Sabtu, 13 Oktober 2018

Bila Allah berfirman Kun Fayakun. Maka jadilah. 8384.


Palu, Donggala, Lombok, Bali dan Jawa Timur serta serata dunia. 

Selagi nyawa dikandung badan. Selagi pintu keinsafan dan pintu taubat masih Allah buka untuk hamba-hamba Nya. 

Palu dipalu tentera Allah bertalu-talu, untuk buat manusia yang tinggal hidup, sedar agar kembali pada Allah. Tsunami Acheh Disember 2004 belum mampu menghentikan kejahatan hamba-hamba Allah? 

Bukan sebab kawasan tersebut dalam lengkaran Cincin Api Pasifik. Maka terjadilah gempa bumi dan tsunami. Semua itu adalah azab, bala, malapetaka, musibah dan peringatan dari Allah serta pastinya bukan fenomena alam. Semua itu peringatan kepada yang masih hidup. 

Allah kirimkan dengan perintah Nya bala tentera Nya iaitu tanah, api, air dan angin. Jengker walek tanah membelah, menelan manusia, rumah dan bangunan mereka. Hilang kampung, tempat tinggal dan kota yang digahkan ditelan bumi milik Allah Subhanahuwatalla. 
Maka hilanglah area tersebut dari Peta Dunia. Mereka bukan moron dan konyol, tetapi kesombongan itulah racun kehidupan berserta dengan bisik syaitan laknatullah, hingga mereka lupa bukan sahaja bumi ini milik Allah Subhanahuwatalla, malah alam dan sekelian isi-isinya adalah milik Allah jua. 

Untuk apa Allah tinggalkan hamba-hamba Nya yang berdosa bermaksiat, bergelumang dengan dosa dan noda untuk terus hidup? Sedangkan Allah perintahkan bumi menelan haiwan hidup-hidup. Apa dosa haiwan? Sedangkan yang buat mungkar, kejahatan dan maksiat adalah manusia. Allah tamatkan riwayat insan yang sedang bersujud pada Nya, Allah cabut nyawa seseorang yang baharu sahaja bertanggung-jawab untuk sebuah kapal terbang mabur meninggalkan kawasan musibah. Berapa ramai syaitan laknatullah yang mampos dalam musibah Palu dan Donggala? Mengapa ada Surau dan Masjid yang kontal jengker walik, sedangkan ada Masjid dan Surau berdiri utuh hingga ke hari ini, disebalik gempa bumi dan tsunami itu. 

Manusia ini hamba Allah yang hina dan pendosa. 

Itulah bila Allah tutup pintu petunjuk, taufik dan hidayah Nya, tentunya sudah berhati hitam? Kita yang masih hidup boleh menyaksikan, adanya manusia lagi dikejar air dan meloncat-loncat di sebalik ombak ganas tsunami yang bakal datang, yang bakal menghanyutkan dan membunuh mereka. Lagi dipanggil suruh tinggalkan laut, lagi berlarian ke tengah, mampu berbaring lagi di atas pasiran pantai. Gerabak hati orang yang sombong memang begitu agaknya. Nauzubillahminzalik. 
Wali Songo dekatnya mereka dengan Allah, tempias amalan mereka menyubur kawasan Nusantara. Wali Songo dilupakan sudah? Kuala Lumpur lagi gah dengan pesta arak. Mengundang kebejatan sosial. Apakah mereka teringin melihat Kuala Lumpur tenggelam ditelan bumi lebih awal dari Kiamat? Nauzubillahminzalik. 
Astaghfirullahalazim. 

Tiada ulasan: