Rabu, 26 September 2018

Kisah keluarga. 8256.


Foto

Ikut hati nak jer komen bagai. Bila ingat Allah aku pendam komen agar bukan untuk dikongsi dalam ruang legar ini. Cukuplah sekadar share untuk bermuhasabah diri kerana Allah jua. Apa pun doa jangan putus supaya kita sentiasa dirahmati Allah, sentiasa diredai Allah, sentiasa diberi petunjuk, taufik dan hidayah Nya. Aamiin Ya Robbalalaamiin.
Foto
Foto
Foto
😄♥😄♥😄♥😄♥😄♥😄♥😄♥😄♥

Kisah satu: 

Seorang Lelaki Bertindak Luar Kawalan Dengan Menyepak Side Mirror Kereta Keluarga Ini

  
Tular di media sosial menunjukkan satu insiden di mana seorang lelaki melayu bertindak agresif dengan menyepak cermin sisi kereta keluarga bangsa cina ini. Beliau juga berang bila nampak bahawa tingkah laku dia dirakamkan. 

Ni apa yang terjadi yang diceritakan oleh keluarga cina tersebut.
https://www.facebook.com/392368104552346/videos/289000391709462/?t=1
Hari ini suami saya dan keluarganya keluar kereta quensbay di lampu isyarat perlahan-lahan berjalan di dalam kereta serta dua kanak-kanak kita menendang saya di belakang kereta saya tiba-tiba terserempak dengan proton saga PKC2038 kereta di depan saya datang dari ganas cermin kemudian merebut telefon saya dan push memukul kepala dan tangan saya cedera selepas polis memanggil saya menunggu selama setengah jam lagi akan datang jadi kami pergi ke balai polis, polis mendapati kereta ini adalah seorang wanita tetapi pemilik nombor telefon ini tidak wujud jadi kami tidak dapat mencari lelaki ini. 

Jika sesiapa tahu sila beritahu saya lelaki yang saya hendak mencari orang ini meminta beliau untuk membayar untuk ke reta saya hilang sila semua orang membantu saya untuk tidak berkongsi Terima kasih kerana memberikan penindas jalan ini. 

Hari ini saya dan keluarga saya akan quensbay.after lampu isyarat hubby saya memandu perlahan-lahan BCO kereta saya mempunyai 2kids ..we perlu memandu menjimatkan Tetapi para tiba-tiba di belakang penggunaan 1 kereta saga’PKC2038 ‘dia Hon digunakan dan cermin terbuka dan penggunaan dia tangan membidas car.. 

Than saya marah saya memarahi Lelaki he..this begitu gangster dia memandu kereta beliau untuk di hadapan dan dia turun dan dia menggunakan kakinya dan memukul cermin kereta sebelah kami dan mengambil telefon bimbit saya dan telefon hubby saya too..I bersorak-sorai dan dia memanggil beliau ‘memberi semula phone..if saya anda tidak settle 

Saya akan menelefon polis untuk menyelesaikan … dia memukul kepala saya dan tangan saya mendapat beberapa mencederakan ..than kita panggil polis untuk come..after Tunggu separuh jam polis tidak datang .. maka kami pergi ke laporan Balai polis..Police mengatakan sudah memeriksa pemilik kereta ini adalah seorang gadis dan nombor telefon adalah kontrak lama jadi tidak dapat mencari lelaki ini …, Dan si apa tahu lelaki ini sila beritahu saya. Saya ingin mencari lelaki ini untuk membayar bahagian kereta saya Semua orang sila bantu saya berkongsi. 

Salah Siapa Sebenarnya? 

Jika anda mendengar rakaman tersebut nampaknya lelaki ini mengatakan bahawa isteri dia masuk hospital dan dia bergegas ingin ke hospital. Kemunkinan lelaki tersebut dalam keadaan tergesa gesa dan kereta keluarga cina ini tidak memberi laluan setelah lelaki ini meminta lalu. Disebabkan itu lelaki ini bertindak demikian. 
Sememangnya ini adalah cerita sebelah pihak tetapi netizen seperti biasa membuat spekulasi dan memberitahu sekiranya isterinya di hospital atau dalam perjalanan ke hospital, lelaki tersebut tidak sepatutnya berhenti. Netizen juga turut beritahu dengan tindakan ganas lelaki tersebut memaki hamun dan menyepak cermin sisi kereta keluarga cina tersebut akan menyebabkan perkara lebih buruk terjadi. 

Laporan polis telah dibuat dan tiada maklum balas rasmi dari pihak PDRM lagi. 
Video Penuh
https://www.facebook.com/392368104552346/videos/289000391709462/?t=0
Jadi bagi anda siapa salah sebenarnya? 

p/s admi kh sarankan kepada kedua-dua pihak dapat menyelesaikan secara baik selepas ini. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. 

KakiHavoc 
sumber kucinghitam
Seorang Lelaki Bertindak Luar Kawalan Dengan Menyepak Side Mirror Kereta Keluarga Ini – Media Bintang
http://mediabintang.org/seorang-lelaki-bertindak-luar-kawalan-dengan-menyepak-side-mirror-kereta-keluarga-ini/

Kisah dua: 
Suami Pasang CCTV Untuk Cari Punca. Luluh Hati Suami Semuanya Terbongkar Apa Yang Berlaku
  
Ceritanya bermula apabila saya berkahwin dengan isteri sejak 6 tahun yang lalu. Dia merupakan wanita pilihan ayah saya. Isteri saya tidak pernah bersekolah sejak kecil. Ayahnya orang Cina (driver lori balak) dan ibunya pula Orang Asli. Mertua tidak berkahwin.Isteri saya didera oleh neneknya sejak dari kecil. Kemudian dijaga dan dibesarkan serta bekerja di gerai makan milik bapa saudara sebelah ibunya yang sudah berkahwin dan beragama Islam, tetapi tidak mengamalkan ajaran Islam yang sepenuhnya.

Pada mulanya ayah saya ber kenan pada isteri sewaktu dia menyertai lawatan ke penempatan Orang Asli. Dia mahu gadis itu dijodohkan dengan saya, jelasnya mahu menambah umat Nabi Muhammad dan kasihan melihat bakal isteri bekerja seperti kuli dalam keadaan yang tidak terurus. Ketika itu, isteri belum mencapai usia 20 tahun. Ayah ingin bebaskan dia dari kehidupan yang daif. Tambahan pula ketika itu saya baru saja putus pertunangan yang dimeterai hampir tiga tahun.

Di-sebabkan kerana hati yang lara, saya terima saja memandangkan bakal isteri cantik, campuran Cina dengan Orang Asli. Cuma dia tidak tahu membaca, apatah lagi menulis, tidak tahu tentang dunia, media sosial apa semua pun tak pernah tahu.Isteri saya tiada agama, tiada didikan agama sehinggalah dia berkahwin dengan saya, dengan nama indah yang saya sendiri pilih.

Namun itu bu-kanlah isunya. Has-rat ayah disambut baik oleh ibu dan ibu setuju serta memberi harapan agar perkahwinan dipercepatkan. Ibu meminta saya dan isteri tinggal bersama beliau agar ibu dapat dekatkan isteri dengan agama. Lagipun ibu sunyi di rumah dengan ayah yang bergilir ke rumah isteri lain dan juga kerap out station. Adik pula masih belajar di IPT.

Pada usia perkahwinan baru setahun jagung, kami ke luarga yang bahagia. Ibu mengajar isteri solat/mengaji dan saya me ngajarnya menulis dan membaca.walaupun kadang-kadang terasa jerih kerana dia sangat sukar untuk memahami apa yang diajar. Lidah yang tidak pernah membaca, masakan mudah untuk mengaji dan solat. Walaupun bacaannya tidak lancar, saya selalu menjadi imam buatnya di waktu malam. Lebih banyak dia mengikut saja pergerakan saya dari membaca bacaannya sendiri.

Boleh dikatakan makan tahun untuk mengajar isteri, namun dia akhirnya mampu solat dan mengaji sendiri walau sewaktu dia mengaji saya selalu ketawa sendiri kerana cara bacaannya seperti kanak-kanak. Sesungguhnya Allah sentiasa menduga hamba-hambaNya. Setiap suka, tentu ada dukanya.

12 Jan 2017 yang lalu, saya ternampak kesan berbirat di kaki kanan isteri lalu saya tanya apa terjadi. Jawabnya, dia terlanggar bucu katil.

17 Jan 2017, terdapat kesan lebam besar di lengan sebelah kanan. Saya menjadi semakin pelik  tetapi bila ditanya, isteri kata dia terlanggar meja pula.

Oleh ke rana saya berasa semakin pelik, isteri semakin pendiam dan tidak banyak berbual. Dia lebih banyak menyendiri di dalam bilik walaupun sewaktu saya ada di rumah. Sesekali dia duduk berkumpul bersama. Sebaik menyiapkan kerja rumah, dia kemudian masuk ke bilik tidur. Saya mati punca, tidak tahu kenapa. Tetapi bila ditanya, jawabnya tiada apa-apa. Saya sangat buntu pada minggu itu. Bila tanya ibu, ibu cakap tiada apa-apa.

Kemdia saya berdoa kepada Allah, ssungguhnya tunjukkanlah saya jalan apa yang perlu saya buat.

24 Jan 2017, isteri ada kesan lebam di dua tiga tempat belakang badannya. Puas saya memikirkan cara untuk mengetahui kenapa isteri jadi begitu, saya berkongsi cerita dengan kawan baik.

Jawabnya, “Camera will never lied to you”. Oleh keana dia seorang cyclist, dia pinjamkan saya goPro miliknya untuk digunakan di rumah. “Letakkan di tempat paling tinggi, keseluruhan ruang boleh nampak. Rekod hanya mampu selama 15 minit untuk setiap video tetapi jumlah rakaman selama 12 jam,” jelasnya.

Pada pukul 6 pagi subuh keesokan harinya, saya letak GoPro senyap-senyap di atas kabinet pinggan hiasan ibu. Boleh dikatakan nampak seluruh ruang tamu dan sedikit ruang dapur, dengan harapan Allah tunjukkanlah saya bukti.

25 Jan 2017,  saya bawa GoPro itu ke pejabat. Masa itu bateri sudah habis, maka saya perlu transfer data rakaman ke laptop untuk melihat rakaman video yang telah dirakam. Saya tak sabar menunggu waktu rehat, agar saya boleh melihat dengan tenang. Sebelum saya membuka rakaman, saya memohon kepada Allah tunjukkanlah saya jalan yang terbaik.

Kemudian saya mainkan satu rakaman dmi satu. Kelihatan ibu keluar mengajar kelas Al-Quran jam 8 pagi untuk ke madrasah. Sejurus selepas itu kelihatan isteri saya keluar dari bilik untuk mengemas rumah, memasak di dapur untuk seketika. Tiada apa yang pelik terjadi.

Bagaimanapun jam 11.25 pagi, semasa ibu pulang dari mengajar, isteri yang sdang menyapu di ruang tamu tidak semena-mena sewaktu ibu melintasi isteri di ruang tamu, ibu tarik rambut isteri dari belakang lalu dihumban kepala isteri ke lantai. Saya tergamam! Betulkah apa yang saya lihat ini? Saya ulang sekali lagi, ulang dan ulang. Sewaktu saya melihat video itu, hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya.

Sangat jelas dalam rakaman tersebut, isteri saya sakit dan ketakutan membetulkan rambutnya. Ibu datang semula dengan cepat dan ambil pe-nyapu yang jatuh lalu dilibas belakang badan isteri. Tangan dihayun selaju-lajunya. Isteri saya menahan penyapu dari terus memukul badannya. Namun ibu libas lagi sebelum hempas penyapu ke badan isteri.

Sewaktu saya menulis ini, saya masih lagi tidak mampu mengawal perasaan, menangis dalam hati saya mengingatkan apa yang isteri saya lalui. Saya tidak mampu menonton rakaman yang lain, lalu laptop itu saya tutup. Saya menangis di meja semahu-mahunya sambil mengenangkan isteri.

Saya akui me-mang isteri saya tidak pandai dalam serbia-serbi, tidak reti membaca, menulis dan bercakap pun masih tergagap-gagap. Dia juga takut berhadapan dengan orang yang tidak dikenali, tidak pernah mahu mengikut ke majlis keramaian kerana malu diperhatikan.

Sebelum ini saya berkahwin dan membawa dia tinggal bersama dengan ibu dengan harapan dapat merubah dia dari kehidupannya sebelum ini. Dia juga pernah didera nenek dan bapa saudaranya, dicabul sepupu dan tiada siapa yang membela nasibnya sejak dari kecil lagi. Sehinggalah dia berkahwin dengan saya.

Dengan penuh bangga saya mendabik dada kononnya saya telah menjadi penyelamat kepada isteri dari kehidupan yang malang. Namun hakikatnya tanpa saya tahu, tiada bezanya kini dengan kehidupan yang lama dan yang lebih menyakitkan ialah orang yang paling saya sanjung sejak dari kecil, yang paling saya sayang, yang saya dahulukan dalam semua hal telah melukakan hati saya serta isteri yang saya sangat cintai.

Lalu saya kemaskan barang-barang di office dan beritahu kawan-kawan yang saya ada masalah kecemasan dan terpaksa pulang ke rumah. Saya ambil halfday. Sepanjang perjalanan pulang, saya menangis. Pelbagai persoalan bermain di fikiran saya, “Kenapa, kenapa ibu buat begitu pada  isteri saya? Apa dosa isteri saya?”

Sejurus tiba di pintu rumah, saya nampak isteri sedang menjemur baju. Ibu tiada kerana kelas mengajar ibu selepas Zohor. Sewaktu masih di dalam kereta, saya menangis dan isteri melambai-lambai dan tersenyum pada saya. Waktu itu saya melihat isteri, saya melihatnya dengan penuh rasa cinta dan kasih sayang yang tidak pernah saya rasai pada  sesama manusia selama saya hidup. Betapa tulus dan baiknyamu wahai isteriku.

Sesungguhnya tidak per nah walau sekali pun dia menceritakan apa yang ibu lakukan pada dia. Apatah lagi nak memburuk-burukkan ibu saya. Siapa tahu, kan? Bila kita akan jatuh cinta lagi, jatuh cinta yang paling mendalam dalam hati dan itulah yang saya rasakan. Sewaku kaya keluar dari kereta, isteri mendekati saya dan hulurkan tangan untuk disalam. Saya terus memeluknya dengan erat kemudian menangis.

“ Kenapa ni abang?” soalnya. “ Kemas kain baju cepat, bawa yang mana perlu bawa sahaja. Penuhkan satu beg, cukup kelengkapan kita berdua untuk seminggu. Jangan tanya apa-apa,” kata saya padanya. Waktu itu hati saya sudah tidak mampu untuk bertahan, bimbang tidak dapat mengawal emosi. Sesungguhnya Allah telah memberiku amanah untuk dijaga dan amanah ini akan saya jaga selagi mana hayat saya masih ada.

Semasa dalam  per jalanan pulang dari office, saya telah merancang untuk membawa isteri tinggal di hotel sementara saya mencari rumah sewa. Saya mendaftar masuk ke bilik hotel yang selesa untuk isteri supaya saya tidak perlu risau akan keselamatan dia.

Kemudian saya mesej ibu dan beritahu saya bawa isteri pulang ke kampung pakciknya untuk seminggu. Masa ibu tanya kenapa, saya langsung tidak membalas mesej ibu. Ayah tidak tahu tentang perkara ini kerana ayah selalu berjauhan. Ibu saya seorang yang disanjung masyarakat kerana mengajar mengaji di madrasah, mengajar kitab fiqah di kampung-kampung sebelum, seorang yang berpengetahuan tinggi dalam agama, cantik berpakaian dan kemas sentiasa.

Ibu juga men jadi contoh buat ibu-ibu yang lain. Be-liau seorang yang saya sanjungi semasa kecil hingga dewasa dan juga bercita-cita mencari seorang isteri yang mempunyai akhlak dan ilmu seperti ibu. Namun Allah temukan dan jodohkan saya seorang isteri yang serba kekurangan, tidak berharta, tidak berilmu dunia apatah lagi akhirat. Salasiah keturunan yang celaru, tidak pandai bersiap, tidak pandai mencantikan diri, tiada apa-apa yang dapat bandingkan isteri dengan ibu.

Sesungguhnya Allah itu maha kuasa. Saya temui cinta ikhlas, kebaikan dan ketenangan dalam hambamu yang paling serba kekurangan. Dia isteri yang paling saya cintai. Sekarang saya sudah menyewa sebuah rumah yang selesa buat kami berdua walaupun kecil. Namun apa yang paling penting, isteri saya teramat gembira.

Kegembiraannya jelas terpancaar, dan setiap kali melihat wajah isteri, perasaan kasih itu tersentuh sampai ke dalam hati perasaan rindu itu lebih kuat dari sebelum ini. Untuk pengetahuan semua sehingga ke hari ini, isteri tidak pernah memberitahu saya tentang yang berlaku di antara ibu dan dia. Setiap hujung minggu sewaktu cuti bekerja, saya bawa isteri pulang ke rumah ibu tetapi tidak pernah walau sekali saya biarkan ibu dan isteri berdua-duaan. Tidak pernah dan tidak akan berlaku lagi.

Suatu hari ibu bertanya“ Kenapa pindah?”. Senang nak berulang alik dari office ke rumah, jawab saya.

Dalam pada itu, ibu dan ayah tidak tahu di mana tempat tinggal saya. Saya sayangkan ibu tetapi saya sayangkan isteri saya lebih lagi. Sememangnya dia tidak punya sesiapa di dunia ini. Hanya sayalah yang dia ada, hanya saya yang menjaganya. Dia tidak mungkin membaca luahan saya kerana dia tidak mempunyai akaun media sosial. Dia tak mungkin membaca luahan saya kerana dia tidak mempunyai akaun Facebook dan tidak pandai membaca mesej shortform.

Sewaktu saya menaip ini pun, dia ralit de-ngan buku Harry Potter versi Melayu yang saya hadiahkan untuknya. Sudah berminggu-minggu, belum habis satu buku. Bacalah wahai isteriku, sesungguhnya walau apa yang kami lakukan di dalam dunia ini, ada seorang yang sangat kasih padamu, yang hatinya tidak mungkin tidak mungkin berbelah walau sedikit untukmu.

Mengapa saya yang perlu berlebih-lebih nak marah ibu? Saya juga tidak tahu mengapa isteri saya tidak menceritakan apa yang berlaku, sejak bila diperlakukan oleh ibu. Saya takkan mampu untuk bertanya, risau akan mengeruhkan keadaan yang seolah-olah tiada apa yang berlaku. Tetapi pada detak hati saya, setelah sekian lama mengenali isteri, saya dapat rasakan isteri takut akan kehilangan saya.

Hingga saat ini dia tidak berkongsi cerita pada sesiapa  kerana dia tidak mempunyai kawan atau saudara yang lain. Dia tidak ceritakan pada saya kerana bimbang saya tidak percayakan dia lalu dia memilih untuk berdiam diri. Namun Allah itu sentiasa ada untuk hambaNya yang teraniaya. Sekiranya , jika isteri saya ceritakan apa yang berlaku, tentunya saya tidak akan percaya.

Sudah ditakdirkan saya diberi pe-tunjuk untuk menonton video kejadian itu sendiri. Kerana itu Allah telah mengaturkan jalan paling terbaik untuk saya dan isteri. Buat para suami di luar sana, dengarlah apa yang isteri kamu rasa, apa yang dia lalui jika bersama ibumu. Sesungguhnya layanan ibumu tidak akan sama di hadapan mahupun di belakangmu. Mohonlah pada Allah apa yang terbaik. Saya telah meletakkan hati saya supaya sentiasa redha dengan percaturan yang Allah telah tulis buat saya.

Doa saya mudah-mudahan hati ini sentiasa kekal redha dengan setiap apa yang berlaku.Akhir se-kali pesanan buat isteri, sekiranya awak baca luahan ini suatu hari nanti, abang mohon maaf kerana telah meletakkan awak pada keadaan dianiaya oleh ibu abang, membiarkan awak menderita untuk seketika. Namun awak perlu tahu, mungkin abang takkan selama-lamanya ada di sepanjang hayat awak. Tetapi abang akan sayangkan awak sepanjang hayat abang.

Video di bawah  adalah sekadar hiasan semata-mata.
Video Player

00:00
00:20

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. KakiHavoc
sumber lubokviral
Suami Pasang CCTV Untuk Cari Punca. Luluh Hati Suami Semuanya Terbongkar Apa Yang Berlaku – Media Bintang
http://mediabintang.org/suami-pasang-cctv-untuk-cari-punca-luluh-hati-suami-semuanya-terbongkar-apa-yang-berlaku/

Kisah tiga: 

Tanpa Rasa Segan Ramaja Ini Mandikan Serta Gosokkan Badan Gelandangan Ini

  
PETALING JAYA: Tindakan memandikan gelandangan di belakang sebuah restoran makanan segera bukan untuk mencari populariti, kata Muhammad Muaz Azim Jalil. 

Remaja lepasan SPM yang lebih mesra disapa Muaz ini memberitahu mStar Online, seorang lelaki yang sudah berumur hidup sebagai gelandangan dan sudah lama berada di kawasan bangunan kedai tempat dia bekerja di Taman Tasik Permaisuri, Cheras. 

Malah katanya, pakcik itu memang sudah dikenali oleh mereka yang bekerja atau sering berkunjung ke situ. 

“Semalam (Isnin) ketika waktu rehat tak tahu nak buat apa, saya panggil pakcik tu dan beri makanan. Dalam masa sama saya dapat lihat badannya yang kotor. 

“Saya tanya terus pakcik tu sama ada nak mandi ke tak? Dia terus jawab ‘tak nak’. Tetapi selepas pujuk dan pujuk, saya terus bawanya ke belakang restoran. 

“Beberapa kawan lain juga turut membantu membuka pakaiannya. 

“Saya terus mandikan dia, gosok belakang, buang kotoran di kaki dan seluruh badannya,” kata anak keenam daripada tujuh orang adik-beradik ini. 
Muaz, 18, berkata sudah setahun lebih dia bekerja di restoran makanan segera itu dan melihat lelaki berkenaan tidur, makan dan berehat di kawasan itu telah menjadi satu pemandangan biasa. 

“Saya kesian tengok dia. Walaupun tidak kenal, tetapi selalu saya tolong beri makanan dan minuman. Ada juga orang lain yang beri makanan kepadanya. 

“Selepas siap mandi semua, saya hubungi ayah di rumah, minta baju, seluar dan selipar untuk diberikan kepada pakcik ini,” katanya. 

Muaz berkata, ketika bertemu dengannya hari ini, lelaki itu kelihatan masih dalam keadaan bersih. “Cuma baju dia simpan dalam poket sebab panas katanya. Dia juga beritahu selipar yang saya berikan semalam sudah kena curi,” jelas Muaz. 

Sementara itu, Muaz memberitahu dia tidak sedar bahawa rakaman sedang dibuat ketika dia sedang memandikan pakcik berkenaan. 
“Pengurus saya yang rakam. Selepas selesai mandikan pakcik tu, dia tunjuk pada saya. 

“Manakala yang memuat naik di laman Twitter adalah rakan sekerja saya. Tidak sangka ramai yang menontonnya.

“Kakak saya juga beritahu bahawa ayah dan mak gembira dengan apa yang saya buat ini. “Sebenarnya apa saya buat ini bukanlah besar. Ia lebih kepada perasaan kasihan dan tanggungjawab kepada insan yang lemah. “Saya juga masih ada ibu bapa dan tidak mahu mereka hidup seperti ini. 

“Lagipun bukan susah nak tolong orang yang berada dalam kesusahan. Pelbagai cara boleh buat. “Saya dan kawan-kawan saya hanya membantu apa yang mampu dan kalau nak bagi wang ringgit, memang tak ada. “Yang penting kena ikhlas,” tambahnya yang turut berpesan kepada remaja lain supaya tidak mengabaikan gelandangan seperti ini. sumber: mstar 

Video Penuh Dibawah:
Video Player
00:00
00:14

kredit video mstar
Mudahnya nak cari pahala…
CHERAS – Tindakan seorang anak muda, bantu memandikan seorang lelaki gelandangan di jalan belakang sebuah restoran makanan segera mendapat pujian dan perhatian dari netizen di Dataran Dwitasik Bandar Sri Permaisuri di sini.
Perkongsian di Twitter Syafiqamran95, memaparkan sebuah rakaman video berdurasi 30 saat telah mendapat 119,000 tontonan dan 12, 107 ciapan serta 7, 207 tanda suka.
Kata Syafiq, rakannya itu sering membantu golongan gelandangan dengan menyumbang pakaian, minuman, makanan dan wang untuk perbelanjaan mereka.
Namun kali ini, rakannya bertindak memandikan seorang lelaki lingkungan usia 50 tahun setelah melihat dirinya kotor.
“Hari ini, rakan mandikan pakcik ini, mereka memang selalu bantu golongan gelandangan, tidak kira siapa pun, sedih melihat pakcik ini tidur kadang tidur beralas, kadang atas lantai sahaja.
“Jadi, rakan tergerak hati untuk mandikan pakcik ini, berikan seluar, baju dan selipar,” katanya.
Dia turut menzahirkan ribuan terima kasih kepada netizen di atas doa yang dikirim kepada rakannya.
“Kami tidak mampu dari segi kewangan tetapi kami gembira dapat membantu pakcik itu dan senang melihat keadaannya lebih bersih dari sebelum ini.
“Selagi kita hidup, jangan abaikan orang tua, berbaktilah selagi mereka ada, InsyaALLAH, rezeki ada cuma masa sahaja menentukan. Jangan pernah menyesal dengan apa kita lakukan,” katanya.
Rata-rata netizen memberi sokongan moral dan sekiranya hendak berbuat baik tidak perlu modal yang besar cukup sekadar membantu sesama insan dengan cara tersendiri.
Malah kata netizen, sekumpulan remaja ini telah membuka mata rakyat Malaysia betapa mudahnya untuk mencari pahala berbanding dosa berpanjangan. Sumber Artikel Tambahan SinarHarian / aiskacang
Video Penuh:

kredit video mstar
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. KakiHavoc
Tanpa Rasa Segan Ramaja Ini Mandikan Serta Gosokkan Badan Gelandangan Ini – Media Bintang
http://mediabintang.org/tanpa-rasa-segan-ramaja-ini-mandikan-serta-gosokkan-badan-gelandangan-ini/



Tiada ulasan: