentikan serta merta.

15.  Allahyarham bapa saya, Tun Abdul Ghafar Baba hanya bersetuju menerima Anugerah Negara selepas beliau tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam kerajaan, itu pun setelah beberapa kali dipujuk rayu oleh kerajaan dan ahli keluarga - ALFATIHAH !!

16.  Pendirian Tun Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri  berhubung pemberian sebarang pingat dan anugerah seharusnya dijadikan panduan setiap negeri terutama negeri - negeri yang diperintah oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH).  Menteri Besar dan Ketua Menteri MESTI  BERTEGAS  memaklumkan pendirian ini kepada Raja dan Gabenor mereka; lagi pun Raja-Raja hanyalah manusia biasa, bukan Tuhan atau malaikat yang perlu ditakuti.

17.   Malaysia sudah Merdeka selama  61 tahun dan kini negara  pula di ketuai oleh Agong yang ke 15, maka sudah sampai masanya perubahan segera dilakukan.

18.   Rakyat kini mahu tahu apakah sejumlah wang yang besar hasil titik peluh mereka berbaloi dibelanjakan demi  kesenangan dan kemewahan Raja - Raja dan keluarga mereka?

19.   Saya amat terharu melihat bagaimana petani dan pesawah membanting tulang , bagaimana nelayan menyabung nyawa menempuh ombak gelora, bagaimana pemandu teksi dan pengangkutan lain menyengkang  mata dan bagaimana geladangan tidur di kaki-kaki lima kerana kesusahan  hidup  mencari rezeki - ini semua dilakukan mereka demi mencari sesuap nasi untuk diri dan keluarga mereka, sedangkan pada masa yang sama ada segelintir manusia yang tidak cukup - cukup melayani nafsu mereka dan keluarga dengan  kemewahan hidup seolah-olah itulah syurga mereka.

20. Jika sekiranya Kerajaan PH pimpinan  Tun Dr. Mahathir tidak mahu dituduh sekali lagi sebagai tidak sensitif terhadap Istana, maka saya kini mencadangkan Pungutan Suara atau Referendum harus diadakan dalam masa terdekat ini bagi mengetahui sama ada rakyat setuju atau tidak setiap sen yang dibelanjakan kepada  Agong dan Raja - Raja hendaklah dibentang, dibahas dan diluluskan oleh Parlimen dan Dewan Negeri, ATAU mereka tidak peduli sebanyak mana wang rakyat diperuntukan kepada setiap Istana?

21. Di England dan Negara - Negara Eropah yang mengamalkan sistem Raja Berpelembagaan seperti Malaysia, setiap sen yang di diperuntukkan kepada Raja mereka MESTI  terlebih dahulu mendapat persetujuan Parlimen.

22. Semoga cadangan  Pungutan Suara atau Referendum ini akan meningkatkan lagi penghormatan rakyat terhadap Raja - Raja sebagai payung kepada rakyat.

23. Sila kongsikan padangan ikhlas saya ini dengan seluas-luasnya. - Tamrin Tun Ghafar
Image result for bangsawan yang bermain politik
Tentang bangsawan yang bermain politik...

Kospirasi, plot, komplot dan intrig perkara biasa dalam politik. Semua ini juga biasa dalam dunia risikan yang gelap.

Ia memang wujud tetapi boleh juga jadi teori semata-mata. Zaman sekarang ada banyak teori konspirasi dan kita di Malaysia tidak kebal daripadanya.

Baru-baru ini seorang putera diraja dilaporkan secara meluas mengatakan beliau mengesyaki kegiatan media sosial dirinya dan bapanya dipantau.

Polis nampaknya memandang serius dakwaan itu sehingga Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengeluarkan kenyataan yang mengatakan tiada pantauan terhadap akaun media sosial keluarga diraja Johor. Beliau begitu serius menafikannya sehingga berkata akan memohon mengadap Sultan.

Bagi saya, yang telah menjadi penulis selama 49 tahun dan menjadikan medium digital sebagai salah satu platform - ketika saya memulakan blog ini pada 2006 - saya tidak terlalu kisah tentang sesiapa memantau saya.

Malah, kerana ego, saya suka orang memantau saya. Ini bermakna mereka membaca tulisan saya. Jadi, nasihat saya kepada mereka yang aktif di atas talian adalah untuk mula menerima hakikat bahawa "anda dipantau".

Anda mungkin tidak dipantau polis atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Tetapi bergantung kepada siapa anda, anda mungkin juga dipantau oleh agensi risikan dalam dan luar negara.

Anda mungkin diperhati kerajaan asing yang merasakan posting anda mencerminkan pandangan kerajaan atau organisasi besar tertentu.

Atau, lebih penting, kerana anda boleh digunakan sebagai alat tawar-menawar dalam rundingan dan risikan antarabangsa.
Related image
Perlu sedia dikritik

Ketika Perang Dingin, menjadi amalan lazim agensi risikan untuk menggoda tokoh politik penting dengan wanita cantik, wain dan wang.

Sebaik sahaja politik bernafsu kuat ini dirakam, mereka akan digunakan sebagai double agent dan boneka untuk menumbangkan atau melemahkan kerajaan mereka sendiri.

Tetapi dalam kes putera raja dan bapanya, kerisauan yang lebih utama adalah bukan tentang pemantauan kegiatan media sosial mereka. Ia adalah tentang mereka memasuki arena politik di mana mereka akan dihentam, kekebalan mereka dipersoal dan status mereka direndahkan.

Sesiapa yang bermain politik perlu sedia untuk dilayan sebagai ahli politik termasuk ketika mereka menggunakan media - media sosial atau rasmi - untuk memberikan pandangan berpihak.

Misalnya, New Straits Times memetik seorang Tengku Mahkota sebelum pilihan raya umum 9 Mei lalu yang berkata, rakyat perlu membuka mata dan tidak terpedaya dengan individu berusia 93 tahun yang mahu menjadi perdana menteri. Orang tahu siapa individu berusia 93 tahun yang dirujuk putera itu.

Beliau meminta rakyat menggunakan kebijaksanaan, dan berkata beliau tahu perkara yang mereka tidak tahu.

"Inilah masanya untuk restore the order dan melaksanakannya kepada sistem yang telah dirosakkan oleh individu yang berumur 93 tahun ingin menjadi perdana menteri sekarang ini," katanya seperti dilapor NST.

Jadi saya tidak terkejut jika orang kini mula "memantau" kegiatan media sosial putera mahkota ini dan bapanya untuk melihat jika mereka terus menyuarakan pandangan berpihak berbanding menjadi royal dan regal. - A.Kadir Jasin

Najib and his 'evidence'...

It’s better to be late than never. But sometimes, procrastination on issues and taking time to put matters right would convey the wrong message.

After months of silence when one source after another insinuates on impropriety, the inability to rebut instantaneously can only be read that that subsequent and delayed responses become indefensible.

In early July 2015, the Wall Street Journal (WSJ) broke the story that almost US$700mil (RM2.6bil) belonging to the 1MDB, flowed into the then prime minister Najib Abdul Razak’s personal accounts before the 13th general election.

The 1MDB refuted the claim, while Najib denied taking any funds for his personal gains, and accused (current) premier Dr Mahathir Mohamad for being responsible over the latest “lie”.

The Star then quoted an unnamed Najib’s political secretary saying that the prime minister would sue WSJ, describing the accusation thrown against him as a “criminal defamation” and would sue the US-based publication.

Najib’s lawyer Mohd Hafarizam Harun sent a letter to Dow Jones, the publisher of the WSJ to clarify its stand in a bid “to provide better legal advice to the prime minister in future”.

“The article is not clear on whether they are alleging that the money is from 1MDB or not. We want the WSJ to tell us what their position is. Once that position has been taken, then it is easier for me to advise my client,” he was quoted as saying.

Dow Jones & Company, the publisher of WSJ confirmed responding to the request for clarification from Najib’s lawyers said that it will continue to stand by the accuracy of its reports.
Meanwhile, Najib’s then deputy, Ahmad Zahid Hamidi (photo) claimed he had met the wealthy Arab family who had donated the RM2.6 billion.

He said the “king and prince”, whom he did not name, had donated the money because of Malaysia’s commitment to fighting terrorism, and being a moderate Muslim country with a plural society.

“Those were the answers given to me when I asked them the reason for their donation. They have also helped other Islamic countries,” he was quoted as saying.

Months and years went by but Najib did not sue nor was there any explanation from his lawyers as to why they not proceeding with the defamation suit.

With such solid information, Najib should have sued WSJ as there was ample evidence and Zahid could have testified on his behalf. He would have been vindicated and perhaps remained as the prime minister.

Instead, Najib went into a cocoon refusing to address the issue. The media was asked to black out news on the issue and the cyber troopers went into overdrive “leaking” supposed letters from the Saudi royal family.

Anything said about the WSJ report and the donation was termed “fake news” by his handlers and watchdogs. He made things much worse by blocking websites, sacking his then deputy Muhyiddin Yassin.

He also dispensed with the services of the attorney-general and the head of the MACC. To prevent further damage, the Anti-Fake News Bill was promulgated hastily pushed through Parliament.

Yesterday, Najib came out with Facebook posting, complete with documents to claim that money in his account did come from the Saudis.

But the letter looks somewhat familiar. Didn’t a similar letter surface in 2016? But something positive should come out for Najib from the latest documents.
The first thing Najib should do is to ask his lawyers to issue a letter of demand to the US Department of Justice (DoJ) which implicated him in a voluminous report. He was not named, but by insinuation and confirmation by his one-time ally, Abdul Rahman Dahlan that MO1 and Najib are one and the same person.

Perhaps, now with all the “new” evidence, he should appoint an attorney in the US to take on the DoJ and the WSJ – two birds with one stone.

On the local front, he should go after Mahathir who has called him a thief, and Tony Pua, who has explicitly and openly said that Najib received money from 1MDB.

Najib should not forget The Edge which over a period of time provided the timelines and the methodology on how the funds ended up in his account. Also on the line are journalists and news portals which had commented on this issue.

Laymen cannot comment on the authenticity of the bank documents. He would have to subpoena the bank officials. As for the letter, Prince Saud Abdulaziz Al-Saud of Saudi Arabia will have to make an appearance in court and affirm that he wrote and signed the letter for it to be adduced as an exhibit, failing which, it will not be admitted as evidence.

But is Najib up to it?

Footnote: Was it not Najib who attempted to silence the media with a gag order when criminal charges were proffered against him last month?

Is he not exposing his defence (and ignoring the subjudice rule which his lawyers argued for? But judging from posts on the social media, very few, believe in the latest round of documents on the internet. - R.Nadeswaran.mk

Najib tunjuk dokumen duit dalam akaunnya dari 'putera Saudi'

Too little, too late for Najib to produce 'weak evidence'

The whole truth?

Alahai Najib,,hanya org UMNO,PAS,BN yg tolol jer yg percaya klentong kamu tu - Zam Bin Zom

Mengapa perlu dedahkan di media sosial jika dokumen itu boleh dijadikan bukti pembelaan di mahkamah? Apakah motifnya dan apakah dokumen itu boleh disahkan keasliannya? - Nazriaziz Alsheikh

Najib think everybody stupid like him. Moneyfrom Saudi came in 2011,but money for $2.6b came in 2013. DOJ have follow the money trail and confirm it came from Tenor Finance and the money from 1MDB goes to Tennor Finance.The money from Saudi came in $20m$30m and $100m in 2011.The money for $2,6m in his account came in one transaction. If the money was donated by Saudi King, why must you send back the balance of unused money $2.1m to Singapore. You should credit the money to UMNO's account. Najib ,you are caught pants down. -   Getyourmarbleback
No automatic alt text available.

Image may contain: 1 person, text

Image may contain: one or more people

Image may contain: 3 people, people smiling, text

Image may contain: 1 person, text


cheers.
Posted by ali allah ditta at 12:02:00 AM
tumpang sekole...?: Melayu mula bangkit?...
http://alditta.blogspot.com/2018/09/melayu-mula-bangkit.html

Tepuk 
Kleptokrasi dah jatuh dan sedang dalam penyiasatan dan menunggu perbicaraan mahkamah. In Syaa Allah dibicarakan dengan adil, yang benar tetap benar dan yang salah rasa redha dan dapat menerima hukuman yang setimpal dengan perlakuannya. 

... 

Tiada ulasan: