Isnin, 10 September 2018

Kandel. 8168.



Parti Pembangkang setelah kalah di kesemua 3 PRK terutamanya penyokong Umno dan Pas hanya mampu melancarkan perang psikologi. 

Elok rasanya penyokong Pakatan Harapan ambil langkah diam-diam berisi. Tetapi dalam mesyuarat dorang mesti bincang kenapa mereka kalah serta mengabaikan analisa PRK yang memenangkan mereka diwar-warkan di laman sosial. Tentu masih ingat dalam Perang Vietnam akhirnya Amerika Syarikat pada tahun 1975 dihalau keluar dari Bumi Indo China dengan penuh kehinaan akibat kekalahan. Tetapi Hollywood membuat filem mewar-warkan Amareka Syarikat menang, walhal kalah teruk dengan Tunnel War pihak Vietkong. 

Itu sebab di Irak dan Libya, Amerika Syarikat menabur fitnah untuk menewaskan Ketua Kerajaan Islam yang menghalangi dakyah yahudi bawaan Amerika Syarikat. Serang negara yang sudah tidak berupaya melawan setelah dikenakan pelbagai sekatan antara bangsa yang antaranya merangkumi, ekonomi, perdagangan dan sekatan udara. Ertinya Perang Vietnam mengajar erti ketewasan dan kehinaan yang amat berat dan memalukan kepada Amerika Syarikat. 
Foto

Foto
Cabaran Islam di Nusantara. 

Berbalik kepada Politik Malaysia, Pengisian Kemerdekaan lebih mudah setelah Umno disingkirkan. Umno adalah petualang Masyarakat Majmuk, petualang tanah Rezeb Melayu tinggal 12%, tergadainya Singapura ke tangan kaum China yang asalnya pendatang dan memudahkan langkah yahudi menjadikan Singapura sebagai Negara kembar kepada Israel guna memantau Islam dan Melayu di Nusantara. Tentu mereka seronok bila Malaysia dan Indonesia saling bercakaran yang berpunca dari sekecil-kecil hal yang berkait dengan nama masakan dan sukan. 


6040 Alhamdulillah Ucapan Syukur Kita Pada Allah Yang Maha Menjadikan Aamiin

6040 Alhamdulillah Ucapan Syukur Kita Pada Allah Yang Maha Menjadikan Aamiin

pada 7/7/2016 - jumlah : 2273 hits
Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahirabbilalaamiin Dengan izin dan kehendak Nya Allah Tuhan Yang Maha Esa kita adalah kalangan hamba Nya yang terpilih untuk beroleh hidayah Nya redho Nya rezeki Nya keberkatan Nya serta rahmat Nya dan jug...











Patut diberitahu di Malaysia juga ada orang Jawa, Bugis, Banjar, Acheh, Kerinchi dan sebagainya yang berasal dari Indonesia seawal Zaman Pembunuhan Kesultanan dan Pembesar di Jawa dan Sumatera, akibat dakyah dan fitnah Komunis Indonesia terhadap Sultan-Sultan dan Pembesar-Pembesar Negeri. 

Umno juga bertanggung-jawab hilangnya Kedaulatan Malaysia terhadap Pulau Batu Putih dan Hilangnya landasan Keretapi Tanah Melayu Berhad dari Woodlands ke Tanjung Pagar Singapura. Selain itu Umno juga bertanggung-jawab menyebarkan api permusuhan antara kaum dan sesama bangsa, hasil dari tipu daya dan tektik politik Pecah dan Perintah. 

Lebel Islam dan Pengecelan Wilayah Islam Melayu Nusantara. 

Sepatutnya Umno belajar dari Peristiwa Perjanjian Bangkok 1909 yang memisahkan Wilayah Islam Melayu dengan Tanah Melayu, ke Sempadan Antara Bangsa Sekarang yang asal sempadannya di Segenting Kra. Sekarang baru wujud Melayu Bangkit, walhal pemimpin mereka yang korup, bermewah-mewah dan menanggung gelaran memalukan sebagai Bangsawan Melayu Kleptokrasi. Kononnya Kerajaan Pakatan Harapan tidak mesra Islam. Yang berpandangan sebegitu sudah pastikah mereka ahli Syurga. 

Lebih-lebih lagi tanpa sedar mereka guna pakai lebel yahudi tentang Islam. Antaranya Islam librel, Islam Sekular, Islam Sosialis, Islam Komunis dan sebagainya yang memang yahudi war-warkan supaya Islam tidak bersatu padu. dengan pelbagai jenama dan lebel. Itu sebab adanya Syiah, Wahabi dan fahaman-fahaman yang wujud selepas 300 tahun (Hijrah) 

Zaman Nabi Salahualaihiwassalam. 

Jangka waktunya selama 300 tahun Hijrah. Zaman itu terbahagi tiga, yang dikenali sebagai Zaman Nabi Salahualaihiwassalam, Zaman 4 Sahabat dan Zaman Pewaris Nabi Salallahualaihiwassalam. 


Kisah Ainul Mardhiah Bidadari Tercantik Di Syurga Diceritakan Dalam Hadits Nabi Riwayat Tirmidzi 7757


Kisah Ainul Mardhiah Bidadari Tercantik Di Syurga Diceritakan Dalam Hadits Nabi Riwayat Tirmidzi 7757

pada 7/6/2018 jumlah : 199 hits
Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahirabbilalaamiin Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Kisah Ainul Mardhiah Bidadari Tercantik di Syurga Diceritakan dalam Hadits Nabi riwayat Tirmidzi Setiap pandangan yang melihatnya pasti akan me...













Melayu sebagai suku kaum yahudi yang hilang di timur dan bakal memusnahkan yahudi yang menjarah tanah Palestin. Melayu Nusantara dengan beribu-ribu suku kaumnya wajib kembali pada Allah Subhanahuwatalla. Yahudi sedang memerhatikan kita untuk kehancuran setelah pemecahan mengikut geografi iaitu negara-negara dalam era penjajahan British, Belanda, Perancis, Sepanyol, Portugis dan Amerika Syarikat. Melayu bertebaran di Negara Burma (Myanmar) Selatan Thailand, Kemboja, Laos, Vietnam, Malaysia, Filipina dan Indonesia. Mampukah mereka bersatu dan sentiasa teguh dengan Islam. In Syaa Allah. Aamiin. 
Daftar Isi Al-Quran dan Terjemahan - Silakan Klik untuk membacanya:
  1. Surat Al Fatihah (Pembukaan)
  2. Surat Al Baqarah (Sapi Betina)
  3. Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)
  4. Surat An Nisa' (Wanita)
  5. Surat Al Ma'idah (Hidangan)
  6. Surat Al An'am (Binatang Ternak)
  7. Surat Al A'raf  (Tempat Tertinggi)
  8. Surat Al Anfal (Rampasan Perang)
  9. Surat At Taubah (Pengampunan)
  10. Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)
  11. Surat Hud (Nabi Huud A.S.)
  12. Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)
  13. Surat Ar Ra'd (Guruh)
  14. Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)
  15. Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)
  16. Surat An Nahl (Lebah)
  17. Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)
  18. Surat Al Kahfi (Gua)
  19. Surat Maryam (Maryam)
  20. Surat Thaha (Thaahaa)
  21. Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)
  22. Surat Al Hajj (Ibadah Haji)
  23. Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)
  24. Surat An Nur (Cahaya)
  25. Surat Al Furqaan (Pembeda)
  26. Surat Asy Syu'ara' (Penyair)
  27. Surat An Naml (Semut)
  28. Surat Al Qashash (Cerita)
  29. Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)
  30. Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)
  31. Surat Luqman (Luqman)
  32. Surat As Sajdah ((Sujud)
  33. Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)
  34. Surat Saba' (Kaum Saba')
  35. Surat Fathir (Pencipta)
  36. Surat Yaasiin
  37. Surat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)
  38. Surat Shaad
  39. Surat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)
  40. Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)
  41. Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)
  42. Surat Asy Syuura (Musyawarah)
  43. Surat Az Zukhruf (Perhiasan)
  44. Surat Ad Dukhaan (Kabut)
  45. Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)
  46. Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)
  47. Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)
  48. Surat Al Fath (Kemenangan)
  49. Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)
  50. Surat Qaaf
  51. Surat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)
  52. Surat Ath Thuur (Bukit)
  53. Surat An Najm (Bintang)
  54. Surat Al Qamar (Bulan)
  55. Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)
  56. Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)
  57. Surat Al Hadid (Besi)
  58. Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)
  59. Surat Al Hasyr (Pengusiran)
  60. Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)
  61. Surat Ash Shaff (Barisan)
  62. Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)
  63. Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)
  64. Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)
  65. Surat Ath Thalaaq (Talak)
  66. Surat At Tahrim (Mengharamkan)
  67. Surat Al Mulk (Kerajaan)
  68. Surat Al Qalam (Pena)
  69. Surat Al Haqqah (Kiamat)
  70. Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)
  71. Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)
  72. Surat Al Jin (Jin)
  73. Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)
  74. Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)
  75. Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)
  76. Surat Al Insaan (Manusia)
  77. Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)
  78. Surat An Naba´ (Berita Besar)
  79. Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)
  80. Surat 'Abasa (Bermuka Masam)
  81. Surat At Takwir (Menggulung)
  82. Surat Al Infithar (Terbelah)
  83. Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)
  84. Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)
  85. Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)
  86. Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)
  87. Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)
  88. Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)
  89. Surat Al Fajr (Fajar)
  90. Surat Al Balad (Negeri)
  91. Surat Asy Syams (Matahari)
  92. Surat Al Lail (Malam)
  93. Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)
  94. Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)
  95. Surat At Tiin (Buah Tin)
  96. Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)
  97. Surat Al Qadr (Kemuliaan)
  98. Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)
  99. Surat Al Zalzalah (Goncangan)
  100. Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)
  101. Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)
  102. Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)
  103. Surat Al 'Ashr (Masa)
  104. Surat Al Humazah (Pengumpat)
  105. Surat Al Fiil (Gajah)
  106. Surat Quraisy (Suku Quraisy)
  107. Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)
  108. Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)
  109. Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)
  110. Surat An Nashr (Pertolongan)
  111. Surat Al Lahab (Gejolak Api)
  112. Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)
  113. Surat Al Falaq (Waktu Subuh)
  114. Surat An Naas (Manusia)
....................................

KITA DI FASA MANA SEKARANG!!
5 FASA UMAT NABI MUHAMMAD SAW SEBELUM KIAMAT . LIHAT SENDIRI 
By Admin | July 10, 2017

Eloklah kita renung akan apa yang disebut oleh Rasulullah s.a.w berkaitan dengan beberapa era dan peringkat zaman – zaman yang akan ditempuhi oleh umat manusia. Seperti mana yang tercatit dalam sejarah bahawa Islam telah berkembang lebih 1400 tahun menempuh pelbagai era, sehinggalah ke era yang disebut oleh Rasulullah s.a.w sebagai era akhir zaman, era peralihan yang dipimpin oleh prmimpin Islam bertaraf khalifah.

Fasa pertama : Zaman Rasulullah s.a.w.

Zaman ini berjalan selama 25 tahun. Zaman Rasulullah s.a.w terkenal dengan ” Zaman Ummah Pertama”. Islam berkembang hingga tiga suku dunia dan dianuti oleh semua bangsa di muka bumi ini. Dengan kemunculan Islam, dua gergasi besar iaitu Rom dan Parsi menjadi lemah dan tunduk dibawah kekuasaan Islam. Setelah nabi wafat, maka berakhirlah fasa pertama ini. Adakah zaman ini telah berlalu? Jawapannya YES.

Fasa Kedua : Zaman Khulafa Al-Rasyidin

Zaman ini ialah zaman pemerintahan para sahabat nabi empat orang, bermula dengan Saidina Abu Bakar Al-Siddiq, Saidina Umar Al-Khattab, Saidina Uthman Affan dan Saidina Ali bin Abi Talib. Zaman ini berlangsung selama 30 tahun, di mana kekuasaan Rom dan Parsi yang telah lemah itu terus tumbang di tangan para sahabat yang telah dibina iman oleh Rasulullah s.a.w dan kedua – dua gergasi itu dapat ditawan.

Sebelum itu Nabi s.a.w. telah memberi isyarat dalam sabdanya bahawa kuasa timur dan barat akan dapat ditawan oleh Islam. Sabda Nabi s.a.w. bermaksud ; ” Timur dan Barat nanti akan terbuka kepada kamu.” (Riwayat Imam Ahmad).

Setelah itu dikuti oleh zaman Saidina Hasan bin Ali menjadi khalifah selama 6 bulan. Masa di antara Saidina Hasan hingga Khalifah Umar Abdul Aziz ialah selama 60 tahun. Dari zaman Rasulullah s.a.w. hingga zaman Khalifah Umar Abdul Aziz selama kira – kira 100 tahun. Selepas itu, dicampur dengan zaman selanjutnya, zaman Rasulullah s.a.w. masih lagi menjamin umat Islam baik ialah dalam lingkungan kira – kira tahun dan dicampur semua menjadi 300 tahun.

Sepertimana ditegaskan oleh Nabi s.a.w; ” Sebaik – baik kurun, ialah kurun aku dan kurun sesudah itu dan sesudah itu dan sesudah itu.” ( Riwayat Bukhari dan Muslim). Menurut perawi hadis ini, Rasulullah s.a.w. menyebutnya tiga kali. Para ahli sejarah Islam mensifatkan tiga kali itu bererti tiga kurun. Setiap satu kurun 100 tahun. Tiga kali bermakna 300 tahun. Itu sahaja kurun yang Rasulullah s.a.w. menjamin baik yang berjalan di atas minhaj kenabian. Selepas zaman itu, dunia telah mula rosak hinggalah membawa kepada Zaman Fitnah. Adakah zaman ini telah berlalu? Jawapannya YES.

Fasa Ketiga : Zaman Fitnah @ Zaman Kerajaan Menggigit

Zaman ini ialah zaman pemerintahan raja – raja Islam yang menimbulkan fitnah, di mana memerintah secara menurut sistem turun temurun atau monarki / warisan. Walaupun mereka memerintah atas nama Islam, mewarisi kerajaan Islam tetapi bercampur dengan kezaliman dan pelbagai pengaruh luar yang bukan dari ajaran Islam tulen. Pada zaman ini bermula dari Kerajaan Bani Umayyah, Kerajaan Bani Abbasiyah dan sehinggalah zaman Kerajaan Uthmaniyyah, di mana zaman Uthmaniyyah pengkhianat Islam iaitu Kamal Artatuk meruntuhkan institusi kekhalifahan di Turki, bermakna berakhir lah fasa ini. Lama masa era kuasa pemerintahan ini selama kira – kira 700 tahun. Adakah ia sudah berlalu? Jawapannya YES.

Fasa Keempat : Zaman Diktator

Selepas berakhirnya Zaman khalifah Uthmaniyyah pada tahun 1924, maka muncul la zaman pemerintahan ideologi – ideologi manusia yang garis panduan mereka adalah diambil dari hasil buah fikiran ahli fikir, sama ada ia bernama sosialis, komunis, kapitalis, demokrasi dan lain – lain lagi termasuk nasionalis. Inilah fasa di mana kita hidup sekarang ini. Maka kita dapat simpulkan bahawa fasa keempat merupakan fasa kemenangan bagi kaum kafir dan kekalahan bagi orang – orang yang beriman kerana zaman ini dikatakan muncul kembali cara – cara kehidupan zaman jahiliah yang pernah berlaku semasa zaman Nabi s.a.w. dahulu.

Dalam fasa inilah tertegaknya sistem dajjal. Setiap urusan dunia dikelolakan dengan nilai – nilai materialistik, liberisme dan sekularisme dalam semua bidang kehidupan termasuk politik, sosial, ekonomi, budaya, pendidikan, undang – undang, ketenteraan bahkan keagamaan. Zaman inilah zaman yang Nabi s.a.w. paling risau terhadap umatnya kerana terlalu banyak fitnah yang membawa kepada kehancuran dan keadaan hura hara di negara Islam.

Zaman inilah dikatakan dajjal akan muncul keluar di mana dia akan mengaku sebagai nabi dan tuhan di merata tempat kecuali Mekah dan Madinah sebelum ia akan dibunuh oleh Nabi Isa a.s. Hanya berzikir sahaja pada zaman ini kita dapat melawan fitnah dajjal yang begitu dashyat sekali yang pernah digambarkan oleh Rasulullah s.a.w. sebelum munculnya era minhajunnubuwwah, terjadi peperangan akhir zaman, iaitu peperangan dunia ketiga yang kuasa Barat, Timur Tengah termasuk Yahudi yang didominasi oleh Dajal, telah musnah dan kalah teruk sekali di tangan umat Islam yang dipimpin oleh pemimpin Islam bertaraf khalifah iaitu Imam Al-Mahdi dan oleh Nabi Isa a.s.

Selepas berakhirnya zaman keempat, akhirnya muncul pula zaman kekhalifahan yang berjalan mengikut minhaj zaman kenabian. Atau dengan kata lain Zaman Kebangkitan Semula Islam. Islam akan agung kembali sepertimana zaman kenabian. Sewaktu kemuculan zaman kenabian, iaitu zaman ummah pertama, dua empayar gergasi dunia tumbang iaitu Rom dan Parsi. Jadi sesuai dengan proses sunnatullah dan ini ditegaskan sendiri oleh Allah dan Rasul bahawa ” Dan tidak sekali – kali kamu dapati sunnatullah itu berubah”. (Surah al-Ahzab ayat 62) dan “Ketahuilah bahawa pusingan Islam itu sentiasa berputar” (Hadis riwayat Abu Na’im dari Muaz bin Jabbal).

Maka kemunculan zaman Ummah Kedua pada akhir zaman ini pun akan berulang sejarah dua gergasi dunia akan tumbang juga, iaitu kuasa komunis ( Eropah Timur) dan kristian (Eropah Barat dan Amerika) termasuk Yahudi, bahkan Yahudi akan terhapus terus bersama – sama kematian Dajal laknatullah. Pemimpin Islam di zaman ini ialah pemimpin bertaraf khalifah. Di samping itu, kita meyakini kebenaran hadis di atas, terdapat lagi beberapa hadis lain yang Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa menjelang kiamat nanti Islam akan kembali berkuasa dan muncul pemimpin bergelar khalifah.

Dari Said dan Jabir bahawa Nabi s.a.w. bersabda, maksudnya ; ” Akan ada pada akhir nanti seorang khalifah yang akan membahagi – bahagikan harta kepada rakyat sehingga tidak terhitung banyaknya (makmur).” (Riwayat Muslim).

sumber: http://www.lokmanamirul.com/2015/11/5-fasa-dunia-akhir-zaman.html
5 Fasa Umat Nabi Muhammad SAW Sebelum Kiamat . Lihat Sendiri kita Di Fasa Mana sekarang!! – Tambah Cheeze
https://tambahcheeze.com/2017/07/10/5-fasa-umat-nabi-muhammad-saw-sebelum-kiamat-lihat-sendiri-kita-di-fasa-mana-sekarang/

Sunday, 9 September 2018

KENAPA ANWAR SEPERTI MASIH TAKUT TAK DAPAT JADI PERDANA MENTERI?


Apa sebenarnya yang masih merunsingkan Anwar Ibrahim tentang kerusi Perdana Menteri?

Kenapa beliau seperti masih merasakan ada orang lain mahu merebut jawatan Perdana Menteri yang sudah disepakati akan diserahkan kepedanya?

Walhalnya ini jaminan Tun Mahathir Mohamad sendiri mengenai peralihan kuasa kepada Anwar itu.
Tun Daim Zainuddin yang sebelum ini didakwa terlibat dalam komplot mahu menyingkirkan Anwar pun sudah menafikan penglibatan beliau dalam perkara itu.
Muhyiddin Yassin selaku Presiden Bersatu dan rakan lama Anwar juga tidak ragu-ragu peralihan kuasa daripada Tun Mahathir kepada Presiden PKR itu akan berlangsung dengan aman apabila tibanya waktunya nanti.
Jadi, apa lagi yang merunsingkan Anwar?

Siapakah yang dimaksudkan Anwar "Dr.M dah janji, jangan ada yang rebut jawatan dari saya"?

Atau Anwar dalam hal ini lebih  dipengaruhi oleh gerakan kempen Rafizi Ramli? 
(ShahbudinHusin 09/09/2018).
Shahbudin dot com: KENAPA ANWAR SEPERTI MASIH TAKUT TAK DAPAT JADI PERDANA MENTERI?
http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/09/kenapa-anwar-seperti-masih-takut-tak.html

Anwar wajib jawab tuduhan 'maut' Rafizi terhadap Azmin
Timmy Say
Semalam calon Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli melancarkan satu serangan maut ke atas penyandang jawatan itu Datuk Seri Azmin Ali sambil mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selama ini cuba melakonkan sifat neutral dalam perebutan jawatan PKR kali ini.

“Saya boleh sebut di sini dia pergi ke Turki untuk berjumpa dengan Anwar sendiri. Anwar baru habis pembedahan, dia boleh pergi berjumpa dan berkata, kamu (Anwar) tak payah jadi presiden parti biar saya jadi presiden parti.

“Sekarang biar saya yang tanya Azmin, kamu pergi jumpa Anwar sendiri minta jadi presiden, jadi salahkah kawan-kawan lain tanya kenapa kamu tidak boleh sokong Anwar dari awal lagi sebagai presiden,” begitulah pendedahan Rafizi dalam serangan terbarunya terhadap Azmin.

Setiausaha politik Azmin, Hilman Idham terus tampil menafikan dakwaan itu sambil berkata Anwar tidak mungkin akan membenarkan Azmin berjumpanya ketika beliau menerima rawatan di Turki sekiranya benar itu permintaan Azmin.

Jika dilihat daripada kronologi peristiwa yang berlaku, Anwar mengumumkan keputusannya untuk bertanding jawatan presiden PKR pada 14 Julai yang lalu di Twitter.

“Justeru setelah berbincang dengan Azizah, timbalan presiden dan kepimpinan, serta mengambil kira segenap pandangan dan keperluan demi kelangsungan KEADILAN, dengan penuh kesedaran atas prinsip iltizam bil jamaah, saya menawar diri untuk bertanding jawatan Presiden KEADILAN,” tulis beliau dari Turki.

Pada keesokan harinya 15hb Julai, Menteri Besar Selangor Amirudin Shari mengesahkan bahawa Azmin telah pergi ke Turki kononnya untuk memuktamadkan nama calon Pakatan Harapan bagi PRK DUN Sungai Kandis. Ini selari dengan tulisan Anwar di atas.

Pada hari yang sama, Azmin juga memuatkan status Twitter berbunyi, “Tiba dari Istanbul bersama YAB @drwanazizah dan @n_izzah sebentar tadi. Dua hari bersama @anwaribrahim dan syukur beliau bertambah sihat dan bincang panjang tentang negara dan umat.”

Sekiranya tuduhan Rafizi benar, apakah perbincangan dengan Azmin itu yang menyebabkan Anwar bertekad untuk bertanding jawatan presiden PKR?

Persoalannya bagaimanakah Rafizi boleh tahu mengenai perkara yang sebegitu sulit perbualan antara 2 orang manusia, melainkan salah seorang mereka memberitahunya atau beliau mengetahui daripada pihak ketiga?

Jika Anwar tetap berdiam diri atau mengelak untuk menjawab atau melontarkan bola ini kembali kepada Rafizi, maka bolehlah kita menganggap apa yang disebut Rafizi itu benar dan merupakan pemangkin kepada keputusan Anwar untuk bertanding jawatan Presiden PKR?

Ini akan menyebabkan tercetusnya perang terbuka dalam PKR kerana Azmin akan terasa beliau dikhianati apabila perbualan sulit itu bocor ke tangan Rafizi dengan sengaja.

Sekiranya Anwar menafikan tuduhan Rafizi, maka ia akan meletakkan Rafizi dalam keadaan kekok dan bahaya dalam pertarungan jawatan timbalan presiden PKR kali ini.

Apapun kekeliruan yang ditimbulkan Rafizi ini wajib dijawab oleh Anwar dan jawapan itu akan menentukan siapakah yang bakal menjadi timbalan presiden PKR pada bulan November ini.
at 9/09/2018 11:44:00 PTG
KERENGGA: Anwar wajib jawab tuduhan 'maut' Rafizi terhadap Azmin
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/09/anwar-wajib-jawab-tuduhan-maut-rafizi.html

Sunday, 9 September 2018
Jawapan Najib Ini Cukup Mengejutkan
Mungkin ramai tidak tahu bahawa presiden Umno ditugaskan untuk mengendali semua aset parti, termasuk menerima sumbangan politik daripada ahli perniagaan, individu, pertubuhan bukan kerajaan dan badan korporat.

Presiden Umno juga ditugaskan untuk mengalih dan membuat pembayaran mengikut keperluan parti pada masa pilihan raya.

Semua hak ini ada ditulis dalam Perlembagaan Umno dan ia menjadi satu kelaziman sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.

Ada satu klip video tular merakamkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengaku dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi pada 6 Sept 2015 selepas beliau digantikan sebagai timbalan perdana menteri.

Katanya beliau sendiri tidak mempersoalkan amalan dana khas presiden kerana itu ialah kebiasaan untuk diuruskan oleh presiden sejak dulu lagi.

Dr Mahathir juga pernah mengaku secara terbuka bahawa dia menyerahkan RM1.4 bilion dalam bentuk wang tunai dan saham kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila Pak Lah mengambil alih jawatan presiden parti.

Walaupun saya pernah sarankan untuk diwujudkan akta sumbangan politik, ia ditolak oleh Pakatan Harapan pada masa itu, justeru sumbangan dana politik tidak melanggar mana-mana undang-undang negara ini.

Belum sempat buat keputusan

Pada masa pilihan raya umum, kebanyakan sumbangan daripada ahli perniagaan dan individu adalah dalam bentuk wang tunai dan diagihkan secara tunai kepada seluruh 222 kawasan parlimen dan 505 kawasan dewan undangan negeri.

Semasa Dr Mahathir membina Pejabat Perdana Menteri dan Seri Perdana, beliau turut membina bilik kebal dan peti besi di kedua-dua tempat tersebut.

Inilah tempat wang tunai yang diterima Umno disimpan untuk tujuan kegunaan operasi politik dan pilihan raya termasuk bayaran bil selepas pilihan raya dan operasi cawangan-cawangan parti.

Selepas BN kalah tidak terjangka pada PRU lalu, wang tunai yang dikumpul itu dipindahkan pegawai-pegawai ke satu pangsapuri di Pavilion Kuala Lumpur sebagai langkah sementera.

Saya juga difahamkan baru-baru ini - ketika wang itu dalam pemindahan - ada beberapa pegawai yang ditugaskan telah mengambil RM3.5 juta untuk diri sendiri dan mereka telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebelum kita sempat membuat keputusan bagaimana untuk mengendalikan wang tunai tersebut dan sementera menunggu keputusan pemilihan parti siapa akan mengambil alih jawatan presiden, pangsapuri Kuala Lumpur berkenaan diserbu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) lalu wang tunai berkenaan disita.

Dr Mahathir tahu tentang kewujudan wang tunai parti yang banyak di Pejabat Perdana Menteri pada masa pilihan raya kerana beliau juga melakukan begitu semasa presiden Umno dan perdana menteri.

Nanti cerita tentang beg

PDRM juga tahu tentang wang itu ada di Pavilion kerana permindahan wang dari Pejabat Perdana Menteri oleh pegawai-pegawai bukanlah satu rahsia.

Wang ini ialah wang parti. Oleh itu, Umno menyediakan barisan peguam untuk berunding dengan pihak kuasa untuk menuntut kembali wang ini.

Memang tiada wang tunai begitu banyak di simpan dalam pangsapuri Pavilion ataupun rumah saya sebelum pilihan raya dan wang tunai yang disimpan dalam Pejabat Perdana Menteri juga tidak begitu banyak pada masa bukan pilihan raya.

Mengapa pula ada mata wang dari 27 buah negara?

Selain dari pangsapuri Pavilion, PDRM juga menyerbu rumah dua anak saya yang berdekatan, serta kediaman peribadi saya di Jalan Duta.

Setiap sen dan setiap helai wang kertas sama ada dalam mata wang tempatan atau asing telah dirampas.

Sesiapa yang sering melawat dan bertugas di luar negara tentu ada baki wang dalam bentuk mata wang asing yang belum diguna di dalam kediaman mereka. Saya dan keluarga saya tidak berbeza.

Oleh itu sebahagian besar wang yang disita ialah dalam mata wang ringgit (selain ada satu jumlah dalam wang Singapura kerana satu penyumbang tertentu memilih untuk menderma dalam bentuk ini). Yang dalam mata wang asing merupakan jumlah yang kecil.

Walaupun saya pernah mengulas sedikit sebanyak tentang isu ini kepada beberapa media tempatan, saya pilih untuk membuat penjelasan dengan lebih panjang lebar sekarang kerana, walaupun banyak usaha dan rundingan dilakukan tetapi PDRM masih tidak mahu mengembalikan wang tersebut kepada parti.

Ia telah melangkaui tempoh tiga bulan mengikut undang-undang supaya dikembalikan jika tiada dakwaan dibuat mengenai aset yang disita.

Saya juga akan menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai sitaan barang kemas dan beg tangan yang menjadi topik perbualan ramai.
- malaysiakini
Addin: Jawapan Najib Ini Cukup Mengejutkan
http://www.addindeen.com/2018/09/jawapan-najib-ini-cukup-mengejutkan.html

TMJ dakwa kerajaan guna peranti Israel 'intip' istana Johor
Tunku Mahkota Johor mendakwa beliau serta Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sedang "diperhatikan" oleh kerajaan.

Menurut Tunku Ismail Sultan Ibrahim maklumat mengenai pemantauan itu disampaikan oleh seseorang kepadanya baru-baru ini.

"Adalah sangat tidak baik apabila ada pegawai yang telah menyampaikan pesan bahawa saya dan ayahanda saya, Sultan Johor sedang diperhatikan," katanya melalui satu hantaran di Facebook hari ini.

Tunku Ismail juga mendakwa ramai tentera siber diletakkan pada akaun Facebook Johor Southern Tigers (JDT) serta halaman peribadi mereka oleh pihak atasan kerana mereka "kurang senang".

"Ramai juga cybertroopers diletakkan pada halaman JDT serta laman peribadi kami seperti Official Sultan Ibrahim dan HRH Crown Prince of Johor atas perasaan kurang senang oleh beberapa pihak atasan," katannya.

Sebelum itu Tunku Ismail menceritakan bagaimaan beliau dihampiri seseorang yang menjelaskan mengenai suatu peralatan pengintipan serta pengumpulan data buatan Israel.

Katanya teknologi tersebut turut digunakan sebelum pilihan raya baru-baru ini, serta dimanfaatkan sebagai bantuan dalam perang siber.

Tiada tempat lagi

"Beberapa orang pegawai kerajaan berjumpa saya dengan menyatakan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, unit khas, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan Pejabat Perdana Menteri turut menggunakan peralatan ini.

"Apabila ia (digunakan untuk) keselamatan negara, saya berpendapat ia adalah sesuatu yang sangat berharga.

"Namun, peralatan ini tidak patut diseleweng oleh mana-mana pihak untuk kepentingan sendiri," katanya lagi.

Kata pemilik kelab bola sepak JDT itu beliau tahu peralatan tersebut digunakan oleh kerajaan BN tetapi ia tidak wajar berlaku selepas pentadbiran negara bertukar.

"Tiada tempat untuk pengalaman sebegini kini," katanya.

Tunku Ismail kemudian mengakui beliau memang lantang bersuara namun ia dilakukan hasil perasaannya yang sayangkan Johor selain melaksanakan tanggungjawab kepada negeri dan rakyat.

"Saya tidak akan berdiam diri jika ada beberapa parti ingin mengambil kesempatan memecah-belahkan perpaduan Bangsa Johor yang unik ini.

"Biar saya jelaskan sekali lagi bahawa saya tidak mempunyai apa-apa masalah dengan kerajaan.

"Johor sentiasa menyokong penuh kerajaan yang memerintah.

"Dengan itu, kami akan menyokong segala keputusan yang betul. Namun kami juga tidak akan berdiam diri apabila berlaku keputusan yang salah," katanya.

Malaysiakini sudah menghubungi Pejabat Perdana Menteri, seorang pembantu Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo serta Bukit Aman dan sedang menunggu reaksi mereka mengenai dakwaan tersebut.
-malaysiakini
at 9/09/2018 08:56:00 PTG
KERENGGA: TMJ dakwa kerajaan guna peranti Israel 'intip' istana Johor
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/09/tmj-dakwa-kerajaan-guna-peranti-israel.html

Pembela UIA…
MOHAMED HADI AH
Aku mungkin agak bias dan sentimental.

Ah biarlah, memang aku bias dan sentimental.

Ini yang terakhir aku akan melabun fasal Presiden baharu UIA. Sudah ada desakan agar Dr Maszlee berundur, kerajaan pun sedang mengkaji.

Aku harap jangan diubah pelantikan itu. Kekalkan Dr Maszlee sebagai Presiden UIA.

Mungkin engagement aku dengan UIA ni ditakdirkan agak lama dan mendalam berbanding orang lain.

Bukan saja aku 4 kali ambik skrol masa konvo, isteri aku, abang ipar aku (dan isteri dia), adik ipar aku, semua belajar kat UIA. Ayah mentua aku pun mengajar kat UIA. Dan aku pun pernah mengajar kat UIA.

Nak kata tak banyak, sikit, tapi banyak jugaklah aku faham masalah UIA ni.

Dan masa kerja ni pun aku masih berhubung dengan UIA dalam soal nak tolong students dari segi kewangan, bagi projek dan lain-lain.

Sebagaimana kebanyakan alumni UIA lain yang tak kisah sangat atau ambik tau sikit-sikit je pasal UIA (ada yang tak kisah langsung), itu terpulanglah, hidup masing-masing..

Tak ada siapa-siapa paksa kita kena ambik tahu pasal UIA atau tak..nak melingkup ke, nak terbalik ke, UIA tak pernah kacau hidup kita..

Rata-rata lepas keluar UIA, majoriti tak kisah pun apa jadi dengan welfare budak-budak, pasal admin, pasal lecturers, pasal kualiti, which is fine. Yalah kita pun banyak hal lain nak fikir kan? Bak kata Pok Ya kalu serumo aku nok caro baik aku jadi menteri.

Hatta bertukar rektor baharu ni pun tak ada siapa kisah. Jangan tipulah, aku tahu siapa yang concern siapa yang tidak.

Siapa Tan Sri Dzul, kenapa Tan Sri Dzul, tak ramai yang peduli, which is still fine. Berapa ramai calon rektor yang Menteri sendiri call secara peribadi, pujuk, rayu, tolonglah jadi rektor, mereka tolak sebab tak sanggup.

Ya, tak sanggup. Kenapa tak sanggup? Well, welcome to IIUM. Tempat lain orang melutut nak jadi Naib Canselor, kat UIA orang tak sanggup.

Akhirnya Tan Sri Dzul sanggup jadi rektor.

Apa yang Tan Sri Dzul cakap masa first townhall dia kat UIA, tak ada siapa heran, which is fine. Kalau siapa yang follow ucapan dia masa tu, straight away akan faham kenapa UIA perlu berpresidenkan seorang Menteri Pendidikan.

Melainkan kalau orang tu benak dan tak mampu nak faham, that’s a different story. Again, lamb kabsah sepinggan.

Tiba-tiba Dr Maszlee jadi Presiden, entah datang dari perdu buluh mana makhluk-makhluk ni pakat menggelinjat belaka. Yang alumni UIA yang kita tahu for all intents and purposes tak pernah kisah dan even tak pernah associate diri dia dengan UIA selama ni pun tiba-tiba meloncat conflict of interest kaffala bana.

How sickening. Ini kalau kita tanya kampus CFS sekarang ada kat mana silap-silap dia jawab “UIA PJ la, mana lagi?”, atau mungkin lebih tragis “Kat Nilai la kan?

Orang macam Adun Kampung Tunku, amoi DAP lulusan universiti Hong Kong tu, atau semisal Sivarasa Rasiah dan Zunar, aku rasa diorang ni tak pernah jejak kaki kat UIA pun.

Jadi kata-kata mereka hanya setakat orang politik mencirit hal politik. Manifesto my foot. Sakit pening UIA selama ni mereka tak pernah ambik tahu pun. Tapi tak kisahlah, yang penting aku tak setuju, aku tak setuju, aku tak setuju.

Mujurnya ramai orang-orang lama UIA, bekas-bekas Timbalan Rektor, bekas Dekan, bekas Timbalan Dekan, bekas Presiden SRC, sudi melontarkan sokongan. Sokong bukanlah kerana seronok sangat tapi buat masa ini di ketika ini, itulah yang termampu dan terbaik untuk dibuat.

ASA dan pengurusan tertinggi UIA pun setuju. Takkan kita yang entah siapa-siapa ni lebih faham masalah UIA dari mereka? Adakah kita lebih sayang UIA berbanding mereka? Apa buktinya? Aaah aku tak peduli semua tu, yang penting aku tak setuju.

Didendangkan kenyataan Dr Maszlee sebelum ini bahawa tidak akan ada campur tangan politik di universiti. Ya, betullah tidak ada campur tangan politik. Mana campur tangan politiknya? Tak ada pun (lagi). Dan campur tangan politik yang bagaimana?

Yang menguntungkan kerjaya politik Dr Maszlee atau memberi projek kepada suku-sakatnya? Bila? Pun tak ada. Apa kita ingat dia, Anwar, Mahathir, semuanya pakat-pakat nak hancurkan UIA yang mereka bina selama ni? Kita yang orang tepi-tepi jalan ni pulak yang kononnya sayang UIA, apa yang kita dah buat selama ni untuk UIA?

Jadi benda tak ada (atau belum ada) janganlah disangka-sangka ada. Buaya timbul disangkalah mati.

Aaaah aku tak setuju, faham tak aku tak setuju?

Sekurang-kurangnya mereka cuba untuk selamatkan UIA. Kita ni yang kononnya sayang UIA, di mana suaranya sebelum ini? Tak dengar pun, bukan peduli pun. Takkan aku nak sebut nama sorang-sorang. Berapa kali balik UIA, berapa kali tanya khabar?

Jadi tak payahlah pura-pura sayang UIA atau kononnya hendakkan kebebasan akademik. Yang aku pelik pensyarah universiti lain pulak yang kritik. Heh sejak bila kau jadi pensyarah UIA?

Kalau tidak mampu bersetuju sekurang-kurangnya cubalah beri pengertian. Cubalah beri peluang. Kalau betul-betul kita sayangkan UIA.

Bagilah sepenggal dulu tengok. Kalau betul punah-ranah 5 ta hun lagi tukar balik. Kita kan dah ada pengalaman tukar pemerintah. Di tengah-tengah tu kita masih boleh berdemo.

at 9/09/2018 06:06:00 PTG
KERENGGA: Pembela UIA…
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/09/pembela-uia.html

Wong Siew Ki-Halimey menang di PRK Dun Balakong, Seri Setia
  3:06 PTG      Pejuang Perubahan      No comments
Wong Siew Ki-Halimey menang di PRK Dun Balakong, Seri Setia
Pilihan Raya Kecil (PRK) N27 Balakong dan N32 Seri Setia hari ini menyaksikan kemenangan memihak kepada calon PH Wong Siew Ki dan Halimey Abu Bakar.

.Di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Mohd Aziz Mohd Zain mengumumkan keputusan Dun Seri Setia dimenangi calon Pakatan Harapan Halimey Abu Bakar pada jam 9.00 malam tadi.

Halimey memperoleh 13,725 undi mengalahkan calon Pas Dr Halimah Ali yang  memperoleh 9,698 undi. Majoriti dimenangani Halimey 427 undi.

Undi ditolak 164 dan peratusan pengundian 44.1 peratus.
Halimey hadir ditemani ahli keluarganya manakala Wong Siew Ki hadir ditemani Setiausaha Agung DAP Lim Kit Siang dan kepimpinan kanan DAP.
Manakala di Dewan Utama Demesne Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat di Bandar Baru Bangi, Calon Pakatan Harapan Wong Siew Ki memenangi kerusi dengan majoriti undi sebanyak 18,533.
Beliau memperoleh sebanyak 22,508 undi sekali gus menewaskan calon MCA, Tan Chee Teong dengan jumlah 3,975 undi.

Pengumuman keputusan rasmi itu dilakukan oleh Pegawai Pengurus PRK DUN Balakong, Datuk Rosli Othman kira-kira pada pukul 8.50 malam tadi.

PRK N27 Balakong dan PRK N32 Seri Setia diadakan serentak susulan kematian penyandangnya mendiang Ng Tien Chee pada 20 Julai kerana kemalangan jalan raya dan Allahyarham Dr Shaharuddin Baharuddin kerana menghidap kanser limfoma pada 2 Ogos lalu.
mdl
Wong Siew Ki-Halimey menang di PRK Dun Balakong, Seri Setia ~ AGEN PERUBAHAN ®
http://agendsai.blogspot.com/2018/09/wong-siew-ki-halimey-menang-di-prk-dun.html

Sunday, 9 September 2018
BerHati-Hati.. Pencacai Najib Dan BN Masih Dalam Agensi Kerajaan
Amanah Perak meminta ketua setiausaha negara dan setiausaha kerajaan negeri memandang serius teguran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap sesetengah pegawai kerajaan yang melambatkan tugasan diberi kerana masih setia dengan pemimpin kerajaan terdahulu.

Naib Pengerusinya, Dr Muhaimin Sulam berkata, gejala ini berlaku di sesetengah peringkat di negeri-negeri dan perlu dikawal. Katanya, jika perkara ini dibiarkan, beberapa keputusan dan pendekatan kerajaan akan dilihat lemah dan lembab.

"Ini akan meresahkan harapan rakyat yang mahu perubahan berlaku. Kebebasan dalam negara demokratik hendaklah disertakan dengan rasa kebertanggungjawaban seperti yang digariskan dalam Rukun Negara.

"Sehubungan itu, Amanah Perak meminta ketua setiausaha negara dan setiausaha kerajaan negeri mengambil perhatian dan tindakan serius kepada mana-mana pegawai kerajaan yang terbukti melakukan pengkhianatan dari dalam jentera kerajaan," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mahathir yang mendakwa terdapat segelintir pegawai kerajaan yang masih setia bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Muhaimin berkata, tindakan mereka boleh disifatkan bagai gunting dalam lipatan dan musuh dalam selimut.

Menurutnya, kerjasama erat antara ahli politik, kakitangan kerajaan dan rakyat sangat penting dalam memacu pembangunan dan kelestarian sebuah negara.

Beliau berkata, memenuhi harapan rakyat adalah sebahagian tanggungjawab nasional semua pihak. - sinar
Addin: Hati-Hati.. Pencacai Najib Dan BN Masih Dalam Agensi Kerajaan
http://www.addindeen.com/2018/09/hati-hati-pencacai-najib-dan-bn-masih.html

Sunday, 9 September 2018
KERJASAMA UMNO - PAS TERBUKTI GAGAL, MALAH MENAKUTKAN PENGUNDI BUKAN MELAYU

Gunalah apa jua hujah, alasan atau helah, realiti yang paling mudah untuk difahami ialah Pas tidak menang di Seri Setia dan MCA pula kalah di Balakong.

Di Seri Setia, Halimey Abu Bakar yang mewakili PH berjaya menewaskan calon Pas, Dr. Halimah Ali dengan majoriti 4,027 undi.

Dibantu oleh jentera dan kehadiran kempen oleh pemimpin-pemimpin utama UMNO yang sejak awal memutuskan tidak meletak calon bagi memberi sokongan kepada Pas, gandingan kerjasama itu terbukti gagal menggamit selera dan hati para pengundi di Seri Setia.

Di Balakong, calon PH, Wong Siew Ki berjaya mengekalkan penguasaan di kawasan itu menewaskan calon MCA, Tan Chee Teong dengan kelebihan 18,533 undi.

Meskipun MCA menggunakan simbol sendiri dan tidak logo BN, disertai bantuan Pas yang tidak meletakkan calon serta turut berkempen di Balakong dengan hasrat besarnya  agar PH dapat dikalahkan, ia juga terbukti gagal mengubah selera rakyat yang baru saja pada PRU14 lalu membuat keputusan menyingkirkan Najib Razak serta BN daripada persada kuasa.

Diambil kira dengan keputusan pilihanraya kecil Sungai Kandis sebelum ini di mana calon PKR yang mewakili PH, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berjaya mengekalkan kemenangan di kawasan itu dengan menewaskan calon UMNO, Lokman Noor Adam dengan majoriti 5,842 undi, terbuktilah juga bahawa sudah tiga pilihanraya kecil menunjukkkan kegagalan kepada  kerjasama UMNO dan Pas.

Di Sungai Kandis di mana UMNO bertanding, Pas tidak meletakkan calonnya, sementara di Seri Setia di mana Pas bertanding, UMNO pula tidak bertanding. Di Balakong, oleh kerana MCA yang bertanding adalah rakan UMNO, Pas bukan saja memutuskan tidak meletakkan calon, bahkan turut sama berkempen untuk parti Cina itu.

Dari segi bacaan mudahnya, tidak kira sama ada peratusan yang keluar mengundi menurun atau sebaliknya, hubungan "cinta gelap", apalagi jika berlaku "perkahwinan"  antara UMNO dan Pas, ia bukanlah tarikan yang boleh mempengaruhi selera pengundi.

Malah, jika peratusan yang keluar mengundi lebih meningkat, bermakna majoriti kemenangan PH di ketiga-tiga kawasan itu juga akan menjadi lebih tinggi lagi.

Meskipun dari segi keahlian, memang diakui UMNO dan Pas adalah parti yang berada di kedudukan nombor satu dan kedua terbesar, imej buruk kedua-dua parti itu ternyata lebih besar sebagai halangan untuk diterima baik oleh pengundi.

UMNO dengan perjuangan bangsa yang ekstrem dan melampau, lebih-lebih lagi sejak kehilangan kuasa, sementara Pas yang tidak menentu serta berubah-ubah konsep Islamnya, bahkan pendirian parti itu akan berubah setiap kali sama ada sebelum atau selepas pilihanraya umum, ia adalah fakta yang membuatkan kedua-duanya semakin ditolak rakyat.

Selagi UMNO dan Pas tidak berubah dan tidak keluar daripada kepompong itu, selagi itulah mereka akan terus ditolak oleh rakyat yang semakin cerdik dan bermaklumat sekarang ini.

Dari segi teori, oleh kerana dalam pilihanraya umum lalu berlaku pertandingan tiga penjuru dan sekarang UMNO dan Pas saling bekerjasama yang membuatkan berlakunya penggabungan undi kedua-dua parti, sepatutnya tiada masalah untuk mereka mencipta kejayaan.

Malangnya sehingga ini semua itu langsung tidak berlaku. Apa yang berlaku ialah kerjasama UMNO dan Pas itu membuatkan wujud kelompok dalaman daripada parti masing-masing yang saling menjauhkan diri kerana tidak tiada kepercayaan antara satu sama lain.

Di sebalik pemimpin atasan UMNO dan Pas saling bermesra, bercanda dan sering muncul di pentas yang sama, pengikut bawahan sebenarnya lebih ramai yang meluat dan menyampah dengan sandiwara itu.

Berhadapan realiti itu, untuk menarik hati pengundi dan seterusnya menang dalam pilihanraya akan datang, kerjasama UMNO dan Pas semata-mata tidak memadai untuk berlawan dengan PH yang di dalamnya ada PKR, DAP, Amanah dan Bersatu.

Walaupun dari segi keahlian, keempat-empat parti tersebut tidak begitu besar jumlah keahliannya, faktor utama yang menyebabkan rakyat tertarik ialah tentang perjuangan dan hala tuju sederhana semua parti tersebut.

Apa perjuangan UMNO dan Pas?

Lagi-lagi sentimen bangsa dan agama yang dimainkan, tetapi selalunya UMNO dan Pas tidak begitu berperanan secara mendalam atau mendetail dalam isu-isu skandal, pentadbiran, ketelusan dan amanah yang melibatkan dana rakyat.

Hanya setelah tiada kuasa ini barulah terlihat para pemimpin UMNO, termasuk Najib sendiri cuba memulakan langkah ke arah itu, tetapi malangnya di tubuh mereka sendiri ada palitan skandal yang lebih besar lagi majalnya.

Setelah hilang kuasa dan kemudian kalah dalam tiga pilihanraya kecil setakat ini, perjalanan pembangkang, meskipun melalui kerjasama UMNO dan Pas, ia sebenarnya masih jauh untuk membawa mereka mampu menumbangkan PH.

Yang barangkali tidak disedari, kerjasama UMNO dan Pas hanya akan mewujudkan bayangan kuasa Melayu yang ekstrem dan melampau yang bukan saja ditolak oleh orang Melayu sendiri, bahkan lebih menakutkan kepada pengundi-pengundi bukan Melayu.

Secara tidak langsung, kuasa Melayu ekstrem dan melampau yang terbentuk melalui kerjasama UMNO dan Pas sekarang akan menyebabkan MCA dan MIC, dua daripada tiga komponen yang masih tinggal dalam BN, akan terus terkulai dan mati dengan sendirinya.

Keputusan lebih buruk yang diterima MCA di Balakong adalah bukti kehadiran Pas bersama UMNO dan membantu kempen calon komponen BN itu telah ditolak mentah-mentah oleh pengundi bukan Melayu.

Tanpa sokongan bukan Melayu, bagaimana UMNO dan Pas mahu mentadbir Malaysia? 

(ShahbudinHusin 09/09/2018)
Shahbudin dot com: KERJASAMA UMNO - PAS TERBUKTI GAGAL, MALAH MENAKUTKAN PENGUNDI BUKAN MELAYU

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/09/kerjasama-umno-pas-terbukti-gagal.html

SERI SETIA ORANG UMNO UNDI PAS ,ORANG PAS BOIKOT.
Perbandingan Perolehan Undi antara PRU-14 & PRK bagi N32 Seri Setia:

PRU-14 (9.5.2018)
•KEADILAN-29,250
•Pas-4563
•BN-9878
Keluar mengundi: 44,457 (84%)
.......
PRK N32 (8.9.2018)
•KEADILAN-13,725
•Pas-9698

Persoalan:
1. Apakah Pas bergantung 100% undi orang Umno-BN kerana jumlah undi diperolehi oleh BN (PRU-14) ialah 9878 dan pada PRK pula Pas perolehi 9698?

2. Logika angka mana hilangnya 4563 undi penyokong Pas semasa PRU-14?

3. Siapa yang boikot siapa sebenarnya?

Kah kah kah
Seri Setia orang UMNO undi PAS ,orang PAS boikot. | SISI BUKIT
http://sisibukit.blogspot.com/2018/09/seri-setia-orang-umno-undi-pas-orang.html

Sunday, 9 September 2018
Punca Sebenar Peratus Undi Keluar Rendah Di PRK Balakong Dan PRK Seri Setia
Cuti panjang, cuaca tidak menentu selain tempoh PRU14 yang baru dilaksanakan beberapa bulan lalu dikatakan menjadi faktor kemerosotan peratusan mereka yang keluar mengundi pada dua PRK semalam.

Pensyarah Kanan Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, rakyat masih letih dengan keadaan pilihan raya menyebabkan sebahagian besar pemilih berdaftar memutuskan untuk tidak keluar mengundi.

Berdasarkan statistik dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hanya 43 peratus pengundi keluar memilih wakil rakyat Dun Balakong manakala di Dun Seri Setia pula mencatat jumlah 44.1 peratus hingga pusat mengundi ditutup jam 5.30 petang.

Peratus bagi kedua-dua PRK itu dilapor terendah berbanding PRK Dun Penanti pada tahun 2009 yang mencatat 46 peratus jumlah keluar mengundi.

Dr Awang yang juga penganalisis politik berkata, pola pengundian rendah berikutan PRU baru sahaja dilaksanakan Mei lalu.

Malah katanya, pengundi juga tidak menganggap kepentingan PRK seperti mana PRU.

“Faktor cuti panjang selama empat hari juga antara punca peratus merosot kerana ramai yang ambil peluang pulang ke kampung.

“Malah pengundi juga tak ramai turun mengundi kerana bagi mereka siapa pun menang dalam PRK ini tak dapat ubah landskap politik Selangor sebagai kerajaan negeri ditadbir Pakatan Harapan (PH),” katanya yang tidak menolak kemungkinan faktor cuaca juga memainkan peranan penting menghalang pengundi keluar beramai-ramai.

Dalam perkembangan lain, Dr Awang berkata, rakyat menganggap prestasi PH dalam tempoh 122 hari memerintah masih belum berada pada tahap cemerlang.

Katanya, banyak kelemahan perlu diperbaiki selain manifesto belum mampu ditunaikan.

“Kritikan netizen terhadap PH baru-baru ini menunjukkan mereka masih tidak puas hati dengan pentadbiran PH.

“Bagaimanapun rakyat ketika ini sukar untuk pilih BN semula kerana masih mahu beri peluang kepada PH baiki kelemahan,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, tidak melihat impak besar berlaku meski MCA guna logo sendiri di Balakong.

Ujarnya lagi, selagi MCA tidak berupaya membuktikan parti itu lebih baik daripada DAP dalam pelbagai aspek selagi itulah ia akan terus ditolak.

“Hakikat sejarah kemenangan MCA disebabkan oleh undi Melayu.

“Bagi kerjasama Pas, Umno pula saya lihat tak ada masalah di peringkat tertinggi parti. Namun di peringkat akar umbi masih lagi saling meragui, tak percaya sesama mereka kerana sudah 41 tahun Pas dan Umno menjadi musuh politik sesama mereka. Ramai yang protes tak turun mengundi atau ambil jalan tengah tak sokong mana-mana pihak,”katanya. - sinar
Addin: Punca Sebenar Peratus Undi Keluar Rendah Di PRK Balakong Dan PRK Seri Setia
http://www.addindeen.com/2018/09/punca-sebenar-peratus-undi-keluar.html

TAHNIAH PAS MENANG SATU PETI UNDI.
Syabas dan tahniah PAS bersama Rakan Sekutu berjaya menang satu peti undi.PRU 14 20 Pusat Daerah Mengundi PAS dalam Gagasan Sejahtera kalah teruk. Kini Hj Hadi dan Ustaz Tuan Ibrahim boleh tersenyum riang.
Posted by mantaro on 08 September 2018
Tahniah PAS menang satu peti undi. | SISI BUKIT
http://sisibukit.blogspot.com/2018/09/tahniah-pas-menang-satu-peti-undi.html

Jangan sampai anak dara kita kahwin bangsa asing
MOHD HAFIZ ISMAIL & RIDAUDDIN DAUD
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta orang Melayu agar bekerja dalam pelbagai sektor walaupun ia tidak popular.

Menurutnya, jika tidak sanggup bekerja, maka pekerja asing akan terus membanjiri negara ini.

Katanya, tanpa mereka negara ini tidak dapat dibangunkan.

"Jika kebanjiran ini membesar dan mereka tinggal lama di negara kita, secara tidak langsung atau secara langsung mereka akan memiliki negara kita. Anak dara kita akan berkahwin dengan mereka.

"Negara kita ini akan jadi lebih berbilang kaum dan kita pun akan undur ke pinggir hutan setelah menjual hartanah kita kepada orang lain," kata Pengerusi Bersatu itu ketika berucap sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Kedua parti itu, malam ini.

Beliau berkata, sekiranya seseorang itu berhutang, ia perlu dibayar balik.

"Demikian hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Bukan banyak yang kita diminta bayar balik. Sedikit sahaja. Kita mampu. Kalaupun gaji kita hanya RM2,000 sebulan apakah sangat RM100 sebulan. Tetapi yang dapat lebih dari itu pun tidak bayar. Lokek.

"Walau apapun alasan yang diberikan, hakikatnya kita tidak bayar hutang. Bagi kita ini perkara kecil. Tetapi bagi bangsa kita, ia memburukkan kepercayaan kepada kita. Orang tidak suka bagi pinjaman kepada kita.

"Bank tidak sanggup memberi hutang kepada orang Melayu kerana percaya mereka tidak akan bayar. Maka bermasalahlah peniaga Melayu, sukar untuk meminjam modal. Maka marahlah kita kepada bank," katanya.
at 9/09/2018 12:52:00 PTG
KERENGGA: Jangan sampai anak dara kita kahwin bangsa asing
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/09/jangan-sampai-anak-dara-kita-kahwin.html

Mahukan Amanah semakin perkasa kerana Allah Subhanahuwatalla.
AMANAH belum berada di atas landasan sepatutnya?
DR ABDUL LATIFF MOHD IBRAHIM
Kini sudah melepasi 100 hari Pakatan Harapan memerintah negara.

Selain masalah luaran banyak juga masalah dalaman yang terpaksa ditangani oleh semua parti dalam gabungan itu.

Masalah luaran bercampur masalah dalaman sudah tentu menjadikan kepimpinan kerajaan yang pada masa sama kepimpinan parti tidak mempunyai waktu kualiti untuk diri mereka sendiri.

Di luar sana, tamat sahaja garisan 100 hari, mulalah parti-parti pembangkang menghambur segala macam tohmahan terhadap pemerintah kerana dikatakan gagal memenhui janji-janji manifesto.

Kereta remuk teruk

Mereka langsung tidak peduli tentang keadaan negara, umpama melihat kereta yang remuk teruk tetapi mahu pemandunya terus membawa mereka ke destinasi yang hendak dituju.

Sistem yang rosak – yang anehnya digelar sebagai “kerajaan yang sangat baik” oleh seorang pemimpin parti agama konservatif – walau belum diperbaiki mahu ditekan semahunya untuk “deliver” kepada rakyat.

Sementara itu, isu dalaman pula mengenai pemerkassan parti terus terabai.

Begitu banyak peluang yang boleh dimanfaatkan apabila parti menjadi sebahagian kerajaan seperti dalam kes Parti Amanah Negara (AMANAH) terlepas begitu sahaja.

Memang inilah situasi “Catch 22”.

Umum mengetahui bagaimana Pakatan Harapan telah menerima pukulan TKO di Pantai Timur Semenanjung dalam pilihan raya umum lepas.

Misi tidak kesampaian

Bagi AMANAH khususnya, misi untuk menapak di sana tidak kesampaian.

Ini terjadi dalam keadaan bekas-bekas tokoh Pas ramai di dalam parti tersebut dan memegang jawatan-jawatan utama parti.

Pengalaman mereka banyak. Namun kerana mungkin masih mencari ‘formula’ untuk mendapat pengaruh di kawasan-kawasan yang diketahui pekat dengan aliran konservatisme yang rigid, mereka tidak dapat maju ke hadapan dengan gagasan “Islam yang ramah”.

Berapa ramai orang yang faham dan menerima gagasan baru ini? Bagaimana pula dengan penyampaiannya?

Apakah strategi jangka panjang yang tersusun sudah dirangka bagi meletakkan gagasan Islam rahmah di tengah-tengah masyarakat Muslim?

Selagi AMANAH tidak dapat meyakinkan umat Islam negara ini mengenai gagasan ini, adalah sukar bagi parti ini melebarkan pengaruh dan sokongan dan menjadi parti yang kuat standing atau lebih kuat daripada parti-parti lain dalam PH yang didominasi ahli Melayu-Islam.

Mesej yang dibawa AMANAH adalah yang terbaik bagi umat Islam negara ini. Asas ideologi yang sudah ditakrifkan oleh beberapa pemimpin dan pemikir sepatutnya menyerap ke dalam pemikiran dan tindak tanduk ahli.

Tidak perlu jadi Pas 2.0

Jangan ada lagi kekeliruan seperti “parti ini sepatutnya lebih ‘Islamik” daripada Pas” dengan menekankan pola “perjuangan” yang dibawa oleh parti lama itu.

Tidak perlu untuk AMANAH menjadi Pas 2.0. Dan sememangnya haluan tersebut tidak akan bertahan pada masa-masa akan datang.

Tegasnya AMANAH adalah dan sepatutnya “parti Islam masa depan” (Islamic political party of the future).

Ia harus menggunakan kesempatan selama lebih kurang lima tahun ini untuk membina wacana baru ini.

Namun melihat kepada cara pengurusannya, nampaknya ia masih belum mengorak langkah untuk ke arah yang disebutkan ini.

Ia masih belum berada di atas landasan yang sepatutnya.
—–
Dr Latiff, bekas profesor madya Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur.
at 9/09/2018 10:41:00 PG
KERENGGA: AMANAH belum berada di atas landasan sepatutnya?
https://gigitankerengga.blogspot.com/2018/09/amanah-belum-berada-di-atas-landasan.html

Ulasan di: 
(ShahbudinHusin 09/09/2018)
Shahbudin dot com: KERJASAMA UMNO - PAS TERBUKTI GAGAL, MALAH MENAKUTKAN PENGUNDI BUKAN MELAYU

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/09/kerjasama-umno-pas-terbukti-gagal.html

Anwar perlu mempertimbangkan semula hasratnya untuk bertanding dalam PRK......
....peratusan keluar mengundi pada dua PRK lepas hanya pada kadar 44 peratus.....

.....sekiranya ada protes keatas calon maka peratus keluar mengundi untuk PH pasti akan menurun....

.....kalau menang pun majoriti ciput.......

.......kalau kalah jadi siput.....sorok dalam cengkerang.....

......orang sedang letih dengan politik.......

........kita pulak bukan pembangkang, semangat keluar mengundi jadi kurang.........

......fikir-fikirkan lah yaaaa......
....buat pengantin baru yang masih malu-malu.....

Di renjis renjis di pilis
Di tepungi lah tawar
Hai beras kunyit di tabur
Disiram si air mawar

Duduk pas-umno sejoli
Atas pelamin berseri
Dihias mca mic
Sebagai raja sehari
Peguam Shafee Abdullah yang pintar

Pengakuan dan pendedahannya sungguh memeranjatkan, bukan sahaja kepada musuh tetapi juga dalam kalangan teman-teman.

Lain yang ditanya, lain dijawab. Banyak mata terbelalak! Hairan ada, terperanjat pun ada. Apabila didesak supaya menerangkan tentang wang RM9.5juta yang diterima daripada Najib Razak, dia mengambil kesempatan untuk melakukan sesuatu yang lain. Pintar dan licik!

Kesempatan itu digunakan sepenuhnya dalam menjawab tentang RM9.5juta. Apakah motifnya yang sebenar? Sebagai peguam berpengalaman, pasti dia mempunyai perencanaan tersendiri.

Di samping menyentuh tentang dakwaan imbuhan yang diterima, dia menerangkan cerita di sebalik tabir tentang apa yang berlaku. Dan dia menggunakan nama Tun M sebagai pelakon utama.

Dia berkata bukan Najib yang mahukannya mengetuai pendakwaan dalam rayuan Anwar terhadap pensabitan liwat pada tahun 2015. Sebaliknya Tun M yang mendesak supaya dia dilantik kerana tidak yakin atas kecekapan Jabatan Peguam Negara (AGC) ketika itu.

Dia menerangkan dengan agak terperinci trikh dan tempat pertemuan antara Tun M dengan Najib dan antara dia dengan Tun M. Antara sebab yang disebut ialah AGC kalah dalam kes Liwat 1 di Mahkamah Persekutuan dan kes Liwat 2 di Mahkamah Tinggi menjadi punca permintaan Tun M itu.

Akhirnya Najib bersetuju dengan ketegasan Tun M melantiknya dia melalui FIAT sebagai pendakwa raya khas kes Liwat 2 dan itu adalah sebahagian daripada 6 tuntutan Tun M kepada Najib.

Pendedahan itu menimbulkan banyak persoalan. Lebih memeranjatkan ramai orang ialah peranan Tun M yang berterusan dalam kes liwat Anwar, sedangkan pada waktu itu beliau tidak lagi menjadi perdana menteri.
Hanya Tun M dan Najib sahaja yang boleh menjawab kebenaran pendedahan Shafee itu. Ini kerana Najib menjadi pihak yang berkepentingan, maka Tun M harus jujur merungkai persoalan itu. Kalaulah benar apa yang didedahkan, apakah motif sebenar Tun M?

Apakah Tun M mahu dan suka melihat Anwar terus dipenjara? Apakah Tun M mahu menguburkan karier politik Anwar yang dilihat ketika itu semakin kuat dan berjaya menyatukan pembangkang menjadi satu gabungan yang dinamakan Pakatan Rakyat?

Apakah Tun M mahu menyekat Anwar daripada bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri dan seterusnya menjadi Menteri Besar Selangor ketika itu? Tun M tahu dengan menjadi MB Selangor, Anwar akan dapat menguatkan lagi Pakatan Rakyat setelah menawan Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan sebelum itu.

Apakah Tun M terus berdendam dengan Anwar dan mahu mempertahankan kes liwat ciptaannya terhadap Anwar? Kalau Anwar menang dalam rayuannya, maka rakyat akan tahu bahawa selama ini Tun M adalah sosok yang mencipta pembohongan itu sehingga diterima sebagai kebenaran seperti yang pernah disebut oleh Vladimir Lenin.

Semua maklum bahawa ketika itu Umno dan BN sangat tertekan dengan gabungan pembangkang dan pemangkin kepada gabungan itu tidak lain dan tidak bukan adalah Anwar. Sebagai ‘master tactician’ Tun M tahu Anwar harus dihapuskan dan dimatikan seperti yang dilakukan dalam episod Liwat 1.

Terakhir apakah kemungkinan imbuhan RM9.5juta itu juga saranan daripada Tun M?

Di sinilah Tun M harus jujur untuk membuktikan Mahathir yang memimpin PH sekarang bukanlah Mahathir 1.0 yang dulu. Ini penting untuk aktivis PH agar pisang tak berbuah 2 kali, tidak wujud musuh atau ‘trojan horse’ dalam PH, dan tidak ada juga telunjuk lurus kelingking berkait.

Sementara menunggu penjelasan Tun M, aktivis PH juga harus sedar akan motif Shafee. Sebagai peguam terkenal yang mempunyai hubungan baik dengan Tun M dan Najib, pasti dia pintar berhujah mengelirukan musuh. Justeru semua harus tahu motifnya.

Motif pertama mungkin untuk menyelamatkan “tuannya” yang kini menjadi anak guamnya. Apatah lagi dengan dakwaan “imbuhan” daripada budi “tuannya” itu sedangkan, menurutnya, telah tertangguh sejak zaman Tun M. Yang hendak diburukkan sekarang ialah Tun M supaya gabungan PH menolaknya.

Pendedahan itu juga boleh ditafsir sebagai “membawang” dan bertujuan mengadu domba pimpinan PH. Paling jelas ialah ia mahu mengembalikan permusuhan antara Tun M dengan Anwar. Isu ini jika tidak dijawab bakal menjadi pisau tajam yang boleh membelah dan membunuh kepercayaan antara Anwar dan Tun M.

Taktik Sun Tzu seolah-olah digunakan di sini untuk melemahkan PH dan sumber kekuatan PH sekarang terletak pada Tun M dan Anwar. Tiada senjata lebih ampuh yang mampu melumpuhkan gabungan politik itu selain daripada mengembalikan permusuhan antara 2 tokoh ini.

Apakah motif dan strategi ini akan berjaya? Hanya Tun M dan Anwar sahaja yang boleh menentukannya.

Yunus Tasim

: Sebelum ini dia dibabitkan dengan bayaran RM9.5 juta tapi dia selamba aje mengambil kes Najib sedang semua orang menjauhi Najib untuk elak terpencik masalah.... 
Pas can cheer up, MCA still needs BN

PAKATAN Harapan (PH) last night emerged as the winner in the two Selangor state seats that it was defending simultaneously in straight fights against rivals MCA and PAS.

But what do the Seri Setia and Balakong by-elections ― the second and third in just four months after GE14 ― tell us?

Lets take a quick look at three key things:

1. New record for low turnout

Despite being held on a weekend, the twin by-elections for the Seri Setia and Balakong seat both failed to garner voter attention and hit a glaring historic low turnout rate of just 44 per cent and 43 per cent.

This is markedly different from the 14th general election, where the Election Commission’s decision to fix polling day in the middle of the week actually spurred upset voters to turn out in droves despite the inconvenience for those working.

A high turnout of 82.32 per cent was recorded then for the polls that would determine who helms the federal government and state governments.

It makes one wonder if Malaysians can stomach another by-election in the very near future, where one of the PKR MPs are speculated to be giving up the seat they were voted in for Datuk Seri Anwar Ibrahim to contest. Or might those circumstances be different?

Datuk Seri Syed Arabi Idid, a professor at the International Islamic University of Malaysia (IIUM), pointed out that it was the holiday period and also cited voter fatigue.

“To the voter, whoever wins won’t have any effect on the state government,” he said, adding that the low voter-turnout and it being early days of PH in power means that these by-election results shouldn’t be read too deeply into.

The by-elections fell on the long weekend as the coming Monday and Tuesday are holidays, while Selangor is firmly under PH rule with the coalition winning 51 out of 56 seats there unlike some other states where a seat or two could change the balance of power.

Ibrahim Suffian of independent pollster Merdeka Center said the turnout among non-Malay voters for both seats were very low, which he said indicated that “many didn’t see the elections as very important as it didn’t change anything”.

He also observed that anecdotes suggest younger voters stayed away while the older ones took the trouble to vote.

2. Of lone rangers

In the Balakong by-election, DAP’s Wong Siew Ki won 22,508 votes in the Chinese majority seat with a 18,533 vote majority against Tan Chee Teong (3,975 votes) of MCA.

Wong’s predecessor Eddie Ng won 41,768 votes with a majority of 35,538 votes in a three corner fight with PAS (6,230) and MCA (5,874).

Oh Ei Sun, principal adviser of the Pacific Research Center, said “MCA did not gain advantage by using its own logo.”

Going by the numbers, Oh said the Balakong by-election results showed the PH at a ratio of 5.5 to 1 votes against BN and PAS despite the lower voter turnout, which he said was an improvement over the 4 to 1 ratio in GE14.

Syed Arabi said MCA had tried out contesting under its own logo, but believed that it still needs BN and the help of other parties.

“On their own, I don’t think they can march on…This is a good trial run for them, they thought they will be able to capture more Chinese votes but they don’t have the machinery. If they had stood under the BN logo, Umno will help, MIC will help,” he said.
Anwar mungkin kecundang di Kawasan Melayu

Ekoran daripada peningkatan undi PAS di Seri Setia daripada 4,563 undi kepada 9,689 undi walaupun peratus keluar mengundi hanya 44% adalah menjadi suatu amaran kepada PKR untuk cadangan mengosongkan kerusi parlimen bagi Anwar. Perlu juga mengambil kira peningkatan undi calon PAS lebih daripada 100% di Seri Setia, walaupun ada rakyat masih tak setuju PAS-UMNO bekerjasama kerana rekod UMNO dan BN sangat buruk.

Pakatan Harapan hanya mendapat kepercayaan pengundi bukan Islam terutama Cina yang mana keputusan di Balakong telah menunjukkan perkara tersebut.

Jika Anwar ingin selamat dia perlukan kawasan yang majoriti pengundi Melayu tidak melebihi 60% kerana orang Melayu sudah rasa mereka di KENCING oleh PAKATAN HARAPAN. Tak mustahil sampai suatu masa orang Melayu rasa perlu menyelamatkana ISLAM dan MELAYU mengambaikan kesalahan UMNO lalau dan mereka sanggup memberi undi kepada calon PAS atau UMNO. Masa itu kita mungkin dapati 90-95% pengundi Melayu akan menolak PAKATAN HANCING.

Orang bukan Melayu pasti seronok dengan Anwar mungkin mereka dapat lebih kuasa daripada Mahathir, tapi kesannya masyarakat Melayu termasuk kumpulan reformis zaman awal kebangkitan menentang Mahathir dulu kita sudah mula muak dan jijik dengan tingkahlaku Anwar.

Kedua, Anwar juga berhadapan dengan pelbagai serangan isu peribadi yang masih belum jelas termasuk tuduhan Mahathir kepada Anwar liwat masih belum jelas Mahathir menafikannya. Ini tidak menjadi satu kepelikan jika orang-orang Mahathir akan berusaha memastikan Anwar kalah dalam PRK nanti. Jika Anwar kalah Mahathir sudah boleh memperkemaskan rancangan untuk meninggalkan legasinya kepada Azmin Ali anak angkatnya sendiri yang dia juga sebelum ini meminta membantu Anwar yang akhir mereka berperang begitu lama.

Ketida, Anwar bukan sahaja bermasalah dengan Mahathir tapi Anwar sendiri telah memcahbelahkan PKR dengan menggunakan RAFIZI. Sokongan Anwar dalam PKR sendiri sudah merosot dan ini tidak mustahil Anwar hilang undi semasa PR Kecil nanti.

Keceluparan mulut Rafizi dan Abdullah Sani dalam kempen pertandingan dalaman PKR antara faktor membawa kepada kemerosotan undi Anwar.

Jika Azmin ingin selamat dan selesa, dia mesti ambil peluang ini untuk memastikan Anwar terus ranap dan peluang Azmin sangat tinggi di kawasan majoriti Melayu.

Keempat, faktor keluar mengundi juga boleh menyebabkan Anwar bakal kecundang. Peratus keluar mengundi boleh merosot lebih teruk kerana rakyat dah boring dengan PRK sedangkan negara perlu dipulihkan ekonominya. Negara berhutang dan PRK yang sengaja seperti ini adalah pembaziran duit rakyat apatah pilihanraya ini kerana sengaja dikosongkan untuk kepentingan peribadi seseorang yang dilihat gile kuasa.

Kelima, rakyat berfikir perlukan Anwar mengganti Mahathir sekarang?
Apakah sokong dan menangkan Anwar sebagai keperluan negara?
atau hanya kepentingan peribadi?
Adakah Anwar menggantikan Tun Dr Mahathir sebagai PM boleh akan menjadi negara lebih baik atau akan menjadi negara makin kalut dan tak terurus?

Keenam, faktor-faktor sampingan..
Jika yang dikosong bukan kerusi Azizah atau Izzah, apakah perlu tiga beranak berada di dalam kerajaan dan apa motif Wan Azizah dan Nurul Izzah tidak sanggup kosongkan kerusi mereka untuk Anwar ayahnya?

Masih ingat ada usaha nak singkirkan Mukhriz sebagai MB Kedah dan ini membuatkan Mahathir dan BERSATU tidak akan membenarkan cita-cita Johari untuk singkirkan Mukhriz sebagai MB terjadi apabila Anwar menjadi PM.

Apakah mereka sanggup buat apa sahaja demi nak puaskan nafsu mereka. Rakyat diketepikan dalam masalah ekonomi, harga barang yang makin hari makin meningkat. Jangan fikir rakyat bodoh. Rakyat kini lebih matang dan tidak mustahil rakyat akan buat PKR dan PH sebagaiman mereka buat UMNO dan BN.

SemutApi @ FireAnt
http://semutapi-fireants.blogspot.com/
Parti Islam Liberal Amanah Menikus dalam isu Islam

PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) terkilan dengan sikap Parti Amanah Negara (PAN) yang menikus untuk mempertahankan keindahan Undang-Undang Syari’ah apabila YAB PM menyatakan pendapat kabinet berhubung isu tersebut beberapa hari lalu.

PM mendakwa hukuman sebatan yang dilakukan oleh Mahkamah Syariah Terengganu dianggap satu hukuman yang melihatkan Islam sebagai agama yang suka menghukum dan bengis. Adakah PAN terikat dengan tanggungjawab kolektif sehingga terpaksa berdiam diri untuk menegur PM?

PAS juga melihat kenyataan media Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) yang dikeluarkan semalam bercanggah dengan kenyataan awal beliau yang menyokong sepenuhnya pelaksanaan hukuman sebat yang dilakukan oleh Mahkamah Syariah Terengganu beberapa hari lalu.

Mengapa pula kenyataan beliau semalam mempertikaikan keputusan dan hukuman yang telah diputuskan? Adakah beliau telah ditekan oleh segelintir pihak dalam Pakatan Harapan untuk mengendurkan sokongan awal beliau dalam isu ini?

Tindakan beliau jelas memperlihatkan PAN terpaksa menikus jika terdapat isu-isu yang melibatkan kepentingan Islam. Dalam isu ini, Menteri (Agama) harus mendukung kedaulatan undang-undang Syariah dan berusaha untuk menerangkan perbezaan prosedur dan tatacara hukuman antara mahkamah Syariah dan mahkamah sivil kepada umum.

Inilah ruang yang sesuai untuk menonjolkan keindahan Islam bukan menambah kekeliruan dengan logik akal yang tidak munasabah.

Sejahtera Bersama Islam

Nasrudin HassanKetua Penerangan PAS Pusat
27 Zulhijjah 1439 | 8 September 2018
: Sekadar menjadi PASU BUNGA dalam PH kira ok bagi pengikut mereka.... 
PRK Seri Setia: Isyarat awal perubahan rakyat

PAS menghormati keputusan rakyat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia dan mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di atas kepercayaan yang diberikan.

PRK Seri Setia menunjukkan isyarat awal perubahan sokongan rakyat terhadap perjuangan PAS. Peratusan keluar mengundi yang rendah juga merupakan petanda undi protes terhadap Kerajaan Pakatan Harapan.

PAS komited untuk terus memperjuangkan nasib rakyat, dan sedia menjadi pembangkang yang menasihat serta bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak demi mewujudkan keamanan dan kesejahteraan negara.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para petugas PAS, rakan-rakan pembangkang daripada Umno dan MIC, juga pasukan keselamatan dan pengamal media serta semua pihak yang memberikan sokongan dan kerjasama dengan baik.

“Sejahtera Bersama Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 27 Zulhijjah 1439 / 8 September 2018

: Kotmimen kepada PAS dah tinggi, hanya kepercayaan kepada UMNO dan sokongan buikan Islam terutama Cina masih rendah....
Undi meningkat bukti kerjasama Pas, Umno tepat
NURUL FIRDAUS KHAIRI 9 SEPTEMBER 2018
Noraini Ahmad

SHAH ALAM - Peningkatan undi sekali ganda yang diperoleh calon Pas, Dr. Halimah Ali pada PRK Dun Seri Setia semalam berbanding diperoleh calon Pas dalam PRU14 membuktikan kerjasama Pas dan Umno adalah di landasan yang betul dan tepat.

Ketua Wanita Umno, Datuk Noraini Ahmad berkata, beliau yakin peningkatan undi calon Pas dari 4,563 undi pada PRU14 kepada 9,698 undi yang diraih oleh Dr Halimah

merupakan satu terjemahan kemahuan ahli dan penyokong kedua-dua parti Melayu terbesar itu untuk menjalin permuafakatan dan persefahaman ke arah memperjuangkan nasib orang Islam dan Melayu ke tahap piawaian yang lebih tinggi.

Menurutnya, peningkatan undi yang diperoleh calon Pas itu sekaligus memberi petunjuk yang berharga bahawa Pas dan Umno boleh menjalin lebih banyak kerjasama bukan sahaja di peringkat kepemimpinan parti tetapi selepas ini lebih teliti dan mendalam lagi dalam kalangan ahli-ahli akar umbi kedua-dua parti.

"Keputusan PRK Seri Setia akan menjadi titik tolak penting dalam menunjukkan keikhlasan peringkat kepemimpinan Pas untuk duduk bersama lagi selepas ini dengan Umno dalam mencari titik persamaan sepenuhnya terutama apabila mengundang kepimpinan Umno dalam Muktamar Tahunan Pas Ke-64 yang akan berlangsung di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, Sabtu depan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Halimey pertahan Seri Setia]

Noraini mendakwa PRK Seri Setia dan PRK Sungai Kandis sebelum ini menjadi suatu referendum rakyat bahawa mereka tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku terutama membabitkan isu-isu berkepentingan Melayu dan Islam.

Katanya, apatah lagi janji-janji dalam manifesto PH sebelum menjadi kerajaan yang kira-kira 70 peratus masih belum tertunai dalam tempoh 100 hari pentadbiran kerajaan yang berakhir 17 Ogos lalu.

Semalam, calon PH, Halimey Abu Bakar menang kerusi Dun Seri Setia dengan majoriti 4,027 undi.

Halimey memperoleh 13,725 undi menewaskan pencabarnya dari Pas, Dr Halimah Ali yang memperoleh 9,698 undi.
Umno dan PAS kena bersabar, memulakan satu gabungan bukan mudah, kerjasama baru sebulan dua setelah bersengketa puluhan tahun.Insyaalah dalam lima enam pilihan raya umum mungkin boleh berjaya..✌️
Umno, Pas tak mungkin boleh bersatu
RIDAUDDIN DAUD 9 SEPTEMBER 2018

KUALA LUMPUR - Meskipun Umno dan Pas kelihatan ‘akrab’ sejak kebelakangan ini namun Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin merasakan kedua-dua parti itu tidak akan bersatu kerana ideologi politik mereka sangat berbeza.

Menurutnya, penyatuan Umno-Pas bukanlah perkara baru malah ia sudah beberapa kali dibangkitkan sebelum ini namun hasilnya, kedua-dua parti itu tetap terpisah, tidak bersatu.

Tambah beliau, Umno kini hilang panduan selepas kalah dalam PRU14 malah semakin hari semakin lumpuh maka dalam keadaan tidak menentu itu, mereka cuba ‘berbicara’ dengan Pas.

“Bukan sahaja kalah teruk tapi hampir hancur. Umno yang pernah gagah mengetuai BN dengan tidak semena-mena selepas PRU14, sebahagian besar meninggalkan parti itu.

“Jadi sekarang mereka menjadi satu kelompok parti pembangkang yang jauh lebih kecil. Saya percaya mereka (Umno) sudah hilang keyakinan. Maka sebab itu dalam keadaan tidak menentu, Umno berbicara dengan Pas.

“Saya tak yakin Umno mungkin bersatu dengan Pas, ini bukan cerita baru, ini cerita lampau zaman-berzaman. Nampak baik lepas itu tak baik, lepas itu sebelum pilihan raya nak kerjasama tapi lepas tu tak jadi pula,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sesi wawancara khas bersama Sinar Harian dan Malaysiakini di kediamannya di Bukit Damansara, di sini, baru-baru ini.

Tambah Ahli Parlimen Pagoh itu, kerjasama antara Pas dan Umno tidak akan menjejaskan Pakatan Harapan meskipun kedua-dua parti berkenaan mungkin boleh dilihat seakan mewujudkan gabungan baru.

Jelasnya, beliau kurang yakin gabungan itu akan menjadi gabungan mantap kerana ketika beliau masih bersama Umno, parti tersebut tidak pernah merasakan Pas sebagai parti yang boleh bersama mereka.

“Ideologi, pemahaman politik, cara politik pun jauh berbeza. Jadi atas dasar itu saya tak fikir ia akan jadi gabungan yang mantap dan mungkin sebahagian orang Umno tak bersetuju bila kata nak gabung dengan Pas.

“Orang Pas pun saya percaya, mereka di sebelah sana yang selama ini melihat Umni sebagai satu parti yang katanya tak Islam, tak ikut syariat agama, yang buat macam-macam kemungkaran.

“Lebih lagi bila dah kalah teruk macam ini, saya tak fikir mereka boleh bersatu tapi apa pun dalam politik sekarang, kemungkinan itu boleh berlaku, saya tak nafikan,” ujarnya.

Kerjasama antara Pas dan Umno dilihat mula berputik apabila kedua-dua parti itu beralah dalam menetapkan calon di beberapa pilihan raya kecil baru-baru ini.

Malah, beberapa kenyataan dari pemimpin kedua-dua parti juga mengesahkan mereka menjalinkan kerjasama demi satu tujuan iaitu untuk menumbangkan Harapan.
PAS: Keputusan Seri Setia bukan suara sebenar pengundi
Diterbitkan 9 Sep 2018, 9:10 pagi | Dikemaskini 9 Sep 2018, 9:14 pagi

PRK SERI SETIA | PAS berpendapat keputusan yang dicapai Pakatan Harapan pada pilihan raya kecil (PRK) Seri Setia semalam masih tidak mencerminkan realiti kehendak 53,592 pengundi di kawasan berkenaan.

Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor Roslan Shahir Mohd Shahir berkata hal itu kerana kemenangan dicapai Pakatan Harapan (HARAPAN) dicapai melalui undian hanya 44 peratus.

Katanya keputusan yang diperolehi juga menunjukkan ada sisi positif begitu ketara dialami PAS, seperti jumlah undi popular yang diberikan kepada parti itu melonkak tinggi dan keadaan sebaliknya dialami HARAPAN iaitu merosot 8 peratus.

"Berdasarkan keputusan di peringkat saluran mengundi, PAS kembali memenangi keyakinan anak-anak muda khasnya di kalangan pengundi Melayu.

"PAS juga kali ini menang di empat unit peti undi berbanding tidak ada satu pun semasa pilihan raya umum (PRU) ke-14 lalu," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

PAS menurunkan bekas exco Dr Halimah Ali untuk cuba merampas kerusi DUN Seri Setia yang sebelum ini dimenangi HARAPAN.

Hasil undian semalam calon HARAPAN Halimey Abu Bakar mempertahankan kerusi tersebut dengan kelebihan 4,027 undi. Dia mendapat 13,725 undi berbanding Halimah 9,698 undi dan undi ditolak sebanyak 164.

Kerjasama diterima baik

Secara keseluruhan sebanyak 23,423 kertas undi dikira di Seri Setia semalam.

Untuk rekod pada PRU ke-14 lalu Dr Shaharuddin Badaruddin mempertahankan kemenangan HARAPAN di Seri Setia dengan mengalahkan tiga calon lain dengan kelebihan 19,372 undi.

Bekas pensyarah itu mendapat 29,250 undi.

Pencabar HARAPAN di kerusi itu ialah BN, PAS dan calon bebas. Bagaimanapun secara bandingan undi diterima calon BN lebih tinggi berbanding PAS dengan masing-masing mendapat 9,897 dan 4,563 undi.

Pada PRK kali ini kedua-dua parti terbabit menjalin kerjasama terbuka sebagai pembangkang dengan harapan dapat memberi cabaran lebih kuat kepada parti kerajaan.

Menurut Roslan Shahir, kerjasama PAS dan Umno ternyata menjadi strategi politik yang berkesan dan ia terbukti dengan keputusan PRK semalam.

Justeru katanya kerjasama berkenaan perlu terus diterokai disebabkan ia diterima baik dan dialu-alukan masyarakat.

"PAS akan terus bersama rakan-rakannya memain peranan memberikan kesedaran politik kepada rakyat sehinggalah berlaku perubahan politik baru menjelang PRU ke-15 nanti," katanya.
PRK: PAS lebih untung hasil kerjasama pembangkang
Zikri Kamarulzaman dan Nigel Aw | Diterbitkan 8 Sep 2018, 11:52 malam | Dikemaskini 9 Sep 2018, 12:30 tengah malam

ANALISIS | Keputusan pilihan raya kecil (PRK) berkembar di Seri Setia dan Balakong menunjukkan kerjasama pembangkang di antara PAS dan BN lebih menguntungkan parti Islam itu berbanding bekas parti pemerintah.

Walaupun majoriti undi bukan ukuran yang dapat dijadikan sandaran kerana peratusan keluar mengundi yang rendah di bawah 45 peratus, pemerhatian boleh dibuat dengan menganalisis peratusan undi dan data pusat daerah mengundi (PDM).

Di DUN Seri Setia, undi BN dengan jelas beralih kepada PAS, apabila parti pimpinan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu mendapat undi awal, undi pos dan dua PDM iaitu di PJS 5/13 dan PJS 5/30, yang dimenangi BN pada PRU14 9 Mei lalu.


PAS mendapat manfaat apabila berjaya merampas PDM SS 6 yang dimenangi HARAPAN pada pilihan raya umum lalu dengan majoriti 226 undi berbanding gabungan jumlah undi yang diperolehi PAS dan BN.

Walaupun PAS berkempen untuk MCA, undi yang diperolehi parti Cina itu tidak naik dengan ketara, hanya meningkat sebanyak 4.1 peratus menjadi 15 peratus.

Pengundi HARAPAN cenderung tak mengundi
Pada masa yang sama, DAP juga meningkatkan majoriti undi sebanyak 7.46 peratus daripada 77.53 peratus kepada 84.99 peratus.

Pertambahan ini berlaku walaupun jumlah keluar mengundi yang rendah sebanyak 43 peratus, yang mana ramai penyokong Pakatan Harapan lebih cenderung untuk melepaskan peluang membuat pilihan kali ini.

Bagaimanapun, keputusan untuk MCA di Balakong mengulang sejarah penyokong PAS yang tidak memberi sokongan penuh kepada sekutu parti itu dalam pilihan raya, walaupun sewaktu parti itu berada dalam Pakatan Rakyat.


Misalnya, keputusan pilihan raya Muar pada tahun 2013, di mana pada peringkat negeri, 20,812 undi telah diberikan kepada calon Pakatan yang diwakili oleh PAS di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani dan Sungai Balang.

Walau bagaimanapun, calon PKR hanya menerima 19,221 undi di peringkat parlimen, kehilangan 1591 undi.
PH = LGBT = UEC = RASIS = ULTRA KIASU = LIBERAL = SEKULAR = PLURAL = NEPOTISME = BOROS KRONI = KELENTONG KRASI = TERORIST = SYIAH = anti melayu = anti islam = ANTI RAJA = EVANGELIST = SUBAHAT KUASA ASING = SLOW SLOW TIPU ( SST )= SELECTIVE PROSECUTION = BN = SIS = G25 = MUNAFIK = KEDEKUT RAKYAT = anti hudud = ANTI TAKZIR = KENCING HANCING SATU MALAYSIA = BARU BERAPA BULAN DAH BUAT MACAM-MACAM BENDA TAK SENONOH = islam ikut kepala hotak dia = PARTI SODOM = HIPOKRIT = MAHU ISLAM IKUT NAFSU DIA =
Anwar nak buat “langkah Kajang 2”

Anggota Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen hari ini menawarkan kesediaan beliu untuk mengosongkan kerusi parlimen yang disandangnya bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding.

“Saya sedia lepaskan kerusi itu kepada Datuk Seri Anwar,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen sebentar tadi.

Sebelum ini, timbul spekulasi calon naib presiden PKR itu akan mengosongkan kerusi parlimen Selayang bagi memberi peluang kepada Anwar yang diisytiharkan sebagai presiden PKR apabila beliau menang tanpa bertanding Ahad lalu.

Pada pilihan raya umum ke-14, Anwar tidak dapat mempertahankan kerusi Permatang Pauh kerana masih di penjara atas kesalahan liwat II sejak 2015. Bagaimanapun sebaik sahaja Pakatan Harapan berjaya menumbangkan BN, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir telah menghadap Yang di-Pertuan Agong dan memohon beliau diberikan pengampunan penuh.

Isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak perempuan mereka Nurul Izzah masing-masing sebelum ini dilaporkan berkata mereka tidak berhasrat melepaskan kerusi Parlimen Pandan dan Permatang Pauh.

Anwar menggantikan isterinya yang juga adalah timbalan perdana menteri yang tidak mempertahankan jawatan presiden PKR pada pemilihan parti kali ini.

Mengulas lanjut apakah beliau sanggup menjadi “kambing hitam”, Leong berkata “ya”.

Malah, katanya perkara sama juga akan dilakukan oleh semua 50 orang anggota parlimen PKR.

“Kalau diminta saya sanggup (jadi kambing hitam), malah saya percaya 50 anggota parlimen PKR yang lain juga kalau diminta (berbuat demikian) tak ada siapa yang tidak akan beri laluan pada Anwar,” katanya.

Bagaimanapun, kata Leong sehingga hari ini tidak ada perbincangan mengenainya dibuat pihak pimpinan parti itu.

“Setakat ini tak ada apa perbincangan,” katanya.

Pada pilihan raya kecil (PRK) DUN Sungai Kandis yang lalu, Anwar berkata bahawa sebuah kerusi Parlimen akan dikosongkan bagi memberikan beliau ruang untuk bertanding.

Anwar yang dinamakan akan menggantikan Dr Mahathir perlu menjadi ahli parlimen sebelum dapat dilantik menjadi perdana menteri dan menerajui kerajaan Pakatan Harapan.

: Parti mana pula akan menjadi mangsa. Sebelum ini PAS terfitnah dek kerana nafsu PKR....

PH menang PRK S Setia & Balakong -

Zulaylee Omar

Tahniah kpd seluruh jentera prk PH bg dun seri setia dn balakong krn berjaya mngekalkn kerusi d kedua² dun tersebut. 

Kemenangan ini satu kejayaan besar kpd spr dn kerajaan PH krn inilah satu²nya pilihnraya yg d kendalikn oleh PH sbg kerajaan. 

Secara keseluruhn, apa yg d harpkn dri satu pilihnraya yg bersih oleh kerajaan yg bersih dpt d zahirkn. 

Tiada 'pngaruh tidak wajar' dri mana² individu kerajaan dn kerajaan sendiri ketika proses prk d ketiga² dun tersebut d jlnkn. Tiada ugutan dn paksaan ke atas pngundi termasuk anggota² keselamatan dlm menunaikn hak mrk sbg pngundi. 

Tiada dorongn 'rasuah' oleh oleh kerajaan utk pngaruhi pngundi². Soal saper dn parti mn yg menang, berapa ramai yg kuar dn tidak kuar mngundi adalah hak pngundi. Namun pngundi harus faham bhw sistem pilihnraya d ujudkn utk kita tunaikn hak kita utk memilih pemimpin, mewakili rakyat d dun atau parlimen. 

Kita hanya berminat utk melihat wakil² PH yg d calonkn berjaya menang d tiga² prk yg berkenaan. Kita tidak berminat dgn ulasan² politik dr pihak pmbangkang yg tewas. 

Kemenangn d tiga² prk tersebut menandakn rakyat mau kekalkn kerajaan yg ada skrg dn menolak pmbangkang wlu pelbagai cara d lakukn pmbangkang utk pengaruhi rakyat. 

Gabungn pas-umno masih tidak mampu utk mncuri wlu satu kerusi pun dr tiga prk ini krna pngundi sudah fhm bhw undi mrk mngutama kn aspek 'public versus' dn tidak terikat kpd politik perkauman dn agama. 

Rakyat mau kn politik integriti, politik berprinsip, politik idealisme, politik nilai dn bukn politik perkaumn, hizbiyyah, dogmatisme, fanatisme agama. 
----------------------------------------------------

Othaman Ahmad 9 September 2018 at 14:39

Bro JL....

That was a marvellous post mortem signalling umno, pas & mca are dying entities which no longer garner majority support from the rakyat.

It's commendable on your part posting remarks & comments from the rakyat.

Warm regards & Salam Perjuangan.


Apa tujuan DAP nak bukan Islam dan Transgender ada dalam JAKIM?

Modus operandinya agak mudah iaitu DAP tidak cakap isu tersebut bagi elak dikutuk umat Islam tetapi eksploit Melayu yang juga ahli parti itu sebagai boneka kononnya ia suara kaum berkenaan.

Namun, semua maklum saranan dikemuka Prof. Dr. Tajuddin Rasdi, pensyarah senibina Islam, yang disiar portal pro-Pakatan Harapan (PH) minggu lalu; sebenarnya cerminan imej DAP mahu campuri urusan hal ehwal Islam.

Ini termasuk dengan letak individu yang cenderung fahaman liberalisme dan pluralisme sebagai antara ahli lembaga pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kononnya agar ‘suara orang luar’ juga diambil perhatian sama.

“Saya cadangkan supaya ia perlu dianggotai oleh 20 paratus daripada Bukan Islam yang mewakili pelbagai agama, bangsa dan keprihatinan. Perlu ada juga wakil yang boleh bercakap bagi pihak kumpulan minoriti tertentu lain.

“Ini seperti LGBT, Ahmadiah atau kumpulan Syiah,” demikian cadangan pelik Tajuddin yang juga merupakan ahli DAP seumur hidup dari kalangan Melayu vokal dan disiarkan menerusi laman Free Malaysia Today baru-baru ini.

Dalam tulisan itu, beliau menyatakan banyak isu Islam di Malaysia konon telah ceroboh bidang bukan Islam sambil beri contoh kes ‘pijak kepala lembu’, seruan bakar Bible dan himpunan Baju Merah yang laungkan slogan Islamik.

Juga pertembungan Mufti Perlis dengan aktivis pelampau Hindu Hindraf, Waythamoorthy, isu Zakir Naik dan P. Ramasamy dan beberapa contoh lain disebutkan Tajuddin kononnya cetus kebimbangan masyarakat bukan Islam.

Baginya, isu-isu ini menunjukkan bahawa Islam merupakan isu bagi Malaysia secara keseluruhannya dan wajar kelompok bukan Muslim diajak terlibat beri pandangan menerusi pelantikan dalam lembaga pengarah Jakim.

“Saya mahu mencadangkan yang kita terima bahawa ada sesetengah isu berkaitan hal ehwal Islam merupakan isu rakyat Malaysia tanpa kira agama mereka dan bukan hanya eksklusif membabitkan umat Islam semata-mata.

“Walaupun penjajah British yang telah memberikan kemerdekaan kepada Malaya mensyaratkan supaya perihal Islam akan kekal di bawah kuasa institusi Islam, kita mesti melihat semula idea ini di dalam konteks lebih luas.

“Ini termasuk dari segi kontemporari, kebudayaan dan amalan profesional dalam dunia berkembang pesat,” dalih Tajuddin sebagai rasional lantik golongan kafir, pondan dan ajaran sesat itu untuk sertai lembaga pengarah Jakim.

Perasaan kuat beliau menyatakan bahawa konon tiba masa untuk kita semua pertimbangkan bukan Islam sebagai sebahagian daripada mana-mana ahli lembaga pengarah yang dilantik dalam mana-mana institusi Islam tempatan.

Ini juga untuk membolehkan perspektif seimbang terhadap masalah dan terlibat sama dalam hasil cara penyelesaian masalah yang lebih baik berbanding sekadar input idea daripada hanya anggota panel beragama Islam semata-mata.

“Lagi pun, mereka ini masih rakyat Malaysia. Ahli jawatankuasa atau lembaga pengarah ini hanya sebagai minoriti dan tidak mampu beri kesan kepada kekuatan undian orang Islam dalam jawatankuasa atau lembaga pengarah itu.

“Apa yang saya ingin ketengahkan ialah pandangan minoriti ini mesti diwakili kerana saya tiada langsung keyakinan kepada kemampuan pakar Islam untuk fahami atau hargai semua bentuk keprihatinan kelompok rakyat Malaysia.”

Hakikatnya, meskipun yang bercakap lontar idea aneh ini ialah orang Melayu dan beragama Islam, tetapi dalang sebenarnya ialah DAP serta diketahui ada agenda tersirat mahu hancur Islam dari dalam. – Agensi/Mynewshub.TV

: Setelah ekonomi, kemudian kuasa politik kini agama yang menjadi tiang keutuhan Melayu ingin dirobek. Bila agak Melayu nak sedar dan bersatu dalam perjuangan Islam?....
Kalau tak tunai, maksudnya tipu pengundi’
NOR KHALILAH GUSTI HASSAN 18 OGOS 2018
‘Kalau tak tunai, maksudnya tipu pengundi’
Andansura (kiri) dan Mujibur Rahman

KUANTAN - Wakil rakyat Pas berpendapat janji 100 hari yang didendangkan kerajaan PH mengecewakan sebilangan besar rakyat di negara ini apabila banyak janji tidak tertunai seperti tempoh yang disebutkan.

Adun Berserah, Andansura Rabu berkata, ini kerana rakyat memberikan sokongan kepada PH ber­dasarkan tawaran yang dibuat oleh pihak-pihak yang bertanding.


Malangnya, tawaran tersebut tidak ditunaikan seperti tempoh yang dijanjikan.

“Semua tawaran yang dibuat mestilah sesuatu yang bersifat realistik dan boleh dilaksanakan. Jika tidak, ia adalah satu penipuan kepada pengundi-pengundi,” katanya.

Sementara itu, Adun Chenor, Mujibur Rahman Ishak pula berkata, dalam tempoh 100 hari pemerintahan, kerajaan perlu melihat sejauh mana pelaksanaan manifesto yang telah ditunaikan.

Sebagai contoh, katanya sehingga kini rakyat masih menantikan bilakah harga petrol akan diturunkan.

Menurutnya, sekiranya kerajaan menyedari bahawa manifesto itu sukar untuk dilaksanakan, kerajaan perlu memohon maaf kepada rakyat.

“Segala kelewatan sepatutnya kerajaan perlu memohon maaf kepada rakyat. Rakyat mahukan perbezaan dengan pemerintahan sebelum ini.

”Maka dalam tempoh 100 hari yang telah berlalu, PH perlu membuat kajian terhadap janji manifestonya dan sanggup memohon maaf kepada rakyat bagi manifesto yang belum terlaksana.

“Jangan ada sifat berdendam dengan kerajaan terdahulu tapi membangunkan negara untuk kesenangan rakyat,” katanya
Jangan batalkan GST lagi

Selain itu, dalam wawancara sama, Ameer turut menggesa agar kerajaan menyenaraikan segara barangan yang akan dikenakan SST.

Katanya, ia bagi memudahkan ahli perniagaan untuk melabel serta menulis harga barangan sekiranya ia diimport.

"Saya tak tahu kenapa nak tangguh umum kadar (terhadap barangan). Sekurang-kurangnya kita perlu tahu, September tinggal sebulan sahaja lagi. Barang yang dah dipesan dah nak masuk, harga nak kena tulis.

"Kalau naik lima peratus, kena naikkan harga lima peratus. Kalau 10 peratus, kena tukar harga. Barang kita dah pesan enam bulan lalu," katanya.

Sehubungan itu, Ameer juga memberi cadangan kepada pihak kerajaan agar tidak terburu-buru membatalkan GST.

Menurutnya, sebelum pelaksanaan SST ingin dibuat, kerajaan perlu cuba menurunkan kadar GST terlebih dahulu bagi memberi gambaran sama ada ia bagus untuk negara atau tidak.

"Kalau kerajaan nak buat sangat SST, buatlah. Tapi boleh tak mereka buat GST satu peratus dulu, dari situ kerajaan akan tahu. Jadi janganlah mansuhkan dulu.

"Sekarang kerajaan dah rugi beberapa bilion sebab nak tunggu SST.

"(Jika tak jadi batal GST) mereka boleh minta maaf, cakap: saya silap, mari kita laksana GST dua peratus bukan mansuhkan.

"Tapi mereka takut. Saya rasa mereka lupa yang mereka sekarang yang mentadbir negara. Saya rasa rakyat akan faham (jika tidak jadi hapuskan GST)," kata ahli perniagaan berusia 62 tahun itu lagi.


: Puak-puak PH ni ego lebih, kadang kala pengetahuan tak banyak, fakta tak ada banyak rumusan berdasarkan andaian dan persepsi sahaja....
Tiada siapa tuduh Khutbah Arafah Liberalisme

Semalam terlihat poster Kuliah "Rahmatan Lil Alamin" dalam group parti AMANAH yang akan disampaikan oleh Ustaz Zaharuddin dengan tajuk "Mengapa Khutbah Arafah dituduh Liberalisme?" pagi ini. (sekarang sedang berlangsung)

Pertama saya hairan kenapa pendokong parti AMANAH yang terdiri daripada pengerak IKRAM suka membuat tuduhan, persepsi dan kadang kala boleh menjadi fitnah.

Saya juga hairan kenapa Ustaz Zaharuddin bermatian untuk membela kesalahan dibuat oleh puaknya sendiri dalam parti AMANAH?

Pertama, tiada siapa yang tuduh khutbah Arafah itu Liberalisme. Entah ustaz Zaharuddin mendapat di mana maklumat ini.

Yang saya tahu ada satu surat daripada Widad Ahmad Asnawi yang menyatakan bahawa dulu dia selalu suka mendengar khutbah Arafat tapi kini tidak lagi kerana tak setuju dengan Dr. Mujahid Rawa. Antara petikannya ialah;
Biasa akan suka untuk mendengar khutbah di Arafah.. kalini.. hurm..

Akibat dari Menteri Agama bersalaman dgn Nisha.. sahabat saya telah terserempak dengan Mak Nyah di tandas salah sebuah shopping mall terkemuka di Putrajaya..

Ustaz Zaharuddin boleh baca di sini (http://mindarakyat.blogspot.com/2018/08/biasa-aku-suka-mendengar-khutbah-di.html) untuk memahami maksud dan cerita sebenar tentang khutbah Arafat.

Kena beza antara tak suka khutbah Arafah dengan tak suka orang yang membaca khutbah Arafah. Khutbah Arafah tidak liberal yang liberal dan nak bawa fahaman liberal ialah Mujahid Rawa dan parti AMANAH yang didokong oleh Ustaz Zaharuddin dan IKRAM.

Balik daripada Mekah, sekal;i lagi Mujahid cuba membuat kenyataan yang boleh disalah tafsirkan sebagai memisahkan politik dengan agama. Ini pun adalah kekeliruan yang dibuat oleh Dr Mujahid yang sepatutnya Ust Zaharuddin betulkan perkara ini.

Bukan nak membela puak sendiri.
Nanti orang akan muak kepada Ustaz sebagaimana orang muak dengan Dr Mujahid and the geng.

SemutApi @ FireAnt
http://semutapi-fireants.blogspot.com/
: Ustaz Zaharuddin ni dulu bukan main licik menyembunyikan sifat sebenarnya semasa dalam PAS, sekarang rupa sebenar terdedah satu persatu bahawa pertubuhan IKRAM pengkhianat perjuangan PAS....
......jangan sengaja buat prk.......
.......rakyat bukan lembu.......
13 PENYOKONG PH KENA SEBAT

Kelantan sudah sebat 13 individu
ADILA SHARINNI WAHID 5 SEPTEMBER 2018
Daud Muhammad

KOTA BHARU – Kelantan sudah pun mengenakan hukuman sebatan secara terbuka terhadap 13 individu yang menyalahi undang-undang di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1985 sejak diperkenalkan di negeri ini.

Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad berkata, jumlah itu merangkumi lelaki dan wanita berusia antara 20 hingga 55 tahun membabitkan 10 kes termasuk kesalahan mukadimah zina dan minum minuman yang memabukkan seperti arak.

Menurutnya, enakmen ini diamalkan bermula tahun 1985 dan sejak itu hukuman sebatan secara terbuka sudah dikuatkuasakan terhadap pesalah yang melakukan kesalahan syariah di negeri ini.

Sebatan ini pula dijalankan di dalam penjara dengan disaksikan lebih 10 orang termasuk pegawai penguat kuasa dan orang ramai.

"Sebatan juga boleh dilakukan di dalam mahkamah terbuka, tertakluk kepada hakim yang memiliki bidang kuasa untuk menentukan di mana-mana tempat perlaksanaannya. Cuma kalau dibuat di padang terbuka, perlu diambil kira soal keselamatan kerana lebih ramai orang akan melihatnya," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, beliau berkata, bagi kesalahan lesbian atau perempuan yang sengaja melakukan musahakah dengan perempuan yang lain adalah bersalah dan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM500 atau penjara selama tempoh tidak melebihi empat bulan atau kedua-duanya.

"Bagi kes lesbian, tidak ada hukuman sebat diperuntukkan mengikut enakmen ini namun mereka masih boleh dikenakan hukuman penjara dan denda.

" Kes sebegini kebiasaannya sukar untuk dibuktikan kerana banyak dilakukan secara sulit di dalam rumah dan sebagainya.

"Berbeza dengan kes yang berlaku di Terengganu, mereka ditangkap di dalam kereta di tempat awam. Bagi kes sebegini, sekurang-kurangnya memerlukan dua saksi lelaki melihat mereka melakukan perbuatan terkutuk itu bagi membuktikan kesalahan yang dilakukan," katanya.
PH = BN

Anwar, Najib pun pernah jadi presiden UIA'
Anne Muhammad | Diterbitkan 5 Sep 2018, 1:53 petang | Dikemaskini 5 Sep 2018, 1:55 petang

A+ A-
Pelantikan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik selaku Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tidak seharusnya dilihat mempunyai konflik kepentingan, kata bekas timbalan rektor hal ehwal pelajar (HEP) universiti itu Profesor Datuk Dr Mizan Hitam.

“Kebetulan waktu ini Dr Maszlee menteri dan bekas pensyarah UIA, di mana konfliknya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis cabaran yang dihadapi oleh profesional muda yang dianjurkan Institut Perancang Malaysia (MIP) di Kelana Plaza, hari ini.

Mizan juga berkata, lantikan menteri sebagai presiden UIA bukan perkara baru.

Katanya, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak juga pernah dilantik ke jawatan itu ketika menjadi menteri pendidikan.

“Lantikan itu tak ada konflik kepentingan dan dia (Maszlee) dalam kerajaan sekarang dan menteri pendidikan.

“Memang dalam sejarah sebelum ini menteri pendidikan pernah jadi presiden UIAM, itu sejarah,” katanya.

Anwar menjawat jawatan menteri pendidikan 1986 hingga 1991 dan memegang jawatan presiden UIA selama sepuluh tahun (1988 hingga 1998).

Najib pula memegang jawatan menteri pendidikan dari 1995 hingga 1999 dan dilantik menjadi presiden UIAM selama setahun (1998-1999).

ADUN Kampung Tunku Lim Yi Wei menggesa Maszlee melepaskan jawatannya sebagai presiden baru UIA dengan menyifatkan seorang menteri mengetuai universiti swasta adalah satu "konflik kepentingan yang jelas".

Pakatan Harapan, dalam manifesto pilihan raya, berjanji untuk memulihkan kebebasan akademik di institusi pengajian tinggi.

Sementara itu, Mizan yang juga Pensyarah Fakulti Seni Bina Perancangan dan Ukur UiTM turut yakin Maszlee bersikap profesional dalam menjalankan tugasnya.

Katanya lagi, segala keputusan yang akan dibuat Maszlee bukan berdasarkan semberono sebaliknya, keputusan bersama dalam ahli jawatankuasa.

“Saya tak fikir ada apa-apa masalah, saya fikir dia profesional, presiden ada lembaga dia, bukan sendirian bukan bertindak semberono saya cukup positif,” katanya.

Bagi Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar pula meminta kerajaan baru mengambil maklum mengenai kritikan yang diberikan terhadap lantikan Maszlee.

“Kita kena ambil kira kritikan dan teguran dalam suasana Malaysia baru, dalam suasana ini kena terima dan diambil kira,” katanya.
ENYAMUN TEGUR PEROMPAK


Najib: Satu lagi fitnah terhadap BN diperbetul
Diterbitkan 27 Ogs 2018, 6:00 petang | Dikemaskini 27 Ogs 2018, 6:24 petang

A+ A-

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menyifatkan pendedahan jumlah sebenar kes kaum India tanpa kewarganegaraan hari ini merupakan satu lagi 'fitnah' terhadap BN yang diperbetul.

"Alhamdulillah, satu lagi fitnah sebelum PRU14 terhadap kerajaan BN dulu telah diperbetulkan.

"Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Azis Jamman mengesahkan di dalam Dewan Negara bahawa jumlah kes bangsa India tanpa kewarganegaraan di Malaysia ialah 3,853 dan bukan 300,000 seperti didakwa oleh ramai pemimpin HARAPAN sebelum ini.

"Faktanya, 1,638 daripada 3,853 kes-kes ini juga telah diselesaikan di bawah kerajaan BN pimpinan saya dahulu," katanya.

Najib berkata demikian sebagai merujuk kenyataan Azis yang menjawab soalan senator T Mohan berhubung jumlah kes yang didakwa pemimpin HARAPAN.

Jelas Azis, setakat Mei tahun ini, terdapat 3,853 permohonan kewarganegaraan dan bukannya 300,000.

Mengulas lanjut, Najib menegaskan bahawa ketika menjadi perdana menteri, beliau memberi keutamaan kepada semua pihak tanpa mengira kaum berhubung kelayakan mendapat kewarganegaraan.

"Walaupun saya dan pemimpin-pemimpin MIC telah memberi penjelasan angka sebenar banyak kali namun kita sering dituduh sebagai menipu oleh beberapa pemimpin-pemimipin HARAPAN kaum India yang tegas bahawa jumlah kes melebihi 300,000.

"Mereka menggunakan isu ini sebagai isu utama untuk membuat demonstrasi dan dalam ceramah-ceramah untuk menaikkan kemarahan kaum India terhadap kerajaan BN.

"Kini, ramai dari pemimpin-pemimpin HARAPAN yang memainkan isu ini telah dilantik menjadi menteri dalam kerajaan baru.

"Dengan pendedahan kerajaan HARAPAN sendiri tentang jumlah kes yang sebenar, adakah mereka akan meminta maaf kerana telah 'tersalah kira' dua tempat titik perpuluhan?" katanya.

Tahun lalu, anggota parlimen DAP M Kulasegaran, Charles Santiago dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II menyorot isu kaum India yang tidak mempunyai kad pengenalan.

Pemimpin PKR pada 2013 pernah mengadakan perhimpunan di Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya dan mendakwa seramai 300,000 kaum India di negara ini tiada dokumen pengenalan diri.

Pada Oktober 2017, Najib menjelaskan bahawa hanya 2,000 orang India yang terlibat dalam kes seumpama itu.
Pakatan Harapan Sebelum Memerintah...

Aku ingat lagi masa setahun sebelum PRU14. Aku mula minat dengar ceramah khasnya dari Pakatan Harapan. Pantang dengar ada ceramah mesti aku datang. Dalam semua ceramah aku pergi, mesti ada 4 isu dari dulu lagi yang wajib deme sebut dan maki hamun Umno. Bila deme maki hamun tu yang memang nampak betui-betui berat isu tu. Banyak lagi isu lain, tapi aku nk sebut 4 isu ini sebab 4 isu ini deme serang Umno gile babi punya smpai Umno tak dan nak tepis dan kalah teruk.

Isu 1, Minyak Mahal
Kung kang kung kang maki Umno. Deme cakap, " hari ni kita bentuk kerajaan, esok kita turun harga minyak, kita ada kuasa, kita boleh buat. Sape cakap tak boleh buat? negara kita kaya, negara kita pengeluar minyak, kita yang jual minyak kat org". Bersorak la penonton sekali dengan aku.

Isu 2, Tol
Kung kang kung kang maki Umno. Deme cakap, “kalau kita perintah kerajaan kita akan hapuskan tol atau kita akan kurangkan harga tol lebih separuh. Negara kita antara negara yang tol paling banyak.” Bertepuk tangan penonton sekali dengan aku.

Isu 3, Getah Murah.
Kung kang kung kang maki Umno. Deme cakap, "kalau kita perintah, kita akan naikkan harga getah dan tetapkan harga getah. Getah sekarang murah sgt, 1kg getah tak boleh nak beli 1kg gula.” Besorak pakcik makcik kampung ni sekali dengan aku.

Isu 4, GST
Kung kang kung kang maki Umno. Deme cakap, “rakyat dizalimi oleh Umno sampai anak baru beranak pun dah kena cukai GST. Bukan itu saja malah orang mati pun kena GST, itulah namanya cukai haramjadah yang di buat oleh kerajaan Umno haramjadah.”
"Jangan susah hati tuan-tuan dan puan-puan, pangkah Pakatan hari ni menang, esok tak dak dah gst". Gegak gempita satu kampung.

Bila dah memerintah dan berkuasa baru lah terhegeh-hegeh nak kaji. Minyak mahal sebab itu ini la. Toll tetap kutip macam biasa juga dan tak bolih hapus kerana mcm2 hal kena semak. Dan macam2 kena semak dan tak bolih terburu buru.Tun M kata janji menifesto ph bukan kitab jadi tak tunai tak berdosa.
: Pakatan Harapan sangat Hancing....
INI KAH PH MAHU KAN

Denmark kuat kuasa denda wanita pakai niqab
Minda Rakyat 23 hrs ago # Luar Negara
LightBlog
Notis : Kami membuka satu group baharu "MindaRakyat" di Telegram. Anda boleh berborak apa sahaja di sini. Group ini terbuka dan tiada sekatan. Group ini menerima RSS (suapan berita) daripada blog ini secara berkala. >> Masuk < <


Denmark menguatkuasa undang-undang mengharamkan wanita berniqab, dan sekiranya membantah peraturan itu hukuman denda dikenakan.

Peraturan itu menetapkan, memakai burqa yang menutup seluruh muka, atau niqab, yang cuma menunjukkan mata, di tempat umum dikenakan denda sehingga 1,000 kroner (RM635).

Larangan juga memasukkan aksesori lain yang menutup muka seperti janggut palsu. Kesalahan berulang boleh didenda sehingga 10,000 kroner (RM6,365).

Semalam, seorang wanita menjadi individu pertama didenda kerana memakai niqab selepas undang-undang itu dikuatkuasakan Rabu lalu.

Wanita berusia 28 tahun berkenaan didenda selepas dikecam seorang wanita lain yang cuba memaksa membuka niqabnya.

Kejadian itu berlaku di sebuah pusat beli-belah di Horsholm, 25 kilometer dari utara Copenhagen.

Bagaimanapun undang-undang baru itu menimbulkan bantahan dan kritikan dalam kalangan kumpulan hak asasi manusia.

Amnesty International menyifatkan undang-undang itu sebagai diskriminasi terhadap hak wanita, terutama wanita Islam yang memilih memakai burqa.

Pengharaman pemakaian niqab telah dikuatkuasakan di Perancis, Austria, Bulgaria dan Bavaria, sebuah negeri di Jerman. –Agensi

: Umat Islam negara kita belum sedar, selepas tersempit nanti baru mereka nak bersatu....
DR. MAHATHIR ISTIHAR HUDUD DI MALAYSIA SEKEMBALI DARI BRUNEI

Mahathir lakukan lawatan rasmi ke Brunei esok
Diterbitkan 1 Sep 2018, 1:35 petang | Dikemaskini 1 Sep 2018, 1:40 petang

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan melakukan lawatan rasmi dua hari ke Brunei bermula esok.

Kementerian Luar dalam kenyataan hari ini berkata Mahathir akan diiringi isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah serta pegawai daripada Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Luar Negeri.

Ini adalah lawatan rasmi kedua Mahathir ke negara Asia Tenggara selepas Indonesia yang juga sebahagian daripada siri lawatan pengenalan beliau sejurus menyandang kembali jawatan perdana menteri pada 10 Mei lepas.

Semasa lawatan itu, beliau dijadual menghadap Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, disusuli majlis santapan tengahari yang dihoskan baginda.

Perdana menteri juga dijadual mengadakan perjumpaan bersama rakyat Malaysia di negara itu, kata kenyataan itu.

Wisma Putra berkata lawatan itu akan membuka peluang untuk kedua-dua pemimpin memperkasa hubungan dua hala dan kerjasama sedia ada, selain membolehkan Malaysia mengetengahkan dasar terkini kerajaan dan pendirian negara, khususnya isu yang punya manfaat bersama.

Lawatan itu juga akan menyaksikan kedua-dua pemimpin bertukar pandangan mengenai isu serantau dan global yang mempunyai kepentingan bersama, kata kenyataan itu.

Sultan Hassanal Bolkiah adalah ketua negara asing pertama yang mengadakan lawatan peribadi ke Malaysia bagi menyampaikan ucapan tahniah ke atas pelantikan Mahathir sebagai perdana menteri.

Pada 2017, jumlah perdagangan dua hala antara kedua-dua negara mencatatkan USD1.14 bilion, peningkatan 70 peratus berbanding 2016.

Brunei adalah rakan dagang Malaysia yang ke-35 terbesar pada peringkat global dan yang ketujuh terbesar dalam kalangan negara Asean.

- Bernama
PRK Seri Setia: Dr Halimah dakwa PKR guna jentera k'jaan negeri
Anne Muhammad | Diterbitkan 1 Sep 2018, 6:25 petang | Dikemaskini 1 Sep 2018, 6:39 petang

PRK SERI SETIA | Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia Dr Halimah Ali mempersoalkan jika kempen yang dilakukan oleh pesaingnya, Halimey Abu Bakar dari PKR, adalah "bersih".

Ini kerana, dakwa Dr Halimah, beliau sendiri melihat jentera kerajaan negeri digunakan bagi kempen Halimey.

“Ini adalah Malaysia Baharu, kita cakap pasal reformasi kerajaan dan pilihan raya, jadi perlu ke guna jentera kerajaan untuk kempen pilihan raya?

“Saya lihat dimana-mana, program pagi dan tengah hari tadi di PJS 6 dan Desa Mentari, (jentera) kerajaan beri barang-barang,” katanya kepada pemberita selepas majlis perbincangan antara PAS dan paderi Kristian di Hotel De Palma, Ampang, hari ini.

Dr Halimah turut berkata ketika kempen ini beliau tidak mempunyai wang untuk dibelanjakan serta tidak diberikan wang bagi tujuan memberikan barangan kepada pengundi.

“Anggota parlimen kawasan ini adalah Maria Chin, pernah bersama (NGO) BERSIH, tapi ini bersih ke? Kempen ini bersih? Kita semua dalam PAS kita tak ada duit nak bagi macam itu.

"Ini semua (jentera kita) orang PAS… saya tak membeli barang-barang tapi orang PAS yang bawa dan masak, termasuk khemah, bendera semua dari PAS,” katanya.

Tambahnya lagi, perkara ini membuktikan rakyat memerlukan pembangkang yang kuat di Selangor bagi menjadi penegur kerajaan.

Berdasarkan pemerhatian BERSIH pada PRK Sungai Kandis pada 4 Ogos lalu, ada tiga kategori kesalahan yang dilakukan parti politik sepanjang tempoh 14 hari berkempen iaitu pengagihan hadiah atau sumbangan, penggunaan harta dan program kerajaan serta amalan politik perkauman serta melibatkan agama.

Justeru, BERSIH menggesa semua calon yang terlibat dalam dua pilihan raya kecil (PRK) bulan depan mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan seperti di Sungai Kandis baru-baru ini.

Pilihan raya kecil pada 8 Sept ini bagi dewan undangan negeri it diadakan susulan kematian penyandangnya, Shaharuddin Badaruddin pada 2 Ogos.

Allahyarham memenangi kerusi itu pada PRU14 selepas menewaskan calon BN Yusoff M Haniff; calon PAS, Mohd Ghazali Daud dan calon bebas S Vigneswaran.
Yang turun ikan dari lori, bukan harganya'
Anne Muhammad | Diterbitkan 1 Sep 2018, 6:27 petang | Dikemaskini 1 Sep 2018, 6:53 petang

PRK SERI SETIA | Calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Seri Setia Dr Halimah Ali menyindir kerajaan baru Pakatan Harapan (HARAPAN) kerana gagal menurunkan harga barangan walaupun Cukai Barangan dan Perkhidmatan (SST) berkuatkuasa hari ini.

Katanya, beliau sudah membuat tinjauan di beberapa pasar dan respon yang diterima sungguh tidak memberangsangkan.

Menurutnya peniaga di pasar berkata harga barangan tidak turun sebaliknya hanya ikan yang “turun” daripada lori.

“Saya ke pasar tani hari ini, saya bertanya kepada orang jual ikan, daging dan mereka yang jual makanan harian sebab hari ini 1 hari bulan dan SST mula hari ini.

“Jadi, saya tanya mereka, betulkah barang-barang harga turun, mereka senyum, kata betul (turun) tapi (ikan) turun daripada lori.

“Eh tak turun (harga) ke saya tanya? (mereka jawab) tak turun dan dia (peniaga) kata sebenarnya lagi naik.

"Jadi itulah maklum balas daripada peniaga,” katanya kepada pemberita selepas majlis perbincangan antara PAS dan paderi Kristian di Hotel De Palma, Ampang, hari ini.

SST mula dilaksanakan hari ini selepas kerajaan memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Di bawah sistem itu, hanya 38 peratus barangan indeks harga pengguna akan dikenakan cukai di bawah SST berbanding 60 peratus di bawah GST.

Takkan Astro Awani nak bohong?

Sementara itu Halimah turut mengulas mengenai isu debat antaranya dengan calon HARAPAN di Seri Setia, Halimey Abu Bakar.

Halimah berkata kenyataan yang dibuat oleh Halimey dan stesen televisyen, Astro Awani kedengaran bercanggah.
Halimey mendakwa tidak mendapat jemputan dari stesen televisyen berkenaan manakala Halimah pula diberitahu jemputan sudah diberikan kepada kedua-dua mereka.

“Saya pun tak tahu itu debat, saya dijemput oleh Astro Awani setelah dia jemput Halimey. Bila kita tanya is it confirmed, dia (Astro Awani) kata tunggu nak dapat persetujuan kedua-dua pihak.

“Dia (Halimey) kata debat tak perlu, tak penting, tapi itu bukan isu pada saya, dia nak jumpa semua orang tak ada masalah.

“Tapi yang dia kata dia tak di jemput, saya tak tahu dan Astro Awani ada jawapannya sebab (Astro Awani) kata jemput dua-dua (pihak) katanya kepada saya. Takkan Astro Awani bohong kot,” katanya.
PUAK LIBERAL SEKULAR PATUT DISEBAT

Kelantan bincang sebat pesalah syariah di masjid, stadium
N Faizal Ghazali | Diterbitkan 5 Sep 2018, 2:00 petang | Dikemaskini 5 Sep 2018, 5:41 petang

Kerajaan negeri Kelantan dalam proses untuk mewartakan pindaan hukuman sebatan di khalayak umum bagi pesalah jenayah syariah, kata Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob.

Menurut beliau, perkara itu susulan dewan undangan negeri (DUN) meluluskan pindaan terhadap Enakmen Tatacara Jenayah Syariah pindaan 2017.

"Sehingga ini masih dalam perhatian untuk diwartakan, yang boleh menyebabkan kita rotan di khalayak ramai.

"Kita dalam cadangan dan perbincangan pertamanya dalam dewan tertutup, di dalam atau kawasan masjid dan stadium," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Hududullah 2018, di Kota Bharu, hari ini.

Tak libat sebatan pesalah lesbian

Bagaimanapun Ahmad berkata, enakmen itu tidak melibatkan sebatan terhadap pesalah lesbian.

Ini kerana katanya, Seksyen 15, Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan No 2 1985, seseorang perempuan yang sengaja melakukan musahakah dengan perempuan lain, boleh didenda tidak lebih RM500 atau penjara.

"Bagi pindaan enakmen tatacara jenayah syariah ini melibatkan kesalahan minum arak, mukadimah zina dan qazaf (tuduhan zina).

"Setakat ini tidak melibatkan kesalahan (seperti) musahakah.

"Tetapi untuk lain-lain kesalahan seperti minum arak dan mukadimah zina kita sudah laksanakan sejak tahun 1987 dan sehingga 2011 terdapat 13 kes melibatkan 10 pesalah," katanya.

Malaysiakini difahamkan kesalahan liwat turut termasuk dalam seksyen itu.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu mengenakan hukuman masing-masing enam sebatan terhadap dua pesalah wanita berusia 22 dan 32 tahun setelah didapati bersalah cuba melakukan hubungan sejenis di dalam sebuah kereta, April lalu.

Hukuman itu adalah yang pertama kali berlaku di negara ini membabitkan kesalahan seumpamanya dan disaksikan oleh lebih 100 orang termasuk pengamal media, keluarga dan peguam syarie.

Sementara itu, Ahmad yang juga timbalan mursyidul am PAS berkata, setakat ini pihaknya belum dapat memastikan bilakah pelaksanaan hukuman sebatan di khalayak umum itu akan diwarta.

"Pewartaan masih dalam proses, mungkin kita perhatikan beberapa perkara di pelbagai peringkat dan peringkat Dewan Negara," katanya.
PH perlu jelaskan hubungannya dengan IRI, kata Tawfik Ismail

PETALING JAYA: Seorang bekas Ahli Parlimen menggesa pemimpin Pakatan Harapan (PH) menjelaskan hubungan 15 tahun mereka dengan Institut Republikan Antarabangsa (IRI) yang berpangkalan di Washington dan mendedahkan sama ada hubungan itu mempengaruhi keputusan dasar yang dibuat oleh pakatan politik itu.

Tawfik Ismail, bekas ahli Umno dan Ahli Parlimen Sungai Benut dari 1986 ke 1990 berkata, kenyataan Presiden IRI, Daniel Twinning, baru-baru ini mengenai hubungan itu merupakan suatu “cerita yang menarik”.

“Berdasarkan pengakuannya sendiri, IRI bekerja bersama-sama dengan pembangkang semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak,” katanya.

Twinning membuat kenyataan itu dalam satu forum diadakan di Washington bulan lepas. Beliau berkata usaha IRI membuahkan hasil dalam pilihan raya umum Mei lepas, dan ia memberi manfaat kepada Amerika Syarikat dari sudut persainganya dengan China sekarang.

Tawfik memberitahu FMT bahawa rujukan kepada China itu menunjukkan Malaysia “membantu dan bersubahat” dengan satu kuasa politik di AS dan “mengesahkan kebimbangan bahawa pihak tertentu di negara itu menggunakan parti politik tempatan”.

Beliau mengingatkan tentang dakwaan PH bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) membenarkan dirinya digunakan oleh China, sekali gus menunjukkan PH kini boleh dituduh bermuka-muka.

“Kumpulan sivil yang mempersoalkan BN berhubung keputusan dasarnya mengenai China, perlu bertanyakan soalan yang sama tentang kerajaan PH dalam konteks hubungannya dengan AS,” kata beliau.

Penganalisis keselamatan, Lam Choong Wah bercakap tentang yayasan asing – bukan sahaja Barat, tetapi juga Timur Tengah – yang beroperasi di Malaysia dan beliau mengesyaki sebilangan daripadanya bekerja ke arah penerimaan ideologi politik mereka.

Beliau berkata, ini merupakan sebab kenapa undang-undang berkaitan pendanaan parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kepentingan politik tertentu perlu digubal.

Berikutan laporan media tempatan tentang kenyataan Twinning, IRI berkata ia sentiasa bebas daripada politik partisan dalam kegiatannya di Malaysia dan ia bekerja dengan PH dan juga BN.

Terdahulu, ketua publisiti DAP, Tony Pua berkata semua parti politik di Malaysia pernah terlibat dalam sesi latihan dianjurkan IRI.

Beliau enggan memberi komen berhubung dakwaan bahawa IRI mula bekerja dengan pembangkang pada 2002 bagi melemahkan kerajaan BN.

: PH jadi kura-kuran sorok kepala. Ada tuduhan PAS terima RM90 juta bising, kena batang hidung sendiri diam seribu bahasa....
Timbalan Menteri & Roketkini (DAP) disaman kerana fitnah Felcra

KUALA LUMPUR: Felcra Berhad memfailkan saman fitnah terhadap Timbalan Menteri Belia dan Sukan Steven Sim Chee Keong dan editor Roketkini.com berhubung penerbitan sebuah artikel yang mendakwa wujudnya urus niaga haram dalam penjualan minyak sawit.

Felcra, selaku plaintif memfailkan saman fitnah itu pada 6 Jun lepas menerusi Tetuan Omar Ismail Hazman & Co dengan menamakan Sim, yang juga ahli parlimen Bukit Mertajam dan editor akhbar dalam talian itu selaku defendan pertama dan ke-2.

Peguam Norja Abdul Razak, yang mewakili Felcra ketika ditemui pemberita berkata hari ini ditetapkan untuk pengurusan kes di dalam kamar Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Faizah Jamaludin.

“Mahkamah menetapkan 13 September untuk pengurusan kes selanjutnya dan mahkamah mengarahkan plaintif memasukkan afidavit jawapan kepada pembelaan sebelum atau pada 16 Ogos,” katanya.

Dalam pernyataan tuntutan, Felcra mendakwa defendan ke-2 menerbitkan artikel berjudul “Peserta Felcra rugi RM600 juta setahun akibat urus niaga haram?” di Roketkini.com pada 12 Mac lepas, berdasarkan kenyataan Sim.

Dakwa plaintif, artikel itu membawa maksud syarikatnya menjalankan urus niaga haram dengan pihak ke-3 sehingga menyebabkan kerugian kepada peserta Felcra selain mendakwa Felcra melanggar peraturan menjual minyak sawit dengan kadar perahan minyak sawit (OER) yang jauh lebih rendah daripada kadar minimum yang ditetapkan oleh undang-undang.

Syarikat itu turut mendakwa semua urus niaga yang dijalankan mematuhi peraturan perolehan syarikat dan penerbitan artikel berkenaan menyebabkan reputasi plaintif terjejas selaku organisasi yang ditubuhkan sejak 1966 bagi membangunkan sektor luar bandar.

Oleh itu, Felcra menuntut ganti rugi am dan teladan serta memohon perintah injunksi untuk menghalang defendan menerbitkan artikel serupa serta menuntut defendan membuat permohonan maaf secara terbuka di dalam akhbar tempatan dan media sosial.

: Kalau usaha saman dibuat secara teratur dan sistematik bagi setiap fitnah yang dikeluarkan oleh PAKATAN HARAPAN rasanya tak lama berita-berita buruk di media massa akan berkurangan....
Menteri PH yang “uneducated supporters” sebelum 100 hari

Untuk mencapai janji 100 hari tentulah Pakatan Harapan akan melantik menteri-menteri yang hebat gabungan daripada 4 kompenan parti dan pendokong 4 parti berkenaan.

Tapi apa yang rakyat dapat hanya menteri yang memenuhi nafsu dan kehendaki perebutan jawatan untuk parti bukan untuk rakyat.

Ab Jalil menulis apa yang rakyat dapat sebelum 100 hari ialah;

1. Bangsa Hindu penduduk asal negera ini
2. kasut Hitam
3. 7 ekor lembu
4. Tulis kenyataan akhbar bahasa Melayu guna google translator
5. Rakyat tidak terbeban dengan SST kerana Hasil cukai kerajaan kurang
6. Barang akan naik tapi tidak setinggi GST
7. Manifesto bukan kitab suci
8. Hadis ialah sesuatu yang bila buat dapat pahala, tak buat tak apa
8. LIMA diadakan setiap tahun
9. Harga makanan Food Truck lebih mahal kerana kos penyediaan lagi tinggi dan lebih bersih dari kedai tepi jalan.
10. Kita akan turunkan semua papan tanda Klinik 1Malaysia
11. Bagi warganegara kepada pekerja asing (agaknya untuk penuhi janji mengurangkan pekerja asing 😂)
12. Panggil Ketua Jabatan bawah kementerian lain bagi taklimat kepadanya tanpa kebenaran Menteri
13. Jika FAM tidak boleh kawal FA negeri lebih baik jangan sertai Sukan Asia
14. Kenyataan rasmi MoF perlu dalam bahasa Mandarin sebab ada rakyat keturunan cina di negara ini.
15. Permit tukang masak asing akan ditarik balik
16. Ajak orang derma untuk bayar balik hutang negara
17. Tender belum tutup kos HSR sudah jadi RM100 bilion
18. Kerajaan sedia tanggung dosa kerana tidak penuhi janji manifesto
19. Rakyat tidak terbeban kerana hanya tarif letrik perniagaan yang naik
20. Khazanah sudah lari matlamat asal kerana ia ditubuhkan untuk jaga kepentingan Bumiputera
21. Harga daging naik, kita nasihatkan rakyat bijak membuat pembelian kerana daging bukan barang kawalan dan peniaga lebih beretika.

: Ini menepati kata-kata terlepas mulut buaya masuk mulut harimau. Terselamat daripada PEROMPAK dapat pula PENYAMUM
Surat Terbuka Kepada YAB Menteri Besar Selangor

1 - Saya berasa kesal membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor, YAB Amirudin Shari yang meminta Dr. Halimah Ali meletak jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Selangor (PPAS) selepas beliau dinamakan oleh PAS sebagai calon untuk Pilihan Raya Kecil N32 DUN Seri Setia.

Rujuk : http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/prk-seri-setia-dr-halimah-perlu-letak-jawatan-lembaga-ppas-1.871033

2 - Begitu juga kekesalan dan kekecewaan saya akan kenyataan yang dikeluarkan oleh Penolong Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Syed Badli Shah Syed Osman.

Rujuk : https://m.malaysiakini.com/news/439639

3 - Adalah diketahui bahawasanya jawatan Dr. Halimah Ali dalam PPAS bukanlah berelaun bulanan sebagaimana syarikat berkaitan negeri (GLC) seperti Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

4 - Bahkan beliau kekal memegang jawatan tersebut kerana minat mendalam beliau akan bidang bacaan malah hasil sumbangan beliau pernah mendapat pengiktirafan Malaysia Book Of Record (MBOR) sebagai 'The Largest Outdoor Reading Event' yang berjaya mengumpul 15,271 peserta semasa penganjuran Pesta Buku Selangor di PPAS.

5 - Saya mengharapkan kerajaan Pakatan Harapan usahlah bermain politik dendam murahan sebegini di saat mereka melaungkan hak demokrasi yang patut diberikan samarata kepada semua rakyat tanpa mengira latar belakang. Apakah demokrasi hanya terpakai kepada Pakatan Harapan sahaja?

6 - Politik sebegini hanya akan menyebabkan rakyat muak dan bosan akan kerenah kerajaan sediada seperti mana yang dihadapi oleh mereka daripada kerajaan BN terdahulu. Sekarang adalah masa untuk membina semula negara dan menunaikan segala yang dijanjikan kepada rakyat.

7 - Adakah Pakatan Harapan menyedari bahawasanya mereka kini merupakan kerajaan persekutuan yang mentadbir Malaysia pasca PRU14? Realitinya, mereka hendaklah bertindak seperti kerajaan dan bukannya masih mempunyai mentaliti pembangkang.

8 - Atau apakah kontroversi ini sengaja dicipta agar rakyat dapat dialihkan dari isu kegagalan kerajaan Pakatan Harapan menunaikan manifesto 100 hari seperti yang dijanjikan atau isu pembantu khas kepada seorang menteri atau isu pemilikan tanah selama 999 tahun atau isu LGBT yang sedang hangat diperkatakan sekarang?

9 - Dalam pada itu, saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Dr. Halimah atas sikap berjiwa besar beliau yang akan melepaskan jawatan dalam PPAS walaupun beliau layak untuk terus memegang jawatan tersebut kerana tidak mahu mencetuskan polemik yang berterusan.

Rujuk : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/08/464238/dr-halimah-akan-letak-jawatan-di-ppas

10 - Inilah yang seharusnya dilakukan oleh seorang pemimpin yang memikirkan mengenai keutamaan agenda rakyat yang patut didahulukan berbanding agenda peribadi.

11 - Dikesempatan ini juga, saya ingin menyeru kepada semua pengundi N32 DUN Seri Setia supaya keluar mengundi untuk memenangkan Dr. Halimah dalam Pilihan Raya Kecil yang akan diadakan tidak lama lagi bagi memastikan kerajaan Negeri Selangor mempunyai pembangkang yang kuat untuk proses semak dan imbang.

12 - Pencapaian dan kejayaan yang dilakarkan oleh Dr. Halimah semasa menjadi ADUN Selat Klang dan Exco kerajaan Negeri Selangor wajar dipertimbangkan oleh pengundi Seri Setia sebelum membuat keputusan yang pastinya akan menguntungkan masa depan mereka.

' Sik Sejahtera Bersama Islam '

YB AHMAD TARMIZI SULAIMAN
Timbalan Yang DiPertua PAS Kawasan Sik
Ahli Parlimen Sik

: PH nak lantik 'awak mereka' walaupun bodoh dan tak faham apa yang dipegang....
Mengorak langkah 100 Hari Kerajaan Terengganu

KALAU dilihat secara baca sepintas lalu, memang tak ada perkataan pertanian yang ditulis dalam Manifesto PRU14 PAS Terengganu.

Tapi kita perlu baca dan faham apa yang tersirat bagaimana Portfolio Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa berperanan untuk mengisi kemenangan ini serta bergandingan bersama Portfolio lain dalam melaksanakan manifesto.

Tiga sasaran utama yang melibatkan Portfolio Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa ialah:

1. Bekalan air percuma 20 meter padu kepada penduduk miskin.

Data yang menyatakan bahawa 100 peratus penduduk Negeri Terengganu telah menikmati bekalan air bersih sebenarnya tak tepat. Masih ramai lagi penduduk desa atau luar bandar yang menggunakan air telaga atau boring air. Sebahagian besar mereka adalah rakyat miskin. Data Profil Kampung yang sedang dikemaskini perlu tepat dan menggambarkan situasi sebenar rakyat barulah pelan pembangunan boleh dirancang dengan baik. Janji untuk memberikan bekalan air percuma tak akan bermakna apa-apa bagi penduduk miskin yang belum menikmati kemudahan bekalan air. Di sinilah peranan Portfolio Pembangunan Desa mengambil tugas bekerjasama dengan Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk menyelesaikan isu bekalan air luar bandar.

2. Menyediakan 20 ribu peluang pekerjaan dalam masa 4 tahun.

Kita menyedari bahawa Terengganu bukanlah sebuah negeri industri. Persaingan untuk mengisi ruang di sektor industri di negeri ini agak tinggi. Terengganu masih lagi sebuah negeri pertanian.

Kita masih ada kira-kira 12 ribu hektar tanah kosong yang terbiar di seluruh negeri. Ramai orang muda belia Terengganu yang tak ada kerja. Pelbagai kemudahan kursus, khidmat nasihat teknikal serta kemudahan pembiayaan dan bantuan termasuklah kemudahan pasaran disediakan oleh pelbagai Jabatan dan Agensi seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Veterinar, Lembaga Pertubuhan Peladang dan Lembaga Perindustrian Nenas.

Saya menyedari bahawa belia kita tak dapat maklumat dan tak diberitahu tentang peluang yang boleh diceburi dalam bidang pertanian dan asas tani. Kerana itu saya telah mengambil langkah dalam siri program jelajah turun padang untuk bertemu dan berdialog secara langsung bersama rakyat di peringkat yang paling bawah bersama Jabatan dan Agensi berkenaan.

Batu Buruk, Kerteh, Bukit Payong dan Jabi antara lokasi yang telah diadakan program dialog bersama rakyat. Ghairah rakyat untuk mengetahui tentang peluang-peluang pertanian untuk mereka ceburi sangat baik sehinggakan program di Jabi turut dihadiri oleh petani dari Kuala Terengganu.

Kita perlu membangun dengan cara kita sendiri. Pertanian ialah suatu perniagaan dan sumber rezeki rakyat di samping menjamin 'food security'.

Matlamat awal saya, di bawah Program Sumber Rezeki Baru (SRB) paling minima setiap Dun mesti melaksanakan satu projek pertanian berkelompok untuk golongan belia. Orang muda belia mesti mencurahkan tenaga yang ada. Kerajaan Negeri membantu mana yang perlu.

Melihat dari hasil 3 PRK, jelas sekali bahawa pengundi2 dah selesa dgn PH. Kemenangan PH dalam PRK2 itu nyata menolak tohmahan UMNO dan PAS konon2nya ada gelombang penolakan rakyat keatas PH. Jika benar gelombang itu wujud, sudah tentulah dapat dilihat dalam peratusan lebih tinggi pengundi yang keluar dan gabungan PAS dan UMNO semestinya mendapat kemenangan walaupun tipis.

Kekalahan PAS dan UMNO serta tertiarapnya MCA dalam PRK2 itu membuktikan bahawa segala tohmahan kononnya rakyat menolak PH, tidak berlaku. Peratusan keluar mengundi yang rendah hanya menunjukkan bahawa pengundi2 sudah selesa dengan PH dan tidak teruja untuk menukar kerajaan mahupun membuat undi protes. Apa yang nyata, gabungan PAS dan UMNO masih lagi ditolak oleh rakyat malah sebahagian besar ahli2 parti2 tersebut juga menolak gabungan itu. Dengan prestasi 0-3, gabungan PAS UMNO jelas tidak mampu menawarkan alternatif yang nyata kpd PH.

Berkemungkinan besar, gabungan PAS UMNO ini dibuat lebih atas dasar keterdesakan dari keperluan. Ia mungkin strategi yang amat berani tetapi dalam menggunakan strategi terdesak ini kedua2 PAS dan UMNO mendedahkan parti mereka kpd penolakan ahli secara besar2an dan membuahkan konflik dalaman yang teruk. PAS dan UMNO telah memperjudikan prinsip2 mereka dengan menggunakan strategi ini dengan hasrat mencipta kejayaan. Walaubagaimana pun dengan kekalahan yang dialami berturut2, besar kemungkinan PAS dan UMNO sama2 akan mengalami kerugian jangka masa panjang apabila strategi ini ditolak secara total oleh sebahagian besar ahli2 mereka.

Inilah yang dikatakan sebagai "too little too late". Strategi ini mungkin boleh membawa kesan yang positif jka dilakukan dalam PRU14 tetapi di zaman BN tewas dan ditolak rakyat serta munculnya semangat Malaysia baharu dalam jiwa rakyat, strategi ini mungkin akan makan tuan. Pemimpin2 PAS dan UMNO seharusnya bersiap sedia dengan kemungkinan mereka kehilangan jawatan dalam parti akibat dari penolakan ini. Memperjudikan prinsip2 parti demi untuk meraih kemenangan kecil dalam PRK Dun adalah tindakan yang sangat tidak bijak. Berani tetapi sangat tidak bijak.

Nick.
Cape Tiger.
Tambah baik sistem BR1M sedia ada kata Abdul Hadi

Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan konsep membantu golongan miskin perlu diteruskan bagi mengatasi masalah kemiskinan di Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pendapat beliau berhubung cadangan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu memansuhkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak lama lagi.

Menurut Ahli Parlimen Marang itu, perkara penting yang perlu diberi penekanan adalah pembaikan terhadap sistem sedia ada dan melakukannya dengan cara sistematik, bukannya ‘hilang’ begitu sahaja.

“Apa yang penting adalah konsep membantu orang miskin, konsep itu perlu diteruskan. Yang penting adalah melakukan pembaikan untuk melakukannya dengan cara sistematik.

“Jangan hilang begitu sahaja. Usahakan betul-betul supaya dapat mengatasi masalah kemiskinan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Melabuh Unjam di Perairan Marang, di sini, hari ini.

Semalam, Dr Mahathir memaklumkan kerajaan akan mengurangkan jumlah BR1M sedikit demi sedikit sebelum ia dimansuhkan.

Menurutnya, langkah tersebut bertujuan untuk memastikan rakyat lebih berdikari dan tidak hanya bergantung kepada kerajaan semata-mata.

: Membaiki apa yang sedia ada, hindari daripada merasuah rakyat, bantu yang benar-benar memerlukan menghidari negara daripada sistem kapitalis....
MCA pun lawan hudud, tapi...’
Diterbitkan 20 Ogs 2018, 4:32 petang | Dikemaskini 20 Ogs 2018, 4:43 petang

PRK SERI SETIA | Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi penjelasan mengapa parti itu boleh bekerjasama dengan MCA walaupun komponen BN itu menentang hudud seperti DAP.

Baginya, MCA tidak pernah berada dalam satu gabungan dengan PAS, tidak seperti DAP ketika era Pakatan Rakyat.

"MCA tentang hudud, DAP tentang hudud.

"Tetapi DAP menentang ketika sama-sama dalam Pakatan (Rakyat), dalam satu gagasan. Mereka tak hormat (PAS) dan serang kita.

"MCA bukan dalam satu pakatan. Tak setuju tak setujulah, (tetapi) mereka tak serang seperti DAP," katanya pada sidang media yang disiarkan di Facebooknya, hari ini.

Beliau menjawab soalan pemberita berhubung kerjasama kedua-dua parti itu dalam PRK Seri Setia dan Balakong yang akan diadakan serentak 8 September ini.

Kerjasama parti pembangkang pasca-PRU ke-14 bermula dengan PRK Sungai Kandis beberapa minggu lalu, apabila PAS mengambil keputusan untuk tidak meletakkan calon dan memberi laluan kepada Datuk Lokman Noor Adam.

Pendekatan sama diambil Umno dalam PRK Seri Setia apabila mereka pula memberi laluan kepada PAS yang mencalonkan bekas Exco Selangor Dr Halimah Ali.

Selain MCA dan Umno, PAS juga mencapai persefahaman dengan MIC dalam satu pertemuan antara Hadi dan presiden parti itu, Tan Sri S A Vigneswaran di ibu pejabat PAS 19 Ogos lalu.

Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan berkata kerjasama antara pembangkang itu, atau unity opposition (pembangkang perpaduan), akan terus meresahkan Pakatan Harapan (HARAPAN).
PAS: Bazir duit rakyat lagi jika buat PRK untuk Anwar
Anne Muhammad | Diterbitkan 1 Sep 2018, 5:09 petang | Dikemaskini 1 Sep 2018, 5:34 petang

PAS berpendapat berjuta wang rakyat akan dibazirkan sekali lagi sekiranya pilihan raya kecil diadakan untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding bagi membolehkannya menjadi anggota parlimen.

Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tiada keperluan untuk seseorang ahli parlimen meletakkan jawatan untuk memaksa rakyat mengundi semula.

“Masalahnya ialah apakah perlu rakyat dipaksa untuk mengadakan pilihan raya semula. Berjuta dana negara akan dihabiskan untuk satu pilihan raya untuk sekadar beri ruang.

“Saya fikir ni tak sepatutnya berlaku dalam negara demokrasi, kerana saya tengok biasanya kekosongan kerana faktor kematian, bankrap, hilang kelayakan. Bukan sengaja beri peluang. Ini macam Kajang Move,” katanya kepada pemberita selepas majlis perbincangan antara PAS dan paderi Kristian di Hotel De Palma, Ampang, hari ini.

Kajang Move atau Langkah Kajang merujuk kepada tindakan politik PKR untuk menyingkirkan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor pada 2014.

Pada masa itu DUN Kajang yang disandang Adun PKR, Lee Chin Cheh dikosongkan bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan.

Pada mulanya Anwar berhasrat bertanding di situ, namun keputusan mahkamah dalam kes liwat 2 tidak menyebelahinya dan kerusi itu kemudian diambil alih isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar mendapat pengampunan Agong dan dibebaskan daripada hukuman penjara selepas Pakatan Harapan (HARAPAN) memenangi pilihan raya umum pada 9 Mei lalu. Bagaimanapun beliau pada masa ini tidak memiliki sebarang jawatan dalam kerajaan

Sebelum ini wujud spekulasi terdapat usaha untuk menghalang Anwar menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri kelapan. Mahathir bagaimanapun menafikannya.

Semalam, Anwar memberi bayangan bahawa beliau akan kembali ke parlimen sebagai “yang berhormat”, kemungkinan Oktober ini.
PAS akan lawan Anwar

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata pihaknya sedang melihat langkah seterusnya yang akan diambil oleh PKR bagi PAS menyusun gerak kerja sekiranya PRK itu benar-benar berlaku.

“Kita akan tengok kerusi mana yang dikosongkan. Kalau kerusi tu PAS ada peluang untuk masuk, kita masuk, tak tahu kerusi mana.

“Tapi ada ura-ura Permatang Pauh dan Sungai Petani. Saya anggap ni peringkat khabar angin yang belum boleh pegang. Kita bersedia (PRK). Kalau ada peluang untuk kita menang, PAS akan gerakkan calon,” katanya.
Anwar nak buat “langkah Kajang 2”

Anggota Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen hari ini menawarkan kesediaan beliu untuk mengosongkan kerusi parlimen yang disandangnya bagi memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding.

“Saya sedia lepaskan kerusi itu kepada Datuk Seri Anwar,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen sebentar tadi.

Sebelum ini, timbul spekulasi calon naib presiden PKR itu akan mengosongkan kerusi parlimen Selayang bagi memberi peluang kepada Anwar yang diisytiharkan sebagai presiden PKR apabila beliau menang tanpa bertanding Ahad lalu.

Pada pilihan raya umum ke-14, Anwar tidak dapat mempertahankan kerusi Permatang Pauh kerana masih di penjara atas kesalahan liwat II sejak 2015. Bagaimanapun sebaik sahaja Pakatan Harapan berjaya menumbangkan BN, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir telah menghadap Yang di-Pertuan Agong dan memohon beliau diberikan pengampunan penuh.

Isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anak perempuan mereka Nurul Izzah masing-masing sebelum ini dilaporkan berkata mereka tidak berhasrat melepaskan kerusi Parlimen Pandan dan Permatang Pauh.

Anwar menggantikan isterinya yang juga adalah timbalan perdana menteri yang tidak mempertahankan jawatan presiden PKR pada pemilihan parti kali ini.

Mengulas lanjut apakah beliau sanggup menjadi “kambing hitam”, Leong berkata “ya”.

Malah, katanya perkara sama juga akan dilakukan oleh semua 50 orang anggota parlimen PKR.

“Kalau diminta saya sanggup (jadi kambing hitam), malah saya percaya 50 anggota parlimen PKR yang lain juga kalau diminta (berbuat demikian) tak ada siapa yang tidak akan beri laluan pada Anwar,” katanya.

Bagaimanapun, kata Leong sehingga hari ini tidak ada perbincangan mengenainya dibuat pihak pimpinan parti itu.

“Setakat ini tak ada apa perbincangan,” katanya.

Pada pilihan raya kecil (PRK) DUN Sungai Kandis yang lalu, Anwar berkata bahawa sebuah kerusi Parlimen akan dikosongkan bagi memberikan beliau ruang untuk bertanding.

Anwar yang dinamakan akan menggantikan Dr Mahathir perlu menjadi ahli parlimen sebelum dapat dilantik menjadi perdana menteri dan menerajui kerajaan Pakatan Harapan.


: Parti mana pula akan menjadi mangsa. Sebelum ini PAS terfitnah dek kerana nafsu PKR....
3. Mengembalikan tanah rakyat yang dirampas dan membuka permohonan tanah baru.

Tanah yang dirampas selepas 2004 adalah RTB Tapak Rumah dan RTB Pertanian. Begitu juga permohonan tanah baru majoritinya adalah tanah tapak rumah dan pertanian.

Tanah pertanian perlu diusahakan dan ditanam dengan tanaman. Tak dinamakan tanah pertanian jika hanya tumbuh semak dan lalang. Apa halangan yang menghalang dan apa masalah yang timbul sehingga rakyat tak dapat bertani adalah kerja kerajaan untuk mencari jalan penyelesaiannya. Kerana itulah pendekatan turun padang berjumpa masyarakat petani sangat perlu supaya kita boleh dengar sendiri suara hati mereka. Rakyat segan nak datang jumpa Pengarah Pertanian Negeri dan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang. Exco Pertanian telah bawa Pengarah turun jumpa rakyat. Satu halangan birokrasi telah berjaya diatasi.

Halangan diatasi, peluang diberi dan bantuan disediakan maka rakyat boleh bekerja dan perlu bekerja. Saya yakin daripada 20 ribu peluang pekerjaan yang disasarkan dalam masa 4 tahun, sektor pertanian mampu menyumbang sebahagian besar peluang.

Industri padi di Terengganu dengan kawasan IADA KETARA di Besut sebagai pemain utama meliputi kawasan seluas kira-kira 5 ribu hektar melibatkan kira-kira 4 ribu orang petani.

Rancangan KETARA Fasa 2 dengan peluasan kira-kira 5 ribu hektar lagi kawasan penanaman padi di Besut dan Setiu di bawah KETARA telah diajukan oleh Jabatan Pertanian Negeri kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Dari jumlah pengembangan keluasan tanaman padi ini, beberapa ribu lagi peluang pekerjaan mampu disediakan.

Infrastruktur pertanian dan asas tani di Negeri Terengganu yang dibina menggunakan ratusan juta wang rakyat saya telah kenal pasti banyak yang terbiar dan kosong. Projek Kelapa Matag Kubang Puyu, Projek Kambing Lembah Kaprima, beberapa Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM), ladang ternakan ayam, bebiri dan lembu tiada tanaman dan ternakan.

Saya telah mengarahkan Jabatan Pertanian dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk menyediakan Kertas Pelan Pemulihan Projek-projek Yang Terbiar untuk dimanfaatkan kembali.

Tentunya bila pemulihan ini berjaya, ia boleh menyediakan peluang pekerjaan kepada beberapa ratus orang rakyat lagi.

YB DR AZMAN IBRAHIM
Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembagunan Desa Negeri Terengganu.

: Yang penting dan lebih utama daripada pembangunan fizikal ialah rakyat ada kerja dan boleh dapat makan serta mempnyai tempat kediaman sendiri walaupun tak sebesar dan hebat makna daripada rakyat merempat dan terpaksa menyewa....

Shafee ambik masa begitu lma utk membuat tohmahan pada Tun, dn Tun bkn org yg tepat utk d tuduh sbagai pncadang bg rasuah yg begitu byk jmlahnya, skrg utk lpskn diri shafee dn najib bersekongkol utk burukkn Tun M..
Utk anwar pulak... Hntikan berangan nk undi utk jadi calon ahli prlimen.. Mmg xkemana.. Duit abis, nama parti busuk.. masa terbuang lg pun anwar bkn pilihan rakyat skrg.. Sabaq dulu bersihkn nama dulu baru fikir lain
LGBT haram: Pemuda PAS pertahan Wan Azizah, bidas Marina
By Faiz Zainudin - September 1, 2018
Share

Ahmad Fadhli Shaari simpati dengan nasib Wan Azizah yang tidak mendapat sokongan pucuk pimpinan PKR ketika beliau dikritik di khalayak ramai. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Pemuda PAS hari ini mempertahankan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang tidak menyokong komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Naib Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari tampil berbuat demikian selepas anak perdana menteri, Datin Paduka Marina Mahathir mengkritik kenyataan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu yang LGBT adalah haram.

Beliau menyifatkan kenyataan Wan Azizah itu normal berdasarkan pelbagai ujian dihadapinya bersama keluarga ketika suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa meliwat “yang sehingga hari ini tidak berjaya dibuktikan secara syarie menurut undang-undang Islam”.

“Sekalipun ia kekal misteri dan masyarakat akhirnya kekal tidak tahu siapakah yang berbohong, bapa Marina kah atau suami Wan Azizah, namun saya yakin jauh di sudut hati Wan Azizah, beliau sangat sensitif dengan isu yang telah menghilangkan 2 dekad ketenteraman keluarganya.

“Pendirian Wan Azizah wajib disokong, bukan kerana ia keluar dari mulut seorang timbalan perdana menteri atau seorang isteri kepada mangsa fitnah, tetapi kerana ia adalah selari dengan Islam. Mana-mana pihak yang membiarkan gaya hidup kelompok LGBT, bahkan menyokongnya adalah haram sama sekali.

“Mendekati golongan ini bukan bermakna mengiktiraf gaya hidup mereka. Anda mendekati golongan penagih dadah bukan bermakna anda setuju dengan gaya hidup mereka, tetapi tujuannya ialah untuk mengubah dan menjadikan mereka manusia normal yang bebas daripada pengaruh dadah.


“Demikian juga dengan LGBT, bahkan ia lebih jelas haram dengan terang untuk disokong,” tulisnya di Facebook hari ini.

Terdahulu, Marina mempersoalkan Wan Azizah yang berkata, beliau tidak akan membiarkan gaya hidup golongan LGBT dan ia adalah haram.

Aktivis sosial itu menulis di Twitter: “Kepada @drwanazizah, adakah anda memanggil ramai orang, termasuk saya yang telah menunjukkan sokongan kepada mereka yang terpinggir oleh masyarakat itu haram?”

Beliau turut berkongsi pautan di Twitter tentang artikel Nikkei Asian Review yang melaporkan Anwar sebagai berkata: “Masyarakat Malaysia mesti hidup dengan kepercayaan dan cara hidup yang berbeza; dan harus menghormati mereka yang berbeza, termasuk golongan gay, biseksual dan transgender.”

Fadhli turut mendakwa Marina cuba memesongkan kenyataan dan menjejaskan maruah Wan Azizah.

“Istilah ‘haram’ yang digunakan, dipesongkan kepada maknanya seolah-olah golongan ini cuba dipinggirkan sama sekali.

“Setidak-tidaknya Marina menunjukkan rasa hormat kepada bapanya Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah menangis di hadapan para ulama demi melihat masyarakat itu kembali kepada al-Quran.”

Ahli Parlimen Pasir Mas itu simpati dengan nasib Wan Azizah yang tidak mendapat sokongan pucuk pimpinan PKR ketika beliau dikritik di khalayak ramai.

“Sudahlah teguran Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar terhadap langkah perdana menteri melantik Tan Sri Rahim Nor untuk jawatan penting dibiarkan tidak bersambut, serangan terhadap (bekas) presiden parti sendiri pun tiada siapa yang ingin bangun membela.

“Barangkali juga semua pihak dalam PKR sedang sibuk dengan urusan pemilihan dalaman. Mengharapkan orang yang sibuk membela Wan Azizah pada saat sekarang, samalah seperti mengharapkan harga barang turun selepas SST diperkenalkan.”

(ShahbudinHusin 09/09/2018).
Shahbudin dot com: KENAPA ANWAR SEPERTI MASIH TAKUT TAK DAPAT JADI PERDANA MENTERI?
http://shahbudindotcom.blogspot.com/2018/09/kenapa-anwar-seperti-masih-takut-tak.html

14 comments:

  1. Kalau di perhatikan dengan teliti dan mendalam , hemat saya mengatakan Anwar takut dengan bayang2 sendiri .

    Anwar memang diakui sebagai pemidato dan penghujah yang agak hebat suatu ketika dahulu . Tetapi setelah di pukul badai beberapa kali , kejatian dan kejituan dia ternampak sedikit goyah .
    Reply
  2. Memang patut DSAI gusar...pengalamN dulu semasa jadi TPM telah mengajarnya..cakap aje janji, tapi bila sampai masa tak dikotakannya..malah disumbatkan ke dalam pulak !!!
    Reply
  3. Kalau dah tak dizinkan tuhan janji apa pun tak guna. Dari komen2 netizen pun nampak macam rakyat pengundi pun tak setuju Anwar jadi PM. Kalau ya pun dapat jadi PM entah2 tak sampai sepenggal sebab dia ni pandai bercakap dan main politik saja. Bila dah jadi PM bukan dia bekerja mentadbir negara, tapi sibuk main politik. Rasa2 orang UMNO pun sedar kelemahan Anwar ni sebab tu dia orang canang tak sabar Anwar jadi PM. Senang UMNO sapu PH habis lepas tu. Not surprise kalau time tu PKR join dengan UMNO. Gelojoh betul mamat ni.
    Reply

    Replies






    1. Pandangan saya selaras dengan yang Karim Gani luahkan .

      Dahulunya , Anwar melonjak keatas kerana diberi peluang serta jalan yang seluas luasnya .

      Memang tidak dinafikan dia adalah 'orator' dan 'moderator' yang bagus . Tetapi pandangan dan pendapat saya , dia agak longgar sebagai 'implementor'.

      Stigma sedemikian rupalah yang sedang di lalui olih Dr. Mazlee Malik apabila tindakan demi tindakan yang di lakukannya serba tak menjadi .

  4. Kalau ikut modal Rafizi berkempen, nampak macam Anwar takut 'Azmin' mahu mengambil tempat tersebut selepas Tun berundur.

    Kegelisahan yang berpunca daripada ia tidak mahu percaya kepada qada dan qadar selain terlalu mengidam perkara yang dalam hatinya ia sendiri tahu ia tak berhak untuk jawatan itu.

    Manusia merancang dan berpakatlah bagaimanapun, sekiranya tidak diizinkan Allah ia tak akan dapat apa yang ia idamkan itu.
    Reply
  5. salam bro jd...setuju dgn pendapat awak dalam hal ini.
    Reply
  6. Baguslah kalau ada rasa takut sebab kelayakan sebagai PM juga ada pada orang lain.
    Reply

  7. "BETULKAH INI APA YG DIUCAPKAN SHAFIEE ABDULAH"

    Berhubung perlantikannya, Muhammad Shafee mendakwa, Najib tidak berminat dengan idea melantiknya sebagai pendakwa melalui Fiat kerana tidak mahu menyinggung perasaan Gani.

    “Malah Najib paling enggan berbuat demikian, bagaimanapun Tun Dr Mahathir Mohammad yang menegaskan mahu melantik saya sebagai pendakwa raya khas dalam rayuan Anwar ini.

    “Ini adalah kerana beliau (Dr Mahathir) tidak mempunyai keyakinan bahawa Jabatan Peguam Negara dapat mengendalikan rayuan secara cekap. Ini mungkin disebabkan Jabatan Peguam Negara pernah kalah dalam kes Liwat II di Mahkamah Tinggi serta di Mahkamah Persekutuan di dalam Liwat I,” katanya.

    Muhammad Shafee berkata beliau dipanggil pada atau sekitar Jun atau Julai 2013 oleh Dr Mahathir melalui peguam Matthias Chang untuk menghadiri pertemuan di Yayasan Perdana, Putrajaya.

    “Kemudian baru saya mengetahui bahawa Najib juga ada dijemput lebih awal untuk bertemu Dr Mahathir. Saya difahamkan bahawa beliau (Dr Mahathir) berjaya memujuk Najib untuk meyakinkan Gani melantik saya dengan cara Fiat sebagai pendakwa raya khas dalam rayuan itu.

    “Saya diberitahu berhubung perkara ini selepas Najib meninggalkan Yayasan Perdana oleh Dr Mahathir sendiri. Saya juga dimaklumkan Matthias bahawa perlantikan saya adalah salah satu daripada enam permintaan Dr Mahathir dan jika ia tidak ditunaikan beliau (Dr Mahathir) akan menentang Najib,” katanya.

    Menurutnya dalam tempoh beberapa hari, beliau dihubungi oleh pejabat Dr Mahathir dan pejabat Perdana Menteri ketika itu supaya menemui Gani memandangkan semua sudah bersetuju dengan perlantikannya itu.

    "JIKA SUNGGUH AMAT MALANG SE KALI" ????

    “Saya bertemu Gani dengan kehadiran Hanafiah. Perjanjian bertulis dibuat berhubung perlantikan saya. Perjanjian bertulis ini diketahui setiap individu yang mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan ini.


    Muhammad Shafee berkata beliau berkhidmat untuk UMNO, Barisan Nasional (BN) dan perdana menteri terdahulu daripada Dr Mahathir, Datuk Seri Abdullah Badawi serta Najib.

    “Ketika itu saya mewakili UMNO, BN dan kadan.


    Tak takut macamana klu ini. Sailang pertama 1998, sailang ke 2013 dan Sailang ke 3 mungkin 2018
    Reply
  8. Kegusatan DSAI memang ada asasnya, Dia dah nampak betapa peluangnya untuk jadi PM semakin tipis sejak akhir2 ni. Walaupun Tun dah mengatakan dia tetap akan menyerahkan jawatan tu pada DSAI bila tiba masanya..tapi rakyat masih skeptic dengan janji2nya tu.

    Tengok aje lah..mula dulu kata dia jadi PM hanya untuk 2 tahun aje, le[as tu tukar kepada sehingga PRU15 dan kemudiannya selagi kehendak rakyat yang mahukannya untuk jadi PM terus..mungkin 10 atau 15 tahun lagi kot !!!

    DSAI pun dah namapak betapa Tun kin sedang giat menyipakan Azmin untuk menggantikannya sebagai PM ke 8. Kalau tak takkan lah Tun melantiknya sebagai menteri Hal ehwal ekonomi yang begitu besar dan kuat kuasanya. ini aadlah untuk menunjukkan kep[aad rakyat dan juga DSAI bahawa Azmin ni pandai buat keje dan dah lebih dari layak untuk jadi PM. Maalh jika dibandingkan kredibiliti dan kewibawaan DSAI masa jadi MOF dengan Azmin semasa dia jadi MB Selangor, jauh mana lebih hebat lagi Azmin.

    Baru2 ni, pizi telah mendedahkan bagaimana Azmin telah ke Turki , kononnya untuk ziarah DSi yang baru lepas pembedahan dan untuk membincangkan tentang calon yang layak untuk PRK Sg, Kandis..rtapi sebenarnya untk memujuk DSAI agar DSAi jangan jadi Presiden PKR dan serahkan jawatan tu pada Azmin. ini lah faktor utama yang menyebabkab DSAI menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden kerana dia dah nampak agenda jijik Azmin untuk jadi Presiden dan seterusnya untuk jadi PM ke 8. Azmin amat2 perlukan jawatan presiden tu kerana ia adalah langkah terakhirnya sebelum boleh jadi PM.

    Pizi juga menuduh Azmin ni lah yang mengagalkan langkah Kajang dulu yang telah direncanakan oleh Pizi. Dia jugalha yang hijack Kak Wan yang sepatutnya jadi MB Selangor, tapi kerana hubungan baiknya dengan Sultan selangor telah berjaya memujuk baginda untuk melantiknya pulak jadi MB.

    YB Manivaran juga mendedahkan Azmin ni naik jadi MB dan juga menteri kabinet adalah melalui pintu belakang. kalau ikut nama yang disenarai pendekkan oleh PKR, AZmin ni tak masuk book langsung...tapi kerana dia'Mencium " tangan Tun , dapatlah jawatan tu kat dia. Inilah yang menimbulkan kemarahan DSAI dan Pizi, Dollah Sani dan Johari Abdul dijadikan balaci2 oleh DSAI untuk menyalak dan membantah keputusan Tun tu.

    Logiknya..takkan lah Tun nak berdiam diri aje jika Azmin, anak didiknya diperlakuakn sedemikian rupa. Dah tentu akan dipertahankannya sehingga titisan darah yangbterkhir. kaalu macam ni lah perangai DSAI yang nampak sangat tak sabar2 nak jadi PM, memang WAJIB lah Tun melambat2kan ataupun jangan serahkan jawatan tu terus padanya. DSAI ni nampaknya dikelilingi oleh oarng2 yang bakal menjahanamkannya..yang ada agenda jijik peribadi masing2 untuk mendapatkan jawatan dan pangkat jika DSAI jadi PM.

    Malanglah kalau DSAI masih tak sedar2 lagi sampai sekarang,
    dia hanya dipergunakan mereka. Membazir lah selama ni dia terlibat dalam politik, masih tak kenal sapa kawan dan sapa pulak lawannya. Dah tentu lah Tun takkan menyerahkan PM ni padanya ...lagi baik diserahkannya pada Azmin..Khalas !!!!
    Reply
  9. https://youtu.be/W6wpzYsqeBQ. Tak takut mcmana klu seperti dlm you tube tu. Rafizi dedahkan Azmin ke turki minta Dato Seri Anwar tidak bertanding Presiden
    Reply
  10. Nasib baik umur Mahathir dah dekat kubur kata mari, dunia kata pergi, apapun Azmin akan tersungkur rebah nanti. Lihatlah nanti
    Reply
  11. Jika Mahathir main kasar, akan ada undi tidak percaya, tengoklah nanti. Langkah segera Anwar sbgai Ahli parlimen dlm masa terdekat adalah susunan kpd ke arah tendang Mahathir
    Reply
  12. Langkah Anwar yang akan bertanding ahli Parlimen untuk menasuki kabinet adalah langkah awal untuk tendang Mahathir. Strategi dibalas dgn strategi. Anwar perlu menggalas tugas berat negara. Jika tidak banyak urusan reform tergolek. Lihat saja beberapa manifesto ke longkang, BRIM cadang mahu dihapuskan, kenaikan gaji minima bertambah rm50 sahaja. Janji asal rm1500

    Mahathir perlu diturunkan untuk PH lebih sejahtera
    Reply
  13. Sobat2 semua..jom kita bentangkan report card Thomas and Friends sejak dia menjadi AG yang dah hampir masuk 4 bulan ni !!!!

    1. Appointing a member of the Bar to handle the Equanimity case in court.

    2. Not leading the prosecution in Najib’s case and, instead, appointing a member of the Bar for the purpose;

    3. Appointing a member of the Bar to study the investigation papers in 1MDB case against Najib.

    4. Refusing to provide legal advice or assistance to the Election Commission and, it follows, other Commissions and institutions established by the government;

    5. Not intervening on behalf of the federal government in a civil suit by Petronas against Sarawak Government over petroleum issue.

    6. Not intervening in the hearing of a nine-member panel of the Federal Court to decide on the question whether a ruling of the Syariah Advisory Council of Bank Negara (as well as of the Securities Commission) on syariah issues bind the court.

    7. Withdrawing charges against PH MPs, State Assemblymen, former State Assemblyman and supporters.

    8. Not to further prosecute Lim Guan Eng.

    Memang patut sangat kita gelarkan si thomas ni sebaagi AG yang terhebat dalam sejarah jabatan keadilan di Msia ni sejak negara merdeka bhai..sesapa pun tak boleh celen dia ni !!!

... 

Tiada ulasan: