بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ , مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Islam Agama Ku.
Mfz Firdaus
Perkongsian rakaman yang diambil oleh pelajar Malaysia, cara bacaan Isymam (اشمام) pada kalimah تامنا dalam Surah Yusuf ayat 11 oleh Syeikh Hasan Rejab.
Beliau merupakan tenaga pengajar di Maahad Qiraat Shoubra, Mesir. Seorang pencinta al-Quran yang sanggup menghabiskan masa dari pagi sampai ke petang untuk mendengar dan mengajar al -Quran setiap hari. Terkenal sebagai Syeikh yang garang dan paling suka bergambar.

Terjemahan rakaman dibawah:
Syeikh Hasan berkata: “Ini ialah wajah Isymam yang bersamanya dengannya dengung. Dan Isymam itu ialah isyarat dengan dua bibir pada huruf yang berbaris dhommah bagi riwayat Hafs.”
Kalimah تَأمَنَّا wajib dibaca dengan dua wajah sama ada Isymam atau Ikhtilas/Raum bagi Riwayat Hafs.
Isymam bermaksud memuncungkan kedua bibir selepas disukunkan huruf berbaris dhommah iaitu huruf nun pertama tanpa suara.
Sebab terjadinya Isymam
1. Kalimah تَأمَنَّا asalnya terdapat huruf nun pertama berbaris dhommah dan kedua berbaris fathah ( تأمَنُنَا ).
2. Disukunkan huruf nun pertama bertujuan meringankan dan memudahkan menyebutnya ( تَأمَنْنَا ).
3. Dimasukkan (Idgham) huruf nun pertama kepada huruf nun kedua menjadi satu huruf dan diletak tanda syaddah ّ pada huruf nun tersebut ( تَأمَنَّا ).
4. Cara membacanya hendaklah dimuncungkan kedua bibir sebagai isyarat terdapat nun berbaris dhommah beserta dengung pada huruf nun ( تَأمَنَّا ).
#syeikhhasan
#jombelajaralquran

Syeikh Hasan Rejab.
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang yang bukan daripada kalangan kamu (seperti Yahudi, Nasrani, dan Munafiq) menjadi teman karib (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan kesusahan kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah pun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulut mereka, dan apa yang tersembunyi oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami telah jelaskan kepada kamu ayat ayat (Kami), jika kamu memahaminya (memikirkannya).” - [Al Quran Surah Al Imran ayat 118-120] .
Baca Juga:
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi dengan sesuatu yang menyakitkan (perasaan penerima). Allah Maha Kaya lagi Maha Penyantun.” (Al Baqarah: 263).

Tiada ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.
Firman Allah S.W.T., yang bermaksud: “Mereka yang berjuang di jalan Kami nescaya Kami tunjukkan jalan-jalan Kami. Sesungguhnya Allah berserta orang yang berbuat baik.” (Al Ankabut: 69).
"Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihanku." (QS. Yusuf: 86).
Semasa hidup sederhanakanlah kegembiraan. Supaya wujud keseimbangan jiwa dan roh, bila menerima kesedihan yang pasti ditemui juga. Mengingatkan diri sendiri menjadi keutamaaan sebelum mengingatkan orang lain . In Syaa Allah ''palis'' sekali dari sifat-sifat sombong dan keji. Semuanya kerana Allah S.W.T.. Amin Ya Rob. (Peceq Admin).
Perhatian: Pemaparan tajuk-tajuk, gambar-gambar dan segala bagai, adalah pandangan dan pendapat peribadi yang lebih menjurus kepada sikap dan sifat untuk menjadi lebih baik dengan mengamalkan gaya hidup menurut perentah dan larangan Allah S.W.T., antaranya bersikap dengan tiada prasangka, tidak bertujuan untuk kebencian, tidak berkeperluan untuk bersubahat dengan perkara bohong dan tiada kaitan dan berkepentingan dengan mana-mana individu. Jujur., aku hanyalah hamba Allah S.W.T., yang hina dina. BERSANGKA BAIK KERANA ALLAH S.W.T..
...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan