Rabu, 19 September 2018

Kisah 2 perkampungan Palestin 36 tahun dahulu. 8226.


Wahai saudara-saudara Islamku lihatlah kejahatan yahudi terhadap saudara-saudara kita di seluruh dunia terutama di Palestin, Iraq, Syria dan Libya. Marilah kita panjatkan doa untuk kesejahteraan saudara-saudara kita di seluruh dunia. Aamiin Ya Allah.

Inilah antara senjata yang telah membunuh saudara-saudara kita, wahai saudaraku... Kejahatan yahudi dilindungi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu?

Negara pertama serang guna F-35
MyMetroGlobal
Reuters

Baitulmaqdis: Israel menjadi negara pertama menggunakan jet pejuang kalis radar F-35 buatan Amerika Syarikat (AS) dalam peperangan, kata ketua tentera udara negara itu, Amikam Norkin semalam.
“Kami menerbangkan F-35 di seluruh rantau Asia Barat dan melancarkan serangan di dua lokasi berbeza,” katanya yang dipetik media ketika berucap di hadapan ketua tentera udara dari 20 negara yang mengadakan persidangan di Israel.

Norkin juga menayangkan gambar sebuah F-35 milik Israel yang terbang melintasi Beirut.

Dibina syarikat Lockheed Martin Corp, pesawat F-35 juga dikenali sebagai Pejuang Serangan Bersama dan di Israel ia dikenali dengan nama dalam bahasa Hebrew ‘Adir’ bermaksud berkuasa.

Israel adalah negara pertama di luar AS yang memiliki F-35.

Pada Disember 2016, Israel menerima dua pesawat pertamanya daripada 50 yang ditempah. Menurut media Israel, sembilan pesawat sudah diterima setakat ini.

Israel sebelum ini memberitahu ia melancarkan beberapa serangan udara di Syria terhadap kemudahan atau penghantaran senjata dari Iran kepada kumpulan Hezbollah di Lubnan.

Tentera udara Israel juga dipercayai melancarkan serangan terhadap kumpulan militan di wilayah Sinai di Mesir dan penyeludup senjata Hamas di Sudan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 Mei 2018 @ 2:13 AM
Negara pertama serang guna F-35 | Harian Metro
https://www.hmetro.com.my/global/2018/05/342259/negara-pertama-serang-guna-f-35

Maksud firman Allah Subhanahuwatalla: 

“Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263). 

“Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69). 

"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86). 

“Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Ali Imran ayat 118-120] . 

Mengenang Peristiwa 36 Tahun dahulu (16 September 1982) 

Akibat kejahatan British dan geng petualangnya sebagai pelindung gerakan ziones dan iluminati 1948. Nauzubillahminzalik.

Sama-sama kita berdoa kesejahteraan Rakyat Palestin. Aamiin. 

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Islam Agama Ku. 

Massacre Sabra dan Shatila - Pengkhianatan dunia terhadap rakyat Palestin. 

Innalillahiwainnailaihirojiun. Al Fatihah. 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
Pada 16 September tahun 1982, satu peristiwa tragis telah menimpa rakyat Palestine yang amat jelas menunjukkan PENGKHIANATAN dunia kepada rakyat Palestin.

Mengalirnya darah insan tidak berdosa di Sabra dan Shatila.

Sabra adalah nama sebuah penempatan rakyat Lebanon di bahagian selatan Beirut Barat manakala Shatila pula adalah pusat perlindungan untuk pelarian Palestin sejak 1949 lagi. Menjelang 1949 sahaja, sudah ada lebih 100 000 pelarian Palestin yang berada di Lebanon termasuk Shatila dan bilangannya terus bertambah sehingga sekarang.

Sabra dan Shatila adalah berhampiran dan interaksi yang berlaku antara penduduk Lebanon di Sabra dan pelarian Palestin di Shatila menyebabkan kejiranan itu secara tidak rasmi dikenali sebagai ‘Kem Sabra dan Shatila’.

Palestine Liberation Organisation(PLO) ditubuhkan pada tahun 1964 sebagai badan induk yang memayungi beberapa pertubuhan lain dalam usaha membebaskan keseluruhan bumi Palestin dari Zionis Israel. Pada 1969, Perdana Menteri Lebanon telah memberi kebenaran kepada pihak PLO untuk menjadikan Lebanon sebagai pengkalan operasi menentang Israel.

Pejuang PLO semakin bertambah menjelang awal 70-an apabila pejuang PLO di Jordan diusir. Perkara ini telah merunsingkan Israel dan juga telah menyebabkan berlakunya pertelingkahan dengan penduduk dan kumpulan militia tempatan khususnya kumpulan Phalangists.

Beberapa siri serangan telah dilakukan oleh PLO ke atas Israel melalui selatan Lebanon yang mengentarkan Israel sehingga memaksa mereka melakukan serangan balas.

6 Jun 1982 - bermulanya titik hitam Sabra dan Shatila. 

Bagi menghentikan serangan dari selatan Lebanon khususnya dari PLO, Israel telah melancarkan beberapa siri serangan balas sehinggalah pada 6 Jun 1982, bermulanya titik hitam Sabra dan Shatila apabila Israel menghantar sekitar 60,000 tentera memasuki Lebanon untuk menghapuskan PLO.

Walaupun mendapat ‘kecaman’ dari Majlis Keselamatan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB), Israel dengan dibantu oleh beberapa kumpulan Kristian tempatan termasuk kumpulan militia Phalangists berjaya memasuki Lebanon dan menjelang 18 Jun 1982, mereka sudah berjaya mengepung pejuang PLO di Beirut Barat.

Kepungan berterusan oleh Israel yang berlarutan selama hampir 2 bulan telah menimbulkan kerisauan berlakunya bencana kemanusiaan yang besar jika Israel melancarkan serangan terhadap pejuang PLO serta penduduk setempat.

Atas ‘‘usaha dan perantaraan’’ wakil kerajaan Amerika Syarikat, Philip Habib, satu gencatan senjata telah dipersetujui diantara Israel dan pejuang PLO.

Antara perjanjian yang dipersetujui adalah pejuang dan pegawai-pegawai PLO perlu meletakkan senjata, meninggalkan bumi Lebanon dan menutup serta menghentikan semua operasi pejabat dan prasarana PLO.

Proses pengunduran atau lebih tepatnya PROSES PENGUSIRAN ini dilaksanakan di bawah pengawasan pasukan tentera antarabangsa(Amerika Syarikat, Itali dan Perancis) dan mereka dijadualkan untuk berada di lapangan selama 30 hari dari tarikh ketibaan mereka.

Mereka juga BERTANGGUNGJAWAB MEMELIHARA KESELAMATAN penghuni kedua-dua kem tersebut termasuk ahli keluarga pejuang yang ditinggalkan di Sabra dan Shatila. Di pihak Israel pula, mereka BERJANJI tidak akan meneruskan kemaraan mereka ke Beirut. 

Pengunduran pejuang PLO yang bermula pada 24 Ogos 1982 itu selesai sepenuhnya menjelang 1 September 1982. Pengkhianatan bermula apabila Israel mula menempatkan tenteranya di sekeliling kedua-dua kem tersebut 2 hari selepas pengunduran pejuang PLO selesai.

Tidak lama selepas itu, pasukan tentera antarabangsa pula melaksanakan peranan mereka dan mula meninggalkan kawasan tersebut lebih awal dari yang dijanjikan!!!

Drama pembunuhan ini semakin jelas apabila pada 11 September 1982, Ariel Sharon, Menteri Pertahanan Israel pada waktu itu ‘mengisytiharkan’ terdapat seramai 2,000 ‘pengganas’ Palestin yang bersembunyi di kalangan pelarian di khemah-khemah pelarian sekitar Beirut.

Bermula pada 15 September, sehari selepas pembunuhan bakal Presiden Lebanon yang menjadi sekutu kuat Israel-Phalangists, Bashir Gemayil, tentera Israel mara dan memasuki Beirut Barat dan mengepung kem Sabra dan Shatila.

Menjelang tengahari 15 September itu, seluruh penempatan telah dikepung oleh tentera dan kereta-kereta kebal Israel. Pos-pos kawalan tentera didirikan bagi memantau pergerakan penduduk di dalam kem.

Tanggal 16 September adalah tarikh yang tidak akan dilupakan. Sepasukan tentera Phalangists sekitar 150 orang mula memasuki kem Sabra dan Shatila dan tragedi bermula.

Dunia menyaksikan untuk tempoh 40 jam kemudian, tentera Phalangists ini merogol, membunuh dan mencederakan ramai orang awam yang TIDAK BERSENJATA. Kebanyakan mangsa adalah wanita, kanak-kanak dan orang-orang tua. Bagaikan neraka, rakyat awam tiada jalan keluar akibat kepungan kukuh oleh tentera Israel. Keganasan tentera Phalangists ini berterusan sehingga 18 September 1982.

Jumlah angka korban adalah antara 700 (angka rasmi Israel) hingga 3500 orang. Sehingga kini, tiada sesiapa pun yang telah dihukum atas keganasan terancang ini bahkan disokong oleh beberapa kerajaan lain.

Dengan 4000 angka kematian yang sibuk dilaungkan oleh Amerika Syarikat akibat ‘serangan pengganas’ 11 September 2001 terhadap Pusat Dagangan Dunia(WTC), mereka telah melancarkan ‘kempen peperangan menentang keganasan’ yang telah memusnahkan dua buah negara - Afghanistan dan Iraq, yang sehingga kini TIDAK MENEMUI sebarang bukti sahih untuk mengaitkan pengganas dengan tragedi tersebut. Dan kempen ini masih diteruskan.

Bandingkan pula sikap Amerika Syarikat dan dunia terhadap pembunuhan kem Sabra dan Shatila. 

Jelas, yang terbunuh adalah dari kalangan wanita, kanak-kanak dan orang tua yang tidak bersenjata, dan yang lebih menyayat hati adalah mereka dibunuh semasa mereka sepatutnya mendapat PERLINDUNGAN ANTARABANGSA melalui jaminan yang ditaja sendiri oleh Amerika Syarikat, dan peristiwa ini berakhir seperti tiada apa yang berlaku.

Permainan Amerika Syarikat dan sekutunya dalam ‘misi keamanan’ yang dilancarkan mereka lebih jelas kalau kita lihat dari siri-siri pembantaian rakyat awam seperti kes di Syria, Mesir, Palestin, Rohingya dan lain-lain. Peranan mereka sebagai pembantu dalam ‘menghapuskan keganasan’ seperti dihalalkan oleh seluruh pemimpin negara Islam apabila tiada sebarang tindakan yang dilakukan oleh mereka begitu juga dengan Konferens Organisasi Islam(OIC).

Peranan kita. 

Tragedi berdarah Sabra dan Shatila ini akan terus diingati bagi mereka yang merasakan semua mangsa terbabit itu ialah saudara-mara mereka.

Tragedi ini satu bahagian daripada siri-siri kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin. 

Peranan kita adalah untuk terus membongkar siri-siri kekejaman Israel ini dan menyedarkan masyarakat tentang pentingnya untuk kita membebaskan cengkaman Israel terhadap negara Palestin keseluruhannya.

Sumber: Al-Aqsa Dalam Bahaya, Dr Maszlee Malik.
Sumber: Palestine Centre of Excellence - PACE
oleh  - Aqsa Syarif

Allah Subhanahuwatalla telah berfirman yang bermaksud: 


..Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya.” [QS. Ali 'Imran (3):185]. 


Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah. 
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perintah dan larangan Allah Subhanahuwatalla., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah Subhanahuwatalla., yang hina dina. Bersangka baik dan berbuat baik kepada diri sendiri kerana Allah Subhanahuwatalla.

Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob.  (Peceq Admin).

MyMetroGlobal
'Kami berhak tindak balas!'
Reuters
MOSCOW: Russia menyalahkan Israel Zionis itu kerana secara tidak langsung menyebabkan pesawat tenteranya ditembak jatuh berhampiran pantai Mediterranean di Syria dan mengancam bertindak balas.

Kementerian Pertahanan Russia, dalam kenyataan yang dilaporkan agensi berita negara itu, berkata pesawat peninjau Il-20 ditembak jatuh meriam antipesawat Syria, dalam kejadian yang tidak disengajakan.

Namun kementerian berkata, ia menuduh Israel bertanggungjawab kerana pada masa itu, jet pejuang Israel meningkatkan serangan udara ke atas sasaran Syria dan cuma memberikan amaran kepada Moscow seminit sebelum kejadian, tidak cukup untuk pesawat Russia terbang ke tempat selamat.

Kementerian Pertahanan berkata, 15 maut apabila pesawat Russia ditembak jatuh ketika ia hampir mendarat di pangkalan udara Hmeymim di barat Syria, yang dikawal tentera Russia.

“Disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab tentera Israel, 15 askar Russia maut.

“Ini tidak langsung menunjukkan semangat kerjasama Russia-Israel.

“Kami berhak bertindak balas,” agensi berita Interfax memetik jurucakap Kementerian Pertahanan Russia, Igor Konashenkov, sebagai berkata.

Konashenkov menyifatkan tindakan tentera Israel itu sebagai permusuhan dan tindakan provokasi.

Terdahulu, kementerian pertahanan Russia berkata pesawat itu hilang dari radar skrin di Syria pada masa tentera Israel dan Perancis melancarkan serangan ke atas sasaran di Syria.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 September 2018 @ 7:02 PM
https://www.hmetro.com.my/global/2018/09/378376/kami-berhak-tindak-balas

Sukhoi Russia ditembak jatuh
MyMetroUtama
Agensi
Damsyik: Kejayaan pemberontak Syria menembak jatuh pesawat penggempur Russia, Sukhoi 25 (Su-25), semalam, dianggap mengejutkan dan ia kejadian pertama sejak Moscow membabitkan diri dalam perang di Syria pada September 2015.

Juruterbang pesawat bernilai £7.7 juta (RM42.26 juta) itu berjaya melenting keluar sebelum pesawatnya terhempas di wilayah Idlib, utara Syria, namun mati ditembak ketika berbalas tembakan dengan pemberontak yang cuba menahannya.

Menurut BBC, pesawat Su-25 direka sebagai pesawat tempur menyokong serangan tentera darat dan banyak digunakan ketika perang Russia di Afghanistan.

Ia ditembak jatuh menggunakan peluru berpandu bumi ke udara yang dilancarkan dari bahu namun kumpulan pemberontak terbabit, Hayat Tahrir al-Sham, tidak menyatakan jenis misil berkenaan.

Kumpulan Hayat Tahrir al-Sham yang pernah dikaitkan dengan al-Qaeda, mendakwa dalam kenyataannya ia menembak jatuh pesawat itu menggunakan peluru berpandu bumi ke udara yang dilancarkan dari bahu.

Hayat Tahrir al-Sham sudah lama beroperasi di wilayah terbabit menggunakan banyak nama berbeza sebelum ini.
GAMBAR menunjukkan sebuah pesaway Sukhoi Su-25 terbang di atas bandar Saraqib, berhampiran Aleppo, Syria. FOTO AFP

AFP melaporkan, dalam kenyataan melalui saluran medianya di internet, ketua pertahanan udara kumpulan itu, Mahmoud al-Turkmani, berkata: “Serangan terhadap pesawat itu sebagai membalas kempen pengeboman Russia di Idlib.”

Kementerian Pertahanan Russia mengesahkan pesawat berkenaan ditembak jatuh menggunakan misil mudah alih dan juruterbangnya terbunuh ‘ketika menentang pengganas’.

“Juruterbang sempat melenting keluar dan menghantar laporan pesawatnya ditembak di Idlib,” kata kenyataan itu.

Pertubuhan Pemerhati Kemanusiaan Syria berpangkalan di Britain menyatakan, pesawat yang ditembak jatuh itu antara yang terbabit dalam belasan serangan udara Russia di Idlib dalam tempoh 24 jam sebelum itu.

Menurut pertubuhan itu, 20 orang, termasuk lapan kanak-kanak terbunuh semalam, akibat serangan udara di Saraqib dan kawasan sekitarnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Februari 2018 @ 7:27 AM

https://www.hmetro.com.my/utama/2018/02/310047/sukhoi-russia-ditembak-jatuh

Pintas 71 misil
MyMetroGlobal
Agensi

Moscow/Damsyik/Beirut: Sistem pertahanan udara Syria yang dianggap usang kerana menggunakan kelengkapan era Soviet Union berjaya memintas 71 daripada 103 peluru berpandu cruise, termasuk Tomahawk yang dibedil pesawat dan kapal Amerika Syarikat, Britain dan Perancis ketika menyerang sasaran di Syria, semalam.
AFP melaporkan, pegawai kanan tentera Russia di Moscow, Sergei Rudskoi, berkata: “Semuanya 103 peluru berpandu cruise dilancarkan. Sebanyak 71 daripadanya dipintas.”

Menurut Rudskoi, sistem pertahanan udara Syria buatan era Soviet Union sudah berusia 30 tahun namun diperbaiki Russia, termasuk sistem penangkis peluru berpandu S-200 dan peluru berpandu Buk.

Russia tidak menggunakan sistem pertahanan udaranya yang ditempatkan di Syria bagi menangkis serangan semalam.

Rudskoi juga mengesahkan tiada orang awam atau tentera, sama ada Russia atau Syria terbunuh dalam serangan itu.

Beliau berkata, Russia kini menimbang kembali untuk membenarkan sistem pertahanan udara S-300 dibekalkan bukan saja kepada Syria, malah negara sekutunya di Teluk.

Pada 2013, Presiden Vladimir Putin memberi jaminan kepada Kesatuan Eropah ia tidak akan membekalkan S-300 kepada kerajaan Presiden Bashar al-Assad.

Bagaimanapun, Russia menggunakan S-300 dan S-400 bagi melindungi pangkalan udara dan kemudahan tentera lautnya di Syria.

Amerika, Britain dan Perancis melancarkan serangan selama kira-kira sejam, menyasarkan lokasi tertentu di Syria selepas mendakwa rejim Bashar menggunakan senjata kimia menyebabkan puluhan orang awam terbunuh di Douma, Ghouta, 7 April lalu.

Reuters melaporkan, pegawai kanan tentera Perancis menyatakan negara itu menggunakan pesawat penggempur dan kapal frigate dalam serangan itu yang melancarkan 12 peluru berpandu.

Pegawai itu tidak menyebut mengenai sebarang peluru berpandu Perancis dipintas Syria.

Kementerian Pertahanan Britain menyatakan ia menggunakan empat pesawat Tornado bagi melancarkan peluru berpandu Storm Shadow terhadap pangkalan udara Syria yang terletak 24 kilometer dari Homs, dekat Damsyik.

Sekurang-kurangnya satu peluru berpandu mensasar pangkalan tentera di Homs berjaya dipintas, menyebabkan ia terkeluar dari laluan dan mencederakan tiga orang awam.

Dalam serangan serentak oleh aset ketiga-tiga negara selama sejam itu, antara yang menjadi sasaran ialah pusat penyelidikan saintifik di Damsyik yang menurut Pentagon menjadi pusat membangun, mengeluar dan menguji senjata kimia serta biologi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 April 2018 @ 6:23 AM
https://www.hmetro.com.my/global/2018/04/330678/pintas-71-misil

Israel lancar serangan besar-besaran
MyMetroGlobal
AFP

Bailtulmaqdis: Israel melancarkan serangan udara besar-besaran dalam wilayah Syria hari ini, yang didakwanya mensasarkan ‘kedudukan Iran’ selepas satu pesawat F-16 rejim Zionis itu ditembak jatuh pertahanan udara Syria kelmarin.
Israel melancarkan serangan udara dalam wilayah Syria kelmarin, selepas helikopter penggempurnya menembak jatuh dron yang didakwa Zionis milik kumpulan bersenjata sokongan Iran yang berperang di Syria di Beit Shean, dekat sempadan Jordan.

Beberapa pesawat Israel melancarkan serangan dan Syria membalas dengan bedilan peluru berpandu dan berjaya menembak jatuh pesawat F-16 itu.

Lapan pesawat kemudian melancarkan serangan dalam wilayah Syria, namun dihujani bedilan peluru berpandu Syria menyebabkan satu pesawat F-16 Zionis terkena tembakan. Dua juruterbang pesawat itu melenting keluar dan mendarat dalam kawasan Israel.

Menurut kenyataan tentera Israel hari ini, rejim itu melancarkan serangan besar-besaran terhadap pertahanan udara Syria dan sasaran Iran.

“Sebanyak 12 sasaran, termasuk tiga pertahanan udara dan empat sasaran Iran diserang,” kata kenyataan itu.

Pertubuhan Pemerhati Hak Asasi Syria menyatakan beberapa pangkalan tentera di timur wilayah Homs menjadi sasaran Israel.

Menurutnya, pangkalan terbabit digunakan Iran dan Russia untuk membantu kerajaan Syria dalam perang di negara itu.

Ini adalah kali pertama Israel mengakui menyerang kedudukan yang didakwanya milik Iran di Syria sejak perang di negara itu bermula.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Februari 2018 @ 10:57 AM
https://www.hmetro.com.my/global/2018/02/312114/israel-lancar-serangan-besar-besaran

MyMetroGlobal
Salah siapa jet Russia hilang?
AFP

MOSCOW: Sebuah jet pejuang tentera Russia membawa 14 anggota hilang dari radar di Laut Mediterranean lewat semalam ketika Syria diserang peluru berpandu Israel, kata Kementerian Pertahanan.
“Hubungan terputus dengan kru pesawat Russia Il-20 di Laut Mediterranean sejauh 35 kilometer dari pantai Syria ketika ia kembali ke pangkalan udara Hmeimim,” kata Kementerian Pertahanan Russia awal hari ini.

Nasib kakitangan tentera terbabit ‘tidak diketahui,’ kata kementerian dalam satu kenyataan diterbitkan agensi berita Russia. Satu pencarian pesawat sedang dilakukan.

Sumber mencari dan menyelamat memaklumkan agensi berita Interfax, pesawat perang Russia mungkin tenggelam dalam Laut Mediterranean akibat satu ‘insiden kritikal tidak dijangka’ di udara.

Kementerian berkata, jet pejuang itu hilang dari radar sekitar jam 11 malam semalam ketika serangan oleh empat jet F-16 milik Israel di atas infrastruktur Syria di wilayah Latakia, kubu kuat Presiden Bashar al-Assad.

Agensi berita RIA Novosti pula memetik sumber keselamatan berkata, sistem anti-pertahanan Syria bertembung dengan serangan roket. Bagaimanapun tiada ulasan segera daripada kerajaan Syria.

Seorang jurucakap tentera Israel apabila ditanya mengenai laporan serangan negara itu dan pesawat Russia berkata: “Kami tidak mengulas laporan asing.”

Seorang jurucakap Pentagon berkata, Amerika Syarikat (AS) tidak terbabit dan enggan mengulas lanjut.

Kementerian Pertahanan Russia juga berkata, roket dilancarkan dari kapal frigat tentera laut Perancis, The Auvergne, yang berada di kawasan itu ketika itu.

“Tentera Perancis menafikan sebarang pembabitan dalam serangan ini,” kata jurucakap tentera Perancis.

Jet terbabit hilang dari radar beberapa jam selepas Russia berkata, tiada serangan ke atas Idlib ketika Presiden Russia dan Turki bersetuju mewujudkan satu ‘zon bebas tentera’ di wilayah ditawan pemberontak.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 September 2018 @ 5:06 PM
https://www.hmetro.com.my/global/2018/09/378335/salah-siapa-jet-russia-hilang

Tiada ulasan: