Sunday, September 9, 2018
Cara Mengobati Diabetes Dengan Daun Mangga | Sering Digunakan Dokter Eropa Juga, Loh!
By Ahaer
Mangga, merupakan salah satu jenis buah terfavorit sepanjang masa. Selain rasanya yang enak, juga sangat mudah untuk dijumpai. Terlebih buah mangga kaya akan Vitamin A dan C, serta mineral, potassium dan bahkan magnesium.
Melansir dari laman Baca.co.id, daun mangga mengandung Vitamin A, B dan C dan juga mengandung flavonoid, antioksidan, serta fenol.
Antioksidan dan antimikroba yang dimiliki daun mangga, benar-benar dapat membantu mengobati beberapa penyakit secara efisien. Namun, apabila menggunakannya untuk tujuan pengobatan, kita harus ekstra hati-hati.
Nah disini, kita akan bahas bagaimana caranya mengobati diabetes dengan menggunakan daun mangga.
Mengobati diabetes dengan daun mangga
Untuk sekedar refrensi buat kamu atau mungkin ada anggota keluarga kamu yang sedang mengalami penyakit diabetes, ada baiknya untuk menawarkannya dengan menggunakan daun mangga. Mungkin masih terdengar cukup aneh.
Tapi pada kenyataannya, telah banyak orang yang menggunakan daun mangga sebagai obat untuk diabetes. Hal tersebut dikarenakan daun mangga mengandung tanin dan antosianin, yang dipercaya mampu mengatasi permasalahan diabetes.
Daun mangga juga membantu menormalkan kadar insulin. Ini juga dapat bekerja sebagai antidiabetes dan anti-hiperlipidemia. Selain itu juga bisa mencegah terjadinya hipoglikemia. Dan cara untuk mengobati diabetes dengan daun mangga adalah sebagai berikut:
Caranya:
Ambil beberapa potong lembar daun mangga.
Rebus dengan air secukupnya.
Rebus sehingga rebusan daun mangga itu tinggal setengah.
Matikan kompor dan biarkan selama beberapa saat hingga tersaring. Setelahnya, minumlah rebusan daun mangga itu.
Berdasarkan laporan dari beberapa profesional kesehatan, teh daun mangga biasanya digunakan oleh para dokter Eropa untuk menyembuhkan diabetes, serta masalah pembuluh darah yang terkait dengan diabetes.
Gimana? Sekarang sudah tahukan kehebatan daun mangga? Nah, bilamana menurut kamu informasi ini patut untuk diberikan kepada orang lain atau teman-teman kamu atau keluarga kamu, maka tidak keberatan dong untuk men-share nya?
Penjelasan singkat tentang diabetes
Diabetes atau kencing manis, terjadi akibat banyaknya kadar gula dalam darah atau glukosa darah yang tinggi. Diabetes sendiri ada beberapa macam jenis. Namun yang kerap kita jumpai adalah diabetes melitus. Diabetes melitus juga ada dua tipe, yaitu tipe 1 dan tipe 2.
Seperti yang kita tahu, penyakit diabetes merupakan salah satu penyakit yang berbahaya. Karena bila seseorang terkena penyakit diabetes, maka dapat dipastikan orang tersebut akan mengidap penyakit lainnya. Ya seperti stroke, jantung, dan lain sebagainya.
Oleh sebabnya, orang yang terkena diabetes rela melakukan cara apapun agar diabetes yang dideritanya hilang, walaupun harus mengeluarkan uang banyak.
Nah buat kamu yang masih segar bugar, jangan sampai terlena dengan pemikiran bahwa kamu baik-baik saja, ya! Pasalnya, diabetes itu muncul secara bertahap. Untuk itu, kalau bisa, sering-seringlah kontrol gula darah. Ya minimal satu tahun sekali. Guna mengetahui keseimbangan gula didalam darah kamu.
Cara Mengobati Diabetes Dengan Daun Mangga | Sering Digunakan Dokter Eropa Juga, Loh! - Im4j1ner
https://www.im4j1ner.com/2018/09/cara-mengobati-diabetes-dengan-daun.html
Monday, September 10, 2018
Mesej KSN ke arah Malaysia baharu
ULAS PANDANG
KENYATAAN sulung KSN baharu Ismail Bakar perlu diambil perhatian serius dan terbuka oleh semua pihak khasnya penjawat awam untuk memastikan institusi itu berada di garis tepat dalam membawa aspiraSi kerajaan Harapan untuk membangun negara.
Seruan Ismail itu bukan sahaja tertuju dan perlu dihadam oleh kakitangan awam kerajaan sahaja, sebaliknya semua entiti baik langsung atau tidak yang bertanggungjawab membangun negara ini. Ini termasuk juga kepada pemimpin atau pentadbir, organisasi sokongan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan badan-badan parti politik.
Ismail memberi peringatan bahawa zaman penjawat awam perlu menurut membuta tuli telah berlalu dan tidak lagi perlu terbuai dengan mimpi masa lampau. Apa yang perlu dilakukan penjawat awam concern bagi mendepani cabaran dunia tanpa sempadan, yang mana setiap penjawat awam perlu menjadi pemimpin yang mampu berfikir secara kritis dan kreatif, bukan hanya menjadi seorang pengikut.
Peringatan dan amaran itu mustahak dalam keadaan hari ini, peralihan kerajaan. Kerajaan hari ini tidak mudah untuk digerakkan sekiranya tidak ada semangat dan kepekaaan seperti disarankan Ismail itu di kalangan pegawai kerajaan.
“Segala pendekatan baharu ini tidak mungkin dapat dilaksana sekiranya kita semua masih dibuai mimpi lama. Pada masa terhad ini, penjawat awam perlu bertindak pantas dalam tugasan berlandaskan kepada prinsip bersih, cekap dan amanah,” ujarnya.
Penegasan itu memberi konotasi yang sedikit membimbangkan apakah sikap kakitangan kerajaan sebelum ini tidak menghormati etika dan profesional mereka? Apa lagi beliau juga menyebut perkhimdatan awam sebelum ini tercemar akibat terkait dengan isu integriti dan tadbir urus dalam kalangan penjawat awam.
Noda itu perlu dipadamkam kerana penjawat awam merupakan tulang belakang yang harus berani bertindak untuk terus mempertingkatkan kecekapan, akauntabiliti, integriti, tadbir urus, ketelusan dan etika dalam pelaksanaan tugas. Cemar dan rosak imej pegawai kerajaan maka rosak dan cemarlah imej kerajaan.
Apabila beliau menyebut jangan menjadi pengikut secara buta tuli, kepada siapakah yang dituju dan dimaksudkan itu? Apakah ia bermaksud pengikut kepada mereka yang mempunyai kuasa ke atas kerajaan, maksudnya orang politik?
Kalau itulah, boleh dianggap sebelum ini pegawai kerajaan akur dengan menggadaikan maruah dan tanggungjawab mereka tanpa memikirkan kuasa mereka kepada orang politik. Semacam apa yang hendak disampaikan seolah-oleh penjawat awam dipaksa mengikut naluri dan nafsu orang politik? Begitukah?
Begitu juga perlu difahami apabila beliau melarang daripada mengimbau masa lalu. Apakah maksudnya pegawai kerajaan tidak perlu bernostalgia kepada kerajaan masa lalu sehingga sayang untuk bertindak melakukan apa-apa arahan berupa polisi dan dasar kerajaan baharu?
Peringatan dan pandangan dilontarkan Ismail itu perlu difahami sebaik mungkin agar ia tidak tersalah faham yang akhirnya meletakkan pegawai kerajaan dalam dilema. Mereka yang sangsi dan keliru perlu meminta pencerahan daripadanya.
Sesuai dengan kedudukan sebagai KSN Ismail wajar memberi peringatan dan pandangan itu. Bukan itu sahaja beliau perlu mempunyai mekanisme sendiri untuk menjamin pegawai kerajaan di bawah bidang kuasanya dapat melaksanakan tugas yang dipikul mereka secara terkesan.
Kita menyokong saranan dan pendirian KSN itu dalam membina kerajaan baharu sekaligus menjadi pegawai kerajaan sebagai entiti yang dihormati dan bermaruah.
Bagaimana pun ada hal-hal yang tidak boleh dilupakan Ismail, bukan sahaja melihat macam mana penguasa politik menekan pegawai dan kakitangan kerajaan, sebaliknya beliau juga kena melihat sikap sesetengah pegawai kerajaan sendiri yang bergerak bertentangan dengan semangat dan aspirasi kerajaan baharu.
Tidak dinafikan kerana sesetengah mereka lama tenggelam dalam pengaruh dan aura kerajaan lama ada pegawai kerajaan termasuk KSU sendiri, Pengarah Jabatan, Agensi dan badan-badan tertentu masih liat untuk menjadi kritis atau pun peka dengan perubahan kerajaan. Mereka masih bernostalgia dengan kerajaan lampau.
Mereka ini juga perlu dipantau dan perhatian serta jika perlu diberi motivasi baharu. Jangan kerana kerajaan yang ada kini ia dibentuk oleh parti yang mereka tidak suka atau bertentangan dengan naluri politik mereka, maka tidak disokong. Perbuatan mereka itu adalah sabotaj.
Untuk meletakkan hubungan pegawai dengan pembuat dasar berjalan seajalur beliau perlu memantau. Sikap pilih kasih atau pun unsur kronis dalam perkhidmatan awam tidak perlu wujud. Sebelum ini kita tahu kalangan pegawai mewujudkan kumpulan sesama sendiri, sehingga ada disebut kumpulan KSN dan kumpulan anti KSN. Siatusi itu tidak perlu berlaku kerana ia merugikan negara dan mencacatkan pegawai kerajaan.
Dalam pada itu pendedahan dibuat Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad ada sabotaj di kalangan pegawai kerajaan perlu diberi perhatian. Dr Mahathir dalam menyatakan rasa tidak puas kepada menterinya gagal melaksanakan janji 100 hari ada mengaitkan kelemahan itu kerana mereka tidak mendapat kerjasama daripada pegawai kerajaan sepenuhnya. Salah satu isu disebut ialah macam mana pegawai kerajaan tidak segera meluluskan pelantikan pegawai menteri.
Kita berharap KSN yang baharu akan bergerak sederap secara penuh profesional dengan kerajaan baharu Harapan.
[wm.kl. 8:13 am 10/09/18]
Posted by mohd sayuti Omar at 8:15:00 AM
.: Mesej KSN ke arah Malaysia baharu
https://msomelayu.blogspot.com/2018/09/mesej-ksn-ke-arah-malaysia-baharu.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan